Tiga kalimat ringkasan dokumen tersebut adalah:
Dokumen tersebut membahas tentang pemikiran politik Abu A'la Al-Maududi mengenai pembentukan negara Islam berdasarkan syariat Islam dan penolakannya terhadap ideologi Barat seperti demokrasi dan nasionalisme.
2. Pengenalan
Latar Belakang/Biodata
- Sejarah ringkas diri & keluarga
- Pendidikan awal dll…
Gerakan Dakwah : (Jama'ati Islami)
- Kronologi
• Tentangan & Cabaran
Pemikiran Politik/Pegangan Al-Maududi
3. Biodata
Dilahirkan di Andhra Pradesh, India, 25 September
1903 - 22 September 1979.
Merupakan salah seorang ulama Pakistan yang
hidup di abad ke-20 .
Pengasas Jama’at al-Islami ( Parti Islam ) & juga
seorang ahli falsafah, sasterawan dan aktivis yang aktif
dalam pergerakan dan perjuangan Islam.
Lahir dalam sebuah keluarga terhormat ( keluarga
tokoh muslim India).
Terkenal dengan konsistensi pemikirannya yang
melihat Islam sebagai suatu sistem yang komprehensif
- sistem ekonomi Islam, politik Islam, dan sistem sosial Islam.
4. Abu A’la Al-Maududi merupakan anak bongsu dari 3 beradik.
PENDIDIKAN
Mendapat pendidikan awal di Madrasah Fauqaniyah, sebuah sekolah tinggi yang
terkenal di Hyderabad.
Sekolah yang menggabungkan pendidikan Barat moden dengan Islam tradisional.
Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Dar al-’Ulum Hyderabad.
Mampu dan mahir berbahasa Parsi, bahasa Inggeris, dan bahasa Urdu sebagai
bahasa hariannya.
Di rumahnya, beliau belajar Al-Quran, Hadis, ilmu Fiqh, bahasa Urdu, Parsi Arab,
Nahu dan juga sastera.
Umur 9 tahun, sudah mampu menghafal kitab al-Muwatta’ karya Imam Malik.
Umur 13 tahun, berjaya menterjemah kitab “ al Islam wa al Islah ” karya Syeikh
Abd Aziz Jawisy dari bahasa Arab ke bahasa Urdu.
5. Penglibatan dalam dunia penulisan
11 tahun, beliau mula menulis artikel dan menyampaikan ceramah – guru2 dan rakan2
beliau berasa kagum.
15 tahun, bekerja sebagai editor kepada akhbar harian di kota kecil, Pajnoor.
16 tahun, bergabung dalam pergerakan untuk menghidupkan sistem khilafah dan
bekerja dengan keluarga redaksi majalah mingguan At-Taj.
19 tahun, menjadi pemimpin redaksi At-Taj – yang mana artikel2 yang ditulis
menonjolkan corak warna politik yang kental, di mana gigih membela gagasan
menghidupkan kembali sistem khilafah.
Disebabkan artikel2 yang ditulis beliau, akhbar At-Taj telah ditutup.
Berpindah ke Delhi dan bergabung dengan Himpunan Ulama India dalam menerbitkan
akhbar Al Muslim- dilarang penerbitannya.
Setelah itu bekerja dengan Syeikh Ahmad Sa'id di Delhi dalam menerbitkan akhbar
harian Jam 'iyyah Ulama' Al-Hind.
6. Gerakan dakwah : Jama’ati Islami (26 ogos 1941)
Menegaskan prinsip - politik sebagai sebahagian dari agama dan pendidikan moral
serta agama tidak dapat dipisahkan dari politik.
• Islam dalam dakwah Al- Maududi adalah satu revolusi terhadap kejumudan dan kemunduran.
Sbb :
• Sebahagian kaum Muslimin yang melihat Islam sebagai warisan nenek moyang mereka - tanpa
adanya sikap tanggungjawab atau tanpa memahami Islam dengan lebih baik.
• Islam hanya sekadar upacara ritual pernikahan, masalah-masalah pewarisan, atau sebagai upacara
pemakaman atau upacara-upacara ritual lainnya yang dianggap sebahagian dari agama.
• Mereka jauh dari pemahaman bahawa Islam adalah sistem yang sempurna bagi kehidupan yang
mencakupi semua urusan kehidupan Muslim- individu, masyarakat.
• Masyarakat harus berpegang kepada syari’at Islam agar menjadi bersih, bebas dan mulia.
7. Kronologi :
Negara Turki Usmani yang mewakili kepimpinan kaum Muslimin di seluruh dunia
telah berubah setelah kejatuhan Sultan 'Abdul Hamid pada tahun 1909, di mana
Sultan hanya sekadar pada gelaran tanpa makna.
1924, gelaran tanpa erti ini dihapuskan sama sekali oleh Musthafa Kamal Artartuk.
Pada masa itu, India telah jatuh ke tangan British – menghabiskan kekayaan negeri
dan memerangi kaum muslimin serta orang2 Hindu dengan menyuntik aliran
pemikiran dan politik yang memecah-belah masyarakat.
Ketika itu, ulama' Muslimin berada dalam kacau bilau, rendah diri, dan keterasingan
yang parah, kerana mereka tidak memahami ilmu-ilmu yang berkembang di Barat
dan penemuan-penemuan baru.
Mereka tidak mampu memberi penyelesaian terhadap permasalahan dalam banyak
perkara yang mulai dihadapi oleh umat Islam - menutup mata, dan tidak mahu tahu
serta menolak mentah-mentah.
8. Penjajah menemui peluang keemasan – dengan sinisnya mengatakan bahawa agama
bertentangan dengan ilmu pengetahuan, kemajuan dan peradaban.
Jika bangsa-bangsa Muslimin ingin meraih kemajuan maka tidak ada jalan lain selain
menempuh jalan yang dilalui oleh Barat - mencampakkan agama dan mengangkat
sekularisme : "Agama untuk Tuhan dan negara untuk semua”
Kaum terpelajar mula tergiur dan terbawa-bawa dengan ajakan penjajah ini - lalu
memandang Islam dengan pandangan sempit, jumud dan tidak relevan dengan realiti
kehidupan, bahkan sebahagian mereka menganggap bahawa agama adalah penyebab
utama kepada kemunduran.
Ketika umat berada dalam kekeliruan inilah, wawasan Islam yang ingin dibawa Al
Maududi semakin menonjol – menguasai ilmu2 Islam dan sejarah Islam.
Beliau menemukan kebesaran risalah Islam, dan hanya Islam yang memiliki ajaran
sempurna yang dapat membahagiakan manusia dalam menghadapi kehidupan.
9. Bagi Al Maududi, ilmu dan teknologi yang diagungkan oleh Barat hanyalah ilmu-ilmu
alat yang tidak dapat memahami tujuan hidup manusia dan realiti hakikinya – beliau
ingin mengajak kaum Muslimin untuk kembali kepada Islam yang sebenar.
Al-Maududi memerangi fahaman nasionalisme di India - fahaman ini menyeru agar
kaum Muslimin bergabung dengan warga Hindu sebangsa dan setanah air dalam satu
perjuangan untuk mengusir penjajah dari bumi India.
Bagi Al Maududi, British dan Hindu sama sahaja kerana memerangi Islam dan bekerja
untuk menghancurkan kaum Muslimin.
Slogan “ sebangsa setanah air ” hanyalah salah satu cara untuk menundukkan umat
Islam agar tunduk di bawah kaki penganut Hindu.
Menyedari yang idealogi tersebut hanya memberi keuntungan kepada golongan Hindu
sahaja – Muslim hanya menjadi golongan kelas kedua.
10. Al-Maududi menunjukkan prinsip-prinsip Islam yang menolak fahaman
nasionalisme atau kebangsaan ini dengan menampilkan konsep “ Ummah
lslamiyyah " yang mana berdiri hanya di atas asas aqidah Islam.
Beliau menjelaskan aspek-aspek Islam sebagai satu sistem hidup yang utuh kepada
masyarakat agar terbuka wawasan dan minda mereka - menjauhi fahaman
nasionalisme sempit dan kembali mendekati ajaran dan identiti Islam.
Oleh sebab itu, Al-Maududi menegaskan yang Islam satu gerakan yang
mencakupi berbagai urusan kehidupan - membuktikan kepada semua bahawa
politik dapat mencakupi prinsip-prinsip yang baik, kejujuran, membuktikan
kebenaran, membangunkan sikap-sikap yang terpuji serta membela hak umat.
28hb. Ogos 1948 – secara rasminya tertubuh negara Pakistan.
11. Pemikiran politik Al – Maududi
Idea asal pembentukan sebuah tanah air yang terpisah bagi Muslim di India –
disampaikan Muhammad Iqbal iaitu seorang Muslim modernis acuan barat.
Menurut Iqbal, perlunya tanah air Islam sebab :
- Antara Muslim dan penganut Hindu tidak mungkin dapat hidup bersama
secara berdampingan dalam satu bangsa.
- Perbezaan ajaran agama yang dianuti, budaya serta sosial yang berbeza
antara keduanya adalah sangat besar – sehingga tidak mungkin untuk hidup
bersatu.
Menurut Al Maududi pula :
- Tanah air Islam bukanlah hanya bererti majoriti penduduknya Muslim, akan
tetapi dalam politik pemerintahannya haruslah berpaksi pada ajaran Islam
yang bersumberkan Al Quran & As Sunnah.
- Semuanya mestilah Islam dan tidak selain itu.
- Bagi beliau, ideologi pemerintahan barat tidak boleh sama sekali dijadikan
panduan dalam pemerintahan Islam.
12. - Maududi mengkritik Barat yang dianggapnya benar2 ateistik &
materialistik.
- Contohnya; pandangan Barat mengenai fenomena alam, bahawa tidak ada
sesuatu pun di dunia yang tidak terjangka oleh indera.
- Barat bersikap ateistik sebab tidak sedar adanya Maha Pencipta dan
Penguasa.
- Namun begitu, Maududi tidak menyalahkan Barat sepenuhnya
terutamanya yang berkaitan dengan kemunduran dunia Islam dan masalah
lain yang melanda dunia Islam.
Memetik kata-kata Al Maududi :
“ Umat Islam sama sekali tidak memiliki karakter, moral, idea dan ideologi
Islam dan telah kehilangan semangat keislaman. Semangat Islam yang
sesungguhnya tidaklah di masjid2 atau di sekolah2 mereka, juga tidak di
dalam kehidupan peribadi mereka, mahupun urusan2 politik. Kehidupan
praktik/amalan mereka tidak ada hubungannya dengan Islam.”
13. Penolakan Terhadap Ideologi Barat
Tujuan Maududi menolak ideologi Barat seterusnya menggembangkan gagasan yang
berorientasikan wahyu Allah adalah untuk menegaskan keunggulan ajaran Islam –
ideologi pemimpin Muslim yang berintelektual Barat digantikan oleh ajaran Islam.
Maududi mengambil contoh sistem demokrasi Barat yang mana dipandang sebagai
sistem politik yang ideal dan berlaku di mana2.
Baginya, setiap Muslim itu tidak layak untuk menganut fahaman demokrasi tersebut
sehingga Maududi mengkafirkan Muslim yang mengikut demokrasi.
Idealogi Barat bukan hanya bertentangan dengan pandangan Islam, tetapi sangat
mengancam kepentingan Muslim.
Maududi menegaskan yang Islam agama yang mencakupi seluruh bidang kehidupan
manusia – kekuatan sosio-politik yang dimiliki Islam sangat unggul dan efektif serta
mampu menggantikan ideologi Barat seperti sosialisme dan kapitalisme.
14. Revolusi Islam – negara islam
Revolusi Islam
- Pergelutan antara islam dan kekufuran.
- Perubahan yang diinginkan - untuk meletakkan nilai2 Islam dalam kehidupan
masyarakat di samping menghapuskan pengaruh ideologi2 Barat dan hal-hal lain
diluar Islam yang boleh merosakkan ajaran2 Islam.
- Puncak kejayaan revolusi ini adalah dengan terbentuknya negara Islam yang
menjadikan akidah Islam menjadi dasar undang2nya.
Negara Islam
- Sistem pemerintahan yang mengakui sepenuhnya kedaulatan Tuhan.
- Sebuah terma politik baru yang dianggap lebih memiliki karakter Islam dan
mampu menjamin kemaslahatan manusia telah dikemukan oleh Al Maududi iaitu “
Teo-Demokrasi ”
15. Teo-demokrasi
o Teo – bukanlah bermaksud teokrasi yang pernah diamalkan oleh pendeta2
kristian di Eropah pada abad pertengahan, yang mana mendominasi gereja dan
menegakkan hukum atas nama Tuhan.
o Teo-demokrasi : Sistem pemerintahan demokrasi Ilahi – umat Muslim diberi
kedaulatan yang terbatas di bawah pengawasan hukum dan norma2 Tuhan.
o Segenap wahyu Ilahi menjadi sumber konstitusi negara, kekuasaan manusia
berada dalam batas2 kedaulatan Tuhan.
o Maududi tidak menerima sistem pemerintahan pada zaman moden ini dan selalu
memperjuangkan simbol Islam - Islam harus diterapkan sebagai dasar negara
kerana didirikan suatu negara adalah sebagai manifestasi dan misi besar Islam
dan menolak demokrasi yang bertunjangkan kedaulatan rakyat.
16. o Menawarkan sistem kekhalifahan dengan berpaksikan kedaulatan Tuhan -
manusia harus tunduk pada aturan Tuhan kerana manusia hanya merupakan
wakil Allah di muka bumi.
o Struktur pemerintahan terbaik bagi Maududi adalah struktur yang telah
diterapkan oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin yang dibangun
di awal pemerintahan Islam.
o Negara Islam yang berlandaskan syari’ah tersebut, menurut Al-Maududi
harus berdasarkan kepada empat prinsip dasar :
1) Mengakui kedaulatan Tuhan
2) Menerima autoriti Nabi Muhammad saw
3) Memiliki status wakil Tuhan; dan
4) Menerapkan prinsip musyawarah (syura’).
17. Kesimpulannya…
Teori Islam tentang politik dan negara menurut Maududi adalah ;
1) Islam menggunakan “Khilafah” sebagai kata kunci, bukan dengan kata
kedaulatan atau yang lainnya - pemegang kekuasaan (pemimpin/khalifah) dan
penggunaan kuasa/autoriti harus sesuai dengan norma dan hukum tuhan, maka
dengan sendirinya ia menjadi khalifah (pengganti) Tuhan.
2) Kekuasaan untuk mengatur bumi, mengelola negara dan mensejahterakan
masyarakat, dijanjikan kepada seluruh masyarakat beriman, bukan kepada
seseorang atau suatu kelas tertentu. Setiap mukmin menjadi khalifah Tuhan
dimuka bumi sesuai dengan kapasiti individunya.
3) Menurut konsep al-Quran, kekhalifahan bukanlah hak istimewa individu, kelas
atau kelompok tertentu, tetapi mengakui kedaulatan mutlak Tuhan atas diri
mereka dan menjalankan hukum Tuhan yang disampaikan oleh Rasul.