1. GEOGRAFI STPM SMK PURUN
GEOGRAFI STPM-PENGGAL 3
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL – SALING KEBERGANTUNGAN
Saling Kebergantungan antara Șistem Fizikal
1 Konsep interaksi antara sistem bermaksud saling kebergantungan antara sistem fizikal
dengan sistem fizikal yang lain sehingga boleh mengubah atau mengganggu alam sekitar
fizikal dan alam sekitar manusia.
2 Komponen utama sistem fizikal bumi ialah sistem geomorfologi (litosfera), sistem
atmosfera, sistem hidrologi (hidrosfera) dan sistem ekologi (biosfera).
Interaksi antara Sistem Hidrologi dengan Sistem Geomorfologi
1 Interaksi antara sistem hidrologi dengan sistem geomorfologi wujud dalam proses yang
berikut:
(a) luluhawa kimia
(b) pergerakan jisim
(c) hakisan
(d) pengangkutan
(e) pemendapan
2 Proses Iuluhawa kimia digalakkan oleh kerpasan atau air hujan yang menyebabkan
proses pengoksidaan, hidrolisis dan Iarutan.
3 Proses pergerakan jisim berlaku di kawasan bercerun kerana kehadiran air hujan yang
meresap ke dalam regolit bertindak sebagai pelincir. Contoh pergerakan jisim ialah
kejadian tanah runtuh, aliran lumpur dan kesotan tanih.
4 Proses hakisan pada permukaan tanah seperti hakisan percikan dan aliran permukaan
amat memerlukan kehadiran air hujan. Aliran air permukaan mampu membawa air hujan
ke sungai dan mengakibatkan sungai menjadi cetek.
5 Proses pengangkutan bahan hakisan oleh air aliran permukaan akan membentuk pelbagai
bentuk muka bumi.
6 Proses pemendapan berlaku apabila pasir, kelodak dan batuan semakin bertambah di hilir
sungai.
Interaksi antara Sistem Geomorfologi dengan Sistem Atmosfera
1. Saling kebergantungan antara sistem geomorfologi dengan sistem atmosfera
mempengaruhi:
(a) kejadian jerebu dan pencemaran udara
2. GEOGRAFI STPM SMK PURUN
(b) kejadian hujan asid
(c) kenaikan suhu secara global
2 Kejadian letusan gunung berapi dalam sistem atmosfera membebaskan debu, abu dan
asap ke atmosfera. Hal ini menyebabkan ruang atmosfera dipenuhi oleh lapisan debu
yang agak tebal sehingga mengakibatkan jerebu dan pencemaran udara yang serius serta
menghalang cahaya matahari sampai ke bumi.
3 Letusan gunung berapi juga membebaskan lava, bahan piroklastik dan gas-gas seperti
sulfur dioksida, karbon dioksida dan florin. Apabila gas-gas ini bercampur dengan air
hujan, maka berlaku kejadian hujan asid.
4 Letusan gunung berapi membebaskan gas dan debu yang banyak yang boleh
menyebabkan peningkatan suhu secara global. Gas dan debu ini memerangkap dan
menghalang bahang bumi keluar ke atmosfera.
5 Lapisan debu memantul semula sinaran matahari ke atmosfera sehingga menyebabkan
berlakunya kekurangan sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pengaruh Gangguan dan Perubahan pada Sesuatu Sistem terhadap Alam Sekitar
Fizikal yang Lain
Pengaruh Gangguan dan Perubahan pada Sesuatu Sistem terhadap
Şjstem Lain dan Impaknya terhadap Manusia
4. GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Interaksi antara Sistem Fizikal dengan Sistem Gunaan Manusia
1. Sistem gunaan manusia merupakan penggunaan sistem fizikal yang ada untuk
memenuhi keperluan hidup manusia.
2. Sistem hidrologi (kitaran hidrologi) memenuhi aktiviti manusia seperti:
(a) membekalkan air kepada manusia
(b) menggalakkan aktiviti pertanian
(c) meningkatkan aktiviti perikanan
(d) meningkatkan aktiviti ternakan ikan
(e) menggalakkan aktiviti sukan air
(f) menggalakkan aktiviti pelancongan
(g) meningkatkan aktiviti perindustrian
(h) menjana kuasa hidroelektrik
3 Jika berlaku gangguan kepada sistem hidrologi seperti banjir, aktiviti manusia akan
terjejas sepenuhnya bagi memenuhi kehendak dan kelangsungan hidup manusia.
Contohnya:
(a) ternakan ikan dan sangkar ikan musnah
(b) hasil tanaman musnah ditenggelami air
(c) ekopelancongan terjejas kerana banjir di kawasan sungai
(d) sistem pengangkutan terjejas kerana jalan raya ditenggelami air
(e) aktiviti perniagaan terjejas
4 Sistem litosfera memenuhi keperluan manusia seperti:
(a) membolehkan aktiviti perlombongan sumber mineral
(b) meningkatkan aktiviti pertanian seperti tanih aluvium untuk penanaman padi
(c) sebagai tapak pembinaan kawasan petempatan
(d) sebagai bahan mentah untuk aktiviti perindustrian, contohnya batu kapur untuk
industri pembuatan simen
(e) sebagai bahan untuk aktiviti pembinaan bangunan
(f) menggalakkan aktiviti ekopelancongan seperti gua batu kapur dan pantai yang
putih
5. GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Konsep Pemeliharaan danPemuliharaan Alam Sekitar Fizikal
1. Konsep pemeliharaan bermaksud usaha yang dijalankan untuk menjaga dan melindungi
alam sekitar yang ada daripada musnah untuk kepentingan generasi masa ini dan supaya
boleh diwarisi.
2. Antara usaha pemeliharaan adalah mewartakan hutan simpan dan taman negara supaya
dapat dimanafaat oleh generasi masa kini dan diwarisi oleh generasi akan datang.
3. Konsep pemuliharaan bermaksud usaha untuk memulih alam sekitar yang telah
dimusnahkan supaya tidak pupus dan lenyap bagi diwarisi oleh generasi masa depan.
4. Contohnya, kawasan hutan yang telah dimusnahkan boleh dipulihkan dengan
menjalankan projek perladangan hutan dan penghutanan semula oleh pihak berwajib dan
pengusaha balak.
Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Fizikal
Langkah Perundangan
1 . Langkah perundangan melibatkan akta-akta perundangan yang telah digubal dan
dikuatkuasakan untuk melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar.
2 Langkah perundangan merangkumi:
(a) Menguat kuasa undang-undang yang sedia ada tanpa mengira kepentingan
individu tertentu. Tanggungjawab melaksanakan undang-undang dipatuhi
seperti melaksanakan hukuman dan denda kepada pesalah-pesalah alam sekitar.
(b) Menggubal akta-akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta Perhutanan
Negara supaya pesalah-pesalah alam sekitar dapat dihukum dan dibawa ke
mahkamah.
Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974)
Akta untuk mengawal selia pencegahan, pengurangan, pengawalan
pencemaran dan peningkatan alam sekeliling.
Akta Jalan, Parit dan Bangunan (1974)
Akta untuk meminda dan menyatukan undang-undang berhubungan
dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa di
Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
Akta Perhutanan Negara (1984)
Akta untuk memastikan pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber
hutan secara berkekalan.
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (2010)
Akta untuk perlindungan dan pemuliharaan hidupan liar dan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengannya
(c) Pihak berwajib dan berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), pihak
berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain agensi menjalankan pemantauan dan
kawalan secara berkala dan berjadual.
(d) Pihak pemaju menyediakan laporan Penilaian Impak Alam
Sekitar (EIA) sebelum melaksanakan sebarang projek dengan menekankan
aspek pengurusan secara keseluruhan atau pembangunan lestari. Penilaian
Impak Alam Sekitar (EIA) adalah satu kaedah yang dibentuk bagi mengenal
6. GEOGRAFI STPM SMK PURUN
pasti dan meramal kesan serta positif sesebuah projek pembangunan yang akan
dijalankan terhadap persekitaran, kesihatan manusia, sosial dan ekonomi.
Jenis aktiviti yang harus mendapatkan kelulusan EIA
• Pertanian
• Lapangan terbang
• Pengairan dan saliran
• Tebus guna tanah
• Perikanan
• Perhutanan
• Perumahan Industri infrastruktur
• Pelabuhan
• Perlombongan
• Petroleum
• Penjanaan dan pemancaran kuasa
• Kuari
• Landasan kereta api
• Pengangkutan Pembangunan peranginan dan
rekreasi
• Rawatan Sisa dan pelupusan Bekalan air
(e) Mewartakan kawasan hutan simpanan kekal dan taman negara yang tidak boleh
diceroboh dan dibangunkan. Kegiatan pembalakan ditegah sama sekali di
kawasan ini. Hal ini membolehkan keindahan hutan semula jadi dikekalkan untuk
generasi yang akan datang.
Langkah Bukan Perundangan
1 Langkah bukan perundangan melibatkan Jangkah untuk alam sekitar yang berpunca
daripada manusia dan aktivitinya seperti:
(a) pemanasan global
(b) pencemaran udara
(c) pencemaran air
(d) kemusnahan kepelbagaian biologi
(e) hakisan tanah dan tanah runtuh
Pemanasasn global
Penghutanan
semula
Pengusaha balak seharusnya diwajibkan menanam semula pokok yang
telah ditebang, sebaik-baiknya pokok yang sama jenis dan ditanam di
kawasan yang sama dengan penebangan pokok. Melalui penanaman
semula, kandungan udara di ruang akan meningkat dan suhu akan
disederhanakan.
Penggunaan
sumber tenaga
mesra alam
Menggunakan sumber tenaga mesra alam akan dapat mengurangkan
kebergantungan kepada tenaga bahan api fosil.
7. GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Projek
perladangan
hutan
Kawasan hutan yang telah digondolkan kesan daripada pembalakan
secara berleluasa seharusnya ditanam semula supaya bekalan kayu
balak dapat dipasarkan secara berterusan, terutamanya ditanam dengan
pokok yang cepat matang dan bermutu tinggi. Melalui projek
perladangan, bumi yang gondol akan dilindungi daripada pancaran
terus matahari.
Pencemaran udara
Pemasangan alat
penapis asap di
kilang
Alat ini dapat melindungi bumi iaitu ruang atmosfera daripada debu,
asap dan gas tercemar.
Kempen
berkongsi kereta
Hal ini dapat mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri, secara
tidak langsung pembakaran bahan api fosil dapat dikurangkan.
Penggunaan
kenderaan awam
Hal ini dapat mengurangkan pelepasan asap kenderaan apabila
bilangan kenderaan berkurangan di jalan raya.
Penggunaan
teknologi mesra
alam
Penggunaan bioteknologi serta prodük yang lebih mesra alam
dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, kereta hibrid.
Pencemaran air
Merawat semula
sumber air
Air yang tercemar atau kumbahan air yang telah digunakan boleh
dibersihkan dan digunakan semula.
Memasang
perangkap
sampah
Pembuangan sampah oleh penduduk ke dalam longkang dapat
dikurangkan daripada mengalir terus ke sungai berhampiran dan
menimbulkan pencemaran air sungai.
Menyelia sumber
air
Pihak berwajib perlu menyelia dan mengawal kawasan
tadahan air supaya tidak dimusnahkan. Begitu juga empangan
takungan air perlu dijaga supaya tidak dicemari oleh aktiviti manusia.
Kempen Menjalankan kempen Cintailah Sungai Kita dalam kalangan masyarat
boleh menimbulkan kesedaran agar boleh memulihara alam sekitar
yang ada.
Pendidikan Mendedahkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar sejak
dari bangku sekolah dalam mata pelajaran yang diajar seperti
Geografi dan Sains. Hal ini boleh menimbulkan dan menyemai
semangat cinta kepada alam sekitar.
Kemusnahan kepelbagaian biologi
Penghutanan semula Dapat mengekalkan pelbagai flora dan fauna yang ada
dalam hutan.
Menyediakan kawasan
perlindungan hidupan
liar
Kawasan perlindungan bagi hidupan liar yang hampir
pupus
Rawatan silvikultur Pokok-pokok yang berharga dirawat, dijaga dan diganti.
8. GEOGRAFI STPM SMK PURUN
Hakisan dan tanah runtuh
Tanaman tutup bumi Dapat melindungi permukaan tanah daripada dihakis
sehingga membawa kepada tanah runtüh.
Penanaman berteres Dapat menghalang aliran air daripada menghakis tanah dan
mengelakkan runtuhan tanah berlaku.
Membina tembok Dapat mengukuhkan semula binaan tanah daripada runtuh.
Membina sistem
perparitan dan saliran
Air hujan yang turun ke bawah tanah akan dapat mengalir
semula melalui sistem perparitan dan menghalang tanah tepu
dengan air dan menyebabkan tanah runtuh.
Menanam rumput di
cerun bukit
Akar rumput akan memegang tanih di cerun bukit daripada
ancaman air hujan yang boleh menghakis tanih di kawasan
cerun.