SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 12
Institut Kemahiran MARA
                                           Jasin, Melaka


                                INFORMATION SHEET

PROGRAMME :           A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION :                                                  SEMESTER :       2

                      TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE
CODE/COURSE :                                              SHEET NO :       A14/M04/IS02
                      ELECTRICAL & ELECTRONIC

LECTURER :            MD HAFIZI BIN MOHAMAD                WEEK :           10


TOPIC :               M04 BATTERIES
                      04.01 SAFETY HANDLING PROCEDURES
                      04.02 TYPE OF BATTERIES
SUB-TOPIC :           04.03 BATTERIES CARE & MAINTENANCE
                      04.04 BATTERIES CHARGING
                      04.05 BATTERIES TESTING
                      Pelajar mesti boleh :

                         1.   Terangkan fungsi bateri kenderaan.
LEARNING
OUTCOME :
                         2.   Nyatakan jenis-jenis bateri kenderaan.
                         3.   Terangkan struktur asas bateri.
                         4.   Huraikan tindakbalas kimia di dalam bateri.



TAJUK : BATERI KENDERAAN

TUJUAN :

Sistem elektrik kenderaan merupakan salah satu sistem yang terpenting di dalam sesebuah
kenderaan. Ianya membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi bagi keperluan komponen elektrik
dan elektronik agar dapat berfungsi dengan sempurna. Kertas penerangan ini akan menerangkan
maksud tersebut.




                                              1
PENERANGAN :

 Bateri merupakan satu komponen yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindakbalas
 kima yang berlaku di dalam bateri. Tenaga kimia diperoleh daripada asid dan plumbum yang
 terkandung di dalam bateri. Bateri kenderaan adalah dari jenis asid plumbum (lead asid battery)
 atau dikenali dengan nama bateri bekal. Ada dua jenis bateri iaitu bateri kering dan bateri basah
 (dry cell and wet cell). Bateri basah yang digunakan untuk kenderaan bermotor terbahagi kepada
 dua jenis iaitu bateri ‘standard’ dan bateri ‘MF’ (maintenance free). Bateri ‘MF’ ialah satu istilah
 yang digunakan untuk menyatakan bateri yang menggunakan sedikit air disebabkan bahan
 campuran yang digunakan untuk membuat ‘battery plate grid’. Bateri ‘MF’ juga dikenali ‘low water
 loss battery’. Bateri ‘standard’ menggunakan sehingga 5% antimony. Bagaimanapun
 menambahkan jumlah antimoni akan meningkatkan jumlah hidrogen yang dilepaskan dan dengan
 itu bateri akanmenggunakan air dengan banyak. Bateri ‘MF’ menggunakan calcium sebagai ganti
 antimony kerana 0.2% calcium sama kekuatannya dengan 6% antimoni (Gambarajah 1).




                          Gambarajah 1 : Grid plat positif dan plat negatif



FUNGSI BATERI

Terdapat tiga fungsi utama bateri dalam kenderaan iaitu :

   1. Membekalkan kuasa elektrik yang mencukupi untuk menghidupkan enjin.
   2. Membekalkan kuasa elektrik kepada sistem penyalaan.
   3. Membekalkan kuasa tambahan yang diperlukan apabila permintaan bebanan elektrik
      kenderaan melebihi daripada sistem pengecas hasilkan.
   4. Bertindak sebagai pengawal atau penstabil voltan dan menyerap voltan tidak diperlukan
      yang boleh merosakkan aksesori elektrik di dalam sistem elektrik kenderaan.




                                                 2
JENIS-JENIS BATERI KENDERAAN

1. Bateri Standard
2. Bateri ‘maintenance free’


 BATERI STANDARD

Bateri ini juga dikenali sebagai bateri asid plumbum (lead asid battery).Bateri basah ini
memerlukan pemeriksaan bagi memastikan paras air bateri berada diantara garisan rendah dan
tinggi. Sekiranya air bateri turun dibawah paras rendah, ini akan mendedahkan sebahagian plet
plumbum dan jadi kering lalu mengurangkan keupayaan menghasilkan tenaga. Air bateri perlu
sentiasa ditambah dari semasa ke semasa bagi mengekalkan plet plumbum tadi terendam dalam
sesair bateri.




                                   Gambar foto 1 : Bateri Standard

BATERI ‘MAINTENANCE FREE’

 Bateri ‘MF’ ialah satu istilah yang digunakan untuk menyatakan bateri yang penjagaan dan
 penyelenggaraan yang kurang. Bateri ‘MF’ juga dikenali ‘low water lossbattery’. Bateri ‘standard’
 menggunakan sehingga 5% antimony. Bagaimanapun menambahkan jumlah antimoni akan
 meningkatkan jumlah hidrogen yang dilepaskan dan dengan itu bateri akan menggunakan air
 dengan banyak. Ini adalah bateri ini menggunakan calcium sebagai ganti antimony untuk
 membuat ‘battery plate grid kerana 0.2% calcium sama kekuatannya dengan 6% antimony.
 Gambar Foto 2.




                               Gambar foto 2 : Bateri ‘Maintenance free’




                                                  3
STRUKTUR ASAS BATERI

Bateri mempunyai bilangan sel yang teratur di dalam kotaknya yang mana akan mengeluarkan
voltan bateri. Bateri 6 volt dibuat dari tiga sel, 2 volt tiap-tiap satu dan bateri 12 volt dibuat dari
enam sel, 2 volt tiap-tiap satu. Perbezaan di antaranya ialah perbezaan sel, bilangan plat di dalam
tiap sel dan ketebalan plat yang digunakan bagi menentukan keupayaan bateri. Asas struktur bateri
terdiri daripada kotak bateri,elemen,penyekat perangkai sel,cuar punca (terminal), palam berliang
dan elektrolait.


   1. Kotak Bateri

    Dibentuk berpetak-petak mengikut bilangan sel bateri dan diperbuat daripada getah keras,
    synthetic resin, polypropylene atau plastik. Ia mestilah teguh dan boleh menahan asid serta
    tahan kejutan dan gegaran. Bahagian atas bateri ditutup dengan penutup sel. Penutup sel
    adalah berasingan di antara satu sama lain. Di bahagian bawah kotak bateri ini dilengkapi
    dengan selangka (ribs) supaya dapat menongkat plat-plat dari pengasing-pengasing tadi.
    Ini bertujuan untuk mengelakkan terjadinya litar pintas antara plat positif dengan plat
    negatif yang mungkin disebabkan oleh hakisan.


   2. Elemen

    Elemen ialah gabungan satu kumpulan plat positif dengan plat negatif (gambarajah 2). Plat
    positif berwarna coklat dan dikenali dengan nama ‘lead peroxide’, plat negatif berwarna kelabu
    dan dikenali dengan nama ‘spongy lead’. Elemen direndam di dalam elektrolit (campuran asid
    sulfurik dengan air suling) yang terkandung di dalam kotak yang teguh. Plat-plat ini disusun
    berselang-seli di dalam setiap sel (gambarajah 3). Plat-plat positif disambungkan diantara satu
    sama lain dengan penyambung plumbum dan dihubungkan kepada cuar punca plumbum.
    Plat-plat negatif juga dipasang dengan cara yang sama dan diantara plat negatif dan plat
    positif ditebat dengan penyekat. Setiap elemen mengandungi antara 9 hingga 13 plat. Bagi
    setiap elemen, bilangan plat negatif lebih satu jumlahnya dari bilangan plat positif.
    Contoh,sebuah elemen yang mengandungi 17 plat akan mempunyai 9 plat negatif dan 8 plat
    positif. Dengan sebab itu tiap-tiap plat positif diapit oleh plat negatif. Ini diperlukan kerana
    tindakan kimia berlaku lebih banyak di plat positif dari plat negatif. (Gambarajah 2 dan
    gambarajah 3).




Gambarajah 2 : Pemasangan Elemen                       Gambarajah 3 : Kedudukan elemen di dalam sel



                                                   4
3. Penyekat atau Pengasing

Fungsi penyekat ialah untuk memisahkan plat positif dan plat 5entian5 supaya tidak bersentuh
yang mana akan mengakibatkan litar pintas. Penyekat ini berliang supaya elektrolit boleh
bergerak dengan bebas dari satu plat ke satu plat yang lain. Elektrolit mestilah boleh bergerak
ke semua permukaan plat supaya bateri dapat menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi.
Penyekat dibuat dari kepingan getah, kaca gentian, kayu atau kertas istimewa. Pada
sesetengah bateri, lebih dari satu jenis penyekat digunakan. Kertas istimewa digunakan
bersama-sama dengan kaca gentian.




                   Gambarajah 4 : Kedudukan penyekat pada setiap elemen


4. Perangkai Sel

Sel-sel bateri disambungkan secara siri supaya voltannya bertambah dengan menggunakan
perangkai sel atau penyambung sel. Ia diperbuat daripada bar plumbum yang disambungkan
pada punca sel. Bagi sesetengah bateri perangkai sel terletak di atas atau di dalam penutup
bateri (tudung bateri). Sekiranya penyambung sel terletak di dalam penutup sel, ia akan
dilindungi oleh sebatian mekanikal yang kuat. Binaan ini mengurangkan kebocoran arus
melaluli penutup sel bateri. Jika perangkai sel berada di atas tudung bateri, lembapan dan
kotoran akan terkumpul di atasnya lalu membentuk satu aliran elektrik dari satu punca sel
kepada punca sel yang lain. Ini mengakibatkan arus elektrik luput secara perlahan-lahan.
Dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan bateri menjadi luput cas.




                              Gambarajah 5 : Perangkai sel




                                            5
5. Terminal Bateri

Setiap bateri mestilah mempuyai sepasang terminal bateri iaitu terminal punca positif dan
terminal punca negatif. Setiap terminal punca mempunyai pengenalannya sendiri bertujuan
mengelakkan daripada tersalah pasang kepada kenderaan yang mana boleh merosakkan
komponen elektrik, peralatan elektronik atau bateri itu sendiri. Terminal punca positif boleh
dikenal pasti di mana diameternya yang lebih besar berbanding terminal punca negatif. Selain
dari itu, terminal punca positif mempunyai gelang berwarna merah manakala cuar punca
negatif bergelang hijau. Terminal punca positif juga ditandakan dengan simbol ‘+’ , terminal
punca negatif ditandakan dengan simbol ‘-‘ pada tudung bateri. Gambarajah di bawah
menunjukkan kedudukan terminal pada bateri yang berbeza.




                     Gambarajah 6 : Terminal positif dan neagatif bateri


6. Palam Berliang

Palam berliang boleh dibuka untuk menambah atau mengisi air ke dalam sel apabila
diperlukan. Air di dalam sel hilang disebabkan pemeluapan atau bertukar kepada gas oksigen
dan gas 6ydrogen. Palam berliang mempunyai lubang-lubang kecil untuk membebaskan gas
keluar dengan bebas semasa tindakbalas kimia.




                              Gambarajah 7 : Palam berliang




                                              6
7. Elektrolit

Elektrolit ialah campuran di antara asid dengan air suling. Asasnya elektrolit dibuat daripada
60% air suling dengan 40% asid sulfurik. Elektrolit ini digunakan untuk sama ada ‘lead
antimony battery’ (standard battery) atau ‘lead calcium battery’ (maintenance free battery).
Untuk mengelakkan kemalangan semasa menyediakan elektrolit, perlulah diambil perhatian
‘asid hendaklah dituangkan ke dalam air’. Elektrolit dijual dalam keadaan sudah dicampur
dengan kekuatan cas penuhnya diantara 1.260-1.280 s.g.,atau telah dimasukkan terlebih
dahulu ke dalam bateri semasa bateri itu dijual. Hanya air suling perlu ditambahkan sekiranya
bateri kekurangan air.




                        Gambarajah 8 : Bahagian-bahagian bateri




                                            7
TINDAKBALAS KIMIA DI DALAM SEL BATERI

Arus dihasilkan oleh bateri melalui tindakbalas kimia di antara bahan di dalam plat dengan asid
sulfurik. Bahan aktif di dalam plat positif ialah plumbum dioksid (PbO2) dan di dalam plat negatif
ialah plumbum (Pb). Apabila sistem elektrik kenderaan bekerja, bateri akan luput cas. Tetapi
apabila kuasa elektrik ditambahkan ke dalam bateri, bateri akan dicas.




     Dua kepingan Two dissimilar metals in an acid, called electrolyte, make a simple battery.

Asid yang terdapat di dalam elektrolit akan bertindakbalas dengan positif (+) plat untuk
membebaskan elektron (- cas). Elektron ini akan dihantar kepada plat yang berasingan menjadikan
ia bercas negatif (-). Apabila bateri dalam keadaan cas penuh, plat negatif (-) mempunyai jumlah
elektron yang berlebihan. Jika bateri disambungkan dengan litar yang mudah, elektron yang
berlebihan ini akan dialirkan keluar dari plat negatif (-) dan mengalir ke arah mentol lampu.
Tindakbalas kimia sentiasa berlaku di dalam kotak bateri dan berterusan. Akibat dari tindakbalas
yang berterusan ini menyebabkan elektrolit menjadi lemah dan semakin lemah manakala plat
negatif (-) dan plat positif (+) menjadi serupa dan mempunyai kandungan kimia yang serupa.
Akhirnya semua elektron akan digunakan, lampu akan menjadi malap dan bateri menjadi luput cas.




             Pergerakkan elektron dari satu plat ke plat yang lain menghasilkan voltan




                                                  8
1) Tindakbalas kimia semasa luput cas

Pada permulaan tindakbalas, molekul asid sulfurik menjadi H2 dan SO4. Satu unit SO4
bergabung dengan plumbum di dalam plat positif dan satu unit lagi akan bergabung dengan
plat negatif. Ini akan menghasilkan plumbum sulfat (PbSO4) di dalam kedua-dua plat positif
dan plat negatif atau ‘lead sulfate’. Tindakbalas ini menyebabkan dua atom oksigen (O2) dari
plat positif bergabung dengan atom hydrogen lalu membentuk air. Dari tindakbalas ini, dengan
perlahan-lahan asid sulfurik bertukar menjadi air dan elektrolit menjadi kurang pekat.
Seterusnya ketumpatan kandungan elektrolit semakin rendah. Apabila bateri berkeadaan luput
cas sepenuhnya plat positif dan plat negatif menjadi plumbum sulfat dan elektrolait menjadi air.

            PbO2 + 2H2SO4 + Pb ---------------------- PbSO4 + 2H20 + PbSO4




                                Tindakbalas kimia semasa luput cas


2) Tindakbalas kimia semasa cas

Semasa cas, arus terus mengalir ke dalam bateri melalui arah yang berlawanan semasa luput
cas. Jadi tindakbalas kimia yang berlaku di dalam bateri semasa cas adalah berlawanan
dengan semasa bateri luput cas. Semasa cas air (H2O) berpecah kepada hidrogen (H2) dan
oksigen (O). Sulfat (SO4) bergerak dari plat balik ke dalam elektrolit dan bergabung dengan
hydrogen lalu membentuk asid sulfurik (H2SO4). Pada masa yang sama, atom-atom oksigen
bergabung dengan plumbum di plat positif dan membentuk plumbum dioksid. Plat positif
menjadi lead peroxide dan plat negatif menjadi spongy lead. Semasa mengecas, sebahagian
dari gas oksigen dan gas hidrogen hasil dari tindak balas kimia terbebas dari sel bateri melalui
palam berliang.

                PbSO4 + 2H2O + PbSO4 ------------------------PbO2 + 2H2SO4 + Pb




                                             9
Tindakbalas kimia semasa cas

 KESIMPULAN

 Bateri merupakan satu komponen elektrik yang penting dalam sistem elektrik kenderaan. Ia
 menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindakbalas kimia yang terjadi di dalamnya. Terdiri
 daripada beberapa komponen seperti plat positif, plat negative, perangkai sel, pengasing, terminal,
 kotak bateri dan elektrolit. Terdapat 2 jenis bateri masa kini iaitu bateri standard dan bateri ‘free
 maintenance’.



 EXERCISE


    1. Berikan 2 jenis bateri yang biasa digunakan pada kenderaan?



    2. Namakan bahagian-bahagian bateri.




    3. Bateri mempunyai dua terminal. Jelaskan dengan ringkas mengenai terminal tersebut.




 REFERENCE


1. Akademi Saga, Basic Electrical & Electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor:
   Edaran Otomobil Nasional Berhad.
2. Akademi Saga, Basic Electrical & Electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran
   Otomobil Nasional Berhad.
3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems
4. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor
   Corporation.
5. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes
   Ltd. System
6. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox
   Company, Inc




                                                  10
11
11

Más contenido relacionado

La actualidad más candente (20)

Pengenalan ABS
Pengenalan ABSPengenalan ABS
Pengenalan ABS
 
9. power window
9. power window9. power window
9. power window
 
3. switch
3. switch3. switch
3. switch
 
Auto transmission 1
Auto transmission 1Auto transmission 1
Auto transmission 1
 
7. litar elektrik
7. litar elektrik7. litar elektrik
7. litar elektrik
 
11. safety handling procedurs
11. safety handling procedurs11. safety handling procedurs
11. safety handling procedurs
 
Merombak gearbox manual
Merombak gearbox manual Merombak gearbox manual
Merombak gearbox manual
 
Pengenalan kepada sistem gantungan
Pengenalan kepada sistem gantunganPengenalan kepada sistem gantungan
Pengenalan kepada sistem gantungan
 
12. battery charging and testing is20
12. battery charging and testing is2012. battery charging and testing is20
12. battery charging and testing is20
 
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
6. menguji kebocoran(penghawa dingin)
 
Sistem pelinciran
Sistem pelinciranSistem pelinciran
Sistem pelinciran
 
Modul 1 talisawat
Modul 1 talisawatModul 1 talisawat
Modul 1 talisawat
 
Jenis – jenis sistem gantungan hadapan
Jenis – jenis sistem gantungan hadapanJenis – jenis sistem gantungan hadapan
Jenis – jenis sistem gantungan hadapan
 
Sistem bahan api
Sistem bahan apiSistem bahan api
Sistem bahan api
 
Motor 3 fasa
Motor 3 fasaMotor 3 fasa
Motor 3 fasa
 
Pendawaian kenderaan
Pendawaian kenderaanPendawaian kenderaan
Pendawaian kenderaan
 
Sistem gantungan
Sistem gantunganSistem gantungan
Sistem gantungan
 
Penyentuh dan geganti
Penyentuh dan gegantiPenyentuh dan geganti
Penyentuh dan geganti
 
penyelenggaraan industri
penyelenggaraan industripenyelenggaraan industri
penyelenggaraan industri
 
8.1 multimeter
8.1 multimeter8.1 multimeter
8.1 multimeter
 

Destacado (17)

Jenis jenis bateri
Jenis jenis bateriJenis jenis bateri
Jenis jenis bateri
 
7. uji bateri
7. uji bateri7. uji bateri
7. uji bateri
 
Sistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaanSistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaan
 
14. lighting
14. lighting14. lighting
14. lighting
 
5. terminal
5. terminal5. terminal
5. terminal
 
Baterías o acumuladores de tensión demo
Baterías o acumuladores de tensión demoBaterías o acumuladores de tensión demo
Baterías o acumuladores de tensión demo
 
Penapis udara / Air filter
Penapis udara / Air filterPenapis udara / Air filter
Penapis udara / Air filter
 
Jangan Tukar Minyak Hitam
Jangan Tukar Minyak Hitam Jangan Tukar Minyak Hitam
Jangan Tukar Minyak Hitam
 
Kabel
KabelKabel
Kabel
 
Carta alir projek
Carta alir projekCarta alir projek
Carta alir projek
 
10. periksa sistem lampu
10. periksa sistem lampu10. periksa sistem lampu
10. periksa sistem lampu
 
Teknologi sensor
Teknologi sensorTeknologi sensor
Teknologi sensor
 
Carta Alir
Carta AlirCarta Alir
Carta Alir
 
Pengenalan motor
Pengenalan motorPengenalan motor
Pengenalan motor
 
Bab 2 fungsi kawalan motor
Bab 2 fungsi kawalan motorBab 2 fungsi kawalan motor
Bab 2 fungsi kawalan motor
 
Batteries & charging system
Batteries & charging systemBatteries & charging system
Batteries & charging system
 
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copyPENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA   copy
PENYELENGGARAAN PEMASANGAN SATU FASA copy
 

Más de Md Hafizi Mohamad (17)

9. Teknik ketuk
9. Teknik ketuk9. Teknik ketuk
9. Teknik ketuk
 
8. Struktur kenderaan
8. Struktur kenderaan8. Struktur kenderaan
8. Struktur kenderaan
 
7. Kerosakan panel
7. Kerosakan panel7. Kerosakan panel
7. Kerosakan panel
 
6. Bentuk panel kenderaan
6. Bentuk panel kenderaan6. Bentuk panel kenderaan
6. Bentuk panel kenderaan
 
5. Spoon
5. Spoon5. Spoon
5. Spoon
 
4. Dolly
4. Dolly4. Dolly
4. Dolly
 
3. hammer
3. hammer3. hammer
3. hammer
 
1. logam
1. logam1. logam
1. logam
 
Modul 1 keselamatan
Modul 1 keselamatanModul 1 keselamatan
Modul 1 keselamatan
 
oxy-acetylene welding
oxy-acetylene weldingoxy-acetylene welding
oxy-acetylene welding
 
Clamping devices
Clamping devicesClamping devices
Clamping devices
 
Marking tools
Marking toolsMarking tools
Marking tools
 
Hand tools
Hand toolsHand tools
Hand tools
 
Cutting tool
Cutting toolCutting tool
Cutting tool
 
6. wire harness
6. wire harness6. wire harness
6. wire harness
 
2. solenoid
2. solenoid2. solenoid
2. solenoid
 
13. starter motor
13. starter motor13. starter motor
13. starter motor
 

10. bateri kenderaan

  • 1. Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE CODE/COURSE : SHEET NO : A14/M04/IS02 ELECTRICAL & ELECTRONIC LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 10 TOPIC : M04 BATTERIES 04.01 SAFETY HANDLING PROCEDURES 04.02 TYPE OF BATTERIES SUB-TOPIC : 04.03 BATTERIES CARE & MAINTENANCE 04.04 BATTERIES CHARGING 04.05 BATTERIES TESTING Pelajar mesti boleh : 1. Terangkan fungsi bateri kenderaan. LEARNING OUTCOME : 2. Nyatakan jenis-jenis bateri kenderaan. 3. Terangkan struktur asas bateri. 4. Huraikan tindakbalas kimia di dalam bateri. TAJUK : BATERI KENDERAAN TUJUAN : Sistem elektrik kenderaan merupakan salah satu sistem yang terpenting di dalam sesebuah kenderaan. Ianya membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi bagi keperluan komponen elektrik dan elektronik agar dapat berfungsi dengan sempurna. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut. 1
  • 2. PENERANGAN : Bateri merupakan satu komponen yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindakbalas kima yang berlaku di dalam bateri. Tenaga kimia diperoleh daripada asid dan plumbum yang terkandung di dalam bateri. Bateri kenderaan adalah dari jenis asid plumbum (lead asid battery) atau dikenali dengan nama bateri bekal. Ada dua jenis bateri iaitu bateri kering dan bateri basah (dry cell and wet cell). Bateri basah yang digunakan untuk kenderaan bermotor terbahagi kepada dua jenis iaitu bateri ‘standard’ dan bateri ‘MF’ (maintenance free). Bateri ‘MF’ ialah satu istilah yang digunakan untuk menyatakan bateri yang menggunakan sedikit air disebabkan bahan campuran yang digunakan untuk membuat ‘battery plate grid’. Bateri ‘MF’ juga dikenali ‘low water loss battery’. Bateri ‘standard’ menggunakan sehingga 5% antimony. Bagaimanapun menambahkan jumlah antimoni akan meningkatkan jumlah hidrogen yang dilepaskan dan dengan itu bateri akanmenggunakan air dengan banyak. Bateri ‘MF’ menggunakan calcium sebagai ganti antimony kerana 0.2% calcium sama kekuatannya dengan 6% antimoni (Gambarajah 1). Gambarajah 1 : Grid plat positif dan plat negatif FUNGSI BATERI Terdapat tiga fungsi utama bateri dalam kenderaan iaitu : 1. Membekalkan kuasa elektrik yang mencukupi untuk menghidupkan enjin. 2. Membekalkan kuasa elektrik kepada sistem penyalaan. 3. Membekalkan kuasa tambahan yang diperlukan apabila permintaan bebanan elektrik kenderaan melebihi daripada sistem pengecas hasilkan. 4. Bertindak sebagai pengawal atau penstabil voltan dan menyerap voltan tidak diperlukan yang boleh merosakkan aksesori elektrik di dalam sistem elektrik kenderaan. 2
  • 3. JENIS-JENIS BATERI KENDERAAN 1. Bateri Standard 2. Bateri ‘maintenance free’ BATERI STANDARD Bateri ini juga dikenali sebagai bateri asid plumbum (lead asid battery).Bateri basah ini memerlukan pemeriksaan bagi memastikan paras air bateri berada diantara garisan rendah dan tinggi. Sekiranya air bateri turun dibawah paras rendah, ini akan mendedahkan sebahagian plet plumbum dan jadi kering lalu mengurangkan keupayaan menghasilkan tenaga. Air bateri perlu sentiasa ditambah dari semasa ke semasa bagi mengekalkan plet plumbum tadi terendam dalam sesair bateri. Gambar foto 1 : Bateri Standard BATERI ‘MAINTENANCE FREE’ Bateri ‘MF’ ialah satu istilah yang digunakan untuk menyatakan bateri yang penjagaan dan penyelenggaraan yang kurang. Bateri ‘MF’ juga dikenali ‘low water lossbattery’. Bateri ‘standard’ menggunakan sehingga 5% antimony. Bagaimanapun menambahkan jumlah antimoni akan meningkatkan jumlah hidrogen yang dilepaskan dan dengan itu bateri akan menggunakan air dengan banyak. Ini adalah bateri ini menggunakan calcium sebagai ganti antimony untuk membuat ‘battery plate grid kerana 0.2% calcium sama kekuatannya dengan 6% antimony. Gambar Foto 2. Gambar foto 2 : Bateri ‘Maintenance free’ 3
  • 4. STRUKTUR ASAS BATERI Bateri mempunyai bilangan sel yang teratur di dalam kotaknya yang mana akan mengeluarkan voltan bateri. Bateri 6 volt dibuat dari tiga sel, 2 volt tiap-tiap satu dan bateri 12 volt dibuat dari enam sel, 2 volt tiap-tiap satu. Perbezaan di antaranya ialah perbezaan sel, bilangan plat di dalam tiap sel dan ketebalan plat yang digunakan bagi menentukan keupayaan bateri. Asas struktur bateri terdiri daripada kotak bateri,elemen,penyekat perangkai sel,cuar punca (terminal), palam berliang dan elektrolait. 1. Kotak Bateri Dibentuk berpetak-petak mengikut bilangan sel bateri dan diperbuat daripada getah keras, synthetic resin, polypropylene atau plastik. Ia mestilah teguh dan boleh menahan asid serta tahan kejutan dan gegaran. Bahagian atas bateri ditutup dengan penutup sel. Penutup sel adalah berasingan di antara satu sama lain. Di bahagian bawah kotak bateri ini dilengkapi dengan selangka (ribs) supaya dapat menongkat plat-plat dari pengasing-pengasing tadi. Ini bertujuan untuk mengelakkan terjadinya litar pintas antara plat positif dengan plat negatif yang mungkin disebabkan oleh hakisan. 2. Elemen Elemen ialah gabungan satu kumpulan plat positif dengan plat negatif (gambarajah 2). Plat positif berwarna coklat dan dikenali dengan nama ‘lead peroxide’, plat negatif berwarna kelabu dan dikenali dengan nama ‘spongy lead’. Elemen direndam di dalam elektrolit (campuran asid sulfurik dengan air suling) yang terkandung di dalam kotak yang teguh. Plat-plat ini disusun berselang-seli di dalam setiap sel (gambarajah 3). Plat-plat positif disambungkan diantara satu sama lain dengan penyambung plumbum dan dihubungkan kepada cuar punca plumbum. Plat-plat negatif juga dipasang dengan cara yang sama dan diantara plat negatif dan plat positif ditebat dengan penyekat. Setiap elemen mengandungi antara 9 hingga 13 plat. Bagi setiap elemen, bilangan plat negatif lebih satu jumlahnya dari bilangan plat positif. Contoh,sebuah elemen yang mengandungi 17 plat akan mempunyai 9 plat negatif dan 8 plat positif. Dengan sebab itu tiap-tiap plat positif diapit oleh plat negatif. Ini diperlukan kerana tindakan kimia berlaku lebih banyak di plat positif dari plat negatif. (Gambarajah 2 dan gambarajah 3). Gambarajah 2 : Pemasangan Elemen Gambarajah 3 : Kedudukan elemen di dalam sel 4
  • 5. 3. Penyekat atau Pengasing Fungsi penyekat ialah untuk memisahkan plat positif dan plat 5entian5 supaya tidak bersentuh yang mana akan mengakibatkan litar pintas. Penyekat ini berliang supaya elektrolit boleh bergerak dengan bebas dari satu plat ke satu plat yang lain. Elektrolit mestilah boleh bergerak ke semua permukaan plat supaya bateri dapat menghasilkan tenaga elektrik yang mencukupi. Penyekat dibuat dari kepingan getah, kaca gentian, kayu atau kertas istimewa. Pada sesetengah bateri, lebih dari satu jenis penyekat digunakan. Kertas istimewa digunakan bersama-sama dengan kaca gentian. Gambarajah 4 : Kedudukan penyekat pada setiap elemen 4. Perangkai Sel Sel-sel bateri disambungkan secara siri supaya voltannya bertambah dengan menggunakan perangkai sel atau penyambung sel. Ia diperbuat daripada bar plumbum yang disambungkan pada punca sel. Bagi sesetengah bateri perangkai sel terletak di atas atau di dalam penutup bateri (tudung bateri). Sekiranya penyambung sel terletak di dalam penutup sel, ia akan dilindungi oleh sebatian mekanikal yang kuat. Binaan ini mengurangkan kebocoran arus melaluli penutup sel bateri. Jika perangkai sel berada di atas tudung bateri, lembapan dan kotoran akan terkumpul di atasnya lalu membentuk satu aliran elektrik dari satu punca sel kepada punca sel yang lain. Ini mengakibatkan arus elektrik luput secara perlahan-lahan. Dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan bateri menjadi luput cas. Gambarajah 5 : Perangkai sel 5
  • 6. 5. Terminal Bateri Setiap bateri mestilah mempuyai sepasang terminal bateri iaitu terminal punca positif dan terminal punca negatif. Setiap terminal punca mempunyai pengenalannya sendiri bertujuan mengelakkan daripada tersalah pasang kepada kenderaan yang mana boleh merosakkan komponen elektrik, peralatan elektronik atau bateri itu sendiri. Terminal punca positif boleh dikenal pasti di mana diameternya yang lebih besar berbanding terminal punca negatif. Selain dari itu, terminal punca positif mempunyai gelang berwarna merah manakala cuar punca negatif bergelang hijau. Terminal punca positif juga ditandakan dengan simbol ‘+’ , terminal punca negatif ditandakan dengan simbol ‘-‘ pada tudung bateri. Gambarajah di bawah menunjukkan kedudukan terminal pada bateri yang berbeza. Gambarajah 6 : Terminal positif dan neagatif bateri 6. Palam Berliang Palam berliang boleh dibuka untuk menambah atau mengisi air ke dalam sel apabila diperlukan. Air di dalam sel hilang disebabkan pemeluapan atau bertukar kepada gas oksigen dan gas 6ydrogen. Palam berliang mempunyai lubang-lubang kecil untuk membebaskan gas keluar dengan bebas semasa tindakbalas kimia. Gambarajah 7 : Palam berliang 6
  • 7. 7. Elektrolit Elektrolit ialah campuran di antara asid dengan air suling. Asasnya elektrolit dibuat daripada 60% air suling dengan 40% asid sulfurik. Elektrolit ini digunakan untuk sama ada ‘lead antimony battery’ (standard battery) atau ‘lead calcium battery’ (maintenance free battery). Untuk mengelakkan kemalangan semasa menyediakan elektrolit, perlulah diambil perhatian ‘asid hendaklah dituangkan ke dalam air’. Elektrolit dijual dalam keadaan sudah dicampur dengan kekuatan cas penuhnya diantara 1.260-1.280 s.g.,atau telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam bateri semasa bateri itu dijual. Hanya air suling perlu ditambahkan sekiranya bateri kekurangan air. Gambarajah 8 : Bahagian-bahagian bateri 7
  • 8. TINDAKBALAS KIMIA DI DALAM SEL BATERI Arus dihasilkan oleh bateri melalui tindakbalas kimia di antara bahan di dalam plat dengan asid sulfurik. Bahan aktif di dalam plat positif ialah plumbum dioksid (PbO2) dan di dalam plat negatif ialah plumbum (Pb). Apabila sistem elektrik kenderaan bekerja, bateri akan luput cas. Tetapi apabila kuasa elektrik ditambahkan ke dalam bateri, bateri akan dicas. Dua kepingan Two dissimilar metals in an acid, called electrolyte, make a simple battery. Asid yang terdapat di dalam elektrolit akan bertindakbalas dengan positif (+) plat untuk membebaskan elektron (- cas). Elektron ini akan dihantar kepada plat yang berasingan menjadikan ia bercas negatif (-). Apabila bateri dalam keadaan cas penuh, plat negatif (-) mempunyai jumlah elektron yang berlebihan. Jika bateri disambungkan dengan litar yang mudah, elektron yang berlebihan ini akan dialirkan keluar dari plat negatif (-) dan mengalir ke arah mentol lampu. Tindakbalas kimia sentiasa berlaku di dalam kotak bateri dan berterusan. Akibat dari tindakbalas yang berterusan ini menyebabkan elektrolit menjadi lemah dan semakin lemah manakala plat negatif (-) dan plat positif (+) menjadi serupa dan mempunyai kandungan kimia yang serupa. Akhirnya semua elektron akan digunakan, lampu akan menjadi malap dan bateri menjadi luput cas. Pergerakkan elektron dari satu plat ke plat yang lain menghasilkan voltan 8
  • 9. 1) Tindakbalas kimia semasa luput cas Pada permulaan tindakbalas, molekul asid sulfurik menjadi H2 dan SO4. Satu unit SO4 bergabung dengan plumbum di dalam plat positif dan satu unit lagi akan bergabung dengan plat negatif. Ini akan menghasilkan plumbum sulfat (PbSO4) di dalam kedua-dua plat positif dan plat negatif atau ‘lead sulfate’. Tindakbalas ini menyebabkan dua atom oksigen (O2) dari plat positif bergabung dengan atom hydrogen lalu membentuk air. Dari tindakbalas ini, dengan perlahan-lahan asid sulfurik bertukar menjadi air dan elektrolit menjadi kurang pekat. Seterusnya ketumpatan kandungan elektrolit semakin rendah. Apabila bateri berkeadaan luput cas sepenuhnya plat positif dan plat negatif menjadi plumbum sulfat dan elektrolait menjadi air. PbO2 + 2H2SO4 + Pb ---------------------- PbSO4 + 2H20 + PbSO4 Tindakbalas kimia semasa luput cas 2) Tindakbalas kimia semasa cas Semasa cas, arus terus mengalir ke dalam bateri melalui arah yang berlawanan semasa luput cas. Jadi tindakbalas kimia yang berlaku di dalam bateri semasa cas adalah berlawanan dengan semasa bateri luput cas. Semasa cas air (H2O) berpecah kepada hidrogen (H2) dan oksigen (O). Sulfat (SO4) bergerak dari plat balik ke dalam elektrolit dan bergabung dengan hydrogen lalu membentuk asid sulfurik (H2SO4). Pada masa yang sama, atom-atom oksigen bergabung dengan plumbum di plat positif dan membentuk plumbum dioksid. Plat positif menjadi lead peroxide dan plat negatif menjadi spongy lead. Semasa mengecas, sebahagian dari gas oksigen dan gas hidrogen hasil dari tindak balas kimia terbebas dari sel bateri melalui palam berliang. PbSO4 + 2H2O + PbSO4 ------------------------PbO2 + 2H2SO4 + Pb 9
  • 10. Tindakbalas kimia semasa cas KESIMPULAN Bateri merupakan satu komponen elektrik yang penting dalam sistem elektrik kenderaan. Ia menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindakbalas kimia yang terjadi di dalamnya. Terdiri daripada beberapa komponen seperti plat positif, plat negative, perangkai sel, pengasing, terminal, kotak bateri dan elektrolit. Terdapat 2 jenis bateri masa kini iaitu bateri standard dan bateri ‘free maintenance’. EXERCISE 1. Berikan 2 jenis bateri yang biasa digunakan pada kenderaan? 2. Namakan bahagian-bahagian bateri. 3. Bateri mempunyai dua terminal. Jelaskan dengan ringkas mengenai terminal tersebut. REFERENCE 1. Akademi Saga, Basic Electrical & Electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad. 2. Akademi Saga, Basic Electrical & Electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad. 3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems 4. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor Corporation. 5. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes Ltd. System 6. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox Company, Inc 10
  • 11. 11
  • 12. 11