1. Anugerah Allah yang tiada nilai bandingnya…….
Amanah dari Allah…..
“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan
tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-
siakannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)
“Wahai Amirul Mukminin! Adapun anak itu ialah buah hati kita, tulang belakang kita.
Kita ini adalah bumi yang lebar tampanya berpijak, langit tempat mereka berlindung
teduh dan bernaung dari kerananyalah berani kita menempuh kesukaran
bagaimana sulit. Dari itu bila mereka meminta, berikan, bila mereka kecewa,
senangkan hatinya agar di balasinya dengan cinta pula dan hargainya kepayahan
kita.”
Pesanan Hukama :
“ Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana
sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik)
maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan.
2. Sifat syukur perlu ada kepada semua umat Islam, kerana Allah swt telah
menganugerahkan nikmat makan, nikmat berjalan, nikmat melihat, nikmat
memegang dan berbagai nikmat lagi yang mesti di gunakan untuk menjadi hamba
yang bertaqwa kepada Allah. Barang siapa yang tidak bersyukur dengan segala
nikmat yang Allah berikan kepada mereka, maka nescaya Allah akan sediakan
kepadanya satu azab yang sangat pedih iaitu azab api neraka Allah swt. Firman
Allah :
“Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan
Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah
keras”. (Ibrahim : 7)
Anak merupakan eset yang paling berharga dan tidak ternilai jika dibandingkan
dengan perkara yang lain. Ibu bapa perlu menghargai dan mensyukuri kepada Allah
yang telah mengurniakan anak kepada mereka. Tidak rasa kecewa jika Allah
memberikan kepadanya anak yang hitam kulitnya, cacat dan tidak seperti yang
diharapkan. Malah mereka berbangga dengan pemberian Allah ini dengan
menadahkan kedua tangan dan berdoa dan berterima kasih kepada Allah.
Memang berat bagi sesiapa yang diuji oleh Allah dengan memberikan anak yang
kurang upaya atau mengalami masalah kesihatan. Banyak wang kos yang perlu
dihabiskan untuk menyara perubatan anak mereka. Bermakna sungguh jika mereka
redho dan menerima dengan hati yang ikhlas atas anugerah yang telah diberikan
oleh Allah. Besar ganjaran yang mereka dapat dari Allah atas penat lelah mereka
menjaga anak mereka yang sakit dan cacat. Anggaplah ini satu ujian Allah kepada
hambanya untuk menaikan taraf keimanan seseorang hamba yang disayangi oleh
Allah. Firman Allah :
“Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala
kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan).” (Ali-Imran : 200)
Saidina Ali Bin Abi Talib pernah mengatakan bahawa :
"Bersabarlah walaupun itu sukar. Kerana akan jauh lebih sukar lagi jika kesabaran
itu tidak engkau miliki lagi".
Sabar melayani karenah anak-anak adalah salah satu dari komponen syukur yang
perlu dimiliki oleh kedua ibu bapa. Cuba kita nilai karenah anak dari sudut yang
positif, maka pasti kita akan memperolehi jawapan yang sangat baik, iaitu anak-
anak memerlukan perhatian dari kedua ibu bapa mereka. Sudah hampir sehari ibu
bapa mereka meninggalkan mereka demi mencari rezeki yang halal. Setelah pulang
dari kerja, maka sudah pastilah anak-anak akan melepaskan kerinduan mereka
kepada kita dengan cara merap, tidak mahu berenggang, sentiasa hendak di
dukung dan sebagainya.
3. Alangkah bahagianya, kalau kita melayan anak-anak dengan penuh kesabaran
walaupun dalam kepenatan yang amat sangat. Besar ganjaran Allah kepada ibu
bapa yang sabar melayani anak-anak mereka. Di antara ganjaran yang diperolehi
oleh ibu bapa mereka ialah dihapuskan segala dosa kecil yang dilakukan oleh ibu
bapa mereka. Allah menambah darjat keimanan ibu bapa yang sabar melayani
karenah anak mereka. Merapatkan lagi hubungan kekeluargaan antara ibu bapa
dan anak-anak dan sekaligus dapat melahirkan keluarga Mawardah War Rahmah.
Ibu bapa yang bersyukur akan sentiasa memastikan anak-anak mereka dijaga
dengan baik dan diberikan didikan yang baik sama taraf dengan kanak-kanak yang
lain. Walaupun tiada duit untuk membayar yuran sekolah atau tiada duit untuk
membeli buku sekolah anak-anak, mereka sanggup berpuasa dan menahan diri dari
kelaparan demi memastikan anak-anak mereka memperolehi pelajaran dan
mempunyai buku untuk mereka belajar. Apabila hujan, mereka sanggup
memberikan baju hujan atau payung kepada anak mereka supaya tidak terkena
hujan takut demam, tetapi mereka basah kuyup disebabkan terkenanya hujan.
Perbuatan ini semua berlaku kerana mereka mensyukuri dan menghargai anugerah
anak yang telah Allah berikan kepada mereka. Setiap saat mereka akan
memastikan anak mereka belajar dan menjadi orang yang soleh dan bertaqwa
kepada Allah.
Anak adalah anugerah yang tidak terhingga daripada Allah kepada pasangan suami
isteri yang mendirikan rumahtangga. Timbul riak wajah yang ceria dan gembira
4. suami isteri apabila mereka diberitahu oleh doktor yang merawat mengatakan
bahawa isterinya mengandung sekian bulan.
Dari situlah mereka merancang dan mengatur jadual untuk menyambut kedatangan
orang baru dalam keluarga mereka. Setiap hari dan setiap bulan mereka melakukan
persediaan, seperti melakukan rawatan untuk memastikan bayi di dalam kandungan
itu sihat dan selamat, mengawal pemakanan seperti memakan makanan yang
berkhasiat, membeli pakaian, alat-alat penjagaan bayi, memilih nama yang sesuai
dan sebagainya.
Apabila tiba tanda-tanda kelahiran kepada isteri, si suami bertungkus lumus
berusaha untuk menghantar isterinya ke hospital yang berdekatan. Si suami
memaklumkan kepada ibu bapanya dan mertuanya bahawa isterinya telah masuk
ke wad bersalin di hospital sekian-sekian. Timbul berbagai kerisauan dan persoalan
di dalam kepala suaminya seperti bagaimana keadaan isterinya? adakah isterinya
selamat? adakah isterinya bersalin normal ataupun tidak? Selain dari itu juga
suaminya berdoa kepada Allah semoga isterinya dapat melahirkan anaknya dengan
keadaan selamat.
Setelah sekian lama menanti dengan penuh debaran dan kerisauan, si suami
diberitahu oleh doktor yang merawat isterinya bahawa isterinya selamat bersalin
dan isterinya sekarang sedang berehat setelah sekian lama bertarung dengan
kesakitan yang tidak terhingga. Rasa syukur dan gembira apabila mendengar
khabar tersebut. Beliau menziarahi isterinya dan anaknya untuk memastikan khabar
tersebut sahih dan benar.
Si suami mendukung anaknya untuk diazankan disebelah telingga kanan dan
diiqamahkan disebelah telingga kiri, sebagai memenuhi tuntutan sunat yang pernah
dilakukan oleh Rasulullah saw. Daripada Abi Raafi’ berkata :
“Aku pernah melihat Rasulullah saw mengazankan pada telinga Hasan Bin ‘Ali
ketika ia dikahirkan oleh Fatimah”. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Cukup sahaja hari yang ketujuh si suami berusaha untuk mengadakan majlis
aqikah, tahnik, cukur kepala dan diberikan nama kepada anaknya. Tidak kisah wang
ringgit habis begitu banyak, yang penting adalah tanggungjawabnya sebagai bapa
terhadap anaknya. Majlis disambut dengan penuh kegembiraan dengan menjemput
sanak saudara, jiran-jiran dan para sahabat untuk meraikan majlis anaknya. Ucapan
tahniah dan hadiah dari para tetamu yang datang diterima oleh bapa dan ibu anak
tersebut. Hal ini menambahkan lagi rasa kegembiraan dan tali persaudaraan di
antara tuan rumah dengan tetamu yang hadir.
Betapa gembiranya si ibu dan bapa apabila mendapat cahaya mata, berbagai
harapan yang telah diberikan kepada anak tersebut. Ada yang mengharapkan anak
tersebut menjadi anak yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ada juga
yang mengharapkan anak tersebut menjadi pandai dengan memperolehi pendidikan
yang cemerlang, supaya anak tersebut memperolehi pekerjaan yang baik untuk
masa depannya.
5. Tidak kiralah apa harapan yang telah diberikan kepada anak tersebut. Paling
penting dalam pendidikan anak-anak adalah pendidikan agama Islam, kerana ia
merupakan fardhu ain dan perlu diberikan kepada mereka. Pendidikan agama
sangat penting untuk menjamin keselamatan dunia dan akhirat.
Menurut Dr Abdul Rahman an-Nawawi di dalam bukunya yang bertajuk “Pendidikan
Islam Di Rumah, Di Sekolah dan Masyarakat” mengatakan bahawa :
".....keselamatan manusia daripada kerugian dan azab dapat dicapai melalui tiga
bentuk pendidikan. Pertama, pendidikan individu yang membawa manusia kepada
keimanan dan ketundukan kepada syariat Allah swt, serta beriman kepada yang
ghaib. Kedua, pendidikan diri yang membawa manusia kepada amal soleh dalam
menjalani kehidupan seharian. Ketiga, pendidikan masyarakat yang membawa
manusia kepada sikap saling berpesan dalam kebenaran dan saling memberi
kekuatan ketika menghadapi kesulitan yang pada intinya, semuanya ditujukan untuk
beribadah kepada Allah swt."
Dalam pendidikan anak-anak perlu mempunyai tiga konsep yang perlu diserapkan
kepada mereka supaya mereka tidak lari dari kehidupan yang dituntut dalam Islam
iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang
oleh Allah. Konsep yang dimaksudkan ialah iman, amal soleh dan akhlak yang
mulia. Jika dapat diberikan kepada anak-anak tersebut melalui pendidikan, nescaya
mereka akan menjadi manusia yang baik, dihormati dan menjadi contoh tauladan
yang baik kepada masyarakat diluar sana.
Untuk memastikan pendidikan anak-anak ini berkesan, maka ibu bapa menjadi
faktor penggerak yang utama untuk memastikan anak-anak mereka berhasil dalam
pendidikan. Ibu bapa adalah idola yang paling dekat dengan anak, jika mereka tidak
mempunyai akhlak yang baik maka sudah pasti anak tersebut mencontohinya atau
mengikut tabiat buruk ibu bapanya. Pepatah melayu mengatakan bahawa “jika si
bapa kencing berdiri, anaknya pula kencing berlari”.
Bagaimana hendak mengajar anak sembahyang, menutup aurat, menghormati
orang yang lebih tua, sopan santun dan mempunyai akhlak yang baik kalau ibu
bapanya tidak mempunyai sifat atau tingkah laku yang sedemikian. Sebab itulah
pendidikan sekarang ini tidak berkesan, kerana ia hanya terlaksana di masa dan
tempat yang tertentu sahaja.
Natijah yang kita dapat dari hasil pendidikan tersebut ialah berlakunya gejala-gejala
sosial dikalangan remaja kita sekarang ini. Seperti berlakunya penyalah gunaan
dadah, pergaulan bebas, mat rempit, buang anak dan sebagainya. Ramai anak
remaja Islam kita yang rosak disebabkan terpengaruhnya dengan budaya barat
yang merosakkan. Sepatutnya dengan kepesatan perkembangan teknologi,
pendidikan dan ekonomi, remaja Islam kita lebih berdaya saing semasa mereka
untuk memperolehi kejayaan dengan segala kemudahan yang ada pada masa
sekarang ini. Tetapi malangnya remaja kita lebih terkebelakang jika dibandingkan
dengan remaja-remaja bangsa lain di negara ini.
6. Pihak kerajaan telah memberikan berbagai-bagai kemudahan kepada kita untuk
meningkatkan taraf kehidupan bangsa kita terutamanya Melayu Islam. Segala
usaha yang dibautkan oleh kerajaan tidak mencapai tahap yang diharapkan, malah
perlu mencari kaedah yang baru untuk menyelesaikan berbagai masalah-masalah
sosial yang berlaku sekarang ini. Banyak wang dan tenaga pakar yang dihabiskan
untuk menyelesaikan masalah ini.
Kaedah yang paling baik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini adalah
kembali semula kepada Islam, kerana Islam mempunyai kaedah yang lebih baik
dan telah terbukti semasa Nabi Muhammad saw mendidik para sahabatnya dari
zaman kegelapan jahiliah kepada zaman nur Islam. Setelah Nabi Muhammad
dilantik menjadi Rasul, baginda menjalankan usaha dakwah yang pertama secara
berahsia. Pusat perhimpunan umat Islam atau para sahabatnya ketika itu adalah di
rumah Al- Arqam bin Abil Arqam. Di sinilah Rasulullah saw mengajar para
sahabatnya tentang dasar-dasar agama Islam iaitu Makrifatullah (Mengenali Allah).
Berkat perjuangan dan kesabaran Rasulullah, maka para sahabatnya tabah dan
bersabar apabila diseksa oleh penduduk musyrikin Mekah. Walaupun diseksa dan
diancam bunuh, mereka tetap juga berpegang teguh dengan akidah Islam dengan
penuh keyakinan. Tidak gentar menghadapi musuh-musuh mereka walaupun
mereka tidak memiliki apa-apa kelengkapan atau senjata dan hanya yakin terhadap
pertolongan Allah sahaja.
Inilah hasil yang dikehendaki dalam pendidikan Islam, bukan sahaja mempunyai
akhlak yang baik, malah mereka juga berani mengorbankan diri mereka untuk
menegakkan syariat Islam. Jelas di sini bahawa pendidikan Islam layak untuk
digunakan dan diamalkan dalam kehidupan kita, supaya ia dapat memastikan anak-
anak dan keluarga kita menjadi insan yang berguna, tidak menyusahkan
masyarakat dan tertaqwa kepada Allah. Bagi memastikan pendidikan itu berjaya,
maka ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak tersebut.
Setiap wanita pasti sangat-sangat gembira bila mengetahui bahawa diri mereka
mengandung terutamanya apabila mengandungkan anak pertama. Semasa menerima
7. berita gembira ini, anda haruslah bersedia untuk mengharungi tempoh mengandung
yang banyak pancaroba seperti rasa tertekan, keadaan yang tidak selesa dengan
perubahan diri semasa tempoh mengandung, perubahan emosi dan fizikal dan
sebagainya. Anda harus bersedia untuk mengatasi keadaan yang tidak selesa ini
dengan bijak agar segalanya akan berjalan lancar.
Subhanallah, hamil itu menakjubkan!
Sungguh, kehamilan adalah sesuatu yang menakjubkan yang terjadi pada seorang wanita.
Tak terhitung hal yang menakjubkan terjadi saat kehamilan dialami. Mulai dari
menakjubkannya proses awal penciptaan seorang manusia dalam rahim, hingga
menakjubkannya perubahan-perubahan yang dirasakan oleh wanita hamil.
Suka, itu sudah pasti. Wanita mana yang tidak suka ada janin di kandungannya. Hari demi
hari merasakan perkembangannya di dalam Rahim. Suka, sebab akan hadir penyejuk mata
dan jiwa. Penggembira hati bagi ayah dan ibunya. Terlebih jika ia dapat menjadi peringatan
ketika lupa kepada Sang Pencipta. Lalu dukanya? Sudah diceritakan oleh Allah dalam Al-
quran bahawasanya seorang ibu yang mengandung dalam keadaan yang susah yg
bertambah-tambah. Bermula dengan mual, muntah-muntah, pusing, tidur yang tak lagi bisa
nyenyak, dan pelbagai gejala lain.
Begitu beruntung wanita hamil yang tak mengalami mual muntah di kehamilannya. Bagi
yang mengalaminya, apalagi yang parah, sungguh kesabarannya begitu diuji. Bangun tidur
di pagi hari, muntah-muntah. Selesai sarapan, makan tengah hari atau makan malam,
muntah-muntah. Makanan apapun yang baru masuk perut, harus keluar lagi lewat muntah.
Dengan keadaan seperti ini, selera makan tentu akan berkurangan. Akhirnya perut kosong.
Jadi ibu hamil tersebut harus muntah yang rasanya sangat pahit kerana tidak ada makanan
yang bias dimuntahkan lagi. Jadi lambung perih. Tubuh lemah. Jika sebagai ibu hamil tidak
memotivasi diri untuk makan, maka keadaan seperti ini akan berterusan, bahkan hingga
trimester kedua atau lebih parah ke trimester ketiga.
Begitulah sebahagian keadaan yang dirasakan seorang ibu hamil. Apalagi jika
membicarakan risiko yang akan ditanggungnya. Risiko terbesar adalah ketika berjuang
melahirkan sang bayi, kehidupan yang harus dikorbankan.
Itulah kehamilan yang menakjubkan. Ia adalah anugerah yang menakjubkan bagi wanita.
Juga adalah sekaligus ujian yang menakjubkan bagi wanita. Akhirnya, hanya dua kunci
dalam menikmatinya; syukur dan sabar. Sebab, ada satu hal lagi yang menakjubkan bagi
seorang ibu hamil; di setiap harinya ribuan malaikat memohonkan ampun baginya kepada
Allah. Subhanallah