Sinopsis Buku ini mengupas tentang sejarah penjajahan di negara kita dan peranan pejuang bangsa yang mengorbankan kepentingan diri demi menegakkan hak. Mereka membanteras ketidakadilan yang menular akibat agenda jahat penjajah dan menentang ketirisan dalam kalangan pemimpinyang berkompromi dengan penjajah. Petualang dilihat sebagai hero, sementara pejuang pula dilihat sebagai petualang. Ramai yang teruja dengan janji penjajah dan proksi mereka. Namun kesan jangka masa panjang pula terpaksa ditanggung oleh rakyat yang menjadi hamba di tanah tumpah darah sendiri. Dalam sebuah pengorbanan, tentu saja kita akan mengalami pelbagai kesulitan dan ketidakselesaan kerana terpaksa menghadapi pelbagai tentangan daripada pihak musuh. Mat kilau meruapakan seorang tokoh wira bangsa Melayu. Nama penuh Mat Kilau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Beliau dilahirkan di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Beliau adalah seorang anak muda yang tinggi ilmu agamanya, beradab dan juga berakhlak. Beliau turut memiliki kemahiran dalam bidang agama meliputi mengaji, berzanji dan berdikir Maulud. Selain itu, beliau turut terkenal dengan kehebatan dalam ilmu kebatinan. Mat Kilau terkenal dengan keberanian dan kegagahannya melancarkan gerakan penentangan sekitar tahun 1891 hingga 1895 keraha membantah campur tangan British dalam urusan pentadbiran Pahang. Perjuangan dan ketokohan Mat Kilau dapat dilihat daripada kesungguhan dan kesanggupan beliau secara berterusan dalam menentang British walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Penentangan yang dilakukan oleh Mat Kilau di Pahang adalah disebabkan perasaan tidak puas hati rakyat Pahang terhadap pengenalan beberapa perubahan oleh pihak British seperti sistem lesen dan permit. Sebagai contoh, mereka terpaksa memperoleh lesen atau permit bagi mendapatkan hasil hutan seperti kayu dan daun rembia. Selain itu, wujudnya perasaan benci terhadap orang asing (xenophobia) turut mencetuskan semarak kebencian dan pemberontkan di Pahang. Antara faktor kebangkitan Mat Kilau menentang penjajah adalah disebabkan penguasaan ekonomi Pahang diberikan sepenuhnya kepada pihak British. Disebabkan British tidak cakna dalam hal yang berkaitan pembangunan ekonomi, maka ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu Pahang kerana mereka merasa ditindas pleh pihak penjajah. Selain itu, hilangnya kuasa Sultan Pahang dalam hal pentadbiran negeri. Campur tangan British terhadap hak masyarakat Melayu dan kemasukan pelombong China dan Eropah juga turut memberi kesan dalam kebangkitan Mat Kilau untuk berjuang mempertahankan tanah airnya. Mat Kilau merupakan salah seorang tokoh pejuang tulen. Beliau sanggup berkorban untuk agama dan bangsanya. Beliau sanggup mengetepikan keselesaan dan kebahgiaan berkeluarga serta kehidupan yang tenteram untuk berjuang menentang ketidakadilan. Beliau juga sanggup dihina dan dicerca bagi mendaulatkan prinsip yang tersemat di sanubari. Itulah yang dikatakan