SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 8
Descargar para leer sin conexión
Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|58
UNIT PELAJARAN 4
MISKONSEPSI PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Mengenalpasti miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku dalam
pengumpulan dan pengurusan data.
2. Merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dalam mencegah dan
mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku.
Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|59
PENGENALAN
alam unit yang lepas, kita telah membincangkan dengan panjang lebar tentang
pengumpulan dan pengurusan data yang melibatkan apa itu pembolehubah dan jenis-
jenis data. Kita juga telah membincangkan tentang taburan-taburan yang digunakan
dalam menguruskan dan mengumpulkan data. Dalam unit 4, kita akan membincangkan
miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku dalam pengumpulan dan pengurusan data. Ini
melibatkan miskonsepsi pembolehubah dan data, dan miskonsepsi dalam pengumpulan
dan pengurusan data.
MISKONSEPSI PEMBOLEHUBAH DAN DATA
Seperti yang telah kita pelajari dalam Unit 3, terdapat dua jenis pembolehubah: pembolehubah
kuantitatif dan pembolehubah kualitatif. Pembolehubah kuantitatif pula terbahagi kepada
pembolehubah diskret dan pembolehubah selanjar. Kita juga telah didedahkan dengan jenis-jenis
data yang berkait rapat dengan pembolehubah. Secara umumnya, daripada pembolehubah-
pembolehubah kuantitatif dan kualitatif kita peroleh data kuantitatif dan data kualitatif.
Kebiasaannya miskonsepsi akan berlaku ketika kita hendak mengenal pasti jenis-jenis
pembolehubah atau pun data. Pembolehubah kuantitatif, pembolehubah ukuran dan pembolehubah
berangka merupakan terma-terma yang sinonim dengan data kuantitatif. Pembolehubah selanjar
juga biasa digunakan untuk data kuantitatif yang mana nilai-nilai berangkanya dalam satu julat
D
Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|60
tertentu. Sebagai contoh, ukuran ketinggian seseorang ialah data kuantitatif selanjar yang mana
apa-apa nilai ketinggian itu akan berada dalam satu julat. Ini adalah kerana kita tidak akan dapat
mengukur dengan tepat ketinggian seseorang, cuma anggaran atau pun hampiran yang paling
tepat, sebagai contoh 1.75212316 meter tinggi.
Miskonsepsi dilihat akan berlaku apabila murid cuba untuk menentusahkan sama ada data
yang dikutip ialah data kuantitatif atau pun bukan. Seperti yang diterangkan dalam perenggan
sebelum ini, data kuantitatif diwakili oleh nilai-nilai berangka, sama ada diskret mahu pun selanjar.
Oleh itu, murid-murid seharusnya dapat mengenalpasti bahawa data ukuran ketinggian merupakan
data kuantitatif iaitu data selanjar. Di sini kita perlu pastikan bahawa murid-murid dapat memberi
justifikasi mengapa ukuran ketinggian merupakan data selanjar dan mengapa ia bukan data diskret.
Statistik di peringkat sekolah banyak bermain dengan angka-angka. Justeru itu, apabila
apabila sahaja murid-murid diberikan maklumat yang mengandungi angka-angka mereka akan
menyatakan bahawa angka-angka ini ialah data kuantitatif. Namun demikian, harus diingat bahawa
bukan semua angka atau nombor yang kita lihat boleh dikategorikan sebagai data kuantitatif.
Sebagai contoh, nombor pekerja atau nombor matriks pelajar, walaupun terdapat maklumat
berkaitan nombor tersebut (seperti bilangan pekerja atau, bilangan dan tahun kemasukan pelajar),
namun, secara umumnya kita akan dapati bahawa nombor-nombor begini tidak memberikan
sebarang makna jika kita mencari nilai min nombor-nombor tersebut atau disusun mengikut turutan
nombor.
Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|61
Oleh itu, salah satu penyelesaian kepada miskonsepsi-miskonsepsi yang dibincangkan di
atas ialah kita mengemukakan pebagai jenis data yang merangkumi data diskret mahu pun data
selanjar dalam usaha kita mengukuhkan kefahaman murid-murid kita tentang perbezaan data-data
yang dipelajari.
Cuba anda fikirkan aktiviti-aktiviti yang akan membantu murid-murid mengatasi
miskonsepsi yang dibincangkan di atas.
1. Bincangkan miskonsepsi-miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam kalangan murid-murid
berkaitan dengan pembolehubah dan data.
2. Bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi
yang telah disebutkan dalam (1).
MISKONSEPSI PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA
Dalam Unit 3, kita telah membincangkan tentang data tidak terkumpul dan data terkumpul.
Perbezaan utama yang dapat kita lihat ialah data terkumpul mempunyai selang kelas (contohnya: 0
– 9, 10 – 19, 20 – 29, …). Ini bermakna untuk suatu kumpulan data yang besar, kita perlu
menggunakan selang kelas dalam menguruskan kumpulan data ini. Namun demikian, kita dapati
Latihan Formatif 4.1
Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|62
bahawa ada murid-murid yang tidak tahu bagaimana untuk dapatkan selang kelas yang pertama.
Sebagai contoh, dalam Unit 3, Contoh 3.4: pelaburan jangka pendek, kita akan dapati bahawa
murid-murid akan menggunakan selang kelas yang bermula dengan, 0 – 10, yang mana ini tidak
benar sama sekali. Ini adalah kerana kefahaman murid-murid ialah setiap selang kelas dimulakan
dengan 0.
Oleh yang demikian, murid-murid perlu diberi penjelasan tentang data minimum dan data
maksimum, dan bagaimana kita wujudkan selang kelas seperti yng telah kita bincangkan dalam
Unit 3. Begitu juga halnya dengan selang kelas yang terakhir iaitu dengan mengambilkira data
maksimum. Oleh itu dalam Contoh 4, selang kelas yang pertama ialah 30 – 39 dan selang kelas
yang terakhir ialah 90 – 99.
Setelah penentuan selang kelas berjaya dibentuk, kita dapati kemungkinan besar akan
terjadi satu lagi miskonsepsi. Yang kita maksudkan ialah terdapat murid-murid yang memasukkan
satu data ke dalam lebih daripada satu selang kelas. Ini terjadi kerana selang kelas yang dibentuk
adalah tidak tepat. Kita ambil contoh 3.4 tadi, terdapat murid-murid yang membentuk selang kelas:
30 – 40, 40 – 50, 50 – 60, dan seterusnya. Oleh itu, sekiranya diambil data, 50, ke dalam selang
kelas manakah 50 akan dimasukkan? Untuk mengelakkan miskonsepsi ini dari berlaku, penerangan
yang jelas berkaitan pembentukkan selang kelas adalah disarankan.
Satu lagi miskonsepsi yang kita dapat kenalpasti juga melibatkan selang kelas. Tedapat
murid-murid yang membentuk selang kelas mengikut saiz kelas yang tidak sama. Pada peringkat
Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|63
sekolah, murid-murid adalah ditekankan untuk menggunakan saiz kelas yang sama. Dalam contoh
3.4, saiz kelas, 10 telah digunakan untuk kesemua selang kelas. Ini akan memudahkan paparan
grafik iaitu carta dan graf dilukiskan. Bukan itu sahaja, menggunakan saiz kelas yang sama akan
memudahkan murid-murid menghitung sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan
yang akan kita bincangkan dalam unit-unit selepas ini.
Cuba anda fikirkan aktiviti-aktiviti yang akan membantu murid-murid mengatasi
miskonsepsi yang dibincangkan di atas.
1. Bincangkan miskonsepsi-miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam kalangan murid-murid
berkaitan dengan pengumpulan dan pengurusan data.
2. Bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi
yang telah disebutkan dalam (1).
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kita telah didedahkan dengan miskonsepsi-miskonsepsi yang mungkin
akan berlaku dalam kalangan murid-murid kita di sekolah. Namun demikian, ada kemungkinan apa
yang telah kita bincangkan tadi hanya miskonsepsi-miskonsepsi yang umum yang sudah diketahui.
Latihan Formatif 4.2
Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|64
Kita juga perlu mengambilkira miskonsepsi-miskonsepsi yang hanya berlaku kepada segelintir
murid. Diharapkan penerangan dan contoh-contoh dalam unit ini telah dapat membantu kita untuk
memahami miskonsepsi-miskonsepsi dan merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam
mencegah dan mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku.
KATA KUNCI
Miskonsepsi
1. Nyatakan miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid-murid berkaitan
pembolehubah dan data. Rancangkan aktiviti-aktiviti untuk mengatasi miskonsepsi-
miskonsepsi ini.
2. Nyatakan miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid-murid berkaitan
pengumpulan dan pengurusan data. Rancangkan aktiviti-aktiviti untuk mengatasi
miskonsepsi-miskonsepsi ini.
Latihan Sumatif
Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|65
Rujukan
Dunn, S.D. (2001). Statistic and data analysis for the behavioral sciences. New York: McGraw-Hill.
Haylock, D. (2010). Mathematics Explained For Primary Teachers (4th Ed.). London: Sage Publications
Howitt, D., & Cramer, D. (2000). An introduction to statistics in psychology: A complete guide for
students. (2nd Ed.). Harlow, England: Prentice Hall.
Iran Herman.(2004). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor Star: Percetakan Ustaras Sdn.Bhd.
Kennedy, L. M, & Tipps, S. (2011).Guiding Children’s Learning of Mathematics.(12th Ed.). Bermont:
Wadsworth.
Weiss, N. A. (2005). Introductory Statistics (7th Ed.). Boston: Pearson & Addison Wesley.
Utts, J. M., & Heckard, R. F.(2004). Mind on Statistics (2nd Ed.). Belmont, CA: Thomson Learning.
http://www.epcae.org/uploads/documents/Central_Tendency_pck_SEP20.pdf

Más contenido relacionado

Destacado

Destacado (8)

01 AutomatSales
01 AutomatSales01 AutomatSales
01 AutomatSales
 
China's Resources Acquisition
China's Resources AcquisitionChina's Resources Acquisition
China's Resources Acquisition
 
Fashion Trends On Campus
Fashion Trends On CampusFashion Trends On Campus
Fashion Trends On Campus
 
Spn ogilvy csr_am_cham_may 2013
Spn ogilvy csr_am_cham_may 2013Spn ogilvy csr_am_cham_may 2013
Spn ogilvy csr_am_cham_may 2013
 
B-H-V in 2 minuten
B-H-V in 2 minutenB-H-V in 2 minuten
B-H-V in 2 minuten
 
L268
L268L268
L268
 
Bagaimana menambah-pengguna-baru
Bagaimana menambah-pengguna-baruBagaimana menambah-pengguna-baru
Bagaimana menambah-pengguna-baru
 
Mac black bg
Mac black bgMac black bg
Mac black bg
 

Similar a Unit pelajaran 4_miskonsepsi

Topic 5 AR The Process
Topic 5 AR The ProcessTopic 5 AR The Process
Topic 5 AR The Processzytemys
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaranIPG95
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaranPuteri Hanni
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Habibah Abdullah
 
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)naquiah
 
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolahmardiha
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitrahuda hamdan
 
Statistik panduan 1
Statistik panduan 1Statistik panduan 1
Statistik panduan 1Nur Kasih
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Topic 13 writing an AR report
Topic 13 writing an AR reportTopic 13 writing an AR report
Topic 13 writing an AR reportzytemys
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8khaidiny
 

Similar a Unit pelajaran 4_miskonsepsi (20)

Topic 5 AR The Process
Topic 5 AR The ProcessTopic 5 AR The Process
Topic 5 AR The Process
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaran
 
10. tajuk 2 model model pengajaran
10. tajuk 2 model  model pengajaran10. tajuk 2 model  model pengajaran
10. tajuk 2 model model pengajaran
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
Miskonsepsimte3111 130104232356-phpapp02 (1)
 
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
PEMBENTANGAN (PENULISAN ILMIAH)
 
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
24977457 bimbingan-kaunseling-sekolah
 
Tahun lompat
Tahun lompatTahun lompat
Tahun lompat
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)15 lampiran 6 (huraian rph b)
15 lampiran 6 (huraian rph b)
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitra
 
Statistik panduan 1
Statistik panduan 1Statistik panduan 1
Statistik panduan 1
 
Kem menaakul
Kem menaakulKem menaakul
Kem menaakul
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Topic 13 writing an AR report
Topic 13 writing an AR reportTopic 13 writing an AR report
Topic 13 writing an AR report
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8
 

Más de Cik BaCo

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kesCik BaCo
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosiCik BaCo
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusiaCik BaCo
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasaCik BaCo
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwidCik BaCo
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arabCik BaCo
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satuCik BaCo
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadualCik BaCo
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinanCik BaCo
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian bCik BaCo
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikelCik BaCo
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 

Más de Cik BaCo (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosi
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasa
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satu
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadual
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikel
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 

Unit pelajaran 4_miskonsepsi

  • 1. Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|58 UNIT PELAJARAN 4 MISKONSEPSI PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenalpasti miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku dalam pengumpulan dan pengurusan data. 2. Merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dalam mencegah dan mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku.
  • 2. Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|59 PENGENALAN alam unit yang lepas, kita telah membincangkan dengan panjang lebar tentang pengumpulan dan pengurusan data yang melibatkan apa itu pembolehubah dan jenis- jenis data. Kita juga telah membincangkan tentang taburan-taburan yang digunakan dalam menguruskan dan mengumpulkan data. Dalam unit 4, kita akan membincangkan miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku dalam pengumpulan dan pengurusan data. Ini melibatkan miskonsepsi pembolehubah dan data, dan miskonsepsi dalam pengumpulan dan pengurusan data. MISKONSEPSI PEMBOLEHUBAH DAN DATA Seperti yang telah kita pelajari dalam Unit 3, terdapat dua jenis pembolehubah: pembolehubah kuantitatif dan pembolehubah kualitatif. Pembolehubah kuantitatif pula terbahagi kepada pembolehubah diskret dan pembolehubah selanjar. Kita juga telah didedahkan dengan jenis-jenis data yang berkait rapat dengan pembolehubah. Secara umumnya, daripada pembolehubah- pembolehubah kuantitatif dan kualitatif kita peroleh data kuantitatif dan data kualitatif. Kebiasaannya miskonsepsi akan berlaku ketika kita hendak mengenal pasti jenis-jenis pembolehubah atau pun data. Pembolehubah kuantitatif, pembolehubah ukuran dan pembolehubah berangka merupakan terma-terma yang sinonim dengan data kuantitatif. Pembolehubah selanjar juga biasa digunakan untuk data kuantitatif yang mana nilai-nilai berangkanya dalam satu julat D
  • 3. Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|60 tertentu. Sebagai contoh, ukuran ketinggian seseorang ialah data kuantitatif selanjar yang mana apa-apa nilai ketinggian itu akan berada dalam satu julat. Ini adalah kerana kita tidak akan dapat mengukur dengan tepat ketinggian seseorang, cuma anggaran atau pun hampiran yang paling tepat, sebagai contoh 1.75212316 meter tinggi. Miskonsepsi dilihat akan berlaku apabila murid cuba untuk menentusahkan sama ada data yang dikutip ialah data kuantitatif atau pun bukan. Seperti yang diterangkan dalam perenggan sebelum ini, data kuantitatif diwakili oleh nilai-nilai berangka, sama ada diskret mahu pun selanjar. Oleh itu, murid-murid seharusnya dapat mengenalpasti bahawa data ukuran ketinggian merupakan data kuantitatif iaitu data selanjar. Di sini kita perlu pastikan bahawa murid-murid dapat memberi justifikasi mengapa ukuran ketinggian merupakan data selanjar dan mengapa ia bukan data diskret. Statistik di peringkat sekolah banyak bermain dengan angka-angka. Justeru itu, apabila apabila sahaja murid-murid diberikan maklumat yang mengandungi angka-angka mereka akan menyatakan bahawa angka-angka ini ialah data kuantitatif. Namun demikian, harus diingat bahawa bukan semua angka atau nombor yang kita lihat boleh dikategorikan sebagai data kuantitatif. Sebagai contoh, nombor pekerja atau nombor matriks pelajar, walaupun terdapat maklumat berkaitan nombor tersebut (seperti bilangan pekerja atau, bilangan dan tahun kemasukan pelajar), namun, secara umumnya kita akan dapati bahawa nombor-nombor begini tidak memberikan sebarang makna jika kita mencari nilai min nombor-nombor tersebut atau disusun mengikut turutan nombor.
  • 4. Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|61 Oleh itu, salah satu penyelesaian kepada miskonsepsi-miskonsepsi yang dibincangkan di atas ialah kita mengemukakan pebagai jenis data yang merangkumi data diskret mahu pun data selanjar dalam usaha kita mengukuhkan kefahaman murid-murid kita tentang perbezaan data-data yang dipelajari. Cuba anda fikirkan aktiviti-aktiviti yang akan membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi yang dibincangkan di atas. 1. Bincangkan miskonsepsi-miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam kalangan murid-murid berkaitan dengan pembolehubah dan data. 2. Bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi yang telah disebutkan dalam (1). MISKONSEPSI PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA Dalam Unit 3, kita telah membincangkan tentang data tidak terkumpul dan data terkumpul. Perbezaan utama yang dapat kita lihat ialah data terkumpul mempunyai selang kelas (contohnya: 0 – 9, 10 – 19, 20 – 29, …). Ini bermakna untuk suatu kumpulan data yang besar, kita perlu menggunakan selang kelas dalam menguruskan kumpulan data ini. Namun demikian, kita dapati Latihan Formatif 4.1
  • 5. Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|62 bahawa ada murid-murid yang tidak tahu bagaimana untuk dapatkan selang kelas yang pertama. Sebagai contoh, dalam Unit 3, Contoh 3.4: pelaburan jangka pendek, kita akan dapati bahawa murid-murid akan menggunakan selang kelas yang bermula dengan, 0 – 10, yang mana ini tidak benar sama sekali. Ini adalah kerana kefahaman murid-murid ialah setiap selang kelas dimulakan dengan 0. Oleh yang demikian, murid-murid perlu diberi penjelasan tentang data minimum dan data maksimum, dan bagaimana kita wujudkan selang kelas seperti yng telah kita bincangkan dalam Unit 3. Begitu juga halnya dengan selang kelas yang terakhir iaitu dengan mengambilkira data maksimum. Oleh itu dalam Contoh 4, selang kelas yang pertama ialah 30 – 39 dan selang kelas yang terakhir ialah 90 – 99. Setelah penentuan selang kelas berjaya dibentuk, kita dapati kemungkinan besar akan terjadi satu lagi miskonsepsi. Yang kita maksudkan ialah terdapat murid-murid yang memasukkan satu data ke dalam lebih daripada satu selang kelas. Ini terjadi kerana selang kelas yang dibentuk adalah tidak tepat. Kita ambil contoh 3.4 tadi, terdapat murid-murid yang membentuk selang kelas: 30 – 40, 40 – 50, 50 – 60, dan seterusnya. Oleh itu, sekiranya diambil data, 50, ke dalam selang kelas manakah 50 akan dimasukkan? Untuk mengelakkan miskonsepsi ini dari berlaku, penerangan yang jelas berkaitan pembentukkan selang kelas adalah disarankan. Satu lagi miskonsepsi yang kita dapat kenalpasti juga melibatkan selang kelas. Tedapat murid-murid yang membentuk selang kelas mengikut saiz kelas yang tidak sama. Pada peringkat
  • 6. Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|63 sekolah, murid-murid adalah ditekankan untuk menggunakan saiz kelas yang sama. Dalam contoh 3.4, saiz kelas, 10 telah digunakan untuk kesemua selang kelas. Ini akan memudahkan paparan grafik iaitu carta dan graf dilukiskan. Bukan itu sahaja, menggunakan saiz kelas yang sama akan memudahkan murid-murid menghitung sukatan kecenderungan memusat dan sukatan serakan yang akan kita bincangkan dalam unit-unit selepas ini. Cuba anda fikirkan aktiviti-aktiviti yang akan membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi yang dibincangkan di atas. 1. Bincangkan miskonsepsi-miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam kalangan murid-murid berkaitan dengan pengumpulan dan pengurusan data. 2. Bincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi yang telah disebutkan dalam (1). RUMUSAN Secara keseluruhannya, kita telah didedahkan dengan miskonsepsi-miskonsepsi yang mungkin akan berlaku dalam kalangan murid-murid kita di sekolah. Namun demikian, ada kemungkinan apa yang telah kita bincangkan tadi hanya miskonsepsi-miskonsepsi yang umum yang sudah diketahui. Latihan Formatif 4.2
  • 7. Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|64 Kita juga perlu mengambilkira miskonsepsi-miskonsepsi yang hanya berlaku kepada segelintir murid. Diharapkan penerangan dan contoh-contoh dalam unit ini telah dapat membantu kita untuk memahami miskonsepsi-miskonsepsi dan merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam mencegah dan mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku. KATA KUNCI Miskonsepsi 1. Nyatakan miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid-murid berkaitan pembolehubah dan data. Rancangkan aktiviti-aktiviti untuk mengatasi miskonsepsi- miskonsepsi ini. 2. Nyatakan miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid-murid berkaitan pengumpulan dan pengurusan data. Rancangkan aktiviti-aktiviti untuk mengatasi miskonsepsi-miskonsepsi ini. Latihan Sumatif
  • 8. Unit 4 Miskonsepsi Pengumpulan dan Pengurusan Data|65 Rujukan Dunn, S.D. (2001). Statistic and data analysis for the behavioral sciences. New York: McGraw-Hill. Haylock, D. (2010). Mathematics Explained For Primary Teachers (4th Ed.). London: Sage Publications Howitt, D., & Cramer, D. (2000). An introduction to statistics in psychology: A complete guide for students. (2nd Ed.). Harlow, England: Prentice Hall. Iran Herman.(2004). Statistik dan analisis data sains sosial. Alor Star: Percetakan Ustaras Sdn.Bhd. Kennedy, L. M, & Tipps, S. (2011).Guiding Children’s Learning of Mathematics.(12th Ed.). Bermont: Wadsworth. Weiss, N. A. (2005). Introductory Statistics (7th Ed.). Boston: Pearson & Addison Wesley. Utts, J. M., & Heckard, R. F.(2004). Mind on Statistics (2nd Ed.). Belmont, CA: Thomson Learning. http://www.epcae.org/uploads/documents/Central_Tendency_pck_SEP20.pdf