SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 2
Tiga gelombang pembaharuan
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem
pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun
bermula tahun depan hingga 2025.
Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
menjelaskan, menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan
2013 hingga 2015, sasaran diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan
negara supaya setanding dengan pencapaian purata global.
Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian
Pelajaran menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran
di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah serta
meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris.
"Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian
kepada tiga bidang berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang
memberikan tumpuan kepada isu lain seperti penambahbaikan kurikulum
dan peningkatan infrastruktur.
"Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan
pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana
keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris)," jelas
laporan tersebut.
Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu,
kementerian akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk
mempercepat langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif
akan bermula semasa gelombang pertama.
Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan
10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain
menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah
terhadap fungsi baru.
Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan
memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum
sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu mengenai pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di persekitaran
ekonomi global masa kini.
Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021-
2025) pula, semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan
prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum.
"Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan
keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah
kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menggerakkan
kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah model pengurusan
berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.
"Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang
mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih
tinggi," tambah laporan itu.
Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam
melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian
akan mula mengambil tindakan awal dalam beberapa bidang kritikal.
"Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan
dramatik pada masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari
keperluan menghasilkan pencapaian dengan kadar segera dan konsisten bagi
membina dan mengekalkan momentum transformasi.
"Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai kesungguhan
untuk melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000
guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut
standard antarabangsa dan syarat pengambilan guru diperketat selain semua
10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan akan mendapat liputan
internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet," jelas laporan berkenaan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumSiti Kamaruddin
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanMui Peng Soon
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJSyafiqah Mohamed Noor
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...Nurfaten Ismail
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 

La actualidad más candente (20)

Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
Konsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikanKonsep teknologi pendidikan
Konsep teknologi pendidikan
 
Isu penampilan guru
Isu penampilan guruIsu penampilan guru
Isu penampilan guru
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...cont0h2 utk set induksi PJ...
cont0h2 utk set induksi PJ...
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 

Destacado

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiMuhamad Bustaman Abdul Manaf
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Chon Seong Hoo
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Penang Lim
 
Dasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahDasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahCikgu Niezam
 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...Sir-attha Mohd Hatta
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)cikgumacholah
 
Rancangan pengajaran harian microteaching ekonomi asas form5
Rancangan pengajaran harian microteaching ekonomi asas form5Rancangan pengajaran harian microteaching ekonomi asas form5
Rancangan pengajaran harian microteaching ekonomi asas form5cik noorlyda
 

Destacado (20)

Huraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppmHuraian 11 anjakan ppm
Huraian 11 anjakan ppm
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
PPPM 2013-2015
PPPM 2013-2015PPPM 2013-2015
PPPM 2013-2015
 
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Anjakan 6-11 pppm
Anjakan 6-11 pppmAnjakan 6-11 pppm
Anjakan 6-11 pppm
 
Dasar kpm
Dasar kpmDasar kpm
Dasar kpm
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
3 gelombang pppm
3 gelombang pppm3 gelombang pppm
3 gelombang pppm
 
PPPM 2013 2025
PPPM 2013 2025PPPM 2013 2025
PPPM 2013 2025
 
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
Laporan Awal PPPM 2013 - 2025
 
Dasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahDasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolah
 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 
Buletin Bulanan KPM
Buletin Bulanan KPMBuletin Bulanan KPM
Buletin Bulanan KPM
 
JURNAL SAINS 4
JURNAL SAINS 4JURNAL SAINS 4
JURNAL SAINS 4
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
 
Rancangan pengajaran harian microteaching ekonomi asas form5
Rancangan pengajaran harian microteaching ekonomi asas form5Rancangan pengajaran harian microteaching ekonomi asas form5
Rancangan pengajaran harian microteaching ekonomi asas form5
 

Similar a Tiga gelombang pppm

Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Chell Mn
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanZulkifle Othman
 
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025BM80617MuhamadWafiyB
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmZahari Zabri
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmHunter Malaya
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprintAmylia Ismail
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025Raimi Syazwan Ruzaidi
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025uhisyam sriib
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025dilla_syafa
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmkarlz016
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 

Similar a Tiga gelombang pppm (20)

Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
 
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprint
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-20253 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
3 gelombang pendidikan pppm 2013-2025
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
 
Psptn fasa2
Psptn fasa2Psptn fasa2
Psptn fasa2
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
 
Ppp penuh 2013 2025
Ppp penuh 2013 2025Ppp penuh 2013 2025
Ppp penuh 2013 2025
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 

Tiga gelombang pppm

  • 1. Tiga gelombang pembaharuan Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED TIGA gelombang pembaharuan yang bertujuan meningkatkan prestasi sistem pendidikan negara ditetapkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun bermula tahun depan hingga 2025. Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjelaskan, menerusi Gelombang Pertama membabitkan tahun pelaksanaan 2013 hingga 2015, sasaran diletakkan bagi menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding dengan pencapaian purata global. Menurut laporan itu, sepanjang pelaksanaan gelombang itu, Kementerian Pelajaran menentukan tiga bidang tumpuan iaitu menambah baik pengajaran di bilik darjah, meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah serta meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris. "Hal ini tidak bermakna inisiatif perubahan akan menumpukan perhatian kepada tiga bidang berkenaan sahaja malah terdapat inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur. "Bagaimanapun, tiga bidang itu dipilih sama ada ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris)," jelas laporan tersebut. Bagi Gelombang Kedua (2016-2020), laporan berkenaan memberitahu, kementerian akan melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama. Perancangan itu termasuk menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada pakej kerjaya baru selain menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi baru. Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa kini.
  • 2. Sementara itu laporan itu menyebut, semasa awal Gelombang Ketiga (2021- 2025) pula, semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih tinggi daripada standard minimum. "Oleh itu, kementerian akan menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menggerakkan kebanyakan sekolah, jika tidak semuanya, ke arah model pengurusan berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang berjaya. "Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi," tambah laporan itu. Jelas laporan itu, kementerian menyedari kepentingan serta kesegeraan dalam melaksanakan tugasan yang sedang dijalankan dan untuk itu, kementerian akan mula mengambil tindakan awal dalam beberapa bidang kritikal. "Sebahagian besar daripada tindakan awal itu akan menjadi asas perubahan dramatik pada masa depan. Bagaimanapun kementerian juga menyedari keperluan menghasilkan pencapaian dengan kadar segera dan konsisten bagi membina dan mengekalkan momentum transformasi. "Dalam 12 bulan yang akan datang, kementerian mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan perubahan dan mendapatkan hasil seperti semua 70,000 guru bahasa Inggeris dinilai pada tahap kecekapan berbahasa mengikut standard antarabangsa dan syarat pengambilan guru diperketat selain semua 10,000 sekolah rendah dan menengah kebangsaan akan mendapat liputan internet 4G melalui pelaksanaan 1BestariNet," jelas laporan berkenaan.