Sajak ini membincangkan tentang kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menentukan keadilan. Ia mengangkat persoalan tentang siapakah pahlawan sebenar di antara Tuah yang setia kepada istana dan Jebat yang membela keadilan, serta kesan perbalahan yang menggugat kedamaian.
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Sajak kudup perang
1. SAJAK KUDUP PERANG ( TUAH SUJANA)
DARI ANTOLOGI SEJADAH RINDU
GURU: SAHARUDDIN BIN ABDULLAH
AHLI: FARAHANI AIZA
NAZURA
NUR HADIRA
ERRA NATASHA
FATIN NABIHAH
RADIN SITI QURRATU AINI
2. Rangkap1: Penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang
masih bergelar panglima perang akan sentiasa membuat
kezaliman dan menyimpan perasaan dendam.
Walaubagaimanapun, penyajak masih berasa berterima kasih
kerana berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari
pahlawan sejati.
Rangkap2: Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup
dalam zaman perbalahan dan penuh dengan angkara. Oleh itu,
dalam kekeliruan, penyajak tertanya-tanya akan orang yang
membunuh pendusta.
3. Rangkap3: Penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai
pendekar paling gagah kerana kesetiaan Tuah yang tidak
berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan
bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga
sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Rangkap4: Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai
pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat
dalam mempertahankan keadilan. Oleh itu, Jebat telah
dianggap suci.
4. Rangkap5: Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh
dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan
kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga
membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai.
Justeru, usaha untuk memulihkan sisa sisa kehidupan yang
damai amatlah sukar.
Rangkap6: Penyajak sedar bahawa sehingga kini,
masyarakat masih bertengkar untuk menentukan pahlawan
sebenar antara Tuah dengan Jebat.
5. Sajak “Kudup Perang” bertemakan kepentingan kewibawaan dan ketokohan
pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Penyajak sedang mencari keadilan antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang
setia dan Jebat yang menuntut keadilan.
Tuah yang setia kepada istana telah berlawan dengan Jebat yang
membela Tuah kerana angkara lidah yang menyebarkan fitnah.
6. Peperangan akan mewujudkan perasaan dendam
Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar yang telah
membunuh pendusta
Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan
7. Sajak ini berbentuk bebas atautidak terikat
Sajak ini terdiri daripada enamrangkap
Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu
antara dua hingga enampatah kata dalam satu baris
8. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh
pengarang begitu indah dah berkesan.
Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak
“Kudup Perang”
Antara unsur bunyi yang digunakan dalam sajak “Kudup
Perang” termasuklah
9. Nilai keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan
dan kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.
Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan
dan perbalahan akan menggugat kedamaian hidup.
Nilai keadilan. Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili
dengan saksama
10. Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan yang
sahih agar kita tidak tersilap membuat keputusan.
Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak
melakukan kezaliman.
Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan
tidak akan mendatangkan kebaikan