Aktiviti hari kantin diadakan untuk mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa serta mencungkil bakat keusahawanan pelajar. Programnya terdiri daripada jualan gerai, pertandingan dan sukaneka untuk mengumpul dana sekolah. Aktiviti serupa pernah diadakan tahun lepas dengan pertandingan seperti membuat kek, jus buahan dan gerai.