1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Melayu Kuno
Kumpulan 4
Ahli: Nur Amalina Salwa binti Rosli
Nur Amira Aiza binti Mohd Johan
Nurul Hafidzah binti Abd Halim
Rafiza binti Darus
2. Penghijrahan manusia secara besar-besaran
ke Kepulauan Melayu telah dilakukan oleh
bangsa Austronesia dari Yunan.
Datang dalam dua gelombang iaitu sekitar
tahun 2500 Sebelum Masihi dan 1500
Sebelum Masihi.
3. Memiliki peradaban yang cukup
baik.
Memahami cara bertani,ilmu
pelayaran dan ilmu astronomi.
Memiliki sistem pemerintahan yang
sederhana serta memiliki ketua
pemimpin atau raja.
Menggunakan bahasa Melayu purba.
4. CIRI-CIRI MANUSIA ZAMAN KUNO
• Dibawa oleh pendatang-pendatang dari India.
• Mempunyai sistem pemerintahan yang lebih
maju.
• Dewawarman merupakan orang pertama yang
memperkenalkan pemerintahan berkerajaan.
• Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan
wilayah kekuasaan di bawah Aki Tirem.
• Bahasa Melayu Purba ditukar menjadi Bahasa
Melayu Kuno.
5. • Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangan
pada zaman kerajaan Sriwijaya.
• Bahasa ini menjadi bahasa pentadbiran dan
lingua franca,iaitu bahasa yang digunakan
sebagai perantaraan atau bahasa
perhubungan antara orang yang berlainan
bahasa.
• Mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu
kuno pada zaman itu merangkumi kawasan
Semenanjung Tanah Melayu,Kepulauan Riau
dan Sumatera.
6. Bersifat sederhana dan fleksibel iaitu mudah
menerima pengaruh luar.
Tidak mementingkan perbezaan status dan
taraf penggunaannya iaitu tidak terikat
kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
Sistem dan struktur kata bahasa lebih mudah
berbanding bahasa seumpamanya seperti
bahasa Jawa.
7. Pada zaman ini,kawasan alam melayu diperintah oleh
beberapa buah kerajaaan Hindu dan Buddha.
Agama-agama dharma disebarkan oleh pedagang-
pedagang India yang belayar ke Nusantara.
Mengikut catatan padagang India,kerajaan pertama di
Nusantara ialah kerajaan Jawa Dwipa di Pulau
Jawawujud sekitar tahun 200 Sebelum Masihi.
Mengikut Prasasti Yupa,kerajaan tertua di Nusantara ialah
kerajaan Kutaiwujud 400 Sebelum Masihi.
Pada abad ke -7 dan ke-13,terdapat dua buah kerajaan yang
besar iaitu kerajaan Sriwijaya dan kerajaan Majapahit.
Kerajaan asriwijaya ialah kerajaan pertama yang
menyatukan alam Melayu dan membentuk acuan
budayanya sendiri.
Pengaruh Hindu bertahan sehingga penghujung abad ke-13
iaitu sebelum agama Islam mengambil tempat dan
memasuki Kepulauan Melayu melalui Sumatera.
8. Kerajaan yang Wujud pada zaman Bahasa
Melayu Kuno
1.Sumatera
Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Keritang
Kerajaan Melayu Jambi
Kerajaan Tulang Bawang
2.Jawa
Kerajaan Salakanagara
Kerajaan Tarumanagara
Kerajaan Sunda Galuh
Kerajaan Ishana
Kerajaan Kalingga
Kerajaan Mataram Kuno
9. Semenanjung Tanah Melayu
• Kerajaan Gangga Negara
• Kerajaan Langkasuka
• Kerajaan Pan Pan
• Kerajaan Kedah Tua
10. Kerajaan Kutai
Kerajaan Pu Ni
Kerajaan Banjar
Kerajaan Nagara Daha
Kerajaan Nagara Dipa
Kerajaan Tanjung Puri
Kerajaan Sarunai
VIETNAM
Kerajaan Champa
11. PENGARUH BAHASA SANSKRIT
• Bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa
Sanskrit.
• Kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama
Hindu dan bahasa Sanskrit menjadi bahasa golongan bangsawan
serta mempunyai hierarki yang tinggi.
• Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur menyebabkannya
diterima umum.Buktinya ialah:
a) Pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang berasal
dari India.
b) Kata-kata dan rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit.
c) Fonem-fonem Sanskrit yang terdapat dalam sistem bahasa Melayu
Kuno.
12. Kesan bahasa Sanskrit:
a)Terdapat penggunaan tulisan yang seragam .
b)Penambahan kosa kata ke dalam bahasa
Melayu kuno. Contoh:
Syukasyitta
Athava
Karana
Tatakala
Bahasa Melayu kuno tidak mempunyai
pengaruh Parsi atau Arab kerana hanya
terdapat orang India yang beragama Hindu
sahaja.
13. Bukti sejarah tentang kewujudan Bahasa
Melayu di alam Melayu ialah batu bersurat.
Batu bersurat ditemui di Sumatera dan Jawa.
Tulisan pada batu bersurat ialah aksara
Palava(berasal dari selatan India)
Contoh batu bersurat yang ditemui:
a)Batu Bersurat Kedukan Bukit di Palembang
yang menggunakan Palava.
b)Batu Bersurat Talang Tuwo di Palembang.
c)Batu Bersurat Kota Kapur di Bangka.
d)Batu Bersurat Karang Brahi di Jambi.
e)Batu Bersurat Pagar Ruyung.
14. Pengaruh Hindu dan seterusnya Buddha
amat kuat dalam bahasa dan budaya
pada zaman bahasa Melayu kuno.
Banyak candi yang dibina di alam
Melayu dipengaruhi oleh budaya Hindu
dan Buddha dari India.Contoh:
a)Candi di Lembah Bujang,Sumatera
b)Candi di Muara Takus,Sumatera
c)Candi di Pagar Ruyung,Sumatera
d)Candi Borobudur,Pulau Jawa
e)Candi Prambanan,Pulau Jawa
15. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno
• Pinjaman Bahasa Sanskrit
• Bunyi (b) ialah (v). Contoh: (bulan) jadi (vulan).
• Awalan (ber) ialah (mar). Contoh (berlepas) jadi
(marlapas)
• Awalan (di) ialah (ni). Contoh (diperbuat) jadi
(niparvuat).
• Terdapat perkataan bahasa Melayu moden tidak
menggunakan huruf(h) tetapi bahasa Melayu kuno ada
huruf (h). Contoh:samuha(semua) dan sahaya(saya).
Kerajaan Melayu Kuno yang menggunakan bahasa
Melayu Kuno ialah Sriwijaya ,Funan dan Majapahit
16. Contoh perkatan Sanskrit yang
terserap dalam bahasa Melayu
a)DosaDosa
b)DukkaDuka
c)DevaDewa
d)RupaRupa
e)SansaraSengsara
17. Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Kuno
Moden
• nasyik • asyik
• mamava • membawa
• saribu • seribu
• dangan • dengan
• Vanakna • Banyaknya
• ko • ke
18. Awalan ni- menjadi di-,iaitu penggunaan awalan
di- dalam bahasa Melayu moden sama dengan
awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno,manakala
awalan diper- sama dengan nipar-.Contoh:
Bahasa Melayu kuno Bahasa Melayu moden
nimakan dimakan
niminumna diminumnya
19. Manakala,awalan mar- menjadi ber-.Contoh:
Bahasa Melayu kuno
marvanum
marvuat
Bahasa Melayu moden
berbangun
berbuat
Akhiran -na menjadi –nya .Contoh:
Bahasa Melayu kuno
Vinina
vantalna
Bahasa Melayu moden
bininya
bantalnya
20. TULISAN RENCONG
Huruf Melayu tua yang banyak digunakan di Sumatera
Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) serta
Minangkabau.
Kekal hingga abad ke-18,(sebelum Belanda menjajah
Indonesia).
Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman
purba ialah huruf yang tertua, iaitu menyerupai bentuk huruf-
huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung.
Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan
dengan huruf orang-orang Kemboja pada zaman purba.
Orang-orang Melayu kuno menulis huruf-huruf di atas kulit-
kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan
pada batu-batu bersurat.
Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang
tiang batu di Kota Kapur, iaitu di Bangka Barat.
21. TULISAN PALAVA
Berasal daripada tulisan Hindu.
disebarkan apabila pengaruh Hindu bertapak di alam Melayu.
Digunakan bagi menulis persuratan bahasa Melayu pada
zaman bahasa Melayu kuno.
Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini hanya terhad dalam
kalangan golongan istana dan bangsawan sahaja.
Bukti penggunaan tulisan Palava terdapat pada yupa (tiang
batu persembahan) atau prasasti di daerah Muara Kaman.
Yupa menggunakan aksara Palava dalam bahasa Sanskrit yang
dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1879.
7 yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta.
Yupa ini menceritakan pencapaian Raja Mulawarwan, cucu
Kudungga.
22. Merupakan tulisan Jawa kuno yang
wujud pada abad ke-8.
Berasal daripada huruf Vangki
(Wenggi), iaitu huruf yang dibawa oleh
orang-orang India dari Coromandel.
Huruf ini lenyap pada tahun 1400
Sebelum Masihi.
23. Sekian…
TERIMA KASIH
KAMI BANGGA MENJADI
GURU!!!
“G u Penj ana Tr ansf or m
ur asi
Negar a”