SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 91
D R L E E O I W A H
P E G A W A I K E S I H A T A N K A W A S A N I I
P E J A B A T K E S I H A T A N K A W A S A N T A W A U
GARISPANDUAN PELAKSANAAN
ANTIRASUAH KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
POLISI ANTIRASUAH
KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
OBJEKTIF POLISI ANTI RASUAH
1. Memerangi perlakuan rasuah , penyalahgunaan kuasa atau
penyelewengan.
2. Mengatasi kelemahan governans.
3. Mengatasi perlanggaran integriti.
PEMAKAIAN
 Semua warga KKM
 Pemegang taruh
 Rakan niaga
 Semua individu / organisasi yang berurusan dengan warga/fasiliti
KKM
TERMINOLOGI
• Rasuah : memberi atau menawarkan , menerima atau meminta
atau bersetuju untuk menerima atau meminta suapan secara
langsung atau tidak langsung sebagai dorongan atau upah untuk
melakukan atau tidak melakukan perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasmi.
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta 694)
WARGA KKM
• Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KKM (lantikan tetap ,
sementara, sangkut , pinjaman , kontrak , sambilan , lantikan politik)
• Menteri
• Timbalan Menteri
• Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun atau Syarikat di bawah
KKM.
PERNYATAAN POLISI ANTIRASUAH
KKM mensasarkan “zero tolerance towards corruption” di dalam
menyediakan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Bagi
merealisasikan sasaran tersebut, KKM memberikan penekanan
kepada empat (4) terma rujukan iaitu :
i. Dasar , Perundangan dan Peraturan
ii. Sistem dan Prosedur kerja
iii. Pengukuhan governans dan integriti
iv. Pengesanan , Pematuhan , Punitif dan Pemulihan
DASAR, PERUNDANGAN DAN
PERATURAN
i. Memahami dan mematuhi undang-undang, peraturan dan lain-
lain arahan berkaitan antirasuah yang berkuatkuasa.
ii. Menerapkan elemen antirasuah dalam penggubalan dasar bagi
meningkatkan kawalan dalaman terhadap kelemahan governans
dan pelanggaran integriti.
SISTEM DAN PROSEDUR KERJA
• Mengenal pasti, mengkaji kelemahan dan menambahbaik sistem
dan prosedur kerja yang boleh membuka ruang dan peluang
kepada perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan
penyelewengan.
PENGUKUHAN GOVERNANS DAN INTEGRITI
• Menyemai, mendidik dan membudayakan integriti serta
memperkukuhkan governans dalam penyampaian perkhidmatan.
PENGESAHAN,PEMATUHAN , PUNITIF
DAN PEMULIHAN
i. Memperkasa dan menyebarluaskan mekanisme pelaporan
perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan
ii. Memastikan pematuhan kepada peraturan, mengambil tindakan
punitif terhadap pelanggaran tatakelakuan dan melaksanakan
usaha pemulihan.
PERLAKUAN BERUNSUR DAN BERPOTENSI
RASUAH
TRANSAKTIF
• Persetujuan
untuk
memberi
dan
menerima
suapan
(win-win
situation)
EKSTORTIF
• Ugutan
dengan
tujuan
untuk tidak
mengambil
tindakan
DEFENSIF
• Bayaran
dengan tujuan
mendapatkan
perlindungan
INVESTIF
• Bayaran
untuk
menjamin
balasan /
habuan
pada masa
hadapan
PERLAKUAN BERUNSUR DAN BERPOTENSI
RASUAH
NEPOTISM
• Penyalahgunaan
kuasa dan
kedudukan untuk
kepentingan
peribadi / saudara /
sekutu
AUTOGENIK
• Perlakuan rasuah
yang telah
menjadi amalan
dan budaya
dalam organisasi
SUPORTIF
• Penempatan proksi /
kroni di tempat
strategik (hotspot)
dalam organisasi
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA
694
Seksyen 16 : Kesalahan menerima suapan
i. Mana-mana orang secara rasuah meminta atau menerima atau
bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau orang lain apa-apa suapan
sebagai dorongan untuk atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan
apa-apa perkara atau transaksi;
ii. Mana-mana orang secara rasuah memberikan, menjanjikan atau
menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah dirinya
atau orang lain apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi
melakukan atau tidak melakukan apa-apa perkara atau transaksi.
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA
694
Seksyen 17 : Kesalahan memberi atau menerima
suapan oleh ejen
i. Mana-mana orang sebagai seorang ejen secara rasuah menyetuju
terima atau memperoleh daripada mana-mana orang untuk dirinya atau
orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah bagi melakukan
atau tidak melakukan apa-apa perbuatan, berhubungan dengan hal ehwal
prinsipalnya;
ii. Mana-mana orang sebagai seorang ejen memberikan atau bersetuju
untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana-
mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak
melakukan apa-apa perbuatan, berhubungan dengan hal ehwal
prinsipalnya.
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA
694
Seksyen 18 : Kesalahan buat tuntutan palsu
• Mana-mana orang yang memberi seseorang ejen, atau sebagai
seorang ejen menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan
prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang
prinsipalnya mempunyai kepentingan, dan dia mempunyai sebab
untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu
atau silap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan
untuk mengelirukan prinsipalnya.
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA
694
Seksyen 21 : Kesalahan menyogok pegawai badan
awam
• Mana-mana orang yang menawarkan kepada seseorang pegawai
mana-mana badan awam, atau sebagai seorang pegawai mana-
mana badan awam, meminta atau menerima, apa-apa suapan
sebagai suatu dorongan atau upah walaupun pegawai itu tidak
mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat demikian, atau
menerima suapan itu tanpa niat untuk berbuat demikian, atau
walaupun dorongan atau upah itu tidak ada hubungan hal ehwal
badan awam itu.
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA
694
Seksyen 23 : Kesalahan menggunakan jawatan atau
kedudukan untuk suapan
• Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan
atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya
sendiri, saudaranya atau sekutunya.
HUKUMAN-HUKUMAN DI BAWAH AKTA 694
(SEKSYEN 24)
• Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 16,17,21 dan 23
akan dihukum seperti berikut :
i. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun;
dan
ii. didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan
yang menjadi hal perkara kesalahan itu, atau
sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
HUKUMAN-HUKUMAN DI BAWAH AKTA 694
(SEKSYEN 24)
• Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 18 akan dihukum
seperti berikut :
i. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun;
dan
ii. didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai matan
yang palsu , atau
sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
KEWAJIPAN MELAPORKAN TRANSAKSI
PENYOGOKAN DI BAWAH AKTA 694
(SEKSYEN 25)
• Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan suapan
hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta
dengan nama, jika diketahui, orang yang memberi, menjanjikan
atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai SPRM.
• Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 25 akan dihukum seperti
berikut :
i. didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau
ii. dipenjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun
atau kedua-duanya.
KEWAJIPAN MELAPORKAN TRANSAKSI
PENYOGOKAN DI BAWAH AKTA 694
(SEKSYEN 25)
• Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau
diperolehi atau suatu cubaan dibuat untuk memperoleh suapan
itu, hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu,
berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberi,
menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada
pegawai SPRM.
• Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 25 akan dihukum seperti
berikut :
i. didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; atau
ii. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.
KESALAHAN MENERIMA BARANGAN BERHARGA
DENGAN TIADA BALASAN DI BAWAH AKTA 574
KANUN KESEKSAAN (SEKSYEN 165)
• Mana-mana pegawai awam yang menerima atau memperoleh, atau
setuju untuk menerima atau cuba untuk memperoleh untuk dirinya
atau untuk mana-mana orang lain apa-apa barangan berharga dengan
tiada balasan atau dengan balasan yang pegawai mengetahui tidak
mencukupi daripada mana-mana orang yang pegawai mengetahui
telah; atau sedang; atau mungkin berkaitan dengan apa-apa urusan
rasmi yang telah dijalankan; atau yang akan dijalankan oleh pegawai
itu;
• Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 165, Akta 574 akan dihukum
seperti berikut :
i. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali.
KESALAHAN MEMALSUKAN DOKUMEN DI BAWAH
AKTA 574 KANUN KESEKSAAN (SEKSYEN 465)
• Mana-mana orang yang melakukan pemalsuan:
• Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 465, Akta 574 akan
dihukum seperti berikut :
i. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
denda atau kedua-duanya sekali
UNDANG-UNDANG & PERATURAN LAIN
Seksyen 3 Akta
694
mana-mana kesalahan di bawah Akta 574 yang
dinyatakan dalam Jadual – Perenggan 3 (a), tafsiran
“kesalahan ditetapkan”
kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137
Akta Kastam 1967 (Akta 235)
kesalahan di bawah Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan
Raya 1954 (Akta 5)
Seksyen 17A,
Akta 694.
Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605).
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan Dan Tatatertib) 1993.
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1997 - Garis Panduan
Mengenai Cara Menguruskan Kes-kes Tatatertib Yang Dirujuk Oleh Badan
Pencegah Rasuah
PERANAN & TINDAKAN WARGA KKM
JANGAN MINTA
Dilarang meminta atau menerima apa-apa bentuk
suapan
TOLAK
Hendaklah menolak apa-apa tawaran atau pemberian
rasuah.
LAPOR
Segera melaporkan apa-apa perlakuan rasuah
kepada Ketua Jabatan; atau Unit Integriti KKM atau
SPRM.
MAKLUMAT ASAS SEMASA PELAPORAN
WHO Siapakah yang terlibat?
WHEN Bilakah kejadian berlaku?
WHERE Dimanakah kejadian berlaku?
WHAT Apakah kesalahan yang berlaku?
WHY Kenapakah kesalahan berlaku?
HOW Bagaimanakah kesalahan berlaku?
EVIDENCE Saksi atau dokumen berkaitan (sekiranya ada)
PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI
MAKLUMAT & MAKLUMAT
(SEKSYEN 65, AKTA 694)
• Apa-apa aduan yang dibuat berbangkit daripada maklumat yang
diterima oleh seseorang pegawai SPRM, maklumat dalam aduan
itu dan identiti pemberi maklumat hendaklah menjadi rahsia
antara pegawai SPRM dengan pemberi maklumat, dan tidak boleh
didedahkan atau diperintahkan, atau dikehendaki supaya
didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang
lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa
lain.
PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM
• Pengiktirafan dalam bentuk sijil penghargaan, pencalonan
anugerah pingat di peringkat Persekutuan atau Negeri, atau
ganjaran boleh diberikan kepada mana-mana penjawat awam yang
melaporkan pemberian dan penerimaan rasuah berdasarkan Surat
Edaran Ketua Setiausaha Negara bertarikh 11 Mei 2011.
POLISI PENDEDAHAN
PERLAKUAN TIDAK WAJAR
TERMINOLOGI
Pemberi Maklumat
• Mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar
kepada agensi penguatkuasaan termasuk warga KKM.
WARGA KKM
• Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KKM (lantikan tetap ,
sementara, sangkut , pinjaman , kontrak , sambilan , lantikan politik)
• Menteri
• Timbalan Menteri
• Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun atau Syarikat di bawah
KKM.
KELAKUAN TIDAK WAJAR
(KTW)
• Apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi suatu kesalahan
tatatertib atau kesalahan jenayah.
MAKLUMAT SULIT
Termasuklah :
i. maklumat tentang identiti, alamat kediaman, alamat kerja atau tempat
beradanya –
a. seseorang pemberi maklumat; dan
b. seseorang yang terhadapnya seseorang pemberi maklumat telah
membuat pendedahan kelakuan tidak wajar;
ii. maklumat yang didedahkan oleh seseorang pemberi maklumat; dan
iii. maklumat yang, jika didedahkan, boleh menyebabkan mudarat kepada
mana-mana orang.
PEGAWAI DIBERI KUASA
• Pegawai dari agensi penguatkuasaan yang ditempatkan di Unit
ntegriti KKM.
PEMAKAIAN
 Semua warga KKM
 Pemegang taruh
 Rakan niaga
 Semua individu / organisasi yang berurusan dengan warga/fasiliti
KKM
TUJUAN
• Polisi ini diwujudkan bertujuan menggalakkan pemberi maklumat
membuat pendedahan KTW dengan memelihara kerahsiaan
maklumat sulit dan memudahcara pemberi maklumat dalam
membuat pendedahan KTW kepada agensi penguatkuasaan.
PERNYATAAN DASAR
• Polisi ini hanya terpakai bagi pendedahan KTW berdasarkan
kepercayaannya yang munasabah bahawa mana-mana warga KKM telah
melibatkan diri, sedang melibatkan diri atau bersedia untuk melibatkan diri
dalam KTW yang jika terbukti menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah
undang-undang.
• Pemberi maklumat yang ingin membuat pendedahan KTW berkaitan
kesalahan jenayah akan diuruskan berdasarkan Polisi ini. Pemberi
maklumat boleh memaklumkan kepada pegawai diberi kuasa di Unit
Integriti KKM melalui kaedah berikut:
Telefon : 03 – 8892 4798
Emel : wb@moh.gov.my
PROSES KERJA PENDEDAHAN KTW
1. Pegawai diberi kuasa perlu memaklumkan kepada pemberi maklumat
berkaitan peruntukan undang-undang termasuk perlindungan di bawah
Akta 711.
2. Pegawai diberi kuasa akan memudahcara pendedahan KTW dengan
merujuk pemberi maklumat kepada agensi penguatkuasaan yang
berkaitan.
3. Pegawai diberi kuasa, apabila diterimanya apa-apa pendedahan yang
dibuat secara lisan, hendaklah dengan seberapa segera yang dapat
dilaksanakan, mengubahnya ke dalam bentuk bertulis.
4. Sekiranya pendedahan KTW telah dibuat kepada pegawai diberi kuasa,
maka pegawai diberi kuasa tersebut juga mendapat perlindungan
maklumat sulit di bawah Akta 711.
SEKSYEN 7, AKTA 711
1. Seseorang pemberi maklumat hendaklah, apabila pendedahan KTW
diterima oleh mana-mana agensi penguatkuasaan, diberi perlindungan
pemberi maklumat seperti berikut:
i. perlindungan maklumat sulit;
ii. kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah; dan
iii. perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan
2. Perlindungan bagi perkara (iii) hendaklah diperluaskan kepada mana-
mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi
maklumat itu termasuk pegawai diberi kuasa di Unit Integriti KKM yang
telah menerima pendedahan KTW.
3. Perlindungan yang diberikan tidak terbatas atau terjejas sekiranya
pendedahan KTW itu tidak membawa kepada apa-apa tindakan tatatertib
atau pendakwaan.
SEKSYEN 12, AKTA 711
( PENYIASATAN KTW)
• Setiap agensi penguatkuasaan yang menerima pendedahan KTW
hendaklah menjalankan penyiasatannya sendiri.
SEKSYEN 10, AKTA 711
(PERLINDUNGAN TERHADAP TINDAKAN YANG
MEMUDARATKAN)
• Seseorang pemberi maklumat boleh membuat aduan kepada mana-
mana agensi penguatkuasaan tentang apa-apa TYM yang dilakukan
oleh mana-mana orang terhadap pemberi maklumat itu atau mana-
mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan
pemberi maklumat itu.
SEKSYEN 14, AKTA 711
(PENYIASATAN TERHADAP TINDAKAN YANG
MEMUDARATKAN)
• Sekiranya mana-mana agensi penguatkuasaan menerima aduan
TYM, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memulakan
penyiasatan terhadap aduan TYM itu.
SEKSYEN 15, AKTA 711
(REMEDI TERHADAP TYM)
i. Dalam tempoh tiga bulan selepas dimaklumkan oleh agensi
penguatkuasaan bahawa TYM sebagai tindakan balas terhadap
pendedahan KTW telah diambil terhadapnya; atau
ii. pada bila-bila masa yang pemberi maklumat bimbang bahawa TYM
sebagai tindakan balas terhadap pendedahan KTW akan diambil
terhadapnya,
iii. Remedi yang boleh diambil oleh agensi penguatkuasa dari mahkamah:
a. gantirugi atau pampasan
b. injunksi
c. apa-apa relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.
SEKSYEN 21, AKTA 711
(PERNYATAAN PALSU)
• Mana-mana orang yang dengan sengaja membuat dalam
pendedahan KTW atau aduan TYM suatu pernyataan material yang
dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya sebagai
benar melakukan suatu kesalahan.
SEKSYEN 11, AKTA 711
(PEMBATALAN PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT)
i. pemberi maklumat itu sendiri telah menyertai KTW yang
didedahkan itu;
ii. pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam pendedahan
KTW suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya
adalah palsu atau tidak percaya sebagai benar;
iii. pendedahan KTW itu adalah remeh atau menyusahkan;
iv. pendedahan KTW mempersoalkan merit dasar kerajaan
terutamanya, termasuk dasar sesuatu badan awam;
v. pendedahan KTW dibuat semata-mata atau sebahagian
besarnya dengan motif untuk mengelak daripada dibuang kerja
atau tindakan tatatertib yang lain; atau
vi. pemberi maklumat, dalam perjalanan membuat pendedahan
KTW itu atau memberikan maklumat lanjut, melakukan suatu
kesalahan di bawah Akta 711.
SEKSYEN 26, AKTA 711
(GANJARAN)
• Agensi penguatkuasaan boleh memerintahkan apa-apa ganjaran
yang difikirkannya patut untuk dibayar kepada pemberi maklumat
bagi -
i. apa-apa pendedahan KTW; atau
ii. apa-apa aduan TYM sebagai tindakan balas terhadap
pendedahan KTW, yang membawa kepada pengesanan kes
KTW atau TYM atau pendakwaan orang yang terhadapnya
pendedahan KTW itu dibuat atau orang yang melakukan TYM
itu.
POLISI PENGURUSAN
PERCANGGAHAN KEPENTINGAN
TERMINOLOGI
Percanggahan kepentingan
• Apa-apa tingkah laku atau cara yang boleh menyebabkan pegawai
telah membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan
kepentingan awam; atau menggunakan kedudukan awamnya bagi
faedahnya sendiri, saudara atau sekutu
TERMINOLOGI
Saudara dan sekutu
• Merujuk kepada tafsiran “saudara” dan “sekutu” di bawah Seksyen
3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009
(Akta 694).
TERMINOLOGI
Anggota Pentadbiran
• Merujuk kepada tafsiran “Anggota Pentadbiran” di bawah Fasal (2),
Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan.
TERMINOLOGI
Pihak Ketiga
• Kontraktor, vendor, pembekal, organisasi, persatuan atau mana-
mana pihak yang berurusan dengan KKM.
DASAR KKM
Adalah DILARANG :
i. mempunyai kepentingan peribadi / kewangan dengan pihak
ketiga yang terlibat dengan apa-apa urusan rasmi di KKM;
ii. menyalurkan apa-apa maklumat terperingkat berkaitan KKM
yang membolehkan pihak ketiga mendapat manfaat dalam apa-
apa urusan rasmi di KKM;
iii. menjalankan apa-apa bentuk transaksi dengan menggunakan
akaun peribadi dengan pihak ketiga yang mempunyai urusan
rasmi di KKM;
iv. menerima yuran / komisen / apa-apa barangan bernilai
daripada pihak ketiga yang mempunyai urusan rasmi di KKM; dan
v. menggunakan kedudukan rasmi untuk mengembangkan
kemajuan kerjaya saudara dan sekutu di KKM.
PENGISYTIHARAN KEPENTINGAN
1. Warga KKM yang mempunyai percanggahan kepentingan dalam mana-
mana proses kerja hendaklah mengisytiharkan kepentingannya secara
bertulis kepada Ketua Jabatan.
2. Ketua Jabatan hendaklah menggantikan mana-mana warga KKM yang
telah mengisytiharkan kepentingannya dengan pegawai yang tidak
mempunyai kepentingan dalam proses kerja tersebut.
3. Warga KKM yang mempunyai percanggahan kepentingan dan terlibat
membuat keputusan dalam mana-mana mesyuarat hendaklah
mengisytiharkan kepentingannya secara lisan kepada mesyuarat serta
meninggalkan mesyuarat tersebut.
4. Urus setia mesyuarat hendaklah merekodkan pengisytiharan
kepentingan pegawai dan tindakan pegawai tersebut meninggalkan
mesyuarat dalam minit mesyuarat.
PERCANGGAHAN KEPENTINGAN OLEH
ANGGOTA PENTADBIRAN
• Anggota Pentadbiran hendaklah mengisytiharkan kepentingan
mereka sekiranya dalam menjalankan tugas-tugas rasmi, mereka
berhadapan dengan kepentingan peribadi yang bercanggah dengan
kepentingan awam.
PEMATUHAN
• Kegagalan atau keengganan warga KKM mematuhi Polisi ini boleh
disifatkan sebagai ingkar perintah dan dikenakan tindakan tatatertib
di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993.
• Pelanggaran Polisi ini oleh pihak ketiga akan dimaklumkan kepada
Perbendaharaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau
mana-mana Badan Pengawal berkaitan untuk tindakan.
POLISI PENGURUSAN PENGARUH
LUAR & SURAT SOKONGAN
TUJUAN
• Polisi ini diwujudkan bertujuan untuk menjadi rujukan warga KKM
mengenai tatacara pengurusan pengaruh luar dan surat sokongan.
PEMAKAIAN
• Polisi ini terpakai ke atas semua warga KKM.
• Polisi ini juga hendaklah dijadikan panduan oleh Pemimpin
Kerajaan, Individu Berpengaruh, rakan niaga / pemegang taruh
ataupun mana-mana individu / organisasi yang berurusan dengan
warga / fasiliti KKM.
TERMINOLOGI
Pengaruh Luar
• Apa-apa bentuk tekanan / desakan sama ada secara lisan, bukan
lisan atau apa-apa bentuk yang lain daripada Pemimpin Kerajaan
atau Individu Berpengaruh ke atas warga KKM yang bertujuan untuk
menyokong sesuatu permohonan atau mempengaruhi
pertimbangan keputusan.
TERMINOLOGI
Surat Sokongan
• Apa-apa komunikasi yang disampaikan sama ada secara lisan atau
bukan lisan termasuk dalam bentuk surat, memo, minit, emel,
khidmat pesanan ringkas, percakapan mulut, panggilan telefon atau
bentuk-bentuk lain yang bertujuan menyokong sesuatu permohonan
atau mempengaruhi pertimbangan keputusan.
TERMINOLOGI
Pemimpin Kerajaan
• Merujuk kepada tafsiran “Anggota Pentadbiran” di bawah Fasal (2),
Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen dan Ahli
Dewan Undangan Negeri.
TERMINOLOGI
Individu Berpengaruh
• Individu yang mempunyai kedudukan dalam Kerajaan atau
hubungan dengan pihak-pihak berkuasa, orang kenamaan, ahli-ahli
politik dan lain-lain.
TERMINOLOGI
Pihak Ketiga
• Kontraktor, vendor, pembekal, organisasi, persatuan atau mana-
mana pihak yang berurusan dengan KKM.
TERMINOLOGI
Warga KKM
• Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KKM (lantikan tetap ,
sementara, sangkut , pinjaman , kontrak , sambilan , lantikan politik)
• Menteri
• Timbalan Menteri
• Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun atau Syarikat di bawah
KKM.
TERMINOLOGI
Urusan Kerajaan
• Apa-apa urusan Kerajaan seperti perolehan, pengurusan sumber
manusia, permohonan kelulusan lesen / permit, pinjaman, biasiswa
dan lain-lain hal berkaitan dengan KKM.
DASAR KKM
Adalah DILARANG :
i. membawa atau cuba membawa pengaruh luar atau
mengemukakan apa-apa surat sokongan daripada mana-mana
Pemimpin Kerajaan dan Individu Berpengaruh bagi menyokong
sesuatu permohonan atau mempengaruhi pertimbangan
keputusan
ii. menggunakan pengaruh luar atau surat sokongan sebagai asas
pertimbangan atau arahan daripada Pemimpin Kerajaan dan
Individu Berpengaruh dalam membuat keputusan.
PENGURUSAN PENGARUH LUAR DAN
SURAT SOKONGAN
i. sekiranya sokongan diterima secara bertulis, hendaklah
memfailkan dalam fail berkaitan; atau
ii. sekiranya sokongan diterima secara lisan, hendaklah
mencatatkan komunikasi tersebut secara bertulis berserta
maklumat pihak yang memberi sokongan dan bentuk sokongan
dalam helaian minit fail yang berkaitan; maka
iii. hendaklah dengan segera melaporkan secara bertulis
sokongan yang diterima kepada Ketua Jabatan atau Unit
Integriti KKM untuk arahan atau tindakan lanjut; atau
iv. sekiranya atas apa-apa sebab tertentu atau tidak praktikal
untuk melaporkan kepada Ketua Jabatan, hendaklah
melaporkan kepada agensi Kerajaan yang berkaitan untuk
tindakan lanjut.
PENGARUH LUAR DAN SURAT SOKONGAN OLEH
ANGGOTA
PENTADBIRAN DAN PEMIMPIN KERAJAAN
• Anggota Pentadbiran dan Pemimpin Kerajaan hendaklah
mengelakkan daripada menggunakan jawatan untuk
mengenakan apa-apa tekanan ataupun mengeluarkan apa-apa
surat sokongan bagi maksud menyokong apa-apa permohonan atau
tuntutan kepada warga KKM.
PEMATUHAN
• Kegagalan atau keengganan warga KKM mematuhi Polisi ini boleh
disifatkan sebagai ingkar perintah dan dikenakan tindakan tatatertib
di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993 atau Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan
Surcaj) 2000 (Akta 605)
• Pelanggaran Polisi ini oleh pihak ketiga akan dimaklumkan kepada
Perbendaharaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau
mana-mana Badan Pengawal berkaitan untuk tindakan.
POLISI PENGURUSAN HADIAH
TERMINOLOGI
Hadiah
Termasuk perkara-perkara berikut:
 Wang Tunai
 Tambang percuma
 Harta alih dan harta tidak alih
 Saham
 Kenderaan
 Tiket loteri
 Kemudahan perjalanan
 Hiburan
Yang diberi kepada atau diterima oleh pegawai itu, suami / isteri atau saudara atau
sekutu (rujuk tafsiran “saudara” dan “sekutu”di bawah Seksyen 3, Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) bagi pihaknya daripada mana-mana
orang, dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan yang diketahui oleh
pegawai itu tidakmencukupi ataupun mencukupi.
 Perkhidmatan
 Diskaun
 Keahlian kelab
 Komisen
 Hamper
 Perhiasan
 Barang kemas
 Apa-apa pemberian
 Cenderamata
BENTUK , AMAUN ATAU NILAI HADIAH
• Melebihi ¼ emolumen
bulanan atau melebihi
RM500.00, mana yang lebih
rendah.
TIDAK
SEPADAN
• Kurang ¼ emolumen
bulanan atau melebihi
RM500.00, mana yang lebih
rendah.
SEPADAN
DASAR KKM
• Warga KKM dilarang menerima atau memberi apa-apa hadiah;
atau membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain
menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah sama
ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan tugas
awamnya; dan / atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak
sepadan dengan maksud hadiah.
PENERIMAAN SUKAR DITOLAK
• Sekiranya dalam keadaan tertentu penolakan hadiah yang ada
kaitan dengan tugas awam, akan mengaibkan pemberi hadiah
ataumenjejaskan hubungan profesional, warga KKM boleh
menerima hadiah tersebut dan hendaklah melaporkan secara
bertulis kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan.
PENERIMAAN SUKAR DITOLAK
• Warga KKM boleh melaporkan secara bertulis kepada Ketua
Jabatan (tanpa perlu kelulusan) sekiranya pemberian hadiah
tersebut:
i. nilainya kurang daripada RM100;
ii. berbentuk lencana (plaque) atau pennant atau barang-barang
kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh Jabatan atau
bahan-bahan bercetak berkaitan Jabatan bertujuan untuk
promosi; dan
• iii. barang-barang yang cepat rosak dan tidak tahan lama.
PENERIMAAN HADIAH YANG TIDAK
BERKAITAN DENGAN TUGAS AWAM
• Bagi penerimaan hadiah yang tidak berkaitan dengan tugas
awam dan tidak sepadan dengan maksud hadiah, warga KKM
hendaklah melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan
untuk kelulusan.
PENERIMAAN HADIAH YANG DIBENARKAN
i. bentuk, amaun atau nilai hadiah yang sepadan; atau
ii. bentuk, amaun atau nilai hadiah yang tidak sepadan, sekiranya
penerimaan hadiah seperti berikut:
a. penerimaan hadiah daripada rakan sekerja sempena persaraan,
pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai;
b. penerimaan hadiah daripada isteri / suami, anak-anak termasuk
anak menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-
undang, ibu / bapa termasuk ibu dan bapa mertua,dan adik
beradik termasuk sebelah isteri / suami;
c. penerimaan hadiah daripada saudara mara dan rakan-rakan
sempena majlis harijadi, pertunangan dan perkahwinan pegawai
atau anak-anak, atau apa-apa majlis lain yang berkaitan dengan
adat resam dan agama; atau
d. penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama.
PENERIMAAN HADIAH YANG MENJADI
KESALAHAN
i. hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah bahawa
ia adalah satu dorongan atau upah kepada pegawai itu bagi melakukan atau
tidak melakukan atau kerana telah melakukan atau telah tidak melakukan
sesuatu perbuatan berhubungan dengan urusan
prinsipalnya atau dalam menjalankan tugas awamnya;
ii. orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan
tugas awam pegawai itu sendiri atau dengan tugas awam seseorang
pegawai yang di bawahnya dia bekerja dan pemberian serta
penerimaan itu tidak dibuat dengan suci hati (not in good faith)
sebaliknya ia dilakukan dengan niat jenayah (mens rea); atau
iii. hadiah itu diterima dengan niat jenayah (mens rea) daripada
seseorang, yang pegawai itu ketahui telah atau sedang atau mungkin
ada kena mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan atau
yang akan dijalankan oleh pegawai itu.
KRITERIA-KRITERIA PERTIMBANGAN
KELULUSAN PENERIMAAN HADIAH
i. Hadiah yang diterima itu dibenarkan di bawah Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993;
ii. Penerimaan hadiah itu tidak menimbulkan syak pegawai telah
menggunakan kedudukan awam atau kuasanya untuk
memperolehi hadiah;
iii. Kekerapan pegawai menerima hadiah;
iv. Hubungan antara pegawai dengan pemberi hadiah khususnya
mengenai tugas dan kuasanya; dan
v. Kepentingan Jabatan secara keseluruhan.
KEPUTUSAN PERTIMBANGAN PENERIMAAN
HADIAH
i. Membenarkan pegawai menerima hadiah;
ii. Mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah kepada pemberi;
iii. Disimpan oleh Jabatan; atau
iv. Mengambil tindakan lain yang bersesuaian.
PEMBERIAN & PENERIMAAN KERAIAN
Boleh menerima atau memberi apa-apa jenis keraian daripada
atau kepada mana-mana orang sekiranya:
i. keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi
pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai awam untuk
kepentingan orang itu; dan
ii. keraian itu tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak selaras
dengan tatakelakuan di bawah Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
PENERIMAAN & PEMBERIAN HADIAH OLEH
JABATAN
• Jabatan boleh menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-
mana pihak lain dengan kebenaran Ketua Setiausaha atau Pegawai
Pengawal tertakluk kepada syarat-syarat di bawah PP Bil. 3/1998.
PERMOHONAN & PENERIMAAN SUMBANGAN
OLEH KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN
• Kelab Sukan dan Kebajikan dilarang memohon dan menerima
sumbangan secara langsung daripada syarikat swasta atau orang
awam untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membiayai
aktiviti kecuali melalui Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-
Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).
PEMATUHAN
• Kegagalan atau keengganan warga KKM mematuhi Polisi ini boleh
disifatkan sebagai ingkar perintah dan dikenakan tindakan tatatertib
di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib) 1993
• Pelanggaran Polisi ini oleh pihak ketiga akan dimaklumkan kepada
Perbendaharaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau
mana-mana Badan Pengawal berkaitan untuk tindakan.
• Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Unit Integriti atau
Pihak Berkuasa Tatatertib; atau mana-mana agensi
penguatkuasaan yang berkaitan, sekiranya terdapat apa-apa
pelanggaran terhadap undang-undang atau peraturan berkaitan
penerimaan dan pemberian hadiah.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNorain Binti Jaafar
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibNorain Binti Jaafar
 
Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia SejarahAgenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia SejarahSherly Jewinly
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Nor Yusof
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Norhafiza Osman
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasNur Bahari
 
Kawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatKawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatsitiaminahsalleh7
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)SITI HAJAR
 
Inventori personaliti sidek
Inventori personaliti sidekInventori personaliti sidek
Inventori personaliti sidekbdkskhjmahmud
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanmunnianwar
 
Fail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumFail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumduan70
 
TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB.pptx
TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB.pptxTATAKELAKUAN DAN TATATERTIB.pptx
TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB.pptxhajarroslan3
 
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanNorain Binti Jaafar
 

La actualidad más candente (20)

Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awamNilai dan etika dalam perkhidmatan awam
Nilai dan etika dalam perkhidmatan awam
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
 
Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia SejarahAgenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
Agenda Mesyuarat dan Contoh Lengkap Catatan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
 
Gangguan seksual
Gangguan seksualGangguan seksual
Gangguan seksual
 
Integriti
IntegritiIntegriti
Integriti
 
Pembangunan diri
Pembangunan diriPembangunan diri
Pembangunan diri
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
 
Surat cuti sekolah
Surat cuti sekolahSurat cuti sekolah
Surat cuti sekolah
 
Kawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkatKawalan dokumen terperingkat
Kawalan dokumen terperingkat
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
Inventori personaliti sidek
Inventori personaliti sidekInventori personaliti sidek
Inventori personaliti sidek
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesan
 
Fail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulumFail pengurusan kokurikulum
Fail pengurusan kokurikulum
 
TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB.pptx
TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB.pptxTATAKELAKUAN DAN TATATERTIB.pptx
TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB.pptx
 
Gejala rasuah
Gejala rasuah  Gejala rasuah
Gejala rasuah
 
Overview perkhidmatan awam
Overview perkhidmatan awamOverview perkhidmatan awam
Overview perkhidmatan awam
 
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 

Más de Lee Oi Wah

Ebd in healthcare improvement
Ebd in healthcare improvementEbd in healthcare improvement
Ebd in healthcare improvementLee Oi Wah
 
Overview of clinical governance
Overview of clinical governanceOverview of clinical governance
Overview of clinical governanceLee Oi Wah
 
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatanTadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatanLee Oi Wah
 
Fundamental principle of qa projects
Fundamental principle of qa projectsFundamental principle of qa projects
Fundamental principle of qa projectsLee Oi Wah
 
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatanKod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatanLee Oi Wah
 
Panduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatanPanduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatanLee Oi Wah
 
Identifying potential leaders ppt
Identifying potential leaders pptIdentifying potential leaders ppt
Identifying potential leaders pptLee Oi Wah
 
Caj rawatan pesakit wna
Caj rawatan pesakit wnaCaj rawatan pesakit wna
Caj rawatan pesakit wnaLee Oi Wah
 
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasiMenghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasiLee Oi Wah
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauLee Oi Wah
 
Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)Lee Oi Wah
 
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanSenarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanLee Oi Wah
 
Infant bls (instruktor)
Infant  bls (instruktor)Infant  bls (instruktor)
Infant bls (instruktor)Lee Oi Wah
 
Pengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kkPengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kkLee Oi Wah
 
Pengurusan kutipan hasil di kaunter
Pengurusan kutipan hasil di kaunterPengurusan kutipan hasil di kaunter
Pengurusan kutipan hasil di kaunterLee Oi Wah
 
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Akauntabiliti dalam pengurusan kewanganAkauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Akauntabiliti dalam pengurusan kewanganLee Oi Wah
 
Pengurusan aduan awam kkm
Pengurusan aduan awam kkmPengurusan aduan awam kkm
Pengurusan aduan awam kkmLee Oi Wah
 

Más de Lee Oi Wah (20)

Ebd in healthcare improvement
Ebd in healthcare improvementEbd in healthcare improvement
Ebd in healthcare improvement
 
Overview of clinical governance
Overview of clinical governanceOverview of clinical governance
Overview of clinical governance
 
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatanTadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
Tadbir urus perkhidmatan klinik kesihatan
 
Fundamental principle of qa projects
Fundamental principle of qa projectsFundamental principle of qa projects
Fundamental principle of qa projects
 
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatanKod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
Kod etika & tata kelakuan pegawai kementerian kesihatan
 
Panduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatanPanduan kemudahan rawatan perubatan
Panduan kemudahan rawatan perubatan
 
Identifying potential leaders ppt
Identifying potential leaders pptIdentifying potential leaders ppt
Identifying potential leaders ppt
 
Caj rawatan pesakit wna
Caj rawatan pesakit wnaCaj rawatan pesakit wna
Caj rawatan pesakit wna
 
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasiMenghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
Menghayati budaya kami sedia membantu dalam organisasi
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
 
Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)Pengungsian bangunan (fsat)
Pengungsian bangunan (fsat)
 
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatanSenarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
Senarai semak pengauditan keselamatan kebakaran untuk klinik kesihatan
 
Audit eksa
Audit eksaAudit eksa
Audit eksa
 
Layman cpr
Layman cprLayman cpr
Layman cpr
 
Infant bls (instruktor)
Infant  bls (instruktor)Infant  bls (instruktor)
Infant bls (instruktor)
 
Adult BLS
Adult BLSAdult BLS
Adult BLS
 
Pengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kkPengurusan kenderaan di kk
Pengurusan kenderaan di kk
 
Pengurusan kutipan hasil di kaunter
Pengurusan kutipan hasil di kaunterPengurusan kutipan hasil di kaunter
Pengurusan kutipan hasil di kaunter
 
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Akauntabiliti dalam pengurusan kewanganAkauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
 
Pengurusan aduan awam kkm
Pengurusan aduan awam kkmPengurusan aduan awam kkm
Pengurusan aduan awam kkm
 

Gp pencegahan rasuah kkm

  • 1. D R L E E O I W A H P E G A W A I K E S I H A T A N K A W A S A N I I P E J A B A T K E S I H A T A N K A W A S A N T A W A U GARISPANDUAN PELAKSANAAN ANTIRASUAH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
  • 2.
  • 4.
  • 5. OBJEKTIF POLISI ANTI RASUAH 1. Memerangi perlakuan rasuah , penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan. 2. Mengatasi kelemahan governans. 3. Mengatasi perlanggaran integriti.
  • 6. PEMAKAIAN  Semua warga KKM  Pemegang taruh  Rakan niaga  Semua individu / organisasi yang berurusan dengan warga/fasiliti KKM
  • 7. TERMINOLOGI • Rasuah : memberi atau menawarkan , menerima atau meminta atau bersetuju untuk menerima atau meminta suapan secara langsung atau tidak langsung sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
  • 8. WARGA KKM • Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KKM (lantikan tetap , sementara, sangkut , pinjaman , kontrak , sambilan , lantikan politik) • Menteri • Timbalan Menteri • Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun atau Syarikat di bawah KKM.
  • 9. PERNYATAAN POLISI ANTIRASUAH KKM mensasarkan “zero tolerance towards corruption” di dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, KKM memberikan penekanan kepada empat (4) terma rujukan iaitu : i. Dasar , Perundangan dan Peraturan ii. Sistem dan Prosedur kerja iii. Pengukuhan governans dan integriti iv. Pengesanan , Pematuhan , Punitif dan Pemulihan
  • 10. DASAR, PERUNDANGAN DAN PERATURAN i. Memahami dan mematuhi undang-undang, peraturan dan lain- lain arahan berkaitan antirasuah yang berkuatkuasa. ii. Menerapkan elemen antirasuah dalam penggubalan dasar bagi meningkatkan kawalan dalaman terhadap kelemahan governans dan pelanggaran integriti.
  • 11. SISTEM DAN PROSEDUR KERJA • Mengenal pasti, mengkaji kelemahan dan menambahbaik sistem dan prosedur kerja yang boleh membuka ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.
  • 12. PENGUKUHAN GOVERNANS DAN INTEGRITI • Menyemai, mendidik dan membudayakan integriti serta memperkukuhkan governans dalam penyampaian perkhidmatan.
  • 13. PENGESAHAN,PEMATUHAN , PUNITIF DAN PEMULIHAN i. Memperkasa dan menyebarluaskan mekanisme pelaporan perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan ii. Memastikan pematuhan kepada peraturan, mengambil tindakan punitif terhadap pelanggaran tatakelakuan dan melaksanakan usaha pemulihan.
  • 14. PERLAKUAN BERUNSUR DAN BERPOTENSI RASUAH TRANSAKTIF • Persetujuan untuk memberi dan menerima suapan (win-win situation) EKSTORTIF • Ugutan dengan tujuan untuk tidak mengambil tindakan DEFENSIF • Bayaran dengan tujuan mendapatkan perlindungan INVESTIF • Bayaran untuk menjamin balasan / habuan pada masa hadapan
  • 15. PERLAKUAN BERUNSUR DAN BERPOTENSI RASUAH NEPOTISM • Penyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan peribadi / saudara / sekutu AUTOGENIK • Perlakuan rasuah yang telah menjadi amalan dan budaya dalam organisasi SUPORTIF • Penempatan proksi / kroni di tempat strategik (hotspot) dalam organisasi
  • 16. KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA 694 Seksyen 16 : Kesalahan menerima suapan i. Mana-mana orang secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau orang lain apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perkara atau transaksi; ii. Mana-mana orang secara rasuah memberikan, menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah dirinya atau orang lain apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perkara atau transaksi.
  • 17. KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA 694 Seksyen 17 : Kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejen i. Mana-mana orang sebagai seorang ejen secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh daripada mana-mana orang untuk dirinya atau orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan, berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya; ii. Mana-mana orang sebagai seorang ejen memberikan atau bersetuju untuk memberikan atau menawarkan apa-apa suapan kepada mana- mana ejen sebagai dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan, berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya.
  • 18. KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA 694 Seksyen 18 : Kesalahan buat tuntutan palsu • Mana-mana orang yang memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang prinsipalnya mempunyai kepentingan, dan dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.
  • 19. KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA 694 Seksyen 21 : Kesalahan menyogok pegawai badan awam • Mana-mana orang yang menawarkan kepada seseorang pegawai mana-mana badan awam, atau sebagai seorang pegawai mana- mana badan awam, meminta atau menerima, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah walaupun pegawai itu tidak mempunyai kuasa, hak atau peluang untuk berbuat demikian, atau menerima suapan itu tanpa niat untuk berbuat demikian, atau walaupun dorongan atau upah itu tidak ada hubungan hal ehwal badan awam itu.
  • 20. KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA 694 Seksyen 23 : Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan • Mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya.
  • 21. HUKUMAN-HUKUMAN DI BAWAH AKTA 694 (SEKSYEN 24) • Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 16,17,21 dan 23 akan dihukum seperti berikut : i. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan ii. didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
  • 22. HUKUMAN-HUKUMAN DI BAWAH AKTA 694 (SEKSYEN 24) • Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 18 akan dihukum seperti berikut : i. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan ii. didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai matan yang palsu , atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
  • 23. KEWAJIPAN MELAPORKAN TRANSAKSI PENYOGOKAN DI BAWAH AKTA 694 (SEKSYEN 25) • Mana-mana orang yang diberi, dijanjikan, atau ditawarkan suapan hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai SPRM. • Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 25 akan dihukum seperti berikut : i. didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau ii. dipenjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
  • 24. KEWAJIPAN MELAPORKAN TRANSAKSI PENYOGOKAN DI BAWAH AKTA 694 (SEKSYEN 25) • Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperolehi atau suatu cubaan dibuat untuk memperoleh suapan itu, hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai SPRM. • Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 25 akan dihukum seperti berikut : i. didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; atau ii. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
  • 25. KESALAHAN MENERIMA BARANGAN BERHARGA DENGAN TIADA BALASAN DI BAWAH AKTA 574 KANUN KESEKSAAN (SEKSYEN 165) • Mana-mana pegawai awam yang menerima atau memperoleh, atau setuju untuk menerima atau cuba untuk memperoleh untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain apa-apa barangan berharga dengan tiada balasan atau dengan balasan yang pegawai mengetahui tidak mencukupi daripada mana-mana orang yang pegawai mengetahui telah; atau sedang; atau mungkin berkaitan dengan apa-apa urusan rasmi yang telah dijalankan; atau yang akan dijalankan oleh pegawai itu; • Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 165, Akta 574 akan dihukum seperti berikut : i. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  • 26. KESALAHAN MEMALSUKAN DOKUMEN DI BAWAH AKTA 574 KANUN KESEKSAAN (SEKSYEN 465) • Mana-mana orang yang melakukan pemalsuan: • Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 465, Akta 574 akan dihukum seperti berikut : i. dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali
  • 27. UNDANG-UNDANG & PERATURAN LAIN Seksyen 3 Akta 694 mana-mana kesalahan di bawah Akta 574 yang dinyatakan dalam Jadual – Perenggan 3 (a), tafsiran “kesalahan ditetapkan” kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137 Akta Kastam 1967 (Akta 235) kesalahan di bawah Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) Seksyen 17A, Akta 694. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 (Akta 605). Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Tatakelakuan Dan Tatatertib) 1993. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1997 - Garis Panduan Mengenai Cara Menguruskan Kes-kes Tatatertib Yang Dirujuk Oleh Badan Pencegah Rasuah
  • 28. PERANAN & TINDAKAN WARGA KKM JANGAN MINTA Dilarang meminta atau menerima apa-apa bentuk suapan TOLAK Hendaklah menolak apa-apa tawaran atau pemberian rasuah. LAPOR Segera melaporkan apa-apa perlakuan rasuah kepada Ketua Jabatan; atau Unit Integriti KKM atau SPRM.
  • 29. MAKLUMAT ASAS SEMASA PELAPORAN WHO Siapakah yang terlibat? WHEN Bilakah kejadian berlaku? WHERE Dimanakah kejadian berlaku? WHAT Apakah kesalahan yang berlaku? WHY Kenapakah kesalahan berlaku? HOW Bagaimanakah kesalahan berlaku? EVIDENCE Saksi atau dokumen berkaitan (sekiranya ada)
  • 30. PERLINDUNGAN KEPADA PEMBERI MAKLUMAT & MAKLUMAT (SEKSYEN 65, AKTA 694) • Apa-apa aduan yang dibuat berbangkit daripada maklumat yang diterima oleh seseorang pegawai SPRM, maklumat dalam aduan itu dan identiti pemberi maklumat hendaklah menjadi rahsia antara pegawai SPRM dengan pemberi maklumat, dan tidak boleh didedahkan atau diperintahkan, atau dikehendaki supaya didedahkan dalam mana-mana prosiding sivil, jenayah atau yang lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain.
  • 31. PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM • Pengiktirafan dalam bentuk sijil penghargaan, pencalonan anugerah pingat di peringkat Persekutuan atau Negeri, atau ganjaran boleh diberikan kepada mana-mana penjawat awam yang melaporkan pemberian dan penerimaan rasuah berdasarkan Surat Edaran Ketua Setiausaha Negara bertarikh 11 Mei 2011.
  • 32.
  • 34. TERMINOLOGI Pemberi Maklumat • Mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada agensi penguatkuasaan termasuk warga KKM.
  • 35. WARGA KKM • Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KKM (lantikan tetap , sementara, sangkut , pinjaman , kontrak , sambilan , lantikan politik) • Menteri • Timbalan Menteri • Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun atau Syarikat di bawah KKM.
  • 36. KELAKUAN TIDAK WAJAR (KTW) • Apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi suatu kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah.
  • 37. MAKLUMAT SULIT Termasuklah : i. maklumat tentang identiti, alamat kediaman, alamat kerja atau tempat beradanya – a. seseorang pemberi maklumat; dan b. seseorang yang terhadapnya seseorang pemberi maklumat telah membuat pendedahan kelakuan tidak wajar; ii. maklumat yang didedahkan oleh seseorang pemberi maklumat; dan iii. maklumat yang, jika didedahkan, boleh menyebabkan mudarat kepada mana-mana orang.
  • 38. PEGAWAI DIBERI KUASA • Pegawai dari agensi penguatkuasaan yang ditempatkan di Unit ntegriti KKM.
  • 39. PEMAKAIAN  Semua warga KKM  Pemegang taruh  Rakan niaga  Semua individu / organisasi yang berurusan dengan warga/fasiliti KKM
  • 40. TUJUAN • Polisi ini diwujudkan bertujuan menggalakkan pemberi maklumat membuat pendedahan KTW dengan memelihara kerahsiaan maklumat sulit dan memudahcara pemberi maklumat dalam membuat pendedahan KTW kepada agensi penguatkuasaan.
  • 41. PERNYATAAN DASAR • Polisi ini hanya terpakai bagi pendedahan KTW berdasarkan kepercayaannya yang munasabah bahawa mana-mana warga KKM telah melibatkan diri, sedang melibatkan diri atau bersedia untuk melibatkan diri dalam KTW yang jika terbukti menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang. • Pemberi maklumat yang ingin membuat pendedahan KTW berkaitan kesalahan jenayah akan diuruskan berdasarkan Polisi ini. Pemberi maklumat boleh memaklumkan kepada pegawai diberi kuasa di Unit Integriti KKM melalui kaedah berikut: Telefon : 03 – 8892 4798 Emel : wb@moh.gov.my
  • 42. PROSES KERJA PENDEDAHAN KTW 1. Pegawai diberi kuasa perlu memaklumkan kepada pemberi maklumat berkaitan peruntukan undang-undang termasuk perlindungan di bawah Akta 711. 2. Pegawai diberi kuasa akan memudahcara pendedahan KTW dengan merujuk pemberi maklumat kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan. 3. Pegawai diberi kuasa, apabila diterimanya apa-apa pendedahan yang dibuat secara lisan, hendaklah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, mengubahnya ke dalam bentuk bertulis. 4. Sekiranya pendedahan KTW telah dibuat kepada pegawai diberi kuasa, maka pegawai diberi kuasa tersebut juga mendapat perlindungan maklumat sulit di bawah Akta 711.
  • 43. SEKSYEN 7, AKTA 711 1. Seseorang pemberi maklumat hendaklah, apabila pendedahan KTW diterima oleh mana-mana agensi penguatkuasaan, diberi perlindungan pemberi maklumat seperti berikut: i. perlindungan maklumat sulit; ii. kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah; dan iii. perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan 2. Perlindungan bagi perkara (iii) hendaklah diperluaskan kepada mana- mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu termasuk pegawai diberi kuasa di Unit Integriti KKM yang telah menerima pendedahan KTW. 3. Perlindungan yang diberikan tidak terbatas atau terjejas sekiranya pendedahan KTW itu tidak membawa kepada apa-apa tindakan tatatertib atau pendakwaan.
  • 44. SEKSYEN 12, AKTA 711 ( PENYIASATAN KTW) • Setiap agensi penguatkuasaan yang menerima pendedahan KTW hendaklah menjalankan penyiasatannya sendiri.
  • 45. SEKSYEN 10, AKTA 711 (PERLINDUNGAN TERHADAP TINDAKAN YANG MEMUDARATKAN) • Seseorang pemberi maklumat boleh membuat aduan kepada mana- mana agensi penguatkuasaan tentang apa-apa TYM yang dilakukan oleh mana-mana orang terhadap pemberi maklumat itu atau mana- mana orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat itu.
  • 46. SEKSYEN 14, AKTA 711 (PENYIASATAN TERHADAP TINDAKAN YANG MEMUDARATKAN) • Sekiranya mana-mana agensi penguatkuasaan menerima aduan TYM, agensi penguatkuasaan itu hendaklah memulakan penyiasatan terhadap aduan TYM itu.
  • 47. SEKSYEN 15, AKTA 711 (REMEDI TERHADAP TYM) i. Dalam tempoh tiga bulan selepas dimaklumkan oleh agensi penguatkuasaan bahawa TYM sebagai tindakan balas terhadap pendedahan KTW telah diambil terhadapnya; atau ii. pada bila-bila masa yang pemberi maklumat bimbang bahawa TYM sebagai tindakan balas terhadap pendedahan KTW akan diambil terhadapnya, iii. Remedi yang boleh diambil oleh agensi penguatkuasa dari mahkamah: a. gantirugi atau pampasan b. injunksi c. apa-apa relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.
  • 48. SEKSYEN 21, AKTA 711 (PERNYATAAN PALSU) • Mana-mana orang yang dengan sengaja membuat dalam pendedahan KTW atau aduan TYM suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya sebagai benar melakukan suatu kesalahan.
  • 49. SEKSYEN 11, AKTA 711 (PEMBATALAN PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT) i. pemberi maklumat itu sendiri telah menyertai KTW yang didedahkan itu; ii. pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam pendedahan KTW suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya sebagai benar; iii. pendedahan KTW itu adalah remeh atau menyusahkan; iv. pendedahan KTW mempersoalkan merit dasar kerajaan terutamanya, termasuk dasar sesuatu badan awam; v. pendedahan KTW dibuat semata-mata atau sebahagian besarnya dengan motif untuk mengelak daripada dibuang kerja atau tindakan tatatertib yang lain; atau vi. pemberi maklumat, dalam perjalanan membuat pendedahan KTW itu atau memberikan maklumat lanjut, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 711.
  • 50. SEKSYEN 26, AKTA 711 (GANJARAN) • Agensi penguatkuasaan boleh memerintahkan apa-apa ganjaran yang difikirkannya patut untuk dibayar kepada pemberi maklumat bagi - i. apa-apa pendedahan KTW; atau ii. apa-apa aduan TYM sebagai tindakan balas terhadap pendedahan KTW, yang membawa kepada pengesanan kes KTW atau TYM atau pendakwaan orang yang terhadapnya pendedahan KTW itu dibuat atau orang yang melakukan TYM itu.
  • 51.
  • 53. TERMINOLOGI Percanggahan kepentingan • Apa-apa tingkah laku atau cara yang boleh menyebabkan pegawai telah membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan awam; atau menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri, saudara atau sekutu
  • 54. TERMINOLOGI Saudara dan sekutu • Merujuk kepada tafsiran “saudara” dan “sekutu” di bawah Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).
  • 55. TERMINOLOGI Anggota Pentadbiran • Merujuk kepada tafsiran “Anggota Pentadbiran” di bawah Fasal (2), Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan.
  • 56. TERMINOLOGI Pihak Ketiga • Kontraktor, vendor, pembekal, organisasi, persatuan atau mana- mana pihak yang berurusan dengan KKM.
  • 57. DASAR KKM Adalah DILARANG : i. mempunyai kepentingan peribadi / kewangan dengan pihak ketiga yang terlibat dengan apa-apa urusan rasmi di KKM; ii. menyalurkan apa-apa maklumat terperingkat berkaitan KKM yang membolehkan pihak ketiga mendapat manfaat dalam apa- apa urusan rasmi di KKM; iii. menjalankan apa-apa bentuk transaksi dengan menggunakan akaun peribadi dengan pihak ketiga yang mempunyai urusan rasmi di KKM; iv. menerima yuran / komisen / apa-apa barangan bernilai daripada pihak ketiga yang mempunyai urusan rasmi di KKM; dan v. menggunakan kedudukan rasmi untuk mengembangkan kemajuan kerjaya saudara dan sekutu di KKM.
  • 58. PENGISYTIHARAN KEPENTINGAN 1. Warga KKM yang mempunyai percanggahan kepentingan dalam mana- mana proses kerja hendaklah mengisytiharkan kepentingannya secara bertulis kepada Ketua Jabatan. 2. Ketua Jabatan hendaklah menggantikan mana-mana warga KKM yang telah mengisytiharkan kepentingannya dengan pegawai yang tidak mempunyai kepentingan dalam proses kerja tersebut. 3. Warga KKM yang mempunyai percanggahan kepentingan dan terlibat membuat keputusan dalam mana-mana mesyuarat hendaklah mengisytiharkan kepentingannya secara lisan kepada mesyuarat serta meninggalkan mesyuarat tersebut. 4. Urus setia mesyuarat hendaklah merekodkan pengisytiharan kepentingan pegawai dan tindakan pegawai tersebut meninggalkan mesyuarat dalam minit mesyuarat.
  • 59. PERCANGGAHAN KEPENTINGAN OLEH ANGGOTA PENTADBIRAN • Anggota Pentadbiran hendaklah mengisytiharkan kepentingan mereka sekiranya dalam menjalankan tugas-tugas rasmi, mereka berhadapan dengan kepentingan peribadi yang bercanggah dengan kepentingan awam.
  • 60. PEMATUHAN • Kegagalan atau keengganan warga KKM mematuhi Polisi ini boleh disifatkan sebagai ingkar perintah dan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. • Pelanggaran Polisi ini oleh pihak ketiga akan dimaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana Badan Pengawal berkaitan untuk tindakan.
  • 61.
  • 63. TUJUAN • Polisi ini diwujudkan bertujuan untuk menjadi rujukan warga KKM mengenai tatacara pengurusan pengaruh luar dan surat sokongan.
  • 64. PEMAKAIAN • Polisi ini terpakai ke atas semua warga KKM. • Polisi ini juga hendaklah dijadikan panduan oleh Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh, rakan niaga / pemegang taruh ataupun mana-mana individu / organisasi yang berurusan dengan warga / fasiliti KKM.
  • 65. TERMINOLOGI Pengaruh Luar • Apa-apa bentuk tekanan / desakan sama ada secara lisan, bukan lisan atau apa-apa bentuk yang lain daripada Pemimpin Kerajaan atau Individu Berpengaruh ke atas warga KKM yang bertujuan untuk menyokong sesuatu permohonan atau mempengaruhi pertimbangan keputusan.
  • 66. TERMINOLOGI Surat Sokongan • Apa-apa komunikasi yang disampaikan sama ada secara lisan atau bukan lisan termasuk dalam bentuk surat, memo, minit, emel, khidmat pesanan ringkas, percakapan mulut, panggilan telefon atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan menyokong sesuatu permohonan atau mempengaruhi pertimbangan keputusan.
  • 67. TERMINOLOGI Pemimpin Kerajaan • Merujuk kepada tafsiran “Anggota Pentadbiran” di bawah Fasal (2), Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
  • 68. TERMINOLOGI Individu Berpengaruh • Individu yang mempunyai kedudukan dalam Kerajaan atau hubungan dengan pihak-pihak berkuasa, orang kenamaan, ahli-ahli politik dan lain-lain.
  • 69. TERMINOLOGI Pihak Ketiga • Kontraktor, vendor, pembekal, organisasi, persatuan atau mana- mana pihak yang berurusan dengan KKM.
  • 70. TERMINOLOGI Warga KKM • Pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di KKM (lantikan tetap , sementara, sangkut , pinjaman , kontrak , sambilan , lantikan politik) • Menteri • Timbalan Menteri • Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun atau Syarikat di bawah KKM.
  • 71. TERMINOLOGI Urusan Kerajaan • Apa-apa urusan Kerajaan seperti perolehan, pengurusan sumber manusia, permohonan kelulusan lesen / permit, pinjaman, biasiswa dan lain-lain hal berkaitan dengan KKM.
  • 72. DASAR KKM Adalah DILARANG : i. membawa atau cuba membawa pengaruh luar atau mengemukakan apa-apa surat sokongan daripada mana-mana Pemimpin Kerajaan dan Individu Berpengaruh bagi menyokong sesuatu permohonan atau mempengaruhi pertimbangan keputusan ii. menggunakan pengaruh luar atau surat sokongan sebagai asas pertimbangan atau arahan daripada Pemimpin Kerajaan dan Individu Berpengaruh dalam membuat keputusan.
  • 73. PENGURUSAN PENGARUH LUAR DAN SURAT SOKONGAN i. sekiranya sokongan diterima secara bertulis, hendaklah memfailkan dalam fail berkaitan; atau ii. sekiranya sokongan diterima secara lisan, hendaklah mencatatkan komunikasi tersebut secara bertulis berserta maklumat pihak yang memberi sokongan dan bentuk sokongan dalam helaian minit fail yang berkaitan; maka iii. hendaklah dengan segera melaporkan secara bertulis sokongan yang diterima kepada Ketua Jabatan atau Unit Integriti KKM untuk arahan atau tindakan lanjut; atau iv. sekiranya atas apa-apa sebab tertentu atau tidak praktikal untuk melaporkan kepada Ketua Jabatan, hendaklah melaporkan kepada agensi Kerajaan yang berkaitan untuk tindakan lanjut.
  • 74. PENGARUH LUAR DAN SURAT SOKONGAN OLEH ANGGOTA PENTADBIRAN DAN PEMIMPIN KERAJAAN • Anggota Pentadbiran dan Pemimpin Kerajaan hendaklah mengelakkan daripada menggunakan jawatan untuk mengenakan apa-apa tekanan ataupun mengeluarkan apa-apa surat sokongan bagi maksud menyokong apa-apa permohonan atau tuntutan kepada warga KKM.
  • 75. PEMATUHAN • Kegagalan atau keengganan warga KKM mematuhi Polisi ini boleh disifatkan sebagai ingkar perintah dan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 atau Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) • Pelanggaran Polisi ini oleh pihak ketiga akan dimaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana Badan Pengawal berkaitan untuk tindakan.
  • 76.
  • 78. TERMINOLOGI Hadiah Termasuk perkara-perkara berikut:  Wang Tunai  Tambang percuma  Harta alih dan harta tidak alih  Saham  Kenderaan  Tiket loteri  Kemudahan perjalanan  Hiburan Yang diberi kepada atau diterima oleh pegawai itu, suami / isteri atau saudara atau sekutu (rujuk tafsiran “saudara” dan “sekutu”di bawah Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) bagi pihaknya daripada mana-mana orang, dengan tiada balasan (without consideration) atau balasan yang diketahui oleh pegawai itu tidakmencukupi ataupun mencukupi.  Perkhidmatan  Diskaun  Keahlian kelab  Komisen  Hamper  Perhiasan  Barang kemas  Apa-apa pemberian  Cenderamata
  • 79. BENTUK , AMAUN ATAU NILAI HADIAH • Melebihi ¼ emolumen bulanan atau melebihi RM500.00, mana yang lebih rendah. TIDAK SEPADAN • Kurang ¼ emolumen bulanan atau melebihi RM500.00, mana yang lebih rendah. SEPADAN
  • 80. DASAR KKM • Warga KKM dilarang menerima atau memberi apa-apa hadiah; atau membenarkan isteri atau suaminya atau mana-mana orang lain menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan tugas awamnya; dan / atau bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah.
  • 81. PENERIMAAN SUKAR DITOLAK • Sekiranya dalam keadaan tertentu penolakan hadiah yang ada kaitan dengan tugas awam, akan mengaibkan pemberi hadiah ataumenjejaskan hubungan profesional, warga KKM boleh menerima hadiah tersebut dan hendaklah melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan.
  • 82. PENERIMAAN SUKAR DITOLAK • Warga KKM boleh melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan (tanpa perlu kelulusan) sekiranya pemberian hadiah tersebut: i. nilainya kurang daripada RM100; ii. berbentuk lencana (plaque) atau pennant atau barang-barang kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh Jabatan atau bahan-bahan bercetak berkaitan Jabatan bertujuan untuk promosi; dan • iii. barang-barang yang cepat rosak dan tidak tahan lama.
  • 83. PENERIMAAN HADIAH YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN TUGAS AWAM • Bagi penerimaan hadiah yang tidak berkaitan dengan tugas awam dan tidak sepadan dengan maksud hadiah, warga KKM hendaklah melaporkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan.
  • 84. PENERIMAAN HADIAH YANG DIBENARKAN i. bentuk, amaun atau nilai hadiah yang sepadan; atau ii. bentuk, amaun atau nilai hadiah yang tidak sepadan, sekiranya penerimaan hadiah seperti berikut: a. penerimaan hadiah daripada rakan sekerja sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai; b. penerimaan hadiah daripada isteri / suami, anak-anak termasuk anak menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang- undang, ibu / bapa termasuk ibu dan bapa mertua,dan adik beradik termasuk sebelah isteri / suami; c. penerimaan hadiah daripada saudara mara dan rakan-rakan sempena majlis harijadi, pertunangan dan perkahwinan pegawai atau anak-anak, atau apa-apa majlis lain yang berkaitan dengan adat resam dan agama; atau d. penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama.
  • 85. PENERIMAAN HADIAH YANG MENJADI KESALAHAN i. hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah bahawa ia adalah satu dorongan atau upah kepada pegawai itu bagi melakukan atau tidak melakukan atau kerana telah melakukan atau telah tidak melakukan sesuatu perbuatan berhubungan dengan urusan prinsipalnya atau dalam menjalankan tugas awamnya; ii. orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan tugas awam pegawai itu sendiri atau dengan tugas awam seseorang pegawai yang di bawahnya dia bekerja dan pemberian serta penerimaan itu tidak dibuat dengan suci hati (not in good faith) sebaliknya ia dilakukan dengan niat jenayah (mens rea); atau iii. hadiah itu diterima dengan niat jenayah (mens rea) daripada seseorang, yang pegawai itu ketahui telah atau sedang atau mungkin ada kena mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan atau yang akan dijalankan oleh pegawai itu.
  • 86. KRITERIA-KRITERIA PERTIMBANGAN KELULUSAN PENERIMAAN HADIAH i. Hadiah yang diterima itu dibenarkan di bawah Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993; ii. Penerimaan hadiah itu tidak menimbulkan syak pegawai telah menggunakan kedudukan awam atau kuasanya untuk memperolehi hadiah; iii. Kekerapan pegawai menerima hadiah; iv. Hubungan antara pegawai dengan pemberi hadiah khususnya mengenai tugas dan kuasanya; dan v. Kepentingan Jabatan secara keseluruhan.
  • 87. KEPUTUSAN PERTIMBANGAN PENERIMAAN HADIAH i. Membenarkan pegawai menerima hadiah; ii. Mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah kepada pemberi; iii. Disimpan oleh Jabatan; atau iv. Mengambil tindakan lain yang bersesuaian.
  • 88. PEMBERIAN & PENERIMAAN KERAIAN Boleh menerima atau memberi apa-apa jenis keraian daripada atau kepada mana-mana orang sekiranya: i. keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai awam untuk kepentingan orang itu; dan ii. keraian itu tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan tatakelakuan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993.
  • 89. PENERIMAAN & PEMBERIAN HADIAH OLEH JABATAN • Jabatan boleh menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana- mana pihak lain dengan kebenaran Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal tertakluk kepada syarat-syarat di bawah PP Bil. 3/1998.
  • 90. PERMOHONAN & PENERIMAAN SUMBANGAN OLEH KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN • Kelab Sukan dan Kebajikan dilarang memohon dan menerima sumbangan secara langsung daripada syarikat swasta atau orang awam untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti kecuali melalui Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota- Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK).
  • 91. PEMATUHAN • Kegagalan atau keengganan warga KKM mematuhi Polisi ini boleh disifatkan sebagai ingkar perintah dan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 • Pelanggaran Polisi ini oleh pihak ketiga akan dimaklumkan kepada Perbendaharaan Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana Badan Pengawal berkaitan untuk tindakan. • Ketua Jabatan hendaklah melaporkan kepada Unit Integriti atau Pihak Berkuasa Tatatertib; atau mana-mana agensi penguatkuasaan yang berkaitan, sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran terhadap undang-undang atau peraturan berkaitan penerimaan dan pemberian hadiah.