SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
MOTIVASI                                                                Asas Pengurusan




                                               PENGARAHAN
                                             ( MOTIVASI )




    Objektif Am:    Memahami dan mengaitkan teori-teori motivasi di dalam pengurusan
                    perniagaan.




    Objektif Khusus: Di akhir unit ini, pelajar dapat;


•          Memberikan definisi motivasi.
•          Menerangkan teori-teori motivasi.
•          Mengenalpasti strategi-strategi motivasi dalam pengurusan perniagaan.
•          Mengenalpasti kepentingan motivasi dalam organisasi.
MOTIVASI                                                               Asas Pengurusan




                                  PENGARAHAN
                                    (MOTIVASI)




8.0        Pengenalan


Seseorang pengurus akan sentiasa berusaha memajukan organisasinya samada
mengekalkan pencapaian organisasinya atau meningkatkannya kepada tahap yang
dapat memuaskan sehinggalah matlamat organisasi tercapai dengan jayanya. Dengan
itu pengurus tadi perlu memikirkan serta menghasilkan kerjasama dalam kerja-kerja
tertentu ke arah pencapaian matlamat tadi. Oleh itu motivasi akan sentiasa
diperkenalkan dan diamalkan dalam organisasi supaya mendorong kakitangannya ke
arah kejayaan tersebut.


Motivasi adalah suatu dorongan bagi seseorang untuk mengambil tindakan yang mahu
dilakukannya. Contohnya pelajar akan diberi ganjaran $20 ringgit sekiranya dapat
menjawab soalan pensyarah dalam satu sesi kuliah. Pasti pelajar tadi merasa terdorong
untuk mendapatkan ganjaran itu dan akan bertindak menjawab soalan pensyarah tadi.
Begitu juga dengan manusia di dalam situasi yang berbeza akan merasa tertekan
MOTIVASI                                                                   Asas Pengurusan


melakukan tindakan bagi mencapai sesuatu yang mereka ingini, dan pilihan mereka
yang positif dalam tindakan ini dinamakan motivasi



       Apa itu Motivasi….Lagi!!!
       .
8.1 Definisi.


Motivasi boleh diertikan sebagai satu proses psikologi yang merangsang dan
mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai matlamat
organisasi. Contohnya, ganjaran bagi pekerja yang berjaya menyumbangkan tenaga
dan idea sehingga meningkatkan produktiviti ataupun keuntungan bagi syarikat.




                     Selain daripada ganjaran sebagai alat motivasi, apakah lagi yang
                     anda dapat fikirkan boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada
                     pekerja-pekerja untuk berkhidmat dengan lebih baik?


Motivasi boleh didefinisikan kepada dua iaitu;


  8.1.1 Secara am motivasi adalah satu proses dalaman yang mendorong perlakuan
           untuk mencapai matlamat.


  8.2.1 Secara umum pula motivasi adalah satu paksaan yang menyebabkan manusia
           bertindak dengan cara tertentu ke arah pencapaian matlamat organisasi.
           Proses motivasi pula suatu proses mencipta keadaan organisasi supaya
           bertindak sebagai pendorong kepada pekerja supaya berusaha kepada
           pencapaian matlamat organisasi.




Di sini dapatlah kita tahu bahawa tujuan motivasi      dalam organisasi adalah untuk
menggalakkan kerja di kalangan para pekerja, meningkatkan produktiviti serta
MOTIVASI                                                                Asas Pengurusan


pencapaian matlamat yang segera. Sekiranya tidak ada motivasi yang perkenalkan
maka pekerja merasakan tidak bersemangat, tidak berpuashati seterusnya membuat
kerja di tahap yang sama yang boleh menyebabkan produktiviti organisasi di tahap yang
sama. Maka pencapaian matlamat juga adalah lambat.


Dalam contoh kita tadi, pelajar digerakkan untuk menjawab soalan pensyarah dengan
kehadiran motivasi iaitu ganjaran. Kita pasti akan melihat pelajar-pelajar bertungkus
lumus dan berebut untuk menjawab soalan tadi. Ini bermakna para pelajar mencuba
sedaya upayanya agar jawapan diberikan adalah tepat dan memenuhi kehendak
pensyarah tadi. Jika tidak ada ganjaran tersebut, pelajar mungkin merasa malas untuk
menjawab dan bersikap berdiam diri di mana pensyarah tidak akan nampak kemajuan
dalam diri pelajar dan hasil pengajarannya.




8.2      Teori-teori Motivasi


Kita dapati banyak teori-teori telah dihasilkan berdasarkan para penyelidik yang telah
mencuba berbagai-bagai cara untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan
produktiviti. Teori-teori yang dihasilkan ini berdasarkan hubungan sosial manusia,
prinsip hidup manusia dan juga keperluan ekonomi manusia. Dengan itu lahirlah
pelbagai teori yang menyokong motivasi dalam organisasi. Di antara teori-teori yang
kita akan pelajari adalah:




      8.2.1   Teori Keperluan Maslow
      8.2.2   Teori Dua Faktor Herzberg dan
      8.2.3   Teori X dan Y.



                                              Teori
                                              Maslow ?!! Apa
                                              dia ya?
MOTIVASI                                                            Asas Pengurusan




  8.2.1 Teori Keperluan Maslow


  Mengikut Maslow, setiap individu akan membawa bersama minatnya, sikap dan
  keinginan ke tempat kerja mereka. Maslow memberikan pandangan bahawa
  manusia mempunyai lima tahap hieraki keinginan yang cuba dipuaskan.




                                     Kesempurnaan
                                         Diri

                                     Penghargaan


                                       Sosial



                                       Keselamatan


                                         Fisiologi




           Rajah 8.1: Hierarki Keperluan Maslow




     Tahap I- keinginan fisiologi
MOTIVASI                                                                Asas Pengurusan


     Termasuk keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks.


     Tahap 2- keinginan keselamatan/jaminan
     Termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas
     daripada bahaya dan ugutan.


     Tahap 3- keinginan sosial
     Termasuk keinginan untuk bergaul dan berhubung dengan orang lain, serta
     melahirkan perasaan kasih sayang.


     Tahap 4- penghargaan atau kebanggaan
     Termasuk keinginan supaya dihormati, perasaan harga diri dan status (darjat)


     Tahap 5- kesedaran diri
     Termasuk berbagai keinginan terhadap perkembangan dan kemajuan diri,
     pencapaian diri serta potensi.




     Dari teori Maslow ini dapat dirumuskan kelakuan manusia adalah;


     1. Manusia akan sentiasa cuba memenuhi keinginan pada setiap tahap. Apabila
           telah dipenuhi kehendak pada tahap 1, mereka akan mencuba memenuhi
           keinginan pada tahap ke 2 dan seterusnya.


     2. Apabila keinginan telah dipuaskan, ianya tidak lagi mendorong kelakuan
           manusia. Hanya apabila keinginan masih tidak lagi dipenuhi itulah yang akan
           mendorong manusia untuk bertindak mendapatkan apa ingin diperolehinya.




     8.2.2 Teori Dua Faktor Hertzberg


     Teori yang diperkenalkan oleh Hertzberg ini juga dikenali dengan teori Pendorong
     atau Kesihatan.
MOTIVASI                                                                  Asas Pengurusan


     Hasil dari penyelidikan oleh Hertzberg, beliau mengemukakan dua faktor iaitu;
     a)    Faktor-faktor luar daripada pekerjaan itu sendiri yang sekiranya tidak
           diadakan atau disediakan oleh organisasi, maka akan menimbulkan rasa
           tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja. Sekiranya faktor itu disediakan,
           ia tidak semestinya mendorong pekerja-pekerja untuk bekerja dengan penuh
           motivasi. Faktor-faktor ini dinamakan faktor kesihatan termasuklah perkara-
           perkara berikut




              i)     jaminan kerja
              ii) upah
              iii) keadaan tempat kerja
              iv) status
              v) dasar syarikat
              vi) hubungan ketua dan subordinat
              vii) lain-lain faedah atau kemudahan


     b)              Faktor-faktor yang sekiranya wujud akan dapat melahirkan motivasi
           kepada pekerja-pekerja yang mana akan dapat meningkatkan prestasi kerja
           yang baik. Faktor ini dikenali dengan faktor pendorong atau pemuas. Faktor
           ini termasuklah;


              i.                 penghargaan kenaikan pangkat atau prestasi cemerlang
              ii.                pencapaian dalam satu-satu tugas
              iii.               tugas yang menunjukkan kemahiran serta kepakaran
              iv.                tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas


  Teori ini boleh diterima oleh ramai pengurus dalam berbagai organisasi, di mana
  faktor-faktor pendorong ini cuba memotivasi kelakuan manusia membantu mencapai
  matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi.


  Walaubagaimanapun hasil yang didapati dari kedua-dua teori ini bukanlah satu-
  satunya rangka untuk memahami kelakuan yang bermotivasi di dalam organisasi.
MOTIVASI                                                                 Asas Pengurusan


  Manusia mempunyai keinginan yang berlainan dan terdapat pelbagai lagi faktor
  kerja yang dapat memberikan tingkat kepuasan kepada individu.




  8.2.3 Teori X dan Teori Y


  Douglas Mc Gregor membuat andaian mengenai manusia dan menamakannya
  sebagai Teori X dan Teori Y.


  Andaian Teori X
  1. Kebanyakkan manusia semulajadi tidak suka bekerja dan cuba mengelakkan diri
     daripada bekerja.
  2. Mereka mesti diarah , dipaksa, dikawal dan diugut supaya bekerja.
  3. Tidak suka memegang tanggungjawab, mempunyai minat yang rendah                dan
     mahukan jaminan keselamatan.




  Andaian Teori Y


  1. Bekerja dengan cara fizikal dan mental di dalam menjalankan tugas secara
     semulajadi.


  2. Kawalan luaran dan ugutan bukan merupakan satu cara manusia bekerja kearah
     mencapai objektif. Manusia akan berusaha untuk mencapai objektif yang telah
     ditetapkan.


  3. Kewajipan kepada objektif merupakan fungsi ganjaran berdasarkan pencapaian.


  4. Kebanyakkan manusia mempelajari bukan sahaja untuk menerima tetapi juga
     mencari tanggungjawab.
MOTIVASI                                                                  Asas Pengurusan


   5. Keupayaan       menggunakan     imaginasi,   kreativiti   dan   kemahiran   untuk
        menyelesaikan masalah organisasi.


   6. Di dalam keadaan corak hidup industri yang moden, potensi di peringkat intelek
        kebanyakkan manusia biasanya tidak digunakan sepenuhnya. Ianya bermaksud
        daya intelek manusia tidak digunakan sepenuhnya kerana banyak peralatan-
        peralatan masakini yang membantu kerja-kerja mereka.




                                     AKTIVITI 8A




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.


Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi kenyataan di bawah:


Soalan Objektif.


8.1 Prestasi ditentukan oleh ____________________.
   A.              Motivasi
   B. Persekitaran
   C. Kebolehan
   D. Semua di atas
   E. Tiada satu pun di atas.


8.2 Keperluan yang tidak tersenarai dalam teori keperluan Maslow ialah_____________
   A. Keselamatan
   B. Pencapaian Hasrat Diri
   C. Psikologi
MOTIVASI                                                                 Asas Pengurusan


   D. Kepunyaan
   E. Kesempurnaan Diri


8.3 Gaji dan persekitaran tempat kerja merupakan ciri-ciri factor _______________
   A. Kesihatan
   B.                                         Pencapaian Hasrat Diri
   C.                                         Motivasi
   D.                                         Pertumbuhan
   E.                                         Pengukuhan


Soalan esei:


8.4 Berikan definisi Motivasi.
8.5 Apakah yang anda faham mengenai keinginan fisiologi dan keinginan keselamatan
    atau jaminan yang telah dikemukan oleh Abraham Maslow?




                                 MAKLUM BALAS AKTIVITI




AKTIVITI 8A




   Soalan Objektif.
   8.1 D
   8.2 D
   8.3 A


   Soalan Esei
MOTIVASI                                                               Asas Pengurusan


  8.4 Definisi Motivasi
           •   Ransangan dalaman atau psikologi yang menggerakkan dan mendorong
               tingkah laku individu bagi mencapai sesuatu matlamat.


  8.5
               Tahap paling bawah ialah keinginan fisiologi
               Ini termasuklah keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks.


               Tahap 2- keinginan keselamatan atau jaminan
           •   Ini termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta
               bebas daripada bahaya dan ugutan
MOTIVASI                                                                 Asas Pengurusan




8.3 Strategi Motivasi


Pakar-pakar motivasi akan mencadangkan atau mengadakan pelbagai program yang
boleh meningkatkan motivasi pekerja di antaranya;


a. Ganjaran diberikan bila mereka melakukan kerja dengan baik.


b. Pengurusan mengikut objektif iaitu pekerja akan diberi keterangan yang jelas tentang
  objektif syarikat agar dapat memahami kepentingan diri mereka dalam organisasi
  sekaligus memperbaiki diri mencapai matlamat organisasi.


c. Pengurusan berpenyertaan di mana pekerja akan mengemukakan pendapat dan idea
  secara   berkelompok     dan   menimbulkan     isu   yang   bermakna    serta   cuba
  menyelesaikannya.


d. Perluasan Kerja dan Pengayaan Kerja. Perluasan kerja akan dapat menambahkan
  dan memotivasikan pekerja bekerja. Sebenarnya perluasan kerja dapat mengatasi
  masalah kebosanan dalam melakukan kerja yang mudah dan khusus. Pada am
  perluasan kerja dapat membantu kepuasan bekerja berbanding pusingan kerja.
  Sementara itu, pengayaan kerja akan mewujudkan hubungan yang baik dengan
  pelanggan .


e. Pengubahsuaian Jadual kerja dijalankan dengan dua cara iaitu jam kerja boleh ubah
  dan perkongsian kerja di mana kedua-dua cara ini akan meningkatkan lagi kualiti
  kerja.
MOTIVASI                                                                   Asas Pengurusan




f. Insentif   seperti telah melakukan kerja dan mencapai tahap yang diingini oleh
   organisasi maka diberikan peluang melancong, kereta mewah dan sebagainya.


g. Kenaikan pangkat bermula dari hasil kerja mereka yang mencapai kualiti kerja yang
   telah ditetapkan.


8.4 Tujuan Motivasi


Motivasi yang diwujudkan dalam organisasi dengan berbagai tujuan, maka dapatlah kita
mengenalpasti secara amnya tujuan motivasi adalah untuk:-


a. Memenuhi kepuasan. Pekerja yang berpuashati dan mempunyai semanagat bekerja
   yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang baik dan kepatuhan serta kesetiaan
   kepada     organisasinya.   Oleh   itu,   kemungkinan   berlakunya   mogok,   sabotaj,
   ketidakhadiran      terhadp operasi organisasi tidak akan berlaku. Ini adalah kerana
   pekerja tersebut merasa puashati dengan kerja mereka yang dapat memenuhi
   kehendak dan keperluan mereka seperti keperluan ekonomi dan keperluan sosial
   setelah mereka melakukan kerja berkenaan.


b. Memotivasikan kelakuan kerja (“work-related behaviour”). Pengurus harus memahami
   dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat organisasi
   dapat dicapai. Gelagat-gelagat seperti menyertai sesebuah organisasi, terus berada
   dan setia di dalam organisasi, sentiasa hadir bekerja, menunjukkan prestasi kerja
   yang cemerlang bagi mencapai produktiviti yang tinggi, suka untuk melakukan kerja
   untuk kepentingan organisasi harus dimotivasikan oleh sesebuah organisasi.


c. Melicinkan atau melancarkan tugas. Motivasi dapat menghalang berlakunya perkara-
   perkara seperti ketidakhadiran, mogok dan sebagainya. Apabila perkara sebegini
   dapat dielakkan maka, tugas dan beban kerja akan menjadi lancar sekaligus
   melicinkan perancangan dan kerja yang harus dilaksanakan. Pengurus boleh
   menyediakan program latihan kepada kakitangan, memberikan kemudahan di
   pejabat, insentif kehadiran, hadiah tahunan sebagai alat motivasi.
MOTIVASI                                                                   Asas Pengurusan


d.    Merangsangkan       prestasi.   Suasana   kerja   yang   memberangsangkan   seperti
     kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pekerja untuk
     bekerja dengan lebih tekun dan baik lagi. Kerelaan seseorang pekerja melakukan
     kerjanya dengan baik akan meningkatkan prestasi kerjayanya. Oleh itu dalam jangka
     masa panjang, pekerja-pekerja akan bersaing secara sihat di antara satu sama lain
     untuk meningkatkan prestasi mereka dan sekaligus meningkatkan juga prestasi
     organisasi mereka.




8.5 Kepentingan Motivasi Kepada Organisasi.


Motivasi memberi banyak kebaikan kepada organisasi. Ia boleh menghasilkan pekerja
yang lebih produktif. Pekerja yagn bermotivasi tinggi dan dimotivasikan dengan cara
yang betul oleh pengurusnya akan menunjukkan produktiviti yang lebih daripada pekerja
yang mempunyai motivasi yang rendah.


Motivasi yang tinggi akan membawa kepada tumpuan kepada kualiti. Pekerja yang
bermotivasi tinggi akan menitik beratkan kualiti atau mutu kerja yang terbaik. Ini kerana
mereka mengharapkan kebaikan serta keuntungan yang maksimum kepada organisasi
dan diri mereka sendiri untuk jangkamasa panjang.


Motivasi juga akan membawa kepada penghasilan alternatif yagn lebih baik. Apabila
seseorang pekerja mempunyai motivasi yang tinggi, dia akan sentiasa mencari alternatif
terbaik untuk melakukan kerjanya supaya produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan.
MOTIVASI                                                              Asas Pengurusan




                                       AKTIVITI 8B




Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!!
Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.




Arahan : Bulatkan jawaban yang betul.


8.6 Pekerja yang mengadakan mogok kerja atau sabotaj terhadap aktiviti organisasi
    adalah pekerja yang berpuashati terhadap pekerjanya.
                                                                            (B/S)
8.7 Salah satu tujuan motivasi diwujudkan di dalam sesebuah organisasi adalah untuk
   melicinkan kerja-kerja seseorang.
                                                                            (B/S)
8.8 Seseorang yagn bermotivasi tinggi akan lebih menitikberatkan kualiti yang tinggi
    agar dapat membawa kebaikan dan keuntungan kepada organisasinya.
                                                                            (B/S)


Soalan Esei.


8.9 Mengapa motivasi penting dalam sesebuah organisasi?
MOTIVASI                                                                  Asas Pengurusan




                              MAKLUM BALAS AKTIVITI




AKTIVITI 8B


Betul / Salah


8.6 S
8.7 B
8.8 B


Soalan Esei
8.9 Kepentingan Motivasi:-


        a) Ia boleh menghasilkan pekerja yang lebih produktif.


        b) Pekerja yang bermotivasi tinggi akan menitik beratkan kualiti atau mutu kerja
        yang terbaik.
MOTIVASI                                                                Asas Pengurusan


       c) Motivasi juga akan membawa kepada penghasilan alternatif yagn lebih baik. .


Huraian merujuk kepada mukasurat 11 dan 12 daripada unit ini.
MOTIVASI                                                               Asas Pengurusan




                                   PENILAIAN KENDIRI


     Baik sekarang anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam
     penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang
     disediakan. Jika anda menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah
     anda.Selamat Mencuba Semoga Berjaya !!!!!!


     Arahan: Isikan Tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.


     1. _______________ ialah ransangan dalaman yang membentuk __________
           seseorang individu. Dengan adanya motivasi, kebolehan dan factor-faktor
           persekitaran yang lain dapat meningkatkan __________ individu.


     2.     Mengikut Teori Maslow individu mempunyai beberapa keperluan bermula
           daripada,
           ___________,_________________,_______________,__________              dan
           _______________.


     3. Satu lagi teori yang popular ialah _______________ yang diperkenalkan oleh
           Herzberg. Teori ini memperkenalkan dua factor iaitu_______________ yang
           dapat memberikan dorongan kepada pekerja . Diantara factor yang boleh
           memotivasikan    pekerja    adalah    seperti   _______________       dan
           _____________ manakala factor _______________ pula merupakan factor
           yang diberikan kepada pekerja untuk memberi kepuasan bukan nya untuk
MOTIVASI                                                               Asas Pengurusan


           mendorong. Di antara faktor kepuasan ini ialah _____________ dan
           _____________ .


       4. Individu boleh dipecahkan kepada dua kategori mengikut Teori X dan Y.
           Pekerja yang malas, perlu dipaksa dan diarah yang tergolong dalam kategori
           ___________ manakala pekerja yang rajin , kreatif           dan mencari
           tanggunggjawab pula tergolong dalam kategori _________________.


       Soalan Esei.


       1. Bincangkan Teori Keperluan Maslow dan bagaimana pengurus dapat
           melaksanakan teori tersebut dalam organisasi.


       2. Bezakan diantara faktor kesihatan dan faktor motivasi seperti yang
           dinyatakan oleh Herzberg.


       3. Kenapakah pengurus perlu mengenal pasti pekerja tersebut mempunyai cirri-
           ciri Teori X dan Y.




                             MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI


Isi Tempat Kosong.


1. motivasi, tingkahlaku,prestasi
2. fisiologi,keselamatan,social,pengiktirafan,kesempurnaan diri
MOTIVASI                                                                      Asas Pengurusan


3. Teori 2 faktor, factor motivasi,pencapaian,tanggungjawab, kesihatan, penyeliaan,
     polisi syarikat, gaji
4. X,Y


Soalan esei


1.
            Dorongan                        Apa yang Boleh diberi oleh syarikat
     Fisiologi                  Gaji, skim pinjaman perumahan dan kenderaan.
     Jaminan                    Skim pencen, saran, rawatan perubatan.
     Gabungan                   Keahlian kelab, persatuan atau tempat riadah syarikat, Hari
                                Keluarga.
     Penghormatan               Status jawatan    ditingkatkan   seperti   mengubah   nama
                                jawatan. Pencapaian peluang untuk terlibat di dalam hasrat
                                diri membuat keputusan.
     Pencapaian hasrat diri     Peluang untuk terlibat di dalam membuat keputusan.

2.
     Faktor Pengekalan atau kesihatan          Faktor Motivasi
     Penyeliaan                                Pencapaian
     Polisi syarikat                           Tanggungjawab
     Hubungan dengan penyelia                  Kemajuan
     Keadaan Tempat Kerja                      Pertumbuhan
     Keselamat dan sebagainya.                 Pengesahan

3.
         i. Pemberian Ganjaran atau hukuman
         ii. Menyesuaikan dengan gaya pengurusan pengurus
         iii. Tujuan delegasi

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
Amra Nusroh
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
Cik BaCo
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
Emy Amiera
 
Bab 2 pengenalan pengurusan
Bab 2 pengenalan pengurusanBab 2 pengenalan pengurusan
Bab 2 pengenalan pengurusan
eteen
 
Motivasi kerjaya
Motivasi kerjayaMotivasi kerjaya
Motivasi kerjaya
ridzuangrik
 
presentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaranpresentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaran
Cg Zue
 
Pengurusan 1
Pengurusan 1Pengurusan 1
Pengurusan 1
Cg Zue
 

La actualidad más candente (20)

BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
 
TOPIK 5 PENILAIAN PRESTASI.pdf
TOPIK 5 PENILAIAN PRESTASI.pdfTOPIK 5 PENILAIAN PRESTASI.pdf
TOPIK 5 PENILAIAN PRESTASI.pdf
 
PENGENALAN KEPIMPINAN
PENGENALAN KEPIMPINANPENGENALAN KEPIMPINAN
PENGENALAN KEPIMPINAN
 
Tajuk 5 reka bentuk latihan
Tajuk 5 reka bentuk latihanTajuk 5 reka bentuk latihan
Tajuk 5 reka bentuk latihan
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Memulakan Perniagaan
Memulakan PerniagaanMemulakan Perniagaan
Memulakan Perniagaan
 
Bab 2 pengenalan pengurusan
Bab 2 pengenalan pengurusanBab 2 pengenalan pengurusan
Bab 2 pengenalan pengurusan
 
Motivasi kerjaya
Motivasi kerjayaMotivasi kerjaya
Motivasi kerjaya
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
presentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaranpresentation pp faedah dan ganjaran
presentation pp faedah dan ganjaran
 
Pengurusan Konflik
Pengurusan KonflikPengurusan Konflik
Pengurusan Konflik
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
 
PERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIKPERANCANGAN STRATEGIK
PERANCANGAN STRATEGIK
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Pengurusan 1
Pengurusan 1Pengurusan 1
Pengurusan 1
 
Definisi pelanggan
Definisi pelangganDefinisi pelanggan
Definisi pelanggan
 
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan PasukanTugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
 
Unit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerjaUnit6 : penugasan kerja
Unit6 : penugasan kerja
 

Destacado (20)

Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
Unit7 : pengarahan (kepimpinan)
 
Unit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalanUnit10 : pengawalan
Unit10 : pengawalan
 
pembentangan asas pengurusan komunikasi
pembentangan asas pengurusan komunikasipembentangan asas pengurusan komunikasi
pembentangan asas pengurusan komunikasi
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Motivasi
MotivasiMotivasi
Motivasi
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Ganjaran dan Ganti rugi
Ganjaran dan Ganti rugiGanjaran dan Ganti rugi
Ganjaran dan Ganti rugi
 
meaning and definition of directing
meaning and definition of directingmeaning and definition of directing
meaning and definition of directing
 
Komunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusanKomunikasi dalam pengurusan
Komunikasi dalam pengurusan
 
Modul motivasi pelajar
Modul motivasi pelajarModul motivasi pelajar
Modul motivasi pelajar
 
Bab komunikasi
Bab komunikasiBab komunikasi
Bab komunikasi
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
PROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASIPROSES KOMUNIKASI
PROSES KOMUNIKASI
 
menangani stres dalam kerjaya
menangani  stres dalam kerjayamenangani  stres dalam kerjaya
menangani stres dalam kerjaya
 
P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)P.perniagaan (pengawalan)
P.perniagaan (pengawalan)
 
Unit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusanUnit1 : sejarah pengurusan
Unit1 : sejarah pengurusan
 
Unit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasianUnit5 : pengorganisasian
Unit5 : pengorganisasian
 

Similar a Unit8 : pengarahan (motivasi)

Konsep motivasi kelompok 6 fitri yayu
Konsep motivasi kelompok 6 fitri yayuKonsep motivasi kelompok 6 fitri yayu
Konsep motivasi kelompok 6 fitri yayu
Firtie Cielo
 
Makalah motivasi kerja 4 (517)
Makalah motivasi kerja 4 (517)Makalah motivasi kerja 4 (517)
Makalah motivasi kerja 4 (517)
nenkazrie
 
Motivasi kerja dalam organisasi
Motivasi kerja dalam organisasiMotivasi kerja dalam organisasi
Motivasi kerja dalam organisasi
Gondo Madden
 
Motivasi kerja
Motivasi   kerjaMotivasi   kerja
Motivasi kerja
Mus Tain
 
Teori motivasi dalam manajemen
Teori motivasi dalam manajemenTeori motivasi dalam manajemen
Teori motivasi dalam manajemen
nasutionnasril
 
Teori Organisasi_Motivasi Dasar_Kelompok 5_Fixed.ppt
Teori Organisasi_Motivasi Dasar_Kelompok 5_Fixed.pptTeori Organisasi_Motivasi Dasar_Kelompok 5_Fixed.ppt
Teori Organisasi_Motivasi Dasar_Kelompok 5_Fixed.ppt
RioAgungPrabowo
 
Teori Organisasi Wasis 2
Teori Organisasi Wasis 2Teori Organisasi Wasis 2
Teori Organisasi Wasis 2
Andi Iswoyo
 

Similar a Unit8 : pengarahan (motivasi) (20)

Usaha, widya ayunda putri, hapzi ali, motivasi menjadi pengusaha sukses, univ...
Usaha, widya ayunda putri, hapzi ali, motivasi menjadi pengusaha sukses, univ...Usaha, widya ayunda putri, hapzi ali, motivasi menjadi pengusaha sukses, univ...
Usaha, widya ayunda putri, hapzi ali, motivasi menjadi pengusaha sukses, univ...
 
Mengintegrasikan teori
Mengintegrasikan teoriMengintegrasikan teori
Mengintegrasikan teori
 
Konsep motivasi kelompok 6 fitri yayu
Konsep motivasi kelompok 6 fitri yayuKonsep motivasi kelompok 6 fitri yayu
Konsep motivasi kelompok 6 fitri yayu
 
Bab 8 motivasi_Novi Catur Muspita
Bab 8 motivasi_Novi Catur MuspitaBab 8 motivasi_Novi Catur Muspita
Bab 8 motivasi_Novi Catur Muspita
 
Makalah motivasi kerja 4 (517)
Makalah motivasi kerja 4 (517)Makalah motivasi kerja 4 (517)
Makalah motivasi kerja 4 (517)
 
Chapter 12
Chapter 12Chapter 12
Chapter 12
 
Motivasi Juga
Motivasi JugaMotivasi Juga
Motivasi Juga
 
Pengantar Manajemen: MOTIVASI
Pengantar Manajemen: MOTIVASIPengantar Manajemen: MOTIVASI
Pengantar Manajemen: MOTIVASI
 
Motivasi kerja dalam organisasi
Motivasi kerja dalam organisasiMotivasi kerja dalam organisasi
Motivasi kerja dalam organisasi
 
Motivasi kerja
Motivasi   kerjaMotivasi   kerja
Motivasi kerja
 
1. LINK MAKALAH UTS
1. LINK MAKALAH UTS1. LINK MAKALAH UTS
1. LINK MAKALAH UTS
 
Teori motivasi dalam manajemen
Teori motivasi dalam manajemenTeori motivasi dalam manajemen
Teori motivasi dalam manajemen
 
Memotivasi karyawan - Pengantar Bisnis
Memotivasi karyawan - Pengantar BisnisMemotivasi karyawan - Pengantar Bisnis
Memotivasi karyawan - Pengantar Bisnis
 
5-6.pptx
5-6.pptx5-6.pptx
5-6.pptx
 
Motivasi kerja
Motivasi kerjaMotivasi kerja
Motivasi kerja
 
Pengintegrasian by warizen
Pengintegrasian by warizenPengintegrasian by warizen
Pengintegrasian by warizen
 
Teori Organisasi_Motivasi Dasar_Kelompok 5_Fixed.ppt
Teori Organisasi_Motivasi Dasar_Kelompok 5_Fixed.pptTeori Organisasi_Motivasi Dasar_Kelompok 5_Fixed.ppt
Teori Organisasi_Motivasi Dasar_Kelompok 5_Fixed.ppt
 
Teori Organisasi Wasis 2
Teori Organisasi Wasis 2Teori Organisasi Wasis 2
Teori Organisasi Wasis 2
 
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,motivasi menjadi pengusaha sukses,universitas ...
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,motivasi menjadi pengusaha sukses,universitas ...Usaha,indri agutiani,hapzi ali,motivasi menjadi pengusaha sukses,universitas ...
Usaha,indri agutiani,hapzi ali,motivasi menjadi pengusaha sukses,universitas ...
 
Motivasi
Motivasi Motivasi
Motivasi
 

Más de EBBY FIRDAOS SUFIAN (16)

Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@2
Ko k group 3@2Ko k group 3@2
Ko k group 3@2
 
Ko k group 1@3
Ko k group 1@3Ko k group 1@3
Ko k group 1@3
 
Ko k group 1@2
Ko k group 1@2Ko k group 1@2
Ko k group 1@2
 
Ko k group 3@3
Ko k group 3@3Ko k group 3@3
Ko k group 3@3
 
Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3Ko k group 2@ 3
Ko k group 2@ 3
 
Ko k group 1@1
Ko k group 1@1Ko k group 1@1
Ko k group 1@1
 
Ko k group 3@1
Ko k group 3@1Ko k group 3@1
Ko k group 3@1
 
Unit11 : penstafan
Unit11 : penstafanUnit11 : penstafan
Unit11 : penstafan
 
Unit4 : perancangan
Unit4 : perancanganUnit4 : perancangan
Unit4 : perancangan
 
Topik4 : perancangan
Topik4 : perancanganTopik4 : perancangan
Topik4 : perancangan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Presentation basic computer
Presentation basic computerPresentation basic computer
Presentation basic computer
 
Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)Presentation for ko k (1)
Presentation for ko k (1)
 
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
Sejarah,prinsip dan falsafah koperasi 2
 
Evolusi prinsip prinsip koperasi
Evolusi prinsip prinsip koperasiEvolusi prinsip prinsip koperasi
Evolusi prinsip prinsip koperasi
 

Unit8 : pengarahan (motivasi)

  • 1. MOTIVASI Asas Pengurusan PENGARAHAN ( MOTIVASI ) Objektif Am: Memahami dan mengaitkan teori-teori motivasi di dalam pengurusan perniagaan. Objektif Khusus: Di akhir unit ini, pelajar dapat; • Memberikan definisi motivasi. • Menerangkan teori-teori motivasi. • Mengenalpasti strategi-strategi motivasi dalam pengurusan perniagaan. • Mengenalpasti kepentingan motivasi dalam organisasi.
  • 2. MOTIVASI Asas Pengurusan PENGARAHAN (MOTIVASI) 8.0 Pengenalan Seseorang pengurus akan sentiasa berusaha memajukan organisasinya samada mengekalkan pencapaian organisasinya atau meningkatkannya kepada tahap yang dapat memuaskan sehinggalah matlamat organisasi tercapai dengan jayanya. Dengan itu pengurus tadi perlu memikirkan serta menghasilkan kerjasama dalam kerja-kerja tertentu ke arah pencapaian matlamat tadi. Oleh itu motivasi akan sentiasa diperkenalkan dan diamalkan dalam organisasi supaya mendorong kakitangannya ke arah kejayaan tersebut. Motivasi adalah suatu dorongan bagi seseorang untuk mengambil tindakan yang mahu dilakukannya. Contohnya pelajar akan diberi ganjaran $20 ringgit sekiranya dapat menjawab soalan pensyarah dalam satu sesi kuliah. Pasti pelajar tadi merasa terdorong untuk mendapatkan ganjaran itu dan akan bertindak menjawab soalan pensyarah tadi. Begitu juga dengan manusia di dalam situasi yang berbeza akan merasa tertekan
  • 3. MOTIVASI Asas Pengurusan melakukan tindakan bagi mencapai sesuatu yang mereka ingini, dan pilihan mereka yang positif dalam tindakan ini dinamakan motivasi Apa itu Motivasi….Lagi!!! . 8.1 Definisi. Motivasi boleh diertikan sebagai satu proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk mencapai matlamat organisasi. Contohnya, ganjaran bagi pekerja yang berjaya menyumbangkan tenaga dan idea sehingga meningkatkan produktiviti ataupun keuntungan bagi syarikat. Selain daripada ganjaran sebagai alat motivasi, apakah lagi yang anda dapat fikirkan boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada pekerja-pekerja untuk berkhidmat dengan lebih baik? Motivasi boleh didefinisikan kepada dua iaitu; 8.1.1 Secara am motivasi adalah satu proses dalaman yang mendorong perlakuan untuk mencapai matlamat. 8.2.1 Secara umum pula motivasi adalah satu paksaan yang menyebabkan manusia bertindak dengan cara tertentu ke arah pencapaian matlamat organisasi. Proses motivasi pula suatu proses mencipta keadaan organisasi supaya bertindak sebagai pendorong kepada pekerja supaya berusaha kepada pencapaian matlamat organisasi. Di sini dapatlah kita tahu bahawa tujuan motivasi dalam organisasi adalah untuk menggalakkan kerja di kalangan para pekerja, meningkatkan produktiviti serta
  • 4. MOTIVASI Asas Pengurusan pencapaian matlamat yang segera. Sekiranya tidak ada motivasi yang perkenalkan maka pekerja merasakan tidak bersemangat, tidak berpuashati seterusnya membuat kerja di tahap yang sama yang boleh menyebabkan produktiviti organisasi di tahap yang sama. Maka pencapaian matlamat juga adalah lambat. Dalam contoh kita tadi, pelajar digerakkan untuk menjawab soalan pensyarah dengan kehadiran motivasi iaitu ganjaran. Kita pasti akan melihat pelajar-pelajar bertungkus lumus dan berebut untuk menjawab soalan tadi. Ini bermakna para pelajar mencuba sedaya upayanya agar jawapan diberikan adalah tepat dan memenuhi kehendak pensyarah tadi. Jika tidak ada ganjaran tersebut, pelajar mungkin merasa malas untuk menjawab dan bersikap berdiam diri di mana pensyarah tidak akan nampak kemajuan dalam diri pelajar dan hasil pengajarannya. 8.2 Teori-teori Motivasi Kita dapati banyak teori-teori telah dihasilkan berdasarkan para penyelidik yang telah mencuba berbagai-bagai cara untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan produktiviti. Teori-teori yang dihasilkan ini berdasarkan hubungan sosial manusia, prinsip hidup manusia dan juga keperluan ekonomi manusia. Dengan itu lahirlah pelbagai teori yang menyokong motivasi dalam organisasi. Di antara teori-teori yang kita akan pelajari adalah: 8.2.1 Teori Keperluan Maslow 8.2.2 Teori Dua Faktor Herzberg dan 8.2.3 Teori X dan Y. Teori Maslow ?!! Apa dia ya?
  • 5. MOTIVASI Asas Pengurusan 8.2.1 Teori Keperluan Maslow Mengikut Maslow, setiap individu akan membawa bersama minatnya, sikap dan keinginan ke tempat kerja mereka. Maslow memberikan pandangan bahawa manusia mempunyai lima tahap hieraki keinginan yang cuba dipuaskan. Kesempurnaan Diri Penghargaan Sosial Keselamatan Fisiologi Rajah 8.1: Hierarki Keperluan Maslow Tahap I- keinginan fisiologi
  • 6. MOTIVASI Asas Pengurusan Termasuk keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks. Tahap 2- keinginan keselamatan/jaminan Termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas daripada bahaya dan ugutan. Tahap 3- keinginan sosial Termasuk keinginan untuk bergaul dan berhubung dengan orang lain, serta melahirkan perasaan kasih sayang. Tahap 4- penghargaan atau kebanggaan Termasuk keinginan supaya dihormati, perasaan harga diri dan status (darjat) Tahap 5- kesedaran diri Termasuk berbagai keinginan terhadap perkembangan dan kemajuan diri, pencapaian diri serta potensi. Dari teori Maslow ini dapat dirumuskan kelakuan manusia adalah; 1. Manusia akan sentiasa cuba memenuhi keinginan pada setiap tahap. Apabila telah dipenuhi kehendak pada tahap 1, mereka akan mencuba memenuhi keinginan pada tahap ke 2 dan seterusnya. 2. Apabila keinginan telah dipuaskan, ianya tidak lagi mendorong kelakuan manusia. Hanya apabila keinginan masih tidak lagi dipenuhi itulah yang akan mendorong manusia untuk bertindak mendapatkan apa ingin diperolehinya. 8.2.2 Teori Dua Faktor Hertzberg Teori yang diperkenalkan oleh Hertzberg ini juga dikenali dengan teori Pendorong atau Kesihatan.
  • 7. MOTIVASI Asas Pengurusan Hasil dari penyelidikan oleh Hertzberg, beliau mengemukakan dua faktor iaitu; a) Faktor-faktor luar daripada pekerjaan itu sendiri yang sekiranya tidak diadakan atau disediakan oleh organisasi, maka akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja. Sekiranya faktor itu disediakan, ia tidak semestinya mendorong pekerja-pekerja untuk bekerja dengan penuh motivasi. Faktor-faktor ini dinamakan faktor kesihatan termasuklah perkara- perkara berikut i) jaminan kerja ii) upah iii) keadaan tempat kerja iv) status v) dasar syarikat vi) hubungan ketua dan subordinat vii) lain-lain faedah atau kemudahan b) Faktor-faktor yang sekiranya wujud akan dapat melahirkan motivasi kepada pekerja-pekerja yang mana akan dapat meningkatkan prestasi kerja yang baik. Faktor ini dikenali dengan faktor pendorong atau pemuas. Faktor ini termasuklah; i. penghargaan kenaikan pangkat atau prestasi cemerlang ii. pencapaian dalam satu-satu tugas iii. tugas yang menunjukkan kemahiran serta kepakaran iv. tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas Teori ini boleh diterima oleh ramai pengurus dalam berbagai organisasi, di mana faktor-faktor pendorong ini cuba memotivasi kelakuan manusia membantu mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Walaubagaimanapun hasil yang didapati dari kedua-dua teori ini bukanlah satu- satunya rangka untuk memahami kelakuan yang bermotivasi di dalam organisasi.
  • 8. MOTIVASI Asas Pengurusan Manusia mempunyai keinginan yang berlainan dan terdapat pelbagai lagi faktor kerja yang dapat memberikan tingkat kepuasan kepada individu. 8.2.3 Teori X dan Teori Y Douglas Mc Gregor membuat andaian mengenai manusia dan menamakannya sebagai Teori X dan Teori Y. Andaian Teori X 1. Kebanyakkan manusia semulajadi tidak suka bekerja dan cuba mengelakkan diri daripada bekerja. 2. Mereka mesti diarah , dipaksa, dikawal dan diugut supaya bekerja. 3. Tidak suka memegang tanggungjawab, mempunyai minat yang rendah dan mahukan jaminan keselamatan. Andaian Teori Y 1. Bekerja dengan cara fizikal dan mental di dalam menjalankan tugas secara semulajadi. 2. Kawalan luaran dan ugutan bukan merupakan satu cara manusia bekerja kearah mencapai objektif. Manusia akan berusaha untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 3. Kewajipan kepada objektif merupakan fungsi ganjaran berdasarkan pencapaian. 4. Kebanyakkan manusia mempelajari bukan sahaja untuk menerima tetapi juga mencari tanggungjawab.
  • 9. MOTIVASI Asas Pengurusan 5. Keupayaan menggunakan imaginasi, kreativiti dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah organisasi. 6. Di dalam keadaan corak hidup industri yang moden, potensi di peringkat intelek kebanyakkan manusia biasanya tidak digunakan sepenuhnya. Ianya bermaksud daya intelek manusia tidak digunakan sepenuhnya kerana banyak peralatan- peralatan masakini yang membantu kerja-kerja mereka. AKTIVITI 8A Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan: Bulatkan jawapan yang betul bagi kenyataan di bawah: Soalan Objektif. 8.1 Prestasi ditentukan oleh ____________________. A. Motivasi B. Persekitaran C. Kebolehan D. Semua di atas E. Tiada satu pun di atas. 8.2 Keperluan yang tidak tersenarai dalam teori keperluan Maslow ialah_____________ A. Keselamatan B. Pencapaian Hasrat Diri C. Psikologi
  • 10. MOTIVASI Asas Pengurusan D. Kepunyaan E. Kesempurnaan Diri 8.3 Gaji dan persekitaran tempat kerja merupakan ciri-ciri factor _______________ A. Kesihatan B. Pencapaian Hasrat Diri C. Motivasi D. Pertumbuhan E. Pengukuhan Soalan esei: 8.4 Berikan definisi Motivasi. 8.5 Apakah yang anda faham mengenai keinginan fisiologi dan keinginan keselamatan atau jaminan yang telah dikemukan oleh Abraham Maslow? MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 8A Soalan Objektif. 8.1 D 8.2 D 8.3 A Soalan Esei
  • 11. MOTIVASI Asas Pengurusan 8.4 Definisi Motivasi • Ransangan dalaman atau psikologi yang menggerakkan dan mendorong tingkah laku individu bagi mencapai sesuatu matlamat. 8.5 Tahap paling bawah ialah keinginan fisiologi Ini termasuklah keinginan terhadap minuman, makanan, udara dan seks. Tahap 2- keinginan keselamatan atau jaminan • Ini termasuk keinginan terhadap keselamatan dan kedamaian, serta bebas daripada bahaya dan ugutan
  • 12. MOTIVASI Asas Pengurusan 8.3 Strategi Motivasi Pakar-pakar motivasi akan mencadangkan atau mengadakan pelbagai program yang boleh meningkatkan motivasi pekerja di antaranya; a. Ganjaran diberikan bila mereka melakukan kerja dengan baik. b. Pengurusan mengikut objektif iaitu pekerja akan diberi keterangan yang jelas tentang objektif syarikat agar dapat memahami kepentingan diri mereka dalam organisasi sekaligus memperbaiki diri mencapai matlamat organisasi. c. Pengurusan berpenyertaan di mana pekerja akan mengemukakan pendapat dan idea secara berkelompok dan menimbulkan isu yang bermakna serta cuba menyelesaikannya. d. Perluasan Kerja dan Pengayaan Kerja. Perluasan kerja akan dapat menambahkan dan memotivasikan pekerja bekerja. Sebenarnya perluasan kerja dapat mengatasi masalah kebosanan dalam melakukan kerja yang mudah dan khusus. Pada am perluasan kerja dapat membantu kepuasan bekerja berbanding pusingan kerja. Sementara itu, pengayaan kerja akan mewujudkan hubungan yang baik dengan pelanggan . e. Pengubahsuaian Jadual kerja dijalankan dengan dua cara iaitu jam kerja boleh ubah dan perkongsian kerja di mana kedua-dua cara ini akan meningkatkan lagi kualiti kerja.
  • 13. MOTIVASI Asas Pengurusan f. Insentif seperti telah melakukan kerja dan mencapai tahap yang diingini oleh organisasi maka diberikan peluang melancong, kereta mewah dan sebagainya. g. Kenaikan pangkat bermula dari hasil kerja mereka yang mencapai kualiti kerja yang telah ditetapkan. 8.4 Tujuan Motivasi Motivasi yang diwujudkan dalam organisasi dengan berbagai tujuan, maka dapatlah kita mengenalpasti secara amnya tujuan motivasi adalah untuk:- a. Memenuhi kepuasan. Pekerja yang berpuashati dan mempunyai semanagat bekerja yang tinggi akan mempamerkan kerjasama yang baik dan kepatuhan serta kesetiaan kepada organisasinya. Oleh itu, kemungkinan berlakunya mogok, sabotaj, ketidakhadiran terhadp operasi organisasi tidak akan berlaku. Ini adalah kerana pekerja tersebut merasa puashati dengan kerja mereka yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan mereka seperti keperluan ekonomi dan keperluan sosial setelah mereka melakukan kerja berkenaan. b. Memotivasikan kelakuan kerja (“work-related behaviour”). Pengurus harus memahami dan mengetahui gelagat kerja yang patut dimotivasikan supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Gelagat-gelagat seperti menyertai sesebuah organisasi, terus berada dan setia di dalam organisasi, sentiasa hadir bekerja, menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang bagi mencapai produktiviti yang tinggi, suka untuk melakukan kerja untuk kepentingan organisasi harus dimotivasikan oleh sesebuah organisasi. c. Melicinkan atau melancarkan tugas. Motivasi dapat menghalang berlakunya perkara- perkara seperti ketidakhadiran, mogok dan sebagainya. Apabila perkara sebegini dapat dielakkan maka, tugas dan beban kerja akan menjadi lancar sekaligus melicinkan perancangan dan kerja yang harus dilaksanakan. Pengurus boleh menyediakan program latihan kepada kakitangan, memberikan kemudahan di pejabat, insentif kehadiran, hadiah tahunan sebagai alat motivasi.
  • 14. MOTIVASI Asas Pengurusan d. Merangsangkan prestasi. Suasana kerja yang memberangsangkan seperti kebebasan dalam cara melaksanakan kerja akan menggalakkan pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun dan baik lagi. Kerelaan seseorang pekerja melakukan kerjanya dengan baik akan meningkatkan prestasi kerjayanya. Oleh itu dalam jangka masa panjang, pekerja-pekerja akan bersaing secara sihat di antara satu sama lain untuk meningkatkan prestasi mereka dan sekaligus meningkatkan juga prestasi organisasi mereka. 8.5 Kepentingan Motivasi Kepada Organisasi. Motivasi memberi banyak kebaikan kepada organisasi. Ia boleh menghasilkan pekerja yang lebih produktif. Pekerja yagn bermotivasi tinggi dan dimotivasikan dengan cara yang betul oleh pengurusnya akan menunjukkan produktiviti yang lebih daripada pekerja yang mempunyai motivasi yang rendah. Motivasi yang tinggi akan membawa kepada tumpuan kepada kualiti. Pekerja yang bermotivasi tinggi akan menitik beratkan kualiti atau mutu kerja yang terbaik. Ini kerana mereka mengharapkan kebaikan serta keuntungan yang maksimum kepada organisasi dan diri mereka sendiri untuk jangkamasa panjang. Motivasi juga akan membawa kepada penghasilan alternatif yagn lebih baik. Apabila seseorang pekerja mempunyai motivasi yang tinggi, dia akan sentiasa mencari alternatif terbaik untuk melakukan kerjanya supaya produktiviti dan kualiti dapat ditingkatkan.
  • 15. MOTIVASI Asas Pengurusan AKTIVITI 8B Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya….!!! Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya. Arahan : Bulatkan jawaban yang betul. 8.6 Pekerja yang mengadakan mogok kerja atau sabotaj terhadap aktiviti organisasi adalah pekerja yang berpuashati terhadap pekerjanya. (B/S) 8.7 Salah satu tujuan motivasi diwujudkan di dalam sesebuah organisasi adalah untuk melicinkan kerja-kerja seseorang. (B/S) 8.8 Seseorang yagn bermotivasi tinggi akan lebih menitikberatkan kualiti yang tinggi agar dapat membawa kebaikan dan keuntungan kepada organisasinya. (B/S) Soalan Esei. 8.9 Mengapa motivasi penting dalam sesebuah organisasi?
  • 16. MOTIVASI Asas Pengurusan MAKLUM BALAS AKTIVITI AKTIVITI 8B Betul / Salah 8.6 S 8.7 B 8.8 B Soalan Esei 8.9 Kepentingan Motivasi:- a) Ia boleh menghasilkan pekerja yang lebih produktif. b) Pekerja yang bermotivasi tinggi akan menitik beratkan kualiti atau mutu kerja yang terbaik.
  • 17. MOTIVASI Asas Pengurusan c) Motivasi juga akan membawa kepada penghasilan alternatif yagn lebih baik. . Huraian merujuk kepada mukasurat 11 dan 12 daripada unit ini.
  • 18. MOTIVASI Asas Pengurusan PENILAIAN KENDIRI Baik sekarang anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Jika anda menghadapi masalah sila berbincang dengan pensyarah anda.Selamat Mencuba Semoga Berjaya !!!!!! Arahan: Isikan Tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 1. _______________ ialah ransangan dalaman yang membentuk __________ seseorang individu. Dengan adanya motivasi, kebolehan dan factor-faktor persekitaran yang lain dapat meningkatkan __________ individu. 2. Mengikut Teori Maslow individu mempunyai beberapa keperluan bermula daripada, ___________,_________________,_______________,__________ dan _______________. 3. Satu lagi teori yang popular ialah _______________ yang diperkenalkan oleh Herzberg. Teori ini memperkenalkan dua factor iaitu_______________ yang dapat memberikan dorongan kepada pekerja . Diantara factor yang boleh memotivasikan pekerja adalah seperti _______________ dan _____________ manakala factor _______________ pula merupakan factor yang diberikan kepada pekerja untuk memberi kepuasan bukan nya untuk
  • 19. MOTIVASI Asas Pengurusan mendorong. Di antara faktor kepuasan ini ialah _____________ dan _____________ . 4. Individu boleh dipecahkan kepada dua kategori mengikut Teori X dan Y. Pekerja yang malas, perlu dipaksa dan diarah yang tergolong dalam kategori ___________ manakala pekerja yang rajin , kreatif dan mencari tanggunggjawab pula tergolong dalam kategori _________________. Soalan Esei. 1. Bincangkan Teori Keperluan Maslow dan bagaimana pengurus dapat melaksanakan teori tersebut dalam organisasi. 2. Bezakan diantara faktor kesihatan dan faktor motivasi seperti yang dinyatakan oleh Herzberg. 3. Kenapakah pengurus perlu mengenal pasti pekerja tersebut mempunyai cirri- ciri Teori X dan Y. MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI Isi Tempat Kosong. 1. motivasi, tingkahlaku,prestasi 2. fisiologi,keselamatan,social,pengiktirafan,kesempurnaan diri
  • 20. MOTIVASI Asas Pengurusan 3. Teori 2 faktor, factor motivasi,pencapaian,tanggungjawab, kesihatan, penyeliaan, polisi syarikat, gaji 4. X,Y Soalan esei 1. Dorongan Apa yang Boleh diberi oleh syarikat Fisiologi Gaji, skim pinjaman perumahan dan kenderaan. Jaminan Skim pencen, saran, rawatan perubatan. Gabungan Keahlian kelab, persatuan atau tempat riadah syarikat, Hari Keluarga. Penghormatan Status jawatan ditingkatkan seperti mengubah nama jawatan. Pencapaian peluang untuk terlibat di dalam hasrat diri membuat keputusan. Pencapaian hasrat diri Peluang untuk terlibat di dalam membuat keputusan. 2. Faktor Pengekalan atau kesihatan Faktor Motivasi Penyeliaan Pencapaian Polisi syarikat Tanggungjawab Hubungan dengan penyelia Kemajuan Keadaan Tempat Kerja Pertumbuhan Keselamat dan sebagainya. Pengesahan 3. i. Pemberian Ganjaran atau hukuman ii. Menyesuaikan dengan gaya pengurusan pengurus iii. Tujuan delegasi