SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 21
AJARAN SESAT DAN PENGARUHNYA
DI JOHOR
1. MUKADIMAH
1.1 Kertas kerja ini merupakan panduan untuk membincangkan mengenai ajaran sesat
khasnya yang dikesan atau yang berlaku di negeri Johor Darul Ta‟zim.
1.2 Ajaran sesat merupakan satu fenomena yang berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi ia
merupakan satu fenomena antarabangsa yang berlaku di mana-mana, maka kita terpaksa
melihat perkara-perkara yang berkaitan secara menyeluruh untuk menjadi panduan kita
menangani masaalah tersebut.
2. DEFINISI AJARAN SESAT
2.1 Majlis Ulama‟ Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia, dan Republik
Singapura (MABIMS) mendefinisikan ajaran sesat sebagai:
“Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan
Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau
berdasarkan kepada ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa
itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, serta
bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah”.
FAKTOR BERLAKUNYA AJARAN
Di antara factor-faktor perkembangan ajaran sesat di negara kita yang telah dikenal pasti
antaranya adalah seperti berikut:-
1. FAKTOR KEPERCAYAAN
1.1 Percaya kepada perkara-perkara ghaib
Percaya kepada perkara-perkara ghaib adalah salah satu factor tersebarnya ajaran sesat. Ini
disebabkan perkara ghaib itu adalah sesuatu yang sememangnya diasaskan oleh Al-Quran
dan Al-hadith, kerana akidah, syarak dan akhlak Islam itu sendiri adalah perkara ghaib yang
hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-hadith. Jesteru kerana itu penganut-penganut
ajaran sesat amat mudah sekali percaya kepada sesuatu perkara ghaib yang dikemukakan oleh
guru-guru ajaran sesat apabila perkara-perkara ghaib itu disandarkan kepada Al-Quran dan
Al-Hadith yang telah diputar belitkan sehingga pengikut-pengikut ajaran sesat itu tidak lagi
dapat melihat kesesatan yang disampaikan.
Maksudnya: “iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan sembahyang
yang menafkahkan sebahgian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka”.
1.2 Kegairahan mencari kelebihan ilmu-ilmu Islam
Keghairahan untuk mencari kelebihan ilmu-ilmu Islam adalah juga merupakan faktor
perkembangan ajaran sesat. Keghairahan yang sedemikian rupa boleh menyebabkan sesorang
mudah percaya dan tertipu dengan ajaran-ajaran yang menarik yang dikeluarkan oleh tok
guru. Mereka selalu ditipu dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang
dimiliki oleh Rasul-Rasul dan Wali-Wali yang dirahsiakan oleh Rasul-Rasul dan Wali-Wali
tersebut kepada orang ramai. Sebab itulah ajaran sesat menurut pandangan penganutnya
begitu bernilai sekali, sedangkan ajaran Islam yang ada adalah sama seperti barang yang
dijual lelong dikaki lima yang tidak berharga dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.
1.3 Amat logik dan bersesuaian dengan selera mereka
Ajaran sesat juga biasanya amat logik dan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak bagi
mereka yang ingin mencari ilmu yang lebih. Ajaran itu pula ditambah dengan kematangan
dan kelojikan yang dapat diterima oleh akal mereka.
Ajaran sesat itu diadun sedemikian rupa dengan hujah-hujah yang sungguh menarik sekali
sehingga mempersonakan pengikut-pengikut ajaran tersebut. Seperti penjual obat batuk yang
menggambil tahi kambing goreng dan diperah serta dijual ubat itu. Oleh kerana terlalu pandai
bercakap dan berhujah menyebabkan ramai penonton yang tidak mengetahui rahsia
bagaimana ubat itu, sedangkan ia diperbuat dari bahan najis dan sebagainya.
1.4 Ajaran sesat
Ajaran rahsia adalah satu faktor perkembangan ajaran sesat. Rahsia adalah sesuatu yang tidak
boleh diberitau kepada orang lain. Jesteru itu perkara ini akan menyebabkan seorang yang
telah tersesat akan terus sesat kerana ia tidak akan menceritakan ajaran sesat itu kepada orang
lain walaupun pengikut ajaran sesat itu sendiri. Mereka telah bersumpah dihadapan guru
untuk tidak memecahkan rahsia itu.
Ilmu rahsia ini pula sering menimbulkan keluh kesah dan gelisah di kalangan orang-orang
lain yang diberitahu tentang adanya ilmu rahsia. Maka ramailah yang ingin mengetahui ilmu
rahsia itu lagi. Dengan ini semangkin ramailah orang yang tersesat.
1.5 Khurafat
Khurafat adalah merupakan tapak semaian yang paling subur untuk tersemainya ajaran sesat.
Sedangkan khurafat adalah merupakan fenomena sejagat yang terdapat dikalangan umat
Islam. Di antara kepercayaan khurafat yang menjadi darah daging umat islam ialah :
i) Mempercayai sesuatu selain daripada Allah S.W.T.
Percaya kepada sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T. boleh membawa kesan kepada
kehidupan manusia dari segi akidah, ia sering dijelmakan menerusi perbuatan membuang
ancak, semah binatang di tempat-tempat tertentu dan sebagainya, sepertimana yang telah
ditentukan oleh sesetengah bomoh.
ii) Roh wali boleh mengkabulkan cita-cita
Kepercayaan khurafat juga terdapat di sekitar kepercayaan bahawa roh si mati yang
dahulunya di percayai sebagai wali, boleh menyampaikan hasrat hati manusia kepada Allah
S.W.T. Lantas apabila sesuatu hajat dipinta itu termakbul ada di antara umat islam yang terus
pergi ke kubur-kubur tersebut dan membayar nazar serta meminta itu dan ini.
Kesesatan kepercayaan khurafat ini amat ketara sekali. Sebenarnya tiada siapa yang melebihi
kemuliaan Rasulullah s.a.w. sedangkan makam Rasulullah s.a.w. dilarang sama sekali
dijadikan tempat merayu, menangis, meminta dan sebagainya. Inikan pula kubur si mati yang
belum tentu hujung pangkalnya, entah benar-benar wali atau tidak.
iii) Masa menentukan sesuatu
Kepercayaan khurafat juga terdapat di kalangan umat Islam yang berkaitan dengan masa,
seperti bulan safar. Hari tertentu di dalam bulan tersebut dikatakan sebagai hari sial. Untuk
menolak bala, beberapa upacara diadakan seperti mencampakkan kertas yang bertulis dengan
ayat Al-Quran ke dalam perigi atau tempayan berair sebagai usaha untuk menolak bala
tersebut dan sebagainya.
iv) Bintang penentu nasib
Kepercayaan khurafat juga terdapat kepada pelangkah sebelum melakukan sebarang
pekerjaan. Misalnya, kalau hendak melakukan sesuatu pekerjaan dilihat masa dan hari
tertentu yang baik bagi sesuatu pekerjaan. Andainya masa yang dilihat tidak baik, ia tidak
jadi melakukan pekerjaan itu. Sedangkan masa yang dijadikan oleh Allah S.W.T. tidak ada
bezanya diantara satu sama lain. Lebih-lebih lagi segala yang berlaku di atas muka bumi ini
adalah tertakluk kepada Qada‟ dan Qadar Allah S.W.T.
v) Raksi mengenai jodoh
Kepercayaan khurafat juga terdapat didalam kepercayaan kepada penentuan jodoh pertemuan
kepada “raksinya” Ertinya sebelum perkahwinan berlaku nama si lelaki dan si perempuan
dikira dengan bilangan tertentu, kemudian dinilai “raksinya” Kalau sesuai dikatakan jodoh itu
panjang dan jika tidak, jodoh itu dikatakan tidak akan kekal.
vi) Tenung dan telek
Umat Islam juga ada yang begitu percaya kepada kepercayaan khurafat di dalam bertenung
nasib, bomoh dan sebagainya untuk menentukan masa depan sesaorang. Inilah merupakan
bunga-bunga kesesetan yang membawa kepada kepercayaan bahawa tingkah laku manusia itu
tadi terikat dengan ramalan-ramalan tersebut. Sedangkan semua perkara di alam semesta ini
adalah menjadi hak Allah S.W.T yang menentukannya.
Semua amalan khurafat yang telah disenaraikan di atas, sebenarnya telah terlebih dahulu
menjadi adat resam orang-orang jahiliah di Mekah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w.
Misalnya adat bertenung nasib atau kahanah, melihat pelangkah atau tirah dan undi nasib atau
aslam telah menjadi adat resam mereka. Kedatangan Rasulullah s.a.w. untuk mencabut akar
umbi adat yang karut marut ini dan digantikan dengan cara Islam.
2. FAKTOR KECETEKAN ILMU DAN IMAN
2.1 Kecetekan guru-guru yang mengajar ilmu pengetahuan Islam adalah punca berlakunya
kesesatan.
Kini terlalu ramai mereka yang tidak mahir dengan ilmu Islam lantas mendabik dada bahawa
ia telah pandai dan bertaraf ulama dan mula mengumpulkan murid-murid.
Di sinilah letaknya kepentingan peraturan Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia
mengeluarkan tauliah kepada guru-guru yang ingin mengajar agama. Ini adalah satu cara
perbendungan ajaran sesat yang baik dan berkesan.
Ada pula antara mereka yang baru setahun jagung berkecimpung dalam tarikat dan tasauf
tertentu terus ingin menjadi syeikh memimpin orang-orang lain di dalam mengamalkan
tarikat. Kejahilan guru tarikat itu sendiri dalam akidah, syarak dan akhlak Islam sering
mengelincirkan mereka ke lembah kesesatan. Ini disebabkan perjalanan ahli-ahli sufi
mencapai hakikat penuh dengan liku-liku dan dugaan. Ada di antara mereka disesatkan oleh
syaitan. Selaras dengan matlamat syaitan yang teragung iaitu menyesatkan anak adam.
2.2 Murid-murid ajaran sesat juga biasanya terlalu cetek ilmu pengetahuan Islamnya,
ditambah dengan kekurangan iman. Mereka merupakan pak turut. Kedudukan mereka boleh
diibaratkan seperti kerbau mengikut gembalanya. Seandainya pengembala masuk ke dalam
sungai, kerbau-kerbaunya juga akan turut masuk ke dalam sungai.
Cuma segelintir dari mereka yang cerdik berpatah balik ke pangkal jalan. Jesteru kerana itu
setiap umat Islam mestilah berwaspada dan hanya berguru kepada mereka yang
sememangnya termasyur kebenaran ajarannya.
3. FAKTOR EKONOMI
3.1 Guru-guru ajaran sesat juga merupakan manusia biasa yang memerlukan keperluan asas
untuk hidup bahagia di dunia ini. Sebagai sifat semula jadi terdapat orang yang kurang rajin
untuk mencari rezeki yang halal. Jalan singkat yang mudah diperolehi untuk mencari wang
ialah dengan mengekploitasikan murid-murid yang setia dengan mengeluarkan ajaran
pengabdian diri kepada guru dan penyerahan segala yang ada pada guru sebagai pasport dan
visa untuk masuk ke syurga. Seperti mana yang digalakan oleh Allah S.A.W. penyerahan diri
dan pengabdian manusia kepadanya.
3.2 Untuk menghasilkan pendapatan yang banyak bagi mendapatkan pasport dan visa ke
syurga seperti mana yang disarankan oleh guru-guru ajaran sesat, pengikut-pengikutnya
terpaksa membanting tulang dan bekerja keras. Akibatnya terkumpul sejumlah hasil yang
memuaskan dari aktiviti-aktiviti perekonomian yang dijalankan.
Di samping membuncitkan perut guru, murid-murid juga menjadi kaya akhirnya timbullah
kepercayaan bahawa ajaran sesat yang dibawa oleh guru itu membawa kejayaan.
4. FAKTOR SEKS
4.1 Ada di antara guru-guru yang lain terlalu kuat lunjakan dan runtuhan nafsu syahwatnya.
Sedangkan ia mahir dan arif akan halal dan haramnya kegiatan memuaskan nafsu yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Ada juga di antara mereka yang tidak dapat membendung
luapan nafsu syahwat sekadar mengerjakan amal ibadat. Mereka tidak dapat berbuat maksiat
seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang awam.
Jesteru nafsu syahwatnya itu dipimpin oleg syaitan. Lantas ia mendorong sesaorang itu
mengajar ilmu batin yang sesat. Langkah pertama ia mempersoalkan tentang kesalahan nikah
biasa hingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikutnya. Selepas itu barulah jarum
nikah batin dijalankan.
Setiap bakal isteri dinikah batinkan dahulu (bersetubuh) dengan guru, kemudian barulah sah
nikah zahir dengan bakal suami.
Malah dengan penganut-penganut ajaran sesat yang telah lama berkahwin didakwa sebagai
tidak sah nikahnya dan dinikah batinkan semula oleh guru ajaran sesat. Inilah cara yang
paling baik bagi guru ajaran sesat untuk memuaskan nafsu syahwatnya.
5. FAKTOR SOSIAL
5.1 Biasanya berlaku konflik persaingan yang hebat di antara guru-guru agama di dalam
mencari murid dan meluaskan pengaruh masing-masing di dalam sesuatu masyarakat. Sudah
menjadi lumrah alam, ada di antara guru-guru yang bersaing itu mengatasi yang lain, yang
lain itu pula tidak berputus asa.
Jalan lain perlu diusahakan. Oleh kerana itu, mereka terpaksa mencipta ajaran-ajaran yang
lebih menarik dan dari yang lain. Dengan ini ramailah pengikut-pengikut yang terpengaruh
dengan ajaran yang baru ini walaupun ia merupakan ajaran sesat.
Martabat guru ajaran sesat ini juga biasanya lebih mulia, tinggi dan mengatasi segala guru-
guru yang ada, malah mengatasi Rasulullah s.a.w. dengan gelaran Mursyid (pembimbing)
atau sebagainya. Kegilaan kuasa adalah salah satu factor yang menyebabkan kesucian Islam
dinodai dan diperalatkan.
5.2 Pengikut-pengikut ajaran sesat juga percaya bahawa mereka mempunyai status yang
tersendiri. Keyakinan dan kepercayaan yang kuat, bahawa merekalah orang-orang Islam yang
sebenarnya begitu mendalam tersemat dihati sanubari mereka sedangkan orang-orang lain
adalah kafir, belum Islam, Islam kulit dan sebagainya. Wujudnya superioriti konfleks
menyebabkan mereka terus berkekalan dalam kesesatan dan sanggup berjihad demi
mempertahankan kesesatan mereka.
5.3 Guru ajaran sesat merancangkan perayaan peristiwa tertentu sedangkan perayaan-
perayaan ini sedikit sebanyak memberi kesan psikologi yang mendalam sebagai ganti
Maulidul Rasul, Isra dan Mikraj dan lain-lain lagi. Perayaan ini membina semangat dan sikap
membangga diri kepada pengikut ajaran sesat kepada pengikut-pengikut ajaran Islam yang
tulin.
Mereka biasanya telah menyisihkan diri daripada masyarakat dan mempunyai cara hidup
yang tersendiri. Perayaan yang diadakan juga dapat memberi semangat perpaduan di mana
mereka dapat bertemu mesra.
6. FAKTOR PSIKOLOGI
6.1 Guru-guru ajaran sesat, biasanya terdiri daripada orang-orang yang terlalu pandai
bercakap, bernas fikiran dan mempunyai sejenis Charismatic Leadership atau kebolehan luar
biasa didalam menyelesaikan permasaalahan masyarakat. Kepelikan pemikiran mereka ini
biasanya bertambah dari masa ke semasa hingga lahir sesuatu yang luar biasa dari
pemikirannya. Tetapi mereka masih lagi berkemampuan untuk bersosial seperti manusia
biasa, walaupun fikirannya sudah tidak “normal”.
Kepelikkan pemikirannya adalah bertitik tolak daripada keupayaannya mengeluarkan sesuatu
pendapat mengenai alam ghaib yang telah diakui oleh akal manusia yang waras bahawa
setiap sesuatu yang berada di alam ghaib adalah berada di luar ruang lingkup kekuasaan akal
manusia yang sememangnya manusia terpaksa berlindung di bawah bimbingan Al-Quran dan
Hadith iaitu segala yang berkaitan dengan akidah syarak sepeti memansuhkan solat dan
sebagainya.
Jesteru itu, batin pengukur yang dapat menentukan sesuatu hukum yang hendak dikeluarkan
oleh sesaorang guru itu ialah Al-Quran dan Hadith terutama rukun Islam yang lima dan rukun
Iman yang enam. Seandainya terdapat tokok tambah attau pengurangan dari mana-mana
rukun Islam dan Iman, maka jelaslah itu adalah ajaran sesat.
6.2 Mental guru ajaran sesat biasanya kurang sihat, kurang sihat dalam erti kata akalnya
terganggu. Diganggu oleh faktor yang sukar ditentukan seperti terlalu banyak amal ibadat,
kurang makan, kurang minum, kurang tidur dan sebagainya yang menyebabkan jasmaninya
tidak berdaya untuk memberi tenaga yang cukup untuk berfikir secara waras. Kelemahan ini
dipenuhi pula oleh syaitan yang memberi ilham kuat dan menyesatkan.
6.3 Konflik Jiwa, kadang-kadang berlaku dikalangan masyarakat apabila nilai-nilai Islam
yang tulin dinodai oleh nilai-nilai yang baru mendatang. Revolusi jiwa yang mendadak
mencetuskan satu keinginan untuk mencari hakikat kebenaran di dalam ajaran yang baru
yang difikirkan dapat mengubati konflik jiwa yang dialami. Mereka begitu keciwa melihat
ajaran Islam yang ada tidak dapat dipertahankan kesuciannya daripada nodaan nilai-nilai
yang baru mendatang.
Kini mereka tidak kira sama ada ajaran baru itu benar atau berdepatan dengan akidah Islam
atau tidak. Apa yang penting mereka berpuas hati dan jiwa mereka terubat.
7. FAKTOR ILMU
7.1 Keinginan untuk mempertahankan diri dengan ilmu-ilmu batin yang bertentangan dengan
Islam seperti ilmu kebal dan sebagainya telah menyebabkan ramai umat Islam yang tersesat.
Dalam hal ini ilmu kebal dan sihir bukanlah dari ajaran Islam yang sebenarnya. Untuk
mengelirukan umat Islam, bacaan di dalam upacara ilmu batin dan sihir biasanya disadur atau
dipakaikan jubah Islam iaitu diadakan supaya kelihatan tidak bertentangan dengan ajaran
Islam.
Syirik telah berlaku dalam perbuatan yang sedemikian rupa, tanpa disedari oleh umat Islam
yang terlibat kerana wujudnya permujaan dan permintaan pertolongan terhadap sesuatu kuasa
yang lain dari Allah S.W.T.
7.2 Ilmu batin yang bertentangan dengan Islam pula disebarkan oleh guru-guru yang
berpengaruh dalam masyarakat atau orang-orang yang berpangkat. Kerana kedudukannya
yang tinggi dan berpengaruh inilah menyebabkan orang ramai tidak dapat melihat kesesatan
ilmu yang diajarkan. Sedangkan ilmu-ilmu batin yang bertentangan dengan Islam tidak
termasuk di dalam ilmu fardu ain atau kifayah, tetapi termasuk di dalam ilmu syaitan.
Di dalam Islam sememangnya ada ilmu kebatinan. Tetapi ilmu kebatinan Islam hanyalah
dalam bentuk ilmu tasauf. Inilah ilmu kebatinan yang berlunaskan Al-Quran dan Al-Hadith
untuk umat Islam memperlajarinya, bukan ilmu kebatinan yang lain.
Wujudnya ilmu kebatinan Islam yang berupa tasauf adalah bertujuan untuk
memperundangkan tingkah laku batin yang ada pada manusia misalnya Islam menggalakkan
peningkatan iman, yakin, taqwa, redha, syukur dan lain-lain lagi. Pantang larangnya pula
dijelmakan di dalam bentuk larangan terhadap poerasaan hasad dengki, takbur, sombong, riak
dan sebagainya.
Kesimpulannya, bahawa konsep kebatinan dalam Islam amatlah jelas iaitu ilmu tasauf,
sedangkan ilmu yang mempertahankan diri melalui ilmu kebal, sihir, yoga dan sebarang
ajaran kebatinan yang lain adalah konsep ilmu batin yang terkeluar daripada konsep Islam.
8. ORIENTALIS BARAT
8.1 Orientalis barat beranggapan bahawa cara yang paling baik bagi menghancurkan umat
Islam ialah memalui ajaran Islam itu sendiri. Jesteru kerana itu orang-orang orientalis barat
telah memainkan peranan yang aktif dalam memesatkan lagi penyebaran ajaran sesat.
Misalnya peranan yang dimainkan oleh C.M Remy yang menggalakan perkembangan ajaran
sesat Bahai. Di antara ungkapannya ialah : “The Bahai cause stands for the unity of the
teaching of Bahai‟sm in the unification of the religious of world”
Setiap factor yang tercatat di atas antara satu sama lain saling bantu membantu dalam
memperkembangkan ajaran sesat di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Tidak ada satu
ajaran sesat yang muncul disebabkan oleh satu factor daripada factor-faktor yang tersebut di
atas mesti ada pada setiap ajaran sesat.
JENIS AJARAN SESAT
· Ajaran Kebatinan
· Jenis Tariqat/Tasauf
· Jenis-jenis Aqidah
· Jenis Asal Usul Kejadian
1. Ajaran kebatinan
Ajaran ini lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Al-Abbasiah semasa Khalifah Al-
Makmun (198H) dan mula merebak pada zaman Khalifah Muktasim (218H), dan ajaran ini
dipelopori oleh sekumpulan orang Majusi.
Pada mulanya mereka mengambil fikiran falsafah dalam mentafsirkan ajaran Islam yang
dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kemudian mereka mempertikaikan tentang diri Rasulullah
s.a.w. dan pemerintahannya, oleh kerana Islam telah kuat maka tidak bijak untuk
mengalahkannya dengan terang-terang tetapi berpura-pura masuk agamanya dan menentang
serta merosak agamanya daripada dalam dengan cara halus.
Golongan ini mengangap dirinya telah berhubung batin dengan Tuhan sehingga mereka
berani menyatakan bahawa Tuhan telah bertempat dalam dirinya (Al-Hulul). Mereka
berusaha membawa Al-Quran mengikut kemahuan nafsunya dan cuba memutar belitkan amal
zahir kepada rahsia batin.
Dr. Mohamad Kamil Husin telah menyifatkan golongan ini sebagai guru kepada ajaran-ajaran
sesat yang lainnya, ini disebabkan mereka mempunyai taktik yang cukup halus dalam usaha
mereka mengembangkan dan menabur fahaman mereka di kalangan masyarakat Islam yang
lemah pemikiran dan kurang pengetahuan Islam.
Ajaran kebatinan ini bukan sahaja menyentuh masaalah akidah sahaja malahan merangkumi
perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu kekuatan dan kekebalan.
Ilmu kebatinan dari negeri Jawa banyak mempengaruhi ilmu kebatinan yang ujud di
Malaysia. Ilmu kebatinan dari negeri Jawa mempunyai dua prinsip :
1. Membentuk dunia indah dan makmur
2. Banyak bekerja, berbakti dengan tidak memikirkan keuntungan diri.
Dari dua prinsip ini adalah dibahagikan aliran kebatinan kepada 4 golongan.
1. Golongan yang hendak menggunakan kekuatan ghaib untuk melayani berbagai-bagai
keperluan manusia. Golongan ini ialah yang mengambil berat dengan ilmu ghaib.
2. Golongan yang berusaha untuk mempersatukan jiwa manusia dengan Tuhan, selama
manusia itu masih hidup, agar dengan itu dapat merasakan serta mengetahui hidup yang kekal
sebelum manusia itu mengalami kematian.
3. Golongan yang berniat mengenal Tuhan dan berusaha menembusi rahsia yang disebut
dalam prinsip kebatinan Jawa iaitu Parang Sangking Dumadi yang bermakna dari mana
manusia itu hidup dan kemana manusia akan pergi.
4. Golongan yang berhasrat untuk budi yang luhur di dunia ini serta menciptakan masyarakat
yang berdasarkan saling menghormati dan cinta mencintai dengan selalu menjunjung titah
perintah Allah S.W.T., hanya golongan yang keempat inilah yang diamalkan oleh tokoh-
tokoh sufi yang sebenarnya. Manakala tiga golongan yang terdahulu itu kebanyakan di
anggotai oleh orang-orang yang suka berpura-pura tahu segala rahsia alam dan kejadian
secara batin yang membawa kepada penyelewengan akidah.
Ajaran kebatinan yang terdapat di Johor ialah ajaran di mana kononnya hendaklah sewaktu
membaca Fatihah niatkan kepada seluruh tubuh badan kita supaya selamat dan tidak terjejas
segala perkara-perkara yang memberi bekas dengan bacaan seperti berikut :
“Alhamdu – Tubuh. Lillahi – Hati. Rabbil‟alamin – Darah. Maliki yaumiddin – Cahaya.
Iyyaka nakbudu – Tulang. Waiyyaka nastain – Urat. Ihdinassirotal mustaqim – Daging.
Sirotallazina – Lidah. Anamta „alaihim – Kepala. Ghairil maghdubi alaihim – Jantung.
Walaadollin – Hempedu. Amin – Sempurna zahir dan batin”.
2. Jenis Tarikat / tasauf
Kebiasaannya, pengembang ajaran sesat cuba menyebarkan ajarannya
dengan berselindung disebalik nama tarikat atau memakai pakaian ahli Sufi sedangkan
pengajaran yang dibawa dan amalan yang dilakukan jauh dari pengajaran Tasauf yang
sebenar.
Sebenarnya ilmu Tasauf itu adalah berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadith serta
melaksanakan segala kewajipan-kewajipan yang dituntut oleh keduanya, bukanlah sebagai
suatu ilmu yang menjauhkan diri daripada melaksanakan kewajipan yang dituntut oleh Al-
Quran dan Hadith. Bukan hanya dengan memakai pakaian zahir sebagai seorang ahli Sufi,
sedangkan dari segi amalan seharian tidak melambangkan diri sebagai orang yang bertaqwa.
Kenyataan ini jelas sebagaimana yang dilakukan oleh Harith bin Busu pengasas (Tarikat
Assadullah) melalui wasiatnya itu kepada wasiat ahli Sufi.
Dalam ajaran sesat terdapat penggunaan pemikiran dan istilah-istilah Tasauf seperti
Wujudiah, Wahdah, Wahidah, alam insan, alam ajsam, alam arwah, ujud, nur ilmu, syuhud
ilmu, syariat, tarikat, hakikat, makrifat, zat, sifat, roh, idafi, nor Muhammad, wali kutub dan
asmak af‟aal” tetapi diberi makna dan pengertian mengikut pemikiran tanpa sandaran yang
sah, sebagaimana kupasan makna syariat, taikat, hakikat dan makrifat mengikut pemikiran
dan selera guru.
3. Jenis-jenis Akidah
Pengembang-pengembang ajaran sesat biasanya cuba mengupas hubungan manusia dengan
Allah S.W.T. untuk sampai kepada akidah yang sempurna, di mana ada hubungan antara
mengenal huruf kepada diri kita kesempurnaan iman kepada Allah S.W.T.
Sebagai contoh golongan ini membahagikan Alif iaitu huruf yang pertama menjadi La dan La
pula berpecah kepada lima bahagian dan setiap bahagian itu pula berpecah kepada beberapa
bahagian pula. Kalimah Allah S.W.T. terpecah kepada dua bahagian.
1) Daripada Allah S.W.T. menjadi kalimah tauhid.
2) Terjadi kepada jalan syariat, tarikat, hakikat dan makrifat
Begitulah huraian-huraian yang dibuat oleh pengembang ajaran sesat
mengenai Tauhid, Syahadat, dan mentauhidkan diri kepada Allah S.W.T. dengan huraian-
huraian yang terkeluar daripada akidah Islam.
4. Jenis Asal Usul Kejadian Manusia
Terdapat juga ajaran sesat yang bercirikan kepada asal usul kejadian, kerana ia begitu
berminat membahaskan asal kejadian manusia hingga dikatakan manusia itu sebagai
bayangan dari wujudnya Allah S.W.T.
Contoh ajaran ini umpamanya menghuraikan bahawa insan itu perhimpunan segala martabat
pada sisi Allah S.W.T. Martabat insan di sisi Allah S.W.T. ada tiga :
(1) Martabat insan ubudiyah, iaitu dari golongan khawasul khawas.
(2) Martabat insan ubudiyah, iaitu dari golongan kamil mukammil.
(3) Martabat mausuf, iaitu dari golongan kamil wa mukammil.
Manakala martabat insan di sisi makhluk itu banyak antaranya :
Martabat Raja, Martabat Menteri, Martabat Anak Raja, Martabat Tun, Martabat Tan Sri,
Martabat Dato‟ Sri, Martabat Dato‟ dan Datin, Martabat Datok Muda, Martabat Penghulu,
Martabat Pegawai-pegawai, Martabat Tuan dan Puan, Martabat Encik dan lain-lain.
5 Contoh Ajaran Sesat
5.1 Ajaran sesat biasanya berlaku kerana mengadakan bid‟ah atau pendapat baru yang
bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat‟ie dan tidak boleh
dipertikaikan. Antara pengakuan yang dikesan ialah mengaku dirinya sebagai nabi,
mengubah Al-Quran dan Hadith, menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat,
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menunaikan fardu Haji ke Mekah dan
seumpamanya.
5.2 Manakala ajaran sesat yang diketahui umum dan pernah dikesan di negara kita adalah
seperti berikut :
(a) Ajaran Bahai
Bahai atau Al-Bahaiyah adalah satu kumpulan atau mahzab yang mendakwa nabi baru
dengan kitabnya yang suci “ Al-Bayan”, memansuhkan segala kitab samawiyyah seperti
Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran.
Mirza Ali Muhammad mendakwa dia menjadi rasul dan menyangka syariatnya
memansuhkan syariat Islam dan juga mereka hukum-hukum itu supaya dijalankan oleh
pengikut-pengikutnya dan hukum-hukum itu menyalahi hukum Islam.
Al-Baha (Mirza Hussien Ali) menjadikan sembahyang 9 rakaat sehari semalam. Dan kiblat
orang Bahaiyyah dalam sembahyang bukanlah ke kaabah tetapi dengan mengadap di mana
Al-Baha itu berada.
Kaum Bahaiyyah menentang segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dari
perkara I‟tiqat dan hukum, mereka juga menentang Al-Quran dengan menafsirkan mengikut
rekaan mereka sendiri.
Mirza Ali Muhammad mendakwa menjadi rasul dan syariat Islam, dia juga mereka-reka
hukum itu supaya dijalankan oleh pengikut-pengikutnya dan hokum hakam itu adalah
menyalahi hokum-hukum Allah S.W.T.
Mempertikaikan kebenaran hadith merupakan pokok ajaran INKARUS SUNNAH (menolak
sunnah) yang menyatakan bahawa rasul tidak bertugas memberikan keterangan yang akan
menimbulkan pengertian hukum baru seperti yang dikenal dengan sebutan Al-Sunnah atau
Al-Hadith.
Menurut mereka, hadith disusun berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, dari orang-orang
yang lebih tua yang dipandang mengerti agama. Jadi hadith adalah cerita tentang diri Nabi
yang tidak dapat diyakini kebenarannya.
Mirza Ali dalam Bahai mendakwa dirinya Imam Mahadi Al-Muntazar dan sebagai rasul.
Bahai mengajak kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang
sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia didunia iaitu agama Bahai. Agama Bahai
menyatukan agama Yahudi, Nasrani dan Islam dengan alasan bahawa semuanya itu adalah
agama yang datang dari Tuhan. Mereka mendakwa mempunyai nabi baru dengan kitabnya
yang suci iaitu Al-Bayan, memansuhkan segala kitab samawiyyah seperti Zabur, Taurat dan
Al-Quran. Hanya Bahai satu-satunya yang berhak berdiri dipermukaan bumi ini sementara
lain-lain akidah dan syariah tidak boleh. Kerana ini mereka mengambil paksaan kepada orang
ramai supaya mengikut ajaran itu. Jika terdapat tentangan dari mana-mana orang, maka
penganut Bahai adalah disuruh supaya membunuhnya.
Pendakwaan diri atau pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan
dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mempastikan dirinya atau gurunya ahli
syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain
umpamanya boleh berkahwin lebih daripada empat.
Puasa dalam bulan Ramadan dalam ajaran Bahaiyah menjadikan puasa 19 hari, bermula dari
terbit matahari sehingga tenggelam matahari dan bukan dalam bulan Ramadan tetapi dalam
musim bunga dan jatuh Hari Raya mereka pada hari Niruz (hari orang parsi penyembah api
sebelum Islam).
(b) Ajaran Qadiani
Mirza Ghulam Ahmad (Qadiani) merupakan pemimpin ajaran Qadiani, berasal dari Qadiani,
India. Beliau mengaku dirinya sebagai nabi, rasul, Nabi Isa Al-Masikh dan Imam Al-Mahadi.
Dia telah mengubah dan meminda ayat-ayat Al-Quran, penyelewangan ini meliputi maksud
dan lafasnya sekali.
Hukum mengubah ayat-ayat Al-Quran dan Hadith sama ada maksud, makna dan lafasnya
adalah kufur seperti megaku diri menjadi nabi telah mendustakan Al-Quran, Hadith dan
Ijmak.
Dia menghapuskan kewajipan berjihat, ajaran ini bertentangan dengan maksud ayat 78 surah
Al-Haj : “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah S.W.T. dengan jihat yang sebenar-
benarnya.
Menunaikan fardu Haji ke Mekah. Dalam ajaran Qadiani telah memindahkan ibadat haji dari
Mekah ke Qadian. (Nama salah satu tempat suci bagi Mirza Ghulam Ahmad).
Kedatangan ajaran Qadiani ke Malaysia dipercayai pada awal tahun 1930-an dan
penyebarannya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz, datang ke Singapura pada
tahun 1935 dan pejabatnya terletak di No. 116, Unan Road.
Melalui pengkalannya di situ, dia menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz,
datang Maulana Inmanuddin dan Tuan Abdul Hay. Kemudian datang pula Maulana Mohd.
Sadiq bin Bakaratullah pada 22 Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini.
Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia telah ditentang hebat oleh ulama-ulama Islam. Di
Jeram Selangor ketua Qadiani disitu Syed Abdul Rahman bin Syed Alwi telah meminta
Sultan Selangor mengadakan penyelidikan keatas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23
Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda Sultan di Istana
selangor, pihak Qadiani telah diwakili oleh Mohd. Sadiq Barakatullah dan Mohd. Zuhdi
Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama dari
Pejabat Agama Islam Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani
tidak diiktiraf sebagai golongan Islam, malah terkeluar dari Islam.
Ajaran Qadiani pernah di kesan di sebuah kampung di Segamat, Johor. Dan satu perdebatan
ilmiah telah dibuat oleh Sohibus Samaha Dato‟ Alwi Tahir Al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor
bahawa ajaran Qadiani terkeluar dari ajaran Islam dan setiap penganut Qadiani tidak boleh
dikuburkan diperkuburan orang Islam.
(c) ariqat Al-Mufarridiyah
Syeikh Makmun dari Tariqat Mufarridiyah dan Buki Syahidin masing-masing mengaku diri
mereka Imam Mahadi Al-Muntazar.
Syeikh Makmun dari Tariqat Mufarridiyah telah mendakwa nampak bagaimana azab
dikenakan ke atas si mati, oleh itu orang yang ingin mendapat pembalasan ke atas
keluarganya yang telah mati boleh membayar kepada beliau sekurang-kurangnya 26,000
rupiah bagi tiga malam.
Sembahyang Jumaat dalam ajaran dan amalan Tariqat Mufarridiyah oleh Sheikh Makmun
yang berusaha menarik orang ramai dan menguatkan Tariqatnya, telah dengan sedaya upaya
menunjukan kebolehannya yang luar biasa. Beliau tidak pernah pergi sembahyang di Masjid
kerana katanya beliau sembahyang di Mesjid Al-Haram, Mekah. Tetapi sebenarnya beliau
pada waktu itu menguncikan dirinya di dalam bilik.
(d) Ajaran mentafsir dan menghuraikan Al-Quran dan Hadith mengikut sesuka hati
Perkara ini pernah dilakukan oleh Mansyur SH dan MT Taufik di Indonesia, mereka memutar
belitkan isi Al-Quran dengan mentafsirkan ayat-ayat secara keliru seperti ayat 67 surah Al-
Azhab yang bermaksud :
“Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak
ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang
benar”.
Ketua-ketua dan orang-orang besar yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah pemimpin-
pemimpin orang kafir itu sendiri. Akan tetapi Mansyur SH dan Taufik mentafsirkan ketua-
ketua dan orang-orang besar adalah para ulama.
Perbuatan mentafsirkan Al-Quran dan Hadith sesuka hati adalah dilarang dan berdosa, benar
dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam, ini dijelaskan dalam ayat 75 surah Al-Baqarah
yang bermaksud :
Terjemahan : “Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar kalam Allah
S.W.T. (Taurat) kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka
memahaminya, sedang mereka mengetahui (perbuatan itu salah)”.
6. Taktik Penyebaran
6.1 Satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan, bahawa kejayaan ajaran sesat menyeludup
masuk dan meresapi pemikiran umat Islam di Negeri Johor khasnya dan seluruh dunia Islam
amnya adalah bertitik tolak daripada kelicinan method atau taktik penyebarannya.
6.2 Antara taktik penyebaran ajaran sesat adalah seperti berikut :
i) Penyebar-penyebar ajaran sesat akan membuat kajian yang rapi keadaan alam sekitar, latar
belakang dan segala yang berkaitan dengan sesaorang yang hendak disesatkannya. Andainya
mereka dapati hendak dipengaruhi itu terlalu kuat imannya dan tinggi ilmu pengetahuannya,
jarang sekali percubaan penyebaran ajaran sesat itu dilakukan keatasnya.
ii) Sesiapa juga yang dijadikan mangsa ajaran sesat itu diajarkan secara rahsia tanpa disedari
oleh sesiapa juga kecuali guru ajaran sesat dan mangsanya itu.
Sumpah taat setia diantara guru dengan orang yang disesatkan dijadikan dimana ia berjanji
tidak akan menceritakan kepada orang lain. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.
Konsep rahsia ini kononnya diasaskan kepada ayat Al-Quran yang bermaksud :
“Dan ketika kami menggambil pejanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dan Nuh,
Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam dan kami telah menggambil daripada mereka
perjanjian yang teguh. Surah Al-Ahzab, 33:7
iii) Mereka juga bergaul mesra dan memahami apakah keperluan sesaorang yang hendak
disesatkan. Andainya sesaorang atau sesebuah masyarakat menghormati orang-orang alim,
warak dan zuhud, mereka gunakan cara ini untuk mendapatkan penghormatan dan
kepercayaan orang ramai sebelum menyesatkan mereka kemudian.
iv) Langkah yang selanjutnya ialah menimbulkan keraguan dan was-was Syaitan terhadap
kesucian ajaran Islam. Terutama ajaran zahir. Ditambah dengan persoalan pengertian
daripada huruf-huruf Al-Quran dan sebagainya.
v) Semangat bercirikan Rasulullah s.a.w. dengan mengantikan kecintaan kepada Adam a.s
dan sebagainya atau wali-wali yang termasyur. Hingga mangsa-mangsanya benar-benar ragu
dan keliru sehingga hilang kepercayaan kepada diri sendiri dan Ilmu Islam yang mereka
ketahui selama ini. Jesteru kerana itu mereka terpaksa menerima ajaran sesat selanjutnya
daripada guru tersebut. Kononnya untuk mempelajari isi ilmu yang sebenarnya.
Guru ajaran sesat sentiasa mengawasi agar orang yang telah disesatkan itu tidak berpaling
tadah dengan memberi penjelasan yang berterusan bagi memperkuatkan ajaran yang telah
sesat itu dari masa kesemasa. Keraguan terhadap kebenaran ajaran Islam yang sebenar
sentiasa dipertingkatkan dengan memutar belitkan lagi ajaran Islam.
Prinsip-prinsip ajaran sesat itu disampaikan dalam bentuk sealiran dengan ajaran Islam.
Topeng yang digunakan itu amat logik dan berkesan hingga kepalsuan ajaran sesat tidak
dapat dilihat lagi. Yang kelihatan ialah kebenaran semata-mata. Mereka terperanjat apabila
dikatakan belum Islam dengan alasan yang bernas dan Islam yang sebenar ialah ajaran sesat
itu tadi. Jesteru kerana itu ajaran Islam yang sebenarnya mula menjadi kabur dan palsu belaka
kepada mereka.
vi) Setelah orang-orang yang disesatkan itu benar-benar telah sesat dan tidak mungkin
berpaling tadah, barulah ajaran sesat yang sebenarnya disampaikan. Misalnya
dipersembahkan konsep nikah batin. Dimana guru ajaran sesat dapat memuaskan nafsu
syahwatnya dengan melakukan hubungan seks dengan setiap bakal isteri sesaorang yang
hendak nikah dan isteri-isteri orang yang telah menjadi pengikutnya. Zikir-zikir tertentu
disertakan dalam upacara itu dan anak yang lahir dari perbuatan zina itu dinamakan anak
yang soleh.
vii) Ibadah yang difardukan oleh orang Islam yang sebenarnya, secara beransur-ansur
dikurangkan sehingga tidak perlu lagi dikerjakan. Mencukupi sekadar menggalakan beberapa
amalan yang ditentukan oleh ajaran sesat itu. Akhirnya keseluruhan Ibadah yang difardukan
oleh Allah S.W.T. terus dilupakan dan digantikan dengan amalan sesat.
viii) Ada di antara ajaran sesat yang menggunakan ilmu sihir dan ilmu kebatinan yang cukup
kuat sehingga dapat mempengaruhi pengikut-pengikutnya untuk melakukan apa sahaja yang
diperintahkan oleh guru ajaran sesat sehingga ketitisan darah terakhir. Sebab itulah ada
diantara pengikut ajaran sesat yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk menegakkan
ajaran sesat yang disampaikan oleh guru tersebut.
ix) Konsep Imam Mahadi sering diperjudikan sebagai alasan untuk membenarkan ajarannya.
Oleh kerana luasnya pengaruh konsep Imam Mahadi yang bakal lahir ke dunia ini di akhir
zaman kelak, golongan ajaran sesat menggambil kesempatan untuk memperalatkan konsep
tersebut untuk memenuhi cita-cita mereka. Lebih-lebih lagi faktor alam sekitar umat Islam
kini, sememangnya telah memenuhi syarat-syarat kemunculan Imam Mahadi. Sebab itulah ia
sering mendapat sambutan yang hangat dikalangan pengikut ajaran sesat.
x) Taktik penyebaran ajaran sesat juga mencontohi Method Dakwah Islamiah yang
dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. Di mana terdapat tiga peringkat penyebaran. Peringkat
rahsia, peringkat hijrah, terusterang dan jihad. Biasanya diperingkat pertama ajaran sesat
disebar secara sembunyi-sembunyi hingga ia telah berjaya mempengaruhi sebahgian besar
pengikut-pengikutnya.
Peringkat hijrah atau kedua bermula apabila ajaran sesat itu diketahui umum dan mereka
menghadapi pemulauan masyarakat. Teknik hijrah digunakan sebagai alasan bahawa
Rasulullah s.a.w. sendiri menghadapi apa sahaja kemungkinan walaupun menumpahkan
darah. Inilah peringkat jihat yang difahami oleh pengikut-pengikut ajaran sesat.
Jihat mereka adalah sama sahaja seperti mana yang difahami oleh umat Islam yang lain, iaitu
menumpukan segala daya usaha hingga ketitisan darah terakhir adalah perjuangan suci bagi
menegakkan ajaran yang dianggap benar oleh mereka.
7. Ajaran sesat di Semenanjung Malaysia
7.1 Secara tidak disedari Negara kita juga banyak dipengaruhi oleh ajaran-ajaran sesat yang
datangnya daripada luar negara. Sesungguhnya pergerakan mereka tidak bebas, namun
penyebarannya tetap berlaku di beberapa buah Negeri di seluruh Semenanjung Malaysia.
Bentuk ajaran dan pergerakannya juga disesuaikan mengikut keadaan dan Susana masyarakat
tempatan.
7.2 Ajaran sesat di Malaysia sekarang terdapat 125;
- 36 masih disiasat
- 18 aktif
- 71 telah dibenteras
88 ajaran difatwakan melibatkan 53 kumpulan.
7.3 Pengaruh ajaran sesat di Johor adalah terkawal.
Jumlah ajaran sesat / meragukan
Di Johor sehingga 2000 : 21
Jumlah yang sudah dibawa ke mahkamah : 6
Masih di dalam siasatan : 7
Lain-lain selesai secara kaunseling.
8. Fahaman yang membahayakan keselamatan Negara
8.1 Fahaman Syiah
Perpecahan yang mula-mula sekali berlaku dalam Islam ialah perpecahan yang berpunca
daripada pertelingkahan mengenai perlantikan Khalifah. Oleh kerana Khalifah mempunyai
kuasa mentadbir Hal Ehwal Agama dan Politik, maka pertelingkahan itu bermakna
pertelingkahan agama dan politik.
Percambahan benih Syiah yang pertama berlaku ialah ketika kewafatan Rasulullah s.a.w.
Sekumpulan sahabat baginda berpendapat bahawa orang yang paling layak menggantikan
baginda ialah keluarga baginda yang terdekat. Semasa baginda wafat terdapat dua orang
keluarga terdekat baginda iaitu Al-Abbas bin Abdul Muttalib (bapa saudara) dan Ali bin Abu
Talib (sepupu). Mereka berdua dianggap keluarga yang paling layak menjadi Khalifah,
sedang Ali adalah paling layak dalam perlantikan ini. Sebab itulah Abbas sendiri tidak pernah
menuntut jawatan Khalifah ini.
Dalam soal perlantikan ini, Hadith Soheh tidak pernah menjelaskan tentang perlantikan
Rasulullah s.a.w. kepada Ali bin Abu Talib sebagai Khalifah. Sekiranya ada mungkin tidak
timbul perselisihan pendapat mengenainya. Apa yang berlaku mengikut sejarah ialah Ali
telah melafaskan ikrar taat setia kepada 3 orang sebelumnya iaitu Abu Bakar, Omar dan
Othman. Mengikut Syiah (penyokong perlantikan jawatan Khalifah kepada Ali bin Abu
Talib) berpendapat: Rasulullah s.a.w. telah menetapkan bahawa Ali menjadi Khalifah selepas
baginda, dan Ali selepas itu telah menetapkan pula calon selepasnya. Dengan itu pada mereka
Abu Bakar, Omar dan Othman telah mengambil hak yang sepatutnya Ali yang menerima.
Sementara Bani Umayah dan Abbasiah pula adalah pelampau yang telah merampas hak itu
dari generasi Ali. Dengan itu wajiblah di atas Syiah mengembalikan hak itu kepada tuan
punya sama ada dengan cara sulit atau secara terang-terangan.
Dalam persoalan Khalifah atau pucuk pimpinan daripada Syiah berpendapat bahawa
Rasulullah s.a.w. tidak pernah melantik pegganti baginda. Baginda meninggalkan hak itu
kepada umat Islam untuk membuat keputusan sendiri tentang apa yang baik dan siapa yang
layak untuk dipilih. Yang penting ialah pemeliharaan agama Islam iaitu prinsip dan
ajarannya.
Di Negara kita sekarang persoalan ajaran Syiah telah merebak di sana sini terutamanya di
Pusat-pusat Pengajian Tinggi. Negeri Johor tidak terlepas daripada pengaruh ajaran Syiah ini
yang di bawa sama ada oleh rakyat asing seperti Abu Talib Harun (As-Salafi) yang
bermutaah 10 orang isteri dalam satu masa atau rakyat tempatan.
Bagi Negara kita dan Nusantara yang berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah dan bermahzab Shafie semenjak dulu hingga ke hari ini, kita dapati merupakan satu-
satunya rantau yang paling aman dan tenteram berbanding dengan negara-negara lain yang
membenarkan berbagai-bagai aliran fahaman dan mahzab dalam masyarakat. Oleh itu
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini perlu dikekalkan daripada dicemari oleh fahaman-
fahaman yang bertentangan dengannya.
Fahaman syiah di negara kita amat merbahaya kerana dengan membenarkan fahaman ini
berkembang di negara ini ia akan menghancurkan pegangan hidup kita yang berteraskan
kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariat yang disepakati oleh ijmak ulama dan system
kekeluargaan yang diamalkan dalam masyarakat.
9. Ajaran Anti Hadith
9.1 Anti Hadith merupakan satu fahaman sesat yang sedang dikembangkan di negara kita
melalui agen anti hadith di Malaysia iaitu Dr. Kassim Ahmad yang banyak artikelnya tersiar
di dalam Utusan Malaysia dan pengikutnya Othman.
Fahaman ini jika dibenarkan berkembang di negara kita, ia akan menghancurkan asas-asas
akidah dan syariat Islam yang terpakai di negara kita. Fahaman ini bercanggah dengan ajaran
Islam dari segi akidah dan syariah.
Fahaman ini telah di kesan penyebarnya di Johor Bahru dengan adanya risalah-risalah yang
diedarkan oleh Othman Ali yang bertugas sebagai Pensyarah Kontrak di Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mahkamah Syariah Johor Bahru telah mengambil
tindakan tegas mengeluarkan waran tangkap kepada Othman Ali setelah beliau gagal
menghadirkan diri ke Mahkamah kerana siasatan mengenai ajaran tersebut, beliau telah
melarikan diri ke Pulau Pinang sehingga terbit buku yang di namakan “BACAAN” yang
diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1995.
Fahaman ini telah diharamkan di negara kita mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti
Negeri pada 6 September 1995.
10. Taburan Kawasan
10.1 Di negeri Johor Darul Takzim hingga tahun 2000 dapat dikenal pasti tempat-tempat
berlakunya ajaran sesat atau ajaran yang meragukan mengikut daerah seperti berikut :
(i) Kawasan Perkampungan
Daerah Johor Bahru
a. Kampung Tok Siak
b. Kampung Hajah Fatimah
c. Kampung Baru Plentong
d. Kampung Melayu Pandan
e. Jalan Haji Suhot, Ulu Tiram
f. Kempas
Daerah Muar
a. Batu 18¼ Air Hitam
Daerah Segamat
a. Kampung Batu Anam
b. Kampung Tekam Batu
c. Kampung Bukit Kledang, Jementah
d. Mukim Gemerih
Daerah Batu Pahat
a. Kampung Bukit Payung
Daerah Kota Tinggi
a. Felda Air Tawar 1
b. Kampung Baru, Sg. Mas
Daerah Kluang
a. Layang-layang
b. Felda Air Hitam
Daerah Pontian
a. Kampung Parit Makuaseng
Taman Perumahan
a. Taman Istimewa, Pandan Johor Bahru
b. Taman Perling, Johor Bahru
c. Taman Sri puteri, Johor Bahru
d. Jalan Khatib, Muar
11. Asal Ajaran
11.1 Ajaran sesat atau meragukan yang dapat dikesan di Johor adalah di bawa oleh rakyat
asing dan rakyat tempatan seperti berikut :
(a) Rakyat Asing
i) Rakyat Inonesia - Mokthar Akhir
- Ramli Wahab
- Ibrahim Serdang
- Eko Ahmadi
ii) Rakyat Singapura - Mutalib Lajis
- Syed Harith Busu
- Ibrahim Wahab
- Abu Talib Harun
- Ibrahim Muhammad
iii) Rakyat kamboja - Mohd. Nasir Ismail
(b) Rakyat Malaysia
Terengganu - Harun Embung
Kuala Lumpur - Baharom Bakhtiar
Negeri Sembilan - Baharin Salleh
Muar, Johor - Wahab Salleh
Segamat, Johor - Hot bin Md. Lasim
Johor - Ibrahim Timot
Johor - Haji Abu Karim
12. Ciri-ciri Persamaan
12.1 Ciri-ciri persamaan dalam ajaran sesat dapat disimpulkan kepada beberapa perkara
berikut :
a. Mengaku dirinya sebagai nabi
b. Mengaku dirinya Imam Mahdi Al-Muntazar
c. Mengaku dirinya mendapat Mukjizat
d. Mengaku mendapat Wahyu
e. Mentafsir ayat-ayat Al-Quran dan Hadith sesuka hati
f. Membuat bid‟ah yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam
g. Mereka Hadith untuk tujuan tertentu
h. Menghapuskan perkara-perkara wajib dalam Islam seperti kewajipan berjihad,
sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadan, menunaikan fardu Haji ke Mekah dan
sebagainya
i. Menghalalkan perkara yang haram
j. Berzikir memuja guru
k. Lain-lain
13. Kegiatan Semasa yang Mengancam
13.1 Nama ajaran dan kawasan
1. Ajaran tarikat Islamiyah
Kampung Baru, Sungai Mas Kota Tinggi
2. Ajaran Syiah
Majidi Park, Johor Bahru
3. Ajaran Stuah
Sekitar Bandar Batu Pahat
13.2 Individu yang terlibat
1. Rakyat Indonesia yang bekerja di Johor
2. Rakyat Singapura yang berulang alik ke Johor
3. Sebilangan kecil rakyat tempatan
14. Kesan Ajaran sesat
14.1 Ajaran sesat memberikan kesan kepada akidah sesaorang Islam kerana dengan pegangan
yang dianutinya itu boleh menjejaskan sesaorang kepada syirik atau murtad. Bila keadaan ini
berlaku ia menyebabkan terfasaknya hubungan suami isteri dan melibatkan soal-soal yang
berkaitan dengan perkara yang menyentuh kehidupan seharian manusia.
14.2 Ajaran sesat boleh menimbulkan suasana dan keadaan yang tidak tenteram dalam
masyarakat. Kerana anggota masyarakat akan mempertikaikan ajaran-ajaran baru yang
bertentangan dengan amalan yang sebenar. Bila keadaan ini berlaku maka akan menimbulkan
kacau bilau dan huru-hara dalam sesebuah masyarakat.
14.3 Ajaran sesat boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat dan sekaligus
mengancam ketenteraman dan keselamatan negara. Contohnya : ajaran sesat yang diketuai
oleh Mohammad Nasir bin Ismail, seorang rakyat Kemboja yang menyerang Balai Polis,
Batu Pahat pada tahun 1980, ajaran Mohammad Al-Suhaimi yang diamalkan oleh Al-Arqam
dan ajaran yang paling baru sekali ialah Anti Hadith.
15. Ancaman
15.1 Ancaman ajaran sesat dapat dibahagikan kepada 3 perkara iaitu :
1. Dari segi akidah / syariah
a. Bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Hadith
b. Bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak
Islam
c. Bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah
d. Membawa kepada syirik dan murtad
2. Dari segi kemasyarakatan
a. Menimbulkan rasa syak wasangka, tidak senang dan bimbang di kalangan anggota
masyarakat
b. Merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan
c. Menimbulkan perselisihan pendapat dan perpecahan sesama umat Islam
d. Menyebabkan kelemahan dan kehancuran umat
e. Menjejaskan keutuhan dan kewibaan ummat menghadapi abad ke 21
f. Melemahkan pembangunan ekonomi umat Islam kerana menerapkan fahaman yang nagetif
yang menyebabkan pengikut-pengikutnya menjadi pasif dengan menolak keduniaan dan
mementingkan akhirat sahaja
3. Dari segi keselamatan Negara
a. Menimbulkan kegelisahan dan pegeseran dalam masyarakat
b. Menimbulkan rasa benci-membenci, pemusnah dan pecah belah
c. Menimbulkan perpecahan dan pergaduhan dalam masyarakat
d. Menjadi ancaman kepada ketenteraman dalam masyarakat.
16. Penutup
16.1 Ajaran sesat merupakan salah satu senjata yang digunakan oleh musuh-musuh Islam
untuk menghancurkan umat Islam daripada dalam, jadi untuk mengelakkan umat Islam
terjebak dengan ajaran sesat, maka mendalami pengetahuan dan pengajaran Islam merupakan
jalan pintas yang dapat menghalang berlakunya ajaran sesat.
16.2 Untuk mempastikan Negeri Johor dapat membendung ajaran sesat dalam jangka masa
panjang, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor dicadangkan supaya menambah satu
seksyen yang menekankan bahawa Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sajaha yang boleh
disebarkan di negeri ini dan sesiapa yang melanggar Enakmen ini boleh dikenakan tindakan
tertentu.
- Lampiran -
SENARAI AJARAN SESAT / TARIKAT DAN AJARAN YANG DIRAGUKAN YANG
DIKESAN DI NEGERI JOHOR
(Antara tahun 1979 hingga 2000)
Bil Nama Isi Kandungan
1. Ajaran Wak Hambali 1. Gurunya mendakwa bahawa malaikat selalu mendatanginya.2. Ia
menjamin pengikutnya masuk Syurga dan membina di Syurga dengan pengawalnya sendiri.
2. Tarikat Khalidiyah 1. Nabi Muhammad telah mati dan syariatnya, maka beliau tidak
percaya Nabi Muhammad lagi. Berikutan itu beliau telah mengamalkan zikir Lailaha illallah
dan roh saya sampai di dalam ghaib dan mengetahui segala hukum yang dimansuhkan dan
belum dimansuhkan lagi.2. Sembahyang Magrib dan Isyak sahaja yang wajib dikerjakan.3.
Ibadat Puasa telah dimansuhkan kerana ramai orang yang telah tidak berpuasa dalam bulan
Ramadan.4. Ibadat Haji juga telah dimansuhkan kerana ramai orang yang telah menunaikan
Haji tetapi masih melakukan maksiat dan perangai tidak berubah.5. Semua doa yang diambil
daripada ayat Al-Quran telah dimansuhkan, kerana ramai orang yang sakit dijampi dengan
ayat Al-Quran sudah tidak mustajab dan dihantar ke hospital.6. Doa yang lama-lama tidak
mustajab lagi buktinya doa qunut mazilah di sembahyang jumaat mohon bebaskan masjid Al-
Aqsa daripada Israel hingga sekarangpun tidak berjaya.7. Beliau tidak percayakan
sembahyang Jumaat kerana ia sebagai sembahyang tambahan8. Mengubah bacaan Fatihah
dalam sembahyang
3. Ajaran Agama Taslim 1. Guru ajaran ini mendakwa kononnya keturunan Rasulullah
s.a.w.2. Setiap pengikut dikehendaki menyerah diri, anak isteri dan harta benda kepada
guru3. Adanya konsep nikah batin4. Kubur pengikut ajaran diasingkan dari pengikut-
pengikut lain5. Berzikir beramai-ramai bercampur lelaki dan perempuan. Jika berlaku zina
dapat anak dianggap anak soleh6. Tuhan ada dalam diri masing-masing7. Pengikut ajaran ini
bersumpah tidak akan menceritakan kepada orang lain apa-apa yang dipelajari
Petikan dari kertas kerja
Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan
JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR
http://www.mymasjid.com.my
Sekianterima kasih.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumAimiRasyidaJunedi
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.jimoh370
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1Salam Salleh
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatKonsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatIeta Sa'ad
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'izikra husna
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Aina Sofieyah
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
Sikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahSikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahKamarudin Jaafar
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaIZZATIZULKEFLI1
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.jimoh370
 
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...AsmidahIsdal
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 

La actualidad más candente (20)

Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)Khiyar (Pilihan)
Khiyar (Pilihan)
 
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukumالعادة محمة : Adat dijadikan hukum
العادة محمة : Adat dijadikan hukum
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj   degree sem 1
khawarij , murjiah , qadariah, muktazillah, aswj degree sem 1
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakatKonsep maslahah dalam  syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
Konsep maslahah dalam syariat dan perlaksanaannya dalam masyarakat
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'i
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
Sikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahSikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwah
 
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.Usul fiqh, 'azimah.
Usul fiqh, 'azimah.
 
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman Nabi Muhammad ( abad k...
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Tajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep InsanTajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep Insan
 
Qawaid kelima
Qawaid kelimaQawaid kelima
Qawaid kelima
 

Destacado

Ajaran Sesat di Malaysia
Ajaran Sesat di MalaysiaAjaran Sesat di Malaysia
Ajaran Sesat di Malaysiahafizsafiai
 
Ajaran sesat yang diwartakan
Ajaran sesat yang diwartakanAjaran sesat yang diwartakan
Ajaran sesat yang diwartakanR&R Darulkautsar
 
Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia (Black Metal)
Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia (Black Metal)Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia (Black Metal)
Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia (Black Metal)Akhmal Musthafa
 
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )Visnu Candra
 
Paham dan aliran sesat presentation
Paham dan aliran sesat presentationPaham dan aliran sesat presentation
Paham dan aliran sesat presentationAchmad Ghozali
 
Fahaman yang bertentangan dengan aqidah islamiah
Fahaman yang bertentangan dengan aqidah islamiahFahaman yang bertentangan dengan aqidah islamiah
Fahaman yang bertentangan dengan aqidah islamiahDrZaky Matasim
 
Safinatun najah [syaikh salim bin sumair]
Safinatun najah   [syaikh salim bin sumair]Safinatun najah   [syaikh salim bin sumair]
Safinatun najah [syaikh salim bin sumair]Muallif Ramones
 
Aqidah Ahlus Sunnah Karya Hadratush Syaikh Hasyim Asyari
Aqidah Ahlus Sunnah Karya Hadratush Syaikh Hasyim AsyariAqidah Ahlus Sunnah Karya Hadratush Syaikh Hasyim Asyari
Aqidah Ahlus Sunnah Karya Hadratush Syaikh Hasyim AsyariMas Mito
 
Risalah aswaja
Risalah aswajaRisalah aswaja
Risalah aswajaMas Mito
 
Makalah tentang bid'ah
Makalah tentang bid'ahMakalah tentang bid'ah
Makalah tentang bid'ahALI FIKRI
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Bab. ii tauhid dalam islam powerpoint
Bab. ii tauhid dalam islam powerpointBab. ii tauhid dalam islam powerpoint
Bab. ii tauhid dalam islam powerpointmallaoktaviani
 

Destacado (20)

Ajaran sesat
Ajaran sesatAjaran sesat
Ajaran sesat
 
ajaran sesat
ajaran sesatajaran sesat
ajaran sesat
 
Ajaran Sesat di Malaysia
Ajaran Sesat di MalaysiaAjaran Sesat di Malaysia
Ajaran Sesat di Malaysia
 
Ajaran sesat yang diwartakan
Ajaran sesat yang diwartakanAjaran sesat yang diwartakan
Ajaran sesat yang diwartakan
 
Ajaran sesat
Ajaran sesatAjaran sesat
Ajaran sesat
 
Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia (Black Metal)
Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia (Black Metal)Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia (Black Metal)
Aliran Ajaran Sesat Di Malaysia (Black Metal)
 
Ajaran sesat
Ajaran sesatAjaran sesat
Ajaran sesat
 
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
Maulid nabi saw ( URGENSITAS MAULID )
 
Paham dan aliran sesat presentation
Paham dan aliran sesat presentationPaham dan aliran sesat presentation
Paham dan aliran sesat presentation
 
Fahaman yang bertentangan dengan aqidah islamiah
Fahaman yang bertentangan dengan aqidah islamiahFahaman yang bertentangan dengan aqidah islamiah
Fahaman yang bertentangan dengan aqidah islamiah
 
Safinatun najah [syaikh salim bin sumair]
Safinatun najah   [syaikh salim bin sumair]Safinatun najah   [syaikh salim bin sumair]
Safinatun najah [syaikh salim bin sumair]
 
Aqidah Ahlus Sunnah Karya Hadratush Syaikh Hasyim Asyari
Aqidah Ahlus Sunnah Karya Hadratush Syaikh Hasyim AsyariAqidah Ahlus Sunnah Karya Hadratush Syaikh Hasyim Asyari
Aqidah Ahlus Sunnah Karya Hadratush Syaikh Hasyim Asyari
 
Risalah aswaja
Risalah aswajaRisalah aswaja
Risalah aswaja
 
Makalah tentang bid'ah
Makalah tentang bid'ahMakalah tentang bid'ah
Makalah tentang bid'ah
 
Asbabul wurud
Asbabul wurudAsbabul wurud
Asbabul wurud
 
Bacaan tahlil rmi project syndication - www.rmi-nu.or.id
Bacaan tahlil    rmi project syndication - www.rmi-nu.or.idBacaan tahlil    rmi project syndication - www.rmi-nu.or.id
Bacaan tahlil rmi project syndication - www.rmi-nu.or.id
 
Tahlilan madzhab syafii
Tahlilan madzhab syafiiTahlilan madzhab syafii
Tahlilan madzhab syafii
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Do'a dan Tahlil
Do'a dan TahlilDo'a dan Tahlil
Do'a dan Tahlil
 
Bab. ii tauhid dalam islam powerpoint
Bab. ii tauhid dalam islam powerpointBab. ii tauhid dalam islam powerpoint
Bab. ii tauhid dalam islam powerpoint
 

Similar a Ajaran sesat dan pengaruhnya

18 dakwah bidah-dakwahetnhnicity (1) (1)
18 dakwah bidah-dakwahetnhnicity (1) (1)18 dakwah bidah-dakwahetnhnicity (1) (1)
18 dakwah bidah-dakwahetnhnicity (1) (1)Ahmad Hanif
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013MohdTajuddin
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislamanHamba La'eh
 
27.9.2012 hadis palsu
27.9.2012   hadis palsu 27.9.2012   hadis palsu
27.9.2012 hadis palsu Angah Rahim
 
Urgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modernUrgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modernZaky Maulani
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyahnyongkoh
 
AP WPI6012 Pengajian Islam 1.1
AP WPI6012 Pengajian Islam 1.1AP WPI6012 Pengajian Islam 1.1
AP WPI6012 Pengajian Islam 1.18arbi8
 
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfAliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfZukét Printing
 
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxAliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxZukét Printing
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 paiRIAN BERLIAN
 
titaskumpulan7-120920094652-phpapp01.pdf
titaskumpulan7-120920094652-phpapp01.pdftitaskumpulan7-120920094652-phpapp01.pdf
titaskumpulan7-120920094652-phpapp01.pdfizzatemir9
 

Similar a Ajaran sesat dan pengaruhnya (20)

Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02Khurafat 130420025512-phpapp02
Khurafat 130420025512-phpapp02
 
Aqidah islam
Aqidah islamAqidah islam
Aqidah islam
 
18 dakwah bidah-dakwahetnhnicity (1) (1)
18 dakwah bidah-dakwahetnhnicity (1) (1)18 dakwah bidah-dakwahetnhnicity (1) (1)
18 dakwah bidah-dakwahetnhnicity (1) (1)
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
 
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
Jawaban  s oal metodologi studi keislamanJawaban  s oal metodologi studi keislaman
Jawaban s oal metodologi studi keislaman
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Note 1
Note 1Note 1
Note 1
 
Sumber ilmu
Sumber ilmuSumber ilmu
Sumber ilmu
 
27.9.2012 hadis palsu
27.9.2012   hadis palsu 27.9.2012   hadis palsu
27.9.2012 hadis palsu
 
Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6
 
Urgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modernUrgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modern
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyah
 
AP WPI6012 Pengajian Islam 1.1
AP WPI6012 Pengajian Islam 1.1AP WPI6012 Pengajian Islam 1.1
AP WPI6012 Pengajian Islam 1.1
 
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdfAliran-Aliran Tasawuf.pdf
Aliran-Aliran Tasawuf.pdf
 
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docxAliran-Aliran Tasawuf.docx
Aliran-Aliran Tasawuf.docx
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Makalah "Konsep Aqidah Islamiyah"
Makalah "Konsep Aqidah Islamiyah"Makalah "Konsep Aqidah Islamiyah"
Makalah "Konsep Aqidah Islamiyah"
 
titaskumpulan7-120920094652-phpapp01.pdf
titaskumpulan7-120920094652-phpapp01.pdftitaskumpulan7-120920094652-phpapp01.pdf
titaskumpulan7-120920094652-phpapp01.pdf
 

Más de Faizah Yahya

Memelihara silaturrahim
Memelihara silaturrahimMemelihara silaturrahim
Memelihara silaturrahimFaizah Yahya
 
kemelut politik abbasiah (awal)
kemelut politik abbasiah (awal)kemelut politik abbasiah (awal)
kemelut politik abbasiah (awal)Faizah Yahya
 
Perkmbangn sistem raja berpelembagaan di thailand
Perkmbangn sistem raja berpelembagaan di thailandPerkmbangn sistem raja berpelembagaan di thailand
Perkmbangn sistem raja berpelembagaan di thailandFaizah Yahya
 
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Faizah Yahya
 
أسماء الإشارةواسمالعلم
أسماء الإشارةواسمالعلمأسماء الإشارةواسمالعلم
أسماء الإشارةواسمالعلمFaizah Yahya
 
Pensejarahan islam slide (13 mei)
Pensejarahan islam slide (13 mei)Pensejarahan islam slide (13 mei)
Pensejarahan islam slide (13 mei)Faizah Yahya
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandFaizah Yahya
 
Jabatan perdana menteri ( jpm)
Jabatan perdana menteri ( jpm)Jabatan perdana menteri ( jpm)
Jabatan perdana menteri ( jpm)Faizah Yahya
 
Jabatan negeri 15.10 15.19
Jabatan negeri 15.10 15.19Jabatan negeri 15.10 15.19
Jabatan negeri 15.10 15.19Faizah Yahya
 
Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..Faizah Yahya
 
Syariah syarikat..
Syariah  syarikat..Syariah  syarikat..
Syariah syarikat..Faizah Yahya
 
Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..Faizah Yahya
 

Más de Faizah Yahya (20)

Memelihara silaturrahim
Memelihara silaturrahimMemelihara silaturrahim
Memelihara silaturrahim
 
kemelut politik abbasiah (awal)
kemelut politik abbasiah (awal)kemelut politik abbasiah (awal)
kemelut politik abbasiah (awal)
 
Perhubungan luar
Perhubungan luarPerhubungan luar
Perhubungan luar
 
Perkmbangn sistem raja berpelembagaan di thailand
Perkmbangn sistem raja berpelembagaan di thailandPerkmbangn sistem raja berpelembagaan di thailand
Perkmbangn sistem raja berpelembagaan di thailand
 
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
Penglibatan filipina dalam pbb, seato,
 
Sumbangan tokoh
Sumbangan tokohSumbangan tokoh
Sumbangan tokoh
 
أسماء الإشارةواسمالعلم
أسماء الإشارةواسمالعلمأسماء الإشارةواسمالعلم
أسماء الإشارةواسمالعلم
 
isim
isimisim
isim
 
Pensejarahan islam slide (13 mei)
Pensejarahan islam slide (13 mei)Pensejarahan islam slide (13 mei)
Pensejarahan islam slide (13 mei)
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
 
Talak
TalakTalak
Talak
 
Jabatan perdana menteri ( jpm)
Jabatan perdana menteri ( jpm)Jabatan perdana menteri ( jpm)
Jabatan perdana menteri ( jpm)
 
Jabatan negeri 15.10 15.19
Jabatan negeri 15.10 15.19Jabatan negeri 15.10 15.19
Jabatan negeri 15.10 15.19
 
Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..Badan perundangan negeri..
Badan perundangan negeri..
 
وصية
وصيةوصية
وصية
 
Syariah syarikat..
Syariah  syarikat..Syariah  syarikat..
Syariah syarikat..
 
Kerajaan tempatan
Kerajaan  tempatanKerajaan  tempatan
Kerajaan tempatan
 
Syariah ( iddah)
Syariah ( iddah)Syariah ( iddah)
Syariah ( iddah)
 
Syariah poligami
Syariah poligamiSyariah poligami
Syariah poligami
 
Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..Syariah pembubaran perkahwinan..
Syariah pembubaran perkahwinan..
 

Ajaran sesat dan pengaruhnya

  • 1. AJARAN SESAT DAN PENGARUHNYA DI JOHOR 1. MUKADIMAH 1.1 Kertas kerja ini merupakan panduan untuk membincangkan mengenai ajaran sesat khasnya yang dikesan atau yang berlaku di negeri Johor Darul Ta‟zim. 1.2 Ajaran sesat merupakan satu fenomena yang berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi ia merupakan satu fenomena antarabangsa yang berlaku di mana-mana, maka kita terpaksa melihat perkara-perkara yang berkaitan secara menyeluruh untuk menjadi panduan kita menangani masaalah tersebut. 2. DEFINISI AJARAN SESAT 2.1 Majlis Ulama‟ Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia, dan Republik Singapura (MABIMS) mendefinisikan ajaran sesat sebagai: “Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, serta bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah”. FAKTOR BERLAKUNYA AJARAN Di antara factor-faktor perkembangan ajaran sesat di negara kita yang telah dikenal pasti antaranya adalah seperti berikut:- 1. FAKTOR KEPERCAYAAN 1.1 Percaya kepada perkara-perkara ghaib Percaya kepada perkara-perkara ghaib adalah salah satu factor tersebarnya ajaran sesat. Ini disebabkan perkara ghaib itu adalah sesuatu yang sememangnya diasaskan oleh Al-Quran dan Al-hadith, kerana akidah, syarak dan akhlak Islam itu sendiri adalah perkara ghaib yang hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Al-hadith. Jesteru kerana itu penganut-penganut ajaran sesat amat mudah sekali percaya kepada sesuatu perkara ghaib yang dikemukakan oleh guru-guru ajaran sesat apabila perkara-perkara ghaib itu disandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith yang telah diputar belitkan sehingga pengikut-pengikut ajaran sesat itu tidak lagi dapat melihat kesesatan yang disampaikan. Maksudnya: “iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan sembahyang yang menafkahkan sebahgian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka”. 1.2 Kegairahan mencari kelebihan ilmu-ilmu Islam
  • 2. Keghairahan untuk mencari kelebihan ilmu-ilmu Islam adalah juga merupakan faktor perkembangan ajaran sesat. Keghairahan yang sedemikian rupa boleh menyebabkan sesorang mudah percaya dan tertipu dengan ajaran-ajaran yang menarik yang dikeluarkan oleh tok guru. Mereka selalu ditipu dengan alasan bahawa ajaran yang disampaikan adalah ilmu yang dimiliki oleh Rasul-Rasul dan Wali-Wali yang dirahsiakan oleh Rasul-Rasul dan Wali-Wali tersebut kepada orang ramai. Sebab itulah ajaran sesat menurut pandangan penganutnya begitu bernilai sekali, sedangkan ajaran Islam yang ada adalah sama seperti barang yang dijual lelong dikaki lima yang tidak berharga dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. 1.3 Amat logik dan bersesuaian dengan selera mereka Ajaran sesat juga biasanya amat logik dan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak bagi mereka yang ingin mencari ilmu yang lebih. Ajaran itu pula ditambah dengan kematangan dan kelojikan yang dapat diterima oleh akal mereka. Ajaran sesat itu diadun sedemikian rupa dengan hujah-hujah yang sungguh menarik sekali sehingga mempersonakan pengikut-pengikut ajaran tersebut. Seperti penjual obat batuk yang menggambil tahi kambing goreng dan diperah serta dijual ubat itu. Oleh kerana terlalu pandai bercakap dan berhujah menyebabkan ramai penonton yang tidak mengetahui rahsia bagaimana ubat itu, sedangkan ia diperbuat dari bahan najis dan sebagainya. 1.4 Ajaran sesat Ajaran rahsia adalah satu faktor perkembangan ajaran sesat. Rahsia adalah sesuatu yang tidak boleh diberitau kepada orang lain. Jesteru itu perkara ini akan menyebabkan seorang yang telah tersesat akan terus sesat kerana ia tidak akan menceritakan ajaran sesat itu kepada orang lain walaupun pengikut ajaran sesat itu sendiri. Mereka telah bersumpah dihadapan guru untuk tidak memecahkan rahsia itu. Ilmu rahsia ini pula sering menimbulkan keluh kesah dan gelisah di kalangan orang-orang lain yang diberitahu tentang adanya ilmu rahsia. Maka ramailah yang ingin mengetahui ilmu rahsia itu lagi. Dengan ini semangkin ramailah orang yang tersesat. 1.5 Khurafat Khurafat adalah merupakan tapak semaian yang paling subur untuk tersemainya ajaran sesat. Sedangkan khurafat adalah merupakan fenomena sejagat yang terdapat dikalangan umat Islam. Di antara kepercayaan khurafat yang menjadi darah daging umat islam ialah : i) Mempercayai sesuatu selain daripada Allah S.W.T. Percaya kepada sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T. boleh membawa kesan kepada kehidupan manusia dari segi akidah, ia sering dijelmakan menerusi perbuatan membuang ancak, semah binatang di tempat-tempat tertentu dan sebagainya, sepertimana yang telah ditentukan oleh sesetengah bomoh. ii) Roh wali boleh mengkabulkan cita-cita Kepercayaan khurafat juga terdapat di sekitar kepercayaan bahawa roh si mati yang dahulunya di percayai sebagai wali, boleh menyampaikan hasrat hati manusia kepada Allah
  • 3. S.W.T. Lantas apabila sesuatu hajat dipinta itu termakbul ada di antara umat islam yang terus pergi ke kubur-kubur tersebut dan membayar nazar serta meminta itu dan ini. Kesesatan kepercayaan khurafat ini amat ketara sekali. Sebenarnya tiada siapa yang melebihi kemuliaan Rasulullah s.a.w. sedangkan makam Rasulullah s.a.w. dilarang sama sekali dijadikan tempat merayu, menangis, meminta dan sebagainya. Inikan pula kubur si mati yang belum tentu hujung pangkalnya, entah benar-benar wali atau tidak. iii) Masa menentukan sesuatu Kepercayaan khurafat juga terdapat di kalangan umat Islam yang berkaitan dengan masa, seperti bulan safar. Hari tertentu di dalam bulan tersebut dikatakan sebagai hari sial. Untuk menolak bala, beberapa upacara diadakan seperti mencampakkan kertas yang bertulis dengan ayat Al-Quran ke dalam perigi atau tempayan berair sebagai usaha untuk menolak bala tersebut dan sebagainya. iv) Bintang penentu nasib Kepercayaan khurafat juga terdapat kepada pelangkah sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Misalnya, kalau hendak melakukan sesuatu pekerjaan dilihat masa dan hari tertentu yang baik bagi sesuatu pekerjaan. Andainya masa yang dilihat tidak baik, ia tidak jadi melakukan pekerjaan itu. Sedangkan masa yang dijadikan oleh Allah S.W.T. tidak ada bezanya diantara satu sama lain. Lebih-lebih lagi segala yang berlaku di atas muka bumi ini adalah tertakluk kepada Qada‟ dan Qadar Allah S.W.T. v) Raksi mengenai jodoh Kepercayaan khurafat juga terdapat didalam kepercayaan kepada penentuan jodoh pertemuan kepada “raksinya” Ertinya sebelum perkahwinan berlaku nama si lelaki dan si perempuan dikira dengan bilangan tertentu, kemudian dinilai “raksinya” Kalau sesuai dikatakan jodoh itu panjang dan jika tidak, jodoh itu dikatakan tidak akan kekal. vi) Tenung dan telek Umat Islam juga ada yang begitu percaya kepada kepercayaan khurafat di dalam bertenung nasib, bomoh dan sebagainya untuk menentukan masa depan sesaorang. Inilah merupakan bunga-bunga kesesetan yang membawa kepada kepercayaan bahawa tingkah laku manusia itu tadi terikat dengan ramalan-ramalan tersebut. Sedangkan semua perkara di alam semesta ini adalah menjadi hak Allah S.W.T yang menentukannya. Semua amalan khurafat yang telah disenaraikan di atas, sebenarnya telah terlebih dahulu menjadi adat resam orang-orang jahiliah di Mekah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Misalnya adat bertenung nasib atau kahanah, melihat pelangkah atau tirah dan undi nasib atau aslam telah menjadi adat resam mereka. Kedatangan Rasulullah s.a.w. untuk mencabut akar umbi adat yang karut marut ini dan digantikan dengan cara Islam. 2. FAKTOR KECETEKAN ILMU DAN IMAN 2.1 Kecetekan guru-guru yang mengajar ilmu pengetahuan Islam adalah punca berlakunya kesesatan.
  • 4. Kini terlalu ramai mereka yang tidak mahir dengan ilmu Islam lantas mendabik dada bahawa ia telah pandai dan bertaraf ulama dan mula mengumpulkan murid-murid. Di sinilah letaknya kepentingan peraturan Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia mengeluarkan tauliah kepada guru-guru yang ingin mengajar agama. Ini adalah satu cara perbendungan ajaran sesat yang baik dan berkesan. Ada pula antara mereka yang baru setahun jagung berkecimpung dalam tarikat dan tasauf tertentu terus ingin menjadi syeikh memimpin orang-orang lain di dalam mengamalkan tarikat. Kejahilan guru tarikat itu sendiri dalam akidah, syarak dan akhlak Islam sering mengelincirkan mereka ke lembah kesesatan. Ini disebabkan perjalanan ahli-ahli sufi mencapai hakikat penuh dengan liku-liku dan dugaan. Ada di antara mereka disesatkan oleh syaitan. Selaras dengan matlamat syaitan yang teragung iaitu menyesatkan anak adam. 2.2 Murid-murid ajaran sesat juga biasanya terlalu cetek ilmu pengetahuan Islamnya, ditambah dengan kekurangan iman. Mereka merupakan pak turut. Kedudukan mereka boleh diibaratkan seperti kerbau mengikut gembalanya. Seandainya pengembala masuk ke dalam sungai, kerbau-kerbaunya juga akan turut masuk ke dalam sungai. Cuma segelintir dari mereka yang cerdik berpatah balik ke pangkal jalan. Jesteru kerana itu setiap umat Islam mestilah berwaspada dan hanya berguru kepada mereka yang sememangnya termasyur kebenaran ajarannya. 3. FAKTOR EKONOMI 3.1 Guru-guru ajaran sesat juga merupakan manusia biasa yang memerlukan keperluan asas untuk hidup bahagia di dunia ini. Sebagai sifat semula jadi terdapat orang yang kurang rajin untuk mencari rezeki yang halal. Jalan singkat yang mudah diperolehi untuk mencari wang ialah dengan mengekploitasikan murid-murid yang setia dengan mengeluarkan ajaran pengabdian diri kepada guru dan penyerahan segala yang ada pada guru sebagai pasport dan visa untuk masuk ke syurga. Seperti mana yang digalakan oleh Allah S.A.W. penyerahan diri dan pengabdian manusia kepadanya. 3.2 Untuk menghasilkan pendapatan yang banyak bagi mendapatkan pasport dan visa ke syurga seperti mana yang disarankan oleh guru-guru ajaran sesat, pengikut-pengikutnya terpaksa membanting tulang dan bekerja keras. Akibatnya terkumpul sejumlah hasil yang memuaskan dari aktiviti-aktiviti perekonomian yang dijalankan. Di samping membuncitkan perut guru, murid-murid juga menjadi kaya akhirnya timbullah kepercayaan bahawa ajaran sesat yang dibawa oleh guru itu membawa kejayaan. 4. FAKTOR SEKS 4.1 Ada di antara guru-guru yang lain terlalu kuat lunjakan dan runtuhan nafsu syahwatnya. Sedangkan ia mahir dan arif akan halal dan haramnya kegiatan memuaskan nafsu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ada juga di antara mereka yang tidak dapat membendung luapan nafsu syahwat sekadar mengerjakan amal ibadat. Mereka tidak dapat berbuat maksiat seperti mana yang dilakukan oleh orang-orang awam.
  • 5. Jesteru nafsu syahwatnya itu dipimpin oleg syaitan. Lantas ia mendorong sesaorang itu mengajar ilmu batin yang sesat. Langkah pertama ia mempersoalkan tentang kesalahan nikah biasa hingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikutnya. Selepas itu barulah jarum nikah batin dijalankan. Setiap bakal isteri dinikah batinkan dahulu (bersetubuh) dengan guru, kemudian barulah sah nikah zahir dengan bakal suami. Malah dengan penganut-penganut ajaran sesat yang telah lama berkahwin didakwa sebagai tidak sah nikahnya dan dinikah batinkan semula oleh guru ajaran sesat. Inilah cara yang paling baik bagi guru ajaran sesat untuk memuaskan nafsu syahwatnya. 5. FAKTOR SOSIAL 5.1 Biasanya berlaku konflik persaingan yang hebat di antara guru-guru agama di dalam mencari murid dan meluaskan pengaruh masing-masing di dalam sesuatu masyarakat. Sudah menjadi lumrah alam, ada di antara guru-guru yang bersaing itu mengatasi yang lain, yang lain itu pula tidak berputus asa. Jalan lain perlu diusahakan. Oleh kerana itu, mereka terpaksa mencipta ajaran-ajaran yang lebih menarik dan dari yang lain. Dengan ini ramailah pengikut-pengikut yang terpengaruh dengan ajaran yang baru ini walaupun ia merupakan ajaran sesat. Martabat guru ajaran sesat ini juga biasanya lebih mulia, tinggi dan mengatasi segala guru- guru yang ada, malah mengatasi Rasulullah s.a.w. dengan gelaran Mursyid (pembimbing) atau sebagainya. Kegilaan kuasa adalah salah satu factor yang menyebabkan kesucian Islam dinodai dan diperalatkan. 5.2 Pengikut-pengikut ajaran sesat juga percaya bahawa mereka mempunyai status yang tersendiri. Keyakinan dan kepercayaan yang kuat, bahawa merekalah orang-orang Islam yang sebenarnya begitu mendalam tersemat dihati sanubari mereka sedangkan orang-orang lain adalah kafir, belum Islam, Islam kulit dan sebagainya. Wujudnya superioriti konfleks menyebabkan mereka terus berkekalan dalam kesesatan dan sanggup berjihad demi mempertahankan kesesatan mereka. 5.3 Guru ajaran sesat merancangkan perayaan peristiwa tertentu sedangkan perayaan- perayaan ini sedikit sebanyak memberi kesan psikologi yang mendalam sebagai ganti Maulidul Rasul, Isra dan Mikraj dan lain-lain lagi. Perayaan ini membina semangat dan sikap membangga diri kepada pengikut ajaran sesat kepada pengikut-pengikut ajaran Islam yang tulin. Mereka biasanya telah menyisihkan diri daripada masyarakat dan mempunyai cara hidup yang tersendiri. Perayaan yang diadakan juga dapat memberi semangat perpaduan di mana mereka dapat bertemu mesra. 6. FAKTOR PSIKOLOGI 6.1 Guru-guru ajaran sesat, biasanya terdiri daripada orang-orang yang terlalu pandai bercakap, bernas fikiran dan mempunyai sejenis Charismatic Leadership atau kebolehan luar biasa didalam menyelesaikan permasaalahan masyarakat. Kepelikan pemikiran mereka ini
  • 6. biasanya bertambah dari masa ke semasa hingga lahir sesuatu yang luar biasa dari pemikirannya. Tetapi mereka masih lagi berkemampuan untuk bersosial seperti manusia biasa, walaupun fikirannya sudah tidak “normal”. Kepelikkan pemikirannya adalah bertitik tolak daripada keupayaannya mengeluarkan sesuatu pendapat mengenai alam ghaib yang telah diakui oleh akal manusia yang waras bahawa setiap sesuatu yang berada di alam ghaib adalah berada di luar ruang lingkup kekuasaan akal manusia yang sememangnya manusia terpaksa berlindung di bawah bimbingan Al-Quran dan Hadith iaitu segala yang berkaitan dengan akidah syarak sepeti memansuhkan solat dan sebagainya. Jesteru itu, batin pengukur yang dapat menentukan sesuatu hukum yang hendak dikeluarkan oleh sesaorang guru itu ialah Al-Quran dan Hadith terutama rukun Islam yang lima dan rukun Iman yang enam. Seandainya terdapat tokok tambah attau pengurangan dari mana-mana rukun Islam dan Iman, maka jelaslah itu adalah ajaran sesat. 6.2 Mental guru ajaran sesat biasanya kurang sihat, kurang sihat dalam erti kata akalnya terganggu. Diganggu oleh faktor yang sukar ditentukan seperti terlalu banyak amal ibadat, kurang makan, kurang minum, kurang tidur dan sebagainya yang menyebabkan jasmaninya tidak berdaya untuk memberi tenaga yang cukup untuk berfikir secara waras. Kelemahan ini dipenuhi pula oleh syaitan yang memberi ilham kuat dan menyesatkan. 6.3 Konflik Jiwa, kadang-kadang berlaku dikalangan masyarakat apabila nilai-nilai Islam yang tulin dinodai oleh nilai-nilai yang baru mendatang. Revolusi jiwa yang mendadak mencetuskan satu keinginan untuk mencari hakikat kebenaran di dalam ajaran yang baru yang difikirkan dapat mengubati konflik jiwa yang dialami. Mereka begitu keciwa melihat ajaran Islam yang ada tidak dapat dipertahankan kesuciannya daripada nodaan nilai-nilai yang baru mendatang. Kini mereka tidak kira sama ada ajaran baru itu benar atau berdepatan dengan akidah Islam atau tidak. Apa yang penting mereka berpuas hati dan jiwa mereka terubat. 7. FAKTOR ILMU 7.1 Keinginan untuk mempertahankan diri dengan ilmu-ilmu batin yang bertentangan dengan Islam seperti ilmu kebal dan sebagainya telah menyebabkan ramai umat Islam yang tersesat. Dalam hal ini ilmu kebal dan sihir bukanlah dari ajaran Islam yang sebenarnya. Untuk mengelirukan umat Islam, bacaan di dalam upacara ilmu batin dan sihir biasanya disadur atau dipakaikan jubah Islam iaitu diadakan supaya kelihatan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Syirik telah berlaku dalam perbuatan yang sedemikian rupa, tanpa disedari oleh umat Islam yang terlibat kerana wujudnya permujaan dan permintaan pertolongan terhadap sesuatu kuasa yang lain dari Allah S.W.T. 7.2 Ilmu batin yang bertentangan dengan Islam pula disebarkan oleh guru-guru yang berpengaruh dalam masyarakat atau orang-orang yang berpangkat. Kerana kedudukannya yang tinggi dan berpengaruh inilah menyebabkan orang ramai tidak dapat melihat kesesatan ilmu yang diajarkan. Sedangkan ilmu-ilmu batin yang bertentangan dengan Islam tidak termasuk di dalam ilmu fardu ain atau kifayah, tetapi termasuk di dalam ilmu syaitan.
  • 7. Di dalam Islam sememangnya ada ilmu kebatinan. Tetapi ilmu kebatinan Islam hanyalah dalam bentuk ilmu tasauf. Inilah ilmu kebatinan yang berlunaskan Al-Quran dan Al-Hadith untuk umat Islam memperlajarinya, bukan ilmu kebatinan yang lain. Wujudnya ilmu kebatinan Islam yang berupa tasauf adalah bertujuan untuk memperundangkan tingkah laku batin yang ada pada manusia misalnya Islam menggalakkan peningkatan iman, yakin, taqwa, redha, syukur dan lain-lain lagi. Pantang larangnya pula dijelmakan di dalam bentuk larangan terhadap poerasaan hasad dengki, takbur, sombong, riak dan sebagainya. Kesimpulannya, bahawa konsep kebatinan dalam Islam amatlah jelas iaitu ilmu tasauf, sedangkan ilmu yang mempertahankan diri melalui ilmu kebal, sihir, yoga dan sebarang ajaran kebatinan yang lain adalah konsep ilmu batin yang terkeluar daripada konsep Islam. 8. ORIENTALIS BARAT 8.1 Orientalis barat beranggapan bahawa cara yang paling baik bagi menghancurkan umat Islam ialah memalui ajaran Islam itu sendiri. Jesteru kerana itu orang-orang orientalis barat telah memainkan peranan yang aktif dalam memesatkan lagi penyebaran ajaran sesat. Misalnya peranan yang dimainkan oleh C.M Remy yang menggalakan perkembangan ajaran sesat Bahai. Di antara ungkapannya ialah : “The Bahai cause stands for the unity of the teaching of Bahai‟sm in the unification of the religious of world” Setiap factor yang tercatat di atas antara satu sama lain saling bantu membantu dalam memperkembangkan ajaran sesat di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Tidak ada satu ajaran sesat yang muncul disebabkan oleh satu factor daripada factor-faktor yang tersebut di atas mesti ada pada setiap ajaran sesat. JENIS AJARAN SESAT · Ajaran Kebatinan · Jenis Tariqat/Tasauf · Jenis-jenis Aqidah · Jenis Asal Usul Kejadian 1. Ajaran kebatinan Ajaran ini lahir pada zaman pemerintahan Kerajaan Al-Abbasiah semasa Khalifah Al- Makmun (198H) dan mula merebak pada zaman Khalifah Muktasim (218H), dan ajaran ini dipelopori oleh sekumpulan orang Majusi. Pada mulanya mereka mengambil fikiran falsafah dalam mentafsirkan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kemudian mereka mempertikaikan tentang diri Rasulullah s.a.w. dan pemerintahannya, oleh kerana Islam telah kuat maka tidak bijak untuk mengalahkannya dengan terang-terang tetapi berpura-pura masuk agamanya dan menentang serta merosak agamanya daripada dalam dengan cara halus. Golongan ini mengangap dirinya telah berhubung batin dengan Tuhan sehingga mereka
  • 8. berani menyatakan bahawa Tuhan telah bertempat dalam dirinya (Al-Hulul). Mereka berusaha membawa Al-Quran mengikut kemahuan nafsunya dan cuba memutar belitkan amal zahir kepada rahsia batin. Dr. Mohamad Kamil Husin telah menyifatkan golongan ini sebagai guru kepada ajaran-ajaran sesat yang lainnya, ini disebabkan mereka mempunyai taktik yang cukup halus dalam usaha mereka mengembangkan dan menabur fahaman mereka di kalangan masyarakat Islam yang lemah pemikiran dan kurang pengetahuan Islam. Ajaran kebatinan ini bukan sahaja menyentuh masaalah akidah sahaja malahan merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu kekuatan dan kekebalan. Ilmu kebatinan dari negeri Jawa banyak mempengaruhi ilmu kebatinan yang ujud di Malaysia. Ilmu kebatinan dari negeri Jawa mempunyai dua prinsip : 1. Membentuk dunia indah dan makmur 2. Banyak bekerja, berbakti dengan tidak memikirkan keuntungan diri. Dari dua prinsip ini adalah dibahagikan aliran kebatinan kepada 4 golongan. 1. Golongan yang hendak menggunakan kekuatan ghaib untuk melayani berbagai-bagai keperluan manusia. Golongan ini ialah yang mengambil berat dengan ilmu ghaib. 2. Golongan yang berusaha untuk mempersatukan jiwa manusia dengan Tuhan, selama manusia itu masih hidup, agar dengan itu dapat merasakan serta mengetahui hidup yang kekal sebelum manusia itu mengalami kematian. 3. Golongan yang berniat mengenal Tuhan dan berusaha menembusi rahsia yang disebut dalam prinsip kebatinan Jawa iaitu Parang Sangking Dumadi yang bermakna dari mana manusia itu hidup dan kemana manusia akan pergi. 4. Golongan yang berhasrat untuk budi yang luhur di dunia ini serta menciptakan masyarakat yang berdasarkan saling menghormati dan cinta mencintai dengan selalu menjunjung titah perintah Allah S.W.T., hanya golongan yang keempat inilah yang diamalkan oleh tokoh- tokoh sufi yang sebenarnya. Manakala tiga golongan yang terdahulu itu kebanyakan di anggotai oleh orang-orang yang suka berpura-pura tahu segala rahsia alam dan kejadian secara batin yang membawa kepada penyelewengan akidah. Ajaran kebatinan yang terdapat di Johor ialah ajaran di mana kononnya hendaklah sewaktu membaca Fatihah niatkan kepada seluruh tubuh badan kita supaya selamat dan tidak terjejas segala perkara-perkara yang memberi bekas dengan bacaan seperti berikut : “Alhamdu – Tubuh. Lillahi – Hati. Rabbil‟alamin – Darah. Maliki yaumiddin – Cahaya. Iyyaka nakbudu – Tulang. Waiyyaka nastain – Urat. Ihdinassirotal mustaqim – Daging. Sirotallazina – Lidah. Anamta „alaihim – Kepala. Ghairil maghdubi alaihim – Jantung. Walaadollin – Hempedu. Amin – Sempurna zahir dan batin”. 2. Jenis Tarikat / tasauf Kebiasaannya, pengembang ajaran sesat cuba menyebarkan ajarannya dengan berselindung disebalik nama tarikat atau memakai pakaian ahli Sufi sedangkan pengajaran yang dibawa dan amalan yang dilakukan jauh dari pengajaran Tasauf yang
  • 9. sebenar. Sebenarnya ilmu Tasauf itu adalah berlandaskan kepada Al-Quran dan Hadith serta melaksanakan segala kewajipan-kewajipan yang dituntut oleh keduanya, bukanlah sebagai suatu ilmu yang menjauhkan diri daripada melaksanakan kewajipan yang dituntut oleh Al- Quran dan Hadith. Bukan hanya dengan memakai pakaian zahir sebagai seorang ahli Sufi, sedangkan dari segi amalan seharian tidak melambangkan diri sebagai orang yang bertaqwa. Kenyataan ini jelas sebagaimana yang dilakukan oleh Harith bin Busu pengasas (Tarikat Assadullah) melalui wasiatnya itu kepada wasiat ahli Sufi. Dalam ajaran sesat terdapat penggunaan pemikiran dan istilah-istilah Tasauf seperti Wujudiah, Wahdah, Wahidah, alam insan, alam ajsam, alam arwah, ujud, nur ilmu, syuhud ilmu, syariat, tarikat, hakikat, makrifat, zat, sifat, roh, idafi, nor Muhammad, wali kutub dan asmak af‟aal” tetapi diberi makna dan pengertian mengikut pemikiran tanpa sandaran yang sah, sebagaimana kupasan makna syariat, taikat, hakikat dan makrifat mengikut pemikiran dan selera guru. 3. Jenis-jenis Akidah Pengembang-pengembang ajaran sesat biasanya cuba mengupas hubungan manusia dengan Allah S.W.T. untuk sampai kepada akidah yang sempurna, di mana ada hubungan antara mengenal huruf kepada diri kita kesempurnaan iman kepada Allah S.W.T. Sebagai contoh golongan ini membahagikan Alif iaitu huruf yang pertama menjadi La dan La pula berpecah kepada lima bahagian dan setiap bahagian itu pula berpecah kepada beberapa bahagian pula. Kalimah Allah S.W.T. terpecah kepada dua bahagian. 1) Daripada Allah S.W.T. menjadi kalimah tauhid. 2) Terjadi kepada jalan syariat, tarikat, hakikat dan makrifat Begitulah huraian-huraian yang dibuat oleh pengembang ajaran sesat mengenai Tauhid, Syahadat, dan mentauhidkan diri kepada Allah S.W.T. dengan huraian- huraian yang terkeluar daripada akidah Islam. 4. Jenis Asal Usul Kejadian Manusia Terdapat juga ajaran sesat yang bercirikan kepada asal usul kejadian, kerana ia begitu berminat membahaskan asal kejadian manusia hingga dikatakan manusia itu sebagai bayangan dari wujudnya Allah S.W.T. Contoh ajaran ini umpamanya menghuraikan bahawa insan itu perhimpunan segala martabat pada sisi Allah S.W.T. Martabat insan di sisi Allah S.W.T. ada tiga : (1) Martabat insan ubudiyah, iaitu dari golongan khawasul khawas. (2) Martabat insan ubudiyah, iaitu dari golongan kamil mukammil. (3) Martabat mausuf, iaitu dari golongan kamil wa mukammil. Manakala martabat insan di sisi makhluk itu banyak antaranya :
  • 10. Martabat Raja, Martabat Menteri, Martabat Anak Raja, Martabat Tun, Martabat Tan Sri, Martabat Dato‟ Sri, Martabat Dato‟ dan Datin, Martabat Datok Muda, Martabat Penghulu, Martabat Pegawai-pegawai, Martabat Tuan dan Puan, Martabat Encik dan lain-lain. 5 Contoh Ajaran Sesat 5.1 Ajaran sesat biasanya berlaku kerana mengadakan bid‟ah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil qat‟ie dan tidak boleh dipertikaikan. Antara pengakuan yang dikesan ialah mengaku dirinya sebagai nabi, mengubah Al-Quran dan Hadith, menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menunaikan fardu Haji ke Mekah dan seumpamanya. 5.2 Manakala ajaran sesat yang diketahui umum dan pernah dikesan di negara kita adalah seperti berikut : (a) Ajaran Bahai Bahai atau Al-Bahaiyah adalah satu kumpulan atau mahzab yang mendakwa nabi baru dengan kitabnya yang suci “ Al-Bayan”, memansuhkan segala kitab samawiyyah seperti Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran. Mirza Ali Muhammad mendakwa dia menjadi rasul dan menyangka syariatnya memansuhkan syariat Islam dan juga mereka hukum-hukum itu supaya dijalankan oleh pengikut-pengikutnya dan hukum-hukum itu menyalahi hukum Islam. Al-Baha (Mirza Hussien Ali) menjadikan sembahyang 9 rakaat sehari semalam. Dan kiblat orang Bahaiyyah dalam sembahyang bukanlah ke kaabah tetapi dengan mengadap di mana Al-Baha itu berada. Kaum Bahaiyyah menentang segala apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dari perkara I‟tiqat dan hukum, mereka juga menentang Al-Quran dengan menafsirkan mengikut rekaan mereka sendiri. Mirza Ali Muhammad mendakwa menjadi rasul dan syariat Islam, dia juga mereka-reka hukum itu supaya dijalankan oleh pengikut-pengikutnya dan hokum hakam itu adalah menyalahi hokum-hukum Allah S.W.T. Mempertikaikan kebenaran hadith merupakan pokok ajaran INKARUS SUNNAH (menolak sunnah) yang menyatakan bahawa rasul tidak bertugas memberikan keterangan yang akan menimbulkan pengertian hukum baru seperti yang dikenal dengan sebutan Al-Sunnah atau Al-Hadith. Menurut mereka, hadith disusun berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, dari orang-orang yang lebih tua yang dipandang mengerti agama. Jadi hadith adalah cerita tentang diri Nabi yang tidak dapat diyakini kebenarannya. Mirza Ali dalam Bahai mendakwa dirinya Imam Mahadi Al-Muntazar dan sebagai rasul. Bahai mengajak kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang
  • 11. sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia didunia iaitu agama Bahai. Agama Bahai menyatukan agama Yahudi, Nasrani dan Islam dengan alasan bahawa semuanya itu adalah agama yang datang dari Tuhan. Mereka mendakwa mempunyai nabi baru dengan kitabnya yang suci iaitu Al-Bayan, memansuhkan segala kitab samawiyyah seperti Zabur, Taurat dan Al-Quran. Hanya Bahai satu-satunya yang berhak berdiri dipermukaan bumi ini sementara lain-lain akidah dan syariah tidak boleh. Kerana ini mereka mengambil paksaan kepada orang ramai supaya mengikut ajaran itu. Jika terdapat tentangan dari mana-mana orang, maka penganut Bahai adalah disuruh supaya membunuhnya. Pendakwaan diri atau pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mempastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih daripada empat. Puasa dalam bulan Ramadan dalam ajaran Bahaiyah menjadikan puasa 19 hari, bermula dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari dan bukan dalam bulan Ramadan tetapi dalam musim bunga dan jatuh Hari Raya mereka pada hari Niruz (hari orang parsi penyembah api sebelum Islam). (b) Ajaran Qadiani Mirza Ghulam Ahmad (Qadiani) merupakan pemimpin ajaran Qadiani, berasal dari Qadiani, India. Beliau mengaku dirinya sebagai nabi, rasul, Nabi Isa Al-Masikh dan Imam Al-Mahadi. Dia telah mengubah dan meminda ayat-ayat Al-Quran, penyelewangan ini meliputi maksud dan lafasnya sekali. Hukum mengubah ayat-ayat Al-Quran dan Hadith sama ada maksud, makna dan lafasnya adalah kufur seperti megaku diri menjadi nabi telah mendustakan Al-Quran, Hadith dan Ijmak. Dia menghapuskan kewajipan berjihat, ajaran ini bertentangan dengan maksud ayat 78 surah Al-Haj : “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah S.W.T. dengan jihat yang sebenar- benarnya. Menunaikan fardu Haji ke Mekah. Dalam ajaran Qadiani telah memindahkan ibadat haji dari Mekah ke Qadian. (Nama salah satu tempat suci bagi Mirza Ghulam Ahmad). Kedatangan ajaran Qadiani ke Malaysia dipercayai pada awal tahun 1930-an dan penyebarannya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz, datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya terletak di No. 116, Unan Road. Melalui pengkalannya di situ, dia menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang Maulana Inmanuddin dan Tuan Abdul Hay. Kemudian datang pula Maulana Mohd. Sadiq bin Bakaratullah pada 22 Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini. Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia telah ditentang hebat oleh ulama-ulama Islam. Di Jeram Selangor ketua Qadiani disitu Syed Abdul Rahman bin Syed Alwi telah meminta Sultan Selangor mengadakan penyelidikan keatas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23 Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda Sultan di Istana
  • 12. selangor, pihak Qadiani telah diwakili oleh Mohd. Sadiq Barakatullah dan Mohd. Zuhdi Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama dari Pejabat Agama Islam Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai golongan Islam, malah terkeluar dari Islam. Ajaran Qadiani pernah di kesan di sebuah kampung di Segamat, Johor. Dan satu perdebatan ilmiah telah dibuat oleh Sohibus Samaha Dato‟ Alwi Tahir Al-Haddad, Mufti Kerajaan Johor bahawa ajaran Qadiani terkeluar dari ajaran Islam dan setiap penganut Qadiani tidak boleh dikuburkan diperkuburan orang Islam. (c) ariqat Al-Mufarridiyah Syeikh Makmun dari Tariqat Mufarridiyah dan Buki Syahidin masing-masing mengaku diri mereka Imam Mahadi Al-Muntazar. Syeikh Makmun dari Tariqat Mufarridiyah telah mendakwa nampak bagaimana azab dikenakan ke atas si mati, oleh itu orang yang ingin mendapat pembalasan ke atas keluarganya yang telah mati boleh membayar kepada beliau sekurang-kurangnya 26,000 rupiah bagi tiga malam. Sembahyang Jumaat dalam ajaran dan amalan Tariqat Mufarridiyah oleh Sheikh Makmun yang berusaha menarik orang ramai dan menguatkan Tariqatnya, telah dengan sedaya upaya menunjukan kebolehannya yang luar biasa. Beliau tidak pernah pergi sembahyang di Masjid kerana katanya beliau sembahyang di Mesjid Al-Haram, Mekah. Tetapi sebenarnya beliau pada waktu itu menguncikan dirinya di dalam bilik. (d) Ajaran mentafsir dan menghuraikan Al-Quran dan Hadith mengikut sesuka hati Perkara ini pernah dilakukan oleh Mansyur SH dan MT Taufik di Indonesia, mereka memutar belitkan isi Al-Quran dengan mentafsirkan ayat-ayat secara keliru seperti ayat 67 surah Al- Azhab yang bermaksud : “Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”. Ketua-ketua dan orang-orang besar yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah pemimpin- pemimpin orang kafir itu sendiri. Akan tetapi Mansyur SH dan Taufik mentafsirkan ketua- ketua dan orang-orang besar adalah para ulama. Perbuatan mentafsirkan Al-Quran dan Hadith sesuka hati adalah dilarang dan berdosa, benar dan jelas bertentangan dengan ajaran Islam, ini dijelaskan dalam ayat 75 surah Al-Baqarah yang bermaksud : Terjemahan : “Sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar kalam Allah S.W.T. (Taurat) kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (perbuatan itu salah)”. 6. Taktik Penyebaran
  • 13. 6.1 Satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan, bahawa kejayaan ajaran sesat menyeludup masuk dan meresapi pemikiran umat Islam di Negeri Johor khasnya dan seluruh dunia Islam amnya adalah bertitik tolak daripada kelicinan method atau taktik penyebarannya. 6.2 Antara taktik penyebaran ajaran sesat adalah seperti berikut : i) Penyebar-penyebar ajaran sesat akan membuat kajian yang rapi keadaan alam sekitar, latar belakang dan segala yang berkaitan dengan sesaorang yang hendak disesatkannya. Andainya mereka dapati hendak dipengaruhi itu terlalu kuat imannya dan tinggi ilmu pengetahuannya, jarang sekali percubaan penyebaran ajaran sesat itu dilakukan keatasnya. ii) Sesiapa juga yang dijadikan mangsa ajaran sesat itu diajarkan secara rahsia tanpa disedari oleh sesiapa juga kecuali guru ajaran sesat dan mangsanya itu. Sumpah taat setia diantara guru dengan orang yang disesatkan dijadikan dimana ia berjanji tidak akan menceritakan kepada orang lain. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Konsep rahsia ini kononnya diasaskan kepada ayat Al-Quran yang bermaksud : “Dan ketika kami menggambil pejanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dan Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa putera Mariam dan kami telah menggambil daripada mereka perjanjian yang teguh. Surah Al-Ahzab, 33:7 iii) Mereka juga bergaul mesra dan memahami apakah keperluan sesaorang yang hendak disesatkan. Andainya sesaorang atau sesebuah masyarakat menghormati orang-orang alim, warak dan zuhud, mereka gunakan cara ini untuk mendapatkan penghormatan dan kepercayaan orang ramai sebelum menyesatkan mereka kemudian. iv) Langkah yang selanjutnya ialah menimbulkan keraguan dan was-was Syaitan terhadap kesucian ajaran Islam. Terutama ajaran zahir. Ditambah dengan persoalan pengertian daripada huruf-huruf Al-Quran dan sebagainya. v) Semangat bercirikan Rasulullah s.a.w. dengan mengantikan kecintaan kepada Adam a.s dan sebagainya atau wali-wali yang termasyur. Hingga mangsa-mangsanya benar-benar ragu dan keliru sehingga hilang kepercayaan kepada diri sendiri dan Ilmu Islam yang mereka ketahui selama ini. Jesteru kerana itu mereka terpaksa menerima ajaran sesat selanjutnya daripada guru tersebut. Kononnya untuk mempelajari isi ilmu yang sebenarnya. Guru ajaran sesat sentiasa mengawasi agar orang yang telah disesatkan itu tidak berpaling tadah dengan memberi penjelasan yang berterusan bagi memperkuatkan ajaran yang telah sesat itu dari masa kesemasa. Keraguan terhadap kebenaran ajaran Islam yang sebenar sentiasa dipertingkatkan dengan memutar belitkan lagi ajaran Islam. Prinsip-prinsip ajaran sesat itu disampaikan dalam bentuk sealiran dengan ajaran Islam. Topeng yang digunakan itu amat logik dan berkesan hingga kepalsuan ajaran sesat tidak dapat dilihat lagi. Yang kelihatan ialah kebenaran semata-mata. Mereka terperanjat apabila dikatakan belum Islam dengan alasan yang bernas dan Islam yang sebenar ialah ajaran sesat itu tadi. Jesteru kerana itu ajaran Islam yang sebenarnya mula menjadi kabur dan palsu belaka kepada mereka. vi) Setelah orang-orang yang disesatkan itu benar-benar telah sesat dan tidak mungkin
  • 14. berpaling tadah, barulah ajaran sesat yang sebenarnya disampaikan. Misalnya dipersembahkan konsep nikah batin. Dimana guru ajaran sesat dapat memuaskan nafsu syahwatnya dengan melakukan hubungan seks dengan setiap bakal isteri sesaorang yang hendak nikah dan isteri-isteri orang yang telah menjadi pengikutnya. Zikir-zikir tertentu disertakan dalam upacara itu dan anak yang lahir dari perbuatan zina itu dinamakan anak yang soleh. vii) Ibadah yang difardukan oleh orang Islam yang sebenarnya, secara beransur-ansur dikurangkan sehingga tidak perlu lagi dikerjakan. Mencukupi sekadar menggalakan beberapa amalan yang ditentukan oleh ajaran sesat itu. Akhirnya keseluruhan Ibadah yang difardukan oleh Allah S.W.T. terus dilupakan dan digantikan dengan amalan sesat. viii) Ada di antara ajaran sesat yang menggunakan ilmu sihir dan ilmu kebatinan yang cukup kuat sehingga dapat mempengaruhi pengikut-pengikutnya untuk melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh guru ajaran sesat sehingga ketitisan darah terakhir. Sebab itulah ada diantara pengikut ajaran sesat yang sanggup mengorbankan nyawanya untuk menegakkan ajaran sesat yang disampaikan oleh guru tersebut. ix) Konsep Imam Mahadi sering diperjudikan sebagai alasan untuk membenarkan ajarannya. Oleh kerana luasnya pengaruh konsep Imam Mahadi yang bakal lahir ke dunia ini di akhir zaman kelak, golongan ajaran sesat menggambil kesempatan untuk memperalatkan konsep tersebut untuk memenuhi cita-cita mereka. Lebih-lebih lagi faktor alam sekitar umat Islam kini, sememangnya telah memenuhi syarat-syarat kemunculan Imam Mahadi. Sebab itulah ia sering mendapat sambutan yang hangat dikalangan pengikut ajaran sesat. x) Taktik penyebaran ajaran sesat juga mencontohi Method Dakwah Islamiah yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. Di mana terdapat tiga peringkat penyebaran. Peringkat rahsia, peringkat hijrah, terusterang dan jihad. Biasanya diperingkat pertama ajaran sesat disebar secara sembunyi-sembunyi hingga ia telah berjaya mempengaruhi sebahgian besar pengikut-pengikutnya. Peringkat hijrah atau kedua bermula apabila ajaran sesat itu diketahui umum dan mereka menghadapi pemulauan masyarakat. Teknik hijrah digunakan sebagai alasan bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri menghadapi apa sahaja kemungkinan walaupun menumpahkan darah. Inilah peringkat jihat yang difahami oleh pengikut-pengikut ajaran sesat. Jihat mereka adalah sama sahaja seperti mana yang difahami oleh umat Islam yang lain, iaitu menumpukan segala daya usaha hingga ketitisan darah terakhir adalah perjuangan suci bagi menegakkan ajaran yang dianggap benar oleh mereka. 7. Ajaran sesat di Semenanjung Malaysia 7.1 Secara tidak disedari Negara kita juga banyak dipengaruhi oleh ajaran-ajaran sesat yang datangnya daripada luar negara. Sesungguhnya pergerakan mereka tidak bebas, namun penyebarannya tetap berlaku di beberapa buah Negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Bentuk ajaran dan pergerakannya juga disesuaikan mengikut keadaan dan Susana masyarakat tempatan. 7.2 Ajaran sesat di Malaysia sekarang terdapat 125;
  • 15. - 36 masih disiasat - 18 aktif - 71 telah dibenteras 88 ajaran difatwakan melibatkan 53 kumpulan. 7.3 Pengaruh ajaran sesat di Johor adalah terkawal. Jumlah ajaran sesat / meragukan Di Johor sehingga 2000 : 21 Jumlah yang sudah dibawa ke mahkamah : 6 Masih di dalam siasatan : 7 Lain-lain selesai secara kaunseling. 8. Fahaman yang membahayakan keselamatan Negara 8.1 Fahaman Syiah Perpecahan yang mula-mula sekali berlaku dalam Islam ialah perpecahan yang berpunca daripada pertelingkahan mengenai perlantikan Khalifah. Oleh kerana Khalifah mempunyai kuasa mentadbir Hal Ehwal Agama dan Politik, maka pertelingkahan itu bermakna pertelingkahan agama dan politik. Percambahan benih Syiah yang pertama berlaku ialah ketika kewafatan Rasulullah s.a.w. Sekumpulan sahabat baginda berpendapat bahawa orang yang paling layak menggantikan baginda ialah keluarga baginda yang terdekat. Semasa baginda wafat terdapat dua orang keluarga terdekat baginda iaitu Al-Abbas bin Abdul Muttalib (bapa saudara) dan Ali bin Abu Talib (sepupu). Mereka berdua dianggap keluarga yang paling layak menjadi Khalifah, sedang Ali adalah paling layak dalam perlantikan ini. Sebab itulah Abbas sendiri tidak pernah menuntut jawatan Khalifah ini. Dalam soal perlantikan ini, Hadith Soheh tidak pernah menjelaskan tentang perlantikan Rasulullah s.a.w. kepada Ali bin Abu Talib sebagai Khalifah. Sekiranya ada mungkin tidak timbul perselisihan pendapat mengenainya. Apa yang berlaku mengikut sejarah ialah Ali telah melafaskan ikrar taat setia kepada 3 orang sebelumnya iaitu Abu Bakar, Omar dan Othman. Mengikut Syiah (penyokong perlantikan jawatan Khalifah kepada Ali bin Abu Talib) berpendapat: Rasulullah s.a.w. telah menetapkan bahawa Ali menjadi Khalifah selepas baginda, dan Ali selepas itu telah menetapkan pula calon selepasnya. Dengan itu pada mereka Abu Bakar, Omar dan Othman telah mengambil hak yang sepatutnya Ali yang menerima. Sementara Bani Umayah dan Abbasiah pula adalah pelampau yang telah merampas hak itu dari generasi Ali. Dengan itu wajiblah di atas Syiah mengembalikan hak itu kepada tuan punya sama ada dengan cara sulit atau secara terang-terangan. Dalam persoalan Khalifah atau pucuk pimpinan daripada Syiah berpendapat bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah melantik pegganti baginda. Baginda meninggalkan hak itu kepada umat Islam untuk membuat keputusan sendiri tentang apa yang baik dan siapa yang layak untuk dipilih. Yang penting ialah pemeliharaan agama Islam iaitu prinsip dan ajarannya. Di Negara kita sekarang persoalan ajaran Syiah telah merebak di sana sini terutamanya di Pusat-pusat Pengajian Tinggi. Negeri Johor tidak terlepas daripada pengaruh ajaran Syiah ini yang di bawa sama ada oleh rakyat asing seperti Abu Talib Harun (As-Salafi) yang
  • 16. bermutaah 10 orang isteri dalam satu masa atau rakyat tempatan. Bagi Negara kita dan Nusantara yang berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermahzab Shafie semenjak dulu hingga ke hari ini, kita dapati merupakan satu- satunya rantau yang paling aman dan tenteram berbanding dengan negara-negara lain yang membenarkan berbagai-bagai aliran fahaman dan mahzab dalam masyarakat. Oleh itu pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini perlu dikekalkan daripada dicemari oleh fahaman- fahaman yang bertentangan dengannya. Fahaman syiah di negara kita amat merbahaya kerana dengan membenarkan fahaman ini berkembang di negara ini ia akan menghancurkan pegangan hidup kita yang berteraskan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, syariat yang disepakati oleh ijmak ulama dan system kekeluargaan yang diamalkan dalam masyarakat. 9. Ajaran Anti Hadith 9.1 Anti Hadith merupakan satu fahaman sesat yang sedang dikembangkan di negara kita melalui agen anti hadith di Malaysia iaitu Dr. Kassim Ahmad yang banyak artikelnya tersiar di dalam Utusan Malaysia dan pengikutnya Othman. Fahaman ini jika dibenarkan berkembang di negara kita, ia akan menghancurkan asas-asas akidah dan syariat Islam yang terpakai di negara kita. Fahaman ini bercanggah dengan ajaran Islam dari segi akidah dan syariah. Fahaman ini telah di kesan penyebarnya di Johor Bahru dengan adanya risalah-risalah yang diedarkan oleh Othman Ali yang bertugas sebagai Pensyarah Kontrak di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mahkamah Syariah Johor Bahru telah mengambil tindakan tegas mengeluarkan waran tangkap kepada Othman Ali setelah beliau gagal menghadirkan diri ke Mahkamah kerana siasatan mengenai ajaran tersebut, beliau telah melarikan diri ke Pulau Pinang sehingga terbit buku yang di namakan “BACAAN” yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun 1995. Fahaman ini telah diharamkan di negara kita mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. 10. Taburan Kawasan 10.1 Di negeri Johor Darul Takzim hingga tahun 2000 dapat dikenal pasti tempat-tempat berlakunya ajaran sesat atau ajaran yang meragukan mengikut daerah seperti berikut : (i) Kawasan Perkampungan Daerah Johor Bahru a. Kampung Tok Siak b. Kampung Hajah Fatimah c. Kampung Baru Plentong d. Kampung Melayu Pandan e. Jalan Haji Suhot, Ulu Tiram f. Kempas
  • 17. Daerah Muar a. Batu 18¼ Air Hitam Daerah Segamat a. Kampung Batu Anam b. Kampung Tekam Batu c. Kampung Bukit Kledang, Jementah d. Mukim Gemerih Daerah Batu Pahat a. Kampung Bukit Payung Daerah Kota Tinggi a. Felda Air Tawar 1 b. Kampung Baru, Sg. Mas Daerah Kluang a. Layang-layang b. Felda Air Hitam Daerah Pontian a. Kampung Parit Makuaseng Taman Perumahan a. Taman Istimewa, Pandan Johor Bahru b. Taman Perling, Johor Bahru c. Taman Sri puteri, Johor Bahru d. Jalan Khatib, Muar 11. Asal Ajaran 11.1 Ajaran sesat atau meragukan yang dapat dikesan di Johor adalah di bawa oleh rakyat asing dan rakyat tempatan seperti berikut : (a) Rakyat Asing i) Rakyat Inonesia - Mokthar Akhir - Ramli Wahab - Ibrahim Serdang - Eko Ahmadi ii) Rakyat Singapura - Mutalib Lajis
  • 18. - Syed Harith Busu - Ibrahim Wahab - Abu Talib Harun - Ibrahim Muhammad iii) Rakyat kamboja - Mohd. Nasir Ismail (b) Rakyat Malaysia Terengganu - Harun Embung Kuala Lumpur - Baharom Bakhtiar Negeri Sembilan - Baharin Salleh Muar, Johor - Wahab Salleh Segamat, Johor - Hot bin Md. Lasim Johor - Ibrahim Timot Johor - Haji Abu Karim 12. Ciri-ciri Persamaan 12.1 Ciri-ciri persamaan dalam ajaran sesat dapat disimpulkan kepada beberapa perkara berikut : a. Mengaku dirinya sebagai nabi b. Mengaku dirinya Imam Mahdi Al-Muntazar c. Mengaku dirinya mendapat Mukjizat d. Mengaku mendapat Wahyu e. Mentafsir ayat-ayat Al-Quran dan Hadith sesuka hati f. Membuat bid‟ah yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam g. Mereka Hadith untuk tujuan tertentu h. Menghapuskan perkara-perkara wajib dalam Islam seperti kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadan, menunaikan fardu Haji ke Mekah dan sebagainya i. Menghalalkan perkara yang haram j. Berzikir memuja guru k. Lain-lain 13. Kegiatan Semasa yang Mengancam 13.1 Nama ajaran dan kawasan 1. Ajaran tarikat Islamiyah Kampung Baru, Sungai Mas Kota Tinggi 2. Ajaran Syiah Majidi Park, Johor Bahru 3. Ajaran Stuah Sekitar Bandar Batu Pahat 13.2 Individu yang terlibat
  • 19. 1. Rakyat Indonesia yang bekerja di Johor 2. Rakyat Singapura yang berulang alik ke Johor 3. Sebilangan kecil rakyat tempatan 14. Kesan Ajaran sesat 14.1 Ajaran sesat memberikan kesan kepada akidah sesaorang Islam kerana dengan pegangan yang dianutinya itu boleh menjejaskan sesaorang kepada syirik atau murtad. Bila keadaan ini berlaku ia menyebabkan terfasaknya hubungan suami isteri dan melibatkan soal-soal yang berkaitan dengan perkara yang menyentuh kehidupan seharian manusia. 14.2 Ajaran sesat boleh menimbulkan suasana dan keadaan yang tidak tenteram dalam masyarakat. Kerana anggota masyarakat akan mempertikaikan ajaran-ajaran baru yang bertentangan dengan amalan yang sebenar. Bila keadaan ini berlaku maka akan menimbulkan kacau bilau dan huru-hara dalam sesebuah masyarakat. 14.3 Ajaran sesat boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat dan sekaligus mengancam ketenteraman dan keselamatan negara. Contohnya : ajaran sesat yang diketuai oleh Mohammad Nasir bin Ismail, seorang rakyat Kemboja yang menyerang Balai Polis, Batu Pahat pada tahun 1980, ajaran Mohammad Al-Suhaimi yang diamalkan oleh Al-Arqam dan ajaran yang paling baru sekali ialah Anti Hadith. 15. Ancaman 15.1 Ancaman ajaran sesat dapat dibahagikan kepada 3 perkara iaitu : 1. Dari segi akidah / syariah a. Bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan Hadith b. Bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam c. Bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah d. Membawa kepada syirik dan murtad 2. Dari segi kemasyarakatan a. Menimbulkan rasa syak wasangka, tidak senang dan bimbang di kalangan anggota masyarakat b. Merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan c. Menimbulkan perselisihan pendapat dan perpecahan sesama umat Islam d. Menyebabkan kelemahan dan kehancuran umat e. Menjejaskan keutuhan dan kewibaan ummat menghadapi abad ke 21 f. Melemahkan pembangunan ekonomi umat Islam kerana menerapkan fahaman yang nagetif yang menyebabkan pengikut-pengikutnya menjadi pasif dengan menolak keduniaan dan mementingkan akhirat sahaja 3. Dari segi keselamatan Negara
  • 20. a. Menimbulkan kegelisahan dan pegeseran dalam masyarakat b. Menimbulkan rasa benci-membenci, pemusnah dan pecah belah c. Menimbulkan perpecahan dan pergaduhan dalam masyarakat d. Menjadi ancaman kepada ketenteraman dalam masyarakat. 16. Penutup 16.1 Ajaran sesat merupakan salah satu senjata yang digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam daripada dalam, jadi untuk mengelakkan umat Islam terjebak dengan ajaran sesat, maka mendalami pengetahuan dan pengajaran Islam merupakan jalan pintas yang dapat menghalang berlakunya ajaran sesat. 16.2 Untuk mempastikan Negeri Johor dapat membendung ajaran sesat dalam jangka masa panjang, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor dicadangkan supaya menambah satu seksyen yang menekankan bahawa Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sajaha yang boleh disebarkan di negeri ini dan sesiapa yang melanggar Enakmen ini boleh dikenakan tindakan tertentu. - Lampiran - SENARAI AJARAN SESAT / TARIKAT DAN AJARAN YANG DIRAGUKAN YANG DIKESAN DI NEGERI JOHOR (Antara tahun 1979 hingga 2000) Bil Nama Isi Kandungan 1. Ajaran Wak Hambali 1. Gurunya mendakwa bahawa malaikat selalu mendatanginya.2. Ia menjamin pengikutnya masuk Syurga dan membina di Syurga dengan pengawalnya sendiri. 2. Tarikat Khalidiyah 1. Nabi Muhammad telah mati dan syariatnya, maka beliau tidak percaya Nabi Muhammad lagi. Berikutan itu beliau telah mengamalkan zikir Lailaha illallah dan roh saya sampai di dalam ghaib dan mengetahui segala hukum yang dimansuhkan dan belum dimansuhkan lagi.2. Sembahyang Magrib dan Isyak sahaja yang wajib dikerjakan.3. Ibadat Puasa telah dimansuhkan kerana ramai orang yang telah tidak berpuasa dalam bulan Ramadan.4. Ibadat Haji juga telah dimansuhkan kerana ramai orang yang telah menunaikan Haji tetapi masih melakukan maksiat dan perangai tidak berubah.5. Semua doa yang diambil daripada ayat Al-Quran telah dimansuhkan, kerana ramai orang yang sakit dijampi dengan ayat Al-Quran sudah tidak mustajab dan dihantar ke hospital.6. Doa yang lama-lama tidak mustajab lagi buktinya doa qunut mazilah di sembahyang jumaat mohon bebaskan masjid Al- Aqsa daripada Israel hingga sekarangpun tidak berjaya.7. Beliau tidak percayakan sembahyang Jumaat kerana ia sebagai sembahyang tambahan8. Mengubah bacaan Fatihah dalam sembahyang 3. Ajaran Agama Taslim 1. Guru ajaran ini mendakwa kononnya keturunan Rasulullah s.a.w.2. Setiap pengikut dikehendaki menyerah diri, anak isteri dan harta benda kepada guru3. Adanya konsep nikah batin4. Kubur pengikut ajaran diasingkan dari pengikut- pengikut lain5. Berzikir beramai-ramai bercampur lelaki dan perempuan. Jika berlaku zina dapat anak dianggap anak soleh6. Tuhan ada dalam diri masing-masing7. Pengikut ajaran ini bersumpah tidak akan menceritakan kepada orang lain apa-apa yang dipelajari
  • 21. Petikan dari kertas kerja Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR http://www.mymasjid.com.my Sekianterima kasih.