Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
1. 1
1.0 PENEGENALAN
Pada era modenisasi ini, bidang sains dan teknologi berkembang pesat dan telah
menyumbangkan berbagai-bagai sumbangan dalam semua bidang. Melalui sains dan
teknologi, taraf kehidupan manusia semakin meningkat dan selesa. Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga, teknologi bermaksud kaedah atau proses menangani sesuatu
masalah teknikal, manakala sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik)
yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya dan cabang ilmu pengetahuan yang
berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia, biologi, dan
lain-lain.
Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia
berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan
perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan
sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan
pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Bukan itu sahaja, pelbagai
jenis makanan juga dapat dihasilkan untuk memenuhi permintaan konsumer.
Makanan merupakan keperluan asas kepada manusia. Menurut Sayyid Sabiq
(tahun 1915-2000), makanan merupakan sesuatu yang boleh dimakan oleh manusia
dengan tujuan menjaga kesihatan, mendapatkan tenaga, kekuatan dan sebagainya. Oleh
itu, terdapat pelbagai jenis makanan dicipta oleh nenek moyang kita sebagai contohnya
mi, kuih muih dan biskut.
Heong Peah, merupakan makanan tradisional (Kantonis: Heong Peng, Hokkien:
Heong Peah) dalam masyarakat Cina di Malaysia terutamanya pastri, dalamnya terdapat
maltosa. Kulit Heong Peah ini adalah rangup dan serbuk biskut mudah jatuh semasa
makan. Pada masa yang lalu, biskut ini berbentuk seperti kuku kuda, oleh itu nama biskut
ini dinama sebagai kek ladam. Selain itu, apabila membakar biskut ini, bau yang wangi
akan menarik orang ramai untuk menikmatinya.
Heong Peah adalah campuran pelbagai bahan penaik lalu membakarnya menjadi
biskut. Menurut legenda pada asalnya, biskut ini merupakan makanan istana pada Dinasti
Tang, di China. Semasa isteri pertama Maharaja Tang Tai Zhong, kembali ke Shaa Xi
untuk melawat saudara-mara, biskut ini adalah dibawa bersamanya. Seterusnya, pencuci
2. 2
mulut istana ini tersebar kepada orang awam. Terdapat perubahan dalam pelbagai bentuk
dan perasa telah diperkenalkan bersesuaian dengan peredaran masa.
Di sekitar Malaysia, Heong Peah berasal dari kawasan Fujian Tongan. Pada abad
yang lalu, terdapat pendatang dari Fujian datang ke Semenanjung Tanah Melayu untuk
mencari rezeki. Cara-cara pembuatan Heong Peah ini mula tersebar ke Semenanjung
Tanah Melayu oleh mereka terutamanya orang bangsa Fujian yang berkumpul di Perak.
Heong Peah menjadi makanan popular di bandar-bandar Perak khususnya, seperti Teluk
Intan, Taiping, Gunung Rapat, misalnya Teluk Intan adalah paling terkenal dalam
penghasilan Heong Peah.
Selepas masa seratus tahun, terdapat perbezaan yang besar di antara Malaysia dan
di kawasan Fujian Tongan dalam pembuatan Heong Peah. Heong Peah yang dibuat di
Malaysia adalah menggunakan tepung, maltosa dan gula sebagai bahan mentah, dan
melampirkan Heong Peah pada dinding relau penaik untuk membakarnya. Kini, lebih
banyak orang memilih membakar Heong Peah di dalam ketuhar.
Di samping, maltosa merupakan rasa asal Heong Peah. Terdapat juga pelbagai
perasa seperti durian, kopi, dan daun pandan dihasilkan pada masa kini. Selain Perak,
kedai biskut Heong Peah juga terdapat di tempat-tempat lain seperti Pulau Pinang, Kedah,
Melaka dan Johor. Hal ini demikian, biskut Heong Peah telah menjadi salah satu
makanan tradisional arus perdana tempatan.
Untuk meningkatkan penghasilan Heong Peah, sains dan teknologi telah dibawa
masuk ke dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Heong Peah
daripada cara pembuatan tradisional, iaitu menggunakan mesin automatik. Dengan
menggunakan mesin atomatik ini, tenaga manusia yang diperlukan dalam membuat
Heong Peah telah dikurangkan berbanding dengan cara tradisional. Bukan begitu sahaja,
masa penghasilan Heong Peah dapat dikurangkan dan kuantitinya dapat ditingkatkan
dengan efektif.
Kajian ini dijalankan atas rasional generasi muda kini semakin melupakan
makanan tradisional dan tidak mempunyai pengetahuan tentang penghasilan makanan
tradisional. Hal ini demikian kerana, teknologi pada zaman ini berkembang semakin
pesat, dan ramai generasi muda leka akan perubahan teknologi yang baru ini sehingga
tidak mengambil tahu akan makanan tradisional yang melambangkan identiti bangsa
3. 3
sendiri. Senario ini akan menyebabkan kewujudan makanan tradisional seperti biskut
Heong Peah akan dilupakan dalam generasi yang akan datang. Justeru, tajuk kajian ini
dipillih adalah untuk membuat pendedahan kepada generasi muda terutamanya bangsa
Cina tentang kewujudan biskut Heong Peah.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan atas sebab masyarakat kini kurang
pengetahuan dan tidak mengambil tahu tentang proses membuat makanan tradisional dan
kepentingan aplikasi sains dan teknologi dalam penghasilan makanan. Mereka hanya
tahu membeli makanan dari pasar raya dan bagi mereka, proses membuat makanan
sangat senang sahaja. Fenomena ini memyebabkan masyarakat kini tidak menghargai
makanan yang sedia ada pada mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meningkatkan
pengetahuan masyarakat terhadap proses membuat makanan tradisional dan bagaimana
sains dan teknologi membantu dalam proses membuat makanan.
Heong Peah merupakan makanan tradisional dalam kalangan kaum Cina di
Malaysia. Makanan tradisional ini melambangkan identiti bangsa dan sebagai keunikan
di Malaysia. Justeru, generasi muda harus menghargai makanan tradisional di Malaysia
supaya ia dikekalkan turun-temurun.
4. 4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian dibentuk adalah untuk mendapat tujuan dapatan dan hasil kajian.
Masalah yang kita menjangkakan akan dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja
teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung. Kita dapat membentuk objektif
kajian supaya kajian mampu dicapai dan diukur.
Terdapat dua objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:
i. Mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan biskut
Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.
ii. Mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan
pemasaran biskut Heong Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.
5. 5
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Peta Negeri Pulau Pinang
Peta 1 : Pulau Pinang, Malaysia
Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Penang
Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat
laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat
Melaka. Ibu negeri Pulau Pinang ialah George Town. Kepadatan penduduk di
negeri Pulau Pinang ialah 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan
865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.
6. 6
3.2: Peta Sungai Jawi, Pulau Pinang
Peta 2: Sungai Jawi, Pulau Pinang
Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/Sungai+Jawi,+Pulau+Pinang/
Jawi adalah sebuah bandar di Seberang Perai Selatan. Ia mengambil namanya
selepas sungai yang berjalan melalui kawasan itu, Sungai Jawi. Perkampungan utama di
kawasan itu juga dikenali sebagai Sungai Jawi, yang terletak di timur laut dari Nibong
Tebal. Antara kampung-kampung dan penempatan di kawasan Jawi termasuk Kampung
Jawi, Pekan Sungai Jawi, Taman Jawi Jaya, Kampung Makau Suah, Taman seruling
Emas, Taman Kesuma dan Kampung Changkat Diam. Kawasan ini hanya 5 km dari
sempadan Kedah.
7. 7
3.3: Peta Kampung Valdor
Peta 3: Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang
Sumber :https://www.google.com.my/maps/place/Kampung+Valdor,+Sungai+Jawi,
+Pulau+Pinang
Terdapat sekira-kiranya 10,000 orang penduduk di Kampung Valdor, antaranya
99.5% orang kaum cina. Kampung Valdor merupakan ketiga besar kampung orang cina.
Ekonomi Kampung Valdor adalah tertumpuan dalam pertanian dan perternakan.
8. 8
3.4: Gambar Kampung Valdor
Foto 1 : Kampung Valdor
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Terdapat pelbagai kedai perniagaan di Kampung Valdor. Kegiatan ekonomi
utama kampung ini adalah seperti pertanian dan perternakan. Kampung Valdor juga
mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)
Valdor sebagai tempat penduduk untuk mendapat ilmu.
9. 9
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak
dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang
digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Antara
perkara penting yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapatkan
responden, cara mendapatkan maklumat dan data responden serta teknik memproses dan
mempersembahkan data.
4.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian merupakan satu perkara yang amat penting dalam melakukan
sesuatu penyelidikan. Kajian tinjauan merupakan satu jenis reka-bentuk bukan
eksperimen yang gemar digunakan oleh penyelidik dalam pendidikan. Tinjauan boleh
dibezakan kepada yang hanya deskriptif dan yang berbentuk korelasi. Tinjauan deskriptif
boleh digunakan dalam kajian kuantitatif dan kualitatif dan biasanya bertujuan untuk
memberi deskripsi tentang sesuatu sampel, umpamanya, dari segi peratusan dan nisbah
responden yang menjawab begini atau begitu kepada soalan-soalan tinjauan. Kajian ini
berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Bentuk kajian tersebut
digunakan untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan
biskut Heong Peah dan mengkaji kesan sains dan teknologi yang digunakan dalam
penghasilan biskut Heong Peah di Kampung Valdor.
4.3 Instrumen Kajian
Dalam metodologi kajian ini terdapat beberapa kaedah termasuk soal selidik,
temu bual, pemerhatian dan rujukan. Soal selidik adalah tujuan menepati objektif kajian
dan dapat mengumpulkan maklumat secepat mungkin dengan soalan yang ringkas dan
mudah dijawab oleh responden. Temu bual dijalankan melalui perbualan bersemuka atas
tujuan mendapatkan persepsi, pendapat dan sikap terhadap kajian yang dijalankan.
Pemerhatian pula kaedah memerhatikan perlakuan responden atau penduduk di lokasi
kajian. Rujukan merupakan bahan-bahan yang dirujuk untuk menjalankan kajian dengan
tepat, seperti buku ilmiah, internet , ensaiklopedia, majalah dan akhbar.
10. 10
4.4 Cara Mendapatkan Responden
Tajuk kajian ini adalah penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan
Heong Peah di Kampung Valdor. Objektifnya ialah untuk mengenal pasti sains dan
teknologi yang digunakan dalam pnghasilan biskut Heong Peah dan mengkaji kesan
sains dan teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran biskut Heong
Peah di Kampung Valdor. Pengkaji telah memilih 30 orang responden dari Kampung
Valdor untuk menjawab soal selidik. Maklumat demografi seperti umur ,bangsa dan
jantina, tahap pendidikan dan perkerjaan akan disediakan dalam borang soal selidik.
Terdapat 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal selidik
ini. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan untuk mengenal
pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja.
4.4.1 Persampelan Rawak Mudah
Persampelan rawak mudah merupakan satu prosedur di mana setiap
elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai
sampel. Pengkaji akan memilih 30 orang sebagai responden untuk menjawab soal
selidik manakala dalam bahagian temu bual, 3 orang telah dipilih dalam kajian
ini.
4.5 Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data Responden
4.5.1 Data Primer
Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari
sumber asli seperti dari lapangan melalui mengkaji dan pemerhatian. Metod yang
digunakan untuk mendapatkan data primer iaitu kaedah soal selidik, temu bual
dan pemerhatian.
(i) Kaedah soal selidik
Kaedah soal selidik terdapat 3 bahagian iaitu Bahagian A merupakan
maklumat diri responden manakala Bahagian B terdapat 10 soalan mengenai
kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran biskut
tradisional, Heong Peah. Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji akan
mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden di Kampung Valdor.
11. 11
Terdapat 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan telah dipilih untuk mengisi soal
selidik ini. Hal ini demikian, pemilihan jantina yang seimbang amat diperlukan
untuk mengenal pasti hasil kajian yang diperolehi ini adalah tidak bias terhadap
satu jantina sahaja. Aspek umur juga terdapat di dalam borang soal selidik
bahagian A. Aspek ini dipilih oleh pengkaji kerana pandangan daripada pelbagai
peringkat umur amat penting supaya dapatan kajian yang diperolehi lebih tepat.
Manakala Bagi Bahagian B, kajian ini menggunakan skala permarkahan
likert tiga mata yang mengandungi tiga aras, iaitu 1= tidak setuju, 2=setuju,
3=sangat setuju. Kaedah soal selidik yang digunakan dalam kajian ini berbentuk
soal selidik tertutup. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan
menganalisiskan data dengan lebih cepat dan efektif. Selain itu, data juga dapat
dipersembahkan dengan lebih jelas dan mudah difahami. Pengkaji akan
menunggu responden menjawab soal selidik sehingga selesai. Hal ini demikian,
semasa pengkaji berada di sisi responden bukan sahaja dapat mengumpul semua
borang soal selidik malah boleh memberi bantuan jika responden tidak faham
akan soalan dalam borang soal selidik. Semua responden telah memberi
kerjasama yang baik .
(ii) Kaedah temu bual
Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu
bual bersemuka, temu bual tidak bersemuka atau temu bual bantuan
komputer. Kaedah temu bual bersemuka digunakan dalam kajian in untuk
mendapat kebenaran tentang penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan
Heong Peah daripada 3 informen yang dipilih dari Kampung Valdor. Mereka
adalah pemilik kilang Heong Peah, Encik Khor Bao Keng, pekerja Kilang Heong
Peah, Puan Ng Geik Choo dan penduduk Kampung Valdor, Encik Lim Shun Wan.
Masa temu bual ialah pada 14 March 2015 dan 15 March 2015 dan tempoh temu
bual ini akan memakan sekurang-kurang 15 minit setiap responden. Pengkaji
telah mengemukakan 5 soalan yang berkaitan dengan penggunaan sains dan
teknologi dalam penghasilan biskut tradisional Heong Peah. Pengkaji juga akan
meminta pendapat responden tentang kajian ini untuk mengukuhkan dapatan
kajian yang diperoleh.
12. 12
Analisis kaedah temu bual yang telah dilakukan oleh pengkaji dan telah
dipaparkan dalam jadual.
Bil Nama Pekerjaan Tarikh Masa Tempoh
1 Khor Bao Keng Pemilik kedai Biskut
Heong Peah
14/3/2015 10.30 pagi 15 minit
2 Ng Geik Choo Pekerja Di Kedai
Biskut Heong Peah
14/3/2015 11.20 pagi 12 minit
3 Lim Shun Wan Penjaja 15/3/2015 2.30 petang 10 minit
Jadual 1 : Analisis Temu Bual
Sumber: Kajian Lapangan 2015
(iii) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam penyelidikan.
Kaedah ini dijalankan bertujuan memahami dan mengetahui situasi lapangan
kajian dan memperoleh semua maklumat secara langsung. Pengkaji akan melihat
sendiri teknologi moden atau mesin-mesin yang digunakan dalam penghasilan
Heong Peah. Proses penghasilan biskut Heong Peah yang menggunakan
teknologi moden juga akan diperhatikan oleh pengkaji. Gambar-gambar akan
diambil dari tempat kajian semasa pemerhatian dibuat sebagai bukti dalam kajian
ini.
4.5.2 Data sekunder
Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh
peneliti secara tidak langsung melalui media perantara. Pengkaji telah
menggunakan kaedah rujukan sebagai data sokongan.
Rujukan merupakan satu hubungan di antara objek-objek dalam mana
satu objek dirangka dengan mengaitkan dengan objek yang lain. Pengkaji telah
mencari pelbagai bahan rujukan seperti surat khabar Dong Fang Jit Poh dan
Utusan Malaysia serta Kamus Dewan Edisi Keempat dari perpustakaan sekolah
dan perpustakaan awam. Bahan akhbar telah digunakan untuk memperoleh
13. 13
maklumat tentang aplikasi sains dan teknologi dalam makanan manakala
Kamus Dewan Edisi Keempat pula digunakan untuk mencari definisi perkataan
dalam kajian ini. Bahan laman web juga digunakan oleh pengkaji untuk
mencari maklumat yang mengenai penggunaan sains dan teknologi dalam
penghasilan Heong Peah. Kaedah ini dijalankan untuk mendapat bukti dalam
dapatan kajian dan dapat dikukuhkan oleh pengkaji.
4.6 Teknik Memproses Dan Mempersembahkan Data
Selepas borang soal selidik siap dikumpul, menganalisis kajian akan dilakukan.
Dalam borang soal selidik Bahagian A, data yang diperoleh dibahagikan kepada jantina,
kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan. Dalam
Bahagian B, kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data yang berbentuk
skala likert. Analisis deskriptif bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu
data. Untuk memudahkan proses menganalisis data, Skala Likert 3 peringkat digunakan
untuk mendapatkan perspesi responden tentang persoalan yang dikaji, skor 1 untuk tidak
setuju, 2 untuk setuju dan 3 untuk sangat setuju. Skala likert ini akan dikategorikan
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 .
Skor 1 2 3
Skala Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju
Jadual 2: Skala likert
Sumber 1: Kajian Lapangan 2015
14. 14
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan
biskut tradisional, Heong Peah. Soal selidik yang dijalankan berkaitan perspesi penduduk
terhadap penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional, Heong
Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang. Data yang telah dimasukkan
diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, min purata dan kekerapan.
5.1 Demografi Responden
Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk Kampung Valdor
telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina,
kelas umur, bangsa, tahap pendidikan, pekerjaan dan status perkahwinan telah
disembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.
5.1.1 Jantina
Jantina Kekerapan (orang) Peratus ( %)
Lelaki 15 50
Perempuan 15 50
Jadual 3: Demografi Responden Berdasarkan Jantina
Sumber: Kajian Lapangan 2015
15. 15
Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih seramai
15 orang lelaki (50%) dan 15 orang perempuan (50%) dipilih dari Kampung Valdor.
Jadual 2 dan rajah 1 telah menunjukkan maklumat yang lebih jelas bahawa tiada
perbezaan jurang dalam pemilihan jantina oleh pengkaji. Hal ini demikian, pemilihan
jantina yang seimbang amat diperlukan untuk mengenal pasti hasil kajian yang
diperolehi ini adalah tidak bias terhadap satu jantina sahaja.
5.1.2 Umur
Umur Kekerapan (orang) Peratus (%)
15-24 tahun 7 23
25-34 tahun 5 17
35-44 tahun 10 33
45 tahun ke atas 8 27
Jadual 4: Demografi Responden Berdasarkan Umur
Sumber: Kajian Lapangan 2015
50%50%
JANTINA
Lelaki
Perempuan
16. 16
Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Umur
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Daripada Jadual 4 dan Rajah 2 di atas, terdapat 5 golongan umur dalam kalangan
30 orang responden. Golongan umur yang berbeza ini dipilih sebagai responden adalah
untuk mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini. Responden 35-44 tahun
merupakan majoriti dalam kajian ini dengan seramai 10 orang (33%) manakala golongan
15-24 tahun dan 45 tahun ke atas pula terdapat bilangan reponden yang lebih kurang
sama iaitu 7 (23%) dan 8 (27%) orang. Reponden 25-34 tahun pula mempunyai 5 (17%)
orang sahaja dalam kajian ini. Pandangan golongan muda sangat penting kepada pengkaji
untuk mengetahui pendapat mereka tentang biskut tradisonal ini.
5.1.3 Pekerjaan
Pekerjaan Kekerapan (orang) Peratus (%)
Kerajaan 7 23
Swasta 4 13
Sendiri 10 34
Pelajar 5 17
Tidak bekerja 4 13
Jadual 5: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan
Sumber: Kajian Lapangan 2015
23%
17%
33%
27%
UMUR
15- 24 tahun
25-34 tahun
35-44 tahun
45 tahun ke atas
17. 17
Rajah 3: Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Sektor pekerjaan responden yang dipilih dari Kampung Valdor telah
dianalisiskan dalam Jadual 5 dan Rajah 3. Rajah 3 telah menunjukkan kebanyakkan
responden daripada 30 responden ini bekerja sendiri di Kampung Valdor iatu 10 orang
(34%). Manakala terdapat bilangan responden yang sama iaitu seramai 4 orang (13%)
dalam golongan yang bekerja di sektor swasta dan tidak bekerja. Selain itu, terdapat 7
(23%) orang responden mencari nafkah dalam sektor kerajaan dan bakinya pula ialah
pelajar dengan peratusan sebanyak 17% (5 orang). Sektor pekerjaan yang berbeza telah
mencerminkan berbagai-bagai status golongan responden dan aspek ini penting untuk
mendapat pandangan yang berbeza dalam kajian ini.
5.2 Mengenal Pasti Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut
Heong Peah
Aplikasi sains dan teknologi menyebabkan bidang pemakanan di Malaysia
berkembang dengan pesat. Seperti yang kita sedia maklum, dalam penghasilan makanan
perlu melalui proses yang rumit dan tenaga kerja yang banyak tetapi dengan bantuan
sains dan teknologi proses penghasilan makanan seperti penghasilan bahan dan
pembungkusan dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Pembangunan produk adalah berasaskan kepada permintaan industri dan
menekankan kepada keperluan pengguna menerusi penciptaan produk-produk atau
proses-proses baru, membuat perubahan pada keluaran produk yang sedia ada
ataupun meningkatkan lagi.
23%
13%
34%
17%
13%
PEKERJAAN
Kerajaan
Swasta
Sendiri
Pelajar
Tidak bekerja
18. 18
Aplikasi sains dan teknologi telah digunakan dalam penghasilan biskut Heong
Peah di Kampung Valdor, Sungai Jawi, Pulau Pinang.
Pembungkusan makanan merupakan salah satu rangkaian yang terlibat dalam
penghasilan produk makanan. Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi
oleh faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna. Beberapa tahun
kebelakangan ini, pembungkusan makanan telah melalui beberapa fasa perubahan
pembangunan yang signifikan.
5.2.1 Penggunaan Mesin Untuk Memproses Biskut Heong Peah
Dalam proses membuat biskut Heong Peah yang lama terdapat banyak
tenaga yang diperlukan dalam menyediakan bahan-bahan membuat biskut
Heong Peah, misalnya menggadun doh dengan kedua-dua belah tangan dengan
masa yang lama lalu menggadun bahan-bahan perasa dalam kuali. Dengan
kaedah membuat biskut Heong Peah yang lama ini, kuantiti biskut tidak dapat
ditingkatkan dan masa menghasilkan biskut amat panjang. Kini, terdapat
beberapa jenis mesin telah digunakan.
i. Mesin Pengadun Doh
Apabila membuat kulit biskut, pengusaha akan menjerang air
dulu dan menyediakan tepung lalu mengadun menjadi doh dengan mesin
pengadun. Mesin ini adalah untuk menggantikan kaedah manual yang
mengadunkan doh tepung dengan sumber tenaga manusia.
Foto 2: Mesin Menggadun Doh
Sumber : Kajian Lapangan 2015
19. 19
ii. Mesin Penggelek Doh
Doh tepung tersebut akan masuk dalam ke mesin penggelek doh.
Doh tepung yang nipis dan sesuai untuk membuat biskut akan dihasilkan.
Foto 3: Mesin Mesin Penggelek Doh
Sumber: Kajian Lapangan 2015
iii. Mesin Penggadun Elektrik
Seterusnya, bahan perasa biskut akan disediakan. Bahan-bahan
seperti gula, bawang merah, garam, bijian dan maltosa akan dimasukkan
ke dalam penggadun makanan elektrik. Dengan mesin penggadun elektirk,
bahan perasa biskut dapat disediakan dalam masa beberapa minit dan
dapat memastikan semua bahan dapat menggadun dengan seimbang.
Foto 4: Mesin Penggadun Elektrik
Sumber: Kajian Lapangan 2015
20. 20
iv. Ketuhar Pembakar Elektrik
Selepas bahan-bahan perasa dibalut oleh kulit tepung yang disediakan,
biskut-biskut tersebut akan dibakar oleh ketuhar pembakar elektrik dalam 160
kelsius dalam masa 23 minit. Kalau menggunakan cara yang lama adalah
melampirkan Heong Peah pada dinding relau penaik untuk membakarnya
beberapa jam.
Foto 5: Ketuhar Pembakar Elektrik
Sumber: Kajian Lapangan 2015
5.2.2 Bahan Perasa dan Warna Kulit Heong Peah
Dengan aplikasi sains dan teknologi, biskut Heong Peah yang
mempunyai pelbagai perasa telah dihasilkan. Perasa biskut ini bukan hanya
terdapat perasa maltosa sahaja malah perasa kacang merah, bijian hitam dan
juga pes biji teratai juga dihasilkan.
Foto 6: Biskut Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015
21. 21
5.2.3 Pembungkusan Biskut Heong Peah
Dalam pembungkusan biskut Heong Peah, pengusaha kilang ini telah
membeli beg plastik yang dicustomkan. Dengan beg plastik yang diubahsuai
dengan penggunaan sains dan teknologi, beg plastik ini berwarna merah dan
lebih menahan panas daripada beg plastik yang biasa. Oleh itu, beg plastik ini
sesuai untuk memasukkan biskut Heong Peah yang baru
dihasilkan .Penghasilan pembungkusan yang baik banyak dipengaruhi oleh
faktor keselamatan makanan dan penerimaan dari pengguna.
Gambar 7: Pembungkusan Biskut Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015
5.2.4 Pemasaran Biskut Heong Peah
Selepas biskut Heong Peah diubahsuai dengan aplikasi sains dan
teknologi, pemasaran biskut ini telah dipertingkatkan. Hal ini demikian, perasa
biskut telah diperbaik dan beg plastik yang digunakan lebih menarik perhatian
konsumer.
22. 22
5.3 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan dan Pemasaran
Biskut Heong Peah
5.3.1 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut
Heong Peah
Bil
Kesan-kesan pengunaan Sains dan
teknologi dalam penghasilan biskut
tradisional, Heong Peah.
Skor Min
1 2 3
(F) (%) (F) (%) (F) (%)
1 Proses membuat Heong Peah menjadi
lebih bersih.
5 17 15 50 10 33 2.2
2 Penggunaan teknologi dalam
penghasilan Heong Peah dapat
menjimatkan masa.
2 7 10 33 18 60 2.5
3 Terdapat pelbagai perasa biskut
Heong Peah kesan daripada
penggunaan teknologi.
0 0 15 50 15 50 2.5
4 Kos penghasilan biskut Heong Peah
dapat dikurangkan dengan aplikasi
sains dan teknologi.
6 20 12 40 12 40 2.2
5 Kuantiti penghasilan biskut Heong
Peah menjadi lebih banyak.
3 10 12 40 15 50 2.4
Jadual 4: Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Penghasilan Biskut Heong
Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015
23. 23
Rajah 4: Kesan-Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Penghasilan Biskut
Tradisional Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan Jadual 4, sebanyak 15 orang (50%) responden setuju akan proses
penghasilan biskut Heong Peah menjadi lebih bersih dengan bantuan sains dan teknologi
manakala terdapat 10 (33%) orang sangat setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang
tidak setuju pula terdapat 5 orang (17%) daripada keseluruhan responden yang dipilih.
Namum min purata 2.2, iaitu skala likertnya bernombor 2 iaitu mereka telah memilih
setuju akan proses penghasilan menjadi lebih bersih.
Kebanyakan responden dengan seramai 18 orang (60%) sangat setuju akan
penggunaan sains dan teknologi dalam biskut Heong Peah dapat menjimatkan masa.
Manakala 10 (33%) orang responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan hanya
2 orang (7%) memilih tidak setuju. Min keseluruhan ini ialah 2.5, skala likert bernombor
3 iaitu menunjukkan kebanyakan orang sangat setuju akan penggunaan sains dan
teknologi dapat menjimatkan masa dalam penghasilan Heong Peah.
Di samping itu, terdapat 6 orang bersamaan 20% daripada semua responden
berpendapat bahawa kos penghasilan Heong Peah tidak dapat dikurangkan dengan
aplikasi sains dan teknologi dan selebihnya memilih setuju dan sangat setuju terdapat
bilangan orang responden yang sama iaitu 12 orang dengan masing-masing terdiri 40%
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Proses lebih
Bersih
Menjimat
Masa
Pelbagai
Perasa
Kos
dikurangkan
Kuantiti lebih
Banyak
Kekerapan
Kesan-kesan dalam Penghasilan
KESAN-KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM PENGHASILAN BISKUT TRADISIONAL,
HEONG PEAH
Tidak
Setuju
Setuju
Sangat
Setuju
24. 24
daripada keseluruhan. Tidak banyak responden sangat setuju akan soalan ini kerana bil
elektrik semakin meningkat dari semasa ke semasa. Penyataan ini disokong oleh Puan
Ng Geik Choo, pekerja dari kedai Heong Peah di Kampung Valdor.
Seterusnya, terdapat bilangan orang responden yang sama dalam ketegori setuju
dan sangat setuju dalam soalan tentang terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah kesan
daripada penggunaan teknologi. Justeru, terdapat 15 orang responden iaitu 50% memilih
dalam kategori setuju dan sangat setuju masing-masing. Tiada orang berpendapat tidak
setuju akan soalan ini. Hal ini demikian, kedai biskut Heong Peah ini telah menghasilkan
pelbagai perasa selain maltosa.
Seramai 15 orang sangat setuju akan kuantiti biskut Heong Peah telah meningkat
kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua responden.
Dalam kategori setuju pula terdapat 12 orang (40%) manakala hanya 3 orang (10%) tidak
setuju akan kuantiti biskut Heong Peah telah meningkat. Encik Khor Bao Keng
pengusaha kilang biskut Heong Peah telah berpendapat bahawa kuantiti biskut ini telah
banyak meningkat kerana pada masa dahulu sentiasa perlu menunggu lama untuk
membelinya semasa menggunakan kaedah manual dalam penghasilan biskut kerana
kuantitinya terhad.
25. 25
5.3.2 Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Dalam Pemasaran Biskut
Heong Peah
Bil
Kesan-kesan pengunaan Sains dan
teknologi dalam pemasaran biskut
tradisional, Heong Peah.
Skor Min
1 2 3
(F) (%) (F) (%) (F) (%)
1 Pembungkusan biskut Heong Peah
menjadi lebih kemas.
2 7 20 66 8 27 2.2
2 Biskut Heong Peah menjadi popular
dalam kalangan generasi muda.
10 33 12 40 8 27 1.9
3 Kuantiti jualan biskut Heong Peah
semakin meningkat.
5 17 15 50 10 33 2.2
4 Biskut Heong Peah menarik minat
pengunjung luar datang ke kampung
untuk membeli.
5 17 12 40 13 43 2.3
5 Biskut Heong Peah dapat bersaing
dengan makanan moden yang lain.
10 33 15 50 5 17 1.8
Jadual 5: Kesan penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Biskut Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015
26. 26
Rajah 5: Kesan Penggunaan Sains dan Teknologi dalam Pemasaran Biskut Heong Peah
Sumber: Kajian Lapangan 2015
Berdasarkan Jadual 5, terdapat bilangan orang responden yang tinggi dalam
ketegori setuju dalam soalan tentang pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih
kemas kesan daripada penggunaan teknologi iaitu 20 orang responden (66%) . Justeru,
terdapat 8 orang responden iaitu 27% memilih dalam kategori sangat setuju dan 2 orang
berpendapat tidak setuju akan soalan ini. Namum, secara puratanya min purata 2.2 iaitu
skala likert bernombor 2 yang menunjukkan kebanyakkan responden telah memilih
setuju akan pembungkusan biskut lebih kemas. Bukan begitu sahaja, akhbar “ Utusan
Malaysia” pada 24 Julai 2014 telah membuktikan pernyataan ini. Akhbar ini menyatakan
bahawa perkembangan sains dan teknologi telah meningkatkan kualiti pembungkusan
makanan dan lebih kemas daripada pembungkusan yang lama.
Di samping itu, terdapat 10 orang bersamaan 33% daripada semua responden
berpendapat bahawa biskut Heong Peah tidak popular dalam kalangan generasi muda
walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi dalam pemasaran biskut Heong Peah dan
yang selebihnya memilih setuju dan sangat setuju iaitu 12 orang (40%) dan 8 orang (27%)
0
5
10
15
20
25
Pembungkusan
Lebih Kemas
Popular Dalam
Pemuda
Kuantiti Jualan
Meningkat
Menarik Minat
Pengunjung
Dapat Bersaing
dengan
Makanan
Moden
Kekerapan
Kesan-kesan dalam Pemasaran
KESAN-KESAN PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM PEMASARAN BISKUT TRADISIONAL, HEONG
PEAH
Tidak
Setuju
Setuju
Sangat
Setuju
27. 27
orang dengan masing-masing daripada keseluruhan responden.Hal ini demikian kerana
kebanyakkan pemuda hanya leka akan alat komunikasi yang canggih pada masa kini.
Penyataan ini disokong oleh Encik Lim Shun Wan, informan temu bual.
Seramai 15 orang setuju akan kuantiti jualan biskut Heong Peah telah meningkat
kesan daripada penggunaan sains dan teknologi iaitu 50% daripada semua responden.
Dalam kategori sangat setuju pula terdapat 10 orang ( 33%) manakala hanya 5 (17%)
orang tidak setuju akan kuantiti jualan biskut Heong Peah telah meningkat. Encik Asman,
penduduk di Kampung Valdor berpendapat bahawa kuantiti jualan biskut ini telah
meningkat berbanding dengan masa dahulu kerana perasa biskut Heong Peah kini juga
sesuai dimakan oleh kaum lain.
Seterusnya, kebanyakan responden dengan seramai 13 orang (43%) sangat setuju
akan penggunaan sains dan teknologi dalam biskut Heong Peah dapat menarik
pengunjung luar datang ke kampung untuk membeli. Manakala 12 (40%) orang
responden turut setuju akan kesan ini yang dibawa, dan hanya 5 orang (17%) memilih
tidak setuju. Min keseluruhan ini ialah 2.3, iaitu skala likert bernombor 2 dan ini
menunjukkan kebanyakan orang setuju akan penggunaan sains dan teknologi dapat
menarik pengunjung luar datang untuk membeli biskut ini. Pernyataan dapat dibuktikan
daripada surat khabar “Oriental Daily” pada 21 Januari 2015 . Dalam akhbar ini telah
menyatakan bahawa pengeluaran makanan tradisional seperti kuih muih dan biskut dapat
menjadikan sesuatu tempat menjadi tempat tarikan kepada pengunjung.
Sebanyak 15 orang (50%) responden setuju akan biskut Heong Peah dapat
bersaing dengan makanan moden yang lain atas bantuan sains dan teknologi manakala
hanya 5 orang (17%) orang sangat setuju akan penyataan ini. Bagi kategori yang tidak
setuju pula terdapat 10 orang (33%) berganding dua kali daripada orang yang memilih
sangat setuju. Namum, banyak orang telah memilih setuju akan Biskut Heong Peah dapat
bersaing dengan makanan moden dengan min purata 1.8 iaitu skala likert yang
bernombor 2 iaitu setuju akan pernyataan ini
.
28. 28
6.0 Rumusan
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sains dan teknologi yang
digunakan dalam pnghasilan biskut Heong Peah dan kesan-kesannya daripada aplikasi
sains dan teknologi ini. Kini, aplikasi sains dan teknologi telah menyebabkan bidang
pemakanan di Malaysia berkembang dengan pesat.
Kajian ini telah meningkatkan pengetahuan pengkaji dan memberi pendedahan
kepada masyarakat tentang makanan tradisional dan cara penghasilan makanan
tradisional. Bukan itu sahaja, kajian ini turut memberi maklumat yang lebih terperinci
tentang kepentingan sains dan teknologi terhadap makanan tradisional. Untuk
meningkatkan penghasilan Heong Peah, sains dan teknologi telah dibawa masuk ke
dalam bidang ini. Kaedah ini telah mengubah proses pembuatan Heong Peah daripada
cara pembuatan tradisional, kepada penggunaan mesin automatik. Dengan menggunakan
mesin automatik ini, tenaga manusia dan masa yang diperlukan dalam membuat Heong
Peah dapat dikurangkan berbanding dengan cara tradisional. Manakala kuantitinya dapat
ditingkatkan dengan efektif.
Hasil analisis telah menunjukkan keseluruhan responden setuju bahawa
penggunaan teknologi dalam penghasilan biskut Heong Peah dapat menjimatkan masa
dan kuantiti penghasilan biskut turut menjadi lebih banyak. Data ini juga disokong adalah
pemilik kilang Heong Peah, Encik Khor Bao Keng dan pekerja Kilang Heong Peah, Puan
Ng Geik Choo. Hal ini demikian, sumber tenaga manusia dapat dikurangkan kerana
bantuan mesin automatik yang digunakan. Selain itu, kuantiti biskut Heong Peah juga
meningkat. Manakala, menurut akhbar “Oriental Daily”, untuk berkembang bidang
makanan tradisional ini, aplikasi sains dan teknologi amat diperlukan untuk
mengurangkan sumber tenaga manusia dengan efektif.
Terdapat sebahagian kecil daripada responden yang berpendapat bahawa
walaupun dengan aplikasi sains dan teknologi, biskut Heong Peah masih tidak popular
dalam kalangan pemuda dan tidak dapat bersaing dengan makanan moden yang semakin
banyak dari semasa ke semasa. Melalui proses temu bual, penduduk Kampung Valdor,
Encik Lim Shun Wan telah menyatakan masalah tentang kelekaan pemuda disebabkan
makanan moden daripada makanan tradisional seperti Heong Peah.
29. 29
Cara membuat biskut Heong Peah mestilah dikekalkan dan diwarisi secara turun-
temurun maklumat tentang makanan tradisional seperti biskut Heong Peah harus
dipaparkan dalam laman web dan juga boleh menyebarkan melalui program televisyen.
Program tentang biskut Heong Peah ini boleh menceritakan tentang asal usul biskut
tradisional ini dan proses penghasilannya. Dengan kaedah ini, golongan pemuda akan
lebih tertarik akan makanan tradisional dan cuba membeli untuk menikmatinya.
Kini, sains dan teknologi pada zaman ini berkembang semakin pesat, oleh itu
pihak kerajaan harus menggalakkan pengusaha-pengusaha kilang membuat pelaburan
dalam perniagaan mereka supaya aplikasi sains dan teknologi dalam proses membuat
makanan tradisional ini dapat diperbaikkan.
Konklusinya, makanan tradisional yang melambangkan identiti bangsa sendiri,
kita harus menghargai makanan tradisional seperti biskut Heong Peah supaya biskut ini
tidak akan menjadi pupus pada masa hadapan.
30. 30
Lampiran 1
Rujukan
Foo Yong He, “Keunikan Makanan Tradisional Bangsa Cina”, dlm Oriental Daily (Dong
Fang Jit Poh), 21 Januari 2015
https://www.google.com.my/maps/place/
Kamaludin A. Rashid, “Kepentingan industri logistik kepada negara” , dlm Utusan
Malaysia, 27 Julai 2014
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2009. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laupa Junus, “ Melahirkan Pakar Proses Makanan”, dlm Utusan Malaysia, 8 September
2014
Mei Ling, Sieh Lee (2006). Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di
Malaysia. Karya terjemahan oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. (Teks
asal dalam Bahasa Inggeris).
Mzulfadli (2009). Teknologi Makanan. Dicapai pada Mac ,20, 2015 daripada
http://www.slideshare.net/mzulfadli.binchezabri/teknologi-makanan
31. 31
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHIO MIN
BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN
ARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.
1. JANTINA
Lelaki ( ) Perempuan ( )
2. UMUR
15 – 24 tahun ( ) 35 – 44 tahun ( )
25 – 34 tahun ( ) 45 tahun ke atas ( )
3. BANGSA
Melayu ( ) Cina ( ) India ( )
4. TAHAP PENDIDIKAN
PMR ( ) IJAZAH ( )
SPM ( ) Lain-lain :
STPM ( )
5. PEKERJAAN
Kerajaan ( ) Sendiri ( ) Tidak bekerja ( )
Swasta ( ) Pelajar ( )
6. STATUS PERKAHWINAN
Berkahwin ( ) Belum berkahwin ( )
Makluman Kepada Responden
Boring soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata
pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan
sains dan teknologi dalam penghasilan biskut tradisional, Heong Peah di Kampung
Valdor Sungai Jawi, Pulau Pinang. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia
dan hanya akan digunakan untuk kepentingan kajian ini sahaja.
* kerjasama anda amatlah dihargai
32. 32
BAHAGIAN B: SKALA LIKERT
ARAHAN : Tandakan ( / ) mengikut skala yang dinyatakan di bawah.
1 2 3
Tidak Pasti Tidak Setuju Setuju
Bilangan Kesan-kesan pengunaan Sains dan teknologi
dalam penghasilan biskut tradisional, Heong
Peah.
1 2 3
1 Proses membuat Heong Peah menjadi lebih
bersih.
2 Penggunaan teknologi dalam penghasilan Heong
Peah dapat menjimatkan masa.
3 Terdapat pelbagai perasa biskut Heong Peah
kesan daripada penggunaan teknologi.
4 Kos penghasilan biskut Heong Peah dapat
dikurangkan dengan aplikasi sains dan teknologi.
5 Kuantiti penghasilan biskut Heong Peah menjadi
lebih banyak.
Kesan-kesan penggunaan sains dan teknologi
dalam pemasaran biskut Heong Peah.
1 Pembungkusan biskut Heong Peah menjadi lebih
kemas.
2 Biskut Heong Peah kini telah menjadi popular
dalam kalangan generasi muda.
3 Kuantiti jualan biskut Heong Peah semakin
meningkat.
4 Biskut Heong Peah menarik minat pengunjung
luar datang ke kampung untuk membeli.
5 Biskut Heong Peah dapat bersaing dengan
makanan moden yang lain.
SEKIAN, TERIMA KASIH
33. 33
Jadual Temu Bual
Informan 1: Encik Khor Bao Keng
Soalan Jawapan
1. Bolehkah Encik Khor
menyatakan apakah mesin
automatik yang terdapat di dalam
kilang biskut Heong Peah ini ?
Terdapat empat mesin yang digunakan dalam
kilang ini terdapat, iaitu mesin mengadun doh,
mesin penggelek doh, mesin penggadun bahan
perasa dan ketuhar pembakar elektrik.
2. Mengapakah Encik Khor
menggunakan mesin ini dalam
penghasilan biskut Heong Peah?
Saya menggunakan mesin-mesin automatik ini
adalah untuk meningkatkan produktiviti dalam
perniagaan saya ini.
3. Apakah fungsi-fungsi mesin
automatik ini dalam penghasilan
biskut Heong Peah?
Mesin pengadun doh adalah untuk membuat
kulit biskut dengan mengadun tepung dan air
panas menjadi doh dengan mesin pengadun.
Mesin penggelek doh pula berfungsi untuk
menggelek doh yang akan masuk dalam mesin
ini. Doh tepung yang nipis dan sesuai untuk
membuat biskut akan dihasilkan.
Seterusnya, bahan perasa biskut akan disediakan
dengan memasukkan bahan-bahan perasa ke
dalam penggadun makanan elektrik. Dengan
mesin penggadun elektirk, bahan perasa biskut
dapat disediakan dalam masa beberapa minit dan
dapat memastikan semua bahan-bahan dapat
menggadun dengan seimbang.
Selepas bahan-bahan perasa dibalut oleh kulit
tepung yang disediakan, biskut-biskut tersebut
akan dibakar oleh ketuhar pembakar elektrik
dalam 160 kelsius dalam masa 23 minit.
34. 34
4. Apakah perubahan dalam
proses penghasilan biskut Heong
Peah selepas Encik Khor
menggunakan mesin-mesin
automatik ini?
Kalau berbanding dengan kaedah yang manual,
banyak tenaga akan digunakan dalam membuat
biskut ini, misalnya proses mengadun dan
menggelek doh tepung. Selepas saya mula
menggunakan mesin-mesin ini, tenaga kerja
saya dapat dikurangkan dan masa menghasil
biskut ini turut dapat dijimatkan.
5. Adakah jualan biskut Heong
Peah ini meningkat selepas Encik
Khor menggunakan mesin-mesin
ini ?
Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi
jualan biskut ini memang lebih baik daripada
masa dahulu semasa saya menggunakan kaedah
manual dalam penghasilan biskut Heong Peah,
kerana kuantiti biskut ini terhad dengan masa
yang tidak cukup.
Informen 2:Puan Ng Geik Choo
Soalan Jawapan
1. Apakah perubahan dalam
kerja puan berbanding dengan
masa yang dahulu? Apakan
sebabnya?
Tenaga kerja saya telah dikurangkan sebanyak
1/3 selepas tauke mula menggunakan mesin-
mesin automatik daripada kaedah manual. Hal
ini demikian, mesin-mesin automatik telah
banyak membantu dalam proses membuat
biskut Heong Peah yang memerlukan banyak
tenaga seperti mengadun dan menggelek doh
tepung.
2. Apa kesan yang lain daripada
mengurangkan beban kerja
dalam penghasilan biskut ini
dengan aplikasi mesin-mesin
automatik ini?
Kesannya adalah masa membuat biskut Heong
Peah pada kuantiti yang sama dapat dijimatkan
dan kita dapat masa yang terluang untuk
membuat kuantiti yang lebih banyak untuk
dijual. Oleh itu, jualan biskut ini turut
35. 35
meningkat berbanding dengan masa yang
dahulu.
3. Adakah puan setuju dengan
kos proses penghasilan biskut
Heong Peah dapat dikurangkan
dengan aplikasi mesin automatik
ini ?
Saya tidak setuju akan penyataan ini, aplikasi
mesin automatik memang dapat mengurangkan
tenaga kerja kita dan pekerja yang perlu diupah,
tetapi kos penghasilan masih tidak dapat
dikurangkan. Hal ini demikian, bil elektrik
semakin meningkat dari semasa ke semasa dan
kos bahan turut ditingkatkan mengikut harga
petrol yang semakin tinggi.
4. Adakah Biskut Heong Peah
menarik minat pengunjung luar
datang ke kampung untuk
membeli?
Ya, terdapat juga pengunjung yang dari luar
negeri datang ke kampung ini selepas
mengetahui di sini terdapat kilang menjual
biskut Heong Peah dan mereka akan membeli
dengan kuantiti yang banyak setiap kali datang
ke kedai.
5. Apakah cadangan puan boleh
beri bagi meningkatkan
perhatian dan pengetahuan
generasi muda terhadap biskut
Heong Peah?
Saya berasa kami boleh memaparkan proses
penghasilan biskut ini di surat laman web,
khabar atau majalah supaya lebih ramai orang
mengenali biskut ini terutamanya generasi
muda. Selain itu, kami juga boleh
menggalakkan pihak sekolah menganjur
rawatan sambil belajar ke kilang ini.
36. 36
Informan 3: Encik Lim Shun Wan
Soalan Jawapan
1. Adakah jualan biskut Heong
Peah ini meningkat selepas
berbanding dengan masa yang
dahulu?
Saya tidak dapat nafikan bahawa, prestasi jualan
biskut ini memang lebih baik daripada masa
dahulu. Kuantiti biskut ini memang terhad pada
masa itu kerana mereka membuat biskut tanpa
menggunakan mesin automatik.
2. Bagaimanakah pembungkusan
biskut Heong Peah kini
berbanding dengan masa dahulu?
Pembungkusan biskut telah menjadi lebih kemas
daripada masa dahulu. Kini, terdapat beg plastik
yang melambangkan kilang dan kedai mereka
yang berwarna merah.
3. Adakah biskut Heong Peah ini
menjadi popular dalam kalangan
generasi muda pada masa kini?
Sya tidak rasa begitu, walaupun biskut ini masih
terdapat konsumer generasi muda tetapi juga
terdapat kebanyakkan pemuda tidak gemar akan
biskut ini.
4. Apakah pendapat anda tentang
biskut ini masih tidak popular
dalam generasi muda?
Bagi pendapat saya, biskut ini tidak menarik
perhatian mereka disebabkan mereka hanya leka
akan alat teknologi sekarang sperti telefon bimbit
dan komputer. Mereka lebih rela menghadap
dengan alat komunikasi ini daripada cuba
menikmati biskut ini.
5. Adakah encik berpendapat
bahawa biskut Heong Peah ini
dapat bersaing dengan makanan
moden yang dihasilkan pada
zaman sekarang ?
Saya tidak berpendapat sebegitu, walaupun
perasa biskut Heong Peah telah diperbanyakkan
dengan aplikasi sains dan teknologi, tetapi
kaedah ini masih tidak cukup untuk bersaing
dengan makanan moden yang sentiasa
menghasilkan perasa yang baru dari semasa ke
semasa.