Dikir barat adalah teater tradisional Melayu yang populer di Kelantan dan Patani. Ia melibatkan tukang karut, juara, dan awok-awok yang memainkan alat musik seperti rebana sambil bernyanyi dan berbalas pantun. Unsur musiknya termasuk irama bermeter dan tak bermeter, vokal solo dan korus, serta melodi berasaskan skala heptatonik.
4. PENGEN
ALAN• Teater tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di
Kelantan dan Patani di selatan Thai.
• Terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang tukang karut
dan tok juara . Mereka akan mengarut sambil berbalas pantun dan
diikuti oleh awok- awok(korus) sebagai suara latar yang kuat dan
lantang.
• Menurut Tan dan Matusky (1998), Dikir barat merupakan sebuah
persembahan muzik instrumental dan puisi dinyanyikan.
• Dikir barat boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun
pertandingan.
5. KONTEKS
• Mengikut gaya lama, persembahan dikir barat mengutamakan tema yang
melibatkan kehidupan seharian orang tempatan dengan unsur-unsur lucu.
• Tema masakini masih mengekalkan unsur tempatan tetapi memaparkan topik
semasa mengenai ekonomi, politik, pendidikan dan perpaduan sosial.
• Lazimnya dikir barat yang dipersembahkan di televisyen mendidik masyarakat
tentang kebajikan, kesihatan dan isu sosial.
6. ASAL
USUL
Setiap kumpulan dikir akan mempercayai tentang asal-usul permainan ini melalui yang
apa yang diperturunkan oleh gurunya. Terdapat lima pendapat asal usul Dikir Barat:
a) Berasal dan Selatan Siam
b) Berasal dari Pulau Kerengga
c) Berasal dari ilham budak-budak penjaga lembu
d) Berasal dari Pulau Tebu
e) Berasal dari ciptaan Mak Leh Tapang
7.
8. PERSEMBAH
AN
•Terdiri dari 15-30 orang
•Sebelah malam
•Bertabuh-menandakan persembahan bermula
•Juara memulakan melodi diikuti awok-awok
•Tukang karut mengambil alih -- selingan--bobby
•Juara menyanyi wau bulan sebagai penutup
9. • Orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu
persembahan.
• Seorang tukang karut yang baik mesti mempunyai kemahiran mencipta lirik,
menyusun idea spontan yang sesuai dengan tema.
• Kebolehan seseorang tukang karut melagukan sesuatu melodi dan tema yang
tertentu akan menetapkan mereka dengan identiti yang tersendiri
• misalnya Seman bin mamat dapat membawakan lagu karut Wau Bulan dengan
baik dan berkesan, dan dia terkenal dengan gelaran Seman Wau Bulan.
• Tukang Karut memerlukan idea spontan semasa menyanyi
• Nama-nama besar tukang karut yang lain ialah Dolah Kulat Malam, Awang Ikan
Duyung.
WATAK-
WATAK TUKANG
KARUT
10. • watak kedua penting dalam persembahan.
• orang yang memulakan nyanyian dalam persembahan.
• menentukan tema persembahan melalui lagu awalnya.
• nada sedih dan mendayu
• lagu tanpa meter
• Di antara juara yang terkenal adalah Yusof kelong dan Salleh Jambu.
• Pada waktu yang tertentu, juara juga terpaksa mengarut sewaktu menunggu
ketibaan tukang karut.
JUARA (TOK JORA)
11. • sekumpulan orang yang berdikir dalam permainan dikir barat.
• Kebiasaannya awok-awok terdiri dari pemuda-pemuda belasan tahun dan
kerana faktor usia inilah mereka digelar ‘ budok-budok dikir’
• Gelaran awok-awok ini adalah sempena nama kumpulan nelayan yang turun ke
laut dalam sebuah bot yang diketuai oleh seorang juragan.
• Tugas awok-awok ini ialah mengikut atau mengulangi lagu secara beramai-ramai
disambil bertepuk tangan dan membuat formasi badan.
• bilangan awok-awok terhad bilangannya iaitu 12 hingga 40 orang.
• Awok-awok tidak boleh diambil sembarangan, mereka yang tidak cekap dan
kurang berpengalaman akan memberikan kesan yang negatif kepada kumpulan.
AWOK-
AWOK
14. REBANA
• Alat muzik asas yang masih digunakan ialah dua alat muzik rebana mengikut saiz
yang dipanggil rebana ‘ibu’ dan rebana ‘anak’.
• Kedua genre ‘membranofon’ mengikut Van Bostel (1994), diletakkan menegak
dan kulitnya dipukul dengan kedua-dua belah tangan pemain.
• Timbre asas yang dihasilkan oleh pemain rebana ialah ‘tak’ dan ‘dung’. Alat
rebana ibu dan anak menghasilkan rentak tertentu.
• Pemain rebana ibu memainkan rentak utama sementara pemain rebana anak
memainkan rentak yang ‘meningkah’ rentak rebana ibu.
ALAT
MUZIK
15. TETAWAK
•Alat ‘idiofon’yang digunakan dalam ensemble ialah ‘tetawak’ .
• Tetawak merupakan gong besar yang berbusut (knobbed gong).
• Gong ini digantung dan pukul pada busut dengan pemukul yang berbalut dengan
getah.
• Tetawak dimainkan pada setiap bit yang ke 4.
CANANG
Canang iaitu alat gong-chime, terdiri daripada dua buah gong kecil yang berbusut
yang menghasilkan satu pic tinggi dan satu pic rendah.
MARKAS
• Marakas ialah yang dipinjam daripada muzik popular barat.
• Alat idiofon ini terdiri dari sebuah labu yang berisi kekacang yang akan
menghasilkan bunyi apabila alat itu digoncangkan.
16. a) Rebana Anak : Berperanan memainkan rentak dikir barat dan saling bertingkah
dengan rebana ibu.
b) Rebana Ibu : Berperanan memainkan rentak dikir barat dan saling bertingkah
dengan rebana anak.
Rebana ibu selaku alat muzik utama dan selalu melakukan ‘adlib’.
c) Gong : Sebagai penanda masa
d) Canang : Memberikan warna kepada rentak dikir barat, memainkan bit yang
berterusan
e) Marakas: Menambahkan warna kepada rentak dikir barat, memainkan bit
berterusan dan juga boleh dimainkan untuk nilai not yang panjang atau
penghujung lagu.
17. • irama bermeter dan tak bermeter
•Juara menyanyi irama tak bermeter dan tempo lambat
• awok-awok menyanyi bermeter dupel-tempo sederhana
• tekstur :
- berbentuk polifonik, vokal solo dan korus yang membawa melodi.
- melodi dalam dikir barat berasaskan skel heptatonik.
UNSUR
MUZIK