SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 22
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                  (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                              2012

1.0   PENGENALAN

      Setiap insan yang hidup di dunia ini pastinya mempunyai keperluan dan keinginan
      masing-masing khususnya kanak-kanak. Kanak-kanak sudah tentu ingin bergerak,
      berjaya, diiktiraf, diterima, disanjung, bersaing, mempunyai ketangkasan fizikal,
      mencuba dan meneroka sesuatu alat dan bahan, menjadi kreatif , meluahkan perasaan
      yang dialami dan sebagainya. Keperluan dan keinginan kanak-kanak ini sebenarnya
      dapat dan boleh diperolehi menerusi aktiviti menggambar yang terdapat dalam mata
      pelajaran Pendidikan Seni Visual.

      Apakah yang dimaksudkan dengan menggambar?            Secara umumnya menggambar
      ialah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran kanak-
      kanak. Bidang ini melihat kemampuan kanak-kanak terhadap aspek melukis serta
      kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan
      teknik. Bidang menggambar memberi penekanan kepada aspek ruang, struktur ,
      imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya.

      Menerusi aktiviti menggambar, kanak-kanak boleh mengenali dengan lebih dekat lagi
      pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Malah, kanak-kanak dapat
      memperkembangkan persepsi visual dan memperolehi kesedaran terhadap asas seni
      reka seperti warna, garisan , susunan dan kesannya.

      Dalam aktiviti menggambar , kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan
      bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
      membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor, kognitif dan emosi
      serta sosial kanak-kanak . Perkembangan ini amat penting untuk memenuhi keperluan
      fisiologi dan psikologi kanak-kanak.

      Aktiviti menggambar dilihat sebagai aktiviti yang boleh dan banyak memberi
      kepentingan kepada perkembangan dan pertumbuhan diri kanak-kanak. Sehubungan
      dengan itu, menerusi tugasan yang diamanahkan pada kali ini, skop penulisan akan
      membincangkan keperluan dan kepentingan aktiviti menggambar kepada kanak-kanak
      dalam pelbagai aspek baik aspek kognitif, emosi, fizikal mahupun sosial. Tugasan ini
      juga akan memaparkan hasil portfolio kanak-kanak dan memberi penjelasan tentang
                                                                                             21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                   (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                               2012

      perkembangan kanak-kanak dalam aktiviti menggambar mengikut tokoh Lowenfeld
      dan Britain (1982).

            Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
                                dihasilkan di atas permukaan rata.




1.1   Definisi Menggambar




      Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas
      permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental
      seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang
      sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan
      terhadap sesuatu imej atau objek.




1.2   Penerokaan Alat dan Media

      Sebelum    memulakan aktiviti menggambar, adalah penting bagi seseorang guru
      mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya.
      Ini kerana, setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap berbeza terhadap sesuatu
      aktiviti yang akan dijalankan. Penggunaan alat dan media dalam aktiviti
      menggambar juga penting untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu.

      Alat tulis sama ada yang berwarna atau tidak berwarna , media kering atau media
      basah semuanya sangat berguna untuk menyempurnakan kerja-kerja menggambar.
      Dalam menggambar pelbagai jenis alatan dan media serta bahan-bahan buangan boleh
      digunakan. Tujuannya adalah untuk melahirkan satu karya atau hasil kerja seni yang
      pelbagai bagi menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.
                                                                                           21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                   (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                               2012

      Sebahagian     contoh   alatan   dan   media     yang   boleh    digunakan    semasa
      melaksanakan kegiatan menggambar ialah seperti warna pastel, warna air, warna
      poster, warna pensel, kapur berwarna, ‘oil pastel’, marker, pen, stensil, lilin, cebisan
      kertas, penyedut minuman, berus lukisan dan pembancuh warna.




2.0   SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

      Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses
      penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses
      ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
      intuisi, persepsi , imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini murid diharapkan dapat
      mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
      pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
      bersama nilai yang disebutkan.

      Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang
      kegiatan iaitu ;

         i.   Menggambar

        ii.   Membuat Corak dan Rekaan

       iii.   Membentuk dan Membuat Binaan

       iv.    Mengenal Kraf Tradisional

      Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif,
      interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta
      menghargai nilai baik. Daripada empat bidang kegiatan yang terkandung dalam
      Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini, hanya satu bidang sahaja yang akan
      diperjelaskan selaras dengan kehendak soalan iaitu bidang menggambar.Rajah 2.0 di
      bawah menunjukkan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah KBSR.


                                          Menggambar
                                                                                                 21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                   (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                               2012


           Mengenal Kraf                                                 Membuat Corak dan
                                     PENDIDIKAN SENI VISUAL
            Tradisional                 SEKOLAH RENDAH                       Rekaan




                                          Membentuk dan
                                          Membuat Binaan


                                            Rajah 2.0

3.0   BIDANG KEGIATAN MENGGAMBAR

      Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam
      Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk
      membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat,
      olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk
      murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik
      menggambar.


      Bidang kegiatan menggambar menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan
      ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta
      mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan
      memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran
      melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan
      ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni
      reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya.



      Kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Kanak-
      kanak boleh menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel,
      krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk
      menggambar terdiri daripada dua jenis media iaitu media kering dan media basah .
      Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang, lilin dan
      comte. Media basah pula terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik.
                                                                                                  21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                             (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                         2012

Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar
adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi. Antara kegiatan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj,
montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .




Jadual di bawah akan memaparkan contoh hasil karya dalam bidang menggambar
yang diperolehi menerusi carian internet.

     Kegiatan                Contoh Hasil Karya                      Sumber
    Menggambar

    1) Lukisan
                                                          http://Cikgulala.blogsport.c
                                                          om.2011/04/pengenalan-
                                                          bidang-menggambar.html




    2) Catan                                              http://senivisual1.blogspot.c
                                                          om/2010/03/catan-cat-
                                                          minyak.html#18.27              :
                                                          25/10/12




    3) Kolaj                                              http://Cikgulala.blogsport.c
                                                          om.2011/04/pengenalan-
                                                          bidang-menggambar.html
                                                                                             21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                       (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                   2012




4) Montaj                            http://Cikgulala.blogsport.c
                                     om.2011/04/pengenalan-
                                     bidang-menggambar.html




5) Cetakan                           http://teacher-
                                     kamarudin.blogspot.com/




6) Resis                             http://Cikgulala.blogsport.c
                                     om.2011/04/pengenalan-
                                     bidang-menggambar.html




7) Gosokan                           http://lifeasaartstudentlilizal
                                     a.blogspot.com/2012/03/gos
                                     okan.html
                                                                       21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                       (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                   2012



8) Stensilan
                                     http://seni-itu-
                                     indah.blogspot.com/2012/0
                                     4/stensilan.html




9) Percikan

                                     http://Cikgulala.blogsport.c
                                     om.2011/04/pengenalan-
                                     bidang-menggambar.html




10) Gurisan
                                     http://lifeasaartstudentlilizal
                                     a.blogspot.com/2012/03/gur
                                     isan.html




11) Capan
                                     http://seni-itu-
                                     indah.blogspot.com/2012_0
                                     4_01_archive.html
                                                                       21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                   (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                               2012




          12) Mozek



                                                                 http://Cikgulala.blogsport.c
                                                                 om.2011/04/pengenalan-
                                                                 bidang-menggambar.html




4.0   KEPENTINGAN MENGGAMBAR

      Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual        khususnya dalam bidang
      menggambar berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan kepada mereka dari
      pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan
      selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya.
      Ringkasnya, kepentingan aktiviti menggambar menerusi mata pelajaran Pendidikan
      Seni Visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut;




4.1   Aspek Kognitif

      Kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu (Spodek dan rakan-rakan
      1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan
      memproses maklumat. Dengan kata lain, ia adalah suatu proses memperkembangkan
      daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.

      Pada tahun pertama di sekolah rendah , kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti asas
      menggambar iaitu dengan cara memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat di
      persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan
      kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan
      jenis garisan seperti tebal, nipis, panjang, pendek, bengkok, lurus , cetek, putus-putus
      dan sebagainya. Dengan cara begini, kanak-kanak dapat menyatakan secara lisan
                                                                                                 21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                   (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                               2012

      pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran dan seterusnya dapat
      melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak
      terancang.

      Brown (1980), mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
      melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam
      pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan
      setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi
      pendedahan     kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan
      mengembangkan pemikiran yang kritis.




      Dalam pada itu, kanak-kanak akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam
      membanding atau membeza hasil kerja yang bermutu dan membuat jangkaan yang
      bakal berlaku. Melalui aktiviti kolaj misalnya, banyak impak positif yang akan
      diperolehi oleh kanak-kanak . Antaranya sebagaimana yang telah dinyatakan di atas,
      kanak-kanak akan dapat membuat jangkaan yang bakal berlaku sekiranya gam yang
      digunakan dalam aktiviti kolaj terlalu banyak. Kanak-kanak juga dapat meramalkan
      kesan gam yang banyak digunakan akan mengotor pakaian dan meja masing-masing.

      Ringkasnya, penganjuran aktiviti menggambar yang tersusun dan terancang dapat
      melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta
      mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.



4.2   Aspek Emosi

      Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu
      benda atau keadaan . Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan
      seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh
      seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan.
      Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan
      perubahan dalam badan dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi
      setiap individu.
                                                                                             21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                  (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                              2012

      Perasaan yang dialami mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian
      kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan murid (kanak-kanak) melalui
      tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti menggambar misalnya,
      boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas dari tekanan emosi dan membina
      kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran . individu yang mempunyai
      keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang
      mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya.

      Perhubungan mesra yang wujud antara kanak-kanak dapat melahirkan suasana yang
      harmonis dan menyebabkan kanak-kanak merasakan bahawa guru dan rakan-rakan
      prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat seni yang dimiliki.




4.3   Aspek Fizikal

      Terdapat beberapa kepentingan yang bakal diperolehi kanak-kanak sekiranya mereka
      mempelajari dan melibatkan diri dalam aktiviti menggambar. Melibatkan diri dalam
      aktiviti membuat karya resis umpamanya, dapat memberi peluang kepada kanak-kanak
      untuk meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan serta bahan dalam kegiatan
      menggambar. Teknik resis dalam proses menggambar merupakan satu kegiatan yang
      sangat menarik untuk dijalankan terutama sekali bagi kanak-kanak pada peringkat
      sekolah rendah. Melalui teknik resis kanak-kanak akan berpeluang menggunakan
      alatan lain selain daripada pensel dan pensel warna yang menjadi kebiasaan dalam
      aktiviti menggambar iaitu lilin dan krayon. Ini secara tidak langsung dapat
      mengurangkan kebosanan kanak-kanak di dalam kelas. Sekaligus dapat membantu
      proses perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor.

      Melalui teknik resis juga, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan
      derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Hal ini selain dapat
      membantu kanak-kanak dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan
      antara satu idea dengan idea yang lain (kognitif) , ia dapat meningkatkan kemahiran
      fizikal kanak-kanak dalam menghasilkan karya seni.
                                                                                            21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                    (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                                2012

      Antara lain kepentingan menggambar yang boleh dikenalpasti menerusi aspek fizikal
      ialah   dapat memantapkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Kepentingan
      ini ketara dapat dikesan menerusi aktivi kolaj. Menurut Haliza Hamzah (2008), pada
      peringkat awal kanak-kanak, otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus
      belum berkembang dengan sempurna. Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan
      motor halus seperti kolaj, perkembangan fizikal kanak-kanak berupaya untuk
      berkembang secara optimum.

      Malah, penggunaan alat dan bahan semasa melakukan aktiviti menggambar dalam
      Pendidikan Seni Visual dapat memberi satu bentuk latihan berkesan kepada otot
      tangan dan koordinasi tangan serta mata.




4.4   Aspek Sosial

      Apabila semua kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan
      minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat
      memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima
      sebagai anggota kelompok . Kanak-kanak mahukan dirinya diterima sebagai anggota
      sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Menerusi
      kegiatan menggambar, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui
      pijian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka menghasilkan karya yang
      menarik.

      Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
      mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
      dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran
      kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama
      kanak-kanak sehingga mereka membesar.
                                                                                            21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                   (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                               2012

      Aktiviti menggambar memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan
      meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti
      menggambar memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat-
      menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti baik
      hati, bertoleransi dan sabar sewaktu berkongsi bahan atau alat ketika membuat
      aktiviti menggambar. Malah , semangat kerjasama juga dapat dipupuk menerusi
      aktiviti kumpulan yang dibentuk .




5.0   PORTFOLIO KANAK-KANAK

      Proses menggambar di peringkat kanak-kanak adalah teratur dan sesuai dengan
      perkembangan tumbesaran mereka. Pengetahuan mengenai tahap dan peringkat
      penghasilan lukisan dan karya seni mengikut perkembangan tumbesaran kanak-kanak
      oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual boleh membantu mengenal pasti potensi dan
      aktiviti yang sesuai dengan perkembangan biologi mereka. Kajian banyak
      menunjukkan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai hubung kait yang
      rapat dengan proses perkembangan tumbesaran mereka.

      Penghasilan karya lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza
      dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Hasil karya kanak-kanak lebih
      bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Menerusi hasil karya kanak-kanak,
      kita dapat melihat cara mereka berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan
      menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni menggambar kanak-
      kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri.
                                                                                           21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                             (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                         2012

Isi kandungan bahagian portfolio kanak-kanak ini akan memaparkan lima karya murid
yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka yang terpilih ini terdiri
daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Kemahang 1, Tanah Merah. Hasil karya
seni kanak-kanak ini terdiri daripada lima teknik menggambar yang terdapat dalam
bidang menggambar.

Huraian yang lebih jelas berhubung paparan portfolio kanak-kanak ini dapat dilihat
menerusi jadual 5.0 .




                                         Jadual 5.0

  Teknik           Keterangan Teknik Menggambar               Nama/Umur Kanak-
Menggambar                                                       kanak Yang
                                                              Menghasilkan Karya



Lukisan                 •   Lukisan merupakan hasil kerja Nur Qistina Balqis bt Rosli
                            yang dibuat untuk meluahkan
                            perasaan berbentuk imej dengan Tahun 1 (7 tahun)
                            menggunakan media kering atau
                            menggunakan warna paling
                            sedikit.

                        •   Satu karya seni yang dihasilkan
                            di atas permukaan rata.

                        •   Penggunaan      alat      dalam
                                                                                        21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                           (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                       2012

                   sesebuah lukisan terhad kepada
                   media kering seperti pensel ,
                   pensel warna, pastel, arang, pen
                   dan dakwat.




Catan          •   Catan adalah satu proses Mardiana bt Ibrahim
                   menyapu warna atau cat ke atas
                   sesuatu permukaan rata.        Tahun 3 (9 tahun)

               •   Ia      mewakili    gambaran
                   pemikiran atau rekaan tertentu
                   sama ada yang nyata atau
                   abstrak.

               •   Dihasilkan melalui sapuan
                   warna ke atas permukaan rata
                   dengan menggunakan berus.

               •   Satu ciptaan     gambar    yang
                   berwarna.




Kolaj          •   Kolaj bermakna potong, koyak, Farisah       Inani   bt
                   gunting, gam, tampal sesuatu Shamsuddin
                   bahan ke atas suatu permukaan.
                                                  Tahun 4 (10 tahun)

               •   Dari     perkataan      Perancis
                   bermaksud gam. Kerja-kerja
                   dibuat    dengan      menampal
                   cebisan kertas-kertas, kain atau
                   bahan lain di atas permukaan
                   2D.

               •   Satu susunan objek dan bahan
                   yang dilekat di atas suatu
                   permukaan supaya menjadi satu
                   gambar bagi sesuatu tajuk atau
                                                                            21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                             (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                         2012

                     tema tertentu.




Cetakan          •   Cetakan adalah satu proses hasil Diefa Idayu bt Daud
                     kerja seni menggunakan dakwat
                     yang        dicipta     melalui Tahun 5 (11 tahun)
                     perpindahan dakwat ke atas satu
                     permukaan.

                 •   Imej     atau  gambar   yang
                     dihasilkan di atas permukaan
                     rata.

                 •   Satu hasil kerja seni yang
                     menggunakan acuan cetakan
                     untuk menghasilkan satu atau
                     beberapa siri cetakan.

                 •   Proses    menggambar  yang
                     dilakukan     dengan   cara
                     memotong, mengguris di atas
                     permukaan       plat   dan
                     menggunakan dakwat.




Montaj           •   Menampal dan melekatkan Sarah Syafiqah bt Idris
                     gambar-gambar pada suatu
                     permukaan untuk menimbulkan Tahun 6 (12 tahun)
                     mesej pengajaran, kecintaan,
                     alam sekitar dan sebagainya.

                 •   Menggunakan         potongan
                     gambar-gambar yang berkaitan
                     dari mana-mana media cetak
                     untuk menghasilkan satu tajuk
                     atau tema.


                 •   Dalam kerja-kerja seni montaj,
                     beberapa gambar foto dicantum
                                                                            21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                                  (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                              2012

                             untuk menjadi satu komposisi
                             ilustrasi.




6.0   RUMUSAN

      Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual khususnya dalam aktiviti
      menggambar yang dilaksanakan secara terancang dan tersusun , berupaya memberikan
      rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek sepertimana yang telah dinyatakan.
      Jika dilihat dari aspek psikomotor, kanak-kanak memperolehi satu bentuk latihan
      berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata. Dari aspek kognitif
      pula, kanak-kanak berupaya untuk menyelesaikan masalah dan mampu membuat
      penilaian serta bijak membuat keputusan. Manakala dari aspek sosial dan emosi,
      kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial
      serta keyakinan diri. Menerusi aktiviti menggambar, kanak-kanak akan menjadi saling
      hormat-menghormati. Sikap hormat-menghormati ini seterusnya dapat menjadi
                                                                                            21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                             (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                         2012

landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Malah semangat bekerjasama          di
dalam aktiviti kumpulan dapat dibentuk.

Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak mula
mendapat tempat di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi pada
awal 1900. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa proses
perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu.

Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang-
ulang di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan
dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik lazimnya jelas
berdasarkan kematangan usia mereka.

Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelaskan
perkembangan artistik kanak-kanak. Salah satu daripada model-model terkemuka itu
ialah model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975). Lowenfeld percaya
bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat
semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik
kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-17 tahun. Peringkat
perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini
merangkumi enam peringkat utama.

Enam peringkat perkembangan artistik kanak-kanak menurut Lowenfeld dan Britain
adalah seperti berikut:

1)     Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

       Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan
       tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan
       membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah
       mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari
       peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada
       melukis bulatan.
                                                                                       21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                          (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                      2012

2)   Peringkat Preschematic (4-7 tahun)

     Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada
     percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan
     menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan
     mereka dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

3)   Peringkat Schematic (7-9 tahun)

     Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek
     berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema
     atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek
     dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat
     disekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan
     dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu
     satah udara dan tanah.

     Bagi pemandangan satah bawah, objek disusun secara melintang dan sama
     manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang
     dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya
     mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan
     sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.




4)   Peringkat Dawning Realism (9-12 tahun)

     Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep
     dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang
     dilukis secara realistic dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan
     kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri .
     Mereka mula membandingkan karya sendiri dengan karya rakan sebaya dan ini
     menjadikan     mereka     berhati-hati   dan     sedikit   individualistik   serta
     menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
                                                                                          21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                             (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                         2012

5)     Peringkat Pseudonaturalistic (12-14 tahun)

       Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam
       menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz
       rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau
       melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.
       Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan
       perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan
       tidak menarik.

6)     Peringkat Adolescent Art in High School (14-17 tahun)

       Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan
       karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di
       dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk
       menghasilkan karya.




Menurut Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif
dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan
sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan
dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik.
Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya
tanpa disedari.




Berdasarkan kepada contoh-contoh aktiviti menggambar yang dilampirkan pada
bahagian portfolio kanak-kanak yang terdiri dari pelbagai umur, jelas menunjukkan
bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan
suasana mereka dibesarkan. Persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.

Akhir kata dapatlah dirumuskan bahawa bidang menggambar adalah satu bidang yang
menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran kanak-kanak. Ia ingin menilai
                                                                                            21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                               (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                           2012

sejauh mana kemampuan kanak-kanak terhadap aspek melukis dan membuat gambar
dengan menggunakan pelbagai alat, media dan teknik. Melalui aktiviti menggambar,
seseorang individu dapat berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan
dan menilai hasil kerja dari aspek estetik. Hal ini sekaligus membantu kepada
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang optimum selari dengan keperluan
negara untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,
mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan
inventif.




BIBLIOGRAFI


Haliza Hamzah. (2008) . Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor          :
       Kumpulan BudimanPrentice Hall. Inc.
Haslinda Madon.         (2011). Menggambar :         Fakulti     Pendidikan   dan
       Bahasa,OUM.          Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd
                                                                                        21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                            (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                        2012

Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah . (2004). Panduan Kognitif
      Kanak-kanak Prasekolah . Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd
Prof Dr Haji Abdul Syukor Hashim, Badrul Isa, Khairen Rahmat dan Zuraimi Zakaria.
       (2011). Perkembangan Seni Kanak-kanak : Fakulti Pendidikan dan
       Bahasa,OUM. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd
Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel, Mohd Taslim Abd Rahim dan Manan Sarbani .
       (2011). Pengenalan Pendidikan Seni Visual : Fakulti Pendidikan dan
       Bahasa,OUM. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd
Spodek, B.S., Saracho, O.N. dan Davis, M. (1987). Foundation of Early Childhood
      Education. New Jersey : Prentice Hall. Inc.
Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail . (2010). Seni Dalam Pendidikan : Fakulti
        Pendidikan dan Bahasa,OUM. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd




                                                                                    21
HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM
                            (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept.
                                                        2012




Sewaktu menggambar, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan
derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan.      Pengalaman yang
diperolehi ini boleh menolong kanak-kanak dalam memahami sesuatu idea dan
menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan
dalam berbagai mata pelajaran . Malahan kanak-kanak turut dapat membina idea baru
daripada benda konkrit.




                                                                                    21

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanShin Lee
 
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014Cikgu Hayati
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknikMdham Mat
 
Dskp pendidikan seni visual tahun 5
Dskp pendidikan seni visual tahun 5Dskp pendidikan seni visual tahun 5
Dskp pendidikan seni visual tahun 5sitinourcheah
 
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Noraini Che Embong
 
Rancangan pengajaran harian(kssr)
Rancangan pengajaran harian(kssr)Rancangan pengajaran harian(kssr)
Rancangan pengajaran harian(kssr)Azah Faridah
 
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4Nur Aini
 
Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4share with me
 
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)RAMLAH BINTI A. RANI
 
RPH Kssr Dunia Seni Visual Tahun 2 Kssr - Mereka bentuk wau bulan
RPH  Kssr Dunia Seni Visual Tahun 2 Kssr - Mereka bentuk wau bulanRPH  Kssr Dunia Seni Visual Tahun 2 Kssr - Mereka bentuk wau bulan
RPH Kssr Dunia Seni Visual Tahun 2 Kssr - Mereka bentuk wau bulanPaan Artcreative
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Cikgu Hayati
 
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - BonekaRph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - BonekaPaan Artcreative
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5tunteja2008
 
Gelang tangan thn3
Gelang tangan thn3Gelang tangan thn3
Gelang tangan thn3rahimiisahak
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1celestie
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2share with me
 

La actualidad más candente (20)

PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
 
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
RPT PSV KSSR TAHAP 2~ TAHUN 4 ~ 2014
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknik
 
Dskp pendidikan seni visual tahun 5
Dskp pendidikan seni visual tahun 5Dskp pendidikan seni visual tahun 5
Dskp pendidikan seni visual tahun 5
 
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
Panduan pengajaran kssr pendidikan seni visual tahun 6
 
Rancangan pengajaran harian(kssr)
Rancangan pengajaran harian(kssr)Rancangan pengajaran harian(kssr)
Rancangan pengajaran harian(kssr)
 
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
RPH Pendidikan Seni Visual Tahun 4
 
Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4Rph pualaman psv thun 4
Rph pualaman psv thun 4
 
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
970 Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM (Baharu)
 
RPH Kssr Dunia Seni Visual Tahun 2 Kssr - Mereka bentuk wau bulan
RPH  Kssr Dunia Seni Visual Tahun 2 Kssr - Mereka bentuk wau bulanRPH  Kssr Dunia Seni Visual Tahun 2 Kssr - Mereka bentuk wau bulan
RPH Kssr Dunia Seni Visual Tahun 2 Kssr - Mereka bentuk wau bulan
 
3. krp 3974 rph lm minggu ke 3
3. krp 3974  rph  lm minggu ke 3 3. krp 3974  rph  lm minggu ke 3
3. krp 3974 rph lm minggu ke 3
 
rpt dsv
rpt dsv rpt dsv
rpt dsv
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - BonekaRph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
Rph Pendidikan Seni Visual Tahun 4 - Boneka
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4
 
DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6
 
Gelang tangan thn3
Gelang tangan thn3Gelang tangan thn3
Gelang tangan thn3
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 

Destacado

Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahAbd Wahid
 
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)Adilah Said
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
Konsep awal matematik
Konsep awal matematikKonsep awal matematik
Konsep awal matematikNana Rais
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
Cadangan Proposal.pptx
Cadangan Proposal.pptxCadangan Proposal.pptx
Cadangan Proposal.pptxNoraida Radot
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetFanera Jeffery
 

Destacado (8)

Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
 
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Konsep awal matematik
Konsep awal matematikKonsep awal matematik
Konsep awal matematik
 
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
Cadangan Proposal.pptx
Cadangan Proposal.pptxCadangan Proposal.pptx
Cadangan Proposal.pptx
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 

Similar a Hbae1403 menggambar

4 komponan psv
4 komponan psv4 komponan psv
4 komponan psvSandy Chin
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 PUTERI KATAK
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5niza_yusof
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5nurmawaddah1519
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Umaiya Ambal
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5pototo16
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2skulumosopoh
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2koh hs
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2JJ Antibiotic
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Saifatul Nurul Zaima
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakMazri Muhammad
 
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambarzainuns
 

Similar a Hbae1403 menggambar (20)

Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
4 komponan psv
4 komponan psv4 komponan psv
4 komponan psv
 
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5 Bukupanduanpengajaranpsvthn5
Bukupanduanpengajaranpsvthn5
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Bahan p.seni
Bahan p.seniBahan p.seni
Bahan p.seni
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2DS dunia seni visual thn 2
DS dunia seni visual thn 2
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
 

Más de Faridah Husin

Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisHbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisFaridah Husin
 
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quranHbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quranFaridah Husin
 
Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203Faridah Husin
 
Tugasan hbae1203 mei2012
Tugasan hbae1203 mei2012Tugasan hbae1203 mei2012
Tugasan hbae1203 mei2012Faridah Husin
 
Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualFaridah Husin
 
Tugasan rph ibadat thn 1
Tugasan rph ibadat thn 1Tugasan rph ibadat thn 1
Tugasan rph ibadat thn 1Faridah Husin
 
Tugasan rph bahasa melayu
Tugasan rph bahasa melayuTugasan rph bahasa melayu
Tugasan rph bahasa melayuFaridah Husin
 
Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Faridah Husin
 
Assignment of cyber crimes for oumh1203
Assignment of cyber crimes for oumh1203Assignment of cyber crimes for oumh1203
Assignment of cyber crimes for oumh1203Faridah Husin
 
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunHbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunFaridah Husin
 

Más de Faridah Husin (11)

Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisHbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
 
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quranHbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
 
Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203
 
Tugasan hbae1203 mei2012
Tugasan hbae1203 mei2012Tugasan hbae1203 mei2012
Tugasan hbae1203 mei2012
 
Tugasan hbis 1203
Tugasan hbis 1203Tugasan hbis 1203
Tugasan hbis 1203
 
Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visual
 
Tugasan rph ibadat thn 1
Tugasan rph ibadat thn 1Tugasan rph ibadat thn 1
Tugasan rph ibadat thn 1
 
Tugasan rph bahasa melayu
Tugasan rph bahasa melayuTugasan rph bahasa melayu
Tugasan rph bahasa melayu
 
Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2
 
Assignment of cyber crimes for oumh1203
Assignment of cyber crimes for oumh1203Assignment of cyber crimes for oumh1203
Assignment of cyber crimes for oumh1203
 
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunHbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
 

Último

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasarrenihartanti
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 

Último (20)

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah DasarPPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
PPT Penjumlahan Bersusun Kelas 1 Sekolah Dasar
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 

Hbae1403 menggambar

  • 1. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 1.0 PENGENALAN Setiap insan yang hidup di dunia ini pastinya mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing khususnya kanak-kanak. Kanak-kanak sudah tentu ingin bergerak, berjaya, diiktiraf, diterima, disanjung, bersaing, mempunyai ketangkasan fizikal, mencuba dan meneroka sesuatu alat dan bahan, menjadi kreatif , meluahkan perasaan yang dialami dan sebagainya. Keperluan dan keinginan kanak-kanak ini sebenarnya dapat dan boleh diperolehi menerusi aktiviti menggambar yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Apakah yang dimaksudkan dengan menggambar? Secara umumnya menggambar ialah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran kanak- kanak. Bidang ini melihat kemampuan kanak-kanak terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang menggambar memberi penekanan kepada aspek ruang, struktur , imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Menerusi aktiviti menggambar, kanak-kanak boleh mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Malah, kanak-kanak dapat memperkembangkan persepsi visual dan memperolehi kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan , susunan dan kesannya. Dalam aktiviti menggambar , kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor, kognitif dan emosi serta sosial kanak-kanak . Perkembangan ini amat penting untuk memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. Aktiviti menggambar dilihat sebagai aktiviti yang boleh dan banyak memberi kepentingan kepada perkembangan dan pertumbuhan diri kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, menerusi tugasan yang diamanahkan pada kali ini, skop penulisan akan membincangkan keperluan dan kepentingan aktiviti menggambar kepada kanak-kanak dalam pelbagai aspek baik aspek kognitif, emosi, fizikal mahupun sosial. Tugasan ini juga akan memaparkan hasil portfolio kanak-kanak dan memberi penjelasan tentang 21
  • 2. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 perkembangan kanak-kanak dalam aktiviti menggambar mengikut tokoh Lowenfeld dan Britain (1982). Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. 1.1 Definisi Menggambar Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. 1.2 Penerokaan Alat dan Media Sebelum memulakan aktiviti menggambar, adalah penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Ini kerana, setiap murid mempunyai keupayaan dan sikap berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dijalankan. Penggunaan alat dan media dalam aktiviti menggambar juga penting untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu. Alat tulis sama ada yang berwarna atau tidak berwarna , media kering atau media basah semuanya sangat berguna untuk menyempurnakan kerja-kerja menggambar. Dalam menggambar pelbagai jenis alatan dan media serta bahan-bahan buangan boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melahirkan satu karya atau hasil kerja seni yang pelbagai bagi menghasilkan jalinan, bentuk dan ton. 21
  • 3. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan semasa melaksanakan kegiatan menggambar ialah seperti warna pastel, warna air, warna poster, warna pensel, kapur berwarna, ‘oil pastel’, marker, pen, stensil, lilin, cebisan kertas, penyedut minuman, berus lukisan dan pembancuh warna. 2.0 SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi , imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu ; i. Menggambar ii. Membuat Corak dan Rekaan iii. Membentuk dan Membuat Binaan iv. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Daripada empat bidang kegiatan yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini, hanya satu bidang sahaja yang akan diperjelaskan selaras dengan kehendak soalan iaitu bidang menggambar.Rajah 2.0 di bawah menunjukkan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah KBSR. Menggambar 21
  • 4. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Mengenal Kraf Membuat Corak dan PENDIDIKAN SENI VISUAL Tradisional SEKOLAH RENDAH Rekaan Membentuk dan Membuat Binaan Rajah 2.0 3.0 BIDANG KEGIATAN MENGGAMBAR Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar. Bidang kegiatan menggambar menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Kanak- kanak boleh menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis media iaitu media kering dan media basah . Contoh media kering adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang, lilin dan comte. Media basah pula terdiri daripada cat air, cat poster, cat minyak dan cat akrilik. 21
  • 5. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek . Jadual di bawah akan memaparkan contoh hasil karya dalam bidang menggambar yang diperolehi menerusi carian internet. Kegiatan Contoh Hasil Karya Sumber Menggambar 1) Lukisan http://Cikgulala.blogsport.c om.2011/04/pengenalan- bidang-menggambar.html 2) Catan http://senivisual1.blogspot.c om/2010/03/catan-cat- minyak.html#18.27 : 25/10/12 3) Kolaj http://Cikgulala.blogsport.c om.2011/04/pengenalan- bidang-menggambar.html 21
  • 6. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 4) Montaj http://Cikgulala.blogsport.c om.2011/04/pengenalan- bidang-menggambar.html 5) Cetakan http://teacher- kamarudin.blogspot.com/ 6) Resis http://Cikgulala.blogsport.c om.2011/04/pengenalan- bidang-menggambar.html 7) Gosokan http://lifeasaartstudentlilizal a.blogspot.com/2012/03/gos okan.html 21
  • 7. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 8) Stensilan http://seni-itu- indah.blogspot.com/2012/0 4/stensilan.html 9) Percikan http://Cikgulala.blogsport.c om.2011/04/pengenalan- bidang-menggambar.html 10) Gurisan http://lifeasaartstudentlilizal a.blogspot.com/2012/03/gur isan.html 11) Capan http://seni-itu- indah.blogspot.com/2012_0 4_01_archive.html 21
  • 8. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 12) Mozek http://Cikgulala.blogsport.c om.2011/04/pengenalan- bidang-menggambar.html 4.0 KEPENTINGAN MENGGAMBAR Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual khususnya dalam bidang menggambar berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan kepada mereka dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya. Ringkasnya, kepentingan aktiviti menggambar menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut; 4.1 Aspek Kognitif Kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran individu (Spodek dan rakan-rakan 1987). Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Dengan kata lain, ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Pada tahun pertama di sekolah rendah , kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti asas menggambar iaitu dengan cara memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat di persekitaran seperti kesan laluan tapak kaki haiwan, tapak kaki manusia, kesan laluan kenderaan di atas permukaan tanah atau pasir. Pemerhatian tertumpu dari segi sifat dan jenis garisan seperti tebal, nipis, panjang, pendek, bengkok, lurus , cetek, putus-putus dan sebagainya. Dengan cara begini, kanak-kanak dapat menyatakan secara lisan 21
  • 9. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 pengalaman pembelajaran yang diperhatikan di persekitaran dan seterusnya dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan dan rupa secara tidak terancang. Brown (1980), mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Dalam pada itu, kanak-kanak akan dapat meningkatkan pemahaman mereka dalam membanding atau membeza hasil kerja yang bermutu dan membuat jangkaan yang bakal berlaku. Melalui aktiviti kolaj misalnya, banyak impak positif yang akan diperolehi oleh kanak-kanak . Antaranya sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, kanak-kanak akan dapat membuat jangkaan yang bakal berlaku sekiranya gam yang digunakan dalam aktiviti kolaj terlalu banyak. Kanak-kanak juga dapat meramalkan kesan gam yang banyak digunakan akan mengotor pakaian dan meja masing-masing. Ringkasnya, penganjuran aktiviti menggambar yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. 4.2 Aspek Emosi Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan . Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu. 21
  • 10. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Perasaan yang dialami mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan murid (kanak-kanak) melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti menggambar misalnya, boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas dari tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran . individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Perhubungan mesra yang wujud antara kanak-kanak dapat melahirkan suasana yang harmonis dan menyebabkan kanak-kanak merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat seni yang dimiliki. 4.3 Aspek Fizikal Terdapat beberapa kepentingan yang bakal diperolehi kanak-kanak sekiranya mereka mempelajari dan melibatkan diri dalam aktiviti menggambar. Melibatkan diri dalam aktiviti membuat karya resis umpamanya, dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan serta bahan dalam kegiatan menggambar. Teknik resis dalam proses menggambar merupakan satu kegiatan yang sangat menarik untuk dijalankan terutama sekali bagi kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah. Melalui teknik resis kanak-kanak akan berpeluang menggunakan alatan lain selain daripada pensel dan pensel warna yang menjadi kebiasaan dalam aktiviti menggambar iaitu lilin dan krayon. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebosanan kanak-kanak di dalam kelas. Sekaligus dapat membantu proses perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor. Melalui teknik resis juga, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Hal ini selain dapat membantu kanak-kanak dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain (kognitif) , ia dapat meningkatkan kemahiran fizikal kanak-kanak dalam menghasilkan karya seni. 21
  • 11. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Antara lain kepentingan menggambar yang boleh dikenalpasti menerusi aspek fizikal ialah dapat memantapkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Kepentingan ini ketara dapat dikesan menerusi aktivi kolaj. Menurut Haliza Hamzah (2008), pada peringkat awal kanak-kanak, otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti kolaj, perkembangan fizikal kanak-kanak berupaya untuk berkembang secara optimum. Malah, penggunaan alat dan bahan semasa melakukan aktiviti menggambar dalam Pendidikan Seni Visual dapat memberi satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata. 4.4 Aspek Sosial Apabila semua kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok . Kanak-kanak mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Menerusi kegiatan menggambar, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pijian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka menghasilkan karya yang menarik. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi ini menurut Koster (2001), akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga mereka membesar. 21
  • 12. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Aktiviti menggambar memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti menggambar memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk saling hormat- menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk nilai-nilai murni seperti baik hati, bertoleransi dan sabar sewaktu berkongsi bahan atau alat ketika membuat aktiviti menggambar. Malah , semangat kerjasama juga dapat dipupuk menerusi aktiviti kumpulan yang dibentuk . 5.0 PORTFOLIO KANAK-KANAK Proses menggambar di peringkat kanak-kanak adalah teratur dan sesuai dengan perkembangan tumbesaran mereka. Pengetahuan mengenai tahap dan peringkat penghasilan lukisan dan karya seni mengikut perkembangan tumbesaran kanak-kanak oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual boleh membantu mengenal pasti potensi dan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan biologi mereka. Kajian banyak menunjukkan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai hubung kait yang rapat dengan proses perkembangan tumbesaran mereka. Penghasilan karya lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Hasil karya kanak-kanak lebih bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975). Menerusi hasil karya kanak-kanak, kita dapat melihat cara mereka berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni menggambar kanak- kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. 21
  • 13. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Isi kandungan bahagian portfolio kanak-kanak ini akan memaparkan lima karya murid yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka yang terpilih ini terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Kemahang 1, Tanah Merah. Hasil karya seni kanak-kanak ini terdiri daripada lima teknik menggambar yang terdapat dalam bidang menggambar. Huraian yang lebih jelas berhubung paparan portfolio kanak-kanak ini dapat dilihat menerusi jadual 5.0 . Jadual 5.0 Teknik Keterangan Teknik Menggambar Nama/Umur Kanak- Menggambar kanak Yang Menghasilkan Karya Lukisan • Lukisan merupakan hasil kerja Nur Qistina Balqis bt Rosli yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan Tahun 1 (7 tahun) menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. • Satu karya seni yang dihasilkan di atas permukaan rata. • Penggunaan alat dalam 21
  • 14. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel , pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Catan • Catan adalah satu proses Mardiana bt Ibrahim menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Tahun 3 (9 tahun) • Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. • Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. • Satu ciptaan gambar yang berwarna. Kolaj • Kolaj bermakna potong, koyak, Farisah Inani bt gunting, gam, tampal sesuatu Shamsuddin bahan ke atas suatu permukaan. Tahun 4 (10 tahun) • Dari perkataan Perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. • Satu susunan objek dan bahan yang dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau 21
  • 15. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 tema tertentu. Cetakan • Cetakan adalah satu proses hasil Diefa Idayu bt Daud kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui Tahun 5 (11 tahun) perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. • Imej atau gambar yang dihasilkan di atas permukaan rata. • Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. • Proses menggambar yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat. Montaj • Menampal dan melekatkan Sarah Syafiqah bt Idris gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan Tahun 6 (12 tahun) mesej pengajaran, kecintaan, alam sekitar dan sebagainya. • Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. • Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum 21
  • 16. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 untuk menjadi satu komposisi ilustrasi. 6.0 RUMUSAN Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual khususnya dalam aktiviti menggambar yang dilaksanakan secara terancang dan tersusun , berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek sepertimana yang telah dinyatakan. Jika dilihat dari aspek psikomotor, kanak-kanak memperolehi satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata. Dari aspek kognitif pula, kanak-kanak berupaya untuk menyelesaikan masalah dan mampu membuat penilaian serta bijak membuat keputusan. Manakala dari aspek sosial dan emosi, kanak-kanak berpeluang untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial serta keyakinan diri. Menerusi aktiviti menggambar, kanak-kanak akan menjadi saling hormat-menghormati. Sikap hormat-menghormati ini seterusnya dapat menjadi 21
  • 17. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Malah semangat bekerjasama di dalam aktiviti kumpulan dapat dibentuk. Kesedaran terhadap proses perkembangan kognitif dan artistik kanak-kanak mula mendapat tempat di kalangan penyelidik, pengkaji, pendidik dan ahli psikologi pada awal 1900. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat-peringkat tertentu. Setiap peringkat diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang- ulang di dalam hasil seni kanak-kanak. Peringkat-peringkat ini juga mempunyai kaitan dengan umur kanak-kanak dan kematangan di dalam ekspresi artistik lazimnya jelas berdasarkan kematangan usia mereka. Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan yang membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Salah satu daripada model-model terkemuka itu ialah model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975). Lowenfeld percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-17 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi enam peringkat utama. Enam peringkat perkembangan artistik kanak-kanak menurut Lowenfeld dan Britain adalah seperti berikut: 1) Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. 21
  • 18. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 2) Peringkat Preschematic (4-7 tahun) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. 3) Peringkat Schematic (7-9 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah, objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. 4) Peringkat Dawning Realism (9-12 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistic dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri . Mereka mula membandingkan karya sendiri dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. 21
  • 19. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 5) Peringkat Pseudonaturalistic (12-14 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. 6) Peringkat Adolescent Art in High School (14-17 tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya. Menurut Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari. Berdasarkan kepada contoh-contoh aktiviti menggambar yang dilampirkan pada bahagian portfolio kanak-kanak yang terdiri dari pelbagai umur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Akhir kata dapatlah dirumuskan bahawa bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran kanak-kanak. Ia ingin menilai 21
  • 20. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 sejauh mana kemampuan kanak-kanak terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai alat, media dan teknik. Melalui aktiviti menggambar, seseorang individu dapat berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai hasil kerja dari aspek estetik. Hal ini sekaligus membantu kepada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang optimum selari dengan keperluan negara untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. BIBLIOGRAFI Haliza Hamzah. (2008) . Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor : Kumpulan BudimanPrentice Hall. Inc. Haslinda Madon. (2011). Menggambar : Fakulti Pendidikan dan Bahasa,OUM. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd 21
  • 21. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah . (2004). Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah . Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn Bhd Prof Dr Haji Abdul Syukor Hashim, Badrul Isa, Khairen Rahmat dan Zuraimi Zakaria. (2011). Perkembangan Seni Kanak-kanak : Fakulti Pendidikan dan Bahasa,OUM. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel, Mohd Taslim Abd Rahim dan Manan Sarbani . (2011). Pengenalan Pendidikan Seni Visual : Fakulti Pendidikan dan Bahasa,OUM. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd Spodek, B.S., Saracho, O.N. dan Davis, M. (1987). Foundation of Early Childhood Education. New Jersey : Prentice Hall. Inc. Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail . (2010). Seni Dalam Pendidikan : Fakulti Pendidikan dan Bahasa,OUM. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd 21
  • 22. HBAE1403:MENGGAMBAR:Faridah Husin:751008035900 SEM (E/FARIDAH/Tugasan Sem 6) Sept. 2012 Sewaktu menggambar, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Pengalaman yang diperolehi ini boleh menolong kanak-kanak dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran . Malahan kanak-kanak turut dapat membina idea baru daripada benda konkrit. 21