SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 32
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                           2012

1.0   PENGENALAN


      Keupayaan bertutur dianugerahkan kepada semua manusia kecuali bagi golongan
      istimewa seperti orang bisu dan pekak. Anugerah yang diberikan ini sebenarnya
      mengalami peringkat demi peringkat iaitu daripada peringkat bayi kepada peringkat
      kanak-kanak dan seterusnya hingga kepada peringkat dewasa. Kebolehan seseorang
      bayi dalam memperoleh bunyi akan berbeza antara satu sama lain. Pemerolehan bunyi
      bahasa banyak dipengaruhi oleh interaksi dengan orang di sekelilingnya. Lebih banyak
      interaksi yang dilakukakan, lebih cepat proses pemerolehan bahasa oleh seseorang
      bayi itu.


      Satu kecenderungan yang menyalahi hukum bahasa ialah apabila ibu bapa dan orang
      di sekeliling seseorang bayi menggunakan perkataan yang pelat sebagai tanda’manja’
      dan ‘sayang’ pada bayi tersebut. Misalnya, perkataan ‘sayang’ dibunyikan sebagai
      ‘cayang’, perkataan ‘sedap’ dibunyikan sebagai ‘cedap’. Tabiat seumpama ini secara
      psikologinya akan mempengaruhi penerimaan bunyi bayi tersebut dan berakhir dengan
      penghasilan bunyi perkataan dengan cara pelat. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu
      diingatkan supaya memperkenalkan perkataan yang tepat bunyinya.


      Kegagalan bayi membunyikan perkataan dengan betul adalah sesuatu perkara yang
      normal kerana ianya ada kena mengena dengan sistem tuturnya. Sistem tutur akan
      menjadi lebih mudah apabila kanak-kanak menjangkau usia yang lebih matang.
      Sebagai contoh, bunyi /s/ lebih sukar dibunyikan berbanding bunyi /m/.                Namun
      begitu, lama-kelamaan bunyi tersebut akan dapat ditutur dengan tepat sejajar dengan
      perkembangan dan tumbesaran mereka.


      Pemerolehan bunyi bahasa ini sebenarnya boleh dikaji . Ini kerana secara saintifiknya,
      terdapat ilmu khusus yang mampu memberi penjelasan terhadap persoalan bagaimana
      bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa
      ini dikenali sebagai ilmu fonologi dan fonetik. Sehubungan dengan itu, di dalam
      penulisan ini, penulis akan membincangkan dan membentangkan hasil kajian
      berkenaan sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia. Kajian ini akan meliputi
      beberapa aspek seperti Penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal bahasa Melayu,



                                                                                                     1
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                             2012

      Perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu dan Ciri-
      ciri suprasegmental bahasa Melayu dan kepentingannya dalam pengajaran kemahiran
      lisan



1.1   FONOLOGI

      Fonologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa :
      iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.                Kata phonology itu sendiri
      datangnya daripada perkataan dalam bahasa Greek phone yang bermaksud ‘suara’. Di
      Barat, pengkajian tentang bidang fonologi telah bermula sejak 200 tahun yang lalu
      iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila bunyi bahasa dengan cara
      membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.
      Walau bagaimanapun, sejak bidang fonologi diperkembangkan 30 tahun yang lalu,
      penumpuannya lebih menekankan tentang aspek sistem psikologi yang telah memberi
      kesan terhadap aspek sebutan dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan
      yang sebenarnya.

      Kajian fonologi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik.



1.2   FONETIK

      Fonetik ialah bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-
      alat pertuturan manusia dan dapat diberikan simbol fonetik bagi bunyu-bunyi yang
      dikeluarkan itu. Oleh itu, kajian fonetik meliputi aspek penyebutan , pendengaran atau
      sifat bunyi . Fonetik mengkaji:

      1.      Hubungan alat-alat pertuturan dengan daerah artikulasi ketika menerbitkannya
              (fonetik artikulasi).

      2.      Selok-belok operasi yang berlaku dalam sistem saraf dan otot mekanisme
              pertuturan orang yang bertutur ketika bentuk-bentuk ucapan dalam proses
              penghasilannya.

      3.      Keadaan dan sifat-sifat gelombang bunyi yang dikeluarkan oleh si penutur.




                                                                                                       2
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                             2012

      4.     Proses pendengaran yang berlaku di dalam organ, telinga hingga ke satu titik
             ketika bahan ucapan mewujudkan bentuk ucapan

      5.     Hubungan antara data dari setiap aspek tersebut di atas.



      Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikut urutan kajian dalam
      ilmu linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji diikuti oleh fonologi
      (sistem bunyi), morfologi (sistem kata), sintaksis ( sistem ayat) dan semantik (sistem
      makna). Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu
      ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings,
      rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.( Nor
      Hashimah, 1998 : 2 )



1.2.1 Bidang Fonetik

      Dalam ilmu fonetik, terdapat tiga bidang kajian iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik
      dan fonetik auditori.


      Fonetik Artikulasi
      Fonetik artikulasi ialah bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa
      dihasilkan. Proses penghasilan sesuatu bunyi akan melibatkan organ-organ seperti
      paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan bibir. Ini membawa maksud, fonetik
      artikulasi adalah suatu bidang yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermula dari
      tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara melepasi dua bibir. Sumbangan
      yang diberi oleh bidang kajian ini antara lain adalah menerangkan bagaimana cara
      menyebut atau membunyikan sesuatu huruf dengan tepat. Sumbangan ini lazimnya
      diaplikasikan oleh guru yang mengajar di dalam kelas.


      Fonetik Akustik
      Fonetik akustik merupakan ilmu yang mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang-
      gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Kajian fonetik akustik meliputi
      aspek yang berkaitan dengan nada, ton, kenyaringan dan tempoh masa seseorang
      penutur. Kesemua gelombang bunyi bahasa dapat diukur dan dianalisis melalui alat



                                                                                                       3
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                            2012

      seperti spectrogram yang menghasilkan graf gelombang bunyi. Ilmu ini memberi
      sumbangan kepada penutur supaya dapat menutur sesuatu bahasa dengan nada dan
      intonasi yang betul.


      Fonetik Auditori
      Fonetik auditori ialah suatu ilmu yang membuat kajian berkenaan dengan pendengaran
      dan proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa.
      Kajian pendengaran yang dibuat menyentuh semua alat atau organ pendengaran
      luaran dan dalaman telinga. Manakala, kajian tentang proses-proses pula melibatkan
      proses memungut rangsangan, menyalurkan rangsangan ke otak dan seterusnya
      menganalisis. Kajian fonetik auditori lebih menjurus untuk memberi rawatan dan
      pemulihan kepada individu yang mengalami masalah dalam pendengaran bahasa.



1.3   FONEMIK

      Fonemik ialah bidang kajian yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara
      pengelompokan bunyi-bunyi bahasa ke dalam fonem-fonem dalam sesuatu bahasa.
      Bunyi-bunyi bahasa adalah bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi.




1.4   ALAT-ALAT ARTIKULASI

      Alat-alat artikulasi atau organ sebutan adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi
      dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Antara alat-alat artikulasi yang penting
      dalam penerbitan bunyi-bunyi bahasa tersebut ialah lidah, gigi, bibir, gusi lelangit
      keras dan lelangit lembut.

      Lidah

      Lidah adalah organ yang paling penting dari segi biologi. Ia amat aktif digunakan
      dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bahagian lidah yang terlibat dalam
      penghasilan bunyi bahasa ialah bahagian hadapan, bahagian tengah dan bahagian
      belakang.




                                                                                                      4
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                     2012

Gigi

Gigi tidak bergerak dan digunakan sebagai penampan aliran udara dalam
menghasilkan bunyi. Gigi merupakan organ yang paling pasif dalam penerbitan bunyi
bahasa.

Bibir

Bibir merupakan otot yang boleh dibentuk supaya menjadi bundar atau leper untuk
kepentingan mengeluarkan bunyi-bunyi yang berlainan.

Gusi

Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaannya cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah
penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t], [d], [I] dan
sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras
terletak di antara gusi dan denga lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai
daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi.

Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas rongga
mulut dan merupakan bahagian lelangit yang terkebelakang dalam rongga mulut.
Bahagian ini dapat diturunkan dan dinaikkan untuk menutup atau membuka saluran
rongga tekak ke rongga hidung. Apabila lelangit lembut diturunkan maka bunyi yang
keluar adalah bunyi sengau dan jikalau dinaikkan maka bunyi yang keluar bukan
bunyi sengau.




                                                                                               5
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                           2012

2.0   PENGGOLONGAN DAN PENGHASILAN BUNYI BAHASA

      Bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu tergolong kepada tiga. Bunyi-bunyi yang
      dimaksudkan itu ialah bunyi vokal, bunyi konsonan dan bunyi diftong. Walau
      bagaimanapun dalam penulisan ini, perbincangan akan hanya menjurus kepada bunyi
      vokal dan bunyi konsonan sahaja.



2.1   BUNYI KONSONAN

      Konsonan ialah bunyi yang lain daripada bunyi vokal dan semasa penghasilan bunyi
      konsonan, udara yang keluar dari paru-paru melalui halangan, sama ada tersekat,
      tergeser, bergetar dan sebagainya di rongga mulut, rongga tekak atau di rongga mulut.
      Keadaan lelangit lembut dan anak tekak mungkin dinaikkan atau diturunkan. Sewaktu
      menghasilkan bunyi-bunyi konsonan, pita suara bergetar dan kadang-kadang tidak
      bergetar. Dengan itu, sekiranya pita suara bergetar          maka bunyi konsonan yang
      dihasilkan ialah konsonan bersuara. Manakala jika pita suara tidak bergetar maka
      bunyi konsonan yang dihasilkan itu ialah konsonan tidak bersuara.

      Huraian di atas adalah berdasarkan definisi konsonan yang diberikan oleh beberapa
      orang penulis Barat seperti Danial Jones, Gleason dan C.F.Hockett. Danial Jones
      dalam An Outline of English Phonetics menyatakan bunyi-bunyi konsonan dalam
      proses penerbitannya mengalami sempitan atau sekatan di rongga oral mahupun di
      rongga nasal, yang bersuara atau tidak bersuaranya bunyi itu ditentukan oleh keadaan
      pita suara [yakni bergetar atau tidak bergetar]. Gleason dalam bukunya An
      Introduction to Descriptive Linguistics menyatakan bunyi konsonan adalah bunyi
      bahasa yang dihasilkan oleh sekatan atau sempitan di dalam rongga mulut. C.F.
      Hockett pula berpendapat bahawa konsonan adalah bunyi-bunyi bahasa yang
      dihasilkan oleh gangguan dalam rongga mulut.

      Dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan, terdapat tiga perkara utama yang terlibat
      iaitu cara sebutan, daerah sebutan dan keadaan pita suara.

      Cara Sebutan

      Cara pengeluaran adalah aspek fizikal penerbitan bunyi-bunyi                konsonan yang
      dihuraikan berdasarkan dengan mekanisme arus udara yang terlibat. Bunyi-bunyi



                                                                                                     6
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                           2012

      konsonan yang dihasilkan berbeza jenisnya kerana perbezaan bentuk arus udara yang
      terlibat dalam proses penghasilannya. Kadang-kadang bunyi itu dihasilkan di daerah
      artikulasi yang sama tetapi oleh kerana arus udara yang terlibat itu berbeza maka bunyi
      konsonan yang diterbitkan itu pun berbeza.

      Daerah Sebutan

      Daerah sebutan ialah tempat atau bahagian di dalam rongga mulut yang ditemui atau
      didekati oleh alat-alat artikulasi atau organ-organ sebutan. Bunyi-bunyi daripada jenis
      yang sama boleh berbeza kerana daerah artikulasi yang terlibat berbeza.

      Keadaan Pita Suara

      Pengaruh pita suara penting dalam penerbitan bunyi-bunyi konsonan. Ini kerana, jika
      pita suara bergetar maka bunyi konsonan yang dihasilkan dikatakan bersuara dan
      sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar maka bunyi itu dikatakan bunyi tak bersuara.




      Konsonan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua jenis iaitu konsonan asli dan
      konsonan pinjaman. Konsonan asli ialah konsonan yang berasal daripada bahasa
      Melayu. Manakala konsonan pinjaman pula adalah konsonan yang dipinjam daripada
      bahasa-bahasa lain.




2.1.1 Konsonan Asli

      Bunyi konsonan asli bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu
      letupan, letusan, geseran, getaran, sengauan, sisian dan separuh vokal. Penjelasan
      tentang jenis-jenis konsonan ini dapat dilihat dengan jelas menerusi jadual di bawah.




                                                                                                     7
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                2012

Bil       Konsonan                                Keterangan




1     Letupan             Bunyi letupan terhasil apabila alat sebutan dirapatkan
                          pada mana-mana daerah sebutan. Dalam hal ini, arus
                          udara dari paru-paru yang melalui rongga mulut akan
                          tersekat dan kemudiannya dilepaskan dengan serta
                          merta untuk menghasilkan bunyi letupan (plosif)

                          Bunyi konsonan letupan terbahagi kepada empat jenis
                          iaitu;
                              1. Konsonan letupan dua bibir -- letupan dua
                                 bibir tak bersuara [p] dan letupan dua bibir
                                 bersuara [b];

                              2. Konsonan letupan gigi-gusi -- letupan gigi-
                                 gusi tak bersuara [t] dan letupan gigi-gusi
                                 bersuara [d];
                              3. Konsonan letupan lelangit lembut -- letupan
                                 lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan
                                 lelangit lembut bersuara [g];
                              4. Konsonan letupan glotis -- hentian glotis [ʔ].




                          Bunyi konsonan letusan terbahagi kepada dua jenis
2     Letusan
                          iaitu;
                              1. Konsonan letusan lelangit keras tak bersuara
                                 [č] ;
                              2. Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ĵ]




                          Bunyi konsonan geseran terbahagi kepada dua jenis
3     Geseran
                          iaitu;
                              1. Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s];
                              2. Konsonan geseran glotis tak bersuara [h].




                                                                                          8
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                   2012



                             Bunyi konsonan getaran hanya satu jenis sahaja iaitu ;
4   Getaran
                                 1. Getaran gigi-gusi bersuara [r].




                             Konsonan sengauan (nasal) ialah bunyi yang terhasil
5   Sengauan
                             apabila lelangit lembut direndahkan dan udara keluar
                             melalui rongga hidung.

                             Terdapat empat jenis sengauan dalam bahasa Melayu
                             iaitu;
                                 1. Sengauan dua bibir bersuara [m];
                                 2. Sengauan gigi-gusi bersuara [n];

                                 3. Sengauan lelangit keras bersuara [ɲ];
                                 4. Sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]




                             Bunyi konsonan sisian merujuk kepada bunyi konsonan
6   Sisian
                             sisian gigi-gusi bersuara [l].




7   Separuh vokal            Bunyi konsonan ini terhasil apabila articulator yang
                             terlibat membuat geluncuran dan penujuan dari satu
                             vokal ke arah vokal yang mengikutinya. Penghasilannya
                             sama dengan penghasilan bunyi vokal, tetapi berlaku
                             sedikit penyempitan pada rongga mulut semasa arus
                             udara keluar melaluinya.

                             Bunyi separuh vocal ialah bunyi bersuara dan terdapat
                             dua jenis bunyi iaitu ;
                                 1. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara
                                    [w] ;

                                 2. Konsonan separuh            vokal     lelangit    keras
                                    bersuara [y].




                                                                                              9
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                              2012

2.1.2 Cara Penghasilan Bunyi Konsonan Asli

      2.1.2.1         Cara-cara menghasilkan bunyi kosonan letupan.

                                             Letupan dua bibir



          Letupan dua bibir tak bersuara [p]                  Letupan dua bibir bersuara [b]

           Dua bibir ditemukan dan lelangit                   Dua bibir ditemukan dan
            lembut dinaikkan rapat ke belakang                  lelangit lembut dinaikkan rapat
            rongga tekak.                                       ke belakang rongga tekak.

           Udara dari paru-paru melalui                       Udara dari paru-paru melalui
            rongga mulut dibiarkan tersekat di                  rongga mulut dan dibiarkan
            bahagian belakang rapatan dua                       tersekat di bahagian belakang
            bibir itu.                                          rapatan dua bibir itu.

           Sekatan udara itu dilepaskan                       Sekatan udara itu dilepaskan
            dengan     serta-merta   tanpa                      serta-merta              sambil
            menggetarkan pita suara.                            menggetarkan pita suara.

           Penghasilan konsonan letupan dua                   Penghasilan konsonan letupan
            bibir tak bersuara [p] ditunjukkan                  dua     bibir  bersuara   [b]
            oleh rajah di bawah;                                ditunjukkan oleh rajah di
                                                                bawah;




           Contoh;
                                                               Contoh;
                [palu], [rapi],[lap]
                                                                  [buru], [raba],[biadab]
                                             Letupan gigi-gusi



           Letupan gigi-gusi tak bersuara [t]                  Letupan gigi-gusi bersuara [d]

           Hujung lidah ditemukan ke gigi-                    Hujung lidah ditemukan ke gigi-
            gusi dan lelangit lembut dinaikkan                  gusi dan lelangit lembut
            rapat ke belakang rongga tekak.                     dinaikkan rapat ke belakang
                                                                rongga tekak.




                                                                                                        10
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                   2012



   Udara dari paru-paru melalui                    Udara dari paru-paru melalui
    rongga mulut dan dibiarkan di                    rongga mulut dan dibiarkan di
    bahagian belakang pertemuan di                   bahagian belakang pertemuan di
    antara hujung lidah dengan gigi-                 antara hujung lidah dengan gigi-
    gusi itu.                                        gusi itu.

   Sekatan udara itu dilepaskan                    Sekatan udara itu dilepaskan
    dengan    serta    merta tanpa                   dengan serta merta sambil
    menggetarkan pita suara.                         menggetarkan pita suara.

   Penghasilan konsonan letupan gigi-              Penghasilan konsonan letupan
    gusi tak bersuara [t] ditunjukkan                gigi-gusi    bersuara     [d]
    oleh rajah di bawah;                             ditunjukkan oleh rajah di
                                                     bawah;




   Contoh;
                                                    Contoh;
     [toreh], [gitar],[bolot]
                                                       [dasar], [adab],[kad]

                                Letupan lelangit lembut



Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]         Letupan lelangit lembut bersuara [g]

   Lelangit lembut dinaikkan rapat ke              Lelangit lembut dinaikkan rapat
    belakang rongga tekak.                           ke belakang rongga tekak.

   Belakang lidah dinaikkan ke                     Belakang lidah dinaikkan ke
    lelangit lembut supaya udara dari                lelangit lembut supaya udara
    paru-paru tersekat pada bahagian                 dari paru-paru tersekat pada
    pertemuan belakang lidah dengan                  bahagian pertemuan belakang
    lelangit lembut itu.                             lidah dengan lelangit lembut itu.

   Sekatan udara dilepaskan dengan                 Sekatan   udara      dilepaskan
    serta merta tanpa menggetarkan                   dengan serta merta sambil
    pita suara.                                      menggetarkan pita suara.




                                                                                             11
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                 2012



 Penghasilan konsonan letupan                    Penghasilan konsonan letupan
  lelangit lembut tak bersuara [k]                 lelangit lembut bersuara [g]
  ditunjukkan oleh rajah di bawah;                 ditunjukkan oleh rajah di
                                                   bawah;




 Contoh;
                                                  Contoh;
   [kali], [laku],[kritik]
                                                     [ gari], [agas],[dialog]

                                hentian glotis [ʔ]

 Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke
  belakang rongga tekak.

 Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang
  rapatan pita suara itu.

 Sekatan udara dilepaskan dengan serta merta tanpa menggetarkan pita suara.

 Penghasilan konsonan hentian glotis [ʔ] ditunjukkan oleh rajah di bawah;




 Contoh;
   [daʔwa], [taʔjub],[bisiʔ]




                                                                                           12
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                      2012

2.1.2.2         Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan letusan



          Letusan lelangit keras tak bersuara        Letusan lelangit keras bersuara [ĵ]
                          [č]

     Depan lidah ditemukan pada daerah                Depan lidah ditemukan pada
      lelangit keras dan lelangit lembut                daerah lelangit keras dan
      dinaikkan rapat ke belakang rongga                lelangit lembut dinaikkan rapat
      tekak.                                            ke belakang rongga tekak.

     Udara dari paru-paru melalui                     Udara dari paru-paru melalui
      rongga mulut dan dibiarkan                        rongga mulut dan dibiarkan
      tersekat di bahagian belakang                     tersekat di bahagian belakang
      pertemuan di antara depan lidah                   pertemuan di antara depan lidah
      dengan lelangit keras itu.                        dengan lelangit keras itu.

     Sekatan udara itu dilepaskan secara              Sekatan udara itu dilepaskan
      perlahan-lahan tanpa menggetarkan                 secara perlahan-lahan sambil
      pita suara.                                       menggetarkan pita suara.

     Penghasilan konsonan        letusan              Penghasilan konsonan letusan
      lelangit keras tak bersuara [č]                   lelangit keras bersuara [ĵ]
      ditunjukkan oleh rajah di bawah;                  ditunjukkan oleh rajah di
                                                        bawah;




     Contoh;
                                                       Contoh;
          [čatu], [aču],[Mač]
                                                          [ĵam], [daĵal],[imeĵ]




                                                                                                13
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                        2012

2.1.2.3         Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan geseran.



           Geseran gigi-gusi tak bersuara [s]            Geseran glotis tak bersuara [h]

      Daun lidah didekatkan ke daerah                   Lelangit lembut dinaikkan rapat
       gigi-gusi agar dapat membuat                       ke belakang rongga tekak.
       sempitan udara keluar.
                                                         Pita suara direnggangkan luas
      Lelangit lembut dinaikkan rapat ke                 dan udara keluar dari paru-paru
       belakang rongga tekak.                             dengan bebas melalui glotis
                                                          yang terbuka itu seperti keadaan
      Udara yang dikeluarkan dari paru-                  biasa ketika bernafas.
       paru dibiarkan bergeser di daerah
       gigi-gusi yang membuat sempitan                   Penghasilan konsonan geseran
       dengan daun lidah itu.                             glotis   tak   bersuara  [h]
                                                          ditunjukkan oleh rajah di
      Pita suara tidak digetarkan.                       bawah;
      Penghasilan konsonan        geseran
       gigi-gusi   tak     bersuara     [s]
       ditunjukkan oleh rajah di bawah;




                                                         Contoh;

      Contoh;                                              [haus], [bahu],[bah]

          [atlas], [lulus],[saya]



2.1.2.4         Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan getaran



                                Getaran gigi-gusi bersuara [r]

      Hujung lidah dikenakan pada gusi-gusi, lelangit lembut pula dinaikkan rapat
       ke belakang rongga tekak.

      Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke
       gigi-gusi.

      Pita suara digetarkan.


                                                                                                  14
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                       2012



      Penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r] ditunjukkan oleh rajah
       di bawah;




      Contoh;

          [rela], [suruh],[kubur]




2.1.2.5         Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan sengauan



      Sengauan dua bibir bersuara [m]                   Sengauan gigi-gusi bersuara [n]

      Bibir bawah dirapatkan ke bibir                  Hujung lidah dirapatkan ke gigi-
       atas.                                             gusi.

      Lelangit lembut dalam keadaan                    Lelangit lembut dalam keadaan
       biasa dan tidak dinaikkan rapat ke                biasa dan tidak dinaikkan rapat
       belakang rongga tekak.                            ke belakang rongga tekak.

      Udara yang dikeluarkan dari paru-                Udara yang dikeluarkan dari
       paru terus melalui rongga hidung.                 paru-paru terus melalui rongga
                                                         hidung .
      Pita suara digetarkan.
                                                        Pita suara digetarkan.
      Penghasilan konsonan sengauan
       dua bibir bersuara [m] ditunjukkan               Penghasilan konsonan sengauan
       oleh rajah di bawah;                              gigi-gusi       bersuara   [n]
                                                         ditunjukkan oleh rajah di
                                                         bawah;




      Contoh;                                          Contoh;
          [maut], [lumur],[apam]                           [nama], [bonus],[kahwin]



                                                                                                 15
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                      2012



    Sengauan lelangit keras bersuara [ɲ]            Sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]

      Depan lidah dirapatkan ke gigi-                  Belakang lidah dinaikkan rapat
       gusi.                                             ke lelangit lembut.

      Lelangit lembut dalam keadaan                    Lelangit lembut dalam keadaan
       biasa dan tidak dinaikkan rapat ke                biasa dan tidak dinaikkan rapat
       belakang rongga tekak.                            ke belakang rongga tekak.

      Udara yang dikeluarkan dari paru-                Udara yang dikeluarkan dari
       paru terus melalui rongga hidung.                 paru-paru terus melalui rongga
                                                         hidung.
      Pita suara digetarkan.
                                                        Pita suara digetarkan.
      Penghasilan konsonan sengauan
       lelangit keras       bersuara [ɲ]                Penghasilan konsonan sengauan
       ditunjukkan oleh rajah di bawah;                  lelangit lembut bersuara [ŋ]
                                                         ditunjukkan oleh rajah di
                                                         bawah;




      Contoh;                                          Contoh;
          [ɲah], [aɲam],[haɲir]                            [ŋilu], [aŋau],[araŋ]




2.1.2.6         Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan sisian



                                  Sisian gigi-gusi bersuara [l]

      Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi.

      Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.

      Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tetapi hanya dapat
       keluar melalui tepian lidah.

      Pita suara digetarkan.

      Penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [l] ditunjukkan oleh rajah di
       bawah;



                                                                                                16
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                            2012




           Contoh;

               [laut], [kalut],[mual]




     2.1.2.7         Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal



         Separuh vokal dua bibir bersuara [w]            Separuh vokal lelangit keras bersuara
                                                                          [y]

           Bibir dibundarkan dan belakang                   Depan lidah diangkat agak
            lidah dinaikkan kea rah lelangit                  tinggi ke arah lelangit keras
            lembut.                                           dengan bibir dihamparkan.

           Lelangit   lembut  itu  sendiri                  Lelangit lembut itu sendiri
            terangkat ke bahagian belakang                    terangkat ke bahagian belakang
            rongga tekak.                                     rongga tekak.

           Pita suara digetarkan sambil lidah               Pita suara digetarkan sambil
            bergerak dengan pantas ke                         lidah bergerak dengan pantas ke
            kedudukan untuk mengeluarkan                      kedudukan untuk mengeluarkan
            vokal tengah.                                     vokal tengah.

           Contoh;                                          Contoh;

               [wisel], [awas], [takraw]                        [yakin], [yoga], [bayam]




2.1.3 Bunyi Konsonan Pinjaman

     Bahasa Melayu turut meminjam perkataan-perkataan daripada bahasa-bahasa lain
     seperti bahasa Arab, Sanskrit , Inggeris dan sebagainya bagi memperkembangkan lagi
     bahasa. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung berlaku peminjaman bunyi-
     bunyi bahasa asing atau bunyi yang dipenggalkan iaitu fonem terutamanya fonem



                                                                                                      17
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                           2012

      konsonan. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan
      Melayu. Misalnya, bunyi-bunyi dalam bahasa Arab seperti [th] menjadi [s]; [gh]
      menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walaupun begitu, ada yang bunyi
      asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi
      itu ialah bunyi-bunyi geseran.

      Fonem [f] dan [v] dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabila
      udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar
      untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara. Manakala untuk
      membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran bibir gusi
      bersuara.

      Fonem [z] dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Proses membunyikan [z] berbeza
      apabila pita suara bergetar. Oleh yang demikian, konsonan yang dihasilkan ini
      dinamakan geseran gusi bersuara. Fonem [s] pula dikeluarkan apabila lelangit lembut
      dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran
      yang dihasilkan dinamakan geseran gusi lelangit keras.



2.2   BUNYI VOKAL

      Vokal menurut Daniel Jones dalam Outline of English Phonetics                 adalah ‘bunyi
      bersuara yang tatkala dihasilkan       udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa
      mengalami sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi
      geseran’.

      Manakala menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998), ‘vokal ialah bunyi-bunyi
      bersuara yang tatkala dihasilkan , udara dari paru-paru keluar berterusan melalui
      rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal
      mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi-bunyi vokal dapat didengar
      dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.’.

      Arbak Othman (1983) mendefinisikan vocal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak
      dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara.

      Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberi, dapatlah dirumuskan bahawa vocal
      ialah bunyi-bunyi bersuara yang apabila dihasilkan, udara dari paru-paru keluar


                                                                                                     18
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                     2012

berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau
gangguan. Bunyi-bunyi ini mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Dengan
ini, bunyi yang dihasilkan dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang
daripada bunyi konsonan.

Dalam bahasa Melayu, terdapat enam vokal asli iaitu terdiri daripada tiga vokal
depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang seperti yang diperlihatkan dalam
Carta Vokal Bahasa Melayu yang berikut;




                     Kedudukan Vokal Bahasa Melayu



Kata Depan, Tengah dan Belakang pada rajah tersebut bermaksud bahagian                   pada
lidah, iaitu depan lidah, tengah lidah dan belakang lidah. Istilah Sempit, Separuh
sempit, Separuh luas dan Luas pula bermakna keadaan rongga mulut. Garis-garis
melintang itu pula merupakan gambaran ketinggian lidah dinaikkan. Misalnya, untuk
membunyikan vokal [i] dan [u], lidah dinaikkan tinggi sekali sedangkan untuk
menghasilkan bunyi vokal [a] lidah diangkat sedikit sahaja.

Sehubungan dengan itu, kedudukan vocal-vokal dalam bahasa Melayu dapat
dirumuskan seperti dalam jadual yang berikut.

                     Vokal         Lambang          Nama vokal
                                      [i]           Vocal depan sempit
            Vokal depan              [e]            Vokal depan separuh sempit
                                     [a]            Vocal depan luas
            Vokal tengah             [ǝ]            Vocal tengah
                                     [u]            Vocal belakang sempit
            Vokal belakang
                                     [o]            Vocal belakang separuh sempit




                                                                                                19
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                           2012


      Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, bunyi vokal depan separuh sempit [e]
      dan vokal tengah [ǝ] dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu e. Huruf e yang
      melambangkan bunyi vokal depan separuh sempit [e] dikenali sebagai e taling.
      Manakala huruf e yang mewakili bunyi vokal tengah [ǝ] disebut e pepet.


      Tiga bunyi vocal i, a dan u dapat hadir di awal, di tengah dan di akhir kata.
      Manakala       vocal e ( e taling ), o dan e ( e pepet ) hanya hadir di awal dan di
      tengah kata asli bahasa Melayu. Vokal e taling, e pepet dan o hanya hadir di akhir
      kata pinjaman yang bersuku kata akhir terbuka seperti kata klise, imperialism dan
      moto.



2.2.1 Cara Penghasilan Bunyi Vokal

       Bil       Vokal          Cara Membunyikan                       Rajah             Contoh

       1      Vokal             Bahagian depan lidah                                      [itu]
              depan              diangkat     setinggi-
              sempit [i]         tingginya.                                               [bisu]
                                Lelangit       lembut
                                 terangkat  rapat    ke                                   [basi]
                                 belakang         tekak
                                 menutup        rongga
                                 hidung.

                                Udara yang dikeluarkan
                                 dari paru-paru melalui
                                 rongga mulut tanpa
                                 sekatan         sambil
                                 menggetarkan       pita
                                 suara.


       2      Vokal             Bahagian depan lidah                                     [elaʔ]
              depan              diturunkan    sepertiga
                                 dari     kedudukannya                                    [beloʔ]
              separuh
                                 untuk    mengeluarkan
              sempit [e]                                                                 [tempe]
                                 vokal depan sempit.

                                Lelangit       lembut
                                 terangkat  rapat    ke
                                 belakang         tekak
                                 menutup rongga



                                                                                                     20
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                2012


                        hidung.

                     Udara yang dikeluarkan
                      dari paru-paru melalui
                      rongga mulut tanpa
                      sekatan         sambil
                      menggetarkan       pita
                      suara.

                     Bibir berada dalam
                      keadaan terhampar.


3   Vokal            Bahagian depan lidah                                     [asuh]
    depan luas        diturunkan serendah-
    [a]               rendahnya.                                               [bala]

                     Lelangit             lembut                              [bola]
                      terangkat        rapat    ke
                      belakang               tekan
                      menutup              rongga
                      hidung.

                     Udara yang dikeluarkan
                      dari paru-paru melalui
                      rongga mulut tanpa
                      sekatan         sambil
                      menggetarkan       pita
                      suara.

                     Bibir berada dalam
                      keadaan terhampar.


4   Vokal            Puncak tengah lidah                                     [ǝmas]
    tengah [ǝ]        terletak   di   antara
                                                                              [gǝmar]
                      kedudukan        untuk
                      menghasilkan     vokal                                 [kronismǝ]
                      separuh luas dan vokal
                      separuh sempit.

                     Lelangit             lembut
                      terangkat        rapat    ke
                      belakang               tekak
                      menutup              rongga
                      hidung.




                                                                                          21
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                2012



                     Udara yang dikeluarkan
                      dari paru-paru melalui
                      rongga mulut tanpa
                      sekatan         sambil
                      menggetarkan       pita
                      suara.

                     Bibir berada          dalam
                      keadaan biasa.


5   Vokal            Bahagian       belakang                                   [ubi]
    belakang          lidah diangkat tinggi ke
                      arah lelangit lembut                                     [bulan]
    sempit [u]
                      tetapi             tidak
                      menyentuhnya.                                            [tipu]

                     Lelangit             lembut
                      terangkat        rapat    ke
                      belakang               tekak
                      menutup              rongga
                      hidung.

                     Udara yang dikeluarkan
                      dari paru-paru melalui
                      rongga mulut tanpa
                      sekatan         sambil
                      menggetarkan       pita
                      suara.

                     Bibir berada dalam
                      keadaan bundar.


6   Vokal            Bahagian      belakang                                   [oleh]
    belakang          lidah       diturunkan
                                                                               [tolol]
    separuh           sepertiga          dari
    sempit [o]        kedudukannya     untuk                                   [teko]
                      mengeluarkan      vocal
                      belakang sempit.

                     Lelangit             lembut
                      terangkat        rapat    ke
                      belakang               tekak
                      menutup              rongga
                      hidung.




                                                                                          22
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                            2012

                                 Udara yang dikeluarkan
                                  dari paru-paru melalui
                                  rongga mulut tanpa
                                  sekatan         sambil
                                  menggetarkan       pita
                                  suara.

                                 Bibir berada dalam
                                  keadaan bundar.




3.0   SISTEM BUNYI BAHASA: FONEM dan ALOFON


      Fonem ialah unit terkecil yang membawa perbezaan makna ( Asmah Haji Omar
      1986:37). Jones, B. (1967) menyatakan bahawa konsep fonem ini mula-mula
      dikendalikan terhadap bunyi-bunyi penggalan konsonan dan vokal dalam sesuatu
      bahasa ( Robins, R.H. 1964:129) Jumlah fonem dalam sesuatu bahasa itu berbeza
      daripada fonem bahasa yang lain. Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem vokal ,
      25 fonem konsonan dan tiga fonem diftong. Gabungan fonem akan membentuk suku
      kata dan gabungan suku kata akan membentuk kata atau perkataan.

      Menurut Marzukhi dan Samsu, fonem adalah unit pada tingkat bunyi yang dapat
      membezakan makna. Cara yang paling mudah untuk menentukan fungsi fonem adalah
      dengan membuat perbandingan ujaran-ujaran yang hampir-hampir serupa atau
      dipanggil pasangan minimal . Pasangan minimal ialah pasangan yang mempunyai
      pertentangan pada satu tempat yang membezakan maksud (makna). Tegasnya,
      pasangan itu adalah pasangan minimal jika mempunyai pasangan bunyi yang hampir-
      hampir sama kecuali pada satu unsur yang membezakan makna. Misalnya /lada/ dan
      /dada/. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai ‘persekitaran’ yang sama iaitu
      /_ada/. Makna bagi dua perkataan tersebut dibezakan oleh /l/ dan /d/ . Sehubungan
      dengan itu, /l/ dan /d/ adalah fonem.

      Penjelasan lebih lanjut tentang fonem ini boleh difahami melalui perkataan palu.
      Perkataan ini terdiri daripada empat unit yang berbunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi
      ini dipanggil sebagai fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi. Sekiranya fonem p
      diganti dengan m, maka perkataan palu akan bertukar menjadi malu. Dengan ini p



                                                                                                      23
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                      2012

dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit tersebut telah membezakan
maksud ujaran.

Perbezaan makna turut dapat dilihat pada pasangan minimal seperti pedang dan
petang. Melalui pasangan minimal pedang dengan petang tersebut terdapat bunyi
yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedang hampir sama dengan
perkataan petang, yang hanya membezakannya adalah bunyi d dan bunyi t. Bunyi d
dan bunyi t merupakan bunyi yang membezakan makna. Oleh yang demikian, bunyi d
dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem tersebut diletakkan dalam
kurungan fonem /d/ dan /t/.

Contoh seterusnya boleh dilihat pada pasangan minimal kaya dan paya. Kedua-dua
perkataan ini mempunyai makna yang berbeza hanya disebabkan oleh fonem k dan p.
Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil yang dapat membezakan makna
perkataan kaya dan paya. Dengan itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem
iaitu /k/ dan /p/.

Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan, terdapat juga
beberapa contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unit-unit terkecil yang
membezakan makna atau pun dalam istilah bahasa Melayu iaitu fonem. Contoh-
contoh lain adalah seperti berikut;

           i.   Barat dan Karat

                /b/ dan /k/ merupakan fonem yang membezakan makna perkataan

          ii.   Dulang dan Tulang

                /d/ dan /t/ merupakan fonem yang membezakan makna perkataan

         iii.   Bakar dan Pakar

                /b/ dan /p/ merupakan fonem yang membezakan makna perkataan

         iv.    Cari dan Jari

                /c/ dan /j/ merupakan fonem yang membezakan makna perkataan




                                                                                                24
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                     2012

Usaha mencari fonem-fonem dalam sesuatu bahasa dianggap paling mudah
dengan menggunakan pasangan minimal. Ini kerana perbezaan pada satu tempat yang
diisi oleh bunyinya itu jelas membuktikan fonem-fonem dalam bahasa yang dikaji itu.
Dalam melafazkan kombinasi bunyi seperti         saya maya, raya dan gaya, seseorang
tidak teragak-agak lagi mengatakan yang bunyi konsonan /s/, /m/, /r/ dan /g/ adalah
fonem-fonem kerana bunyi-bunyi ini membezakan makna perkataan-perkataan                  yang
dinyatakan di atas.

Manakala pasangan serupa ialah fonem yang kedudukannya bertentangan dengan
fonem lain tetapi tidak membezakan makna. Contohnya /fiker/ dan /piker/. Bagi
pasangan tersebut /f/ dan /p/ tidak boleh dianggap sebagai fonem kerana ia tidak
membezakan makna.

Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Ia adalah kelainan bunyi
antara satu sama lain namun masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi
yang tergolong ke dalam satu fonem ini terjadi akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu
sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Sebagai contoh, /k/ dalam
bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) . Ini disebabkan /k/
dipengaruhi oleh bunyi sekitarnya. Berdasarkan contoh k, kʷ dan ʔ, bunyi alofon
terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i).
Bunyi kʷ terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda ( iaitu k yang diikuti oleh
vokal belakang u) . Bunyi ʔ terjadi kerana kehadirannya diakhiri dengan suku kata
tertutup seperti dalam perkataan kakaʔ. Dalam kes ini , alofon k, kʷ dan ʔ merupakan
alofon-alofon daripada bunyi yang sama iaitu fonem /k/ . Ketiga-tiga bunyi k, kʷ dan ʔ
adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Ini membawa makna bahawa
bunyi-bunyi alofon tersebut adalah hampir serupa dari segi cara penghasilannya dan
saling melengkapi walaupun ia menduduki posisi masing-masing.

Dalam bahasa Melayu, t sebelum vokal seperti dalam tiga, diletupkan dengan jelas
disebabkan adanya vokal i yang menyusulinya. Sebaliknya, t akhir kata seperti dalam
kata padat, tidaklah diletupkan dengan nyata kerana letupannya tertahan disebabkan
tidak adanya vokal yang mengikutinya. Walau bagaimanapun, kedua-dua t berkenaan
dimasukkan dalam satu golongan t.




                                                                                                25
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                    2012




Sebagai anggota dari fonem t, kedua-dua t berkenaan dinamakan alofon. Alofon.
Alofon t boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu alofon lingkungan dan alofon
bebas. Alofon lingkungan mempunyai distribusi yang saling menyingkirkan seperti
dua jenis t yang diperkatakan di atas tadi. Alofon bebas atau kelainan bebas boleh
menggantikan satu sama lain.

Perbezaan di antara Fonem dan Alofon boleh dilihat pada jadual yang berikut;

                 Fonem                                            Alofon

     Fonem ialah unit bahasa terkecil             Alofon adalah anggota-anggota
      yang berfungsi.                               fonem.

     Satu unit ujaran yang bermakna               Misalnya fonem p dalam palu,
      atau perkataan terdiri daripada               lupa dan luap.
      beberapa unit bunyi.Misalnya
      kata palu.                                   Bunyi p dalam palu dan lupa
                                                    diujarkan sebagai letupan bibir
     Kata ini terdiri daripada empat               yang sempurna tetapi dalam luap
      unti bunyi iaitu p,a,l,u.                     bunyi p diujarkan sebagai letupan
                                                    bibir yang tidak sempurna yakni
     Unit-unit bunyi ini dipanggil                 tidak diletupkan.
      fonem, iaitu unit terkecil yang
      berfungsi.                                   Dengan itu daripada ketiga-tiga
                                                    contoh kata di atas, fonem p
     Jika p diganti dengan m, maka                 mempunyai dua alofon.
      palu akan bertukar menjadi malu.

     Oleh itu , p dan m adalah unit
      terkecil yang berfungsi kerana
      unit itu membezakan maksud
      ujaran.




                                                                                              26
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                            2012



4.0   CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU


      Dalam pertuturan manusia terdapat ciri-ciri yang disebut sebagai suprasegmental iaitu
      sifat bunyi yang menindih sesuatu segmen bunyi sama ada vokal mahupun bunyi
      konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan akan menghasilkan kata yang bermakna
      jika dilengkapi dengan ciri-ciri non-segmental seperti kepanjangan, tekanan dan nada.
      Ciri-ciri suprasegmental ini terhasil tanpa melibatkan alat-alat tutur dan titik artikulasi.
      Ciri-ciri ini boleh mengubah keadaan bunyi vokal dengan melibatkan pada tekanan,
      nada, jeda dan panjang-pendek.

      Tekanan

      Gleason    dalam bukunya An Introduction to Descriptive Linguistic mengatakan
      tekanan ialah ‘ the degree og force with which a sound or syllable is altered’. Arbak
      Othman ( 1983:69 ) mengatakan tekanan ialah keras atau lembutnya suara yang
      diperlukan bagi menyebut sesuatu suku kata. Dengan itu, keras atau lembutnya bunyi
      sesuatu suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi segmental itu bergantung pada tekanan
      udara yang keluar dari paru-paru kemudiannya bergantung pada tenaga otot alat suara
      (Madzhi Johari 1988: 54 ). Jika otot itu bergerak kuat, udara yang dikeluarkan juga
      kuat dan begitulah sebaliknya. Keadaan inilah yang menimbulkan keras lembutnya
      bunyi-bunyi yang dikeluarkan.

      Nada

      Nada atau pitch ialah ciri suprasegmental yang menunjukkan tinggi rendahnya suara
      ketika mengucapkan sesuatu bunyi. Nada ditentukan oleh getaran pita suara. Getaran
      cepat, nada akan meninggi dan jika tidak, nada akan rendah. Nada tidak jelas berbeza
      dalam ayat.

      Terdapat empat jenis nada yang ditandai angka: 1 (rendah),2 (biasa),3 (tinggi) dan 4
      tinggi sekali. Dalam nada yang berbeza-beza itu, kita boleh mengadakan                  ayat-
      ayat   yang berlainan. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian
      nada itu menaik apabila ada tekanan dan turun hingga 1.




                                                                                                      27
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                           2012

      Suara perempuan mempunyai nada jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan suara
      lelaki. Suara perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat. Sementara suara
      lelaki pula 150 pusingan bagi setiap saat. Paras nada suara berbeza antara individu dan
      antara bunyi yang diucapkan oleh seseorang penutur.

      Jeda

      Jeda yang juga dikenali sebagai persendian merupakan suatu unsur hentian yang
      memisahkan di antara unsur-unsur linguistic sama ada perkataan, ayat atau rangkai
      kata. Jeda menggunakan symbol # sebagai lambang. Jeda boleh membezakan makna.

      Contoh;

      [#saya pakai baju ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya pakai baju#
      ema?].

      Panjang-pendek

      Panjang pendek boleh difahami sebagai kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi
      itu diucapkan. Simbol bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Simbol [:] ini
      membawa erti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Simbol [: :] menunjukkan
      dua mora . Simbol [.] pula membawa maksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu
      unsur ini tidak membezakan makna.



4.1   KEPENTINGAN SUPRASEGMENTAL DALAM KEMAHIRAN LISAN

      Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Hal ini
      kerana, melalui bahasa seseorang akan dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
      menyampaikan kehendak, buah fikiran , perasaan , mendapatkan informasi dan
      memahami orang lain. Guru-guru bahasa Melayu berperanan dalam memastikan
      murid di sekolah dapat mempelajari bahasa kerana pembelajaran bahasa secara formal
      berlaku di sekolah. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dan murid.
      Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, kemahiran lisan diberi
      penekanan.




                                                                                                     28
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                     2012

Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang.
Menurut Siti Hajar (2008), kemahiran lisan perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum
mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Adalah menjadi kebiasaan, kanak-
kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik akan dapat menguasai
kemahiran yang lain juga.      Kemahiran lisan meliputi dua aspek iaitu kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran lisan boleh dikuasai oleh murid
melalui latihan dan penggunaan bahasa secara kerap dan terancang. Individu yang
tidak menguasai kemahiran lisan boleh menyebabkan dirinya tidak dapat memahami
dan memberi tindak balas terhadap pertuturan orang lain.

Kemahiran mendengar boleh difahami sebagai keupayaan murid mendengar dengan
teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi
pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Manakala kemahiran bertutur pula
boleh difahami sebagai keupayaan murid melafazkan bunyi bahasa yang bermakna
untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat dan sebagainya
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.

Dalam pertuturan manusia terdapat ciri-ciri yang disebut sebagai suprasegmental. Ciri-
ciri ini telah pun dibincangkan dalam tajuk di atas. Ciri-ciri suprasegmental yang
terdapat dalam bahasa Melayu ini memberi kepentingan tersendiri kepada para guru
dan murid terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kemahiran lisan.

Sesuatu pengajaran kemahiran lisan akan menjadi lebih baik dan berkesan kerana
melalui unsur tekanan, seseorang guru dapat membuat penegasan ayat semasa
memberi arahan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian murid akan dapat
memahami arahan guru mereka dengan jelas.

Dalam konteks perhubungan, seseorang guru atau murid dapat melahirkan rasa
simpati, menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan orang lain, meminta maaf dan
memberi kemaafan, berkongsi kegembiraan, menyatakan penghargaan , berterima
kasih kepada orang lain dan sebagainya. Semua perkara itu boleh diterjemahkan
melalui nada yang    digunakan. Dalam situasi sedih misalnya, baik guru atau pun
murid akan    berkomunikasi dalam keadaan sedih.               Orang     yang     berada di
persekitarannya akan sekaligus memahami dan turut bersedih.



                                                                                               29
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                     2012

Pertuturan yang terlalu cepat tanpa ada unsur jeda, pastinya akan menimbulkan
kesukaran pihak lawan bercakap untuk memahami pertuturan yang diucapkan. Oleh
yang demikian, semasa guru menjalankan proses penyampaian isi pelajaran kepada
murid-muridnya, adalah sangat penting guru mengaplikasikan unsur yang telah
dinyatakan.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru pasti berhadapan dengan
masalah disiplin murid yang suka bermain dan berbual semasa pengajaran berlaku. Di
sini lah suprasegmental memainkan peranannya. Ayat larangan bermain atau larangan
berbual yang ingin dituturkan oleh seseorang guru itu perlu disertai dengan unsur
tekanan. Unsur tekanan akan menjadikan suara guru lebih lantang dan keras bunyinya.
Murid-murid yang terlibat sudah pasti akan memahami bahawa mereka telah dimarahi
dan ditegur oleh guru mereka. Justeru itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan tanpa adanya gangguan murid.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas, sesi bersoal
jawab pasti akan berlaku sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan atau
penutup. Soalan yang dikemukakan kepada murid biasanya menggunakan kata tanya
dan tanpa kata tanya. Menyoal tanpa menggunakan kata tanya memerlukan
penggunaan nada dan intonasi ayat yang betul dan jelas supaya murid dapat
memahami dan memberi maklum balas seperti yang diharapkan.

Pengajaran kemahiran lisan melibatkan aktiviti bertanya dan menjawab tentang
sesuatu perkara yang menjadi isu pelajaran. Sesi soal jawab perlu dilakukan secara
bertatasusila agar tidak menyinggung perasaan murid. Dengan penggunaan unsur-
unsur suprasegmental seperti panjang-pendek, nada dan jeda , sesuatu pengucapan
yang bertatasusila dapat dihasilkan.




                                                                                               30
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                           2012

5.0   RUMUSAN


      Daripada apa yang        telah diperbincangkan menerusi penulisan ini, dapatlah
      dirumuskan bahawa kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia
      secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Sememangnya
      terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mengandungi fungsi dan
      kedudukan yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Terdapat juga unsur yang
      bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia namun mempunyai peranan yang
      amat penting dalam mengeluarkan bunyi. Unsur yang dimaksudkan itu ialah udara.
      Udara merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

      Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem vokal dan 25 fonem konsonan. Bunyi
      vokal atau konsonan adalah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.
      Kesemua bunyi vokal adalah bunyi-bunyi bersuara. Manakala bunyi konsonan pula
      ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Hal ini kerana bunyi bersuara dan
      tidak bersuara berkait rapat dengan keadaan pita suara di mana sekiranya keadaan
      pita suara tertutup rapat semasa udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku
      pada pita suara yang akan menyebabkan terhasilnya bunyi bersuara. Sebaliknya, jika
      pita suara itu terbuka semasa udara keluar melaluinya, bunyi yang akan dihasilkan
      adalah bunyi yang tidak bersuara kerana getaran pada pita suara tidak berlaku.

      Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem.Konsep alofon digunakan
      untuk merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu fonem. Fonem pula satu konsep abstrak
      yang mewakili sejumlah bunyi yang dikeluarkan dalam penyebutan sesuatu kata. Ia
      adalah unit bahasa yang berfungsi dan terkecil.

      Suprasegmental adalah ciri-ciri yang terdapat dalam pertuturan manusia. Ia adalah
      sifat bunyi yang menindih sesuatu segmen bunyi sama ada vokal atau pun bunyi
      konsonan. Ciri-ciri ini boleh mengubah keadaan bunyi vokal dengan melibatkan
      tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Ia mempunyai banyak kepentingan kerana
      dapat membantu guru bahasa Melayu dalam mencapai pengajaran dan pembelajaran
      kemahiran lisan yang baik. Antara kepentingan utamanya adalah menolong guru
      membetulkan kesilapan sebutan yang dilakukan oleh murid-murid terutama dalam
      sebutan fonem yang sukar dihasilkan khususnya oleh penutur bahasa kedua.




                                                                                                     31
E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei
                                                                                          2012




6.0   BIBLIOGRAFI



      Abdul Hamid Ahmad (1993). Fonologi Bahasa Sungai di Sabah . Kuala Lumpur :
            Dewan Bahasa dan Pustaka

      Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
            Fajar Bakti
      Abercrombie, D. ( 1971) . Elements of General Phonetics. .Antherton Chicago/ New
            York : Aldine.
      Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk . Kuala
           Lumpur : Dewan Bahasa dan       Pustaka
      Choo Say Tee, Goay Teck Chong dan Zainuddin Ahmad. (2012). Teks Pra-U STPM:
            Bahasa Melayu . Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
      Malmberg, B.,(1968). Manual of Phonetics.            North Holland : Amsterdam
      Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu Kertas Satu
            STPM.. Kajang : Masa Enterprise
      Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
            Pustaka
      O’Connor, J.D.(1984). Phonetics.     England : Penguin Book
      Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. (1965). Ilmu Fonetik dengan latihan. . Petaling
            Jaya : Agensi Penerbitan Nusantara




                                                                                                    32

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

La actualidad más candente (16)

Linguistik fonologi
Linguistik fonologi Linguistik fonologi
Linguistik fonologi
 
faal fisiologi bicara
faal fisiologi bicarafaal fisiologi bicara
faal fisiologi bicara
 
Uts b.sunda dwi
Uts b.sunda dwiUts b.sunda dwi
Uts b.sunda dwi
 
Tugasan kumpulan
Tugasan kumpulanTugasan kumpulan
Tugasan kumpulan
 
TATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARANTATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARAN
 
Fonologi bahasa kelompok 1
Fonologi bahasa kelompok 1Fonologi bahasa kelompok 1
Fonologi bahasa kelompok 1
 
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARA
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARAPpt m1 kb1 WIDYA SWARA
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARA
 
Modul Artikulasi
Modul ArtikulasiModul Artikulasi
Modul Artikulasi
 
TATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARANTATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARAN
 
Interkom 3
Interkom 3Interkom 3
Interkom 3
 
Perkembangan Berbicara
Perkembangan BerbicaraPerkembangan Berbicara
Perkembangan Berbicara
 
Tik fira 2 d
Tik fira 2 dTik fira 2 d
Tik fira 2 d
 
Berbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistikBerbagai kajian-linguistik
Berbagai kajian-linguistik
 
Pemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasaPemerolehan bahasa
Pemerolehan bahasa
 
Tugasan kuliah 5
Tugasan kuliah 5Tugasan kuliah 5
Tugasan kuliah 5
 
FONETIK
FONETIKFONETIK
FONETIK
 

Destacado

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)Kochi Chia
 
Colegio nacional nicolás esguerra
Colegio nacional nicolás esguerraColegio nacional nicolás esguerra
Colegio nacional nicolás esguerraEdward Neuta
 
FOURTH HIGH LEVEL FORUM ON AID EFFECTIVENESS - Busan Korea 2011
FOURTH HIGH LEVEL FORUM ON AID EFFECTIVENESS - Busan Korea 2011FOURTH HIGH LEVEL FORUM ON AID EFFECTIVENESS - Busan Korea 2011
FOURTH HIGH LEVEL FORUM ON AID EFFECTIVENESS - Busan Korea 2011Dr Lendy Spires
 
El uso de la tecnologia
El uso de la tecnologiaEl uso de la tecnologia
El uso de la tecnologiajuanito2013
 
Trabajo didáctica
Trabajo didácticaTrabajo didáctica
Trabajo didácticalamafana
 
Sorting Techniques - Govardhan Satish
Sorting Techniques - Govardhan SatishSorting Techniques - Govardhan Satish
Sorting Techniques - Govardhan SatishDipayan Sarkar
 
Как привлечь правильного клиента по рекламе Денис Соловьев, Realweb
Как привлечь правильного клиента по рекламе	Денис Соловьев, RealwebКак привлечь правильного клиента по рекламе	Денис Соловьев, Realweb
Как привлечь правильного клиента по рекламе Денис Соловьев, RealwebMovebo
 
スライド確認テスト用
スライド確認テスト用スライド確認テスト用
スライド確認テスト用ktohal
 
Video for israel slideshow 2
Video for israel slideshow 2Video for israel slideshow 2
Video for israel slideshow 2Ramesh Wood
 
Robert Fraze Wikipedia.com young glory
Robert Fraze Wikipedia.com young gloryRobert Fraze Wikipedia.com young glory
Robert Fraze Wikipedia.com young gloryrfraze_ad
 
Oliver James Associates Banking Brochure
Oliver James Associates Banking BrochureOliver James Associates Banking Brochure
Oliver James Associates Banking BrochureClaudine Edwards
 

Destacado (15)

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
 
Cost
CostCost
Cost
 
Colegio nacional nicolás esguerra
Colegio nacional nicolás esguerraColegio nacional nicolás esguerra
Colegio nacional nicolás esguerra
 
FOURTH HIGH LEVEL FORUM ON AID EFFECTIVENESS - Busan Korea 2011
FOURTH HIGH LEVEL FORUM ON AID EFFECTIVENESS - Busan Korea 2011FOURTH HIGH LEVEL FORUM ON AID EFFECTIVENESS - Busan Korea 2011
FOURTH HIGH LEVEL FORUM ON AID EFFECTIVENESS - Busan Korea 2011
 
El uso de la tecnologia
El uso de la tecnologiaEl uso de la tecnologia
El uso de la tecnologia
 
Trabajo didáctica
Trabajo didácticaTrabajo didáctica
Trabajo didáctica
 
Sorting Techniques - Govardhan Satish
Sorting Techniques - Govardhan SatishSorting Techniques - Govardhan Satish
Sorting Techniques - Govardhan Satish
 
Prácticas edysoc
Prácticas edysocPrácticas edysoc
Prácticas edysoc
 
Как привлечь правильного клиента по рекламе Денис Соловьев, Realweb
Как привлечь правильного клиента по рекламе	Денис Соловьев, RealwebКак привлечь правильного клиента по рекламе	Денис Соловьев, Realweb
Как привлечь правильного клиента по рекламе Денис Соловьев, Realweb
 
スライド確認テスト用
スライド確認テスト用スライド確認テスト用
スライド確認テスト用
 
6th Wave member Cross-border Living Lab on Territorial Marketing
6th Wave member Cross-border Living Lab on Territorial Marketing6th Wave member Cross-border Living Lab on Territorial Marketing
6th Wave member Cross-border Living Lab on Territorial Marketing
 
Session 42 Peter Puusepp
Session 42 Peter PuuseppSession 42 Peter Puusepp
Session 42 Peter Puusepp
 
Video for israel slideshow 2
Video for israel slideshow 2Video for israel slideshow 2
Video for israel slideshow 2
 
Robert Fraze Wikipedia.com young glory
Robert Fraze Wikipedia.com young gloryRobert Fraze Wikipedia.com young glory
Robert Fraze Wikipedia.com young glory
 
Oliver James Associates Banking Brochure
Oliver James Associates Banking BrochureOliver James Associates Banking Brochure
Oliver James Associates Banking Brochure
 

Similar a Tugasan+h bhs melayul1203

Makalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan FonemikMakalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan FonemikShelaOktavia
 
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdfMakalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdfSalisAstutiN
 
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa IndonesiaMakalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa IndonesiaRizzty Mennelz
 
Pengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumPengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumImam Suwandi
 
MAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARANMAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARANGhian Velina
 
Fonologi & fonetik
Fonologi & fonetikFonologi & fonetik
Fonologi & fonetikceplos1969
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Sistem Fonologi Bahasa Bugis Bone (sfbbb) kelompok jun, adral, yos final
Sistem Fonologi Bahasa Bugis Bone (sfbbb) kelompok jun, adral, yos finalSistem Fonologi Bahasa Bugis Bone (sfbbb) kelompok jun, adral, yos final
Sistem Fonologi Bahasa Bugis Bone (sfbbb) kelompok jun, adral, yos finaljuniato
 
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docxFonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docxkamilazhary
 
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...Rina Fadhali
 
Materi fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesiaMateri fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesiaRakatajasa
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutharisanua
 

Similar a Tugasan+h bhs melayul1203 (20)

Makalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan FonemikMakalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
 
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdfMakalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
 
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa IndonesiaMakalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
 
Pengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumPengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umum
 
Linguistik fonologi
Linguistik fonologi Linguistik fonologi
Linguistik fonologi
 
MAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARANMAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARAN
 
Linguistik
LinguistikLinguistik
Linguistik
 
Phonetics
PhoneticsPhonetics
Phonetics
 
Phonetics
PhoneticsPhonetics
Phonetics
 
Phonetics
PhoneticsPhonetics
Phonetics
 
Phonetics
PhoneticsPhonetics
Phonetics
 
Makalah struktur fonologi bahasa indonesia
Makalah struktur fonologi bahasa indonesiaMakalah struktur fonologi bahasa indonesia
Makalah struktur fonologi bahasa indonesia
 
Nurmila ardianti 5 c
Nurmila ardianti 5 cNurmila ardianti 5 c
Nurmila ardianti 5 c
 
Fonologi & fonetik
Fonologi & fonetikFonologi & fonetik
Fonologi & fonetik
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Sistem Fonologi Bahasa Bugis Bone (sfbbb) kelompok jun, adral, yos final
Sistem Fonologi Bahasa Bugis Bone (sfbbb) kelompok jun, adral, yos finalSistem Fonologi Bahasa Bugis Bone (sfbbb) kelompok jun, adral, yos final
Sistem Fonologi Bahasa Bugis Bone (sfbbb) kelompok jun, adral, yos final
 
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docxFonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
 
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
Ade Yusnita "Fonemik Bahasa Melayu Sambas di Desa Serumpun Kecamatan Salatiga...
 
Materi fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesiaMateri fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesia
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
 

Más de Faridah Husin

Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisHbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisFaridah Husin
 
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quranHbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quranFaridah Husin
 
Tugasan hbae1203 mei2012
Tugasan hbae1203 mei2012Tugasan hbae1203 mei2012
Tugasan hbae1203 mei2012Faridah Husin
 
Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualFaridah Husin
 
Tugasan rph ibadat thn 1
Tugasan rph ibadat thn 1Tugasan rph ibadat thn 1
Tugasan rph ibadat thn 1Faridah Husin
 
Tugasan rph bahasa melayu
Tugasan rph bahasa melayuTugasan rph bahasa melayu
Tugasan rph bahasa melayuFaridah Husin
 
Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Faridah Husin
 
Assignment of cyber crimes for oumh1203
Assignment of cyber crimes for oumh1203Assignment of cyber crimes for oumh1203
Assignment of cyber crimes for oumh1203Faridah Husin
 
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunHbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunFaridah Husin
 

Más de Faridah Husin (11)

Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksisHbml2103 morfologi dan_sintaksis
Hbml2103 morfologi dan_sintaksis
 
Hbae1403 menggambar
Hbae1403 menggambarHbae1403 menggambar
Hbae1403 menggambar
 
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quranHbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
Hbis2103 pengajian asuhan tilawah al quran
 
Tugasan hbae1203 mei2012
Tugasan hbae1203 mei2012Tugasan hbae1203 mei2012
Tugasan hbae1203 mei2012
 
Tugasan hbis 1203
Tugasan hbis 1203Tugasan hbis 1203
Tugasan hbis 1203
 
Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visual
 
Tugasan rph ibadat thn 1
Tugasan rph ibadat thn 1Tugasan rph ibadat thn 1
Tugasan rph ibadat thn 1
 
Tugasan rph bahasa melayu
Tugasan rph bahasa melayuTugasan rph bahasa melayu
Tugasan rph bahasa melayu
 
Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2Tugasan pengenalan pend bm 2
Tugasan pengenalan pend bm 2
 
Assignment of cyber crimes for oumh1203
Assignment of cyber crimes for oumh1203Assignment of cyber crimes for oumh1203
Assignment of cyber crimes for oumh1203
 
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadunHbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
Hbef1503 tugasan masyarakat n tamadun
 

Último

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10maulitaYuliaS
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 

Último (20)

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 

Tugasan+h bhs melayul1203

  • 1. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 1.0 PENGENALAN Keupayaan bertutur dianugerahkan kepada semua manusia kecuali bagi golongan istimewa seperti orang bisu dan pekak. Anugerah yang diberikan ini sebenarnya mengalami peringkat demi peringkat iaitu daripada peringkat bayi kepada peringkat kanak-kanak dan seterusnya hingga kepada peringkat dewasa. Kebolehan seseorang bayi dalam memperoleh bunyi akan berbeza antara satu sama lain. Pemerolehan bunyi bahasa banyak dipengaruhi oleh interaksi dengan orang di sekelilingnya. Lebih banyak interaksi yang dilakukakan, lebih cepat proses pemerolehan bahasa oleh seseorang bayi itu. Satu kecenderungan yang menyalahi hukum bahasa ialah apabila ibu bapa dan orang di sekeliling seseorang bayi menggunakan perkataan yang pelat sebagai tanda’manja’ dan ‘sayang’ pada bayi tersebut. Misalnya, perkataan ‘sayang’ dibunyikan sebagai ‘cayang’, perkataan ‘sedap’ dibunyikan sebagai ‘cedap’. Tabiat seumpama ini secara psikologinya akan mempengaruhi penerimaan bunyi bayi tersebut dan berakhir dengan penghasilan bunyi perkataan dengan cara pelat. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu diingatkan supaya memperkenalkan perkataan yang tepat bunyinya. Kegagalan bayi membunyikan perkataan dengan betul adalah sesuatu perkara yang normal kerana ianya ada kena mengena dengan sistem tuturnya. Sistem tutur akan menjadi lebih mudah apabila kanak-kanak menjangkau usia yang lebih matang. Sebagai contoh, bunyi /s/ lebih sukar dibunyikan berbanding bunyi /m/. Namun begitu, lama-kelamaan bunyi tersebut akan dapat ditutur dengan tepat sejajar dengan perkembangan dan tumbesaran mereka. Pemerolehan bunyi bahasa ini sebenarnya boleh dikaji . Ini kerana secara saintifiknya, terdapat ilmu khusus yang mampu memberi penjelasan terhadap persoalan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini dikenali sebagai ilmu fonologi dan fonetik. Sehubungan dengan itu, di dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan dan membentangkan hasil kajian berkenaan sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia. Kajian ini akan meliputi beberapa aspek seperti Penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal bahasa Melayu, 1
  • 2. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu dan Ciri- ciri suprasegmental bahasa Melayu dan kepentingannya dalam pengajaran kemahiran lisan 1.1 FONOLOGI Fonologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa : iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Kata phonology itu sendiri datangnya daripada perkataan dalam bahasa Greek phone yang bermaksud ‘suara’. Di Barat, pengkajian tentang bidang fonologi telah bermula sejak 200 tahun yang lalu iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Walau bagaimanapun, sejak bidang fonologi diperkembangkan 30 tahun yang lalu, penumpuannya lebih menekankan tentang aspek sistem psikologi yang telah memberi kesan terhadap aspek sebutan dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. Kajian fonologi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik. 1.2 FONETIK Fonetik ialah bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat- alat pertuturan manusia dan dapat diberikan simbol fonetik bagi bunyu-bunyi yang dikeluarkan itu. Oleh itu, kajian fonetik meliputi aspek penyebutan , pendengaran atau sifat bunyi . Fonetik mengkaji: 1. Hubungan alat-alat pertuturan dengan daerah artikulasi ketika menerbitkannya (fonetik artikulasi). 2. Selok-belok operasi yang berlaku dalam sistem saraf dan otot mekanisme pertuturan orang yang bertutur ketika bentuk-bentuk ucapan dalam proses penghasilannya. 3. Keadaan dan sifat-sifat gelombang bunyi yang dikeluarkan oleh si penutur. 2
  • 3. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 4. Proses pendengaran yang berlaku di dalam organ, telinga hingga ke satu titik ketika bahan ucapan mewujudkan bentuk ucapan 5. Hubungan antara data dari setiap aspek tersebut di atas. Ilmu fonetik termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikut urutan kajian dalam ilmu linguistik, ilmu fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji diikuti oleh fonologi (sistem bunyi), morfologi (sistem kata), sintaksis ( sistem ayat) dan semantik (sistem makna). Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Ilmu ini juga memperlihatkan bagaimana organ manusia seperti paru-paru, larings, farings, rongga mulut dan hidung turut membantu menghasilkan bunyi bahasa.( Nor Hashimah, 1998 : 2 ) 1.2.1 Bidang Fonetik Dalam ilmu fonetik, terdapat tiga bidang kajian iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonetik Artikulasi Fonetik artikulasi ialah bidang fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Proses penghasilan sesuatu bunyi akan melibatkan organ-organ seperti paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan bibir. Ini membawa maksud, fonetik artikulasi adalah suatu bidang yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara dalam paru-paru sehinggalah udara melepasi dua bibir. Sumbangan yang diberi oleh bidang kajian ini antara lain adalah menerangkan bagaimana cara menyebut atau membunyikan sesuatu huruf dengan tepat. Sumbangan ini lazimnya diaplikasikan oleh guru yang mengajar di dalam kelas. Fonetik Akustik Fonetik akustik merupakan ilmu yang mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan gelombang- gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh penutur. Kajian fonetik akustik meliputi aspek yang berkaitan dengan nada, ton, kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur. Kesemua gelombang bunyi bahasa dapat diukur dan dianalisis melalui alat 3
  • 4. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 seperti spectrogram yang menghasilkan graf gelombang bunyi. Ilmu ini memberi sumbangan kepada penutur supaya dapat menutur sesuatu bahasa dengan nada dan intonasi yang betul. Fonetik Auditori Fonetik auditori ialah suatu ilmu yang membuat kajian berkenaan dengan pendengaran dan proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa. Kajian pendengaran yang dibuat menyentuh semua alat atau organ pendengaran luaran dan dalaman telinga. Manakala, kajian tentang proses-proses pula melibatkan proses memungut rangsangan, menyalurkan rangsangan ke otak dan seterusnya menganalisis. Kajian fonetik auditori lebih menjurus untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada individu yang mengalami masalah dalam pendengaran bahasa. 1.3 FONEMIK Fonemik ialah bidang kajian yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan bunyi-bunyi bahasa ke dalam fonem-fonem dalam sesuatu bahasa. Bunyi-bunyi bahasa adalah bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. 1.4 ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat-alat artikulasi atau organ sebutan adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Antara alat-alat artikulasi yang penting dalam penerbitan bunyi-bunyi bahasa tersebut ialah lidah, gigi, bibir, gusi lelangit keras dan lelangit lembut. Lidah Lidah adalah organ yang paling penting dari segi biologi. Ia amat aktif digunakan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bahagian lidah yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa ialah bahagian hadapan, bahagian tengah dan bahagian belakang. 4
  • 5. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Gigi Gigi tidak bergerak dan digunakan sebagai penampan aliran udara dalam menghasilkan bunyi. Gigi merupakan organ yang paling pasif dalam penerbitan bunyi bahasa. Bibir Bibir merupakan otot yang boleh dibentuk supaya menjadi bundar atau leper untuk kepentingan mengeluarkan bunyi-bunyi yang berlainan. Gusi Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t], [d], [I] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan denga lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi. Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga akhir daerah atas rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang terkebelakang dalam rongga mulut. Bahagian ini dapat diturunkan dan dinaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak ke rongga hidung. Apabila lelangit lembut diturunkan maka bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan jikalau dinaikkan maka bunyi yang keluar bukan bunyi sengau. 5
  • 6. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 2.0 PENGGOLONGAN DAN PENGHASILAN BUNYI BAHASA Bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu tergolong kepada tiga. Bunyi-bunyi yang dimaksudkan itu ialah bunyi vokal, bunyi konsonan dan bunyi diftong. Walau bagaimanapun dalam penulisan ini, perbincangan akan hanya menjurus kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan sahaja. 2.1 BUNYI KONSONAN Konsonan ialah bunyi yang lain daripada bunyi vokal dan semasa penghasilan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru melalui halangan, sama ada tersekat, tergeser, bergetar dan sebagainya di rongga mulut, rongga tekak atau di rongga mulut. Keadaan lelangit lembut dan anak tekak mungkin dinaikkan atau diturunkan. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi konsonan, pita suara bergetar dan kadang-kadang tidak bergetar. Dengan itu, sekiranya pita suara bergetar maka bunyi konsonan yang dihasilkan ialah konsonan bersuara. Manakala jika pita suara tidak bergetar maka bunyi konsonan yang dihasilkan itu ialah konsonan tidak bersuara. Huraian di atas adalah berdasarkan definisi konsonan yang diberikan oleh beberapa orang penulis Barat seperti Danial Jones, Gleason dan C.F.Hockett. Danial Jones dalam An Outline of English Phonetics menyatakan bunyi-bunyi konsonan dalam proses penerbitannya mengalami sempitan atau sekatan di rongga oral mahupun di rongga nasal, yang bersuara atau tidak bersuaranya bunyi itu ditentukan oleh keadaan pita suara [yakni bergetar atau tidak bergetar]. Gleason dalam bukunya An Introduction to Descriptive Linguistics menyatakan bunyi konsonan adalah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh sekatan atau sempitan di dalam rongga mulut. C.F. Hockett pula berpendapat bahawa konsonan adalah bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh gangguan dalam rongga mulut. Dalam menghasilkan bunyi-bunyi konsonan, terdapat tiga perkara utama yang terlibat iaitu cara sebutan, daerah sebutan dan keadaan pita suara. Cara Sebutan Cara pengeluaran adalah aspek fizikal penerbitan bunyi-bunyi konsonan yang dihuraikan berdasarkan dengan mekanisme arus udara yang terlibat. Bunyi-bunyi 6
  • 7. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 konsonan yang dihasilkan berbeza jenisnya kerana perbezaan bentuk arus udara yang terlibat dalam proses penghasilannya. Kadang-kadang bunyi itu dihasilkan di daerah artikulasi yang sama tetapi oleh kerana arus udara yang terlibat itu berbeza maka bunyi konsonan yang diterbitkan itu pun berbeza. Daerah Sebutan Daerah sebutan ialah tempat atau bahagian di dalam rongga mulut yang ditemui atau didekati oleh alat-alat artikulasi atau organ-organ sebutan. Bunyi-bunyi daripada jenis yang sama boleh berbeza kerana daerah artikulasi yang terlibat berbeza. Keadaan Pita Suara Pengaruh pita suara penting dalam penerbitan bunyi-bunyi konsonan. Ini kerana, jika pita suara bergetar maka bunyi konsonan yang dihasilkan dikatakan bersuara dan sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar maka bunyi itu dikatakan bunyi tak bersuara. Konsonan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua jenis iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli ialah konsonan yang berasal daripada bahasa Melayu. Manakala konsonan pinjaman pula adalah konsonan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa lain. 2.1.1 Konsonan Asli Bunyi konsonan asli bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sengauan, sisian dan separuh vokal. Penjelasan tentang jenis-jenis konsonan ini dapat dilihat dengan jelas menerusi jadual di bawah. 7
  • 8. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Bil Konsonan Keterangan 1 Letupan Bunyi letupan terhasil apabila alat sebutan dirapatkan pada mana-mana daerah sebutan. Dalam hal ini, arus udara dari paru-paru yang melalui rongga mulut akan tersekat dan kemudiannya dilepaskan dengan serta merta untuk menghasilkan bunyi letupan (plosif) Bunyi konsonan letupan terbahagi kepada empat jenis iaitu; 1. Konsonan letupan dua bibir -- letupan dua bibir tak bersuara [p] dan letupan dua bibir bersuara [b]; 2. Konsonan letupan gigi-gusi -- letupan gigi- gusi tak bersuara [t] dan letupan gigi-gusi bersuara [d]; 3. Konsonan letupan lelangit lembut -- letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan letupan lelangit lembut bersuara [g]; 4. Konsonan letupan glotis -- hentian glotis [ʔ]. Bunyi konsonan letusan terbahagi kepada dua jenis 2 Letusan iaitu; 1. Konsonan letusan lelangit keras tak bersuara [č] ; 2. Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ĵ] Bunyi konsonan geseran terbahagi kepada dua jenis 3 Geseran iaitu; 1. Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]; 2. Konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. 8
  • 9. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Bunyi konsonan getaran hanya satu jenis sahaja iaitu ; 4 Getaran 1. Getaran gigi-gusi bersuara [r]. Konsonan sengauan (nasal) ialah bunyi yang terhasil 5 Sengauan apabila lelangit lembut direndahkan dan udara keluar melalui rongga hidung. Terdapat empat jenis sengauan dalam bahasa Melayu iaitu; 1. Sengauan dua bibir bersuara [m]; 2. Sengauan gigi-gusi bersuara [n]; 3. Sengauan lelangit keras bersuara [ɲ]; 4. Sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ] Bunyi konsonan sisian merujuk kepada bunyi konsonan 6 Sisian sisian gigi-gusi bersuara [l]. 7 Separuh vokal Bunyi konsonan ini terhasil apabila articulator yang terlibat membuat geluncuran dan penujuan dari satu vokal ke arah vokal yang mengikutinya. Penghasilannya sama dengan penghasilan bunyi vokal, tetapi berlaku sedikit penyempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. Bunyi separuh vocal ialah bunyi bersuara dan terdapat dua jenis bunyi iaitu ; 1. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] ; 2. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. 9
  • 10. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 2.1.2 Cara Penghasilan Bunyi Konsonan Asli 2.1.2.1 Cara-cara menghasilkan bunyi kosonan letupan. Letupan dua bibir Letupan dua bibir tak bersuara [p] Letupan dua bibir bersuara [b]  Dua bibir ditemukan dan lelangit  Dua bibir ditemukan dan lembut dinaikkan rapat ke belakang lelangit lembut dinaikkan rapat rongga tekak. ke belakang rongga tekak.  Udara dari paru-paru melalui  Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dibiarkan tersekat di rongga mulut dan dibiarkan bahagian belakang rapatan dua tersekat di bahagian belakang bibir itu. rapatan dua bibir itu.  Sekatan udara itu dilepaskan  Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa serta-merta sambil menggetarkan pita suara. menggetarkan pita suara.  Penghasilan konsonan letupan dua  Penghasilan konsonan letupan bibir tak bersuara [p] ditunjukkan dua bibir bersuara [b] oleh rajah di bawah; ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh;  Contoh; [palu], [rapi],[lap] [buru], [raba],[biadab] Letupan gigi-gusi Letupan gigi-gusi tak bersuara [t] Letupan gigi-gusi bersuara [d]  Hujung lidah ditemukan ke gigi-  Hujung lidah ditemukan ke gigi- gusi dan lelangit lembut dinaikkan gusi dan lelangit lembut rapat ke belakang rongga tekak. dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. 10
  • 11. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012  Udara dari paru-paru melalui  Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan di rongga mulut dan dibiarkan di bahagian belakang pertemuan di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi- antara hujung lidah dengan gigi- gusi itu. gusi itu.  Sekatan udara itu dilepaskan  Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta merta tanpa dengan serta merta sambil menggetarkan pita suara. menggetarkan pita suara.  Penghasilan konsonan letupan gigi-  Penghasilan konsonan letupan gusi tak bersuara [t] ditunjukkan gigi-gusi bersuara [d] oleh rajah di bawah; ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh;  Contoh; [toreh], [gitar],[bolot] [dasar], [adab],[kad] Letupan lelangit lembut Letupan lelangit lembut tak bersuara [k] Letupan lelangit lembut bersuara [g]  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke  Lelangit lembut dinaikkan rapat belakang rongga tekak. ke belakang rongga tekak.  Belakang lidah dinaikkan ke  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara dari lelangit lembut supaya udara paru-paru tersekat pada bahagian dari paru-paru tersekat pada pertemuan belakang lidah dengan bahagian pertemuan belakang lelangit lembut itu. lidah dengan lelangit lembut itu.  Sekatan udara dilepaskan dengan  Sekatan udara dilepaskan serta merta tanpa menggetarkan dengan serta merta sambil pita suara. menggetarkan pita suara. 11
  • 12. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012  Penghasilan konsonan letupan  Penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara [k] lelangit lembut bersuara [g] ditunjukkan oleh rajah di bawah; ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh;  Contoh; [kali], [laku],[kritik] [ gari], [agas],[dialog] hentian glotis [ʔ]  Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.  Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang rapatan pita suara itu.  Sekatan udara dilepaskan dengan serta merta tanpa menggetarkan pita suara.  Penghasilan konsonan hentian glotis [ʔ] ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh; [daʔwa], [taʔjub],[bisiʔ] 12
  • 13. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 2.1.2.2 Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan letusan Letusan lelangit keras tak bersuara Letusan lelangit keras bersuara [ĵ] [č]  Depan lidah ditemukan pada daerah  Depan lidah ditemukan pada lelangit keras dan lelangit lembut daerah lelangit keras dan dinaikkan rapat ke belakang rongga lelangit lembut dinaikkan rapat tekak. ke belakang rongga tekak.  Udara dari paru-paru melalui  Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan rongga mulut dan dibiarkan tersekat di bahagian belakang tersekat di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah pertemuan di antara depan lidah dengan lelangit keras itu. dengan lelangit keras itu.  Sekatan udara itu dilepaskan secara  Sekatan udara itu dilepaskan perlahan-lahan tanpa menggetarkan secara perlahan-lahan sambil pita suara. menggetarkan pita suara.  Penghasilan konsonan letusan  Penghasilan konsonan letusan lelangit keras tak bersuara [č] lelangit keras bersuara [ĵ] ditunjukkan oleh rajah di bawah; ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh;  Contoh; [čatu], [aču],[Mač] [ĵam], [daĵal],[imeĵ] 13
  • 14. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 2.1.2.3 Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan geseran. Geseran gigi-gusi tak bersuara [s] Geseran glotis tak bersuara [h]  Daun lidah didekatkan ke daerah  Lelangit lembut dinaikkan rapat gigi-gusi agar dapat membuat ke belakang rongga tekak. sempitan udara keluar.  Pita suara direnggangkan luas  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dan udara keluar dari paru-paru belakang rongga tekak. dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan  Udara yang dikeluarkan dari paru- biasa ketika bernafas. paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan  Penghasilan konsonan geseran dengan daun lidah itu. glotis tak bersuara [h] ditunjukkan oleh rajah di  Pita suara tidak digetarkan. bawah;  Penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s] ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh;  Contoh; [haus], [bahu],[bah] [atlas], [lulus],[saya] 2.1.2.4 Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan getaran Getaran gigi-gusi bersuara [r]  Hujung lidah dikenakan pada gusi-gusi, lelangit lembut pula dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.  Udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi.  Pita suara digetarkan. 14
  • 15. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012  Penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r] ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh; [rela], [suruh],[kubur] 2.1.2.5 Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan sengauan Sengauan dua bibir bersuara [m] Sengauan gigi-gusi bersuara [n]  Bibir bawah dirapatkan ke bibir  Hujung lidah dirapatkan ke gigi- atas. gusi.  Lelangit lembut dalam keadaan  Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke biasa dan tidak dinaikkan rapat belakang rongga tekak. ke belakang rongga tekak.  Udara yang dikeluarkan dari paru-  Udara yang dikeluarkan dari paru terus melalui rongga hidung. paru-paru terus melalui rongga hidung .  Pita suara digetarkan.  Pita suara digetarkan.  Penghasilan konsonan sengauan dua bibir bersuara [m] ditunjukkan  Penghasilan konsonan sengauan oleh rajah di bawah; gigi-gusi bersuara [n] ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh;  Contoh; [maut], [lumur],[apam] [nama], [bonus],[kahwin] 15
  • 16. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Sengauan lelangit keras bersuara [ɲ] Sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]  Depan lidah dirapatkan ke gigi-  Belakang lidah dinaikkan rapat gusi. ke lelangit lembut.  Lelangit lembut dalam keadaan  Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke biasa dan tidak dinaikkan rapat belakang rongga tekak. ke belakang rongga tekak.  Udara yang dikeluarkan dari paru-  Udara yang dikeluarkan dari paru terus melalui rongga hidung. paru-paru terus melalui rongga hidung.  Pita suara digetarkan.  Pita suara digetarkan.  Penghasilan konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ɲ]  Penghasilan konsonan sengauan ditunjukkan oleh rajah di bawah; lelangit lembut bersuara [ŋ] ditunjukkan oleh rajah di bawah;  Contoh;  Contoh; [ɲah], [aɲam],[haɲir] [ŋilu], [aŋau],[araŋ] 2.1.2.6 Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan sisian Sisian gigi-gusi bersuara [l]  Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi.  Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak.  Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah.  Pita suara digetarkan.  Penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [l] ditunjukkan oleh rajah di bawah; 16
  • 17. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012  Contoh; [laut], [kalut],[mual] 2.1.2.7 Cara-cara menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal Separuh vokal dua bibir bersuara [w] Separuh vokal lelangit keras bersuara [y]  Bibir dibundarkan dan belakang  Depan lidah diangkat agak lidah dinaikkan kea rah lelangit tinggi ke arah lelangit keras lembut. dengan bibir dihamparkan.  Lelangit lembut itu sendiri  Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. rongga tekak.  Pita suara digetarkan sambil lidah  Pita suara digetarkan sambil bergerak dengan pantas ke lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. vokal tengah.  Contoh;  Contoh; [wisel], [awas], [takraw] [yakin], [yoga], [bayam] 2.1.3 Bunyi Konsonan Pinjaman Bahasa Melayu turut meminjam perkataan-perkataan daripada bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab, Sanskrit , Inggeris dan sebagainya bagi memperkembangkan lagi bahasa. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung berlaku peminjaman bunyi- bunyi bahasa asing atau bunyi yang dipenggalkan iaitu fonem terutamanya fonem 17
  • 18. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 konsonan. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu. Misalnya, bunyi-bunyi dalam bahasa Arab seperti [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walaupun begitu, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. Fonem [f] dan [v] dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara. Fonem [z] dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Proses membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar. Oleh yang demikian, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara. Fonem [s] pula dikeluarkan apabila lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan geseran gusi lelangit keras. 2.2 BUNYI VOKAL Vokal menurut Daniel Jones dalam Outline of English Phonetics adalah ‘bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran’. Manakala menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998), ‘vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan , udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.’. Arbak Othman (1983) mendefinisikan vocal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara. Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberi, dapatlah dirumuskan bahawa vocal ialah bunyi-bunyi bersuara yang apabila dihasilkan, udara dari paru-paru keluar 18
  • 19. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 berterusan menerusi rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Bunyi-bunyi ini mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Dengan ini, bunyi yang dihasilkan dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi konsonan. Dalam bahasa Melayu, terdapat enam vokal asli iaitu terdiri daripada tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang seperti yang diperlihatkan dalam Carta Vokal Bahasa Melayu yang berikut; Kedudukan Vokal Bahasa Melayu Kata Depan, Tengah dan Belakang pada rajah tersebut bermaksud bahagian pada lidah, iaitu depan lidah, tengah lidah dan belakang lidah. Istilah Sempit, Separuh sempit, Separuh luas dan Luas pula bermakna keadaan rongga mulut. Garis-garis melintang itu pula merupakan gambaran ketinggian lidah dinaikkan. Misalnya, untuk membunyikan vokal [i] dan [u], lidah dinaikkan tinggi sekali sedangkan untuk menghasilkan bunyi vokal [a] lidah diangkat sedikit sahaja. Sehubungan dengan itu, kedudukan vocal-vokal dalam bahasa Melayu dapat dirumuskan seperti dalam jadual yang berikut. Vokal Lambang Nama vokal [i] Vocal depan sempit Vokal depan [e] Vokal depan separuh sempit [a] Vocal depan luas Vokal tengah [ǝ] Vocal tengah [u] Vocal belakang sempit Vokal belakang [o] Vocal belakang separuh sempit 19
  • 20. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, bunyi vokal depan separuh sempit [e] dan vokal tengah [ǝ] dilambangkan oleh huruf yang sama iaitu e. Huruf e yang melambangkan bunyi vokal depan separuh sempit [e] dikenali sebagai e taling. Manakala huruf e yang mewakili bunyi vokal tengah [ǝ] disebut e pepet. Tiga bunyi vocal i, a dan u dapat hadir di awal, di tengah dan di akhir kata. Manakala vocal e ( e taling ), o dan e ( e pepet ) hanya hadir di awal dan di tengah kata asli bahasa Melayu. Vokal e taling, e pepet dan o hanya hadir di akhir kata pinjaman yang bersuku kata akhir terbuka seperti kata klise, imperialism dan moto. 2.2.1 Cara Penghasilan Bunyi Vokal Bil Vokal Cara Membunyikan Rajah Contoh 1 Vokal  Bahagian depan lidah [itu] depan diangkat setinggi- sempit [i] tingginya. [bisu]  Lelangit lembut terangkat rapat ke [basi] belakang tekak menutup rongga hidung.  Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara. 2 Vokal  Bahagian depan lidah [elaʔ] depan diturunkan sepertiga dari kedudukannya [beloʔ] separuh untuk mengeluarkan sempit [e] [tempe] vokal depan sempit.  Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga 20
  • 21. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 hidung.  Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara.  Bibir berada dalam keadaan terhampar. 3 Vokal  Bahagian depan lidah [asuh] depan luas diturunkan serendah- [a] rendahnya. [bala]  Lelangit lembut [bola] terangkat rapat ke belakang tekan menutup rongga hidung.  Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara.  Bibir berada dalam keadaan terhampar. 4 Vokal  Puncak tengah lidah [ǝmas] tengah [ǝ] terletak di antara [gǝmar] kedudukan untuk menghasilkan vokal [kronismǝ] separuh luas dan vokal separuh sempit.  Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung. 21
  • 22. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012  Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara.  Bibir berada dalam keadaan biasa. 5 Vokal  Bahagian belakang [ubi] belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut [bulan] sempit [u] tetapi tidak menyentuhnya. [tipu]  Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung.  Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara.  Bibir berada dalam keadaan bundar. 6 Vokal  Bahagian belakang [oleh] belakang lidah diturunkan [tolol] separuh sepertiga dari sempit [o] kedudukannya untuk [teko] mengeluarkan vocal belakang sempit.  Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak menutup rongga hidung. 22
  • 23. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012  Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan sambil menggetarkan pita suara.  Bibir berada dalam keadaan bundar. 3.0 SISTEM BUNYI BAHASA: FONEM dan ALOFON Fonem ialah unit terkecil yang membawa perbezaan makna ( Asmah Haji Omar 1986:37). Jones, B. (1967) menyatakan bahawa konsep fonem ini mula-mula dikendalikan terhadap bunyi-bunyi penggalan konsonan dan vokal dalam sesuatu bahasa ( Robins, R.H. 1964:129) Jumlah fonem dalam sesuatu bahasa itu berbeza daripada fonem bahasa yang lain. Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem vokal , 25 fonem konsonan dan tiga fonem diftong. Gabungan fonem akan membentuk suku kata dan gabungan suku kata akan membentuk kata atau perkataan. Menurut Marzukhi dan Samsu, fonem adalah unit pada tingkat bunyi yang dapat membezakan makna. Cara yang paling mudah untuk menentukan fungsi fonem adalah dengan membuat perbandingan ujaran-ujaran yang hampir-hampir serupa atau dipanggil pasangan minimal . Pasangan minimal ialah pasangan yang mempunyai pertentangan pada satu tempat yang membezakan maksud (makna). Tegasnya, pasangan itu adalah pasangan minimal jika mempunyai pasangan bunyi yang hampir- hampir sama kecuali pada satu unsur yang membezakan makna. Misalnya /lada/ dan /dada/. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai ‘persekitaran’ yang sama iaitu /_ada/. Makna bagi dua perkataan tersebut dibezakan oleh /l/ dan /d/ . Sehubungan dengan itu, /l/ dan /d/ adalah fonem. Penjelasan lebih lanjut tentang fonem ini boleh difahami melalui perkataan palu. Perkataan ini terdiri daripada empat unit yang berbunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil sebagai fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi. Sekiranya fonem p diganti dengan m, maka perkataan palu akan bertukar menjadi malu. Dengan ini p 23
  • 24. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit tersebut telah membezakan maksud ujaran. Perbezaan makna turut dapat dilihat pada pasangan minimal seperti pedang dan petang. Melalui pasangan minimal pedang dengan petang tersebut terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedang hampir sama dengan perkataan petang, yang hanya membezakannya adalah bunyi d dan bunyi t. Bunyi d dan bunyi t merupakan bunyi yang membezakan makna. Oleh yang demikian, bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem tersebut diletakkan dalam kurungan fonem /d/ dan /t/. Contoh seterusnya boleh dilihat pada pasangan minimal kaya dan paya. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza hanya disebabkan oleh fonem k dan p. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Dengan itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/. Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan, terdapat juga beberapa contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unit-unit terkecil yang membezakan makna atau pun dalam istilah bahasa Melayu iaitu fonem. Contoh- contoh lain adalah seperti berikut; i. Barat dan Karat /b/ dan /k/ merupakan fonem yang membezakan makna perkataan ii. Dulang dan Tulang /d/ dan /t/ merupakan fonem yang membezakan makna perkataan iii. Bakar dan Pakar /b/ dan /p/ merupakan fonem yang membezakan makna perkataan iv. Cari dan Jari /c/ dan /j/ merupakan fonem yang membezakan makna perkataan 24
  • 25. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Usaha mencari fonem-fonem dalam sesuatu bahasa dianggap paling mudah dengan menggunakan pasangan minimal. Ini kerana perbezaan pada satu tempat yang diisi oleh bunyinya itu jelas membuktikan fonem-fonem dalam bahasa yang dikaji itu. Dalam melafazkan kombinasi bunyi seperti saya maya, raya dan gaya, seseorang tidak teragak-agak lagi mengatakan yang bunyi konsonan /s/, /m/, /r/ dan /g/ adalah fonem-fonem kerana bunyi-bunyi ini membezakan makna perkataan-perkataan yang dinyatakan di atas. Manakala pasangan serupa ialah fonem yang kedudukannya bertentangan dengan fonem lain tetapi tidak membezakan makna. Contohnya /fiker/ dan /piker/. Bagi pasangan tersebut /f/ dan /p/ tidak boleh dianggap sebagai fonem kerana ia tidak membezakan makna. Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Ia adalah kelainan bunyi antara satu sama lain namun masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini terjadi akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Sebagai contoh, /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) . Ini disebabkan /k/ dipengaruhi oleh bunyi sekitarnya. Berdasarkan contoh k, kʷ dan ʔ, bunyi alofon terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i). Bunyi kʷ terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda ( iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u) . Bunyi ʔ terjadi kerana kehadirannya diakhiri dengan suku kata tertutup seperti dalam perkataan kakaʔ. Dalam kes ini , alofon k, kʷ dan ʔ merupakan alofon-alofon daripada bunyi yang sama iaitu fonem /k/ . Ketiga-tiga bunyi k, kʷ dan ʔ adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Ini membawa makna bahawa bunyi-bunyi alofon tersebut adalah hampir serupa dari segi cara penghasilannya dan saling melengkapi walaupun ia menduduki posisi masing-masing. Dalam bahasa Melayu, t sebelum vokal seperti dalam tiga, diletupkan dengan jelas disebabkan adanya vokal i yang menyusulinya. Sebaliknya, t akhir kata seperti dalam kata padat, tidaklah diletupkan dengan nyata kerana letupannya tertahan disebabkan tidak adanya vokal yang mengikutinya. Walau bagaimanapun, kedua-dua t berkenaan dimasukkan dalam satu golongan t. 25
  • 26. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Sebagai anggota dari fonem t, kedua-dua t berkenaan dinamakan alofon. Alofon. Alofon t boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu alofon lingkungan dan alofon bebas. Alofon lingkungan mempunyai distribusi yang saling menyingkirkan seperti dua jenis t yang diperkatakan di atas tadi. Alofon bebas atau kelainan bebas boleh menggantikan satu sama lain. Perbezaan di antara Fonem dan Alofon boleh dilihat pada jadual yang berikut; Fonem Alofon  Fonem ialah unit bahasa terkecil  Alofon adalah anggota-anggota yang berfungsi. fonem.  Satu unit ujaran yang bermakna  Misalnya fonem p dalam palu, atau perkataan terdiri daripada lupa dan luap. beberapa unit bunyi.Misalnya kata palu.  Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir  Kata ini terdiri daripada empat yang sempurna tetapi dalam luap unti bunyi iaitu p,a,l,u. bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni  Unit-unit bunyi ini dipanggil tidak diletupkan. fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.  Dengan itu daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p  Jika p diganti dengan m, maka mempunyai dua alofon. palu akan bertukar menjadi malu.  Oleh itu , p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. 26
  • 27. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU Dalam pertuturan manusia terdapat ciri-ciri yang disebut sebagai suprasegmental iaitu sifat bunyi yang menindih sesuatu segmen bunyi sama ada vokal mahupun bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan akan menghasilkan kata yang bermakna jika dilengkapi dengan ciri-ciri non-segmental seperti kepanjangan, tekanan dan nada. Ciri-ciri suprasegmental ini terhasil tanpa melibatkan alat-alat tutur dan titik artikulasi. Ciri-ciri ini boleh mengubah keadaan bunyi vokal dengan melibatkan pada tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Tekanan Gleason dalam bukunya An Introduction to Descriptive Linguistic mengatakan tekanan ialah ‘ the degree og force with which a sound or syllable is altered’. Arbak Othman ( 1983:69 ) mengatakan tekanan ialah keras atau lembutnya suara yang diperlukan bagi menyebut sesuatu suku kata. Dengan itu, keras atau lembutnya bunyi sesuatu suara ketika menghasilkan bunyi-bunyi segmental itu bergantung pada tekanan udara yang keluar dari paru-paru kemudiannya bergantung pada tenaga otot alat suara (Madzhi Johari 1988: 54 ). Jika otot itu bergerak kuat, udara yang dikeluarkan juga kuat dan begitulah sebaliknya. Keadaan inilah yang menimbulkan keras lembutnya bunyi-bunyi yang dikeluarkan. Nada Nada atau pitch ialah ciri suprasegmental yang menunjukkan tinggi rendahnya suara ketika mengucapkan sesuatu bunyi. Nada ditentukan oleh getaran pita suara. Getaran cepat, nada akan meninggi dan jika tidak, nada akan rendah. Nada tidak jelas berbeza dalam ayat. Terdapat empat jenis nada yang ditandai angka: 1 (rendah),2 (biasa),3 (tinggi) dan 4 tinggi sekali. Dalam nada yang berbeza-beza itu, kita boleh mengadakan ayat- ayat yang berlainan. Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik apabila ada tekanan dan turun hingga 1. 27
  • 28. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Suara perempuan mempunyai nada jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan suara lelaki. Suara perempuan mempunyai 240 pusingan bagi setiap saat. Sementara suara lelaki pula 150 pusingan bagi setiap saat. Paras nada suara berbeza antara individu dan antara bunyi yang diucapkan oleh seseorang penutur. Jeda Jeda yang juga dikenali sebagai persendian merupakan suatu unsur hentian yang memisahkan di antara unsur-unsur linguistic sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda menggunakan symbol # sebagai lambang. Jeda boleh membezakan makna. Contoh; [#saya pakai baju ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya pakai baju# ema?]. Panjang-pendek Panjang pendek boleh difahami sebagai kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Simbol bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Simbol [:] ini membawa erti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Simbol [: :] menunjukkan dua mora . Simbol [.] pula membawa maksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna. 4.1 KEPENTINGAN SUPRASEGMENTAL DALAM KEMAHIRAN LISAN Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana, melalui bahasa seseorang akan dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, buah fikiran , perasaan , mendapatkan informasi dan memahami orang lain. Guru-guru bahasa Melayu berperanan dalam memastikan murid di sekolah dapat mempelajari bahasa kerana pembelajaran bahasa secara formal berlaku di sekolah. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dan murid. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, kemahiran lisan diberi penekanan. 28
  • 29. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang. Menurut Siti Hajar (2008), kemahiran lisan perlu dikuasai terlebih dahulu sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Adalah menjadi kebiasaan, kanak- kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik akan dapat menguasai kemahiran yang lain juga. Kemahiran lisan meliputi dua aspek iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran lisan boleh dikuasai oleh murid melalui latihan dan penggunaan bahasa secara kerap dan terancang. Individu yang tidak menguasai kemahiran lisan boleh menyebabkan dirinya tidak dapat memahami dan memberi tindak balas terhadap pertuturan orang lain. Kemahiran mendengar boleh difahami sebagai keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan maklum balas. Manakala kemahiran bertutur pula boleh difahami sebagai keupayaan murid melafazkan bunyi bahasa yang bermakna untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat dan sebagainya menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Dalam pertuturan manusia terdapat ciri-ciri yang disebut sebagai suprasegmental. Ciri- ciri ini telah pun dibincangkan dalam tajuk di atas. Ciri-ciri suprasegmental yang terdapat dalam bahasa Melayu ini memberi kepentingan tersendiri kepada para guru dan murid terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran lisan. Sesuatu pengajaran kemahiran lisan akan menjadi lebih baik dan berkesan kerana melalui unsur tekanan, seseorang guru dapat membuat penegasan ayat semasa memberi arahan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian murid akan dapat memahami arahan guru mereka dengan jelas. Dalam konteks perhubungan, seseorang guru atau murid dapat melahirkan rasa simpati, menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan orang lain, meminta maaf dan memberi kemaafan, berkongsi kegembiraan, menyatakan penghargaan , berterima kasih kepada orang lain dan sebagainya. Semua perkara itu boleh diterjemahkan melalui nada yang digunakan. Dalam situasi sedih misalnya, baik guru atau pun murid akan berkomunikasi dalam keadaan sedih. Orang yang berada di persekitarannya akan sekaligus memahami dan turut bersedih. 29
  • 30. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 Pertuturan yang terlalu cepat tanpa ada unsur jeda, pastinya akan menimbulkan kesukaran pihak lawan bercakap untuk memahami pertuturan yang diucapkan. Oleh yang demikian, semasa guru menjalankan proses penyampaian isi pelajaran kepada murid-muridnya, adalah sangat penting guru mengaplikasikan unsur yang telah dinyatakan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru pasti berhadapan dengan masalah disiplin murid yang suka bermain dan berbual semasa pengajaran berlaku. Di sini lah suprasegmental memainkan peranannya. Ayat larangan bermain atau larangan berbual yang ingin dituturkan oleh seseorang guru itu perlu disertai dengan unsur tekanan. Unsur tekanan akan menjadikan suara guru lebih lantang dan keras bunyinya. Murid-murid yang terlibat sudah pasti akan memahami bahawa mereka telah dimarahi dan ditegur oleh guru mereka. Justeru itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan tanpa adanya gangguan murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas, sesi bersoal jawab pasti akan berlaku sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan atau penutup. Soalan yang dikemukakan kepada murid biasanya menggunakan kata tanya dan tanpa kata tanya. Menyoal tanpa menggunakan kata tanya memerlukan penggunaan nada dan intonasi ayat yang betul dan jelas supaya murid dapat memahami dan memberi maklum balas seperti yang diharapkan. Pengajaran kemahiran lisan melibatkan aktiviti bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara yang menjadi isu pelajaran. Sesi soal jawab perlu dilakukan secara bertatasusila agar tidak menyinggung perasaan murid. Dengan penggunaan unsur- unsur suprasegmental seperti panjang-pendek, nada dan jeda , sesuatu pengucapan yang bertatasusila dapat dihasilkan. 30
  • 31. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 5.0 RUMUSAN Daripada apa yang telah diperbincangkan menerusi penulisan ini, dapatlah dirumuskan bahawa kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Sememangnya terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mengandungi fungsi dan kedudukan yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia namun mempunyai peranan yang amat penting dalam mengeluarkan bunyi. Unsur yang dimaksudkan itu ialah udara. Udara merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Dalam bahasa Melayu terdapat enam fonem vokal dan 25 fonem konsonan. Bunyi vokal atau konsonan adalah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Kesemua bunyi vokal adalah bunyi-bunyi bersuara. Manakala bunyi konsonan pula ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Hal ini kerana bunyi bersuara dan tidak bersuara berkait rapat dengan keadaan pita suara di mana sekiranya keadaan pita suara tertutup rapat semasa udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara yang akan menyebabkan terhasilnya bunyi bersuara. Sebaliknya, jika pita suara itu terbuka semasa udara keluar melaluinya, bunyi yang akan dihasilkan adalah bunyi yang tidak bersuara kerana getaran pada pita suara tidak berlaku. Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem.Konsep alofon digunakan untuk merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu fonem. Fonem pula satu konsep abstrak yang mewakili sejumlah bunyi yang dikeluarkan dalam penyebutan sesuatu kata. Ia adalah unit bahasa yang berfungsi dan terkecil. Suprasegmental adalah ciri-ciri yang terdapat dalam pertuturan manusia. Ia adalah sifat bunyi yang menindih sesuatu segmen bunyi sama ada vokal atau pun bunyi konsonan. Ciri-ciri ini boleh mengubah keadaan bunyi vokal dengan melibatkan tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Ia mempunyai banyak kepentingan kerana dapat membantu guru bahasa Melayu dalam mencapai pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan yang baik. Antara kepentingan utamanya adalah menolong guru membetulkan kesilapan sebutan yang dilakukan oleh murid-murid terutama dalam sebutan fonem yang sukar dihasilkan khususnya oleh penutur bahasa kedua. 31
  • 32. E/FARIDAH: Tugasan Sem 5:HBML1203:FaridahHusin:751008035900001 Sem Mei 2012 6.0 BIBLIOGRAFI Abdul Hamid Ahmad (1993). Fonologi Bahasa Sungai di Sabah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Abercrombie, D. ( 1971) . Elements of General Phonetics. .Antherton Chicago/ New York : Aldine. Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Choo Say Tee, Goay Teck Chong dan Zainuddin Ahmad. (2012). Teks Pra-U STPM: Bahasa Melayu . Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Malmberg, B.,(1968). Manual of Phonetics. North Holland : Amsterdam Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob. (1993). Bahasa Melayu Kertas Satu STPM.. Kajang : Masa Enterprise Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka O’Connor, J.D.(1984). Phonetics. England : Penguin Book Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. (1965). Ilmu Fonetik dengan latihan. . Petaling Jaya : Agensi Penerbitan Nusantara 32