Dokumen standard dunia sains dan teknologi sk tahun 2
1.
2.
3. DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
MODUL TERAS TEMA
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN 2
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
4. Cetakan Pertama 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62604 Putrajaya.
Perpustakaan Negara Malaysia - Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Dunia sains dan teknologi. Tahun dua
ISBN 978-967-0359-02-01
1. Science-Study and teaching (Primary). 2. Technology-Study and teaching (Primary).
I Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
372.35043
Dicetak Oleh:
Produksi Nur-Johan Sdn. Bhd.
Lot 18, Kompleks Kilang SME Bank,
Hala Perusahaan Kledang Utara 6,
Kawasan Perusahaan Menglembu,
31450 Menglembu, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 05 2828 909
Faks : 05 2827 078
5. KANDUNGAN MUKA SURAT
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Pengenalan 1
Kurikulum Modular Berasaskan Standard 2
Modul Teras Tema: Dunia Sains Dan Teknologi 2
Matlamat 2
Fokus 2
Dokumen Standard DST 3
Pelaksanaan DST 4
Dokumen Standard Kurikulum Sains 5
Dokumen Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi 29
6.
7. RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara
satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat
yang adil bagi kemakmuran negara yang akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-
bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
8. Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
vi
vi
9. PENGENALAN insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang dijelmakan melalui
Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) disiplin ilmu tertentu iaitu:
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal
berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah 1. Komunikasi
Rendah (KBSR) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kebangsaan. 3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
Matlamat Pendidikan Prasekolah dan Sekolah Rendah 5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri
Matlamat Pendidikan Prasekolah:
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke
sekolah rendah.
Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah:
Untuk m emastikan perkembangan potensi murid secara
menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan
ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis
dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu
bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa
untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani
cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama
yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR
1
10. KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Pendekatan
bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan pengajaran
Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal dalam dan pembelajaran (p&p) lebih menarik. Ini juga untuk
bentuk pernyataan standard kandungan dan standard mengurangkan bilangan mata pelajaran di Tahap I.
pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.
MATLAMAT
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut Matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk
ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan
dan nilai. teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin
dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses
Standard Pembelajaran sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/ psikomotor
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti dan kemahiran TMK.
pembelajaran dan pencapaian bagi setiap standard
kandungan FOKUS
Standard kandungan dan standard pembelajaran Fokus tema Dunia Sains dan Teknologi di Tahap I adalah:
diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang • Menyemai minat murid terhadap sains dan
telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid
kurikulum disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang melalui pengalaman dan penyiasatan bagi
dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras Asas, menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap
Modul Teras Tema dan Modul Elektif. saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai
landasan untuk mengaplikasikan sains dan
MODUL TERAS TEMA: DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI teknologi dalam kehidupan harian.
• Memperoleh pengetahuan dan menguasai asas
Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan elemen kemahiran praktis, mereka bentuk serta
Sains, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Teknologi berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke
Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I. Dunia arah melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap • Memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran
Sains dan Teknologi dan mengembangkan kreativiti dan inovasi asas TMK di dalam DST serta mengaplikasikan
murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai
ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran
2
11. secara merentas kurikulum dengan kreatif DOKUMEN STANDARD
mengikut tahap kebolehan murid.
• Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Dalam Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi, terdapat 2
Sains, RBT dan TMK bagi menyediakan murid Dokumen Standard Kurikulum (DSK) berasingan iaitu Dokumen
dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di Standard Kurikulum Sains yang mengandungi RBT dan
Tahap II. Dokumen Standard Kurikulum TMK. Kedua-dua Dokumen
Standard Kurikulum ini digabungkan dalam satu dokumen yang
dinamakan Dokumen Standard Kurikulum Dunia Sains dan
Sains Teknologi.
Standard Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk Tujuan DSK disediakan adalah sebagai garis panduan untuk
menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta guru di dalam p&p bagi mencapai matlamat DST.
mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan
penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran serta sikap Dokumen SK Sains mengandungi tema berikut:
saintifik dan nilai murni. Justeru murid mempunyai landasan • Pengenalan kepada Sains
untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan • Sains Hayat
harian. • Sains Fizikal
• Sains Bahan
Reka Bentuk dan Teknologi • Bumi dan Sains Angkasa
• Teknologi dan kehidupan Lestari - Standard
Standard Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Kurikulum RBT berada di dalam tema ini.
bertujuan supaya murid memperoleh pengetahuan dan
menguasai asas kemahiran praktis, mereka bentuk serta
berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah DSK TMK disediakan bagi mencapai standard berikut:
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
• menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi beretika
• memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang
Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bersesuaian
bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas TMK
• menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul,
serta mengaplikasikan secara merentas kurikulum dengan
memproses dan menggunakan maklumat
kreatif mengikut tahap kebolehan murid.
• menggunakan TMK untuk mendapatkan dan
berkongsi maklumat
3
12. • menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan
dan membuat keputusan TMK dalam elemen Sains. Guru perlu mengolah P&P supaya
• menggunakan TMK untuk meningkatkan TMK dapat digunakan. Sebagai contoh guru boleh membawa
produktiviti dan pembelajaran komputer riba dan LCD projektor ke bilik Sains untuk tayangan
• menggunakan TMK untuk mengemukakan idea atau tunjuk cara dengan menggunakan perisian kursus atau
dan maklumat secara kreatif dan inovatif bahan-bahan digital. Guru juga boleh meminjam beberapa
komputer riba ke bilik Sains untuk pembelajaran secara
berkumpulan. Sebagai contoh yang lain, murid membuat uji kaji
PELAKSANAAN di bilik Sains, kemudian mereka pergi ke tempat-tempat yang
mempunyai kemudahan komputer di kawasan sekolah untuk
Waktu pengajaran dan pembelajaran DST diperuntukkan memasukkan data atau melengkapkan tugasan.
sebanyak 60 minit seminggu. Dalam p&p DST diperuntukkan
nisbah 4:1 iaitu 4 waktu untuk Sains dan RBT dan 1 waktu
untuk TMK. Sebagai contoh jika mengambil kira 60 waktu p&p
DST setahun, agihan masa untuk Sains ialah 48 waktu dan
TMK ialah 12 waktu. TMK juga digunakan dalam p&p Sains
dan RBT. Guru opsyen Sains paling sesuai mengajar DST.
Pelaksanaan TMK dalam DST hendaklah menggunakan
prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai
kekurangan dalam prasarana, guru haruslah membuat
perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik
mungkin. Dicadangkan, guru boleh menggunakan komputer
riba yang ada untuk mengajar TMK dalam DST dan
memastikan murid belajar menggunakan komputer secara
bergilir-gilir.
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun
1 dan dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.
Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains
menggunakan TMK. Sekiranya kemahiran ini masih belum
dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan
secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
4
15. KANDUNGAN MUKA SURAT
Pendahuluan 9
Matlamat dan Objektif 9
Kemahiran Saintifik 10
Kemahiran Berfikir 11
Sikap Saintifik dan Nilai Murni 16
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 17
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains 17
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains 18
Penilaian 20
Organisasi Standard Kurikulum Sains 21
Sains Hayat
Manusia 23
Haiwan 24
Tumbuhan 25
Sains Fizikal
Terang dan Gelap 26
Teknologi dan Kehidupan Lestari
Asas Teknologi 27
7
16.
17. PENDAHULUAN MATLAMAT
Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini adalah untuk
Pendidikan di Malaysia seperti yang termaktub dalam Falsafah menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui
Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan untuk pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains,
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik
dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, dan nilai murni.
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Standard
Kurikulum Sains sekolah rendah dan menengah dibangunkan
untuk menghasilkan insan yang dihasratkan. OBJEKTIF
Standard Kurikulum Sains secara keseluruhan
merangkumi tiga mata pelajaran sains teras dan empat mata Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:
pelajaran sains elektif. Mata Pelajaran Sains Teras adalah
Sains Sekolah Rendah, Sains Menengah Rendah dan Sains 1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan
Menengah Atas. Mata pelajaran Sains Elektif yang ditawarkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.
di peringkat menengah atas adalah Biologi, Kimia, Fizik dan 2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran
Sains Tambahan. saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
3. Meningkatkan daya kreativiti murid.
Mata Pelajaran Sains Teras untuk sekolah rendah dan 4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.
sekolah menengah rendah direka bentuk dengan memberi 5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan
penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi
kepada murid supaya celik sains dan menyediakan mereka membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
untuk mempelajari sains di peringkat yang lebih tinggi. Mata 6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya
pelajaran Sains Teras bagi peringkat sekolah menengah atas membolehkan murid mengamalkannya.
adalah untuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif dan 7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.
menyediakan murid untuk menceburi bidang sains yang lebih
umum. Mata pelajaran Sains Elektif menawarkan pilihan kepada
murid mengikut kecenderungan, minat dan keupayaan dalam
bidang sains bagi menceburi kerjaya dalam bidang sains dan
teknologi yang khusus. Golongan murid ini bakal menjadi
sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang
akan menyumbang kepada penerusan dalam pembangunan
negara.
9
18. KEMAHIRAN SAINTIFIK
Membuat Membuat kesimpulan awal yang
Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. inferens munasabah, yang mungkin benar atau tidak
Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran benar untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian.
saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran
saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu
sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau berdasarkan
Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan data.
kemahiran manipulatif.
Berkomunikasi Menerima, memilih, menyusun dan
mempersembahkan maklumat atau idea
Kemahiran Proses Sains dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf,
rajah atau model.
Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoalkan
Menggunakan Memerihalkan perubahan parameter seperti
tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara
perhubungan lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan
bersistem. ruang dan masa jisim dengan masa.
Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains adalah Mentafsirkan data Memberi penerangan yang rasional tentang
seperti berikut: objek, peristiwa atau pola daripada data
yang dikumpulkan.
Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau Mendefinisikan Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep
untuk mengumpulkan maklumat tentang secara operasi dengan menyatakan perkara yang
objek dan fenomena. dilakukan dan diperhatikan.
Mengelaskan Menggunakan pemerhatian untuk Mengawal Mengenal pasti pemboleh ubah
mengasing dan mengumpulkan objek atau pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak
fenomena berdasarkan ciri yang sama. balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.
Dalam sesuatu penyiasatan satu pemboleh
Mengukur dan Membuat pemerhatian secara kuantitatif ubah dimanipulasikan untuk memerhatikan
menggunakan dengan menggunakan nombor atau alat hubungannya dengan pemboleh ubah
nombor berunit piawai atau alat yang diseragamkan bergerak balas. Pada masa yang sama
sebagai unit rujukan. pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
10
19. pendidikan negara adalah mempertingkatkan daya berfikir di
Membuat Membuat suatu pernyataan umum tentang kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui pembelajaran
hipotesis hubungan antara pemboleh ubah yang berfikrah.
difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu
perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh
Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan
diuji untuk menentukan kesahihannya.
secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
Mengeksperimen Merancang dan menjalankan penyiasatan proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
untuk menguji sesuatu hipotesis, dengan teliti dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya
mengumpulkan data,mentafsirkan data untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan,
sehingga mendapat rumusan daripada menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pengajaran
penyiasatan itu. dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan
strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.
Kemahiran Manipulatif Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis
dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum
penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif
perkara berikut: mempunyai daya imiginasi yang tinggi, berupaya menjanakan
idea yang inovatif dan asli serta boleh mengubah suai idea dan
• Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan produk sedia ada.
sains dengan betul.
• Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
selamat. peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah. Setiap
• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan
• Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat. kreatif. Strategi berfikir merupakan matlamat akhir kepada
• Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. proses berfikir.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Berfikir adalah satu proses mental yang memerlukan individu
menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan
mencorakkan alam sekelilingnya. Salah satu objektif sistem
11
20. Kemahiran Berfikir Kritis Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu
perkara dari segi kebaikan dan keburukan,
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kritis berdasarkan bukti atau dalil yang sah.
adalah seperti berikut:
Membuat Membuat pernyataan tentang hasil
Mencirikan Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kesimpulan sesuatu kajian yang berdasarkan kepada
kualiti dan unsur sesuatu konsep atau sesuatu hipotesis atau mengukuhkan
objek. sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
Membandingkan Mencari persamaan dan perbezaan Kemahiran Berfikir Kreatif
dan membezakan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat,
kualiti dan unsur sesuatu objek atau Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif
peristiwa. adalah seperti berikut:
Mengumpulkan Mengasingkan dan mengumpulkan objek Menjanakan idea Menghasilkan idea yang berkaitan dengan
dan mengelaskan atau fenomena kepada kumpulan masing- sesuatu perkara.
masing berdasarkan kriteria tertentu
seperti ciri atau sifat sepunya. Menghubungkait Membuat perkaitan dalam sesuatu
-kan keadaan atau peristiwa untuk mencari
Membuat urutan Menyusun objek dan maklumat mengikut sesuatu struktur atau corak perhubungan.
tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri
atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk Membuat Membuat kesimpulan awal yang
atau bilangan. inferens munasabah, yang mungkin benar atau
tidak benar untuk menerangkan sesuatu
Menyusun Menyusun objek atau maklumat mengikut peristiwa atau pemerhatian.
mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau
keutamaan kesegeraan. Meramalkan Membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
Menganalisis Mengolah maklumat dengan pengalaman yang lalu atau data yang
menguraikannya kepada bahagian yang boleh dipercayai.
lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep
atau peristiwa serta mencari makna yang Mengitlakkan Membuat pernyataan umum terhadap
tersirat. sesuatu perkara untuk keseluruhan
kumpulan berdasarkan pemerhatian ke
Mengesan Mengesan pandangan atau pendapat yang atas sampel atau beberapa maklumat
kecondongan berpihak kepada atau menentang sesuatu. daripada kumpulan itu.
12
21. Membuat Membuat tanggapan atau membayangkan Strategi Berfikir
gambaran mental sesuatu idea, konsep, keadaan atau
gagasan dalam minda. Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti
berikut:
Mensintesiskan Menggabungkan unsur yang berasingan
untuk menghasilkan satu gambaran
menyeluruh dalam bentuk seperti Mengkonsepsikan Membuat pengitlakan ke arah membina
pernyataan, lukisan atau artifak. pengertian, konsep atau model berdasarkan
ciri spesifik sepunya yang saling berhubung.
Membuat Membuat suatu pernyataan umum tentang
hipotesis hubungan antara pemboleh ubah yang Membuat Memilih satu alternatif penyelesaian yang
difikirkan benar bagi menerangkan keputusan terbaik daripada beberapa alternatif
sesuatu perkara atau peristiwa. berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai
Pernyataan ini boleh diuji untuk matlamat yang ditetapkan.
menentukan kesahihannya.
Menyelesaikan Mencari penyelesaian yang tepat secara
Menganalogikan Membentuk kefahaman tentang sesuatu masalah terancang terhadap situasi yang tidak pasti
konsep yang kompleks atau mujarad atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak
secara mengaitkan konsep itu dengan dijangkakan.
konsep yang mudah atau maujud yang
mempunyai ciri yang serupa.
Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir,
Mereka cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau
kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang
melakukan pengubahsuaian kepada
sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi ditekankan. Kemahiran menaakul adalah kemahiran yang
masalah secara terancang. digunakan dalam membuat pertimbangan secara logik,
rasional, adil dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir
kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih mudah jika
seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara
induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi gambaran
keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir
(KBSB).
13
22. Penguasaan KBSB melalui pengajaran dan pembelajaran
Rajah 1: Model KBSB dalam Sains Sains boleh dikembangkan melalui peringkat berikut:
Kemahiran 1. KBSB diperkenalkan.
Berfikir 2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.
3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.
4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan
Kritis Kreatif diperkembangkan dengan bimbingan guru.
5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang
• Menjanakan idea lain untuk mencapai tugasan berfikir.
• Mencirikan
• Menghubungkaitkan
• Membandingkan &
membezakan • Membuat inferens Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB
• Mengumpulkan & • Meramalkan
• Membuat hipotesis dalam Sains diberikan dalam Buku Panduan Penerapan
mengelaskan
• Membuat urutan
Menaakul • Mensintesiskan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran
• Menyusun mengikut • Mengitlakkan dan Pembelajaran Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum,
keutamaan • Membuat gambaran 1999).
• Menganalisis mental
• Mengesan • Menganalogikan
kecondongan • Mereka cipta
• Menilai Perkaitan Antara Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses
• Membuat Sains
kesimpulan
Kemahiran Proses Sains adalah kemahiran yang diperlukan
Strategi Berfikir untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat
• Mengkonsepsikan
keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental
• Menyelesaikan masalah yang menggalakkan pemikiran secara kritis, kreatif, analitis dan
• Membuat keputusan sistematik. Penguasaan Kemahiran Proses Sains bersama
dengan pengetahuan dan sikap yang sesuai menjamin
keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.
Untuk menguasai kemahiran proses Sains, seseorang perlu
menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran
berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses
Sains adalah seperti berikut:
14
23. Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir Kemahiran Proses Sains Kemahiran Berfikir
Memerhati Mencirikan Mendefinisi secara operasi Menghubungkaitkan
Membandingkan dan Menganalogikan
membezakan Membuat gambaran mental
Menghubungkaitkan Menganalisis
Mengelaskan Mencirikan Mengawal pemboleh ubah Mencirikan
Membandingkan dan Membandingkan dan
membezakan membezakan
Mengumpulkan dan Menghubungkaitkan
mengelaskan Menganalisis
Mengukur dan menggunakan Menghubungkaitkan Membuat hipotesis Mencirikan
nombor Membandingkan dan Menghubungkaitkan
membezakan Membandingkan dan
membezakan
Membuat inferens Menghubungkaitkan Menjanakan idea
Membandingkan dan Membuat hipotesis
membezakan Meramalkan
Menganalisis Mensintesiskan
Membuat inferens
Mengeksperimen Semua kemahiran berfikir
Meramalkan Menghubungkaitkan
Membuat gambaran mental Berkomunikasi Semua kemahiran berfikir
Menggunakan perhubungan Membuat urutan
ruang dan masa Menyusun mengikut keutamaan
Mentafsirkan data Membandingkan dan
membezakan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Membuat kesimpulan
Mengitlakkan
Menilai
15
24. Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran • Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
Berfikir dan Kemahiran Saintifik • Berfikiran kritikal dan analitis.
• Luwes dan berfikiran terbuka.
Standard Kurikulum Sains ini menekankan pembelajaran • Baik hati dan penyayang.
berfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran • Bersifat objektif.
saintifik. Dalam kurikulum ini standard pembelajaran yang • Sistematik.
dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan • Bekerjasama.
pengetahuan dengan penguasaan kemahiran berfikir dan
• Adil dan saksama.
kemahiran saintifik. Oleh itu dalam pengajaran dan
• Berani mencuba.
pembelajaran guru perlu mengintegrasikan penguasaan
kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan di • Berfikir secara rasional.
samping penerapan sikap saintifik dan nilai murni. • Yakin dan berdikari.
SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku
mengikut peringkat berikut:
Pengalaman pembelajaran Sains boleh memupuk sikap dan
nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk • Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap
dalam pembelajaran Sains di sekolah meliputi sikap saintifik saintifik dan nilai murni.
dan nilai murni seperti yang berikut: • Memberi perhatian serta respons.
• Menghayati dan mengamalkan.
• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. • Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam
• Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data. kehidupan.
• Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu
perkara. Dalam standard kurikulum ini, standard pembelajaran untuk
• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta domain afektif ditulis secara eksplisit di mana yang sesuai.
terhadap alam sekitar. Walau bagaimanapun, dalam pengajaran dan pembelajaran
• Menyedari bahawa Sains merupakan satu daripada cara penerapan sikap saintifik dan nilai murni harus berlaku secara
untuk memahami alam. berterusan. Contohnya semasa pembelajaran yang melibatkan
kerja amali, guru perlu sentiasa mengingatkan murid tentang
• Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan
kepentingan menjalankan eksperimen secara teliti, cermat,
sihat.
bekerjasama, jujur dan tabah.
• Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
• Berhemah tinggi dan hormat menghormati. Perancangan yang rapi diperlukan untuk mengoptimumkan
• Menghargai sumbangan Sains dan Teknologi. penerapan sikap saintifik dan nilai murni. Guru digalakkan
16
25. meneliti semua standard pembelajaran dalam sesuatu standard teknologi dan masyarakat, pembelajaran konstekstual dan
kandungan yang berkaitan termasuk standard pembelajaran pembelajaran masteri.
tentang penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum
memulakan pelajaran untuk sesuatu bidang pembelajaran. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Penerapan Unsur Patriotisme Pendekatan Inkuiri-Penemuan
Standard kurikulum Sains dapat mengukuhkan dan memupuk Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang
unsur patriotisme dan nilai kewarganegaraan di kalangan murid mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri
bagi meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan
negara. Melalui tajuk yang berkaitan dengan sumber bumi, menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku. Penemuan
kepelbagaian hidupan serta perkembangan sains dan teknologi merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan
di negara kita, semangat mencintai negara dapat dikukuhkan. berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui
oleh murid sendiri. Melalui aktiviti seperti eksperimen murid
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan
sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami
konsep sains melalui hasil inkuiri-penemuan tersebut.
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam standard Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan
kurikulum sains mengutamakan pembelajaran berfikrah. semasa proses inkuiri-penemuan ini. Namun perlu diingat
Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan bahawa pendekatan inkuiri-penemuan tidak sesuai digunakan
penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung
optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran oleh guru atau melalui inkuiri-penemuan terbimbing.
berfikrah mestilah dapat mencetuskan pemikiran kritis dan
kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar Konstruktivisme
secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang
digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan
beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta bahawa murid belajar sesuatu dengan cara membina sendiri
menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis pemahaman yang bermakna kepada diri mereka. Antara unsur
mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan penting dalam kontruktivisme adalah:
pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan
pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan sikap • Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.
saintifik dan nilai murni. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku
• Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains
17
26. • Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea Pembelajaran Masteri
asal dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea
mereka. Pembelajaran ini merupakan satu pendekatan yang
• Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan memastikan semua murid menguasai standard pembelajaran
pengalaman serta membuat refleksi. yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip
bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang.
Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut
kadarnya. Aktiviti pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan
harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pelbagai Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains
pendekatan seperti Pembelajaran Kontekstual dan Pendekatan
Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM). Tema dan objektif Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh
pembelajaran yang berunsurkan STM dijelmakan dalam dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan
kurikulum standard ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi,
pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan projek, penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan
berlandaskan isu sains, teknologi dan masyarakat. dan penyelesaian masalah. Dalam standard kurikulum ini
Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran tidak
aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada kehidupan dinyatakan secara eksplisit. Penulisan standard kurikulum
masyarakat. begini membolehkan guru menggunakan kreativiti mereka
sendiri untuk menyampaikan dan murid memperoleh
Pembelajaran Kontekstual pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan.
Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya
dengan kehidupan harian murid. Pendekatan ini melibatkan berdasarkan kandungan standard kurikulum, kebolehan dan
murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan kepelbagaian kecerdasan murid serta sumber dan prasarana
inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai
antara ilmu yang diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. pengetahuan dan pakar rujuk dalam bidang pengajarannya,
Dalam konteks ini murid tidak hanya belajar secara teori sahaja guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan
tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis
dengan kehidupan mereka. kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang
berbeza perlu dirancang untuk murid yang pelbagai
kecerdasan. Berikut adalah penerangan ringkas tentang
kaedah ini.
18
27. Eksperimen Perbincangan
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan
pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang
untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah sahih. Semasa perbincangan murid perlu mempunyai fikiran
saintifik digunakan semasa eksperimen melibatkan kemahiran yang terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Guru boleh
berfikir, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. bertindak sebagai fasilitator dengan mengemukakan soalan-
soalan yang memandu murid ke arah tajuk perbincangan.
Secara umum langkah yang diikuti semasa menjalankan Perbincangan boleh dijalankan semasa dan selepas
eksperimen adalah: menjalankan eksperimen, projek, aktiviti mengumpul dan
• Mengenal pasti masalah mentafsirkan data, simulasi penggunaan sumber luar bilik
• Membuat hipotesis darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.
• Merancang eksperimen
- Mengawal pemboleh ubah Simulasi
- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- Menentukan langkah menjalankan eksperimen Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang
- Menentukan kaedah mengumpulkan data sebenar. Simulasi boleh dilaksanakan melalui main peranan,
- Menentukan kaedah menganalisis data permainan atau penggunaan model. Dalam main peranan,
• Melakukan eksperimen murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan
• Mengumpulkan data berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan
• Menganalisis data pula mempunyai syarat yang perlu dipatuhi. Murid bermain
• Mentafsirkan data untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami
proses membuat keputusan. Model digunakan untuk mewakili
• Membuat kesimpulan
objek atau keadaan sebenar. Murid akan dapat membayangkan
• Membuat pelaporan
situasi sebenar dan seterusnya memahami konsep dan prinsip
yang dipelajari.
Dalam kurikulum standard ini, dicadangkan selain daripada
eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang
mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka
cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang
boleh diukur, bagaimana menganalisis data dan bagaimana
membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh
dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.
19
28. Projek aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh
dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau dalam langkah berikut:
kumpulan untuk mencapai sesuatu tujuan dan mengambil masa
yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran formal. • Kenal pasti dan faham masalah
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan • Jelaskan masalah
masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang • Cari alternatif penyelesaian masalah
keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak • Jalankan operasi penyelesaian
atau lain-lain perlu dibentangkan. • Nilaikan penyelesaian
Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar bilik Darjah
Penggunaan Teknologi
Pembelajaran sains melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat
sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan memperkukuhkan pembelajaran sains. Penggunaan teknologi
bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui seperti televisyen, radio, komputer, internet perisian komputer,
lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu perisian kursus dan antara muka berkomputer menjadikan
menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik dan
lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan bagi berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer merupakan satu
membuat rumusan aktiviti yang dijalankan. wadah yang berkesan untuk mempelajari sesuatu konsep yang
sukar dan abstrak dan boleh dipersembahkan dalam bentuk
Kajian Masa Depan perisian kursus atau laman web.
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau
perubahan keadaan daripada masa lalu ke masa depan. PENILAIAN
Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan
pelbagai bidang. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan Penilaian di bilik darjah sangat penting bagi mengetahui tahap
bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini. penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah
dipelajari. Maklumat yang diperoleh membantu guru untuk
Penyelesaian Masalah menambah baik kaedah pengajarannya. Hasil penilaian di bilik
darjah ini juga memberi maklum balas awal kepada guru untuk
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan merancang tindakan susulan bagi meningkatkan lagi
murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk penguasaan dan pemahaman murid.
mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah,
20
29. Beberapa kaedah penilaian dalam bilik darjah yang boleh ORGANISASI STANDARD KURIKULUM SAINS
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari Standard Kurikulum Sains Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5
aspek kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. disusun mengikut enam tema iaitu Pengenalan kepada Sains,
Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains
dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh. Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari. Sungguh pun
begitu, setiap tahun pembelajaran tidak semestinya
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau merangkumi keenam-enam tema tersebut.
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan
objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz. Setiap tema iaitu Pengenalan kepada Sains, Sains Hayat, Sains
Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains Angkasa serta Teknologi
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah dan Kehidupan Lestari diperincikan melalui Standard
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kandungan
pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari. mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang
dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, sikap
murni. saintifik dan nilai murni yang sesuai dengan Standard
Pembelajaran yang dihasratkan.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan Standard Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang
folio. ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.
Standard Pembelajaran merangkumi skop pembelajaran dan
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk kemahiran saintifik serta kemahiran berfikir yang menuntut
menyampaikan maklumat secara saintifik. murid melakukan sains bagi membolehkan mereka menguasai
konsep sains yang dihasratkan. Secara am, Standard
Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke
kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran
boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan
pembelajaran. Standard Kandungan bagi domain afektif ditulis
di akhir Standard Kandungan domain kognitif yang berkaitan,
21
30. tetapi tidak semua Standard Kandungan domain kognitif diikuti
dengan domain afektif.
Proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya dirancang
secara holistik dan bersepadu bagi membolehkan beberapa
Standard Pembelajaran dicapai bergantung kepada kesesuaian
dan keperluan pembelajaran. Guru seharusnya meneliti semua
Standard Pembelajaran dalam Standard Kandungan yang
berkenaan sebelum merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Standard Kandungan bagi domain afektif diterap
secara tidak langsung semasa Standard Kandungan bagi
domain kognitif dijalankan. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk
mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan
pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya
pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang
dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran
secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping
menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai
Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan.
Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen
keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke
arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke
arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi
selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.
Tema Dunia Sains dan Teknologi diperkenalkan kepada murid
Tahap Satu bagi menggantikan mata pelajaran Sains. Tema ini
menggabungkan elemen Sains, Reka Bentuk & Teknologi
(RBT), dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK). Bagi
tujuan pelaksanaan di Tahap Satu, elemen RBT dan TMK
digabungjalinkan dalam Standard Sains. Selain itu modul
penggunaan TMK turut disediakan bagi membolehkan guru
membimbing murid mengaplikasikan TMK dalam pembelajaran.
22
31. SAINS HAYAT
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1. MANUSIA
1.1 Memahami manusia mempunyai Murid boleh:
keperluan asas untuk hidup.
1.1.1 Mengenal pasti keperluan asas manusia iaitu makanan, air, udara dan
tempat perlindungan.
1.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada manusia.
1.1.3 Mengenal pasti makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran dan
membantu menjaga kesihatan.
1.1.4 Menaakul kepentingan pelbagai jenis makanan kepada manusia.
1.1.5 Mencadangkan satu hidangan makanan dan menerangkan mengapa
makanan tersebut dipilih.
1.1.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
1.2 Menghargai keperluan asas yang ada. Murid boleh:
1.2.1 Menerangkan makanan, air, udara dan tempat perlindungan yang bersih
adalah penting untuk menjamin kesihatan.
1.2.2 Mempraktikkan pengambilan pelbagai jenis makanan berkhasiat supaya
sihat.
1.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang Murid boleh:
tumbesaran manusia.
1.3.1 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan
iaitu membesar dari segi pertambahan saiz, tinggi dan berat.
1.3.2 Membanding dan membezakan tumbesaran mereka dengan rakan dari segi
saiz, tinggi dan berat dengan menjalankan aktiviti.
1.3.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
23
32. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2. HAIWAN
2.1 Memahami haiwan mempunyai Murid boleh:
keperluan asas untuk hidup.
2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat
perlindungan.
2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
2.1.3 Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2.1.4 Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan
tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan haiwan dan tumbuhan.
2.1.5 Mengenal pasti tempat perlindungan haiwan seperti sarang, reban, lubang,
atas pokok, kandang, gua,di dalam air, dalam tanah dan di celah batu atau
kayu.
2.1.6 Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan
lain.
2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
2.2 Menghargai pelbagai haiwan di Murid boleh:
sekeliling kita.
2.2.1 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengan cara tidak menganiaya
haiwan.
2.3 Memahami tumbesaran haiwan. Murid boleh:
2.3.1 Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.
2.3.2 Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.
2.3.3 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu
membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz.
2.3.4 Mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan yang tidak
menyerupai ibunya.
2.3.5 Merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak dari
segi rupa dengan memerhati haiwan sebenar.
2.3.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
24
33. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.4 Memahami pergerakan haiwan. Murid boleh:
2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang,
berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.
2.4.2 Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung
terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi
mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat.
2.4.3 Menyatakan kepentingan pergerakan kepada haiwan.
2.4.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
3. TUMBUHAN
3.1 Memahami keperluan asas Murid boleh:
tumbuhan.
3.1.1 Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya
matahari.
3.1.2 Menaakul kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan
dengan menjalankan penyiasatan.
3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
3.2 Menyedari tumbuhan mempunyai Murid boleh:
keperluan asas untuk hidup.
3.2.1 Menjaga tumbuhan dengan memberikan keperluan asasnya bagi
memastikan ia hidup dan subur.
3.3 Memahami tumbesaran tumbuhan. Murid boleh:
3.3.1 Merekod perubahan yang berlaku pada tumbuhan semasa membesar dari
segi pertambahan tinggi atau bilangan daun dengan menjalankan
penyiasatan ke atas tumbuhan sebenar.
3.3.2 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
25
34. SAINS FIZIKAL
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4. TERANG DAN GELAP
4.1 Menganalisis keadaan terang dan Murid boleh:
gelap.
4.1.1 Mengenal pasti sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh dan
api.
4.1.2 Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan.
4.1.3 Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.
4.1.4 Menaakul kepentingan cahaya kepada manusia.
4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
4.2 Mengaplikasi pengetahuan tentang Murid boleh:
pembentukan bayang-bayang.
4.2.1 Mencipta permainan bayang-bayang.
26
35. TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
5. ASAS TEKNOLOGI
5.1 Mengaplikasikan pengetahuan Murid boleh:
tentang pemasangan komponen set
binaan berdasarkan manual 5.1.1 Membaca dan menerangkan manual.
bergambar. 5.1.2 Mengenal pasti komponen set binaan berpandukan manual bergambar.
5.1.3 Memilih komponen set binaan berpandukan manual bergambar.
5.1.4 Memasang komponen set binaan berpandukan manual bergambar.
5.1.5 Melakarkan hasil binaan menggunakan bentuk asas.
5.1.6 Menceritakan hasil binaan secara lisan.
5.1.7 Membuka hasil binaan mengikut urutan.
5.1.8 Menyimpan komponen yang telah dibuka ke bekas penyimpanan.
27
39. KANDUNGAN MUKA SURAT
33
Standard Kurikulum TMK Untuk Sekolah Rendah
33
Matlamat
33
Objektif
33
Fokus
34
Perancangan Kandungan
35
Kandungan Standard Kurikulum TMK
36
Prinsip Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
37
Strategi TMK dalam Kurikulum
Integrasi TMK dalam Kurikulum 38
TMK sebagai Mata Pelajaran 38
Perkakasan dan Perisian 38
Penggunaan TMK dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 39
Pengintegrasian TMK dalam Tunjang KSSR 41
Pentaksiran 42
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 44
Kurikulum Standard TMK Untuk Sekolah Rendah Tahap I: Tahun 2 46
Bagaimana Menggunakan Standard TMK Ini? 49
Contoh Mengaplikasikan Kreativiti Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 53
Contoh Modul Pengajaran TMK Merentas Kurikulum Tahun 1 57
Lampiran 1: Modul Pengajaran: TMK Merentas Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi: Sains 59
31
40. Contoh Modul Pengajaran TMK Tahun 2 61
Lampiran 2: Modul Pengajaran: Dunia Sains dan Teknologi: TMK 63
Contoh Penggunaan Kaedah Pentaksiran 65
Lampiran 3: Contoh Penggunaan Kaedah Rubrik Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi 67
Lampiran 4: Contoh Penggunaan Senarai Semak dalam Kaedah Pemerhatian 69
Lampiran 5: Contoh Penggunaan Senarai Semak dalam Pentaksiran Persembahan 70
Lampiran 6: Contoh Penggunaan Anekdot dalam Penilaian Formatif 71
Lampiran 7: Contoh Soalan Kuiz Dan Ujian 72
Lampiran 8: Contoh Penggunaan Rubrik dalam Pentaksiran Portfolio 74
Lampiran 9: Contoh-contoh Simulasi 75
Lampiran 10: Contoh Penggunaan Senarai Semak dalam Pentaksiran Simulasi 76
32
41. STANDARD KURIKULUM TMK UNTUK SEKOLAH RENDAH
vi. Menggunakan TMK untuk meningkatkan
Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) produktiviti dan pembelajaran.
adalah penyataan khusus tentang apa yang murid harus capai vii. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan
dalam pengetahuan TMK, kemahiran dan nilai dalam tempoh maklumat secara kreatif dan inovatif.
persekolahan. Standard ini juga berfungsi sebagai panduan
kepada guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran
berbantukan teknologi. Suasana pembelajaran ini dapat FOKUS
menyediakan banyak peluang kepada murid untuk
memanfaatkan sumber TMK. Murid akan terlibat dalam pelbagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah satu bidang
aktiviti yang mengandungi kemahiran teknologi yang relevan. pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang khususnya
sistem komputer dan komunikasi. Teknologi Maklumat dan
MATLAMAT Komunikasi adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam
penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian
Matlamat Standard Kurikulum TMK adalah untuk menyediakan aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan,
penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi
Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan maklumat di mana saja dan bila-bila masa.
kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan
kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari Oleh itu, Standard ini memfokuskan kepada aplikasi perisian
peringkat awal umur kanak-kanak berkekalan sepanjang hayat. dan pengetahuan perkakasan dalam menghadapi pelbagai
bentuk maklumat pada tahap kebolehan murid. Pada Tahap I
OBJEKTIF (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3), fokus adalah pada integrasi
TMK merentas kurikulum. Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan
Pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat: Tahun 6), fokus adalah pada pembelajaran mengenai TMK.
i. Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan
beretika.
ii. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang
bersesuaian.
iii. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul,
memproses dan menggunakan maklumat.
iv. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan
berkongsi maklumat.
v. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan.
33
42. PERANCANGAN KANDUNGAN Pengetahuan
Pengetahuan meliputi perkara di bawah:
Kurikulum TMK di sekolah rendah dilaksanakan secara modular a. Konsep, fakta dan terminologi TMK.
di mana kandungannya dibahagikan kepada 4 Modul b. Proses yang berturutan dalam membangunkan produk
(Bahagian) seperti berikut: berasaskan TMK.
Modul Penerangan Kemahiran
• Pemilihan dan Memilih dan mengaplikasi Kemahiran perisian dan perkakasan dalam TMK akan
Pengaplikasian Sumber sumber TMK yang bersesuaian melahirkan perkara di bawah:
TMK a. Kemahiran berkomunikasi yang melibatkan perkongsian dan
• TMK dalam Pengurusan Menggunakan TMK untuk penyebaran maklumat; dan keselamatan penyebaran
Maklumat mencari, mengumpul, maklumat.
memproses, menggunakan dan b. Kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi pemikiran
berkongsi maklumat kritikal, kreatif dan reflektif.
• TMK dalam peningkatan Menggunakan TMK untuk c. Penyiasatan, penerokaan dan pencetusan idea.
produktiviti dan kualiti penyelesaian masalah dan
pembelajaran membuat keputusan bagi Nilai
meningkat produktiviti dan Murid akan memperoleh kebolehan untuk mengendalikan
pembelajaran. sistem maklumat dengan yakin, tepat dan tekun. Kod Etika
• Penggunaan TMK dalam Menggunakan TMK untuk komunikasi dalam TMK akan memupuk sikap
kreativiti dan inovasi mengemukakan idea dan bertanggungjawab, hormat, kerjasama dan akauntabiliti.
maklumat secara kreatif dan
inovatif.
Modul yang dinyatakan ini dibangunkan berasaskan kepada
objektif yang digariskan dan diterjemahkan dalam bentuk
standard kandungan dan standard pembelajaran. Pada masa
yang sama Standard Kurikulum TMK menekankan
pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai.
34
43. KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM TMK 2.4 Memilih sumber TMK yang sesuai.
2.5 Mengeksploitasi sumber TMK yang sesuai bagi
Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard memenuhi keperluan semasa.
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh
Standard Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan 3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul,
petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard memproses dan menggunakan maklumat
Pembelajaran TMK. Standard pembelajaran dalam lingkungan
Standard Kandungan akan diperkenalkan dan dikuasai oleh Murid akan dapat:
murid. Guru boleh menggunakan standard ini dalam merancang 3.1 Mengenal pasti bila dan mengapa maklumat
aktiviti berasaskan TMK. diperlukan.
3.2 Menentukan maklumat yang diperlukan.
1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan 3.3 Menilai dan memilih maklumat yang sesuai.
beretika 3.4 Memahami, menggunakan, menganalisis dan
menyalurkan maklumat yang dipilih.
Murid akan dapat:
1.1 Mengamalkan pengetahuan berkaitan etika dan 4.0 Menggunakan TMK untuk memperoleh dan berkongsi
tanggungjawab dalam TMK. maklumat
1.2 Mempraktikkan kebolehan untuk menyatakan
implikasi terhadap pelbagai pilihan TMK yang Murid akan dapat:
digunakan. 4.1 Menggunakan TMK untuk mengenal pasti dan
1.3 Menerima tanggungjawab atas tindakan yang memperoleh maklumat serta pengetahuan dari pakar
dilakukan berkaitan etika dan tanggungjawab yang berkaitan dengan bidang yang diminati.
penggunaan TMK. 4.2 Menilai kesahihan dan kebolehpercayaan sumber
maklumat atas talian
2.0 Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang 4.3 Berkolaborasi dengan rakan sebaya dan pakar bagi
bersesuaian membina pengetahuan.
4.4 Menggunakan kemahiran TMK untuk menerbitkan
Murid akan dapat: dan membentangkan pengetahuan.
2.1 Menunjukkan kebolehan untuk menggunakan
kemudahan TMK.
2.2 Menggunakan pelbagai fungsi TMK.
2.3 Menganalisis kesesuaian pelbagai kemudahan dan
sumber bagi memenuhi keperluan spesifik (tugasan
atau cabaran).
35
44. 5.0 Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan 7.0 Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan
membuat keputusan maklumat secara kreatif dan inovatif
Murid akan dapat: Murid akan dapat:
5.1 Mengaplikasikan lingkaran penyelesaian masalah 7.1 Mengemukakan idea yang sedia ada melalui cara
termasuk mengenal pasti dan menganalisis masalah yang unik dan baru.
tersebut; membangunkan strategi penyelesaian; 7.2 Merancang strategi untuk mengemukakan
memilih strategi yang sesuai dan pengetahuan dan idea baru.
mengimplementasikan; dan menilai penyelesaian. 7.3 Membangunkan pelbagai produk media yang asli
5.2 Mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah untuk untuk mengemukakan idea dan maklumat.
menyampaikan maklumat atau membentangkan 7.4 Menggunakan kemunculan teknologi baru (emerging
keputusan dengan menggunakan TMK. technology) untuk mengemukakan idea dan
5.3 Menghubungkaitkan proses penyelesaian masalah maklumat.
dan membuat keputusan; dan nyatakan hasil
keputusan atau cara penyelesaian. PRINSIP PENGGUNAAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN
5.4 Mengumpul segala proses dan hasilan yang berjaya PEMBELAJARAN
untuk kegunaan masa depan.
Terdapat beberapa prinsip dalam penggunaan TMK dalam
6.0 Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pertama, murid mesti
dan pembelajaran menguasai kemahiran asas TMK untuk membolehkan mereka
mengendalikan perkakasan dan perisian. Kedua, dengan
Murid akan dapat: memperoleh kemahiran ini, murid akan mengaplikasikan dan
6.1 Menggunakan TMK untuk menghasilkan kerja yang mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran mereka. Untuk
efektif dan kreatif; dan untuk menyelesaikan projek menjayakan perkara ini, murid perlu belajar TMK secara kaedah
dan tugasan. amali (hands-on) dan memperoleh kemahiran TMK yang boleh
6.2 Menggunakan TMK untuk berkolaborasi dengan dikuasai dalam konteks pembelajaran.
rakan sebaya, pakar dan orang lain untuk
meningkatkan produktiviti.
6.3 Menggunakan TMK untuk meningkatkan peluang
pembelajaran ke arah pembelajaran sepanjang hayat.
36
45. Belajar MENGENAI TMK dengan menggunakan TMK. Penggunaan TMK sebagai alat
dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
rendah akan dapat menjadikan murid lebih kreatif dan
inovatif sesuai mengikut tahap pemikiran mereka.
Isu-isu
sosial dan
etika • Belajar MELALUI TMK
Belajar DENGAN Belajar MELALUI Belajar melalui TMK adalah penggunaan TMK untuk
TMK TMK mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan
media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, perisian kursus
Rajah 2: Pendekatan TMK dalam Pengajaran dan Internet. Contoh belajar melalui TMK dapat dilihat
Dan Pembelajaran melalui penggunaan bahan seperti ensaiklopedia, kamus,
video pembelajaran, perisian kursus PPSMI, Portal E-
Terdapat tiga pendekatan utama bagi menggunakan TMK dalam bahan, EduwebTV dan Google Earth.
pengajaran dan pembelajaran seperti di rajah 2.
Unsur-unsur nilai diterap di dalam setiap pendekatan TMK.
• Belajar MENGENAI TMK Semua komponen ini melengkapi antara satu sama lain.
Belajar mengenai TMK memerlukan murid menguasai ilmu Komponen tersebut membolehkan TMK sebagai mata pelajaran
pengetahuan dan kemahiran displin ilmu yang khusus dan merentas kurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
dalam bidang TMK iaitu Sistem Komputer, Rangkaian, Sebagai contoh, semasa murid Belajar MENGENAI TMK, pada
Sistem Maklumat, Multimedia dan Pengaturcaraan. masa yang sama mereka Belajar DENGAN TMK. Semasa
Pendedahan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang- proses ini, murid Belajar MELALUI TMK dengan mencapai
bidang ini kepada murid diajar bersesuaian dengan tahap maklumat daripada CD-ROM, DVD-ROM, melayari Internet dan
kognitif dan keupayaan mereka. akhirnya memuat turun bahan bagi mengukuhkan tugasan
mereka.
• Belajar DENGAN TMK
Belajar dengan TMK bermaksud murid menggunakan TMK
sebagai alat untuk belajar seperti perisian dan perkakasan STRATEGI TMK DALAM KURIKULUM
TMK. Antara perisian yang boleh digunakan seperti MS
Word, MS PowerPoint, MS Excel, Paint, Geometer’s Strategi yang digunakan dalam merealisasikan TMK dalam
Sketchpad dan Perisian percuma (freeware) belajar menaip kurikulum adalah secara pengintegrasian merentasi kurikulum
Typing Tutor. Manakala perkakasan pula ialah seperti dan juga sebagai mata pelajaran. Bagi Tahap I, TMK
pencetak, pengimbas dan kamera digital. Pengajaran dan dilaksanakan secara integrasi merentas kurikulum dan sebagai
pembelajaran akan lebih berkesan, menarik dan seronok
37
46. elemen dalam Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi. Bagi PERKAKASAN DAN PERISIAN
Tahap II, TMK dilaksanakan sebagai mata pelajaran.
Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke sekolah
INTEGRASI TMK DALAM KURIKULUM adalah seperti berikut:
a. Perkakasan di Makmal Komputer
Pengintegrasian TMK merentasi kurikulum membolehkan • Pelayan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan menggunakan • Komputer (PC) guru
perkakasan dan perisian TMK bersesuaian dengan topik yang • Komputer (PC) murid
hendak diajar oleh guru. Murid boleh mengguna dan • Pengimbas
memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau • Mesin Cetak
tugasan mereka. Melalui penggunaan TMK, murid boleh • Kamera dan Video Digital
mengukuhkan konsep dan kemahiran yang telah mereka kuasai • Mikrofon dan pembesar suara
dalam suasana yang menyeronokkan.
b. Perkakasan untuk guru
TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN
• Komputer riba
• Projektor LCD
Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diajar
sebagai satu mata pelajaran yang menekankan kepada
c. Perisian
penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran disiplin ilmu TMK
yang berteraskan Sistem Komputer, Multimedia, Pengaturcaraan, • Perisian Sistem Pengoperasian Windows, Linux dan
Pangkalan Data, Rangkaian dan Internet. Pendedahan TMK Sistem Pengoperasian Mac
kepada murid pada tahap ini hendaklah bersesuaian dengan • Perisian aplikasi Microsoft Office dan StarOffice
tahap kognitif dan keupayaan murid. Tiga pendekatan digunakan • Perisian utiliti seperti alat pemain media (Windows Media
dalam menyampaikan mata pelajaran ini iaitu: Player), perakam bunyi (Sound Recorder) dan kalkulator
a) Belajar MENGENAI TMK
b) Belajar DENGAN TMK d. Kemudahan Internet
c) Belajar MELALUI TMK • Talian akses Internet
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK ialah sebanyak 60 Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mesti
minit seminggu. Mata pelajaran ini diajar secara bergilir dengan mempunyai lesen yang sah. Sekolah juga digalakkan untuk
mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). muat turun perisian percuma yang berkaitan dengan mata
pelajaran. Guru harus sesuaikan kandungan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan perkakasan dan perisian yang ada
disekolah.
38
47. PENGGUNAAN TMK DALAM STRATEGI PENGAJARAN pembelajaran berpusatkan murid. Dengan adanya TMK,
DAN PEMBELAJARAN konsep pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk
direalisasikan. Sebagai contoh melalui penggunaan perisian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak semestinya diguna kursus dengan terarah kendiri, murid boleh menentukan
pakai sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Guru apa yang hendak dipelajari mengikut kadar kemampuan
dan murid perlu mengenal pasti keperluan TMK dalam sendiri, mampu mengakses sendiri, malah dapat mentaksir
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran mereka. pembelajaran sendiri. Strategi ini membolehkan murid
Penggunaan TMK sebagai pengupayaan pembelajaran menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran,
membolehkan murid mengukuhkan lagi pengajaran dan lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard kurikulum.
pembelajaran dan mencapai standard kurikulum. Penggunaan
TMK juga boleh menjadikan pembelajaran lebih seronok dan b. Kolaboratif
membentuk guru dan murid untuk menjadi lebih kreatif dan Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang
inovatif. mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid
menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Dalam TMK
Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan guru memberi
MELALUI TMK mesti digabungkan dalam strategi pengajaran tugasan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti.
dan pembelajaran. Integrasi TMK boleh diimplementasikan Murid boleh menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahan
secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK. dan menggunakan perisian persembahan untuk
Adalah disarankan guru mengintegrasikan TMK melalui aktiviti mempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahli
berasaskan projek atau tugasan seperti kad ucapan. Dalam kumpulan akan menyumbang dengan aktifnya pengetahuan,
kad ucapan, murid boleh memasukan imej dan menulis ucapan pendapat, kemahiran dan menyelesaikan masalah bersama.
atau sajak.
c. Pembelajaran Berasaskan Projek
Cadangan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model
aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan
Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. panjang, menginterasikan pelbagai disiplin ilmu,
Pengajaran dan pembelajaran TMK akan menjadi lebih berpusatkan murid dan menghubungkaitkan pengamalan
berkesan dengan menggunakan strategi berikut: kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai tugasan,
pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus
a. Pembelajaran Kendiri kepada matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan menggunakan TMK semasa proses menyediakan projek dan
iaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self- murid juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadap
Paced), Akses Kendiri (Self-Accessed) dan Pentaksiran projek dengan menggunakan TMK.
Kendiri (Self-Assessed) yang lebih berfokuskan kepada
39