1. SULIT
Pendidikan Moral
Peperiksaan Akhir Tahun
Nov 2011
1½ jam
Nama:....................................................... Kelas:.............................
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CYBERJAYA
63000 CYBERJAYA
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
2011
PENDIDIKAN MORAL
Tingkatan 1
Satu jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.
1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian: Bahagian A dan B.
2. Jawab kedua-dua bahagian.
SULIT
2. Arahan: Jawab semua soalan:
Bahagian A (60 markah)
Bahagian ini mengandungi 40 soalan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.
1 Apakah persamaan antara orang
kurang upaya dengan manusia normal?
A Mempunyai keperluan emosi.
B Jumlah kawan yang ramai.
C Harapan masyarakat terhadapnya.
D Kuantiti sumbangan terhadap
masyarakat.
2 Apakah amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada murid?
A Menjaga nama baik persatuan.
B Menimba ilmu pengetahuan.
C Mematuhi arahan kelas guru.
D Tidak bermusuh dengan rakan-rakan.
3 Sikap sederhana bermaksud
A saksama ketika mengadili sesuatu
perkara.
B tidak keterlaluan dalam melakukan
sesuatu.
C berhati-hati ketika mengambil
sebarang tindakan.
D bersabar ketika dikritik oleh orang
lain.
4 Mengapakah kita perlu mengambil
makanan daripada pelbagai jenis
makanan?
A Kerana tabiat makan makanan yang
sama boleh memudahkan kesihatan.
B Kerana kita tidak boleh memperoleh
nutrien dan kalori tertentu daripada
sejenis makanan sahaja.
C Kerana pemakanan yang sihat
merangkumi pelbagai jenis makanan.
D Kerana makanan pelbagai jenis
mempunyai rasa yang berbeza-beza.
5 Apakah ciri pemerintahan kerajaan
demokrasi?
A Hak individu tersekat.
B Diperintah oleh raja.
C Kerajaan ditentukan oleh rakyat.
D Pemerintah menentukan corak hidup
rakyat.
6 Yang berikut merupakan sikap
menjaga kebersihan diri kecuali
A mandi menggunakan sabun.
B memakai pakaian yang bersih.
C makan makanan yang berkhasiat.
D tidak membiarkan rambut dipenuhi
kutu.
7 Bagaimanakah cara menunjukkan
kasih sayang kepada diri sendiri?
A Memanjakan diri dengan barang yang
mewah-mewah.
B Menjauhkan diri daripada kegiatan
yang boleh membahayakan diri.
C Mengasingkan diri daripada rakan
yang tidak setaraf.
D Membahayakan perkara yang baik-
baik tentang diri.
8 Apakah kebaikan mengamalkan sikap
toleransi?
A Dapat menesuaikan diri dalam
pelbagai persekitaran dan situasi.
B Dapat hidup dalam kelompok
masyarakat minoriti.
C Dapat mengetahui pelbagai kerenah
manusia.
D Dapat mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan diri seseorang.
9 Apakah yang perlu dilakukan oleh
ahli keluarga ketika ahli keluarga yang
lain memberikan pendapat?
3. A Bersetjui dengan pendapat yang
menguntungkan diri sendiri.
B Mendengar dan memberi perhatian
kepada pendapat yang disuarakan.
C Bersaing untuk menegakkan pendapat
masing-masing.
D Mengkritik pendapat yang dirasakan
tidak munasabah.
10 Semasa ibu bapa Ali keluar, mereka
berpesan kepada Ali agar menjaga adik-
adiknya. Ali sepatutunya
A memarahi adik-adiknya kerana
menyusahkannya.
B menjaga mereka dengan baik dan
tanggungjawab.
C membiarkan adik-adiknya bermain
tanpa pengawasan.
D menghantar adik-adiknya ke rumah
jiran.
11 Apakah sebab utama kita perlu
menjaga kebersihan diri?
A Untuk menghindari daripada
jangkitan penyakit.
B Untuk mendapat pujian daripada
masyarakat.
C Untuk menunjukkan kita individu
yang cemerlang.
D Untuk mendapat penghormatan
daripada masyarakat.
12 Sikap adil harus diamalkan supaya
A sentiasa menerima pujian.
B mendapat kesenangan hidup.
C dihormati oleh masyarakat.
D mudah dikenali dalam masyarakat.
13 Yang manakah antara berikut
merupakan ciri-ciri menjaga harga diri?
A Bersedia memaafkan kesalahan orang
lain.
B Menjaga dan menggunakan
kemudahan awam dengan baik.
C Melaksanakan tugas tanpa meminta
bantuan orang lain.
D Berani mengatakan tidak untuk
perkara-perkara yang boleh merosakkan
diri.
14 Seseorang individu yang amanah
akan
A mempunyai azam dan tekad untuk
berjaya.
B tidak membazirkan wang untuk
berbelanja.
C bersedia menghulurkan bantuan
kewangan dan moral apabila diperlukan.
D bertanggungjawab terhadap sesuatu
masalah yang timbul apabila
melaksanakan tugas.
15 Sekiranya kita telah menyinggung
perasaan orang lain, kita perlu segera
A meminta maaf.
B beredar dari situ.
C tidak mempedulikannya.
D mengambil hatinya semula.
16 Agama manakah yang mempercayai
karma dan kelahiran semula selepas
kematian?
A Islam
B Hindu
C Buddha
D Kristian
17 Pierre telah melanggar peraturan di
sekolah. Apakah tindakan yang wajar
diambil olehnya.
A Menuduh orang lain yang
melakukannya.
B Berpura-pura tidak tahu perkara
tersebut.
C Insaf dan berjanji tidak akan
mengulangi kesalahan itu.
D Melakukan sesuatu yang baik untuk
menutup kesalahan itu.
18 Bagaimanakah sikap anak yang
patuh akan ibu bapa?
4. A Mendengar nasihat dan menjauhi
larangan ibu bapa.
B Menurut segala kehendak ibu bapa.
C Memahami tingkah laku ibu bapa.
D Mengelakkan diri daripada
bertembung dengan ibu bapa.
19 Yang manakah antara berikut bukan
perlakuan yang berhemah ketika
bercakap di telefon?
A Memberi salam.
B Tidak memotong percakapan orang.
C Menunjukkan minat dalam perkara
yang dibualkan.
D Berbual dengan jangka waktu yang
panjang.
20 Apakah yang dimaksudkan dengan
keluarga asas?
A Keluarga yang mempuyai
kecenderungan yang sama.
B Keluarga yang terdiri daripada ibu
bapa dan anak-anak.
C Keluarga yang tinggal serumah atau
di kawasan yang sama.
D Keluarga yang mempunyai
tanggungjawab yang sama.
21 Bagi menjamin kasih sayang yang
berpanjangan, ibu bapa hendaklah
A memenuhi permintaan setiap anak.
B memberi perhatian sewajarnya
kepada anak-anak.
C bekerja siang dan malam untuk
mencari duit.
D memberikan sepenuh kebebasan
kepada anak-anak.
22 Mengapakah manusia perlu menjaga
dan menghargai alam sekitar?
A Meningkatkan ekonomi negara.
B Mengelakkan berlakunya bencana
alam.
C Menggalakkan kedatangan pelancong
asing.
D Menjamin keseimbangan ekosistem.
23 Seseorang yang bersikap terbuka
akan
A sukar untuk berubah.
B peka terhadap perasaan orang lain.
C mendiamkan diri ketika berbincang
sesuatu isu.
D tetap dengan pendirian diri walaupun
bertentangan dengan orang lain.
24 Mengapakah wanita perlu diberi
perlindungan dari segi undang-undang?
A Kerana wanita cepat mengalah.
B Kerana wanita kaum yang lemah.
C Kerana bilangan kaum wanita sangat
sedikit.
D Kerana kaum wanita mudah menjadi
mangsa keganasan.
25 Pencemaran air akan menyebabkan
A hidupan laut dan kesihatan manusia
terjejas.
B kehidupan manusia porak-peranda.
C keselamatan pendudukan terancam.
D kesan buruk terhadap sistem
pernafasan.
26 Mengapakah kita menjaga
kebersihan persekitaran?
A Supaya kita mudah untuk bernafas.
B Supaya persekitaran yang bersih
menjamin kesihatan.
C Supaya dapat mengurangkan kos
harian.
D Supaya kita dapat mengawal tahap
pencemaran.
27 Apakah kebaikan penglibatan pelajar
dalam menjayakan aktiviti kokurikulum?
A Dapat meningkatkan imej sekolah.
B Dapat meningkatkan bilangan peserta.
C Dapat mengagihkan tugas yang
banyak.
D Dapat membendung masalah
pelanggaran disiplin.
5. 28 Yang berikut merupakan tindakan
yang boleh diambil untuk menjaga
kebersihan alam sekitar kecuali
A menjalankan kempen alam sekitar.
B mengadakan kempen kesedaran
kepada orang ramai.
C mengkritik individu yang suka
mencemarkan alam sekitar.
D mengenakan hukuman yang setimpal
kepada individu yang mencemarkan
alam sekitar.
29 Pasu rumah di halaman rumah anda
menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Apakah yang harus anda lakukan?
A Membersihkan pasu bunga dan
menggantikan dengan air bersih.
B Menutup pasu bunga dengan papan.
C Membersihkan pasu bunga itu hanya
setelah dipenuhi jentik-jentik.
D Meletakkan pasu bunga itu di
belakang rumah.
30 Antara yang berikut, yang manakah
bukan kepentingan hutan?
A Mengekalkan keseimbangan ekologi.
B Habitat spesies flora dan fauna.
C Tempat pelupusan bahan kimia yang
berbahaya.
D Kawasan tadahan hujan.
31 Pernyataan manakah memberikan
maksud semangat kekitaan?
A Sikap bertolak ansur dalam
kehidupan seharian.
B Sikap menghormati hak dan
kepentingan orang lain.
C Semangat untuk memupuk perpaduan
dan ingin berkongsi.
D Penyesuaian sesorang untuk
bergabung dalam sesuatu kumpulan.
32 Mengapakah kita perlu menghormati
kepercayaan penganut agama lain?
A Untuk memupuk persefahaman dan
keharmonian.
B Untuk mengawasi kegiatan
keagamaan mereka.
C Untuk menunjukkan bahawa rakyat
negara ini bebas beragama.
D Untuk mengelakkan percampuran
antara agama yang berbeza.
33 Apakah yang akan terjadi sekiranya
semua orang bebas mengeluarkan
pendapat sesuka hati?
A Wujud pertelingkahan dan huru hara.
B Sukar untuk mempertimbangkan
semua pendapat.
C Sukar untuk memilih pendapat yang
paling bernas.
D Semua pihak berebut-rebut untuk
mengeluarkan pendapat.
34 Yang berikut merupakan lambang
dan identiti sesebuah negeri kecuali
A jata.
B bendera.
C adat resam.
D lagu negeri.
35 Pusat peranginan berikut terletak di
negeri Pahang kecuali
A Pantai Balok
B Teluk Chempedak.
C Pantai Cahaya Bulan.
D Bukit Tinggi.
36 Bagaimanakah cara menunjukkan
perasaan bangga kepada negara?
A Selalu melaungkan perkataan
merdeka.
B Mengibarkan bendera pada hari
kebesaran negara.
C Sering menyanyikan lagu Negaraku
di mana-mana tempat.
D Memakai pakaian yang bercorak Jalur
Gemilang.
37 Sikap hormat-menghormati dapat
melahirkan semangat
A kegigihan.
6. B perpaduan.
C kematangan.
D kepercayaan.
38 Mengapakah kita perlu meneliti
tarikh luput pada produk makanan?
A Untuk mengurangkan risiko
pencemaran produk.
B Untuk mengetahui tarikh produk
tersebut dikilangkan.
C Untuk mengelakkan produk tersebut
dibuang begitu sahaja.
D Untuk memastikan produk tersebut
masih selamat dimakan.
39 Mengapakah kita perlu mengenang
jasa pahlawan tanah air?
A Kerana mereka mendambakan
sanjungan.
B Kerana bilangan mereka tidak ramai.
C Kerana mereka berkorban
mempertahankan negara.
D Kerana mereka sudah kekurangan
upaya berjuang.
40 Bagaimanakah layanan yang
sepatutnya diberikan sekiranya jiran
anda yang berlainan kaum berkunjung
ke rumah anda?
A Melayani mereka dengan ramah.
B Berpura-pura sibuk melakukan kerja
di rumah.
C Menyuruh pembantu rumah melayani
mereka.
D Tidak membenarkan mereka masuk
ke dalam rumah.
7. Bahagian B (40 markah)
1. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang BETUL dan ( X ) pada pernyataan yang
SALAH. (10 markah)
Pernyataan Jawapan
i. Maklumat ayng diterima daripada internet perlu dilteliti sebelum
mempercayainya.
ii. Ibu bapa yang sibuk bekerja boleh menyerahkan tanggungjawab di rumah
kepada orang gaji.
iii. Setiap cabaran dan rintangan perlu dihadapi sebelum berjaya mencapai
matlamat yang diidamkan.
iv. Antara adab di meja makan adalah mendahulukan orang yang lebih tua dan
tetamu untuk menjamu selera.
v. Kita tidak perlu meminta izin menggunakan peraltan sukan kerana semua
barang sukan adalah hak sekolah.
2. Saya mempunyai banyak kelebihan tetapi ada juga kelemahan diri.
Saya tidak malu mengakuinya. Inilah saya!
a) Nyatakan satu nilai ayng berdasarkan sikap yang ditunjukkan oleh pernyataan di
atas.(1markah)
8. ...............................................................................................................................................
.
b) Berikan maksud bagi nilai di atas. (2 markah)
...............................................................................................................................................
.
...............................................................................................................................................
.
c) Jelaskan 3 kebaikan kita mengenali diri sendiri. (3 markah)
i) ………………………………………………………………………………………….
ii) ………………………………………………………………………………………….
iii)…………………………………………………………………………………………...
d) Nyatakan 4 perkara yang boleh meningkatkan harga diri seseorang. (4 markah)
i) …………………………………………………………………………………………
ii) …………………………………………………………………………………………
iii) …………………………………………………………………………………………
iv)…………………………………………………………………………………………
3. Nyatakan nilai yang sesuai dan berkaitan dengan pernyataan yang diberi. (10 markah)
Pernyataan Nilai
(a) Bercuti dalam negeri lebih menjimatkan berbanding
dengan percutian luar Negara.
(b) Setiap makhluk di bumi ini dicipta dengan unik oleh
Tuhan.
(c) Golongan dewasa perlu memberi perlindungan dan
memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan
mereka.
(d) Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
9. (e) Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan
mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia.
4.
Michelle telah diberhentikan kerja dengan bayaran sedikit saguhati oleh
majikannya. Alasan utama Michelle diberhentikan adalah kerana di sering
memohon cuti sakit sebab mengandung dan tidak mampu membuat kerja-
kerja berat.
a) Jelaskan dua nilai yang sepatutnya diamalkan oleh majikannya. (4 markah)
………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……
………………………………………………………………………………………………
b) Apakah yang sepatutnya Michelle lakukan apabila dianiayai oleh majikannya?
( 2 markah)
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………
…………
c) Selain cuti sakit, namakan empat lagi cuti yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja
1995. ( 4 markah)
i) ………………………………………………………………………………………...
ii) …………………………………………………………………………………………
iii) …………………………………………………………………………………………
iv) …………………………………………………………………………………………
10. Jawapan Kepada Kertas P. Moral T1 Akhir Tahun 2011
Bahagian A
No. Soalan Jawapan No. Soalan Jawapan
1 A 21 B
2 B 22 D
3 B 23 D
4 C 24 D
5 C 25 D
6 C 26 B
7 B 27 A
8 A 28 C
9 B 29 A
10 B 30 C
11 A 31 C
12 C 32 A
13 D 33 A
14 D 34 C
15 A 35 C
16 B 36 B
17 C 37 B
18 A 38 D
19 D 39 C
20 B 40 A
Bahagian B
11. 1 i) / ii) X iii) / iv) / v) X
2. a) Harga Diri
b) Keupayaan dan keyakinan diriagar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan.
c) i) Supaya kita dapat menghargai dan menyayangi diri sendiri.
ii) Dapat memperbaiki setiap kelemahan yang ada pada diri.
iii) Kita dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
d) i) Lulus cemerlang dalam akademik.
ii) Menunjukkan bakat dalam aktiviti kokurikulum.
iii) Memiliki kerjaya yang stabil.
iv) Mempunyai personaliti yang menarik dan baik.
3. a) Kesederhanaan
b) Kepercayaan pada Tuhan
c) Melindungi hak kanak-kanak
d) Cinta akan Negara
e) Kebebasan beragama
4. a) i. Melindungi hak pekerja kerana majikan Michelle telah menafikan hak Michelle
sebagai pekerja untuk bercuti kerana sakit dan mengandung.
ii. Menghormati hak wanita kerana wanita juga menyumbang sesuatu untuk negara
dan juga ada peruntukan cuti sakit dalam Akta Kerja 1995.
b) Melaporkan kepada Kesatuan Pekerja syarikatnya. Jika tiada jalan penyelesaian
Michelle juga boleh membawakesnya kepada kementerian Sumber Manusia.
c) i) Cuti rehat mingguan
ii) Cuti kelepasan am
iii) Cuti tahunan
iv) Cuti bersalin