SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 13
Pengenalan Ilmu Tajwid.




Ilmu Tajwid, sebagaimana dimaklumi adalah merupakan satu cabang ilmu dalam mempelajari
Al Quran malahan terdapat sesetengah ulama al Quran menyatakan bahawa ilmu Tajwid
adalah asas bagi segala Ilmu yang terkandung dalam Al Quran.Ianya berkaitan dengan cara
bacaan atau cara-cara menyebut lafaz al Quran. Tanpa mempelajarinya, dikhuatiri lafaz-lafaz
sebutan huruf-huruf dalam al quran tidak menepati keadaan sifat huruf yang sebenarnya.Ia
juga bolehlah dikatakan tunggak kepada segala rangkaian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan
bacaan al quran seperti ilmu rasm, ilmu dabt dan Fawasil. Berasaskan ilmu tajwidlah maka
segala ilmu-ilmu itu ditanda dan ditulis sesuai dengan teknik-teknik bacaan al Quran.
Berdasarkan kepentingan inilah maka pengajian ilmu tajwid amat dititik beratkan dan
diperturunkan dari generasi ke generasi agar ianya tidak hilang ditelan arus kemodenan hari
ini yang tentunya lebih mementingkan ilmu-ilmu keduniaan dalam mengejar kemajuan
dunia.Syukurlah kita kepada Allah yang tetap memelihara Ilmu ini walaupun bagi sesetengan
manusia, ianya tidak penting dan tidak membawa kemajuan kepada dunia.




Sebagai makhluk, sudah tentu kita wajib mengetahui tuntutan khaliq yakni Allah Taala
kepada kita, dan salah satu tuntutan tersebut ialah sentiasa mengulangi perkataan-perkataan
Allah yang disebut sebagai Kalamullah yang terkandung dalam seratus empat belas buah
surah dalam al Quran.Membaca al Quran dengan sempurna adalah tuntutan Allah dan tidak
mungkin datang kesempurnaan itu melainkan dengan mempelajari hukum-hukum
tajwidnya.Berdasarkan kenyataan inilah maka sesetengah ulama menghukumkan wajib bagi
setiap mukallaf untuk mempelajari al Quran dan membacanya dengan sempurna.




Dari segi takrifan pula, dari sudut bahasa ialah memperelokkan, mempercantikkan atau
memperbaguskan. Manakala dari segi istilahnya ialah memberi setiap huruf akan hak dan
mustahaknya dari sudut sifat-sifat huruf, tempat keluar huruf atau makhraj huruf,
menyempurnakan dengung, memperjelaskan hamzah, memanjangkan mad, meringankan
bacaan huruf yang ringan dan sebagainya. Sekiranya dinilai dari sudut-sudut tersebut, maka
jelaslah bahawa ilmu tajwid merangkumi segenap cara bacaan al quran kearah
memperelokkan dan menyempurnakan bacaannya.
Bagi Malaysia, periwayatan ilmu tajwid lebih diberi tumpuan dalam kaedah-kaedah
pengajaran secara Talaqqi Musafahah samada secara formal atau tidak.Bagi pengajaran
formal, ilmu tajwid ini diajar oleh guru-guru disekolah samada sekolah rendah atau menengah
dengan sukatan-sukatan tertentu.Ianya bermula seiring dengan kedatangan agama Islam
dirantau nusantara dengan dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang singgah di sekitar
muara-muara sungai di Tanah Melayu. Pedagang-pedagang yang datang berdagang inilah
yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam dan mengajar bacaan Al Quran kepada
penduduk tanah Melayu. Pengajaran Ilmu Al Quran ini berkembang selari dengan
bertambahnya penganut-penganut Islam di Tanah Melayu ketika itu.Ketika itu,
periwayatannya lebih kepada kaedah bacaan atau guru membaca dan murid mengikut
bacaan guru hinggalah murid dapat mengenali nama-nama huruf dan bagaimana sifatnya
serta bagaimana membunyikannya.Disamping itu, terdapat juga orang-orang Melayu yang
pergi menuntut ilmu di Timur Tengah khususnya di Mekah ketika itu, pulang ketanah air dan
membuka pondok-pondok pengajian agama, dan disana pengajian pembacaan Al Quran ini
amat dititik beratkan.Kaedah yang sama iaitu kaedah bacaan menjadi satu kemestian
memandang suasana masyarakat ketika itu yang baru belajar tentang al Quran.




Hari ini, muncul banyak periwayatan-periwayatan baru di Malaysia samada berbentuk bacaan
atau cetakan.Walau bagaimanapun, kaedah atau method Talaqqi adalah dominant
memandangkan ianya banyak digunakan hari ini samada secara formal atau tidak. Ini kerana
amalan talaqqi itu sendiri adalah tabiat asas kepada Ilmu Tajwid. Ia tidak mungkin dapat
dikuasai secara bacaan semata-mata kerana ianya berbentuk amali. Hukum-hukum tentang
tarqiq,tafkhim,idhar,idham dan lain-lain hanya dapat diketahui melalui pendengaran dari mulut
dan lidah guru.Sebagai contoh dalam memahami sifat huruf bersendirian dan
bersusun.Hukumnya ketika bersendirian ialah menentukan makhrajnya dan sifat yang lazim
baginya, adapun ketika huruf bersusun dengan yang lain, maka disitu terdapat hokum yang
tidak wujud ketika bersendirian.




Ibn al Jazari ketika memberi takrif kepada Ilmu Tajwid berkata:
“Tajwid ialah memberi kepada huruf akan haqnya iaitu sifatnya dan mustahaqnya iaitu
menyebut dengan sama dengan sifatnya.”




Inilah periwayatan yang digunakan sebagai panduan penyusunan Ilmu Tajwid di Malaysia.
Secara ringkasnya, perkembangan Ilmu Tajwid di Malaysia adalah diriwayatkan dari sumber-
sumber sahih dari tokoh-tokoh yang pakar tentang Ilmu Tajwid, di secara keseluruhan dan
bersepadu, lau dihasilkan bahan-bahan cetakan dan bahan bacaan untu digunakan bagi
tujuan mengajar generasi-generasi baru dengan kaedah yang sentiasa dipermudah atau
disesuaikan dengan perubahan zaman.




Penulisan Ilmu Tajwid.




Asas kepada penulisan Ilmu Tajwid di alam Melayu ialah apabila berkembangnya industri
penulisan sebagai kesinambungan dari periwayatan secara pengajaran system
tradisional.Ianya berkembang selari dengan berkembangnya ilmu-ilmu Tafsir, Feqah, Tasauf
dan sebagainya malahan ianya bermula diawal peringkat kanak-kanak.
Langkah-langkah memperkemaskan penyebaran ilmu tajwid kepada umat Islam di Malaysia.




Tidak dinafikan, bagi masyarakat Malaysia sememangnya sudah terdedah dengan
pembacaan al Quran sedari peringkat awal kanak-kanak lagi melalui pelbagai kaedah bacaan
seperti kaedah Iqra’, Hattawiyah, Baghdadiah dan sebagainya.Walaupun begitu, apabila
kanak-kanak ini semakin dewasa, maka minat untuk terus mendalami Ilmu Tajwid ini semakin
kurang lantaran berfikiran bahawa ilmu ini tidak mendatangkan kemajuan kepada mereka lalu
bukan sekadar mereka tidak lagi mempelajari bidang tajwid malahan untuk membaca al
Quran sendiripun seperti tiada masa.Fenomena malas membaca al Quran ini memang
menjadi duri dalam daging dalam penyebaran Ilmu Tajwid lantaran golongan muda hari ini
yang lebih memilih untuk hidup secara terasing dari didikan al Quran. Kenapa ini berlaku?
Apakah generasi terdahulu tersalah asuhan?Siapa yang perlu dipersalahkan?Apa kesan dari
fenomena ini?Apakah kesudahan fenomena ini?




Persoalan-persoalan di atas sengaja ditimbulkan bagi menunjukkan betapa besarnya
masalah remaja hari ini yang perlu ditangani bersama.Semua institusi dari pelbagai pihak
perlu tampil memberi sumbangan kearah mengembalikan pemikiran masyarakat untuk dekat
dengan al Quran seterusnya menimbulkan rasa taqwa kepada Allah Taala. Pertamanya,
wajib disemaikan dengan minat yang mendalam terhadap al Quran dikalangan kanak-kanak
dan perasaan cintakan al Quran itu harus berkekalan di dalam jiwanya hingga meningkat
remaja seterusnya menjadi manusia yang sentiasa berdamping dengan al Quran samada
melalui bacaan, hafazan dan sebagainya.




Mana mungkin penyebaran ilmu tajwid dapat diperkasakan sedang dalam masa yang sama
minat masyarakat terhadap al Quran semakin terpadam.
Walau bagaimanapun, perancangan yang teliti dan berterusan harus diambil sebagai satu
usaha memartabatkan kembali Ilmu Tajwid khususnya di bumi Malaysia ini. Pihak Kurikulum
Jabatan Pelajaran Malaysia perlu membuat perancangan khusus kearah memastikan ilmu
tajwid tidak ketinggalan berbanding bidang ilmu lainnya dengan memperuntukkan waktu
khusus bagi murid mempelajari al Quran dan Tajwid.Waktu yang ada kini adalah amat terhad
kerana waktu pengajaran Pendidikan Islam terpaksa di bahagikan kepada bidang-bidang lain
seperti bidang Ulumu Syariah, bidang Akhlak, Adab dan sebagainya.Tiada waktu khusus
dalam bidang Tajwid diperuntukkan dalam sukatan Pendidikan Islam di Sekolah khasnya
sekolah rendah.Memang terdapat kelas KAFA ( Kelas Al Quran dan Fardhu Ain ) pada sesi
petang bagi sesetengah murid tetapi kehadiran murid pada sesi tersebut amat tidak
memuaskan lantaran ibubapa yang tidak memberi penekanan terhadapnya.Oleh itu, langkah-
langkah bagi menyelitkan bidang Tajwid dalam sesi persekolahan sidang pagi di harap dapat
menjadi satu usaha memupuk minat murid terhadap Ilmu Tajwid.

Pihak media arus perdana samada media cetak atau elektronik juga perlu bersama-sama
menyumbang kearah pemantapan Ilmu Tajwid ini dengan menganjurkan peraduan-peraduan
secara langsung dan sebagainya seperti yang telahpun dipelopori oleh TV 9 dengan
penganjuran program pengajian interaktif. Keadaan ini banyak menyumbang
memperkenalkan Ilmu Tajwid kepada para penonton. Stesyen-stesyen televisyen lain juga
perlu mengambil inisiatif tertentu agar dapat sama-sama membantu penyebaran ilmu Tajwid
ini.Mereka tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan
mengenepikan nilai-nilai ilmu terutamanya ilmu-ilmu akhirat.




Kita yakin dan percaya, sekiranya semua pihak dapat bekerjasama memberi komitmen
memperkasakan bidang ilmu Tajwid ini, maka usaha ini akan membuahkan hasil yang
sempurna.




Di pihak kerajaan pula, antara langkah yang wajar di ambil ialah dengan membimbing
pemikiran rakyat agar sentiasa menghargai al Quran sebagai wahyu Allah. Kita tidak terlepas
dari memperkatakan persoalan memartabatkan al Quran dari arus pemerintahan Negara
kerana itulah asas kearah mendekatkan rakyat terhadap al Quran. Persoalannya ialah
bagaimana mungkin rakyat akan cintakan al Quran, apatah lagi menghargai bidang Ilmu
Tajwid dalam keadaan mereka tidak didedahkan dengan kandungan dan tuntutan Al Quran
itu sendiri, Inilah yang menjadi cabaran terbesar hari ini yang seakan-akan mengkhianati
usaha-usaha memartabatkan al Quran dan menyebarluaskan Ilmu Tajwid itu sendiri.Kerajaan
atau pemimpin perlu terlebih dahulu menunjukkan penghormatan yang tinggi terhadap Ilmu-
Ilmu al Quran, maka barulah rakyat akan turut menghargai ilmu tajwid ini.Ucapan.ucapan
yang keluar dari bibir kepimpinan perlu di sulam dengan ayat-ayat al Quran sebagai tanda
kecintaan mereka terhadap ayat-ayat Allah, disertakan juga dengan pengertian-pengertian
ayat tersebut sebagai tanda bahawa kehidupan ini berpaksikan kepada panduan dari Al
Quran.

Melalui kuasa yang ada, pihak kerajaan juga perlu memastikan media-media penyiaran
memperuntukkan jumlah masa yang sesuai untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang
dapat menarik atau mengembalikan semula minat semua lapisan masyarakat terhadap al
Quran.Tetapi agak dukacita kerana realiti hari ini, rancangan yang berbentuk hiburan yang
melalaikan memenuhi setiap rangkaian telivisyen, bagaimana rakyat dapat menghayati nilai
hidup islam yang sebenarnya dalam keadaan ini?

Selain itu, Pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri juga bertanggungjawab menyusun
program-program pengimarahan di masjid-masjid bagi menarik golongan belia kembali
menjadikan masjid sebagai tempat berkumpul dan belajar agama khususnya bidang Tajwid.
Agak malang juga apabila pasaraya-pasaraya besar yang menjadi tempat berkumpul bagi
remaja hari ini, bukannya di masjid.




Program-program sukan dan sebagainya yang dapat menarik minat golongan remaja perlu di
anjurkan dalam bentuk sukan komuniti dalam satu-satu qariah dengan menjadikan
perkarangan masjid sebagai medan pertemuan diharap dapat menjadi satu alternatif kearah
mengajak remaja berkumpul di Masjid-masjid.Peruntukan berbentuk material perlu
disediakan samada dari sudut prasarana atau keewangan bagi pihak jawatan kuasa masjid
dapat merancang berdasarkan modul perancangan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak
jabatan Agama Islam negeri. Ini sepatutnya menjadi agenda terpenting bagi membantu
memperkemaskan penyebarluaskan Ilmu Tajwid di kalangan masyarakat, bukan sekadar
bekerja melepas batuk di tangga tetapi perlu memikirkan bagaimana langkah-langkah
bersepadu dapat digembelingkan bersama. Insya Allah, kita yakin dan percaya sekiranya kita
melaksanakannya dengan penuh istiqamah, Allah Taala akan memberi pertolongan kepada
kita.
Buku buku Tajwid di pasaran.




Perkembangan dari segi penulisan dan percetakan bahan-bahan bacaan atau buku-buku
tajwid berkembang selari dengan perubahan pemikiran masyarakat kearah memartabatkan
kembali ilmu-ilmu al Quran sebagai satu benteng terakhir memelihara jatidiri khususnya
jatidiri Islam yang sejati.Tidak dinafikan bahawa fenomena ini banyak membantu
perkembangan Ilmu Tajwid terutamanya kepada golongan yang agak sibuk mengurus urusan
kehidupan.Kita mengharapkan agar media bercetak ini menjadi saluran utama penyebaran
Ilmu Tajwid, terus berperanan dan terus memberi sumbangan utama dalam merealisasikan
matlamat melahirkan masyarakat yang celik Tajwid.




Antara bahan penulisan yang terdapat dipasaran hari ini ialah buku bertajuk Tajwid Al Quran
Rasam Uthmani yang disusun oleh Haji Abdul Qadir Leong (Al Azhari) dan diterbitkan
dan diedarkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd beralamat di No. 20, Jalan 34/10A. Taman
Perindustrian IKS Batu Caves.68100 Kuala Lumpur. Buku ini di cetak oleh SNP Offset (M)
Sdn Bhd. Buku kecil berwarna hijau ini mempunyai 110 halaman yang banyak memberi
maklumat kepada masyarakat Islam seluruhnya mengenai hukum-hukum Tajwid serta
penggunaan tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani dalam bacaan ayat-ayat suci Al
Quran, menurut Tariq Syatibi dari Riwayat Hafs bin Sulaiman ibn Al Mughirah Al Asadi Al Kufi
bagi Qiraat Asim Bin Abi an Najud Al Kufi At Tabi’i dari Abi Abd Rahman Abdullah bin Habib
As Sulami dari Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib dan Zaid Bin Tsabit dan Ubaiy bin Kaab
dari Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam.




Dalam muqaddimah oleh Ustaz Hj Abdul Qadir Leong, yang juga merupakan penyusun kitab
ini menerangkan bagaimana istilah Al Quran Rasm Uthmani adalah istilah yang dipakai oleh
ulama al Quran bagi sebuah Mushaf Al Quran. Tulisan dan ejaannya diterima sebagai
mushaf yang sahih, dan dibaca oleh umat Islam yang mula-mula sekali disalin dan
diusahakan atas perintah Khalifah Rasullullah sallalahu alaihi wasallam yang ketiga iaitu
Syaidina Uthman bin Affan Radiyallahu anhu.




Tulisan Mushaf Al Quran Rasm Uthmani kemudian diperelokkan dengan tulisan jenis khat
Nasakh, dan diberi tanda-tanda bacaan tertentu untuk memudahkan bacaan yang membawa
hukum-hukum bacaan Tajwid Al Quran.Mengenai tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm
Uthmani adalah penting, maka dalam buku ini diterangkan mengenai penggunaan semua
tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani. Demikian juga semua contoh dan kalimah yang
digunakan adalah mengikut tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani.




Muqaddimah buku ini juga memberi penekanan terhadap bagaimana kesempurnaan bacaan
seseorang itu tidak hanya melalui pembelajaran secara bacaan sendiri sahaja tetapi perlu
kepada talaqqi musafahah iaitu proses pembacaan di hadapan ustaz yang mempunyai
bacaan bersanad sahih dalam bidang al Quran. Ini bertepatan dengan apa yang telah dilalui
oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. semasa Baginda mengambil bacaan dari Malaikat
Jibril alaihis salam dan Malaikat Jibril mengambil bacaan dari Allah Taala. Kaedah Talaqqi
Musafahah ini juga mendominasikan kaedah pengajaran Tajwid sedari zaman tradisional
hingga ke peringkat pengajaran J-QAF di sekolah rendah hari ini.




Buku ini memulakan pembahagian sub tajuknya dengan memulakan dengan memaparkan
kedudukan tulisan huruf hijaiyah bahasa arab disusuli dengan memperkenalkan tanda-tanda
bacaan bahasa arab dalam al Quran Rasm Uthmani. Ini mempermudahkan pembaca untuk
mengenali tanda-tanda bacaan asas dalam al Quran.




Sebagai pengenalan awal tentang ilmu Tajwid, maka buku ini membawa sepuluh asas yang
menjadi dasar pemikiran berkaitan Ilmu Tajwid iaitu:
Pengertian Tajwid.
Hukum mempelajarinya.
Tumpuan perbincangannya.
Kelebihan dari segi tuntutan agama.
Penyusun-penyusunnya.
Faedah mempelajarinya.
Dalil dari Al Quran tentang kelebihan mempelajarinya.
Tentang namanya.
Tentang masalah yang diperbincangkannya.
Matlamat mempelajarinya.




Sekiranya kesepuluh asas pembinaan pemikiran ini dikuasai pembaca, maka bolehlah di
anggap bahawa seseorang itu telah mengenali akan Ilmu Tajwid.




Sesuatu yang menarik tentang buku kecil ini ialah dalam bab Makhraj huruf dimana
disertakan dengan gambarajah yang jelas dan mudah difahami. Contoh-contoh yang jelas
mengenai bagaimana fungsi sistem dan alat-alat pertururan berfungsi.




Dalam bahagian penutupnya, Disimpulkan tentang dua cara pengambilan bacaan al Quran
iaitu pertama ustaz membaca di hadapan murid, manakala murid meneliti cara bacaan ustaz,
kemudian murid meniru cara bacaan ustaz dihadapan ustaz. Keduanya murid membaca
dihadapan ustaz, manakala ustaz menyemak cara bacaan murid kemudia membetulkan cara
bacaan yang salah dari murid. Ia juga menyatakan bahawa rukun rukun bacaan al Quran
terbahagi tiga iaitu:

1-Bacaan yang mempunyai sanad sahih.

2-Bacaan bertepatan dengan Bahasa Arab.

3-Bacaan yang bertepatan dengan penggunaan al Quran Rasm Uthmani.
Susunan buku kecil ini tamat pada 11hb safar 1411H bersamaan 1 Sept. 1990M, hari Sabtu
di Pusat Dakwah Islamiah, Bandar seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.




Buku Tajwid kedua yang dianalisa ialah buku bertajuk Juz Amma Bertajwid Resam
Uthmani yang disusun oleh Ustaz Haji Abdul Ghani Ariffin yang bertugas sebagai Bilal
Masjid Abd Rahman, Sungai Petani pada 7 Zulkaedah 1415 Hijrah bersamaan 7 April
1995. Buku bertulisan jawi ini terhasil dari pengalaman beliau mengajar di masjid, surau,
dewan maktab perguruan, pejabat kerajaan dan sebagainya.Buku ini mempunyai 3 jenis
penerangan iaitu:

Muqaddimah penyusun mempunyai ayat al Quran dan sabda nabi junjungan.
Ulasan Tajwid juzuk Amma dari surah Fatihah hingga surah Annaba’.
Ulasan ringkas hukum-hukum Tajwid mengandungi lebih 60 hukum.




   Buku ini juga menyenaraikan semula 60 hukum-hukum Tajwid berserta penerangan
   mengenainya.




   Pendekatan yang diambil oleh penyusun buku ini ialah dengan menulis semula ayat-ayat
   dari surah seterusnya memberi nota bawah akan hokum Tajwidnya. Ini memudah
   pembaca untuk mengetahui apakah hokum bagi ayat atau kalimah yang dibacanya.
New Microsoft Word Document

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...IsroqGagah
 
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxJURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxNatijahRohmah
 
RPS IPI SMT II 2021-2022 Syarifatul Marwiyah.pptx
RPS IPI SMT  II 2021-2022  Syarifatul Marwiyah.pptxRPS IPI SMT  II 2021-2022  Syarifatul Marwiyah.pptx
RPS IPI SMT II 2021-2022 Syarifatul Marwiyah.pptxSyarifatul Marwiyah
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)Mawar Pink
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamSivapriya Gopi
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu
Faktor Adab Dalam Meraih Berkat IlmuFaktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu
Faktor Adab Dalam Meraih Berkat IlmuMM Su
 
NAHDATUL WATHAN SEBAGAI ORGANISASI PENDIDIKAN,SOSIAL DAN DAKWAH
NAHDATUL WATHAN SEBAGAI ORGANISASI  PENDIDIKAN,SOSIAL DAN DAKWAHNAHDATUL WATHAN SEBAGAI ORGANISASI  PENDIDIKAN,SOSIAL DAN DAKWAH
NAHDATUL WATHAN SEBAGAI ORGANISASI PENDIDIKAN,SOSIAL DAN DAKWAHPotpotya Fitri
 
Dakwah islamiyyah (individu)
Dakwah islamiyyah (individu)Dakwah islamiyyah (individu)
Dakwah islamiyyah (individu)NajihahAzhar1
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 
Subjek dan objek pendidikan
Subjek dan objek pendidikanSubjek dan objek pendidikan
Subjek dan objek pendidikanDewi Bahagia
 
Buku siswa MI bidang Study Fikih Kelas 4 revisi 2019
Buku siswa MI bidang Study Fikih Kelas 4 revisi 2019Buku siswa MI bidang Study Fikih Kelas 4 revisi 2019
Buku siswa MI bidang Study Fikih Kelas 4 revisi 2019Eddy Saputra
 
Modul hadis tarbawy
Modul hadis tarbawyModul hadis tarbawy
Modul hadis tarbawyAnasDt
 

La actualidad más candente (19)

Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Pidato teks
Pidato teksPidato teks
Pidato teks
 
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
2. bab i tesis m. isro' zainuddin = sistem pembelajaran tahfidzul qur'an di m...
 
Pendidikan islam & profesionalisme
Pendidikan islam & profesionalisme Pendidikan islam & profesionalisme
Pendidikan islam & profesionalisme
 
Institusi pendidikan
Institusi pendidikanInstitusi pendidikan
Institusi pendidikan
 
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docxJURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
JURNAL_HADITS_TARBAWI_KELOMPOK_8 asli.docx
 
RPS IPI SMT II 2021-2022 Syarifatul Marwiyah.pptx
RPS IPI SMT  II 2021-2022  Syarifatul Marwiyah.pptxRPS IPI SMT  II 2021-2022  Syarifatul Marwiyah.pptx
RPS IPI SMT II 2021-2022 Syarifatul Marwiyah.pptx
 
Proposal TEMNAS dana
Proposal TEMNAS danaProposal TEMNAS dana
Proposal TEMNAS dana
 
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
60434367 teknik-teknik-rasulullah-s-a-w-mengajar(2)
 
sistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islamsistem pendidikan pada zaman islam
sistem pendidikan pada zaman islam
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu
Faktor Adab Dalam Meraih Berkat IlmuFaktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu
Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu
 
NAHDATUL WATHAN SEBAGAI ORGANISASI PENDIDIKAN,SOSIAL DAN DAKWAH
NAHDATUL WATHAN SEBAGAI ORGANISASI  PENDIDIKAN,SOSIAL DAN DAKWAHNAHDATUL WATHAN SEBAGAI ORGANISASI  PENDIDIKAN,SOSIAL DAN DAKWAH
NAHDATUL WATHAN SEBAGAI ORGANISASI PENDIDIKAN,SOSIAL DAN DAKWAH
 
Dakwah islamiyyah (individu)
Dakwah islamiyyah (individu)Dakwah islamiyyah (individu)
Dakwah islamiyyah (individu)
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Subjek dan objek pendidikan
Subjek dan objek pendidikanSubjek dan objek pendidikan
Subjek dan objek pendidikan
 
Makalah kapita selekta profesionalisme dalam pendidikan islam
Makalah kapita selekta profesionalisme dalam pendidikan islamMakalah kapita selekta profesionalisme dalam pendidikan islam
Makalah kapita selekta profesionalisme dalam pendidikan islam
 
Buku siswa MI bidang Study Fikih Kelas 4 revisi 2019
Buku siswa MI bidang Study Fikih Kelas 4 revisi 2019Buku siswa MI bidang Study Fikih Kelas 4 revisi 2019
Buku siswa MI bidang Study Fikih Kelas 4 revisi 2019
 
Modul hadis tarbawy
Modul hadis tarbawyModul hadis tarbawy
Modul hadis tarbawy
 

Similar a New Microsoft Word Document

Buku Akidah Akhlak MTs 7
Buku Akidah Akhlak MTs 7Buku Akidah Akhlak MTs 7
Buku Akidah Akhlak MTs 7Abdul Hafifudin
 
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013MTs DARUSSALAM
 
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswaBuku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswanutamania
 
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswaBuku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswanutamania
 
Buku alquran hadis_ma_10_siswa (1)
Buku alquran hadis_ma_10_siswa (1)Buku alquran hadis_ma_10_siswa (1)
Buku alquran hadis_ma_10_siswa (1)a3aaa3a
 
hakikat kurikulum dalam islam
hakikat kurikulum dalam islamhakikat kurikulum dalam islam
hakikat kurikulum dalam islamShafaraFaiza
 
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehKeberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehadimal69
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakanmurshidyzila
 
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnal
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnalKelompok 1 spai pend. geografi jurnal
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnalRicky Ramadhan
 
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3FENY DYAH
 
Makalah Pendidikan Agama Islam
Makalah Pendidikan Agama IslamMakalah Pendidikan Agama Islam
Makalah Pendidikan Agama IslamDeaApriliyanti19
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjAzura Aqura
 

Similar a New Microsoft Word Document (20)

Buku Akidah Akhlak MTs 7
Buku Akidah Akhlak MTs 7Buku Akidah Akhlak MTs 7
Buku Akidah Akhlak MTs 7
 
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
 
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswaBuku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
 
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswaBuku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
 
Buku alquran hadis_ma_10_siswa (1)
Buku alquran hadis_ma_10_siswa (1)Buku alquran hadis_ma_10_siswa (1)
Buku alquran hadis_ma_10_siswa (1)
 
hakikat kurikulum dalam islam
hakikat kurikulum dalam islamhakikat kurikulum dalam islam
hakikat kurikulum dalam islam
 
Buku ski ma_10_guru
Buku ski ma_10_guruBuku ski ma_10_guru
Buku ski ma_10_guru
 
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz sallehKeberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
Keberkesanan mempelajari ilmu qiraat muhammad hafiz salleh
 
Proposal kajian tindakan
Proposal  kajian tindakanProposal  kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Tajuk 8 done
Tajuk 8 doneTajuk 8 done
Tajuk 8 done
 
Ptk
Ptk Ptk
Ptk
 
Ptk
Ptk Ptk
Ptk
 
Tajuk 8 done
Tajuk 8 doneTajuk 8 done
Tajuk 8 done
 
makalah Nurruba Rahayu.pdf
makalah Nurruba Rahayu.pdfmakalah Nurruba Rahayu.pdf
makalah Nurruba Rahayu.pdf
 
Anjuran menuntut ilmu
Anjuran menuntut ilmuAnjuran menuntut ilmu
Anjuran menuntut ilmu
 
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnal
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnalKelompok 1 spai pend. geografi jurnal
Kelompok 1 spai pend. geografi jurnal
 
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
Makalah ilmu pendidikan klmpok 3
 
Proposal al qur'an baru
Proposal al qur'an baruProposal al qur'an baru
Proposal al qur'an baru
 
Makalah Pendidikan Agama Islam
Makalah Pendidikan Agama IslamMakalah Pendidikan Agama Islam
Makalah Pendidikan Agama Islam
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjj
 

Más de fuad663329

TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIRTRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIRfuad663329
 
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learners
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learnersAssignment 1-Learning Skills for open and distance learners
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learnersfuad663329
 
Open and distance education in global environment
Open and distance education in global environmentOpen and distance education in global environment
Open and distance education in global environmentfuad663329
 
assg agama islam
assg agama islamassg agama islam
assg agama islamfuad663329
 

Más de fuad663329 (7)

tugasan
tugasantugasan
tugasan
 
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIRTRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
TRAGEDI SAUK SATU DRAMA PLOT MAHATHIR
 
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learners
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learnersAssignment 1-Learning Skills for open and distance learners
Assignment 1-Learning Skills for open and distance learners
 
New to the OU
New to the OUNew to the OU
New to the OU
 
Open and distance education in global environment
Open and distance education in global environmentOpen and distance education in global environment
Open and distance education in global environment
 
assg agama islam
assg agama islamassg agama islam
assg agama islam
 
tajwid
tajwidtajwid
tajwid
 

New Microsoft Word Document

  • 1. Pengenalan Ilmu Tajwid. Ilmu Tajwid, sebagaimana dimaklumi adalah merupakan satu cabang ilmu dalam mempelajari Al Quran malahan terdapat sesetengah ulama al Quran menyatakan bahawa ilmu Tajwid adalah asas bagi segala Ilmu yang terkandung dalam Al Quran.Ianya berkaitan dengan cara bacaan atau cara-cara menyebut lafaz al Quran. Tanpa mempelajarinya, dikhuatiri lafaz-lafaz sebutan huruf-huruf dalam al quran tidak menepati keadaan sifat huruf yang sebenarnya.Ia juga bolehlah dikatakan tunggak kepada segala rangkaian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan al quran seperti ilmu rasm, ilmu dabt dan Fawasil. Berasaskan ilmu tajwidlah maka segala ilmu-ilmu itu ditanda dan ditulis sesuai dengan teknik-teknik bacaan al Quran. Berdasarkan kepentingan inilah maka pengajian ilmu tajwid amat dititik beratkan dan diperturunkan dari generasi ke generasi agar ianya tidak hilang ditelan arus kemodenan hari ini yang tentunya lebih mementingkan ilmu-ilmu keduniaan dalam mengejar kemajuan dunia.Syukurlah kita kepada Allah yang tetap memelihara Ilmu ini walaupun bagi sesetengan manusia, ianya tidak penting dan tidak membawa kemajuan kepada dunia. Sebagai makhluk, sudah tentu kita wajib mengetahui tuntutan khaliq yakni Allah Taala kepada kita, dan salah satu tuntutan tersebut ialah sentiasa mengulangi perkataan-perkataan Allah yang disebut sebagai Kalamullah yang terkandung dalam seratus empat belas buah surah dalam al Quran.Membaca al Quran dengan sempurna adalah tuntutan Allah dan tidak mungkin datang kesempurnaan itu melainkan dengan mempelajari hukum-hukum tajwidnya.Berdasarkan kenyataan inilah maka sesetengah ulama menghukumkan wajib bagi setiap mukallaf untuk mempelajari al Quran dan membacanya dengan sempurna. Dari segi takrifan pula, dari sudut bahasa ialah memperelokkan, mempercantikkan atau memperbaguskan. Manakala dari segi istilahnya ialah memberi setiap huruf akan hak dan mustahaknya dari sudut sifat-sifat huruf, tempat keluar huruf atau makhraj huruf, menyempurnakan dengung, memperjelaskan hamzah, memanjangkan mad, meringankan bacaan huruf yang ringan dan sebagainya. Sekiranya dinilai dari sudut-sudut tersebut, maka jelaslah bahawa ilmu tajwid merangkumi segenap cara bacaan al quran kearah memperelokkan dan menyempurnakan bacaannya.
  • 2. Bagi Malaysia, periwayatan ilmu tajwid lebih diberi tumpuan dalam kaedah-kaedah pengajaran secara Talaqqi Musafahah samada secara formal atau tidak.Bagi pengajaran formal, ilmu tajwid ini diajar oleh guru-guru disekolah samada sekolah rendah atau menengah dengan sukatan-sukatan tertentu.Ianya bermula seiring dengan kedatangan agama Islam dirantau nusantara dengan dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang singgah di sekitar muara-muara sungai di Tanah Melayu. Pedagang-pedagang yang datang berdagang inilah yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam dan mengajar bacaan Al Quran kepada penduduk tanah Melayu. Pengajaran Ilmu Al Quran ini berkembang selari dengan bertambahnya penganut-penganut Islam di Tanah Melayu ketika itu.Ketika itu, periwayatannya lebih kepada kaedah bacaan atau guru membaca dan murid mengikut bacaan guru hinggalah murid dapat mengenali nama-nama huruf dan bagaimana sifatnya serta bagaimana membunyikannya.Disamping itu, terdapat juga orang-orang Melayu yang pergi menuntut ilmu di Timur Tengah khususnya di Mekah ketika itu, pulang ketanah air dan membuka pondok-pondok pengajian agama, dan disana pengajian pembacaan Al Quran ini amat dititik beratkan.Kaedah yang sama iaitu kaedah bacaan menjadi satu kemestian memandang suasana masyarakat ketika itu yang baru belajar tentang al Quran. Hari ini, muncul banyak periwayatan-periwayatan baru di Malaysia samada berbentuk bacaan atau cetakan.Walau bagaimanapun, kaedah atau method Talaqqi adalah dominant memandangkan ianya banyak digunakan hari ini samada secara formal atau tidak. Ini kerana amalan talaqqi itu sendiri adalah tabiat asas kepada Ilmu Tajwid. Ia tidak mungkin dapat dikuasai secara bacaan semata-mata kerana ianya berbentuk amali. Hukum-hukum tentang tarqiq,tafkhim,idhar,idham dan lain-lain hanya dapat diketahui melalui pendengaran dari mulut dan lidah guru.Sebagai contoh dalam memahami sifat huruf bersendirian dan bersusun.Hukumnya ketika bersendirian ialah menentukan makhrajnya dan sifat yang lazim baginya, adapun ketika huruf bersusun dengan yang lain, maka disitu terdapat hokum yang tidak wujud ketika bersendirian. Ibn al Jazari ketika memberi takrif kepada Ilmu Tajwid berkata:
  • 3. “Tajwid ialah memberi kepada huruf akan haqnya iaitu sifatnya dan mustahaqnya iaitu menyebut dengan sama dengan sifatnya.” Inilah periwayatan yang digunakan sebagai panduan penyusunan Ilmu Tajwid di Malaysia. Secara ringkasnya, perkembangan Ilmu Tajwid di Malaysia adalah diriwayatkan dari sumber- sumber sahih dari tokoh-tokoh yang pakar tentang Ilmu Tajwid, di secara keseluruhan dan bersepadu, lau dihasilkan bahan-bahan cetakan dan bahan bacaan untu digunakan bagi tujuan mengajar generasi-generasi baru dengan kaedah yang sentiasa dipermudah atau disesuaikan dengan perubahan zaman. Penulisan Ilmu Tajwid. Asas kepada penulisan Ilmu Tajwid di alam Melayu ialah apabila berkembangnya industri penulisan sebagai kesinambungan dari periwayatan secara pengajaran system tradisional.Ianya berkembang selari dengan berkembangnya ilmu-ilmu Tafsir, Feqah, Tasauf dan sebagainya malahan ianya bermula diawal peringkat kanak-kanak.
  • 4.
  • 5. Langkah-langkah memperkemaskan penyebaran ilmu tajwid kepada umat Islam di Malaysia. Tidak dinafikan, bagi masyarakat Malaysia sememangnya sudah terdedah dengan pembacaan al Quran sedari peringkat awal kanak-kanak lagi melalui pelbagai kaedah bacaan seperti kaedah Iqra’, Hattawiyah, Baghdadiah dan sebagainya.Walaupun begitu, apabila kanak-kanak ini semakin dewasa, maka minat untuk terus mendalami Ilmu Tajwid ini semakin kurang lantaran berfikiran bahawa ilmu ini tidak mendatangkan kemajuan kepada mereka lalu bukan sekadar mereka tidak lagi mempelajari bidang tajwid malahan untuk membaca al Quran sendiripun seperti tiada masa.Fenomena malas membaca al Quran ini memang menjadi duri dalam daging dalam penyebaran Ilmu Tajwid lantaran golongan muda hari ini yang lebih memilih untuk hidup secara terasing dari didikan al Quran. Kenapa ini berlaku? Apakah generasi terdahulu tersalah asuhan?Siapa yang perlu dipersalahkan?Apa kesan dari fenomena ini?Apakah kesudahan fenomena ini? Persoalan-persoalan di atas sengaja ditimbulkan bagi menunjukkan betapa besarnya masalah remaja hari ini yang perlu ditangani bersama.Semua institusi dari pelbagai pihak perlu tampil memberi sumbangan kearah mengembalikan pemikiran masyarakat untuk dekat dengan al Quran seterusnya menimbulkan rasa taqwa kepada Allah Taala. Pertamanya, wajib disemaikan dengan minat yang mendalam terhadap al Quran dikalangan kanak-kanak dan perasaan cintakan al Quran itu harus berkekalan di dalam jiwanya hingga meningkat remaja seterusnya menjadi manusia yang sentiasa berdamping dengan al Quran samada melalui bacaan, hafazan dan sebagainya. Mana mungkin penyebaran ilmu tajwid dapat diperkasakan sedang dalam masa yang sama minat masyarakat terhadap al Quran semakin terpadam.
  • 6. Walau bagaimanapun, perancangan yang teliti dan berterusan harus diambil sebagai satu usaha memartabatkan kembali Ilmu Tajwid khususnya di bumi Malaysia ini. Pihak Kurikulum Jabatan Pelajaran Malaysia perlu membuat perancangan khusus kearah memastikan ilmu tajwid tidak ketinggalan berbanding bidang ilmu lainnya dengan memperuntukkan waktu khusus bagi murid mempelajari al Quran dan Tajwid.Waktu yang ada kini adalah amat terhad kerana waktu pengajaran Pendidikan Islam terpaksa di bahagikan kepada bidang-bidang lain seperti bidang Ulumu Syariah, bidang Akhlak, Adab dan sebagainya.Tiada waktu khusus dalam bidang Tajwid diperuntukkan dalam sukatan Pendidikan Islam di Sekolah khasnya sekolah rendah.Memang terdapat kelas KAFA ( Kelas Al Quran dan Fardhu Ain ) pada sesi petang bagi sesetengah murid tetapi kehadiran murid pada sesi tersebut amat tidak memuaskan lantaran ibubapa yang tidak memberi penekanan terhadapnya.Oleh itu, langkah- langkah bagi menyelitkan bidang Tajwid dalam sesi persekolahan sidang pagi di harap dapat menjadi satu usaha memupuk minat murid terhadap Ilmu Tajwid. Pihak media arus perdana samada media cetak atau elektronik juga perlu bersama-sama menyumbang kearah pemantapan Ilmu Tajwid ini dengan menganjurkan peraduan-peraduan secara langsung dan sebagainya seperti yang telahpun dipelopori oleh TV 9 dengan penganjuran program pengajian interaktif. Keadaan ini banyak menyumbang memperkenalkan Ilmu Tajwid kepada para penonton. Stesyen-stesyen televisyen lain juga perlu mengambil inisiatif tertentu agar dapat sama-sama membantu penyebaran ilmu Tajwid ini.Mereka tidak seharusnya hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan mengenepikan nilai-nilai ilmu terutamanya ilmu-ilmu akhirat. Kita yakin dan percaya, sekiranya semua pihak dapat bekerjasama memberi komitmen memperkasakan bidang ilmu Tajwid ini, maka usaha ini akan membuahkan hasil yang sempurna. Di pihak kerajaan pula, antara langkah yang wajar di ambil ialah dengan membimbing pemikiran rakyat agar sentiasa menghargai al Quran sebagai wahyu Allah. Kita tidak terlepas dari memperkatakan persoalan memartabatkan al Quran dari arus pemerintahan Negara kerana itulah asas kearah mendekatkan rakyat terhadap al Quran. Persoalannya ialah bagaimana mungkin rakyat akan cintakan al Quran, apatah lagi menghargai bidang Ilmu Tajwid dalam keadaan mereka tidak didedahkan dengan kandungan dan tuntutan Al Quran itu sendiri, Inilah yang menjadi cabaran terbesar hari ini yang seakan-akan mengkhianati
  • 7. usaha-usaha memartabatkan al Quran dan menyebarluaskan Ilmu Tajwid itu sendiri.Kerajaan atau pemimpin perlu terlebih dahulu menunjukkan penghormatan yang tinggi terhadap Ilmu- Ilmu al Quran, maka barulah rakyat akan turut menghargai ilmu tajwid ini.Ucapan.ucapan yang keluar dari bibir kepimpinan perlu di sulam dengan ayat-ayat al Quran sebagai tanda kecintaan mereka terhadap ayat-ayat Allah, disertakan juga dengan pengertian-pengertian ayat tersebut sebagai tanda bahawa kehidupan ini berpaksikan kepada panduan dari Al Quran. Melalui kuasa yang ada, pihak kerajaan juga perlu memastikan media-media penyiaran memperuntukkan jumlah masa yang sesuai untuk menyiarkan rancangan-rancangan yang dapat menarik atau mengembalikan semula minat semua lapisan masyarakat terhadap al Quran.Tetapi agak dukacita kerana realiti hari ini, rancangan yang berbentuk hiburan yang melalaikan memenuhi setiap rangkaian telivisyen, bagaimana rakyat dapat menghayati nilai hidup islam yang sebenarnya dalam keadaan ini? Selain itu, Pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri juga bertanggungjawab menyusun program-program pengimarahan di masjid-masjid bagi menarik golongan belia kembali menjadikan masjid sebagai tempat berkumpul dan belajar agama khususnya bidang Tajwid. Agak malang juga apabila pasaraya-pasaraya besar yang menjadi tempat berkumpul bagi remaja hari ini, bukannya di masjid. Program-program sukan dan sebagainya yang dapat menarik minat golongan remaja perlu di anjurkan dalam bentuk sukan komuniti dalam satu-satu qariah dengan menjadikan perkarangan masjid sebagai medan pertemuan diharap dapat menjadi satu alternatif kearah mengajak remaja berkumpul di Masjid-masjid.Peruntukan berbentuk material perlu disediakan samada dari sudut prasarana atau keewangan bagi pihak jawatan kuasa masjid dapat merancang berdasarkan modul perancangan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak jabatan Agama Islam negeri. Ini sepatutnya menjadi agenda terpenting bagi membantu memperkemaskan penyebarluaskan Ilmu Tajwid di kalangan masyarakat, bukan sekadar bekerja melepas batuk di tangga tetapi perlu memikirkan bagaimana langkah-langkah bersepadu dapat digembelingkan bersama. Insya Allah, kita yakin dan percaya sekiranya kita melaksanakannya dengan penuh istiqamah, Allah Taala akan memberi pertolongan kepada kita.
  • 8.
  • 9. Buku buku Tajwid di pasaran. Perkembangan dari segi penulisan dan percetakan bahan-bahan bacaan atau buku-buku tajwid berkembang selari dengan perubahan pemikiran masyarakat kearah memartabatkan kembali ilmu-ilmu al Quran sebagai satu benteng terakhir memelihara jatidiri khususnya jatidiri Islam yang sejati.Tidak dinafikan bahawa fenomena ini banyak membantu perkembangan Ilmu Tajwid terutamanya kepada golongan yang agak sibuk mengurus urusan kehidupan.Kita mengharapkan agar media bercetak ini menjadi saluran utama penyebaran Ilmu Tajwid, terus berperanan dan terus memberi sumbangan utama dalam merealisasikan matlamat melahirkan masyarakat yang celik Tajwid. Antara bahan penulisan yang terdapat dipasaran hari ini ialah buku bertajuk Tajwid Al Quran Rasam Uthmani yang disusun oleh Haji Abdul Qadir Leong (Al Azhari) dan diterbitkan dan diedarkan oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd beralamat di No. 20, Jalan 34/10A. Taman Perindustrian IKS Batu Caves.68100 Kuala Lumpur. Buku ini di cetak oleh SNP Offset (M) Sdn Bhd. Buku kecil berwarna hijau ini mempunyai 110 halaman yang banyak memberi maklumat kepada masyarakat Islam seluruhnya mengenai hukum-hukum Tajwid serta penggunaan tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani dalam bacaan ayat-ayat suci Al Quran, menurut Tariq Syatibi dari Riwayat Hafs bin Sulaiman ibn Al Mughirah Al Asadi Al Kufi bagi Qiraat Asim Bin Abi an Najud Al Kufi At Tabi’i dari Abi Abd Rahman Abdullah bin Habib As Sulami dari Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib dan Zaid Bin Tsabit dan Ubaiy bin Kaab dari Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam. Dalam muqaddimah oleh Ustaz Hj Abdul Qadir Leong, yang juga merupakan penyusun kitab ini menerangkan bagaimana istilah Al Quran Rasm Uthmani adalah istilah yang dipakai oleh
  • 10. ulama al Quran bagi sebuah Mushaf Al Quran. Tulisan dan ejaannya diterima sebagai mushaf yang sahih, dan dibaca oleh umat Islam yang mula-mula sekali disalin dan diusahakan atas perintah Khalifah Rasullullah sallalahu alaihi wasallam yang ketiga iaitu Syaidina Uthman bin Affan Radiyallahu anhu. Tulisan Mushaf Al Quran Rasm Uthmani kemudian diperelokkan dengan tulisan jenis khat Nasakh, dan diberi tanda-tanda bacaan tertentu untuk memudahkan bacaan yang membawa hukum-hukum bacaan Tajwid Al Quran.Mengenai tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani adalah penting, maka dalam buku ini diterangkan mengenai penggunaan semua tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani. Demikian juga semua contoh dan kalimah yang digunakan adalah mengikut tanda-tanda bacaan Al Quran Rasm Uthmani. Muqaddimah buku ini juga memberi penekanan terhadap bagaimana kesempurnaan bacaan seseorang itu tidak hanya melalui pembelajaran secara bacaan sendiri sahaja tetapi perlu kepada talaqqi musafahah iaitu proses pembacaan di hadapan ustaz yang mempunyai bacaan bersanad sahih dalam bidang al Quran. Ini bertepatan dengan apa yang telah dilalui oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. semasa Baginda mengambil bacaan dari Malaikat Jibril alaihis salam dan Malaikat Jibril mengambil bacaan dari Allah Taala. Kaedah Talaqqi Musafahah ini juga mendominasikan kaedah pengajaran Tajwid sedari zaman tradisional hingga ke peringkat pengajaran J-QAF di sekolah rendah hari ini. Buku ini memulakan pembahagian sub tajuknya dengan memulakan dengan memaparkan kedudukan tulisan huruf hijaiyah bahasa arab disusuli dengan memperkenalkan tanda-tanda bacaan bahasa arab dalam al Quran Rasm Uthmani. Ini mempermudahkan pembaca untuk mengenali tanda-tanda bacaan asas dalam al Quran. Sebagai pengenalan awal tentang ilmu Tajwid, maka buku ini membawa sepuluh asas yang menjadi dasar pemikiran berkaitan Ilmu Tajwid iaitu:
  • 11. Pengertian Tajwid. Hukum mempelajarinya. Tumpuan perbincangannya. Kelebihan dari segi tuntutan agama. Penyusun-penyusunnya. Faedah mempelajarinya. Dalil dari Al Quran tentang kelebihan mempelajarinya. Tentang namanya. Tentang masalah yang diperbincangkannya. Matlamat mempelajarinya. Sekiranya kesepuluh asas pembinaan pemikiran ini dikuasai pembaca, maka bolehlah di anggap bahawa seseorang itu telah mengenali akan Ilmu Tajwid. Sesuatu yang menarik tentang buku kecil ini ialah dalam bab Makhraj huruf dimana disertakan dengan gambarajah yang jelas dan mudah difahami. Contoh-contoh yang jelas mengenai bagaimana fungsi sistem dan alat-alat pertururan berfungsi. Dalam bahagian penutupnya, Disimpulkan tentang dua cara pengambilan bacaan al Quran iaitu pertama ustaz membaca di hadapan murid, manakala murid meneliti cara bacaan ustaz, kemudian murid meniru cara bacaan ustaz dihadapan ustaz. Keduanya murid membaca dihadapan ustaz, manakala ustaz menyemak cara bacaan murid kemudia membetulkan cara bacaan yang salah dari murid. Ia juga menyatakan bahawa rukun rukun bacaan al Quran terbahagi tiga iaitu: 1-Bacaan yang mempunyai sanad sahih. 2-Bacaan bertepatan dengan Bahasa Arab. 3-Bacaan yang bertepatan dengan penggunaan al Quran Rasm Uthmani.
  • 12. Susunan buku kecil ini tamat pada 11hb safar 1411H bersamaan 1 Sept. 1990M, hari Sabtu di Pusat Dakwah Islamiah, Bandar seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Buku Tajwid kedua yang dianalisa ialah buku bertajuk Juz Amma Bertajwid Resam Uthmani yang disusun oleh Ustaz Haji Abdul Ghani Ariffin yang bertugas sebagai Bilal Masjid Abd Rahman, Sungai Petani pada 7 Zulkaedah 1415 Hijrah bersamaan 7 April 1995. Buku bertulisan jawi ini terhasil dari pengalaman beliau mengajar di masjid, surau, dewan maktab perguruan, pejabat kerajaan dan sebagainya.Buku ini mempunyai 3 jenis penerangan iaitu: Muqaddimah penyusun mempunyai ayat al Quran dan sabda nabi junjungan. Ulasan Tajwid juzuk Amma dari surah Fatihah hingga surah Annaba’. Ulasan ringkas hukum-hukum Tajwid mengandungi lebih 60 hukum. Buku ini juga menyenaraikan semula 60 hukum-hukum Tajwid berserta penerangan mengenainya. Pendekatan yang diambil oleh penyusun buku ini ialah dengan menulis semula ayat-ayat dari surah seterusnya memberi nota bawah akan hokum Tajwidnya. Ini memudah pembaca untuk mengetahui apakah hokum bagi ayat atau kalimah yang dibacanya.