Bola tampar diperkenalkan pada 1895 di Amerika Syarikat. Ia menjadi popular dan diperkenalkan ke negara lain pada 1900-an. Di Malaysia, bola tampar diperkenalkan pada 1927 dan Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia ditubuhkan pada 1959. Dokumen ini menjelaskan sejarah, peraturan, teknik, dan latihan dasar bola tampar.
1. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
BOLA TAMPAR
SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA
Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110
tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab
memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan
permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau
mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk
memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak.
Pada mulanya, permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada
‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara
lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan
pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat
mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.
Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di
Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913
dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-
tentera Amerika Syarikat. Pertubuhan Bola Tampar
Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947.
Kejohanan Antarabangsa Pertama pula
diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk
kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952,
kejohanan tersebut membuka penyertaan
kepada kaum wanita. Permainan ini
kemudian maju setapak lagi apabila diterima
dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada
tahun 1964
Di Malaysia, permainan bola tampar
mula diperkenalkan pada tahun 1927.
Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau
MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.
61
2. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KEPERLUAN DAN PERALATAN
Gelanggang Permainan
RF (Penyerang
Kanan) 9m
RB (Bek Kanan)
CB (Bek Tengah) LB (Bek Kiri)
Garisan
Tengah LF (Penyerang Kiri)
CF (Penyerang
Tengah)
m
3
Garisan Penyerang
m
3
Ka Kedudukan para pemain
wa 18 m
sa bola tampar di gelanggang
n
Se
rvi
s
Gelanggang bola tampar boleh dibuat di
padang terbuka atau tertutup.
2.43 m
2.24 m Pakaian Pemain
Ketinggian jaring untuk
wanita senior – 2.24 m
Ketinggian jaring untuk
lelaki senior – 2.43 m
Bola tampar
Pemain lelaki Pemain wanita/perempuan
62
3. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN
Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua
pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam
orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan
meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para
pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada
bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan
bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis
dilakukan.
Skor (Pengiraan Mata)
1. Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di
peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3
set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan
diisytiharkan sebagai pemenang.
2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta
perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set
penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.
3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di
sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5
saat selepas wisel dibunyikan.
Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap Pemain yang menghasilkan mata
pemain (atas), berpeluang melakukan (bawah), akan berpeluang membuat
servis. servis sekali lagi dan seterusnya jika
markah diperoleh.
63
4. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR
Pukulan Menyangga (Digging)
Teknik untuk menyangga. Luruskan lengan untuk
Rapatkan kedua-dua ibu menyangga dengan
jari baik
Rendahkan badan supaya
bola yang disangga
melepasi jaring
Pukulan Mengumpan (Setting)
Buka jari-jari supaya
membentuk tiga segi seperti di
dalam gambar dan sentuh
bola pada ketinggian kepala
Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman
64
5. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
Pukulan Rejam/Rejaman (Spiking)
Pukulan rejaman dibuat dengan tapak
tangan terbuka dan dikeraskan.
Teknik Pukulan Rejaman
Menghalang (Blocking)
Lonjakan bagi
menghalang pukulan
hendaklah dilakukan
serentak dengan lonjakan
pemain lawan yang
merejam bola
65
6. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TEKNIK DAN KEMAHIRAN BOLA TAMPAR
Servis
1
Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan
menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian
belakang tapak tangan
2
Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing
belakang
66
7. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
3
Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola
dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi
seseorang pemain untuk memukulnya.
4
Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola
dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola.
67
8. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN BERPASUKAN – RELI (RALLY)
Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan.
Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan
menjadi menarik.
Reli yang panjang membuat
sesuatu permainan itu menjadi
menarik
CADANGAN LATIHAN
1 Servis 2
1 Bola dipukul secara berperingkat-peringkat untuk latihan
servis sehinggalah melepasi jaring
Latihan servis ke dinding secara
pukulan atas bahu
3
Membuat latihan servis ke arah dinding
Tandakan pada dinding, garisan melintang yang
mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah
dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima
meter daripada jaring dan melakukan servis secara
pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke
sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi
pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali.
68
9. Pendidikan Jasmani dan Sukan untuk Sekolah-sekolah Malaysia
2 Latihan Pukulan Sangga
1.8 m
1m
Latihan menyangga
bersendirian
Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah
dinding pada jarak 1 meter dan pada arah
ketinggian kira-kira 1.8 meter.
Latihan menyangga bola ke
dinding bersama rakan
3 Latihan Mengumpan Bola
Melambung dan menangkap
bola dengan ketinggian Latihan mengumpan dan Latihan mengumpan dan menyangga
paras dahi menyangga pada dinding pada dinding secara berpasangan
Latihan mengumpan
bersama rakan
Latihan mengumpan dengan
menggunakan gelung rotan
69
10. FAIL SUMBER LENGKAP GURU – PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4 Latihan Membuat Rejaman atau Merejam Bola
Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola
5 Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking)
Latihan merejam dan menghalang bola.
Semasa membuat rejaman, tangan tidak
boleh menyentuh atau melintasi jaring
Lonjakan serentak di hadapan jaring
70