Atmosfera adalah lapisan gas yang mengelilingi bumi, menerima panas dan kelembapan dari permukaan bumi dan menyebarkannya kembali. Ia mengandungi gas seperti nitrogen, oksigen, karbon dioksida dan ozon yang memainkan peranan penting dalam proses kehidupan. Atmosfera juga mengalami proses fizikal seperti pemanasan, pendinginan, dan pembentukan awan yang mempengaruhi cuaca dan iklim bumi.
3. Menurut Shaharuddin (2002), atmosfera difahamkan sebagai satu lapisan nipis di sekeliling Bumi dengan ketebalan kurang daripada satu peratus jejari Bumi. Menurut beliau lagi, atmosfera amat penting bagi kehidupan di darat. Ahli sains percaya bahawa kandungan dan sifat lapisan atmosfera bumi yang ada pada hari ini terbina sejak 400 juta tahun lalu, sejak tumbuh-tumbuhan mula wujud di permukaan Bumi. Lapisan atmosfera penting kepada semua hidupan di bumi sebagai penghalang penembusan bahang matahari secara berlebihan ke Bumi termasuk menghalang sinaran ultra violet yang boleh membahayakan manusia dan mengawal suhu bumi pada siang dan malam.
4. Peranan gas N2, O2, CO2, dan O3 dalam proses kehidupan. Nitrogen: Pembentukan protein, O2: Pernafasan, CO2: Fotosintesis, O3: Pelindung sinaran UV
5. Cahaya yang memasuki memasuki bumi akan: 1) Masuk tanpa perubahan, diserap oleh zarah dan lautan 2) Dipantul tanpa perubahan ke angkasa 3) Diserakkan oleh zarah di udara 4) Diserap oleh gas di atmosfera Shaharuddin (2002) menyatakan bahawa kebanyakan sistem iklim dan cuaca terbentuk dan berakhir di dalam atmosfera pada ketinggian di bawah 10 km dari permukaan Bumi.
6. Suhu adalah ukuran purata tenaga kinetik semua atom dalam sesuatu bahan. Faktor yang mempengaruhi suhu: 1) Sudut sinaran matahari = Tengahari lebih panas dari petang 2) Putaran bumi 3) Altitud 4) Latitud Haba adalah jumlah tenaga kinetik semua atom. Proses pemanasan bergantung kepada: - haba rasa ( sensible heating ) ( 23%) wujud pada angin dan air. - haba pendam (77%) wujud pada pengaliran dan olakan.