SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
BAHAGIAN ULASAN
1. Aktiviti Gotong-royong Persatuan Penduduk Taman Desa Nilam.
Persatuan Penduduk Taman Desa Nilam menganjurkan aktiviti gotong-royong yang
akan diadakan pada 27 Mac 2016 bersamaan dengan hari Ahad. Tempat dan masa berkumpul
adalah di dewan Komuniti Desa Nilam pada pukul 8.00 pagi. Tujuan aktiviti tersebut adalah
untuk membersihkan kawasan sekitar. Selain itu, mereka juga ingin memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk aedes yang terdapat di kawasan sekitar, di samping mengindahkan dan
menghijau persekitaran. Penganjur mengalu-alukan kehadiran semua penduduk. Penduduk
yang ingin mengambil bahagian diminta membawa peralatan yang berkaitan serta memakai
pakaian yang bersesuaian.
2. Pertandingan Memancing Kolam Bamban Seremban.
Iklan menunjukkan satu pertandingan memancing di Kolam Bamban, Seremban akan
diadakan pada 26 November 2016 iaitu pada hari Sabtu selama lima jam. Setiap peserta boleh
menggunakan sebatang joran dan dua bentuk mata kail. Umpan yang digunakan pula bebas.
Juara sehingga tempat ke-30 akan menerima hadiah wang tunai. Selain itu, cabutan bertuah
turut disediakan kepada para peserta yang bertanding. Hadiah-hadiah berupa peralatan dan
barangan dapur ditawarkan. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi nombor telefon yang
tertera dalam iklan untuk keterangan lanjut.
3. Keperluan Mangsa-mangsa Banjir.
Mangsa-mangsa banjir memerlukan beberapa jenis barangan keperluan. Pertama,
sebanyak 25% keperluan makanan diperlukan seperti beras, ayam, ikan dan minuman. Kedua,
mangsa-mangsa banjir memerlukan sebanyak 20% pakaian terpakai untuk menjalani kehidupan
seharian. Ketiga, barangan keperluan harian seperti lilin, tisu, selimut, kain, penyangkut baju
dan lampin pakai buang turut diperlukan oleh mereka. Seterusnya, 20% permintaan terhadap
produk pembersihan diri seperti syampu, sabun dan ubat gigi. Selebihnya, mangsa-mangsa
banjir memerlukan alatan kebersihan seperti mop, penyapu, berus dan span untuk
memudahkan kerja-kerja pembersihan.
1
PPMPBM SJK POTIAN
4. Usaha-usaha Menceriakan Kawasan Sekolah.
Kita perlu berusaha menceriakan kawasan sekolah supaya dapat belajar dalam suasana
yang selesa. Antara usaha itu ialah mengadakan aktiviti gotong-royong secara berkumpulan
dengan memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama membersihkan kawasan
sekolah.Contohnya, menyapu sampah dan mengumpulkan sampah ke dalam beg plastik
sampah. Selain itu, menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah perlu dilakukan
agar persekitaran sekolah lebih indah dan segar. Guru-guru dan murid-murid bersama-sama
melukis dan mewarna mural untuk menambahkan keceriaan suasana. Akhir sekali, warga
sekolah perlu saling membantu membaiki dan membetulkan kemudahan sekolah yang
mengalami kerosakan supaya kelihatan baharu dan boleh digunakan semula.
5. Jenis Bahan Bacaan di Perpustakaan SJK(C) Kwang Chu.
Perpustakaan SJK(C) Kwang Chu dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan untuk menarik
minat murid-murid. Terdapat 200 naskhah akhbar yang menyediakan berita terkini tentang
perkembangan di dalam dan di luar negara disediakan. Selain itu, 300 naskhah majalah
dibekalkan untuk para murid meluaskan ilmu dalam pelbagai bidang. Seterusnya, buku-buku
ilmiah sebanyak 500 buah diletakkan untuk rujukan murid dalam pembelajaran. Di samping itu,
bilangan buku bukan fiksyen berjumlah 400 buah manakala buku fiksyen berjumlah 550 buah
untuk menggalakkan murid membaca dan meluaskan imaginasi.
6. Hari Bahagia Taman Aman Siara 2016.
Hari Keluarga Taman Aman Siara anjuran persatuan penduduk akan diadakan pada 3
dan 4 Disember 2016 di Morib Beach Resort, Pantai Morib. Pada hari pertama, pendaftaran
bermula pada pukul 8.30 pagi disusuli taklimat. Acara sukaneka diadakan pada pukul 10.00
pagi. Para peserta mendaftar masuk hotel selepas makan tengah hari. Sukaneka disambung
semula pada pukul 4.30 petang diikuti acara penyampaian hadiah. Para peserta makan malam
pada pukul 7.30 petang. Mereka berehat pada pukul 10.30 malam. Pada hari kedua, mereka
akan mengikuti acara kolam selepas bersarapan. Para peserta mendaftar keluar dan bersurai
pada pukul 12.00 tengah hari.
2
PPMPBM SJK POTIAN
7.Pertandingan Halaman Tercantik.
Pertandingan Halaman Tercantik diadakan sempena Hari Alam Sekitar pada 5 Jun 2016.
Penduduk Taman Mega layak menyertai pertandingan ini. Hadiah-hadiah istimewa ditawarkan
untuk para pemenang. Pemenang pertama akan mendapat satu set pancuran air mini, sebuah
mesin pemotong rumput, hiasan landskap halaman percuma dan wang tunai RM1500.
Pemenang kedua akan mendapat satu set pancuran air mini, sebuah mesin pemotong rumput
dan wang tunai RM1000. Pemenang ketiga pula mendapat satu set pancuran air mini, sebuah
mesin pemotong rumput dan wang tunai RM500. Hadiah-hadiah ini ditaja oleh Syarikat Hiasan
Laman Uni, Preti Houz Sdn. Bhd. dan Qaya Bank Berhad.
8.Lima Langkah Asas Melintas Jalan.
Murid-murid mestilah berhati-hati semasa melintas jalan raya. Setiap murid hendaklah
mengingati lima langkah asas sebelum melintas jalan. Pertama,murid perlu berhenti di bahu
jalan sebelum melintas. Kedua, murid mesti melihat ke kiri dan ke kanan serta memastikan
laluan trafik lapang. Ketiga, murid perlu mendengar untuk memastikan tiada kenderaan datang
dari kedua-dua arah. Keempat, murid harus memikirkan dan memastikan keadaan selamat
untuk melintas. Kelima, murid perlu berwaspada dan berhati-hati apabila melintas jalan raya.
9. Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 SJK(C) San Chi.
Peperiksaan pertengahan tahun bagi murid tahun enam SJK(C) San Chi berlangsung
selama empat hari bermula dari 10 hingga 13 Mei 2016. Pada hari pertama, berlangsungnya
peperiksaan Bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan dan Matematik 1. Pada
hari kedua, Peperiksaan Matematik kertas 2 bermula pada pukul 8.15 pagi. Selepas itu,
peperiksaan Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan pula diadakan. Pada hari
ketiga, peperiksaan Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan dijalankan.
Pada hari terakhir, peperiksaan Sains Kertas 1 dan Sains Kertas 2 diadakan.
10.Cara Menggosok Gigi dengan Betul.
Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit.
Langkah pertama, halakan berus gigi 45 darjah ke bahagian gusi atas. Gosok dari gusi ke gigi.
Kedua, gosok bahagian hadapan gigi secara menegak ke atas dan ke bawah dan menyeluruh.
Ketiga, ulangi langkah 2 pada keseluruhan bahagian gigi. Keempat, gunakan hujung berus gigi
untuk memberus bahagian dalam dan belakang, Kelima, berus permukaan gigi hingga bersih
3
PPMPBM SJK POTIAN
dari bahagian belakang ke hadapan. Langkah terakhir, berus permukaan lidah supaya bersih
dan nafas menjadi segar.
11. Tong Kitar Semula.
Gambar di atas menunjukkan poster tentang tong sampah kitar semula. Terdapat tiga
buah tong sampah kitar semula yang mempunyai warna berbeza yang boleh kita gunakan untuk
membuang sampah sarap yang boleh dikitar semula. Semua kertas seperti surat khabar,
majalah dan buku-buku terpakai boleh dibuang ke dalam tong berwarna biru. Tong berwarna
jingga pula boleh digunakan untuk mengumpulkan sampah seperti botol minuman plastik serta
tin minuman. Bagi barangan kaca seperti botol kaca dan baling kaca, kita boleh membuangnya
ke dalam tong berwarna coklat.Program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
12. Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kesesakan Lalulintas.
Pihak perlu berganding bahu bagi memantau masalah ini supaya dapat menjamin
keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Peta bulatan di atas menunjukkan langkah-
langkah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Antaranya, kita hendaklah menambah
bilangan dan meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya dapat menampung bilangan
pengguna jalan raya yang semakin meningkat. Selain itu, amalan berkongsi kereta juga perlu
diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya di kurangkan. Jalan raya juga perlu
diperbanyak supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke destinasi. Semua
pihak perlu berganding bahu bagi memantau masalah ini supaya dapat menjamin keselamatan
dan keselesaan pengguna jalan raya.
13. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.
Peta buih di atas menunjukkan tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Antara
punca kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu yang memandu melebihi
had laju. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik merupakan punca
terjadinya kemalangan. Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik
merupakan punca terjadinya kemalangan. Seterusnya, keadaan jalan raya yang kurang baik juga
menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui
jalan tersebut. Selain itu, cuaca buruk juga boleh menjadi penyebab berlakunya kemalangan
jalan raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga menjadi punca
berlakunya kemalangan jalan raya.
4
PPMPBM SJK POTIAN
14. Amalan hidup Sihat.
Gambar di atas menunjukkan carta tentang amalan hidup sihat. Antaranya ialah
menjaga pemakanan seharian kita. Kita perlulah makan makanan yang seimbang dan
berkhasiat agar kesihatan lebih terjamin. Selain itu, kita hendaklah rajin bersenam. Bersenam
dapat meningkatkan kecergasan fizikal kita. Di samping itu, kita hendaklah menjaga kebersihan
diri, rumah dan persekitaran. Kebersihan adalah asas kesihatan. Seterusnya, kita perlulah
membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaaan kesihatan amat penting untuk mencegah
penyakit. Kesimpulannya, amalan hidup sihat membolehkan kita sihat dan hidupm sejahtera.
15. Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang.
Gambar di atas menunjukkan carta tentang usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi
murid cemerlang. Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang ialah kita
mestilah membuat jadual belajar untuk pengurusan masa yang lebih baik. Selain itu, kita
hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan kita dapat memahami topik yang
dipelajari. Di samping itu, kita haruslah belajar secara berkumpulan. Belajar secara
berkumpulan juga berfaedah kerana kita dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan.
Seterusnya, kita perlulah rajin bertanya kepada guru sekiranya kurang faham akan sesuatu
topik. Kesimpulannya, kita mestilah rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh jika mahu
berjaya.
16. Panduan Berbelanja Secara Bijak.
Gambar di atas menunjukkan tentang panduan berbelanja secara bijak. Amalan bijak
berbelanja dapat menggalakkan amalan menabung. Dengan menabung, kita akan mempunyai
simpanan dan dapat digunakan pada waktu kecemasan. Selain itu, kita akan dapat
mengurangkan bebanan hutang. Oleh itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan, bukan
mengikut nafsu. Di samping itu, kita juga dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh penjual.
Kita akan membandingkan maklumat tentang produk daripada media massa supaya tidak
ditipu. Amalan seperti ini juga dapat mengelakkan pembaziran. Kita hanya akan berbelanja
mengikut keperluan bukan kehendak.
5
PPMPBM SJK POTIAN
17. Program Hari Keluarga Taman Harmoni 2016.
Poster di atas menunjukkan program Hari Keluarga Taman Harmoni 2016 yang akan
diadakan pada 20 Mac 2016. Berdasarkan poster itu, penduduk kampung perlu berkumpul di
Dewan Orang Ramai Taman Harmoni pada pukul 8.00 pagi . Program ini akan berakhir pada
pukul 5.00 petang. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan mewarna,
pertandingan melukis, pemeriksaan kesihatan dan acara sukaneka. Program ini melibatkan
penduduk Taman Harmoni. Program Hari Keluarga ini bertemakan “ Keluarga Bahagia
Masyarakat Sejahtera”. Program ini dianjurkan oleh Biro Penduduk Taman Harmoni.
18. Adab Berkawan.
Gambar rajah di atas menunjukkan tentang adab berkawan secara bertatasusila. Antara
adab berkawan secara bertatasusila ialah kita hendaklah mengasihi kawan seperti mengasihi
diri kita sendiri. Selain itu, jika kita hendak menegur mereka yang melakukan kesilapan, kita
perlulah menegur dengan cara berhemah supaya kita tidak menyinggung perasaannya.
Seterusnya, kita hendaklah menghindari perbuatan yang menyakiti hati kawan kerana ada
sesetengah orang tidak boleh menerima guruan kita. Akhir sekali, kita mestilah menghormati
kawan dan janganlah kita memburuk-burukkannya di hadapan orang lain.
19. Kem Bakat Badminton.
Poster di atas menunjukkan Kem Bakat Badminton yang dianjurkan oleh Kelab
Badminton SJK(C) Khoi Tee. Kem ini akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei 2016 bertempat di
Kompleks Sukan Kuala Selangor. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak lima puluh
ringgit sahaja. Antara syarat-syarat penyertaan termasuklah berumur 10 hingga 12 tahun dan
membawa keperluan asas seperti raket badminton dan kasut sukan. Peserta hendaklah
menyerahkan borang dan yuran penyertaan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 14 Mei
2016, pukul 5.00 petang.
6
PPMPBM SJK POTIAN
20.Tidur yang Berkualiti.
Peta Pelbagai Alir di atas menunjukkan tentang sebab dan kesan tidur yang berkualiti.
Bagi memperoleh tidur yang berkualiti, kita hendaklah mengekalkan jadual waktu tidur setiap
hari. Ruang dan peralatan tidur yang selesa juga membolehkan kita tidur dengan nyenyak.
Seterusnya, kita perlu mempunyai tempoh tidur yang mencukupi iaitu tidur sekurang-
kurangnya tujuh jam bagi meningkatkan kecergasan badan. Melalui tidur yang berkualiti,
badan kita akan sentiasa sihat dan cergas. Minda kita akan menjadi cerdas dan sentiasa segar
untuk menjalankan tugas harian. Akhir sekali, tidur yang berkualiti turut meningkatkan daya
ingatan seseorang.
21. Cara-cara Menjaga Kebersihan Gigi.
Kebersihan gigi sangat penting dan perlu dijaga dengan baik untuk meningkatkan imej
atau penampilan diri seseorang. Salah satu cara untuk menjaga kebersihan gigi adalah
menggosok gigi dengan cara yang betul selepas makan. Ini adalah untuk menghilangkan
kekotoran pada gigi. Kita juga hendaklah berkumur selepas makan untuk mengelakkan
makanan terselit pada celah-celah gigi. Selain itu, kita juga disarankan untuk melakukan
pemeriksaan gigi 6 bulan sekali bagi mengesan jika kita mempunyai masalah gigi. Akhir sekali
kita juga hendaklah mengelakkan makanan yang manis seperti gula-gula dan coklat untuk
mengelakkan kerosakan gigi.
22. Kepentingan Air.
Air ialah sumber alam yang sangat berguna kepada manusia untuk meneruskan
kelangsungan hidup di dunia ini. Air ialah sumber minuman yang diperlukan oleh badan bagi
menghilangkan rasa kehausan. Tanpa air juga segala hidupan di dunia ini akan mati. Kita juga
memerlukan air untuk mandi pada setiap hari bagi menjaga kebersihan badan. Kita juga
memerlukan air yang bersih untuk mencuci pakaian dan peralatan rumah. Air juga sesuatu yang
sangat diperlukan dalam aspek penjagaan kebersihan seperti rumah dan membersihkan
kenderaan. Selain itu, kita memerlukan air untuk mencuci tangan dan menjaga kebersihan
selepas menggunakan tandas.
7
PPMPBM SJK POTIAN
23.Faedah Membaca.
Tabiat membaca memberi banyak kebaikan kepada murid-murid seperti boleh
mendapat pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang akan membantu kita dalam
pelajaran di sekolah dan kehidupan seharian. Ilmu yang diperoleh daripada tabiat membaca
juga akan membantu kita lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Mereka yang rajin
membaca juga mempunyai peluang yang lebih baik dalam mendapat pekerjaan apabila dewasa
nanti. Oleh itu amalkan tabiat membaca untuk mendapat pelbagai manfaat demi kebaikan diri
kita.
24. Patuhi Undang-undang Jalan Raya.
Semasa berada di jalan raya kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan. Kita hendaklah mematuhi lampu isyarat yang disediakan di jalan raya bagi
menjamin keselamatan semasa melintas jalan. Para pengguna jalan raya juga mesti mematuhi
had laju yang ditetapkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kes
kemalangan. Semasa melintas jalan juga, kita perlu menggunakan jejantas yang telah
disediakan demi menjaga keselamatan diri. Selain itu, gunalah kemudahan laluan untuk pejalan
kaki untuk menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya.
25. Sajak Menghargai Jasa Ibu.
Sajak ini menceritakan tentang seorang anak yang begitu menghargai jasa ibunya.
Penulis menghargai jasa ibunya yang telah melahirkan dan menjaganya dengan baik.Dalam
sajak itu penulis turut menyatakan dia tetap mengenang dan mengingati ajaran dan nasihat
ibunya.Selain itu penulis juga menyatakan bahawa dia tidak mampu membalas jasa ibunya yang
sungguh besar itu. Walaupun penulis berjaya menjadi seorang doktor namun dia masih
memerlukan kasih sayang dan doa daripada ibunya.
26. Cara-cara Menjaga Kesihatan.
Kesihatan sangat penting dan perlu dijaga untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
Oleh itu pemakanan yang berkhasiat dan seimbang perlu diamalkan agar tubuh badan sentiasa
sihat dan bertenaga. Kita juga hendaklah rajin bersenam supaya mempunyai tubuh badan yang
sihat dan kekal cergas. Selain itu, kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan
berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Akhir sekali, kita juga perlu
memastikan diri kita mendapat rehat dan tidur yang mencukupi agar sentiasa cergas sepanjang
masa.
8
PPMPBM SJK POTIAN
27. Cara –cara Mengelakkan Keracunan Makanan Di Sekolah.
Keracunan makanan banyak berlaku kepada murid-murid di sekolah. Pelbagai cara
boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian ini seperti sikap peniaga yang perlu
bertanggungjawab dalam menguruskan makanan di kantin.Mereka perlu prihatin dengan
kebersihan bagi memastikan kesihatan murid-murid terjaga.Pihak sekolah juga perlu peka dan
melakukan pemantauan di kantin bagi memastikan hanya makanan dan minuman yang selamat
sahaja disediakan oleh pihak kantin. Amalan membawa bekal dari rumah juga adalah satu
langkah yang baik dalam mengelakkan keracunan makanan. Selain itu, murid-murid juga perlu
menjaga kebersihan diri seperti amalan mencuci tangan sebelum dan selepas makan.
28. Faedah Bersukan.
Bersukan adalah aktiviti fizikal yang memberi banyak faedah seperti menyihatkan tubuh
badan. Dengan bersukan kita juga dapat mengisi masa lapang pada setiap hari dengan aktiviti
yang baik untuk kesihatan badan. Selain itu, dengan bersukan juga kita dapat mengeratkan
hubungan dengan kawan-kawan. Kita boleh melakukan aktiviti sukan bersama-sama dan
berbincang tentang kehidupan seharian. Faedah bersukan juga dapat membantu
menghilangkan stress.Pada masa itu tumpuan kita hanya pada sukan dan dan kita dapat
melupakan masalah semasa bersukan.
29. Tekanan Emosi.
Berdasarkan peta pelbagai alir di atas tekanan emosi disebabkan permasalahan yang
berlaku dalam keluarga. Permasalahan seperti pergaduhan atau perceraian ibu bapa boleh
menyebabkan seseorang itu bersikap murung dan memencilkan diri. Masalah kewangan juga
turut menyebabkan tekanan emosi. Kesannya seseorang itu akan mengalami tekanan hidup
kerana kekurangan wang untuk menyara kehidupannya. Tekanan emosi juga berlaku apabila
seseorang itu kurang berjaya dalam pelajaran. Ini menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan
dan motivasi untuk meneruskan kehidupannya.
30. Aktiviti Mengisi Masa Lapang.
Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang untuk mengisi masa yang
terluang. Antaranya menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah untuk meringankan
beban mereka. Pada masa lapang kita juga boleh bersukan untuk menyihatkan dan
mencergaskan tubuh badan. Selain itu kita juga boleh menggunakan masa lapang dengan
berkebun. Berkebun sangat berfaedah kerana kita boleh menanam sayur untuk kegunaan
sendiri. Kita juga boleh mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku bagi menambahkan
ilmu pengetahuan. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti di atas masa lapang dapat diisi dengan
perkara yang bermanfaat.
9
PPMPBM SJK POTIAN
31. Kriteria Remaja yang Berakhlak Mulia.
Kita dapat melihat melalui pemakaian remaja tersebut. Biasanya remaja ini sentiasa
berpakaian kemas. Selain itu, remaja yang mempunyai akhlak yang mulia ini gemar membantu
orang yang memerlukan atau yang berada dalam kesusahan seperti membantu orang tua
melintas jalan. Akhir sekali, remaja yang berakhlak mulia ini sentiasa menghormati ibu bapa
mereka. Kesimpulannya, kriteria remaja yang berakhlak mulia ini perlu menjadi contoh
terhadap remaja- remaja yang lain.
32. Faedah Menyertai Aktiviti Badan Beruniform
Terdapat pelbagai faedah dengan menyertai aktiviti badan beruniform ini. Antaranya
adalah dapat menguji ketahanan mental dan fizikal kita jika menghadapi sesuatu masalah.
Selain itu, aktiviti ini juga dapat mewujudkan semangat kerjasama serta pembentukan disiplin
dalam kalangan peserta. Akhir sekali, penglibatan dalam badan beruniform juga dapat memberi
pengetahuan asas bantuan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan semasa menjalani aktiviti
tersebut.
33. Kesan Pencemaran Sungai Terhadap Hidupan Lain
Pencemaran sungai akan memberi kesan kepada hidupan yang lain. Manusia tidak akan
mendapat sumber air yang bersih untuk minum, mandi dan mencuci pakaian. Selain itu,
hidupan dalam sungai seperti ikan akan mati dan manusia tidak mendapat sumber protien.
Akhir sekali, pencemaran sungai boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang boleh
memudaratkan kesihatan manusia seperti nyamuk aedes menyebabkan wabak demam denggi.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan sungai agar tidak tercemar.
34. Permainan Tradisional Masyarakat Melayu di Malaysia
Permainan tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia antaranya ialah congkak
yang dimainkan secara berpasangan. Selain itu, sepak raga juga merupakan permainan
tradisional yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Di samping itu, permainan wau juga
terkenal sebagai permainan tradisional dari negeri Kelantan. Satu lagi permainan yang boleh
dimainkan secara berpasangan selain congkak ialah permainan gasing. Kesimpulannya, kita
mestilah mengekalkan permainan tradisional ini untuk generasi yang akan datang.
10
PPMPBM SJK POTIAN
35. Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam
Kemudahan awam yang terdapat di sekeliling kita perlu dijaga dengan baik. Peralatan
yang terdapat di taman permainan mesti digunakan dengan cara yang betul agar tidak mudah
rosak. Selain itu, dinding pada pondok menunggu bas atau teksi diconteng. Di samping itu, balai
raya yang disediakan oleh pihak tertentu haruslah sentiasa dijaga kebersihannya. Akhir sekali,
telefon awam yang ada berhampiran di kediaman kita perlu digunakan secara berhemah.
Kesimpulannya, menjaga kemudahan awam ini amatlah penting untuk kesenangan semua
individu.
36. Adab Berkawan Secara Bertatasusila
Antara adab berkawan secara bertatasusila ialah kita hendaklah mengasihi kawan seperti
mengasihi diri kita sendiri. Selain itu, jika kita hendak menegur mereka yang melakukan
kesilapan, kita perlulah menegur dengan cara yang berhemah supaya kita tidak menyinggung
perasaannya. Seterusnya, kita hendaklah menghindari perbuatan yang menyakiti hati kawan
kerana ada sesetengah orang tidak boleh menerima gurauan kita. Akhir sekali, kita mestilah
menghormati kawan dan janganlah kita memburuk-burukkannya di hadapan orang lain.
37. Usaha untuk Menjadi Murid Cemerlang
Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang ialah kita mesti membuat
jadual belajar untuk pengurusan masa yang lebih baik. Selain itu, kita hendaklah rajin
mengulang kaji pelajaran bagi memastikan kita dapat memahami topik yang dipelajari. Di
samping itu, kita haruslah belajar secara berkumpulan. Belajar secara berkumpulan juga
berfaedah kerana kita dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan. Seterusnya, kita perlulah
rajin bertanya kepada guru sekiranya kurang faham akan sesuatu topik. Kesimpulannya, kita
mestilah rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh jika mahu berjaya.
11
PPMPBM SJK POTIAN
38. Faedah Menjaga Kesihatan Minda dan Emosi
Terdapat pelbagai faedah yang akan diperolehi oleh seseorang yang menjaga
kesihatan minda dan emosi. Antaranya adalah sentiasa membuat keputusan yang betul. Selain
itu, seseorang yang menjaga kesihatan minda dan emosi akan bijak mengawal emosi agar tidak
mudah marah, sedih dan takut. Seterusnya, individu tersebut dapat tidur nyenyak dan selesa
apabila menjaga kesihatan minda dan emosi. Akhir sekali, kita hendaklah menjaga kesihatan
minda dan emosi agar minda dan emosi kita menjadi sihat dan kuat.
39. Langkah-langkah Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu dalam
Kalangan Murid
Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh murid untuk meningkatkan
penggunaan bahasa Melayu. Antaranya adalah dengan sentiasa bertutur dalam bahasa Melayu
supaya dapat membiasakan diri dengan penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, membaca
bahan bacaan bahasa Melayu dan menonton rancangan televisyen bahasa Melayu juga dapat
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Seterunya, murid boleh
mengambil bahagian dalam program yang memartabatkan bahasa Melayu seperti pertandingan
syarahan,pantun dan syair. Kesimpulannya,bahasa Melayu perlu dimartabatkan kerana bahasa
Melayu adalah teras perpaduan negara.
40. Manfaat Bersenam Kepada Manusia
Terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapati oleh seseorang yang kerap
bersenam. Antaranya adalah bersenam dapat menyingkirkan racun dan toksin melalui
perpeluhan. Selain itu, bersenam dapat membakar lemak dan kalori yang berlebihan dalam
badan. Seterusnya,bersenam dapat mencerdaskan minda seseorang. Bersenam juga mampu
untuk menghilangkan stres jika selalu diamalkan. Kita hendaklah melakukan senaman dengan
kerap agar dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda.
12
PPMPBM SJK POTIAN
41. Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri
Terdapat banyak cara menjaga kesihatan diri. Antaranya , kita hendaklah melakukan
senaman seperti berjoging ,berbasikal atau bermain badminton sekurang-kurangnya tiga kali
dalam seminggu. Selain itu, kita juga perlu merehatkan badan dengan tidur secukupnya . Kita
perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan diri adalah asas kepada kesihatan tubuh
badan. Bukan itu sahaja , kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat supaya tubuh badan
kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian . Oleh itu ,
kita perlulah menjaga kesihatan diri dengan mengikuti cara-cara yang telah diberikan.
42. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang
Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan salah satu idaman setiap
pelajar.Golongan ini merupakan aset terpenting bagi sesebuah negara. Ciri-ciri utama pelajar
yang cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik serta
memberi tumpuan terhadap pelajaran dan tekun berusaha.Selain itu, pelajar yang cemerlang
mengutamakan disiplin diri.Disiplin diri merupakan penentu kejayaan seseorang dalam
kehidupan.Mereka dapat menggelakkan diri daripada gejala yang tidak sihat.Ciri lain yang dapat
membentuk kecemerlangan pelajar ialah keterlibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum secara
aktif sama ada aktiviti dalam darjah mahupun luar bilik darjah.Pengurusan masa yang bijak juga
merupakan ciri penting yang menyumbang kepada kecemerlangan seseorang pelajar.
Kesimpulannya jelas sekali bahawa kecemerlangan pelajar dapat dicapai sekiranya ciri-ciri yang
tersebut di atas dapat dipupuk sejak awal lagi.
43. Menjadi Seorang Anak yang Baik
Kita perlu menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa mempunyai sikap yang positif.
Hal ini dapat diamalkan dengan kita sentiasa merendah diri dan mengamalkan sikap yang mulia.
Walaupun kita mempunyai ilmu yang tinggi dan bijak berbanding dengan orang lain namun kita
tetap merendah diri.Perbuatan yang baik sentiasa mendapat perhatian orang manakala
perbuatan jahat akan dihina.Sikap merendah diri dan bersopan santun dalam bercakap amat
digalakkan.Jangan bersikap kedekut dan boros kerana sikap itu amat dikeji.Amalan-amalan
yang terpuji perlu dipraktikan dalam kehidupan seharian. Rumusannya , jika kita lebih muda
,kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua dan sentiasa membantu mereka yang
memerlukan.
13
PPMPBM SJK POTIAN
44.Keluarga Bahagia
Setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia memerlukan
didikan yang baik dan disemai dengan didikan agama yang tinggi. Kita perlu mendidik anak-
anak sedari kecil agar mendapat didikan yang sempurna. Didikan serta kasih sayang yang diberi
membentuk diri anak -anak. Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab dan saling
membantu antara sesama adik- beradik.Kejayaan ibu bapa memberi semangat dan dorongan
untuk anak-anak berjaya dengan cemerlang sebagai golongan yang professional.Wawasan
keluarga dapat mencipta nama memberi impak yang besar untuk masyarakat dan negara.
Namun sebagai anak kita janganlah mudah lupa dengan kejayaan yang kita peroleh.
45. Cara-cara Membuat Aiskrim
Inilah cara-cara membuat aiskrim . Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk
membuat aiskrim ialah ais, bahan perasa , garam dan batang aiskrim. Bahan-bahan tersebut
perlu dimasukkan ke dalam bekas. Langkah yang seterusnya ialah masukkan garam,kacau
perlahan-lahan dan masukkan ais . Susunkan acuan di dalam bekas dengan teliti.Kemudian,
tuang air yang mengandungi perisa yang kita kehendaki. Perisa yang pelbagai dapat digunakan
mengikut selera masing-masing.Akhir sekali , goyangkan ke kiri dan ke kanan. Selepas proses
itu, aiskrim siap untuk dimakan.
46. Panduan Membeli-belah
Berikut merupakan panduan sebelum dan semasa membeli -belah . Ketika kita membeli
barangan , kita hendaklah membeli barangan yang benar-benar diperlukan . Kita boleh
menyenaraikan barangan yang diperlukan .Kita perlu memilih barangan yang berkualiti seperti
barangan yang pasti materialnya. Barang yang hendak dibeli mestilah memenuhi keperluan kita
dan jangan membazir. Kita perlu bijak membuat perbandingan harga barangan . Selain itu, kita
perlu membaca label dan menyemak tarikh luput. Tarikh luput ini perlu diambil kira kerana ia
melibatkan kesihatan pengguna itu sendiri.Akhir sekali, kita sebagai pengguna perlu menyemak
resit dan wang baki setelah membuat bayaran.
14
PPMPBM SJK POTIAN
47. Pakej Pelancongan Tanah Tinggi Cameron
Ini ialah pakej pelancongan di Tanah Tinggi Cameron Pahang Darul Makmur. Pakej
iklan percutian ini melibatkan tiga hari dua malam. Percutian ini dari Ipoh hanya memerlukan
bajet sebanyak RM 200 seorang.Penginapan di hotel , apartmen atau resort. Makanan
disediakan tiga kali sehari . Makanan yang disediakan merupakan makanan yang istimewa. Di
samping itu , kemudahan pengangkutan disediakan . Antara tempat-tempat menarik untuk
dikunjungi termasuk ladang teh, ladang bunga ros, ladang strawberi, ladang sayuran , taman
rama-rama , taman kaktus dan ladang orkid.Terdapat jualan pelbagai jenis sayur pada malam
minggu di bandar Brinchang. Segala pertanyaan boleh menghubungi Syarikat Pelancongan
Sofiros Sdn. Bhd. di talian telefon 057216730 dan faksimili 057212288 dan e-mel :
jomelancong15@ gmail.com.
48. Punca Kemalangan Jalan Raya
Sejak kebelakangan ini, banyak kemalangan jalan raya terjadi di negara kita.Antara
punca utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Kebanyakan
pemandu cenderung untuk memandu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan . Selain
itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik merupakan punca terjadinya kemalangan.
Sebagai contoh, sistem brek gagal berfungsi dengan baik. Seterusnya , keadaan jalan raya
yang kurang baik juga menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh
perhatian apabila melalui jalan tersebut.
49. Cara-cara Membersihkan Tempat Tinggal
Tempat tinggal merupakan tempat yang perlu sentiasa bersih agar keselamatan dan
kesihatan penghuninya terjamin. Terdapat pelbagai cara untuk membersihkan tempat tinggal
kita. Salah satu tempat yang perlu di beri keutamaan ialah membersihkan longkang . Longkang
perlu bersih agar tidak ada nyamuk yang membiak. Longkang yang bersih menjamin kesihatan
penghuninya. Selain itu, kita perlu menebas semak -samun yang tumbuh meliar di kawasan
tempat tinggal kita. Kawasan semak- samun ini perlu ditebas agar tidak ada binatang-binatang
berbisa seperti ular, kala jengking dan juga lipan. Kawasan tempat tinggal yang bersih ini dapat
memberi keselesaan penghuninya. Akhir sekali, kita perlu membakar dan menanam tin-tin
kosong yang terdapat di sekitar tempat tinggal kita.
15
PPMPBM SJK POTIAN
50. Faedah Berkebun
Berkebun merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita.Faedah yang pertama
adalah aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Berkebun boleh dilakukan pada hujung
minggu.Selain itu, berkebun dapat menjimatkan wang. Sebagai contoh , sayur-sayuran yang
ditanam boleh dijadikan juadah makanan sekaligus menjimatkan perbelanjaan rumah.
Seterusnya berkebun dapat menyihatkan badan. Hal ini kerana semasa kita melakukan aktiviti
ini, badan kita akan berpeluh. Secara tidak langsung badan menjadi cergas dan sihat. Akhir
sekali, berkebun dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan . Hal ini kerana ahli keluarga
akan bersama-sama mengusahakan kebun tersebut agar mengeluarkan hasil yang memuaskan.
Kesimpulannya , berbudi kepada tanah tiada ruginya.
16
PPMPBM SJK POTIAN

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Shankal Kashan
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
Syazwani Mohd
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
Jeglin Siva
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
Lim Moi
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Bong Shuying
 

La actualidad más candente (20)

Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018Jawapan contoh percbaan upsr 2018
Jawapan contoh percbaan upsr 2018
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmiContoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
Nota kata adjektif
Nota kata adjektifNota kata adjektif
Nota kata adjektif
 
Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Penulisan syarahan
Penulisan syarahanPenulisan syarahan
Penulisan syarahan
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Latihan ulasan merdeka
Latihan ulasan merdekaLatihan ulasan merdeka
Latihan ulasan merdeka
 
Peribahasa t2
Peribahasa t2Peribahasa t2
Peribahasa t2
 
Penggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepatPenggunaan kata yang tepat
Penggunaan kata yang tepat
 
Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabung
 
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
Kata ganti nama diri  (bahasa istana)Kata ganti nama diri  (bahasa istana)
Kata ganti nama diri (bahasa istana)
 
Jawapan ulasan faedah bersukan
Jawapan ulasan faedah bersukanJawapan ulasan faedah bersukan
Jawapan ulasan faedah bersukan
 
Tingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 BawodTingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 Bawod
 
Teknik ansur maju faedah bersukan
Teknik ansur maju faedah bersukanTeknik ansur maju faedah bersukan
Teknik ansur maju faedah bersukan
 

Similar a 50 jawapan ulasan

Contoh Kerja Kursus Geografi 2010
Contoh Kerja Kursus Geografi 2010Contoh Kerja Kursus Geografi 2010
Contoh Kerja Kursus Geografi 2010
mohdkhamdani
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Ummu Umar
 
Prosposal usaha dana 17 an
Prosposal usaha dana 17 anProsposal usaha dana 17 an
Prosposal usaha dana 17 an
Susanto Wiworo
 
Laporan projek rainbow twinning programme ukm 2
Laporan projek rainbow twinning programme ukm 2Laporan projek rainbow twinning programme ukm 2
Laporan projek rainbow twinning programme ukm 2
Muhammad Hafiz
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis fakta
cikgushamsuddin
 
Penjagaan alam sekitar part 3
Penjagaan alam sekitar part 3Penjagaan alam sekitar part 3
Penjagaan alam sekitar part 3
Madzani Saidie
 

Similar a 50 jawapan ulasan (20)

Lingkungan sekolah
Lingkungan sekolahLingkungan sekolah
Lingkungan sekolah
 
Contoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docxContoh karangan BM t5.docx
Contoh karangan BM t5.docx
 
Kerja kursus[1]
Kerja kursus[1]Kerja kursus[1]
Kerja kursus[1]
 
Kerja kursus[1]
Kerja kursus[1]Kerja kursus[1]
Kerja kursus[1]
 
Contoh Kerja Kursus Geografi 2010
Contoh Kerja Kursus Geografi 2010Contoh Kerja Kursus Geografi 2010
Contoh Kerja Kursus Geografi 2010
 
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3Kerja lapangan geografi tingkatan 3
Kerja lapangan geografi tingkatan 3
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Prosposal usaha dana 17 an
Prosposal usaha dana 17 anProsposal usaha dana 17 an
Prosposal usaha dana 17 an
 
Laporan projek rainbow twinning programme ukm 2
Laporan projek rainbow twinning programme ukm 2Laporan projek rainbow twinning programme ukm 2
Laporan projek rainbow twinning programme ukm 2
 
Ramalan karangan upsr
Ramalan karangan upsrRamalan karangan upsr
Ramalan karangan upsr
 
Proposal lingkungan 2014
Proposal lingkungan 2014Proposal lingkungan 2014
Proposal lingkungan 2014
 
Raangka karangan spm
Raangka karangan spmRaangka karangan spm
Raangka karangan spm
 
KkN garut 2012
KkN garut 2012KkN garut 2012
KkN garut 2012
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis fakta
 
Bm K1 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K1 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMABm K1 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
Bm K1 ting4 PEP AKHIR TAHUN 2017 & SKEMA
 
Contoh LAPORAN Widyawisata SMP
Contoh LAPORAN Widyawisata SMPContoh LAPORAN Widyawisata SMP
Contoh LAPORAN Widyawisata SMP
 
Phbs institusi pendidikan
Phbs institusi pendidikanPhbs institusi pendidikan
Phbs institusi pendidikan
 
Penjagaan alam sekitar part 3
Penjagaan alam sekitar part 3Penjagaan alam sekitar part 3
Penjagaan alam sekitar part 3
 
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1
Sains ; Kepentingan Sumber Bumi Kepada Manusia Tingkatan 1
 
Proposal 17an anggrawati
Proposal 17an anggrawatiProposal 17an anggrawati
Proposal 17an anggrawati
 

Último

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 

Último (20)

Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 

50 jawapan ulasan

  • 1. BAHAGIAN ULASAN 1. Aktiviti Gotong-royong Persatuan Penduduk Taman Desa Nilam. Persatuan Penduduk Taman Desa Nilam menganjurkan aktiviti gotong-royong yang akan diadakan pada 27 Mac 2016 bersamaan dengan hari Ahad. Tempat dan masa berkumpul adalah di dewan Komuniti Desa Nilam pada pukul 8.00 pagi. Tujuan aktiviti tersebut adalah untuk membersihkan kawasan sekitar. Selain itu, mereka juga ingin memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes yang terdapat di kawasan sekitar, di samping mengindahkan dan menghijau persekitaran. Penganjur mengalu-alukan kehadiran semua penduduk. Penduduk yang ingin mengambil bahagian diminta membawa peralatan yang berkaitan serta memakai pakaian yang bersesuaian. 2. Pertandingan Memancing Kolam Bamban Seremban. Iklan menunjukkan satu pertandingan memancing di Kolam Bamban, Seremban akan diadakan pada 26 November 2016 iaitu pada hari Sabtu selama lima jam. Setiap peserta boleh menggunakan sebatang joran dan dua bentuk mata kail. Umpan yang digunakan pula bebas. Juara sehingga tempat ke-30 akan menerima hadiah wang tunai. Selain itu, cabutan bertuah turut disediakan kepada para peserta yang bertanding. Hadiah-hadiah berupa peralatan dan barangan dapur ditawarkan. Sesiapa yang berminat perlu menghubungi nombor telefon yang tertera dalam iklan untuk keterangan lanjut. 3. Keperluan Mangsa-mangsa Banjir. Mangsa-mangsa banjir memerlukan beberapa jenis barangan keperluan. Pertama, sebanyak 25% keperluan makanan diperlukan seperti beras, ayam, ikan dan minuman. Kedua, mangsa-mangsa banjir memerlukan sebanyak 20% pakaian terpakai untuk menjalani kehidupan seharian. Ketiga, barangan keperluan harian seperti lilin, tisu, selimut, kain, penyangkut baju dan lampin pakai buang turut diperlukan oleh mereka. Seterusnya, 20% permintaan terhadap produk pembersihan diri seperti syampu, sabun dan ubat gigi. Selebihnya, mangsa-mangsa banjir memerlukan alatan kebersihan seperti mop, penyapu, berus dan span untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan. 1 PPMPBM SJK POTIAN
  • 2. 4. Usaha-usaha Menceriakan Kawasan Sekolah. Kita perlu berusaha menceriakan kawasan sekolah supaya dapat belajar dalam suasana yang selesa. Antara usaha itu ialah mengadakan aktiviti gotong-royong secara berkumpulan dengan memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama membersihkan kawasan sekolah.Contohnya, menyapu sampah dan mengumpulkan sampah ke dalam beg plastik sampah. Selain itu, menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan sekolah perlu dilakukan agar persekitaran sekolah lebih indah dan segar. Guru-guru dan murid-murid bersama-sama melukis dan mewarna mural untuk menambahkan keceriaan suasana. Akhir sekali, warga sekolah perlu saling membantu membaiki dan membetulkan kemudahan sekolah yang mengalami kerosakan supaya kelihatan baharu dan boleh digunakan semula. 5. Jenis Bahan Bacaan di Perpustakaan SJK(C) Kwang Chu. Perpustakaan SJK(C) Kwang Chu dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan untuk menarik minat murid-murid. Terdapat 200 naskhah akhbar yang menyediakan berita terkini tentang perkembangan di dalam dan di luar negara disediakan. Selain itu, 300 naskhah majalah dibekalkan untuk para murid meluaskan ilmu dalam pelbagai bidang. Seterusnya, buku-buku ilmiah sebanyak 500 buah diletakkan untuk rujukan murid dalam pembelajaran. Di samping itu, bilangan buku bukan fiksyen berjumlah 400 buah manakala buku fiksyen berjumlah 550 buah untuk menggalakkan murid membaca dan meluaskan imaginasi. 6. Hari Bahagia Taman Aman Siara 2016. Hari Keluarga Taman Aman Siara anjuran persatuan penduduk akan diadakan pada 3 dan 4 Disember 2016 di Morib Beach Resort, Pantai Morib. Pada hari pertama, pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi disusuli taklimat. Acara sukaneka diadakan pada pukul 10.00 pagi. Para peserta mendaftar masuk hotel selepas makan tengah hari. Sukaneka disambung semula pada pukul 4.30 petang diikuti acara penyampaian hadiah. Para peserta makan malam pada pukul 7.30 petang. Mereka berehat pada pukul 10.30 malam. Pada hari kedua, mereka akan mengikuti acara kolam selepas bersarapan. Para peserta mendaftar keluar dan bersurai pada pukul 12.00 tengah hari. 2 PPMPBM SJK POTIAN
  • 3. 7.Pertandingan Halaman Tercantik. Pertandingan Halaman Tercantik diadakan sempena Hari Alam Sekitar pada 5 Jun 2016. Penduduk Taman Mega layak menyertai pertandingan ini. Hadiah-hadiah istimewa ditawarkan untuk para pemenang. Pemenang pertama akan mendapat satu set pancuran air mini, sebuah mesin pemotong rumput, hiasan landskap halaman percuma dan wang tunai RM1500. Pemenang kedua akan mendapat satu set pancuran air mini, sebuah mesin pemotong rumput dan wang tunai RM1000. Pemenang ketiga pula mendapat satu set pancuran air mini, sebuah mesin pemotong rumput dan wang tunai RM500. Hadiah-hadiah ini ditaja oleh Syarikat Hiasan Laman Uni, Preti Houz Sdn. Bhd. dan Qaya Bank Berhad. 8.Lima Langkah Asas Melintas Jalan. Murid-murid mestilah berhati-hati semasa melintas jalan raya. Setiap murid hendaklah mengingati lima langkah asas sebelum melintas jalan. Pertama,murid perlu berhenti di bahu jalan sebelum melintas. Kedua, murid mesti melihat ke kiri dan ke kanan serta memastikan laluan trafik lapang. Ketiga, murid perlu mendengar untuk memastikan tiada kenderaan datang dari kedua-dua arah. Keempat, murid harus memikirkan dan memastikan keadaan selamat untuk melintas. Kelima, murid perlu berwaspada dan berhati-hati apabila melintas jalan raya. 9. Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 6 SJK(C) San Chi. Peperiksaan pertengahan tahun bagi murid tahun enam SJK(C) San Chi berlangsung selama empat hari bermula dari 10 hingga 13 Mei 2016. Pada hari pertama, berlangsungnya peperiksaan Bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Malaysia Penulisan dan Matematik 1. Pada hari kedua, Peperiksaan Matematik kertas 2 bermula pada pukul 8.15 pagi. Selepas itu, peperiksaan Bahasa Cina Pemahaman dan Bahasa Cina Penulisan pula diadakan. Pada hari ketiga, peperiksaan Bahasa Inggeris Pemahaman dan Bahasa Inggeris Penulisan dijalankan. Pada hari terakhir, peperiksaan Sains Kertas 1 dan Sains Kertas 2 diadakan. 10.Cara Menggosok Gigi dengan Betul. Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit. Langkah pertama, halakan berus gigi 45 darjah ke bahagian gusi atas. Gosok dari gusi ke gigi. Kedua, gosok bahagian hadapan gigi secara menegak ke atas dan ke bawah dan menyeluruh. Ketiga, ulangi langkah 2 pada keseluruhan bahagian gigi. Keempat, gunakan hujung berus gigi untuk memberus bahagian dalam dan belakang, Kelima, berus permukaan gigi hingga bersih 3 PPMPBM SJK POTIAN
  • 4. dari bahagian belakang ke hadapan. Langkah terakhir, berus permukaan lidah supaya bersih dan nafas menjadi segar. 11. Tong Kitar Semula. Gambar di atas menunjukkan poster tentang tong sampah kitar semula. Terdapat tiga buah tong sampah kitar semula yang mempunyai warna berbeza yang boleh kita gunakan untuk membuang sampah sarap yang boleh dikitar semula. Semua kertas seperti surat khabar, majalah dan buku-buku terpakai boleh dibuang ke dalam tong berwarna biru. Tong berwarna jingga pula boleh digunakan untuk mengumpulkan sampah seperti botol minuman plastik serta tin minuman. Bagi barangan kaca seperti botol kaca dan baling kaca, kita boleh membuangnya ke dalam tong berwarna coklat.Program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. 12. Langkah-langkah Mengatasi Masalah Kesesakan Lalulintas. Pihak perlu berganding bahu bagi memantau masalah ini supaya dapat menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Peta bulatan di atas menunjukkan langkah- langkah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Antaranya, kita hendaklah menambah bilangan dan meningkatkan mutu pengangkutan awam supaya dapat menampung bilangan pengguna jalan raya yang semakin meningkat. Selain itu, amalan berkongsi kereta juga perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya di kurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyak supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke destinasi. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memantau masalah ini supaya dapat menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. 13. Punca-punca Kemalangan Jalan Raya. Peta buih di atas menunjukkan tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Antara punca kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu yang memandu melebihi had laju. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik merupakan punca terjadinya kemalangan. Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik merupakan punca terjadinya kemalangan. Seterusnya, keadaan jalan raya yang kurang baik juga menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, cuaca buruk juga boleh menjadi penyebab berlakunya kemalangan jalan raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. 4 PPMPBM SJK POTIAN
  • 5. 14. Amalan hidup Sihat. Gambar di atas menunjukkan carta tentang amalan hidup sihat. Antaranya ialah menjaga pemakanan seharian kita. Kita perlulah makan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar kesihatan lebih terjamin. Selain itu, kita hendaklah rajin bersenam. Bersenam dapat meningkatkan kecergasan fizikal kita. Di samping itu, kita hendaklah menjaga kebersihan diri, rumah dan persekitaran. Kebersihan adalah asas kesihatan. Seterusnya, kita perlulah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaaan kesihatan amat penting untuk mencegah penyakit. Kesimpulannya, amalan hidup sihat membolehkan kita sihat dan hidupm sejahtera. 15. Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang. Gambar di atas menunjukkan carta tentang usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang. Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang ialah kita mestilah membuat jadual belajar untuk pengurusan masa yang lebih baik. Selain itu, kita hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan kita dapat memahami topik yang dipelajari. Di samping itu, kita haruslah belajar secara berkumpulan. Belajar secara berkumpulan juga berfaedah kerana kita dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan. Seterusnya, kita perlulah rajin bertanya kepada guru sekiranya kurang faham akan sesuatu topik. Kesimpulannya, kita mestilah rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh jika mahu berjaya. 16. Panduan Berbelanja Secara Bijak. Gambar di atas menunjukkan tentang panduan berbelanja secara bijak. Amalan bijak berbelanja dapat menggalakkan amalan menabung. Dengan menabung, kita akan mempunyai simpanan dan dapat digunakan pada waktu kecemasan. Selain itu, kita akan dapat mengurangkan bebanan hutang. Oleh itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu. Di samping itu, kita juga dapat mengelakkan diri daripada ditipu oleh penjual. Kita akan membandingkan maklumat tentang produk daripada media massa supaya tidak ditipu. Amalan seperti ini juga dapat mengelakkan pembaziran. Kita hanya akan berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak. 5 PPMPBM SJK POTIAN
  • 6. 17. Program Hari Keluarga Taman Harmoni 2016. Poster di atas menunjukkan program Hari Keluarga Taman Harmoni 2016 yang akan diadakan pada 20 Mac 2016. Berdasarkan poster itu, penduduk kampung perlu berkumpul di Dewan Orang Ramai Taman Harmoni pada pukul 8.00 pagi . Program ini akan berakhir pada pukul 5.00 petang. Antara aktiviti yang diadakan termasuklah pertandingan mewarna, pertandingan melukis, pemeriksaan kesihatan dan acara sukaneka. Program ini melibatkan penduduk Taman Harmoni. Program Hari Keluarga ini bertemakan “ Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera”. Program ini dianjurkan oleh Biro Penduduk Taman Harmoni. 18. Adab Berkawan. Gambar rajah di atas menunjukkan tentang adab berkawan secara bertatasusila. Antara adab berkawan secara bertatasusila ialah kita hendaklah mengasihi kawan seperti mengasihi diri kita sendiri. Selain itu, jika kita hendak menegur mereka yang melakukan kesilapan, kita perlulah menegur dengan cara berhemah supaya kita tidak menyinggung perasaannya. Seterusnya, kita hendaklah menghindari perbuatan yang menyakiti hati kawan kerana ada sesetengah orang tidak boleh menerima guruan kita. Akhir sekali, kita mestilah menghormati kawan dan janganlah kita memburuk-burukkannya di hadapan orang lain. 19. Kem Bakat Badminton. Poster di atas menunjukkan Kem Bakat Badminton yang dianjurkan oleh Kelab Badminton SJK(C) Khoi Tee. Kem ini akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei 2016 bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak lima puluh ringgit sahaja. Antara syarat-syarat penyertaan termasuklah berumur 10 hingga 12 tahun dan membawa keperluan asas seperti raket badminton dan kasut sukan. Peserta hendaklah menyerahkan borang dan yuran penyertaan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 14 Mei 2016, pukul 5.00 petang. 6 PPMPBM SJK POTIAN
  • 7. 20.Tidur yang Berkualiti. Peta Pelbagai Alir di atas menunjukkan tentang sebab dan kesan tidur yang berkualiti. Bagi memperoleh tidur yang berkualiti, kita hendaklah mengekalkan jadual waktu tidur setiap hari. Ruang dan peralatan tidur yang selesa juga membolehkan kita tidur dengan nyenyak. Seterusnya, kita perlu mempunyai tempoh tidur yang mencukupi iaitu tidur sekurang- kurangnya tujuh jam bagi meningkatkan kecergasan badan. Melalui tidur yang berkualiti, badan kita akan sentiasa sihat dan cergas. Minda kita akan menjadi cerdas dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas harian. Akhir sekali, tidur yang berkualiti turut meningkatkan daya ingatan seseorang. 21. Cara-cara Menjaga Kebersihan Gigi. Kebersihan gigi sangat penting dan perlu dijaga dengan baik untuk meningkatkan imej atau penampilan diri seseorang. Salah satu cara untuk menjaga kebersihan gigi adalah menggosok gigi dengan cara yang betul selepas makan. Ini adalah untuk menghilangkan kekotoran pada gigi. Kita juga hendaklah berkumur selepas makan untuk mengelakkan makanan terselit pada celah-celah gigi. Selain itu, kita juga disarankan untuk melakukan pemeriksaan gigi 6 bulan sekali bagi mengesan jika kita mempunyai masalah gigi. Akhir sekali kita juga hendaklah mengelakkan makanan yang manis seperti gula-gula dan coklat untuk mengelakkan kerosakan gigi. 22. Kepentingan Air. Air ialah sumber alam yang sangat berguna kepada manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini. Air ialah sumber minuman yang diperlukan oleh badan bagi menghilangkan rasa kehausan. Tanpa air juga segala hidupan di dunia ini akan mati. Kita juga memerlukan air untuk mandi pada setiap hari bagi menjaga kebersihan badan. Kita juga memerlukan air yang bersih untuk mencuci pakaian dan peralatan rumah. Air juga sesuatu yang sangat diperlukan dalam aspek penjagaan kebersihan seperti rumah dan membersihkan kenderaan. Selain itu, kita memerlukan air untuk mencuci tangan dan menjaga kebersihan selepas menggunakan tandas. 7 PPMPBM SJK POTIAN
  • 8. 23.Faedah Membaca. Tabiat membaca memberi banyak kebaikan kepada murid-murid seperti boleh mendapat pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan yang akan membantu kita dalam pelajaran di sekolah dan kehidupan seharian. Ilmu yang diperoleh daripada tabiat membaca juga akan membantu kita lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Mereka yang rajin membaca juga mempunyai peluang yang lebih baik dalam mendapat pekerjaan apabila dewasa nanti. Oleh itu amalkan tabiat membaca untuk mendapat pelbagai manfaat demi kebaikan diri kita. 24. Patuhi Undang-undang Jalan Raya. Semasa berada di jalan raya kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kita hendaklah mematuhi lampu isyarat yang disediakan di jalan raya bagi menjamin keselamatan semasa melintas jalan. Para pengguna jalan raya juga mesti mematuhi had laju yang ditetapkan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kes kemalangan. Semasa melintas jalan juga, kita perlu menggunakan jejantas yang telah disediakan demi menjaga keselamatan diri. Selain itu, gunalah kemudahan laluan untuk pejalan kaki untuk menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya. 25. Sajak Menghargai Jasa Ibu. Sajak ini menceritakan tentang seorang anak yang begitu menghargai jasa ibunya. Penulis menghargai jasa ibunya yang telah melahirkan dan menjaganya dengan baik.Dalam sajak itu penulis turut menyatakan dia tetap mengenang dan mengingati ajaran dan nasihat ibunya.Selain itu penulis juga menyatakan bahawa dia tidak mampu membalas jasa ibunya yang sungguh besar itu. Walaupun penulis berjaya menjadi seorang doktor namun dia masih memerlukan kasih sayang dan doa daripada ibunya. 26. Cara-cara Menjaga Kesihatan. Kesihatan sangat penting dan perlu dijaga untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Oleh itu pemakanan yang berkhasiat dan seimbang perlu diamalkan agar tubuh badan sentiasa sihat dan bertenaga. Kita juga hendaklah rajin bersenam supaya mempunyai tubuh badan yang sihat dan kekal cergas. Selain itu, kita perlu melakukan pemeriksaan kesihatan dengan berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan kita. Akhir sekali, kita juga perlu memastikan diri kita mendapat rehat dan tidur yang mencukupi agar sentiasa cergas sepanjang masa. 8 PPMPBM SJK POTIAN
  • 9. 27. Cara –cara Mengelakkan Keracunan Makanan Di Sekolah. Keracunan makanan banyak berlaku kepada murid-murid di sekolah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan kejadian ini seperti sikap peniaga yang perlu bertanggungjawab dalam menguruskan makanan di kantin.Mereka perlu prihatin dengan kebersihan bagi memastikan kesihatan murid-murid terjaga.Pihak sekolah juga perlu peka dan melakukan pemantauan di kantin bagi memastikan hanya makanan dan minuman yang selamat sahaja disediakan oleh pihak kantin. Amalan membawa bekal dari rumah juga adalah satu langkah yang baik dalam mengelakkan keracunan makanan. Selain itu, murid-murid juga perlu menjaga kebersihan diri seperti amalan mencuci tangan sebelum dan selepas makan. 28. Faedah Bersukan. Bersukan adalah aktiviti fizikal yang memberi banyak faedah seperti menyihatkan tubuh badan. Dengan bersukan kita juga dapat mengisi masa lapang pada setiap hari dengan aktiviti yang baik untuk kesihatan badan. Selain itu, dengan bersukan juga kita dapat mengeratkan hubungan dengan kawan-kawan. Kita boleh melakukan aktiviti sukan bersama-sama dan berbincang tentang kehidupan seharian. Faedah bersukan juga dapat membantu menghilangkan stress.Pada masa itu tumpuan kita hanya pada sukan dan dan kita dapat melupakan masalah semasa bersukan. 29. Tekanan Emosi. Berdasarkan peta pelbagai alir di atas tekanan emosi disebabkan permasalahan yang berlaku dalam keluarga. Permasalahan seperti pergaduhan atau perceraian ibu bapa boleh menyebabkan seseorang itu bersikap murung dan memencilkan diri. Masalah kewangan juga turut menyebabkan tekanan emosi. Kesannya seseorang itu akan mengalami tekanan hidup kerana kekurangan wang untuk menyara kehidupannya. Tekanan emosi juga berlaku apabila seseorang itu kurang berjaya dalam pelajaran. Ini menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan dan motivasi untuk meneruskan kehidupannya. 30. Aktiviti Mengisi Masa Lapang. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang untuk mengisi masa yang terluang. Antaranya menolong ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah untuk meringankan beban mereka. Pada masa lapang kita juga boleh bersukan untuk menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan. Selain itu kita juga boleh menggunakan masa lapang dengan berkebun. Berkebun sangat berfaedah kerana kita boleh menanam sayur untuk kegunaan sendiri. Kita juga boleh mengunjungi perpustakaan untuk membaca buku bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti di atas masa lapang dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat. 9 PPMPBM SJK POTIAN
  • 10. 31. Kriteria Remaja yang Berakhlak Mulia. Kita dapat melihat melalui pemakaian remaja tersebut. Biasanya remaja ini sentiasa berpakaian kemas. Selain itu, remaja yang mempunyai akhlak yang mulia ini gemar membantu orang yang memerlukan atau yang berada dalam kesusahan seperti membantu orang tua melintas jalan. Akhir sekali, remaja yang berakhlak mulia ini sentiasa menghormati ibu bapa mereka. Kesimpulannya, kriteria remaja yang berakhlak mulia ini perlu menjadi contoh terhadap remaja- remaja yang lain. 32. Faedah Menyertai Aktiviti Badan Beruniform Terdapat pelbagai faedah dengan menyertai aktiviti badan beruniform ini. Antaranya adalah dapat menguji ketahanan mental dan fizikal kita jika menghadapi sesuatu masalah. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mewujudkan semangat kerjasama serta pembentukan disiplin dalam kalangan peserta. Akhir sekali, penglibatan dalam badan beruniform juga dapat memberi pengetahuan asas bantuan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan semasa menjalani aktiviti tersebut. 33. Kesan Pencemaran Sungai Terhadap Hidupan Lain Pencemaran sungai akan memberi kesan kepada hidupan yang lain. Manusia tidak akan mendapat sumber air yang bersih untuk minum, mandi dan mencuci pakaian. Selain itu, hidupan dalam sungai seperti ikan akan mati dan manusia tidak mendapat sumber protien. Akhir sekali, pencemaran sungai boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang boleh memudaratkan kesihatan manusia seperti nyamuk aedes menyebabkan wabak demam denggi. Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan sungai agar tidak tercemar. 34. Permainan Tradisional Masyarakat Melayu di Malaysia Permainan tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia antaranya ialah congkak yang dimainkan secara berpasangan. Selain itu, sepak raga juga merupakan permainan tradisional yang perlu dimainkan secara berkumpulan. Di samping itu, permainan wau juga terkenal sebagai permainan tradisional dari negeri Kelantan. Satu lagi permainan yang boleh dimainkan secara berpasangan selain congkak ialah permainan gasing. Kesimpulannya, kita mestilah mengekalkan permainan tradisional ini untuk generasi yang akan datang. 10 PPMPBM SJK POTIAN
  • 11. 35. Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam Kemudahan awam yang terdapat di sekeliling kita perlu dijaga dengan baik. Peralatan yang terdapat di taman permainan mesti digunakan dengan cara yang betul agar tidak mudah rosak. Selain itu, dinding pada pondok menunggu bas atau teksi diconteng. Di samping itu, balai raya yang disediakan oleh pihak tertentu haruslah sentiasa dijaga kebersihannya. Akhir sekali, telefon awam yang ada berhampiran di kediaman kita perlu digunakan secara berhemah. Kesimpulannya, menjaga kemudahan awam ini amatlah penting untuk kesenangan semua individu. 36. Adab Berkawan Secara Bertatasusila Antara adab berkawan secara bertatasusila ialah kita hendaklah mengasihi kawan seperti mengasihi diri kita sendiri. Selain itu, jika kita hendak menegur mereka yang melakukan kesilapan, kita perlulah menegur dengan cara yang berhemah supaya kita tidak menyinggung perasaannya. Seterusnya, kita hendaklah menghindari perbuatan yang menyakiti hati kawan kerana ada sesetengah orang tidak boleh menerima gurauan kita. Akhir sekali, kita mestilah menghormati kawan dan janganlah kita memburuk-burukkannya di hadapan orang lain. 37. Usaha untuk Menjadi Murid Cemerlang Usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi murid cemerlang ialah kita mesti membuat jadual belajar untuk pengurusan masa yang lebih baik. Selain itu, kita hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran bagi memastikan kita dapat memahami topik yang dipelajari. Di samping itu, kita haruslah belajar secara berkumpulan. Belajar secara berkumpulan juga berfaedah kerana kita dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan. Seterusnya, kita perlulah rajin bertanya kepada guru sekiranya kurang faham akan sesuatu topik. Kesimpulannya, kita mestilah rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh jika mahu berjaya. 11 PPMPBM SJK POTIAN
  • 12. 38. Faedah Menjaga Kesihatan Minda dan Emosi Terdapat pelbagai faedah yang akan diperolehi oleh seseorang yang menjaga kesihatan minda dan emosi. Antaranya adalah sentiasa membuat keputusan yang betul. Selain itu, seseorang yang menjaga kesihatan minda dan emosi akan bijak mengawal emosi agar tidak mudah marah, sedih dan takut. Seterusnya, individu tersebut dapat tidur nyenyak dan selesa apabila menjaga kesihatan minda dan emosi. Akhir sekali, kita hendaklah menjaga kesihatan minda dan emosi agar minda dan emosi kita menjadi sihat dan kuat. 39. Langkah-langkah Meningkatkan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh murid untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu. Antaranya adalah dengan sentiasa bertutur dalam bahasa Melayu supaya dapat membiasakan diri dengan penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, membaca bahan bacaan bahasa Melayu dan menonton rancangan televisyen bahasa Melayu juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Seterunya, murid boleh mengambil bahagian dalam program yang memartabatkan bahasa Melayu seperti pertandingan syarahan,pantun dan syair. Kesimpulannya,bahasa Melayu perlu dimartabatkan kerana bahasa Melayu adalah teras perpaduan negara. 40. Manfaat Bersenam Kepada Manusia Terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapati oleh seseorang yang kerap bersenam. Antaranya adalah bersenam dapat menyingkirkan racun dan toksin melalui perpeluhan. Selain itu, bersenam dapat membakar lemak dan kalori yang berlebihan dalam badan. Seterusnya,bersenam dapat mencerdaskan minda seseorang. Bersenam juga mampu untuk menghilangkan stres jika selalu diamalkan. Kita hendaklah melakukan senaman dengan kerap agar dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda. 12 PPMPBM SJK POTIAN
  • 13. 41. Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri Terdapat banyak cara menjaga kesihatan diri. Antaranya , kita hendaklah melakukan senaman seperti berjoging ,berbasikal atau bermain badminton sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Selain itu, kita juga perlu merehatkan badan dengan tidur secukupnya . Kita perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan diri adalah asas kepada kesihatan tubuh badan. Bukan itu sahaja , kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat supaya tubuh badan kita mendapat nutrisi yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian . Oleh itu , kita perlulah menjaga kesihatan diri dengan mengikuti cara-cara yang telah diberikan. 42. Ciri-ciri Pelajar Cemerlang Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan salah satu idaman setiap pelajar.Golongan ini merupakan aset terpenting bagi sesebuah negara. Ciri-ciri utama pelajar yang cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik serta memberi tumpuan terhadap pelajaran dan tekun berusaha.Selain itu, pelajar yang cemerlang mengutamakan disiplin diri.Disiplin diri merupakan penentu kejayaan seseorang dalam kehidupan.Mereka dapat menggelakkan diri daripada gejala yang tidak sihat.Ciri lain yang dapat membentuk kecemerlangan pelajar ialah keterlibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum secara aktif sama ada aktiviti dalam darjah mahupun luar bilik darjah.Pengurusan masa yang bijak juga merupakan ciri penting yang menyumbang kepada kecemerlangan seseorang pelajar. Kesimpulannya jelas sekali bahawa kecemerlangan pelajar dapat dicapai sekiranya ciri-ciri yang tersebut di atas dapat dipupuk sejak awal lagi. 43. Menjadi Seorang Anak yang Baik Kita perlu menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa mempunyai sikap yang positif. Hal ini dapat diamalkan dengan kita sentiasa merendah diri dan mengamalkan sikap yang mulia. Walaupun kita mempunyai ilmu yang tinggi dan bijak berbanding dengan orang lain namun kita tetap merendah diri.Perbuatan yang baik sentiasa mendapat perhatian orang manakala perbuatan jahat akan dihina.Sikap merendah diri dan bersopan santun dalam bercakap amat digalakkan.Jangan bersikap kedekut dan boros kerana sikap itu amat dikeji.Amalan-amalan yang terpuji perlu dipraktikan dalam kehidupan seharian. Rumusannya , jika kita lebih muda ,kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan. 13 PPMPBM SJK POTIAN
  • 14. 44.Keluarga Bahagia Setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia memerlukan didikan yang baik dan disemai dengan didikan agama yang tinggi. Kita perlu mendidik anak- anak sedari kecil agar mendapat didikan yang sempurna. Didikan serta kasih sayang yang diberi membentuk diri anak -anak. Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab dan saling membantu antara sesama adik- beradik.Kejayaan ibu bapa memberi semangat dan dorongan untuk anak-anak berjaya dengan cemerlang sebagai golongan yang professional.Wawasan keluarga dapat mencipta nama memberi impak yang besar untuk masyarakat dan negara. Namun sebagai anak kita janganlah mudah lupa dengan kejayaan yang kita peroleh. 45. Cara-cara Membuat Aiskrim Inilah cara-cara membuat aiskrim . Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim ialah ais, bahan perasa , garam dan batang aiskrim. Bahan-bahan tersebut perlu dimasukkan ke dalam bekas. Langkah yang seterusnya ialah masukkan garam,kacau perlahan-lahan dan masukkan ais . Susunkan acuan di dalam bekas dengan teliti.Kemudian, tuang air yang mengandungi perisa yang kita kehendaki. Perisa yang pelbagai dapat digunakan mengikut selera masing-masing.Akhir sekali , goyangkan ke kiri dan ke kanan. Selepas proses itu, aiskrim siap untuk dimakan. 46. Panduan Membeli-belah Berikut merupakan panduan sebelum dan semasa membeli -belah . Ketika kita membeli barangan , kita hendaklah membeli barangan yang benar-benar diperlukan . Kita boleh menyenaraikan barangan yang diperlukan .Kita perlu memilih barangan yang berkualiti seperti barangan yang pasti materialnya. Barang yang hendak dibeli mestilah memenuhi keperluan kita dan jangan membazir. Kita perlu bijak membuat perbandingan harga barangan . Selain itu, kita perlu membaca label dan menyemak tarikh luput. Tarikh luput ini perlu diambil kira kerana ia melibatkan kesihatan pengguna itu sendiri.Akhir sekali, kita sebagai pengguna perlu menyemak resit dan wang baki setelah membuat bayaran. 14 PPMPBM SJK POTIAN
  • 15. 47. Pakej Pelancongan Tanah Tinggi Cameron Ini ialah pakej pelancongan di Tanah Tinggi Cameron Pahang Darul Makmur. Pakej iklan percutian ini melibatkan tiga hari dua malam. Percutian ini dari Ipoh hanya memerlukan bajet sebanyak RM 200 seorang.Penginapan di hotel , apartmen atau resort. Makanan disediakan tiga kali sehari . Makanan yang disediakan merupakan makanan yang istimewa. Di samping itu , kemudahan pengangkutan disediakan . Antara tempat-tempat menarik untuk dikunjungi termasuk ladang teh, ladang bunga ros, ladang strawberi, ladang sayuran , taman rama-rama , taman kaktus dan ladang orkid.Terdapat jualan pelbagai jenis sayur pada malam minggu di bandar Brinchang. Segala pertanyaan boleh menghubungi Syarikat Pelancongan Sofiros Sdn. Bhd. di talian telefon 057216730 dan faksimili 057212288 dan e-mel : jomelancong15@ gmail.com. 48. Punca Kemalangan Jalan Raya Sejak kebelakangan ini, banyak kemalangan jalan raya terjadi di negara kita.Antara punca utama kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan . Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik merupakan punca terjadinya kemalangan. Sebagai contoh, sistem brek gagal berfungsi dengan baik. Seterusnya , keadaan jalan raya yang kurang baik juga menyebabkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. 49. Cara-cara Membersihkan Tempat Tinggal Tempat tinggal merupakan tempat yang perlu sentiasa bersih agar keselamatan dan kesihatan penghuninya terjamin. Terdapat pelbagai cara untuk membersihkan tempat tinggal kita. Salah satu tempat yang perlu di beri keutamaan ialah membersihkan longkang . Longkang perlu bersih agar tidak ada nyamuk yang membiak. Longkang yang bersih menjamin kesihatan penghuninya. Selain itu, kita perlu menebas semak -samun yang tumbuh meliar di kawasan tempat tinggal kita. Kawasan semak- samun ini perlu ditebas agar tidak ada binatang-binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan juga lipan. Kawasan tempat tinggal yang bersih ini dapat memberi keselesaan penghuninya. Akhir sekali, kita perlu membakar dan menanam tin-tin kosong yang terdapat di sekitar tempat tinggal kita. 15 PPMPBM SJK POTIAN
  • 16. 50. Faedah Berkebun Berkebun merupakan aktiviti yang sangat berfaedah kepada kita.Faedah yang pertama adalah aktiviti ini boleh mengisi masa lapang. Berkebun boleh dilakukan pada hujung minggu.Selain itu, berkebun dapat menjimatkan wang. Sebagai contoh , sayur-sayuran yang ditanam boleh dijadikan juadah makanan sekaligus menjimatkan perbelanjaan rumah. Seterusnya berkebun dapat menyihatkan badan. Hal ini kerana semasa kita melakukan aktiviti ini, badan kita akan berpeluh. Secara tidak langsung badan menjadi cergas dan sihat. Akhir sekali, berkebun dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan . Hal ini kerana ahli keluarga akan bersama-sama mengusahakan kebun tersebut agar mengeluarkan hasil yang memuaskan. Kesimpulannya , berbudi kepada tanah tiada ruginya. 16 PPMPBM SJK POTIAN