2. FALSAFAH CIRI-CIRI
PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan boleh didefinisikan sebagai usaha
menyerapkan ilmu pengetahuan, sama ada secara
teori atau praktikal bagi membentuk peribadi atau
watak seseorang individu bagi dgnmenempuh
kehidupan yang semakin kompleks.
Pendidkan dalam Islam mempunyai kedudukan yg
tinggi dan penting. Pendidikan menjadi sebahagian
yg tidak dapat dipisahkan dari Islam dan merupakan
satu ibadat yang penting. Ini dijelaskan dlm al-
Quran, surah al-Alaq (ayat 1-4).
Pendidikan Islam dikaitkan beberapa istilah khusus
antaranya ialah tarbiyah, ta’lim, tadris dan ta’dib.
3. Tarbiyah
Suatu proses membentuk keperibadian
manusia daripada satu tahap sehingga
mencapai matlamat terakhir iaitu menjadi
insan yang sempurna serta mengabdikan diri
kepada Allah SWT dengan tulus ikhlas
TA’LIM
Suatu proses pengajaran atau pemindahan
ilmu kepada manusia untuk merealisasikan
fungsi, tugas, dan statusnya sebagai khalifah
TA’DID
Satu proses mendidik manusia agar mampu
memperkembangkan segala potensi ke arah
pembentukan tatasusila, perlakuan atau adab
yang dituntut Islam
4. IRSYAD
Petunjuk yang benar-benar ke arah jalan yang
lurus bagi kehidupan di dunia berpandukan al-
Quran dan as-sunnah
TADRIS
Pengajaran oleh seseorang tentang satu-satu
mata pelajaran. Menekankan ciri-ciri
pembelajaran, guru, murid
Mengikut perspektif Islam, pendidikan melibatkan
proses sepanjang hayat iaitu bermula dari buaian
hingga ke liang lahad. Islam memberikan kebebasan
kpd semua orang utk mendapat pendidikan tanpa
mengira jantina, kekayaan dan warna kulit.
5. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atau fardu
pada lelaki atau wanita. Islam memandang tinggi
dan menghormati orang yg menuntut ilmu
sebagaimana yg dinyatakan dlm surah al-Hashr.
Sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran dan
al- sunnah. Selain dari itu berpandukan sumber akal
dlm btk ijtihad dan qias.
Pendidikan Islam bertujuan untuk mewujudkan
pembangunan yang seimbang antara aspek naqliah
dan aqliah bagi membolehkan manusia mengenali
pencipta-Nya.
Pendidikan Islam bersifat dinamis, melibatkan
proses pendidikan sepanjang hayat iaitu bermula drp
buaian hingga ke liang lahad.
6. Fokus pendidikan Islam ialah memenuhi
keperluan kerohanian, menanamkan kepercayaan
dlm pemikiran dan hati, pemulihan akhlak dan
membangunkan jiwa merdeka. Pendidikan Islam
menekankan nilai dan keikhlasan manusia yg
bekerja kerana Allah SWT.
Menurut Ibn Khaldun, antara matlamat
pendidikan Islam ialah untuk mempersiapkan
seseorang dari segi keagamaan, ajar ttg syiar2
islam menerusi al-Quran dan Sunnah.
Tujuan pendidikan Islam ialah
memperlengkapkan akhlak manusia sebagai
khalifah dan hamba Allah SWT yg wajib
mengamalkan nilai-nilai akhlak bertunjungkan
amal ma’ruf nahi mungkar.
7. Menerusi pendidikan sesorang dapat melengkapkan
sosiobudaya kehidupannya dengan kemahiran
kesenian, termasuk muzik, syair, khat, seni bina
dsbgnya.
8. KESIMPULAN
☻ Pendidikan Islam adalah untuk mendapatkan
keredaan Allah SWT, membentuk akhlak
terpuji, menyedarkan manusia ttg hubungan
dan tgjwb serta persediaan untuk dunia dan
akhirat.
☻ Pendidikan Islam mengharapkan perubahan-
perubahan yg berlaku khususnya tingkah laku
menerusi penurunan ilmu yg dilaksanakan
secara sistematik.
10. Pada tahun 262 H, Mesir diperintah oleh kerajaan
Fatimiyah yang dipimpin oleh Mu’iz’li Dinillah al-
Fatimi dengan dibantu oleh panglima perang
yang bernama Jawhar Saqali.
Jawhar Saqali telah bertanggungjawab
membangunkan Mesir dalam pelbagai bidang
termasuklah pendidikan.
Pada tahun 359 H, Jawhar Saqali telah didirikan
masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam yang
dinamakan al-Jami al-Azhar. Masjid ini sungguh
cantik iaitu mempunyai ruang tertutup dan
terbuka untuk bersolat, dinding dihiasi dgn
ukiran ayat-ayat al-Quran, mempunyai sebuah
mimbar yang indah dan tiang-tiang dibuat dgn
batu marmar yang berkilat.
11. Dalam tempoh yang singkat masjid ini telah
dijadikan institusi pengajian tinggi, yang
kemudiannya diisytiharkan sebagai Universiti al-
Azhar pada tahun 378 H dan menjadi tumpuan
pelajar dari seluruh dunia.
Para ulama memberikan sokongan yang padu
kepada perkembangan pendidikan terutama dalam
bidang keagamaan seperti tafsir, hadis, fikah dan
usuluddin. Namun ia gagal mensyiahkan penduduk
Kaherah yang berfahaman “Sunni”. Setelah
kerajaan Fatimiyyah ditewaskan oleh Salehuddin al-
Ayubi pada 1171 M, Al-Azhar bertukar menjadi
pusat pengajian Sunni.
13. MASJID
Di Mesir terdapat beberapa buah institusi
yang wujud dalam memperkembangkan
sistem pendidikan, antara yang paling asas
ialah masjid.
Masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk
beribadat, malah sebagai tempat menuntut
ilmu.
Proses pembelajaran di masjid adalah
berbentuk halaqah, iaitu seorang guru/
murabbi yang dikelilingi oleh murid-muridnya
dalam bentuk bulatan/lingkaran ketika
mendalami ilmu agama seperti al-Quran,
hadis dan fekah.
14. ISTANA
Pendidikan di Mesir juga dijalankan di istana
pada abad ke-8 M. Pemerintahan Fatimi telah
menjadikan istana sebagai pusat pendidikan
untuk mengembangkan pengajran-pengajran
Syiah.
Bentuk pendidikan yang diajar kepada anak-
anak golongan pemerintah dan bangsawan
meliputi pendidikan formal dan tidak formal.
15. PERPUSTAKAAN
Selain itu, kerajaan Fatimiyah juga membina
beberapa buah perpustakaan untuk
menyediakan bahan sumber pembelajaran
kepada para pelajar di sekitar bandar Kaherah.
Contohnya yang paling terkenal ialah
Perpustakaan Dar al-Hikmah di bandar Kaherah
yang dibina pada zaman pemerintahan Khalifah
al-Hakim.
16. UNIVERSITI
Institusi yang paling tinggi ialah universiti.
Dalam konteks Mesir, penubuhan Universiti al-
Azhar dianggap sebagai mercu tanda
kegemilangan negara tersebut dalam bidang
pendidikan Islam.
Universiti Al-Azhar adalah Universiti kedua
tertua yang masih beroperasi selepas Universiti
al-Qarawiyin di Fez, Maghribi.
Ilmu pendidikan yang ditekankan oleh universiti
ini adalah pengajaran tafsir al-Quran mengikut
pandangan syiah ini kerana pada peringkat awal
institusi ini dibina khas untuk tentera Fatimiah
yang bermazhab Syiah Isma’iliyyah. Universiti
ini ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan
Fatimiyyah di Kaherah.
17. Selain itu, ilmu bukan agama juga diajar di
universiti ini. Antaranya ilmu sastera, mantik
dan hisab.
Forum perbincangan pula dikhaskan kepada
golongan ulama syiah sahaja. Dalam tempoh
dua abad, Al-Azhar telah menjadi pusat
pengajian Syiah sebelum bertukar kepada
pengajian sunni pada 1171 M.
19. Acheh ialah sebuah daerah di Sumatera Utara
Indonesia yang telah menggantikan Melaka
sebagai pusat politik dan perdagangan
terkemuka di Nusantara pada abad ke 16-17 M.
Pada masa kegemilangannya, Acheh telah
muncul sebagai pusat pengajian agama Islam
yang terulung, tersusun dan terancang.
Pendidikan asas bermula di madrasah
(muenasah), seterusnya pendidikan menengah
dan pendidikan tinggi.
Acheh terkenal dengan zaman kegemilangan
pendidikannya terutamanya pada zaman
pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah dan
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Mereka
telah terlibat secara langsung dan meminati
serta menaungi kegiatan ilmu pengetahuan.
20. Ramai ulama-ulama tempatan muncul pada zaman
itu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkili dan
Nuruddin al-Raniri yang telah menghasilkan karya
dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab.
Sebagai sebuah pusat pengajian agama Islam yang
terulung di Nusantara, terdapat banyak institusi
pendidikan di Acheh yang dilaksanakan secara
tersusun dan terancang.
Institusi pendidikan tersebut merujuk kepada
masjid, madrasah, sekolah, istana, kolej dan
universiti yang menjadi saluran penting dalam
menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada
masyarakat dan menjadi organisasi yang dirancang
dan disusun dengan baik oleh pemerintah
22. Peranan pemerintah Acheh yang terlibat secara
langsung, meminati serta menaungi kegiatan ilmu
pengetahuan. Contohnya, Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam dan Sultan alauddin Riayat Syah.
Kehadiran tenaga pengajar luar seperti ulama-
ulama luar yang mengajar ilmu pengetahuan serta
menjadi penasihat sultan.
Ulama-ulama Acheh juga banyak menulis teks-
teks pengajian bagi membantu perkembangan
pendidikan di Acheh.
Muncul ramai ulama tempatan yang menghasilkan
karya dlm bahasa Melayu dan juga bahasa Arab.
Contohnya, Hamzah Fansuri, Nurudin al-Raniri,
Bukhari al-Jauhari, Abdul Rauf Singkili dan
Samsudin al-Sumaterani
23. Pedagang-pedagang asing yang dtg ke Acheh
juga byk membantu perkembangan pendidikan di
Acheh, iaitu bukan shj dtg utk berdagang ttp
juga mempelajari dan memperkembangkan ilmu
pengetahuan Islam. Ini secara langsung
menggalakkan pertumbuhan institusi-institusi
pengajian di Acheh.
Institusi pendidikan di zaman Kesultanan Acheh
sudah begitu lengkap dan sistematik, iaitu
bermula dari peringkat rendah (rangkang),
menengah (meunasah) dan tinggi (universiti).
Perkembangan ini menyebabkan ilmu usuluddin,
fikah dan tasawuf berkembang dengan pesat.
Di Acheh juga terdapat aktiviti penterjemahan
kitab-kitab dari bahasa Arab ke dalam bahasa
Melayu.
25. MASJID
Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam (1607-1636) baginda telah
membina sebuah masjid yang bernama Bait al-
Rahman. Masjid ini digunakan bukan sahaja
sebagai tempat beribadat tetapi juga tempat
menuntut ilmu dan pusat kegiatan umat Islam.
Masjid ini telah dinaiktarafkan menjadi pusat
pengajian tinggi yang dikenali sebagai Jamiah
Baiturrahman (Universiti Baiturrahman). Pusat
ini menyediakan pelbagai prasarana dan disiplin
ilmu pengetahuan seperti ilmu tafsir, perubatan,
politik, kewangan, kimia dan pertanian.
26. MUENASAH/MADRASAH
Institusi Meunasah lebih dikenali sebagai
madrasah yang merupakan sekolah permulaan
yang sama dengan sekolah dasar atau sekolah
rendah sekarang. Kebiasaannya meunasah ini
didirikan di setiap kampung atau desa.
Di sinilah pelajar diajar ilmu fardu ain menulis
dan mengenal huruf Arab, membaca al-Quran,
mempelajari rukun Islam, rukun iman, cara
melakukan ibadat, berakhlak dan diajar
bernasyid spt berzikir dan berselawat pada
setiap malam Jumaat. Kitab Perukunan dan
Risalah Masail al-Muhtadin merupakan kitab
agama dlm bahasa Acheh dan Jawa yang diajar
kpd pelajar. Sejarah Islam diajar secara
bercerita.
27. RANGKANG/PONDOK
Rangkang juga dikenali sebagai pondok,
pesantren atau madrasah, iaitu sebagai
tempat utk pelajar melanjutkan pelajaran
agama ke peringkat yang lebih tinggi.
Rangkang yang tarafnya sama dengan
sekolah menengah rendah pada hari ini atau
sanawiyah atau disebut juga pondok.
Pelajar-pelajar akan mendirikan pondok-
pondok kecil mengelilingi masjid sebagai
tempat tinggal.
Pelajar yang pintar akan sentiasa berpindah
dari satu rangkang ke rangkang yang lain utk
menuntut ilmu dgn guru yang lebih mahir.
28. Ada juga pelajar-pelajar dari rangkang ini
berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke
Mekah, India dan Mesir.
Rangkang yang terkenal terletak di Banda,
Acheh. Di sini para pelajar terdiri dari luar
daerah dan diajar oleh ulama-ulama terkenal
dari luar negara.
Terdapat pelbagai mata pelajaran yang diajar
dirangkang ini, iaitu bahasa Arab, fekah,
tauhid dan tasawuf, sejarah Islam, sejarah
dunia, ilmu tajwid, tafsir al-Quran serta hadis.
Turut diajar mata pelajaran umum seperti
geografi, sejarah dan matematik.
29. DAYAH
Dayah pada hari ini dapat disamakan dengan
SMA di Indonesia atau Madrasah Aliyah. Di
Acheh, hampir setiap daerah terdapat dayah.
Ada dayah yang berpusat di masjid bersama
dengan rangkang tetapi kebanyakan dayah
berdiri sendiri di luar lingkungan masjid
dengan menyediakan sebuah balai utama
sebagai aula yang digunakan sebagai tempat
solat.
Antara dayah yang terdapat di Acheh ialah
Dayah Cot Kala, Dayah Seuruleu, Dayah Blang
Peria, Dayah Batu Karang, Dayah Tanoh
Abay, Dayah Tiro, Dayah Rumpet dan Dayah
Teungku Chik.
30. Dayah Cot Kala merupakan pusat pendidikan
Islam tinggi yang pertama di Asia berjaya
melahirkan ramai ulama yang menjadi
pendakwah Islam di Nusantara.
Dayah Teungku Chik juga terkenal di Acheh
dan di sini di ajar mata pelajaran spt tauhid,
fiqh Jinayat, fiqh Munakahat, fiqh Dauli,
muamalat, tasawuf, akhlak, geografi, sejarah
Islam, ilmu mantik, ilmu falak, hadis, tafsir
dan bahasa Arab.
Terdapat 2 jenis dayah iaitu dayah bersifat
khusus dan dayah bersifat umum. Dayah
bersifat khusus khas utk kaum wanita sahaja.
Mereka diajar bidang pertanian, ilmu
pertukangan, ilmu perniagaan dll mengikut
syariat Islam.
31. Kurikulum yang diajar di dayah diajar dalam
bahasa Arab dengan menggunakan kitab-
kitab dalam bahasa Arab sebagai rujukan.
32. UNIVERSITI
Jamiah/Universiti Baitulrrahman berasal
daripada Masjid Bait al-Rahman yang telah
dinaiktarafkan oleh Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam. Ia di katakan setaraf dengan
universiti-universiti yang terdapat di Timur
Tengah.
Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada ulama
atau sarjana dari Acheh, negara Arab, Turki,
Parsi, India dan sebagainya.
Universiti ini mengandungi 17 buah fakulti (dar)
spt Fakulti Ilmu Tafsir dan Hadis, Fakulti Ilmu
Kedoktoran, Fakulti Ilmu Kimia, Fakulti
Pertanian dan Fakulti Peperangan.
33. Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin
Muda Darma Wangsa Perkasa Alam Syah
(1607-1636 M), terdapat 44 orang guru besar
di Universiti Baiturrahman.
34. ISTANA
Sarjana-sarjana Islam dijemput ke Acheh dan
menjadi tenaga pengajar untuk keluarga diraja
dan rakyat. Istana Acheh juga telah dijadikan
sebagai pusat pengajian ilmu.
Selain itu terdapat pengajar khas dalam istana
seperti Pateh Raja Indra Abdulsalam yang
mengajar menulis, membaca al-Quran, ibadat,
akhlak dan adat istiadat.
Istana Acheh juga menggalakkan
perkembangan ilmu tasawuf dengan memberi
naungan kepada tokoh-tokoh tasawuf terkenal
seperti Hamzah Fansuri, Samsudin al-
Sumaterani dan Nurudin al-Raniri.
35. Antara fungsi istana dalam bidang pengajian
Islam termasuklah tempat perbincangan
ilmu-ilmu agama, pusat tumpuan ahli-ahli
bijak pandai dan para ulama, pusat
pendidikan bagi anak-anak raja dan golongan
bangsawan, pusat mengumpul dan
menyimpan kitab-kitab agama serta
menaungi kegitan penulisan buku-buku
agama dan sejarah.
Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam, baginda telah
menubuhkan Lembaga Pelaksana Pendidikan
yang terdiri drp Balai Setia Hukama, Balai
Setia Ulama dan Balai Setia Jama’ah
Himpunan Ulama.
36. Balai Setia Hukama merupakan tempat para
ulama dan pemikir membahaskan perkara-
perkara yang menyentuh pendidikan,
Balai Setia Ulama pula sebagai tempat utk
menyelesaikan masalah-masalah yang
berkaiatan pendididkan.
Balai Setia Jama’ah Himpunan Ulama, adalah
kelab perbincangan bagi para sarjana dan
ulama bertukar-tukar pandangan,
berseminar, membahaskan masalah
pendidikan dan sebagai tempat
pengembangan ilmu pengetahuan.