Guru gagal bertindak sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar karena tidak merancang pengajaran dengan baik dan hanya menggunakan metode ceramah. Langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mempelbagaikan metode pengajaran seperti penggunaan teknologi untuk menarik minat siswa dan memudahkan pembelajaran.
1. SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
(KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH)
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH
D20081032204
PENSYARAH:
PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
2. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
TAJUK: GURU GAGAL BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAH CARA
PEMBELAJARAN PELAJAR
1. Apakah masalah tersebut?
Masalah tersebut ialah guru gagal bertindak sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar.
Guru hanya masuk ke kelas untuk mengajar semata-mata. Mereka hanya masuk mengajar untuk
menghabiskan silibus tanpa memikirkan cara untuk memudahkan pelajar mereka menerima
sesuatu pengajaran yang diajar.
2. Mengapa wujudnya masalah itu?
Masalah tersebut berlaku kerana terdapat guru-guru tidak mengikut standard pengajaran
guru yang telah dirancangkan. Antaranya ialah guru tidak merancang pengajaran yang sesuai
sebelum memasuki kelas. Pengajaran yang tidak dirancang tidak mampu menarik minat pelajar
semasa proses pembelajaran. Selain itu, terdapat guru yang tidak membuat pemantauan semasa
proses pengajaran berlaku. Pemantauan semasa mengajar penting untuk perancangan pengajaran
kelas berikutnya. Jika pengajaran tersebut didapati tidak sesuai, guru perlulah mengubah
pengajaran mereka.
Selain itu, masalah ini wujud kerana terdapat guru yang tidak mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka. Kebanyakkan guru-guru ini hanya mengajar menggunakan kaedah chalk and
talk semata-mata. Kaedah ini akan membosankan pelajar dan mengurangkan minat pelajar untuk
belajar. Dengan ini, kepelbagaian kaedah pengajaran penting sebagai contoh penggunaan
pelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat
menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik ini dapat
memudahkan pengajaran guru.
3. MASALAH: GURU GAGAL BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAH CARA
PEMBELAJARAN PELAJAR
Langkah 1 : Merancang Pengajaran Yang Sesuai Kepada Pelajar
KELEBIHAN KELEMAHAN
Pengajaran lebih tersusun dan Guru perlu meluangkan lebih masa
sistematik. untuk merancang pengajaran yang
sesuai kepada pelajar.
Pengajaran yang menarik dapat
dihasilkan.
4. Langkah 2 : Menggunakan Pelbagai Kaedah Pengajaran
KELEBIHAN KELEMAHAN
Mengelakkan sesuatu pengajaran Tidak semua kaedah dapat
tersebut menjadi bosan. dilaksanakan seperti kaedah
penggunaan komputer tidak dapat
Meningkatkan kefahaman pelajar dilaksanakan oleh semua sekolah
dengan kepelbagaian cara kerana tidak semua sekolah
pembelajaran yang dilaksanakan. mempunyai kemudahan komputer.
5. Langkah 1 : Langkah 2 :
Merancang Pengajaran Yang Menggunakan Pelbagai Kaedah
Sesuai Kepada Pelajar Pengajaran
PENYELESAIAN
TERBAIK
Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini
adalah dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
Guru diharapkan agar dapat mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka supaya pengajaran yang dilaksanakan
tidak membosankan pelajar. Hal ini juga dapat
meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran.
Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran diharap dapat
membantu dan memudahkan pelajar dalam pembelajaran
mereka. Dengan ini, diharapkan juga pelajar dapat
meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam
pembelajaran.