Dokumen tersebut membahasikan konsep penakulan moral dan hubungannya dengan perkembangan moral pada remaja serta peranan guru dalam pendidikan moral. Ia juga menjelaskan skema perkembangan moral menurut Kohlberg yang terdiri daripada tiga tahap peringkat.
1. KANDUNGAN HALAMAN
1.0 PENDAHULUAN 3
1.1 Pengenalan 3
1.2 Konsep Penakulan Moral. 4
2.0 Kepentingan penakulan moral dalam kalangan guru-guru. 5
3.0 Kaitan antara perkembangan moral dan penakulan moral. 7
4.0 Rumusan 10
BIBLIOGRAFI 11
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
2. 1010
Menurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores
iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai atau pun tingkahlaku
yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat. Dictionary of Education
menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas
dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar,
salah, baik, atau buruk. Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar,
belas kasihan, keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dan lain-lain.
Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal
adalah moral. Moral membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang perlu dilakukan dan
ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral
bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem sosial,
kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan sesuatu
tingkah laku berdasarkan pandangan masyarakat sejagat dan budaya sesuatu masyarakat.
Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan berdasarkan nilai yang dipegang oleh
masyarakat yang berbeza.
Peter Baeiz dalam bukunya ‘Ethics and Belief’ menyatakan bahawa “moral dan etika
selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di antara keduanya
kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya.” Berdasarkan kenyataan Peter Baeiz,
moral dan etika mempunyai persamaan. Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin
yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika
bersifat teoritikal kerana ia mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut.
Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika, manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.
1.1 Konsep Penakulan Moral.
3. 1010
Penaakulan moral bermaksud proses seseorang individu mencapai keputusan tentang
apa yang patut dilakukan dalam sesuatu dilema moral (Rest 1976). Kajian ini menggunakan
definisi yang diutarakan oleh Gibbs, Basinger dan Fuller (1992). Mereka telah mendefinisikan
penaakulan moral sebagai sebab-sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk
menghasilkan sesuatu keputusan moral. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat
Perkembangan Kurikulum 1988 ), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam
pengajaran Pendidikan Moral. Pengetahuan Moral yang diuji di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia untuk pelajar tingkatan 5 juga adalah berasaskan penilaian penaakulan moral
(Jeevajothi 1997).
Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah
satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor
paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral.
Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia
tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini.
Antara lain, Kohlberg (1975) telah menyokong pendiriannya dengan dapatan berikut.
Beliau dan Krebs mendapati bahawa hanya 15% subjek kajian yang beroperasi di tingkat
poskonvensional meniru dalam sesuatu peperiksaan berbanding dengan 55% subjek kajian
yang beroperasi di tingkat konvensional dan 70% subjek yang beroperasi di tingkat
prakonvensional. Ini bermaksud, semakin tinggi tingkat penaakulan moral individu, semakin
tinggi kemungkinan dia bertingkah laku moral.
Dalam perkembangan yang sama, Blasi membuat rumusan tentang 72 kajian yang
mengkaji hubungan antara penaakulan moral, masalah delinkuen dan ciri-ciri yang berkaitan
dengan delinkuen (Kitwood 1990). Beliau mendapati bahawa tingkah laku moral adalah
berkait dengan penaakulan moral. Misalnya subjek delinkuen menaakul di tingkat yang lebih
rendah.
2.0 Kepentingan penakulan moral dalam kalangan guru-guru.
4. 1010
Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika
dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini.
Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus
memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan
individu yang bermoral tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang
adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan
nilai-nilai murni dalam kalangan remaja di sekolah.
Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika
Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab
ini. Ikrar dalam EPP, ‘.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan’ (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas
penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan
kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan
mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para pelajar
menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam
ataupun sekolah.
Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat “berminda kelas pertama”
adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang,
berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan
menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti
nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah
dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan
kepada Raja dan negara senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan
kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.
Menyentuh tentang konsep ‘Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara’ di mana telah
meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru.
Selain Kod Etika Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada
tanggungjawab untuk membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi teladan (role
5. 1010
model) dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyebarkan mesej yang
diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk menolak sebarang perbuatan yang
bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang negara wajar ditonjolkan dalam
kalangan pelajar melalui penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat
dipelihara sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang bertanggungjawab dan
berwawasan.
Dalam membincangkan proses pendidikan, kita harus memberi fokus akan kepentingan
aspek pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pengeluaran idea yang kreatif dalam
kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran yang pelbagai serta
mengintegrasikan unsur-unsur lain supaya menjadi lebih berkesan dan kreatif. Antaranya ialah
kaedah penyelesian koflik. Di samping itu, peranan guru yang kreatif dan inovatif amat
penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif.
Menurut Abd. Rahim (1999) daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah atau
metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar.
Manakala inovatif pula ialah kebolehan seseorang guru memulakan sesuatu yang baru dalam
bentuk kaedah, sistem pendekatan dan sebagainya.
Justeru, guru adalah pemangkin kepada para pelajar membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Ungkapan di
bawah menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyalur ilmu dan kemahiran
kepada para pelajarnya.
“As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be
teaching – because education is a constant prosess of change. Every single time you “teach”
something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being
emerges”
(Leo Buscaglia & Boon Pong Ying dalam Mok Soon Sang, 2002 )
3.0 Kaitan antara perkembangan moral dan penakulan moral.
6. 1010
Zaman remaja merupakan jangka masa di mana seseorang individu (remaja) mengalami
berbagai cabaran dan tekanan. Dari sudut psikologi, pengertian remaja boleh ditafsirkan
sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena
sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap kehidupannya. Persoalan yang sering
dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama bagi remaja (Rosiadi
et.al, 2008).
Pada peringkat remaja, mereka mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan
terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat.
Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004) membahagikan masa remaja
kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18 tahun) dan akhir remaja (18 hingga 22 tahun).
Secara umumnya, pada peringkat ini berlaku perubahan yang pesat sama ada perubahan
biologi, fizikal, mental dan emosi serta perubahan tanggungjawab dan peranan. Menurut
Rosiadi et. al, (2008) untuk mengimbangi perubahan-perubahan ini, golongan remaja sering
berhadapan dengan masalah sosial dan konflik dalam usaha mencari identiti diri yang
sebenarnya. Justeru, proses penaakulan moral kognitif golongan remaja kerap kali
menyimpang daripada perspektif nilai-nilai moral dan etika masyarakat sekaligus melakukan
banyak kesalahan, terutama yang berkaitan dengan vandalisme (merosakkan harta benda
awam) di sekolah mahu pun di tempat-tempat awam.
Konsep pendekatan dalam Pendidikan Moral yang menjurus kepada penaakulan moral
kognitif ianya memberi tumpuan kepada perkembangan karektor moral, sikap membuat
pertimbangan moral dan implikasi moral berupaya mengubah tingkah laku remaja (pelajar) ke
arah kebaikan daripada melakukan sebarang bentuk vandalisme yang membawa kerugian
banyak pihak. Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori
perkembangan moral Kohlberg (1962) yang memberi fokus kepada merangsang perkembangan
moral para remaja (pelajar). Pendekatan ini banyak membantu membina kebolehan menaakul
golongan remaja di peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam (Chang Lee Hoon, 2005)
turut menyatakan bahawa perkembangan moral pada peringkat ini lebih tertumpu kepada
perkembangan karaktor moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan
moral. Di samping itu juga, istilah ‘perkembangan’ memberi satu gambaran yang menunjukkan
satu perubahan yang progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh diterbalikkan,
7. 1010
maka perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang dianggap matang
dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).
Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang membawa implikasi
terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan gejala sosial yang berlaku kini.
Penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran yang rasional memudahkan
pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja (Loganathan, 1995).
Stoll & Beller dalam Loganathan (1995) turut melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar
bahawa sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi
adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973) memang
telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran yang boleh diajar
dan dipelajari.
Antara perspektif perkembangan moral mengikut skema Kohlberg (1987) dengan jelas
menyatakan perubahan dalam pertimbangan moral berstruktur menerusi sistem berperingkat
mengikut perkembangan dan kematangan intelek atau kognitif seseorang individu.
Tahap Peringkat
Prakonvensional 1. Orientasi dendaan dan kepatuhan
2. Orientasi instrumental relativis
Konvensional 3. Orientasi persetujuan antara individu
4. Orientasi undang-undang dan peraturan
Pascakovensional 5. Orientasi contract-legalistic sosial
6. Orientasi prinsip etika sejagat
Sumber : Skema Kholberg (1987), diubahsuai daripada Chang L.H.(2005)
Pada tahap prakonvensional, remaja mula menaakul secara abstrak. Mereka sering
menjadi amat bangga dengan kemahiran diri sendiri dan berfikir bahawa mereka berupaya
menyelesaikan segala bentuk masalah. Menurut Piaget (1967) dalam Chang Lee Hoon (2005)
sikap ini menjadikan remaja terlalu idealistik dan kurang menghargai batasan logik tingkah
laku mereka. Tambahan pula, sikap ego pada golongan remaja akan membawa kepada
perkembangan formal yang membawa kepada kekeliruan di mana pemikiran dan sahsiah diri
mereka tidak disedari oleh mereka sendiri. Kekeliruan pandangan merupakan satu bentuk
8. 1010
egosentrisme yang menekankan masalah dan pemikiran remaja bersifat abstrak (Rosiadi et.al,
2008).
Tahap konvensional pula menekankan perspektif pembelajaran
sosial(Behaviourisme) di mana golongan remaja mula sedar akan peraturan sosial yang
menjadi standard moral yang bersifat subjektif yang dibina oleh individu-individu tertentu
boleh berubah dan juga boleh ditentang. Peraturan sosial dilihat sebagai jangkaan sosial sama
ada yang dibuat oleh ibu bapa dan masyarakat yang tidak semestinya dipatuhi oleh mereka.
Pada peringkat ini, golongan remaja boleh mempelajari tingkah laku moral melalui pengajaran
secara langsung mahupun teladan (imitasi) di mana dikekalkan melalui ganjaran dan
peneguhan positif (seperti pujian, senyuman, hadiah atau perhatian) atau hukuman dan
peneguhan negatif (seperti marah, mengurung, memberhentikan keistimewaan dan tidak
memberi kasih sayang) (Chang L.H (2005). Tindakan ini akan mengawal dan mengubah
tingkah laku sosial remaja di mana lama kelamaan mereka akan sedar bahawa peraturan sosial
berperanan dalam menyelaraskan interaksi dengan orang lain.
Perspektif integratif dalam perkembangan moral (Tahap Pascakovensional)
dengan jelas menunjukkan apabila golongan remaja berupaya mengatasi egosentrisme mereka
dalam hubungan dengan orang lain. Keadaan ini menunjukkan kemajuan yang signifikan
dalam penilaian moral dan pemahaman tentang tindakan yang meningkatkan kebajikan
manusia dalam pelbagai situasi. Menurut Hoffman (1980) dalam Rosiadi et.al,(2008)
pengetahuan tidak semestinya diterjemahkan kepada tingkah laku sebenar tetapi sekurang-
kurangnya keadaan akan memperlihatkan ciri-ciri tersebut. Aspek lain yang diperlihatkan pada
peringkat perkembangan moral ini ialah ‘rasa bersalah’ golongan remaja. Remaja akan mulai
sedar dan berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang salah. Perubahan ini berlaku apabila
mereka sudah berupaya menilai apa yang dipaparkan melalui perbuatan diri sendiri. Dari sini
jelas golongan remaja berupaya berfikir secara formal, iaitu kebolehan berfikir tentang idea.
Pemikiran formal mereka merupakan kebolehan berfikir tentang kemungkinan, penaakulan
saintifik dan kebolehan idea secara logik. Justeru, pada tahap ini golongan remaja mampu
meningkatkan pemikiran formal mereka dalam menyelesaikan permasalahan secara sistematik
melalui kognitif mereka.
4.0 Rumusan
9. 1010
Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa Guru Pendidikan Moral memainkan
peranan amat penting dalam menjadi teladan (role model) kepada pelajar di sekolah melalui
beberapa kriteria nilai keperibadian yang ditunjukkan. Tugas untuk menjadi guru contoh di
sekolah bukanlah mudah ianya memerlukan sokongan padu daripada pihak pentadbir, guru
lain, pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Namun dalam proses membentuk
sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut membawa perubahan dalam diri mereka,
yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah (institusi), agama dan media massa.
Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah bertepatan dengan visi dan
misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahiran insan pelajar yang seimbang dalam
semua aspek kehidupan mereka. Justeru, dalam melahirkan insan pelajar yang kreatif dan
inovatif dalam pembelajaran mereka sudah tentu memerlukan tanggungjawab, kaedah, teknik,
strategi dan pendekatan proses pengajaran serta pembelajaran yang baik dan berkesan. Oleh
yang demikian, kaedah penyelesaian konflik (perbincangan / sumbang saran) merupakan idea
yang kreatif dalam menggalakkan pelajar yang aktif dan proaktif dalam pembelajaran mereka,
khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Moral.
Secara kesimpulannya, pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh
pelbagai faktor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu di
mana seseorang perlu teliti sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan sahsiah
diri masing-masing . Secara keseluruhannya , secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah
yang melanda pelajar pada masa kini adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di
dalam alam persekitaran . Proses modenisasi atau pembangunan yang pesat telah mengubah
cara hidup masyarakat kita khasnya golongan remaja.
Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakanentiti terbesar dalam negara
kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia.
Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka
menjurus ke arah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan
sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar
masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu setiap warganegara
Malaysia perlu menghayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing.
BIBLIOGRAFI
10. 1010
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999).Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang:
Penerbit UPM
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994 ). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Ee, A.M. (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Hena Mukherjee & Judy Ellis & chang Lee Hoon & N.S. Rajendran (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Moral KBSR/KBSM, Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.
http://leemersing.blogspot.com/2011/04/guru-sebagai-agen-pembentukan-akhlak.html telah
diakses pada 28 Jun 2014
http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/insan-moral.html telah diakses pada 29 Jun2014