SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
Descargar para leer sin conexión
Topik                     X      Kaedah dan
                                    Teknik
          3                         Pengajaran
                                    Bahasa Arab
       OBJEKTIF PEMBELAJARAN

  Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
  1.    Mengenal pasti perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran
        bahasa;
  2.    Menguasai aspek persediaan yang perlu ada bagi seorang guru
        sebelum memilih sesuatu kaedah;
  3.    Mempraktikkan kaedah yang disarankan dalam pengajaran bahasa
        Arab komunikasi; dan
  4.    Membincangkan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan bagi
        membentuk situasi komunikatif dikalangan pelajar.




X PENGENALAN
Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan
kaedah dan teknik pengajaran bahasa Arab. Perbincangan akan menjurus kepada
perbezaan antara kaedah dan teknik dalam pengajaran bahasa dan persediaan
yang perlu ada pada anda sebelum memilih kaedah dan teknik pengajaran
tersebut. Seterusnya anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah dalam
pengajaran bahasa Arab komunikasi dan beberapa aktiviti-aktiviti yang
disarankan bagi tujuan mewujudkan situasi komunikatif dalam kalangan pelajar.
Antara yang akan dibincangkan ialah aktiviti lakonan, nasyid, permainan bahasa
dan teka-teki serta kuiz.
TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W        43




3.1       KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Apabila kita terlibat dengan pendidikan, maka kita sebenarnya terlibat secara
langsung dalam proses penyampaian maklumat. Apabila anda mengajar, anda
sebenarnya sedang menyampaikan maklumat kepada pelajar anda. Justeru
dalam proses tersebut, anda perlu menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai
dan berkesan agar maklumat yang disampaikan boleh memberi pengalaman
pembelajaran yang berguna kepada pelajar.

Kekeliruan mungkin timbul kepada anda tentang apakah perbezaan antara
kaedah dan teknik pengajaran. Kedua-dua istilah ini sering digunakan silih
berganti. Ini kerana tidak banyak perbezaan antara kedua-dua istilah ini
sebenarnya. Namun dalam membezakan kedua-duanya, Abd. Ghafar (2003)
menjelaskan:

     Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana suatu teori
     pengajaran itu dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat
     perlaksanaan pengajaran di bilik darjah. Dalam sesuatu kaedah
     pengajaran, mungkin terdapat satu atau lebih teknik yang digunakan.
     Misalnya, ketika menggunakan kaedah kuliah atau syarahan, guru
     juga menggunakan teknik penceritaan.

Justeru dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kaedah adalah sesuatu yang lebih
umum berbanding dengan teknik. Dalam proses pengajaran bahasa, anda
mungkin hanya perlu menggunakan satu kaedah sahaja, namun dalam
menjayakannya, anda mungkin memerlukan pelbagai teknik dalam
penyampaian maklumat.


       SEMAK KENDIRI 3.1

     Kita sering kali bercakap mengenai kaedah dan teknik pengajaran,
     Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik
     pengajaran?
44    X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB




 3.2         PEMILIHAN KAEDAH DAN TEKNIK
             MENGAJAR
Dalam membuat pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang sesuai, anda
disarankan agar terlebih dahulu memiliki persediaan dan pengetahuan berikut:

(a)   Persediaan Guru
      Profesion perguruan sebenarnya memerlukan kemahiran dan latihan. Apa
      yang anda harus faham ialah tidak semua orang boleh menjadi guru yang
      berjaya. Seseorang itu mungkin pintar dalam pengajiannya, namun tidak
      bererti ia mampu menjadi guru yang baik. Oleh kerana tugas guru adalah
      menyampai, maka seseorang yang banyak ilmu tetapi tidak mampu untuk
      menyampaikan kepada yang lain tidak mungkin ilmunya dapat dikongsi
      berbanding orang yang ilmunya sedikit, tetapi memiliki kemampuan untuk
      menyampaikan kepada yang lain, sudah tentu ilmu tersebut dapat
      dikongsi, dimanfaat dan seterusnya dikembangkan.

      Untuk menjadi guru yang terlatih dalam penyampaian, anda seharusnya
      memiliki empat perkara berikut:

      (i)    Mengetahui psikologi pelajar
             Anda seharusnya mengetahui serba sedikit tentang latar belakang
             psikologi pelajar. Tidak semua perkara perlu ditangani secara fizikal.
             Justeru kenalilah pelajar anda dengan sebaik-baiknya kerana ia akan
             memudahkan anda berdepan dengan masalah pembelajaran mereka.

      (ii)   Mengetahui dan mengikuti perkembangan teori pendidikan
             Anda jangan lupa untuk sentiasa menimba maklumat dan
             pengetahuan tentang ilmu-ilmu keguruan. Ini kerana tidak ada teknik
             yang terbaik dalam pengajaran. Dalam dunia pendidikan, cetusan
             pengalaman pendidik dalam bidang ini sentiasa ditulis dan dikaji.
             Mengetahui prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran hasil
             daripada pengalaman orang lain dapat membantu anda dalam
             pengajaran.

      (iii) Memahami isi kandungan pelajaran
            Anda perlu lakukan persediaan sebelum memulakan pengajaran. Isi
            pengajaran perlulah anda fahami dengan sebaik-baiknya. Jangan
            hanya berpandu pada maklumat di dalam buku teks sahaja. Ilmu itu
            luas, dan menjadi tugas anda untuk menimbanya.
TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W         45



      (iv) Mahir dalam memilih kaedah pengajaran
           Anda perlu mengetahui kaedah yang paling baik untuk
           menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelajar anda. Sebaik-baik
           guru adalah yang luas pengetahuannya dan bijak serta berkesan
           penyampaiannya.

(b)   Faktor Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar
      Kaedah dan teknik pengajaran sebenarnya bukanlah terhad kepada satu
      atau dua sahaja. Ia sebenarnya banyak dan setiap kaedah tersebut
      mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Namun apa yang menjadi tugas
      anda ialah bijak dalam memilih kaedah dan teknik yang sesuai bahkan
      paling sesuai. Sebagaimana yang telah dibincangkan, tugas anda sebagai
      guru adalah menyampaikan malumat. Justeru, pemilihan kaedah dan
      teknik yang sesuai akan menjadikan proses penyampaian maklumat lebih
      menarik, berkesan dan teruja.

      Pemilihan kaedah pengajaran boleh ditentukan oleh empat faktor berikut:

      (i)    Objektif pengajaran
             Menjadi kelaziman seorang guru untuk mengenalpasti objektif
             pengajaran sebelum mengajar. Penentuan objektif yang jelas akan
             memudahkan anda untuk menentukan apakah kaedah yang sesuai
             bagi mencapai objektif tersebut. Sebagai contoh, objektif pengajaran
             anda ialah berkaitan dengan meningkatkan penguasaan pelajar
             tentang tatabahasa Arab yang mudah serta berkemampuan
             menggunakannya. Maka anda perlu mengenalpasti apakah kaedah
             yang paling sesuai dalam pengajaran anda agar pelajar dapat
             memahami dan menguasainya dengan cepat. Pemilihan anda
             mungkin berbeza dengan pemilihan rakan anda.

      (ii)   Bahan pengajaran dan pembelajaran
             Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan bahan
             bantu mengajar yang anda gunakan ketika mengajar. Anda perlu
             menentukan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Dalam pengajaran
             bahasa, sudah tentu isi pelajaran berbentuk kemahiran. Justeru tugas
             anda ialah menentukan kaedah yang sesuai agar pelajar anda dapat
             mempraktikkan kemahiran tersebut.

             Juga perlu diingatkan, anda seharusnya memilih alat bantu mengajar
             yang sesuai dengan kemahiran yang dipilih. Penggunaan papan tulis
             umpamanya mungkin sesuai sebagai satu teknik pada permulaan,
             pertengahan atau pada penghujung pengajaran.
46   X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB



      (iii) Jangka masa pengajaran
            Kebiasaannya, sekolah akan menetapkan waktu pengajaran iaitu
            antara 30 hingga 40 minit atau 60 hingga 80 minit. Anda mesti
            memilih kaedah yang sesuai dengan peruntukan waktu yang
            diberikan. Ketika pelaksanaan kaedah mengajar tersebut, anda
            memiliki kebebasan untuk melakukan pengubahsuaian terhadap
            kaedah yang dipilih. Segala-galanya terserah kepada anda. Apa yang
            perlu dipertimbangkan, jangan sesekali pengajaran anda berlarutan
            hingga melewati waktu yang telah diperuntukkan.

      (iv) Latar belakang dan jumlah pelajar
           Kaedah atau teknik yang anda pilih perlu disesuaikan dengan latar
           belakang dan jumlah pelajar. Antara yang anda perlu tahu ialah
           jantina, peringkat pencapaian dan keupayaan pelajar. Kaedah
           penyelesaian masalah umpamanya mungkin tidak sesuai digunakan
           kepada pelajar yang lemah pencapaiannya.

           Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk juga boleh mempengaruhi
           pemilihan kaedah dan teknik mengajar. Jumlah pelajar yang agak
           ramai mungkin boleh disesuaikan dengan teknik permainan. Pelajar
           akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan
           akan menjalankan aktiviti masing-masing. Situasi ini akan
           memudahkan lagi anda mengawal kelas anda.

           Tempat duduk mudah alih juga boleh memberi kelebihan kepada
           anda. Teknik perbincangan berkumpulan akan dapat dijayakan
           dengan cepat. Kesesuaian kaedah dan teknik juga boleh membantu
           anda dalam menghadapi suasana seperti perpindahan kelas atau
           terpaksa menjalankan pengajaran di luar kelas atau di pusat sumber
           sekolah.


        LATIHAN 3.1

     Sebagai guru bahasa, apakah persediaan anda sebelum memilih kaedah
     yang sesuai untuk mengajar?
TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W         47




 3.3       PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
           PEMBELAJARAN
Sebagaimana anda sedia maklum, bahasa adalah komunikasi. Maka dengan itu
pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah kerana sifat
dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi dengan Pencipta,
manusia dan alam.

Anda sebagai guru bahasa perlu memahami maksud bahasa Arab komunikasi.
Sebagai satu penerangan yang ringkas untuk anda, pakar-pakar bahasa telah
menggariskan beberapa prinsip penting bagi menjalankan pengajaran dan
pembelajaran bahasa mengikut pendekatan ini. Antaranya:

(a)   Aktiviti-aktiviti komunikatif perlulah diperbanyakkan dan dipelbagaikan
      serta dapat menarik minat pelajar.
(b)   Sesuatu aktiviti mestilah dijalankan oleh pelajar sendiri dan guru hanya
      berfungsi sebagai fasilitator.
(c)   Aktiviti dijalankan dalam situasi-situasi yang menyerupai keadaan sebenar.

Secara ringkasnya, sebagaimana yang telah dijelaskan, pendekatan ini lebih
memberi tumpuan kepada aspek komunikasi. Pembelajaran pula difokuskan
kepada pelajar. Justeru pendekatan ini merangkumi pendekatan-pendekatan
berikut:

(a)   Hiwar atau dialog dijadikan asas pembelajaran dan dikaitkan dengan
      kontek sosial.
(b)   Penekanan kepada latih tubi dan ajuk hafaz secara individu atau
      berkumpulan.
(c)   Ungkapan-ungkapan penting perlu sentiasa dipraktiskan.
(d)   Pelajar diberi galakan untuk bertutur.
(e)   Aspek latihan kepada bentuk pola ayat perlu diperbanyakkan.
(f)   Pengajaran nahu secara tidak langsung wazifi.
(g)   Guru berperanan sebagai pemudah cara.
(h)   Murid perlu dilibatkan dalam pembelajaran secara aktif secara individu
      dan berkumpulan.
(i)   Bahasa pengantar yang digunakan di dalam bilik darjah ialah bahasa Arab.
(j)   Kaedah terjemahan boleh digunakan jika terpaksa.
48    X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB




         LATIHAN 3.2

      Bincangkan tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
      komunikasi.




 3.4        KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Terdapat pelbagai cara yang digunakan di sekolah. Antara kaedah tersebut ialah
kaedah tematik, kaedah ajuk hafaz, kaedah semulajadi/kaedah terus, kaedah
latih tubi, kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah syarahan, kaedah lakonan
perbualan, kaedah nasyid dan kaedah teka-teki dan kuiz. Di bawah ini
diterangkan beberapa kaedah yang boleh digunakan ketika pengajaran untuk
panduan anda.


3.4.1       Kaedah Syarahan
Kaedah ini sangat popular dan paling digemari oleh guru. Anda boleh
menggunakan kaedah ini dalam beberapa situasi seperti ketika memperkenalkan
topik baru atau ketika menghuraikan permasalahan yang lain. Namun terdapat
beberapa perkara yang perlu anda beri penekanan.

(a)    Suara
       Anda perlu pastikan suara anda didengari oleh semua pelajar. Jangan
       terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat hingga mengganggu keselesaan
       pelajar. Pengawalan suara dan intonasi boleh mempengaruhi minat pelajar.

(b)    Kelajuan Tutur Kata
       Ketika anda menyampaikan syarahan, anda sebenarnya mengajar
       kemahiran mendengar kepada pelajar anda. Justeru, anda diingatkan agar
       bertutur dengan kelajuan yang sesuai dan jelas.

(c)    Penyoalan
       Syarahan yang berterusan atau bersifat khutbah akan menjadikan pelajar
       anda pasif dan leka. Justeru syarahan anda perlu diselitkan dengan
       penyoalan. Bentuk penyoalan mestilah berkisar dengan topik yang
       dibincangkan atau yang berkaitan dengannya. Anda boleh rujuk kepada
       perbincangan tentang teknik penyoalan untuk kemahiran yang perlu anda
       tahu.
TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W      49



(d)   Peluang Mencatat
      Anda perlu tentukan samada pelajar boleh mencatat ketika anda mengajar
      atau setelah selesai syarahan. Ini perlu dilakukan agar tidak berlaku
      keciciran maklumat. Sebaik-baiknya, anda perlu memperuntukkan tempoh
      yang sesuai untuk pelajar anda menyalin nota.

(e)   Penggunaan Alat Bantu Mengajar
      Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) boleh memudahkan anda
      menyampaikan maklumat dan membantu proses pemahaman pelajar. Ia
      juga boleh berperanan sebagai „ubat kebosanan‰ pelajar. Tentukan ABM
      yang sesuai. Jika perlu anda sediakan kertas edaran, sediakan!. Ia
      membantu pelajar anda memberi tumpuan dan perhatian mereka akan
      lebih terarah.


       SEMAK KENDIRI 3.2

      Pada pandangan anda, apakah kelemahan kaedah syarahan?




3.4.2      Kaedah Ajuk Hafaz
Kaedah ini sebenarnya memberi peluang kepada pelajar anda mendengar,
memerhati dan mempraktikkan sesuatu sebutan bahasa. Justeru ia sebenarnya
satu kaedah yang menghimpunkan teori dan praktik sekaligus. Secara
ringkasnya kaedah ini mempunyai ciri-ciri berikut:

(a)   Melihat dan Mendengar Kemahiran
      Ketika kaedah ini dijalankan, pelajar berpeluang melihat dan mendengar
      demontrasi atau sebutan contoh yang dilakukan oleh anda. Dengan itu
      pelajar bukan sahaja mendengar teori sahaja.

(b)   Penglibatan Pelajar
      Setelah anda menyebut sesuatu bunyi (fonem) atau sesuatu ayat, pelajar
      berpeluang untuk mengikuti dan mengajuk bacaan anda setelah
      mendengarnya dengan teliti.

(c)   Peluang untuk Mendengar, Menyebut dan Menghafaz
      Melalui proses penglibatan pelajar, mereka berpeluang untuk mendengar,
      menyebut dan kemudian menghafal ungkapan tersebut.
50   X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB



Sebagai contoh:

Anda       : έϳΧϟ΍ ΡΎΑλ

Pelajar    :έϳΧϟ΍ ΡΎΑλ

Anda       :έϭϧϟ΍ ΡΎΑλ

Pelajar    :έϭϧϟ΍ ΡΎΑλ

Anda       :έϳΧϟ΍ ˯Ύγϣ

Pelajar    :έϳΧϟ΍ ˯Ύγϣ

Kaedah ini juga boleh anda kembangkan dalam pengajaran fonem, perkataan
baru, ayat ringkas, ayat panjang dan juga ungkapan-ungkapan lain berdasarkan
buku teks bahasa Arab komunikasi yang dibekalkan.

Anda juga boleh melakukan penggabungjalinan antara beberapa jenis kemahiran
berbahasa. Lihat Rajah 3.1 di bawah:




          Rajah 3.1: Penggabungjalinan antara beberapa jenis kemahiran berbahasa


          LATIHAN 3.3

     Anda ingin mengajar ungkapan baru dalam perbualan harian. Apakah
     kaedah yang anda akan gunakan?
TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W         51




3.4.3      Kaedah Permainan
Kaedah atau teknik permainan merupakan kaedah yang menarik dan
menyeronokkan pelajar. Biasanya kaedah ini anda boleh gunakan bagi
memenuhi masa yang terluang pada akhir masa pembelajaran. Kaedah ini juga
sesuai untuk sessi pengukuhan sebelum pelajar anda menghadapi peperiksaan.

Apa yang menjadi tugas anda adalah melakukan perancangan yang rapi dan
secara bersungguh-sungguh. Ini kerana permainan yang dimaksudkan di sini
bukan sekadar permainan, akan tetapi ia mengandungi objektif-objektif tertentu
yang ingin dicapai.

Berikut adalah panduan bagi anda untuk memudahkan proses perlaksanaan
kaedah ini.

(a)   Mudah Diterangkan
      Anda hendaklah memilih permainan yang mudah difahami oleh pelajar
      anda. Dengan lain perkataan, anda tidak memerlukan masa yang lama
      untuk memberi penerangan kepada pelajar anda. Permainan yang sukar
      difahami akan mengundang pelbagai masalah ketika permainan itu
      dijalankan. Begitu juga anda seharusnya meletakkan tempoh atau jangka
      waktu dengan jelas.

(b)   Mudah Dilakukan
      Permainan yang dipilih adalah sesuai dengan struktur bilik darjah. Sebaik-
      baiknya, anda memilih permainan yang tidak mengubah banyak
      kedudukan seperti meja, kerusi dan lain-lain.

(c)   Boleh Diubahsuai
      Permainan tersebut boleh diubahsuai mengikut kesesuaian tahap
      pencapaian pelajar. Ini kerana anda perlu memastikan semua pelajar anda
      boleh melibatkan diri dalam permainan tersebut.

(d)   Peralatan yang Mudah
      Jangan sesekali menyulitkan diri anda. Pilihlah permainan yang mudah
      dari sudut penyediaan bahan, kos yang rendah dan mudah diperolehi.
      Penggunaan peralatan yang sedia ada adalah satu langkah yang bijak.

(e)   Memilih Waktu yang Sesuai
      Anda perlu tentukan waktu yang sesuai permainan ini dijalankan. Anda
      boleh menjalankan pada waktu permulaan, atau pada penghujung
      pengajaran bergantung kepada situasi. Ini bergantung kepada matlamat
      anda. Biasanya permainan pada permulaan pengajaran adalah bertujuan
52    X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB



      untuk menarik minat pelajar atau bertindak sebagai set induksi. Manakala
      pada penghujung pengajaran pula bertindak sebagai satu proses
      pengukuhan atau mengulang kaji.

(f)   Menyediakan Hadiah kepada Pemenang
      Ini bukanlah suatu yang wajib. Ia merupakan suatu pilihan. Jangan
      menyulitkan anda apatah lagi ketika anda sedang kekeringan wang.
      Namun hadiah merupakan satu bentuk galakan dan penghargaan. Hadiah
      yang disediakan seboleh-bolehnya berkaitan dengan pelajaran anda.

Sebagai contoh:

Anda boleh menjalankan aktiviti permainan bagi menjawab teka silangkata.
Kumpulan yang paling awal menyiapkannya dikira pemenang. Pembayang bagi
perkataan yang dipilih berdasarkan kemampuan murid. Jika peringkat rendah,
gunakan gambar, manakala peringkat tinggi gunakan ayat pembayang. Di dalam
permainan seperti ini pelajar didedahkan dengan kemahiran membaca dan
menulis.

Seterusnya, anda disarankan untuk merujuk kepada topik yang membincangkan
secara khusus tentang permainan bahasa dalam pengajaran bahasa Arab.


        SEMAK KENDIRI 3.3

      Apakah bentuk permainan bahasa yang anda anggap paling sesuai
      untuk dijadikan kaedah pengajaran?



3.4.4      Kaedah Lakonan dan Perbualan
Kaedah ini bertujuan untuk mendekatkan pelajar dengan situasi atau peristiwa
sebenar. Lakonan atau perbualan boleh melibatkan dua orang pelajar atau lebih
mengikut kesesuaian situasi yang dipilih. Setiap pelajar akan melakonkan watak
berdasarkan kehendak isi pelajaran. Di dalam buku teks bahasa Arab
komunikasi, terdapat banyak topik-topik yang berkait rapat dengan kaedah ini.
Antara yang anda boleh perhatikan ialah perbualan antara rakan, antara anak
dan ibu bapa, guru, juga ucapan-ucapan pengetua sekolah. Untuk menjadikan
kaedah ini lebih berkesan, beberapa perkara perlu anda beri perhatian.
TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W         53



Perkara tersebut ialah:

(a)   Situasi yang Berbentuk Komunikasi
      Pilih situasi-situasi yang sesuai untuk pelajar lakonkan. Antara yang
      terdapat dalam buku teks bahasa Arab komunikasi tingkatan satu ialah
      perbualan tentang keluarga, kepentingan membaca, rumah kediaman dan
      juga ketika di kantin sekolah.

(b)   Pelajar Memahami Situasi
      Anda perlu pastikan pelajar anda benar-benar memahami dialog yang
      diberikan. Pemahaman yang baik akan menjelmakan penghayatan yang
      baik di kalangan pelajar. Bertutur dengan bahasa yang baru adalah
      menyeronokkan.

(c)   Penjelasan kepada Pelajar Lain
      Anda perlu memberi penjelasan kepada pelajar lain tentang apa yang akan
      mereka tonton. Arahan-arahan berkaitan boleh anda berikan seperti
      menulis perkataan yang baru didengar, atau mencatat isi-isi penting.

(d)   Pelakon yang Sesuai
      Anda seharusnya memilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan atau
      menjayakan perbualan tersebut. Justeru, anda mungkin perlu membuat
      pemilihan secara sukarela bergantung kepada situasi.

(e)   Bebaskan Pelajar Anda
      Dalam situasi tertentu, anda juga perlu memberi sedikit kebebasan kepada
      pelajar anda untuk menuturkan sebarang dialog yang berkaitan. Namun
      begitu anda perlu mengawasi pelajar anda agar tidak menyeleweng
      daripada situasi yang sepatutnya mereka lakonkan.

(f)   Perbincangan
      Adakan perbincangan selepas lakonan selesai. Buka peluang kepada
      pelajar-pelajar lain untuk memberi komen mereka.


3.4.5      Kaedah Teka-teki dan Kuiz
Kaedah ini lebih berbentuk penyelesian masalah. Ia sebenarnya bertujuan untuk
memberi peluang kepada pelajar lebih proaktif, produktif dan berkemampuan
dalam menyelesaikan masalah bahasa yang dikemukakan. Kaedah ini sangat
sesuai untuk pelajar peringkat menengah. Mereka akan berpeluang untuk
berbincang, bertukar-tukar pandangan dan membuat keputusan terhadap
permasalahan yang diberikan. Tidak hairanlah ia merupakan kaedah yang amat
popular di kalangan guru. Antara langkah-langkah yang perlu anda jalankan ialah:
54    X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB



(a)   Mengenalpasti Bentuk Perlaksanaan
      Anda mestilah mengenalpasti bentuk perlaksanaan sama ada secara
      individu atau berkumpulan. Jika ia berbentuk kumpulan, ahli kumpulan
      mestilah sesuai dengan bentuk permasalahan yang dikemukakan.

(b)   Mengemukakan Masalah
      Anda dinasihatkan agar terlebih dahulu merangka permasalahan yang
      perlu diselesaikan oleh pelajar. Ia mestilah dalam ruang lingkup keupayaan
      pelajar. Sebagai contoh, anda boleh mengemukakan permasalahan
      sintaksis, susunan ayat, isi tempat kosong dan sebagainya.

(c)   Mencari Penyelesaian dan Kesimpulan
      Anda hendaklah memberi peluang pelajar melakukan perbincangan untuk
      mencari penyelesaian. Tugas anda hanya sebagai pembimbing. Galakkan
      pelajar anda untuk bertutur dengan bahasa Arab ketika berbincang.


3.4.6      Kaedah Nasyid
Kaedah ini adalah antara kaedah yang banyak digunakan oleh guru-guru bahasa
Arab. Nasyid terbahagi kepada dua. Pertama nasyid yang mengandungi kaedah-
kaedah tertentu yang perlu dikuasai pelajar. Kedua nasyid umum yang
memperkenalkan perkataan dan ungkapan baru.

(a)   Nasyid yang Mengandungi Kaedah
      Oleh kerana bahasa Arab mengandungi beberapa pola yang secara asasnya
      mesti dihafaz dan dikuasi oleh pelajar, anda boleh menggunakan teknik
      menghafaz nasyid kepada pelajar. Sebagai contoh tasrif fiÊil madhi dan
      mudhariÊ agak sukar dikuasai oleh sebilangan besar pelajar sedangkan ia
      merupakan asas yang amat penting dalam bahasa Arab. Justeru, untuk
      memudah mereka, anda boleh ubah tasrif tersebut dalam bentuk nasyid. Ini
      akan memudahkan mereka menguasainya. Anda boleh meminta bantuan
      dari mereka yang berpengalaman dalam mandapatkan nasyid-nasyid yang
      biasa digunakan.

      Perlu diingatkan, kaedah ini bukan hanya tertumpu kepada pengajaran
      nahu sahaja. Anda boleh menggunakan kretiviti anda untuk melakukan
      pengubahsuaian. Apa yang penting, anda boleh mencapai objektif
      pengajaran anda dengan baik.

(b)   Nasyid Umum
      Anda mengajar bahasa Arab komunikasi. Nasyid merupakan salah satu
      bentuk kominikasi. Ini kerana nasyid sebenarnya menyampaikan tema dan
      matlamat dengan teknik yang tersendiri.
TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W        55



    Di dalam buku teks bahasa Arab komunikasi, banyak dibekalkan nasyid-
    nasyid. Nasyid-nasyid yang disediakan berbentuk pengukuhan terhadap
    perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh pelajar. Disamping itu, ia
    berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar dalam memahami bentuk
    gaya bahasa Arab. Tugas anda adalah menentukan atau mencari rentak
    terhadap nasyid yang disediakan.

    Dalam situasi tertentu, anda juga boleh menggunakan nasyid berbahasa
    Arab yang banyak berkumandang di radio. Kebanyakkan pelajar biasanya
    telah biasa mendengar nasyid tersebut dan sebahagiannya mungkin telah
    menghafal. Keadaan ini perlu anda manfaatkan dengan sebaik-baiknya.
    Perkukuhkan perbendaharaan kata yang terdapat dalam nasyid tersebut
    dan juga bentuk penggunaan tatabahasa yang betul yang telah digunakan.


     SEMAK KENDIRI 3.4

    Apakah bentuk nasyid yang anda tahu? Di manakah sumbernya?




x   Pemilihan kaedah dan teknik mengajar bahasa Arab komunikasi dibuat
    berdasarkan persediaan guru dan juga factor-faktor yang boleh
    mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar seperti objektif pengajaran, alat
    Bantu mengajar yang digunakan, waktu yang diperuntukkan dan juga latar
    belakang serta jumlah pelajar.

x   Beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa secara komunikatif
    termasuklah: (a) aktiviti-aktiviti komunikatif perlu diperbanyak dan
    dipelbagaikan; (b) pelajar menjalankan aktiviti tersebut dengan guru
    sebagai fasilitator; dan (c) aktiviti hendaklah dijalankan dalam situasi
    menyerupai keadaan sebenar.

x   Terdapt beberapa kaedah pengajaran bahasa Arab komunikasi seperti
    kaedah syarahan, ajuk hafaz, permainan, lakonan dan perbualan, nasyis
    serta teka teki dan kuiz.

x   Setiap kaedah tersebut mempunyai beberapa aspek yang perlu diberi
    penekanan sebelum mengfaplikasikannya.
56   X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB




Kaedah syarahan                        Kaedah lakonan dan perbualan
Kaedah ajuk hafaz                      Kaedah teka-teki dan kuiz
Kaedah permainan                       Kaedah nasyid




Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar.




Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit

1.   Terangkan dengan ringkas tiga prinsip penting bagi menjalankan
     pengajaran dan pembelajaran bahasa mengikut pendekatan komunikasi

2.   Anda ingin mengajar satu topik berkenaan perbualan seorang anak dengan
     bapa tentang adab makan. Bincangkan kaedah yang sesuai dan perkara-
     perkara yang perlu anda beri perhatian.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahamira nurfahmida
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islamonesaf
 
131026331 tarannum-nahawand
131026331 tarannum-nahawand131026331 tarannum-nahawand
131026331 tarannum-nahawandNor Aina Mahat
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliFATINATUL HUSNA
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamMohd Aizat
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Kemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisKemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisSohib AlQuran
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahNur Aliaa Mohd Ahwan
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahChe' Wan Azhar Shariffudin
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 

La actualidad más candente (20)

Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadahkaedah dan teknik pengajaran ibadah
kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Contoh rph - pendidikan islam
Contoh   rph - pendidikan islamContoh   rph - pendidikan islam
Contoh rph - pendidikan islam
 
131026331 tarannum-nahawand
131026331 tarannum-nahawand131026331 tarannum-nahawand
131026331 tarannum-nahawand
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islamRancangan pengajaran harian pendidikan islam
Rancangan pengajaran harian pendidikan islam
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Kemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulisKemahiran pengunaan papan tulis
Kemahiran pengunaan papan tulis
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Tunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizahTunjuk cara moral fizah
Tunjuk cara moral fizah
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 

Destacado

Teka Teki Bahasa Arab
Teka Teki Bahasa ArabTeka Teki Bahasa Arab
Teka Teki Bahasa ArabUIA
 
Pembelajaran bahasa-arab-muthalaah.ppt 2
Pembelajaran bahasa-arab-muthalaah.ppt 2Pembelajaran bahasa-arab-muthalaah.ppt 2
Pembelajaran bahasa-arab-muthalaah.ppt 2muchafidanshori
 
Belajar Bahasa Arab Menyenangkan
Belajar Bahasa Arab MenyenangkanBelajar Bahasa Arab Menyenangkan
Belajar Bahasa Arab MenyenangkanUbaisith
 
Ppt Media Pembelajaran Bahasa Arab
Ppt Media Pembelajaran Bahasa ArabPpt Media Pembelajaran Bahasa Arab
Ppt Media Pembelajaran Bahasa ArabSiti Maisaroh
 
Media Pembelajaran Bahasa Arab
Media Pembelajaran Bahasa ArabMedia Pembelajaran Bahasa Arab
Media Pembelajaran Bahasa Arabvidyalfilannisa11
 
Kuiz Arab
Kuiz ArabKuiz Arab
Kuiz Arabiium
 
Permainan bahasa dalam pengajaran keterampilan menulis
Permainan bahasa dalam pengajaran keterampilan menulisPermainan bahasa dalam pengajaran keterampilan menulis
Permainan bahasa dalam pengajaran keterampilan menulisdirisaya
 
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa ArabStrategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa ArabSarwo Edi
 
Strategi pembelajaran bahasa arab
Strategi pembelajaran bahasa arabStrategi pembelajaran bahasa arab
Strategi pembelajaran bahasa arabSabiq Muhammad
 
علامات إعراب الأسم والفعل
علامات إعراب الأسم والفعلعلامات إعراب الأسم والفعل
علامات إعراب الأسم والفعلهدى الرفاعي
 
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayat
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayatKajian tindakan bahasa arab membuat ayat
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayatSam Pasir Panjang
 
Dhomir (kata ganti dalam bahasa arab)
Dhomir (kata ganti dalam bahasa arab)Dhomir (kata ganti dalam bahasa arab)
Dhomir (kata ganti dalam bahasa arab)farshfr
 
العَمَل
العَمَلالعَمَل
العَمَلabidahku
 
محوسبة إيمان نهائية
محوسبة إيمان نهائيةمحوسبة إيمان نهائية
محوسبة إيمان نهائيةEman Madi
 

Destacado (20)

Teka Teki Bahasa Arab
Teka Teki Bahasa ArabTeka Teki Bahasa Arab
Teka Teki Bahasa Arab
 
Pendidikan Bahasa Arab
Pendidikan Bahasa ArabPendidikan Bahasa Arab
Pendidikan Bahasa Arab
 
Pembelajaran bahasa-arab-muthalaah.ppt 2
Pembelajaran bahasa-arab-muthalaah.ppt 2Pembelajaran bahasa-arab-muthalaah.ppt 2
Pembelajaran bahasa-arab-muthalaah.ppt 2
 
Belajar Bahasa Arab Menyenangkan
Belajar Bahasa Arab MenyenangkanBelajar Bahasa Arab Menyenangkan
Belajar Bahasa Arab Menyenangkan
 
Bahasa Arab Tahun 4
Bahasa Arab Tahun 4Bahasa Arab Tahun 4
Bahasa Arab Tahun 4
 
Ppt Media Pembelajaran Bahasa Arab
Ppt Media Pembelajaran Bahasa ArabPpt Media Pembelajaran Bahasa Arab
Ppt Media Pembelajaran Bahasa Arab
 
Media Pembelajaran Bahasa Arab
Media Pembelajaran Bahasa ArabMedia Pembelajaran Bahasa Arab
Media Pembelajaran Bahasa Arab
 
Kuiz Arab
Kuiz ArabKuiz Arab
Kuiz Arab
 
Permainan bahasa dalam pengajaran keterampilan menulis
Permainan bahasa dalam pengajaran keterampilan menulisPermainan bahasa dalam pengajaran keterampilan menulis
Permainan bahasa dalam pengajaran keterampilan menulis
 
RPH Bahsa arab
RPH Bahsa arabRPH Bahsa arab
RPH Bahsa arab
 
PBS B.ARAB KEM TULIS
PBS B.ARAB KEM TULISPBS B.ARAB KEM TULIS
PBS B.ARAB KEM TULIS
 
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa ArabStrategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
 
Teka teki silang
Teka teki silangTeka teki silang
Teka teki silang
 
Kamus praktis bahasa arab
Kamus praktis bahasa arabKamus praktis bahasa arab
Kamus praktis bahasa arab
 
Strategi pembelajaran bahasa arab
Strategi pembelajaran bahasa arabStrategi pembelajaran bahasa arab
Strategi pembelajaran bahasa arab
 
علامات إعراب الأسم والفعل
علامات إعراب الأسم والفعلعلامات إعراب الأسم والفعل
علامات إعراب الأسم والفعل
 
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayat
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayatKajian tindakan bahasa arab membuat ayat
Kajian tindakan bahasa arab membuat ayat
 
Dhomir (kata ganti dalam bahasa arab)
Dhomir (kata ganti dalam bahasa arab)Dhomir (kata ganti dalam bahasa arab)
Dhomir (kata ganti dalam bahasa arab)
 
العَمَل
العَمَلالعَمَل
العَمَل
 
محوسبة إيمان نهائية
محوسبة إيمان نهائيةمحوسبة إيمان نهائية
محوسبة إيمان نهائية
 

Similar a Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab

Analisis Materi Pembelajaran
Analisis Materi Pembelajaran Analisis Materi Pembelajaran
Analisis Materi Pembelajaran yuni dwinovika
 
Makalah metode pembelajaran a1 c317026
Makalah metode pembelajaran a1 c317026Makalah metode pembelajaran a1 c317026
Makalah metode pembelajaran a1 c317026JunikaPurnama1
 
Strategi Pembelajaran
Strategi PembelajaranStrategi Pembelajaran
Strategi PembelajaranAmeilya P P
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02OwesomePure Collection
 
Pengembangan bahan ajar sma
Pengembangan bahan ajar smaPengembangan bahan ajar sma
Pengembangan bahan ajar smaSlamet Wibowo Ws
 
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baruRozita Ismail
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikPermata_An-Nur
 
Makalah metode ceramah
Makalah metode ceramahMakalah metode ceramah
Makalah metode ceramahjentapanani
 
Rangkuman metode pembelajaran
Rangkuman metode pembelajaranRangkuman metode pembelajaran
Rangkuman metode pembelajaranHayat Nurhayat
 
Strategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositoriStrategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositoriPotpotya Fitri
 
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARMakalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARSri Wiji Lestari
 
pengabdian masyarakat
pengabdian masyarakatpengabdian masyarakat
pengabdian masyarakatOscar Ririn
 
tugas kelompok PPT STRATEGI PEMBELAJARAN.pptx
tugas kelompok PPT STRATEGI PEMBELAJARAN.pptxtugas kelompok PPT STRATEGI PEMBELAJARAN.pptx
tugas kelompok PPT STRATEGI PEMBELAJARAN.pptxjosephmaulana1
 

Similar a Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab (20)

Analisis Materi Pembelajaran
Analisis Materi Pembelajaran Analisis Materi Pembelajaran
Analisis Materi Pembelajaran
 
Metode dan tehnik pembelajaran sosiologi
Metode dan tehnik pembelajaran sosiologiMetode dan tehnik pembelajaran sosiologi
Metode dan tehnik pembelajaran sosiologi
 
Makalah metode pembelajaran a1 c317026
Makalah metode pembelajaran a1 c317026Makalah metode pembelajaran a1 c317026
Makalah metode pembelajaran a1 c317026
 
Strategi Pembelajaran
Strategi PembelajaranStrategi Pembelajaran
Strategi Pembelajaran
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
 
Pengembangan bahan ajar sma
Pengembangan bahan ajar smaPengembangan bahan ajar sma
Pengembangan bahan ajar sma
 
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
25146893 konsep-bahan-bantuan-mengajar-dan-ciri baru
 
Powerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaranPowerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaran
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Modul jadi suci
Modul jadi suciModul jadi suci
Modul jadi suci
 
Makalah metode ceramah
Makalah metode ceramahMakalah metode ceramah
Makalah metode ceramah
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Rangkuman metode pembelajaran
Rangkuman metode pembelajaranRangkuman metode pembelajaran
Rangkuman metode pembelajaran
 
Strategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositoriStrategi pembelajaran ekspositori
Strategi pembelajaran ekspositori
 
M 15
M 15M 15
M 15
 
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJARMakalah METODE POKOK MENGAJAR
Makalah METODE POKOK MENGAJAR
 
pengabdian masyarakat
pengabdian masyarakatpengabdian masyarakat
pengabdian masyarakat
 
tugas kelompok PPT STRATEGI PEMBELAJARAN.pptx
tugas kelompok PPT STRATEGI PEMBELAJARAN.pptxtugas kelompok PPT STRATEGI PEMBELAJARAN.pptx
tugas kelompok PPT STRATEGI PEMBELAJARAN.pptx
 

Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab

  • 1. Topik X Kaedah dan Teknik 3 Pengajaran Bahasa Arab OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran bahasa; 2. Menguasai aspek persediaan yang perlu ada bagi seorang guru sebelum memilih sesuatu kaedah; 3. Mempraktikkan kaedah yang disarankan dalam pengajaran bahasa Arab komunikasi; dan 4. Membincangkan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan bagi membentuk situasi komunikatif dikalangan pelajar. X PENGENALAN Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kaedah dan teknik pengajaran bahasa Arab. Perbincangan akan menjurus kepada perbezaan antara kaedah dan teknik dalam pengajaran bahasa dan persediaan yang perlu ada pada anda sebelum memilih kaedah dan teknik pengajaran tersebut. Seterusnya anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah dalam pengajaran bahasa Arab komunikasi dan beberapa aktiviti-aktiviti yang disarankan bagi tujuan mewujudkan situasi komunikatif dalam kalangan pelajar. Antara yang akan dibincangkan ialah aktiviti lakonan, nasyid, permainan bahasa dan teka-teki serta kuiz.
  • 2. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 43 3.1 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Apabila kita terlibat dengan pendidikan, maka kita sebenarnya terlibat secara langsung dalam proses penyampaian maklumat. Apabila anda mengajar, anda sebenarnya sedang menyampaikan maklumat kepada pelajar anda. Justeru dalam proses tersebut, anda perlu menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan agar maklumat yang disampaikan boleh memberi pengalaman pembelajaran yang berguna kepada pelajar. Kekeliruan mungkin timbul kepada anda tentang apakah perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran. Kedua-dua istilah ini sering digunakan silih berganti. Ini kerana tidak banyak perbezaan antara kedua-dua istilah ini sebenarnya. Namun dalam membezakan kedua-duanya, Abd. Ghafar (2003) menjelaskan: Kaedah boleh ditafsirkan sebagai peringkat di mana suatu teori pengajaran itu dipraktikkan. Teknik pula adalah peringkat perlaksanaan pengajaran di bilik darjah. Dalam sesuatu kaedah pengajaran, mungkin terdapat satu atau lebih teknik yang digunakan. Misalnya, ketika menggunakan kaedah kuliah atau syarahan, guru juga menggunakan teknik penceritaan. Justeru dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kaedah adalah sesuatu yang lebih umum berbanding dengan teknik. Dalam proses pengajaran bahasa, anda mungkin hanya perlu menggunakan satu kaedah sahaja, namun dalam menjayakannya, anda mungkin memerlukan pelbagai teknik dalam penyampaian maklumat. SEMAK KENDIRI 3.1 Kita sering kali bercakap mengenai kaedah dan teknik pengajaran, Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan kaedah dan teknik pengajaran?
  • 3. 44 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB 3.2 PEMILIHAN KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR Dalam membuat pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang sesuai, anda disarankan agar terlebih dahulu memiliki persediaan dan pengetahuan berikut: (a) Persediaan Guru Profesion perguruan sebenarnya memerlukan kemahiran dan latihan. Apa yang anda harus faham ialah tidak semua orang boleh menjadi guru yang berjaya. Seseorang itu mungkin pintar dalam pengajiannya, namun tidak bererti ia mampu menjadi guru yang baik. Oleh kerana tugas guru adalah menyampai, maka seseorang yang banyak ilmu tetapi tidak mampu untuk menyampaikan kepada yang lain tidak mungkin ilmunya dapat dikongsi berbanding orang yang ilmunya sedikit, tetapi memiliki kemampuan untuk menyampaikan kepada yang lain, sudah tentu ilmu tersebut dapat dikongsi, dimanfaat dan seterusnya dikembangkan. Untuk menjadi guru yang terlatih dalam penyampaian, anda seharusnya memiliki empat perkara berikut: (i) Mengetahui psikologi pelajar Anda seharusnya mengetahui serba sedikit tentang latar belakang psikologi pelajar. Tidak semua perkara perlu ditangani secara fizikal. Justeru kenalilah pelajar anda dengan sebaik-baiknya kerana ia akan memudahkan anda berdepan dengan masalah pembelajaran mereka. (ii) Mengetahui dan mengikuti perkembangan teori pendidikan Anda jangan lupa untuk sentiasa menimba maklumat dan pengetahuan tentang ilmu-ilmu keguruan. Ini kerana tidak ada teknik yang terbaik dalam pengajaran. Dalam dunia pendidikan, cetusan pengalaman pendidik dalam bidang ini sentiasa ditulis dan dikaji. Mengetahui prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran hasil daripada pengalaman orang lain dapat membantu anda dalam pengajaran. (iii) Memahami isi kandungan pelajaran Anda perlu lakukan persediaan sebelum memulakan pengajaran. Isi pengajaran perlulah anda fahami dengan sebaik-baiknya. Jangan hanya berpandu pada maklumat di dalam buku teks sahaja. Ilmu itu luas, dan menjadi tugas anda untuk menimbanya.
  • 4. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 45 (iv) Mahir dalam memilih kaedah pengajaran Anda perlu mengetahui kaedah yang paling baik untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pelajar anda. Sebaik-baik guru adalah yang luas pengetahuannya dan bijak serta berkesan penyampaiannya. (b) Faktor Mempengaruhi Pemilihan Kaedah Mengajar Kaedah dan teknik pengajaran sebenarnya bukanlah terhad kepada satu atau dua sahaja. Ia sebenarnya banyak dan setiap kaedah tersebut mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Namun apa yang menjadi tugas anda ialah bijak dalam memilih kaedah dan teknik yang sesuai bahkan paling sesuai. Sebagaimana yang telah dibincangkan, tugas anda sebagai guru adalah menyampaikan malumat. Justeru, pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai akan menjadikan proses penyampaian maklumat lebih menarik, berkesan dan teruja. Pemilihan kaedah pengajaran boleh ditentukan oleh empat faktor berikut: (i) Objektif pengajaran Menjadi kelaziman seorang guru untuk mengenalpasti objektif pengajaran sebelum mengajar. Penentuan objektif yang jelas akan memudahkan anda untuk menentukan apakah kaedah yang sesuai bagi mencapai objektif tersebut. Sebagai contoh, objektif pengajaran anda ialah berkaitan dengan meningkatkan penguasaan pelajar tentang tatabahasa Arab yang mudah serta berkemampuan menggunakannya. Maka anda perlu mengenalpasti apakah kaedah yang paling sesuai dalam pengajaran anda agar pelajar dapat memahami dan menguasainya dengan cepat. Pemilihan anda mungkin berbeza dengan pemilihan rakan anda. (ii) Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan bahan bantu mengajar yang anda gunakan ketika mengajar. Anda perlu menentukan isi pelajaran yang ingin disampaikan. Dalam pengajaran bahasa, sudah tentu isi pelajaran berbentuk kemahiran. Justeru tugas anda ialah menentukan kaedah yang sesuai agar pelajar anda dapat mempraktikkan kemahiran tersebut. Juga perlu diingatkan, anda seharusnya memilih alat bantu mengajar yang sesuai dengan kemahiran yang dipilih. Penggunaan papan tulis umpamanya mungkin sesuai sebagai satu teknik pada permulaan, pertengahan atau pada penghujung pengajaran.
  • 5. 46 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB (iii) Jangka masa pengajaran Kebiasaannya, sekolah akan menetapkan waktu pengajaran iaitu antara 30 hingga 40 minit atau 60 hingga 80 minit. Anda mesti memilih kaedah yang sesuai dengan peruntukan waktu yang diberikan. Ketika pelaksanaan kaedah mengajar tersebut, anda memiliki kebebasan untuk melakukan pengubahsuaian terhadap kaedah yang dipilih. Segala-galanya terserah kepada anda. Apa yang perlu dipertimbangkan, jangan sesekali pengajaran anda berlarutan hingga melewati waktu yang telah diperuntukkan. (iv) Latar belakang dan jumlah pelajar Kaedah atau teknik yang anda pilih perlu disesuaikan dengan latar belakang dan jumlah pelajar. Antara yang anda perlu tahu ialah jantina, peringkat pencapaian dan keupayaan pelajar. Kaedah penyelesaian masalah umpamanya mungkin tidak sesuai digunakan kepada pelajar yang lemah pencapaiannya. Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk juga boleh mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik mengajar. Jumlah pelajar yang agak ramai mungkin boleh disesuaikan dengan teknik permainan. Pelajar akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti masing-masing. Situasi ini akan memudahkan lagi anda mengawal kelas anda. Tempat duduk mudah alih juga boleh memberi kelebihan kepada anda. Teknik perbincangan berkumpulan akan dapat dijayakan dengan cepat. Kesesuaian kaedah dan teknik juga boleh membantu anda dalam menghadapi suasana seperti perpindahan kelas atau terpaksa menjalankan pengajaran di luar kelas atau di pusat sumber sekolah. LATIHAN 3.1 Sebagai guru bahasa, apakah persediaan anda sebelum memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar?
  • 6. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 47 3.3 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sebagaimana anda sedia maklum, bahasa adalah komunikasi. Maka dengan itu pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah kerana sifat dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi dengan Pencipta, manusia dan alam. Anda sebagai guru bahasa perlu memahami maksud bahasa Arab komunikasi. Sebagai satu penerangan yang ringkas untuk anda, pakar-pakar bahasa telah menggariskan beberapa prinsip penting bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran bahasa mengikut pendekatan ini. Antaranya: (a) Aktiviti-aktiviti komunikatif perlulah diperbanyakkan dan dipelbagaikan serta dapat menarik minat pelajar. (b) Sesuatu aktiviti mestilah dijalankan oleh pelajar sendiri dan guru hanya berfungsi sebagai fasilitator. (c) Aktiviti dijalankan dalam situasi-situasi yang menyerupai keadaan sebenar. Secara ringkasnya, sebagaimana yang telah dijelaskan, pendekatan ini lebih memberi tumpuan kepada aspek komunikasi. Pembelajaran pula difokuskan kepada pelajar. Justeru pendekatan ini merangkumi pendekatan-pendekatan berikut: (a) Hiwar atau dialog dijadikan asas pembelajaran dan dikaitkan dengan kontek sosial. (b) Penekanan kepada latih tubi dan ajuk hafaz secara individu atau berkumpulan. (c) Ungkapan-ungkapan penting perlu sentiasa dipraktiskan. (d) Pelajar diberi galakan untuk bertutur. (e) Aspek latihan kepada bentuk pola ayat perlu diperbanyakkan. (f) Pengajaran nahu secara tidak langsung wazifi. (g) Guru berperanan sebagai pemudah cara. (h) Murid perlu dilibatkan dalam pembelajaran secara aktif secara individu dan berkumpulan. (i) Bahasa pengantar yang digunakan di dalam bilik darjah ialah bahasa Arab. (j) Kaedah terjemahan boleh digunakan jika terpaksa.
  • 7. 48 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB LATIHAN 3.2 Bincangkan tiga pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi. 3.4 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN Terdapat pelbagai cara yang digunakan di sekolah. Antara kaedah tersebut ialah kaedah tematik, kaedah ajuk hafaz, kaedah semulajadi/kaedah terus, kaedah latih tubi, kaedah induktif, kaedah deduktif, kaedah syarahan, kaedah lakonan perbualan, kaedah nasyid dan kaedah teka-teki dan kuiz. Di bawah ini diterangkan beberapa kaedah yang boleh digunakan ketika pengajaran untuk panduan anda. 3.4.1 Kaedah Syarahan Kaedah ini sangat popular dan paling digemari oleh guru. Anda boleh menggunakan kaedah ini dalam beberapa situasi seperti ketika memperkenalkan topik baru atau ketika menghuraikan permasalahan yang lain. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu anda beri penekanan. (a) Suara Anda perlu pastikan suara anda didengari oleh semua pelajar. Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat hingga mengganggu keselesaan pelajar. Pengawalan suara dan intonasi boleh mempengaruhi minat pelajar. (b) Kelajuan Tutur Kata Ketika anda menyampaikan syarahan, anda sebenarnya mengajar kemahiran mendengar kepada pelajar anda. Justeru, anda diingatkan agar bertutur dengan kelajuan yang sesuai dan jelas. (c) Penyoalan Syarahan yang berterusan atau bersifat khutbah akan menjadikan pelajar anda pasif dan leka. Justeru syarahan anda perlu diselitkan dengan penyoalan. Bentuk penyoalan mestilah berkisar dengan topik yang dibincangkan atau yang berkaitan dengannya. Anda boleh rujuk kepada perbincangan tentang teknik penyoalan untuk kemahiran yang perlu anda tahu.
  • 8. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 49 (d) Peluang Mencatat Anda perlu tentukan samada pelajar boleh mencatat ketika anda mengajar atau setelah selesai syarahan. Ini perlu dilakukan agar tidak berlaku keciciran maklumat. Sebaik-baiknya, anda perlu memperuntukkan tempoh yang sesuai untuk pelajar anda menyalin nota. (e) Penggunaan Alat Bantu Mengajar Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) boleh memudahkan anda menyampaikan maklumat dan membantu proses pemahaman pelajar. Ia juga boleh berperanan sebagai „ubat kebosanan‰ pelajar. Tentukan ABM yang sesuai. Jika perlu anda sediakan kertas edaran, sediakan!. Ia membantu pelajar anda memberi tumpuan dan perhatian mereka akan lebih terarah. SEMAK KENDIRI 3.2 Pada pandangan anda, apakah kelemahan kaedah syarahan? 3.4.2 Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah ini sebenarnya memberi peluang kepada pelajar anda mendengar, memerhati dan mempraktikkan sesuatu sebutan bahasa. Justeru ia sebenarnya satu kaedah yang menghimpunkan teori dan praktik sekaligus. Secara ringkasnya kaedah ini mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Melihat dan Mendengar Kemahiran Ketika kaedah ini dijalankan, pelajar berpeluang melihat dan mendengar demontrasi atau sebutan contoh yang dilakukan oleh anda. Dengan itu pelajar bukan sahaja mendengar teori sahaja. (b) Penglibatan Pelajar Setelah anda menyebut sesuatu bunyi (fonem) atau sesuatu ayat, pelajar berpeluang untuk mengikuti dan mengajuk bacaan anda setelah mendengarnya dengan teliti. (c) Peluang untuk Mendengar, Menyebut dan Menghafaz Melalui proses penglibatan pelajar, mereka berpeluang untuk mendengar, menyebut dan kemudian menghafal ungkapan tersebut.
  • 9. 50 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB Sebagai contoh: Anda : έϳΧϟ΍ ΡΎΑλ Pelajar :έϳΧϟ΍ ΡΎΑλ Anda :έϭϧϟ΍ ΡΎΑλ Pelajar :έϭϧϟ΍ ΡΎΑλ Anda :έϳΧϟ΍ ˯Ύγϣ Pelajar :έϳΧϟ΍ ˯Ύγϣ Kaedah ini juga boleh anda kembangkan dalam pengajaran fonem, perkataan baru, ayat ringkas, ayat panjang dan juga ungkapan-ungkapan lain berdasarkan buku teks bahasa Arab komunikasi yang dibekalkan. Anda juga boleh melakukan penggabungjalinan antara beberapa jenis kemahiran berbahasa. Lihat Rajah 3.1 di bawah: Rajah 3.1: Penggabungjalinan antara beberapa jenis kemahiran berbahasa LATIHAN 3.3 Anda ingin mengajar ungkapan baru dalam perbualan harian. Apakah kaedah yang anda akan gunakan?
  • 10. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 51 3.4.3 Kaedah Permainan Kaedah atau teknik permainan merupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar. Biasanya kaedah ini anda boleh gunakan bagi memenuhi masa yang terluang pada akhir masa pembelajaran. Kaedah ini juga sesuai untuk sessi pengukuhan sebelum pelajar anda menghadapi peperiksaan. Apa yang menjadi tugas anda adalah melakukan perancangan yang rapi dan secara bersungguh-sungguh. Ini kerana permainan yang dimaksudkan di sini bukan sekadar permainan, akan tetapi ia mengandungi objektif-objektif tertentu yang ingin dicapai. Berikut adalah panduan bagi anda untuk memudahkan proses perlaksanaan kaedah ini. (a) Mudah Diterangkan Anda hendaklah memilih permainan yang mudah difahami oleh pelajar anda. Dengan lain perkataan, anda tidak memerlukan masa yang lama untuk memberi penerangan kepada pelajar anda. Permainan yang sukar difahami akan mengundang pelbagai masalah ketika permainan itu dijalankan. Begitu juga anda seharusnya meletakkan tempoh atau jangka waktu dengan jelas. (b) Mudah Dilakukan Permainan yang dipilih adalah sesuai dengan struktur bilik darjah. Sebaik- baiknya, anda memilih permainan yang tidak mengubah banyak kedudukan seperti meja, kerusi dan lain-lain. (c) Boleh Diubahsuai Permainan tersebut boleh diubahsuai mengikut kesesuaian tahap pencapaian pelajar. Ini kerana anda perlu memastikan semua pelajar anda boleh melibatkan diri dalam permainan tersebut. (d) Peralatan yang Mudah Jangan sesekali menyulitkan diri anda. Pilihlah permainan yang mudah dari sudut penyediaan bahan, kos yang rendah dan mudah diperolehi. Penggunaan peralatan yang sedia ada adalah satu langkah yang bijak. (e) Memilih Waktu yang Sesuai Anda perlu tentukan waktu yang sesuai permainan ini dijalankan. Anda boleh menjalankan pada waktu permulaan, atau pada penghujung pengajaran bergantung kepada situasi. Ini bergantung kepada matlamat anda. Biasanya permainan pada permulaan pengajaran adalah bertujuan
  • 11. 52 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB untuk menarik minat pelajar atau bertindak sebagai set induksi. Manakala pada penghujung pengajaran pula bertindak sebagai satu proses pengukuhan atau mengulang kaji. (f) Menyediakan Hadiah kepada Pemenang Ini bukanlah suatu yang wajib. Ia merupakan suatu pilihan. Jangan menyulitkan anda apatah lagi ketika anda sedang kekeringan wang. Namun hadiah merupakan satu bentuk galakan dan penghargaan. Hadiah yang disediakan seboleh-bolehnya berkaitan dengan pelajaran anda. Sebagai contoh: Anda boleh menjalankan aktiviti permainan bagi menjawab teka silangkata. Kumpulan yang paling awal menyiapkannya dikira pemenang. Pembayang bagi perkataan yang dipilih berdasarkan kemampuan murid. Jika peringkat rendah, gunakan gambar, manakala peringkat tinggi gunakan ayat pembayang. Di dalam permainan seperti ini pelajar didedahkan dengan kemahiran membaca dan menulis. Seterusnya, anda disarankan untuk merujuk kepada topik yang membincangkan secara khusus tentang permainan bahasa dalam pengajaran bahasa Arab. SEMAK KENDIRI 3.3 Apakah bentuk permainan bahasa yang anda anggap paling sesuai untuk dijadikan kaedah pengajaran? 3.4.4 Kaedah Lakonan dan Perbualan Kaedah ini bertujuan untuk mendekatkan pelajar dengan situasi atau peristiwa sebenar. Lakonan atau perbualan boleh melibatkan dua orang pelajar atau lebih mengikut kesesuaian situasi yang dipilih. Setiap pelajar akan melakonkan watak berdasarkan kehendak isi pelajaran. Di dalam buku teks bahasa Arab komunikasi, terdapat banyak topik-topik yang berkait rapat dengan kaedah ini. Antara yang anda boleh perhatikan ialah perbualan antara rakan, antara anak dan ibu bapa, guru, juga ucapan-ucapan pengetua sekolah. Untuk menjadikan kaedah ini lebih berkesan, beberapa perkara perlu anda beri perhatian.
  • 12. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 53 Perkara tersebut ialah: (a) Situasi yang Berbentuk Komunikasi Pilih situasi-situasi yang sesuai untuk pelajar lakonkan. Antara yang terdapat dalam buku teks bahasa Arab komunikasi tingkatan satu ialah perbualan tentang keluarga, kepentingan membaca, rumah kediaman dan juga ketika di kantin sekolah. (b) Pelajar Memahami Situasi Anda perlu pastikan pelajar anda benar-benar memahami dialog yang diberikan. Pemahaman yang baik akan menjelmakan penghayatan yang baik di kalangan pelajar. Bertutur dengan bahasa yang baru adalah menyeronokkan. (c) Penjelasan kepada Pelajar Lain Anda perlu memberi penjelasan kepada pelajar lain tentang apa yang akan mereka tonton. Arahan-arahan berkaitan boleh anda berikan seperti menulis perkataan yang baru didengar, atau mencatat isi-isi penting. (d) Pelakon yang Sesuai Anda seharusnya memilih pelajar yang sesuai untuk melakonkan atau menjayakan perbualan tersebut. Justeru, anda mungkin perlu membuat pemilihan secara sukarela bergantung kepada situasi. (e) Bebaskan Pelajar Anda Dalam situasi tertentu, anda juga perlu memberi sedikit kebebasan kepada pelajar anda untuk menuturkan sebarang dialog yang berkaitan. Namun begitu anda perlu mengawasi pelajar anda agar tidak menyeleweng daripada situasi yang sepatutnya mereka lakonkan. (f) Perbincangan Adakan perbincangan selepas lakonan selesai. Buka peluang kepada pelajar-pelajar lain untuk memberi komen mereka. 3.4.5 Kaedah Teka-teki dan Kuiz Kaedah ini lebih berbentuk penyelesian masalah. Ia sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lebih proaktif, produktif dan berkemampuan dalam menyelesaikan masalah bahasa yang dikemukakan. Kaedah ini sangat sesuai untuk pelajar peringkat menengah. Mereka akan berpeluang untuk berbincang, bertukar-tukar pandangan dan membuat keputusan terhadap permasalahan yang diberikan. Tidak hairanlah ia merupakan kaedah yang amat popular di kalangan guru. Antara langkah-langkah yang perlu anda jalankan ialah:
  • 13. 54 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB (a) Mengenalpasti Bentuk Perlaksanaan Anda mestilah mengenalpasti bentuk perlaksanaan sama ada secara individu atau berkumpulan. Jika ia berbentuk kumpulan, ahli kumpulan mestilah sesuai dengan bentuk permasalahan yang dikemukakan. (b) Mengemukakan Masalah Anda dinasihatkan agar terlebih dahulu merangka permasalahan yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Ia mestilah dalam ruang lingkup keupayaan pelajar. Sebagai contoh, anda boleh mengemukakan permasalahan sintaksis, susunan ayat, isi tempat kosong dan sebagainya. (c) Mencari Penyelesaian dan Kesimpulan Anda hendaklah memberi peluang pelajar melakukan perbincangan untuk mencari penyelesaian. Tugas anda hanya sebagai pembimbing. Galakkan pelajar anda untuk bertutur dengan bahasa Arab ketika berbincang. 3.4.6 Kaedah Nasyid Kaedah ini adalah antara kaedah yang banyak digunakan oleh guru-guru bahasa Arab. Nasyid terbahagi kepada dua. Pertama nasyid yang mengandungi kaedah- kaedah tertentu yang perlu dikuasai pelajar. Kedua nasyid umum yang memperkenalkan perkataan dan ungkapan baru. (a) Nasyid yang Mengandungi Kaedah Oleh kerana bahasa Arab mengandungi beberapa pola yang secara asasnya mesti dihafaz dan dikuasi oleh pelajar, anda boleh menggunakan teknik menghafaz nasyid kepada pelajar. Sebagai contoh tasrif fiÊil madhi dan mudhariÊ agak sukar dikuasai oleh sebilangan besar pelajar sedangkan ia merupakan asas yang amat penting dalam bahasa Arab. Justeru, untuk memudah mereka, anda boleh ubah tasrif tersebut dalam bentuk nasyid. Ini akan memudahkan mereka menguasainya. Anda boleh meminta bantuan dari mereka yang berpengalaman dalam mandapatkan nasyid-nasyid yang biasa digunakan. Perlu diingatkan, kaedah ini bukan hanya tertumpu kepada pengajaran nahu sahaja. Anda boleh menggunakan kretiviti anda untuk melakukan pengubahsuaian. Apa yang penting, anda boleh mencapai objektif pengajaran anda dengan baik. (b) Nasyid Umum Anda mengajar bahasa Arab komunikasi. Nasyid merupakan salah satu bentuk kominikasi. Ini kerana nasyid sebenarnya menyampaikan tema dan matlamat dengan teknik yang tersendiri.
  • 14. TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB W 55 Di dalam buku teks bahasa Arab komunikasi, banyak dibekalkan nasyid- nasyid. Nasyid-nasyid yang disediakan berbentuk pengukuhan terhadap perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh pelajar. Disamping itu, ia berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar dalam memahami bentuk gaya bahasa Arab. Tugas anda adalah menentukan atau mencari rentak terhadap nasyid yang disediakan. Dalam situasi tertentu, anda juga boleh menggunakan nasyid berbahasa Arab yang banyak berkumandang di radio. Kebanyakkan pelajar biasanya telah biasa mendengar nasyid tersebut dan sebahagiannya mungkin telah menghafal. Keadaan ini perlu anda manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Perkukuhkan perbendaharaan kata yang terdapat dalam nasyid tersebut dan juga bentuk penggunaan tatabahasa yang betul yang telah digunakan. SEMAK KENDIRI 3.4 Apakah bentuk nasyid yang anda tahu? Di manakah sumbernya? x Pemilihan kaedah dan teknik mengajar bahasa Arab komunikasi dibuat berdasarkan persediaan guru dan juga factor-faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar seperti objektif pengajaran, alat Bantu mengajar yang digunakan, waktu yang diperuntukkan dan juga latar belakang serta jumlah pelajar. x Beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran bahasa secara komunikatif termasuklah: (a) aktiviti-aktiviti komunikatif perlu diperbanyak dan dipelbagaikan; (b) pelajar menjalankan aktiviti tersebut dengan guru sebagai fasilitator; dan (c) aktiviti hendaklah dijalankan dalam situasi menyerupai keadaan sebenar. x Terdapt beberapa kaedah pengajaran bahasa Arab komunikasi seperti kaedah syarahan, ajuk hafaz, permainan, lakonan dan perbualan, nasyis serta teka teki dan kuiz. x Setiap kaedah tersebut mempunyai beberapa aspek yang perlu diberi penekanan sebelum mengfaplikasikannya.
  • 15. 56 X TOPIK 3 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN BAHASA ARAB Kaedah syarahan Kaedah lakonan dan perbualan Kaedah ajuk hafaz Kaedah teka-teki dan kuiz Kaedah permainan Kaedah nasyid Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 10 minit Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah mengajar. Arahan: Jawab soalan ini dalam masa 30 minit 1. Terangkan dengan ringkas tiga prinsip penting bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran bahasa mengikut pendekatan komunikasi 2. Anda ingin mengajar satu topik berkenaan perbualan seorang anak dengan bapa tentang adab makan. Bincangkan kaedah yang sesuai dan perkara- perkara yang perlu anda beri perhatian.