SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 22
Descargar para leer sin conexión
Teori Pemusatan Insan



1.0    Pengenalan



       Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori

fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt

dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang

menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar

pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan

bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam

semua bidang.

       Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan,

arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran

ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa

manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai

keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan

masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara langsung oleh

kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri,

jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat-

sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu

adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa

memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan

sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya.

       Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi

individu, Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi




                                                                                          1
Teori Pemusatan Insan



pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan

di dalam tahun 1962.

       Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang

mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. Di

samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok-

kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972. Sejak

kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan teorinya di dalam

bidang perhubungan antarabangsa dan politik.



2.0    Latar Belakang Tokoh



       Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois

Chicago. Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya

merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat

berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang dan lima

daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah rapat. Rogers

amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya.

       Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun

dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang suka

mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya.

       Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di

dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian

dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam




                                                                                           2
Teori Pemusatan Insan



World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya

dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah kedoktorannya pada

tahun 1931.

       Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di

Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah

yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Department of the

Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi

pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di

Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957 beliau terlibat secara

langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago. Rogers kemudian

berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western

Behavioral Science Institute sebagai ‘resident fellow’. Dari tahun 1968 sehingga beliau

meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for studies di La Jolla,

California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain buku-buku yang

ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951),

On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970).

       Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau

merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied

Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical Association

(APA) dari tahun 1946 – 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4

Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggung

yang patah akibat satu kemalangan.




                                                                                         3
Teori Pemusatan Insan



3.0    Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia



       Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup

teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif

dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang

boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu

tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya.

Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar,

didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa

manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan

semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri,

andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai.

       Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan

membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia

boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifat-

sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai,

bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada

manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih

sayang, keselamatan dan penerimaan.

       Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti :

       1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita

           dengan orang-orang lain.




                                                                                           4
Teori Pemusatan Insan



       2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep

           kendirinya.

       3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep

           kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu.

       4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia

           untuk berkongsi masalahnya.



   Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan

mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang

boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan

berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya.

Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah

lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran

yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri –

menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan

sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya

tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan

bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang.

Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya.

   Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan

membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu;

              1. Kejujuran, keikhlasan da kebenaran

              2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat




                                                                                           5
Teori Pemusatan Insan



                3. Kefahaman yang mendalam

Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya

dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini dan seterusnya

lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya.



4.0    Matlamat Terapi



       Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan Insan ini

bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu,

tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi

diri seseorang individu itu.

       Tujuan     kaunseling   adalah   untuk    membantu     klien   di     dalam      proses

perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan

masalah-masalah di masa hadapan.

       Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah

bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan

dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir Awang

(1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh klien itu

sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling :

i)     Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa

       mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu.

       Klien tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia




                                                                                              6
Teori Pemusatan Insan



       menerima dirinya sendiri – baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan

       cara yang baru dan dapat terus berkembang.

ii)    Klien akan merasa yakin pada diri sendiri. Biasanya klien tidak yakin yang ia

       boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta dirinya dibimbing

       dan diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan

       dengan kenyataan, ia pun akan mula mempunyai keyakinan dan keupayaan

       sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya.

iii)   Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. Walaupun

       penting bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai-nilai dan norma-

       norma masyarakat, individu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk

       memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikongkong oleh

       outer directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan

       kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri.

iv)    Klien dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri klien

       kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru,

       untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka

       individu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sini ia

       akan bersedia membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari

       matlamat-matlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada

       orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju

       ke arah matlamat baru.




                                                                                           7
Teori Pemusatan Insan



5.0     Teknik Pemusatan Insan



        Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan Insan

mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang

dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu-

satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman

klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan

diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai

kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi.

        Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai

ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi

difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga

suasana yang fasilatatif iaitu :

        i.      Ketulenan sebenar atau kongruen

        ii.     Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik

        iii.    Mempunyai kefahaman empati



Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan

oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal

pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan

penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah

mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses

kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri utama yang membezakan kaunseling




                                                                                        8
Teori Pemusatan Insan



pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada

diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor.

       Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa

sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel

dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada

keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi

kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti.

Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri.

Ini bermaksud     setiap klien melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan

teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi

subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh

klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus mengelak dari mencemuh,

menyangkal, mengkritik atau sebagainya.

       Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal,

neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang

kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati,

klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan

menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima

kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan

kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan

dialaminya masa kini dan pada ketika itu.

       Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan

klien untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung




                                                                                             9
Teori Pemusatan Insan



di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan

kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien juga

yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi

mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977).

       Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah :



5.1    Penerimaan Tanpa Syarat



       Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa

       syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada

       baik atau jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima

       kliennya tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia

       menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga

       haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya

       yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas

       memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan

       dua hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada

       udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat

       merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya

       persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan

       personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.




                                                                                           10
Teori Pemusatan Insan



5.2   Empati



              Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan

      orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut

      pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien.

              Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati

      yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang

      tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien,

      baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor

      haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai,

      mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam

      objektifnya dari realiti yang sebenar.



5.3   Ketulenan

              Sifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan

      teknik ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan

      orang    lain.   Kaunselor   tidak   sepatutnya   menyelewengkan     komunikasi,

      menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda            yang tersembunyi,

      berpura-pura dan mengelak.

      Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau

teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun

negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada




                                                                                        11
Teori Pemusatan Insan



kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan

pengalamannya.



5.4    Aktif Mendengar dan berfikir



       Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling.

       Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang

       klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian

       merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi

       maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri

       untuk tiga sebab iaitu ;

       a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya

       b. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar

       c. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri

       Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor

       sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh

       membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc

       Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif

       memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini

       termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas.

       5.4.1   Parafrasa

               Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah

               dikatakan oleh klien seperti;




                                                                                        12
Teori Pemusatan Insan



               “apa yang saya faham”

               “dengan kata lain…”

              Kaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang

              penting kepadanya.



      5.4.2   Penjelasan

              Penjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan

              agar kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur.

              Tujuannya ialah memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan

              perasaannya terhadap sesuatu masalah.



      5.4.3   Maklum Balas

              Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk

              kaunselor berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak

              persepsi. Untuk menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia

              dengar dan dipersepsikan ke dalam tentatif.



5.5      Kongruen



         Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika

         kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia

         menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah




                                                                                      13
Teori Pemusatan Insan



      menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala

      bercanggah dengan sikap tidak menghukum.



5.6   Mendengar untuk merasa



      Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap

      dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui

      pendengaran     dan   tindakan   yang    tepat,   halangan   yang    merintangi

      persefahaman dua hala boleh dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980,

      mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka

      dalam bentuk;

       “perasaan kamu sekarang”

       jika apa yang saya dengar ini betul”



5.7   Mendengar dengan empati



      Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun

      sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya.

      Kaunselor perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan

      walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien.




                                                                                      14
Teori Pemusatan Insan



5.8    Menghormati



       Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan

       tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan,

       kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama

       rata.



5.9    Penerimaan yang mesra



       Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan

       menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan

       isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar.



5.10   Konfrontasi



       Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu

       tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri,

       dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak

       defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu

       tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang

       perhubungan interpersonalnya.




                                                                                    15
Teori Pemusatan Insan



5.0   Peranan Kaunselor



      Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berperanan

      seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996);

      a.   Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien.

           Kaunselor haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana

           yang tenang, selesa dan sesuai agar dapat menggalakkan klien mengalami

           suatu rasa bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang

           disangkalnya. Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif.

           Kaunselor harus menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha

           mengenali masalahnya.

      b. Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam

           keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor

           bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak beranggapan buruk

           terhadap klien. Kaunselor harus berempati bagi merasai dan mengalami apa

           yang dirasai dan dialami oleh klien.

      c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap

           sebagai sama taraf dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha

           untuk mengenali masalah klien dan mengatasinya.

      d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai

           cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan

           jelas.




                                                                                       16
Teori Pemusatan Insan



Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di atas, haruslah

wujud:

         a.   pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara kaunselor

              dengan klien

         b.   kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di dalam

              keadaan tidak kongruen

         c. Kaunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka

              dan anggapan

         d.   Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan

              dialami oleh klien

         e. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbuka

         f.   Klien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat

              dan kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor



6.0      Peranan Klien



         Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas

         memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah seperti:

         a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan

              datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang

              lain

         b. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan

              fikiran




                                                                                             17
Teori Pemusatan Insan



       c. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan

            dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien

       d.   Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri

       e. Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri

       f. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya

            bertindak membantu klien dalam membuat pilihan

       g. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah

       h. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru



7.0    Aplikasi teori dalam bidang kaunseling



               Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia

       menekankan kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik-

       teknik dan tatacara-tatacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan,

       pujukan dan pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah

       rendah dan menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah

       laku pelajar.



8.0    Kekuatan Terapi



       Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah

membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini

menurut mereka ialah :




                                                                                        18
Teori Pemusatan Insan



       a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien

       b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran

            kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan

            perhubungan

       c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan

            dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri




9.0    Limitasi Teori



Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan dan

kelemahannya. Antara lain ialah ;

       a.   Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang

            terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi.

       b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan

            kaunselor dengan klien

       c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur

            dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.




                                                                                        19
Teori Pemusatan Insan



10.0   Kesimpulan



       Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh Rogers

melalui teorinya ialah keyakinannya yang kuat tentang keupayaan dan kecenderungan

manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri. Pendirian yang positif seperti ini

telah memberikan maruah dan darjat kepada manusia, yang akan berusaha mencerminkan

kepercayaan sedemikian.

       Rogers    juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap

positif di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa pentingnya

kita menerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain

dari kaca mata dan dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya kejujuran,

keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana melalui penghayatan

sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau model yang berguna bagi

orang lain.

       Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebih

bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa juga yang

dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan sebagai

mengancam dirinya.

       Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep yang

dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur dengan mudah,

kerana ianya bersifat konsep yang abstrak.

       Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu

memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak berupaya




                                                                                        20
Teori Pemusatan Insan



untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur. Ini sudah tentu boleh

menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat.

       Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akan

memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang

terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat

memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang mesra

di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakan orang yang

boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguh-sungguh akan berusaha

menolongnya.




                                                                                      21
Teori Pemusatan Insan



Bibliografi :



1.     Sapora Sipon & Wan Anor Wan Sulaiman (2002), Pengantar Kaunseling. Kuala

       Lumpur. Prentice Hall

2.     Amir Awang (1987), Teori Dan Amalan Psikoterapi, Pulau Pinang. Universiti

       Sains Malaysia.

3.     Jess Feist & Grehory J.Feist (1998), Theories Of Personality Fourth Edition,

       United States Of America . McGraw-Hill Companies.




                                                                                     22

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

terapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuterapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuzakwan azhar
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuJessika Denis
 
Terapi tingkahlaku
Terapi tingkahlakuTerapi tingkahlaku
Terapi tingkahlakuShe ChuiYa
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Hafezah Yusof
 
teori gestalt therapy
teori gestalt therapyteori gestalt therapy
teori gestalt therapyzakwan azhar
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
terapi rasional emotif tingkah laku
 terapi rasional emotif tingkah laku terapi rasional emotif tingkah laku
terapi rasional emotif tingkah lakuzakwan azhar
 
Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya zakwan azhar
 
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.Dterapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.Dzakwan azhar
 
Sejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaSejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaKhairuddin Nisa
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperJessika Denis
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)Stephanie Unsil
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 

La actualidad más candente (20)

Etika kaunselor
Etika kaunselorEtika kaunselor
Etika kaunselor
 
terapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individuterapi adlerian/ psikologi individu
terapi adlerian/ psikologi individu
 
Fasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling IndividuFasa Sesi Kaunseling Individu
Fasa Sesi Kaunseling Individu
 
Terapi tingkahlaku
Terapi tingkahlakuTerapi tingkahlaku
Terapi tingkahlaku
 
Bab 5 Model Proses Kaunseling
Bab 5   Model Proses KaunselingBab 5   Model Proses Kaunseling
Bab 5 Model Proses Kaunseling
 
Teknik rebt
Teknik rebtTeknik rebt
Teknik rebt
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
teori gestalt therapy
teori gestalt therapyteori gestalt therapy
teori gestalt therapy
 
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
kepentingan salah satu daripada pendekatan-pendekatan yang boleh diaplikasi b...
 
terapi rasional emotif tingkah laku
 terapi rasional emotif tingkah laku terapi rasional emotif tingkah laku
terapi rasional emotif tingkah laku
 
Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya Teori kaunseling kerjaya
Teori kaunseling kerjaya
 
Teori kewujudan
Teori kewujudanTeori kewujudan
Teori kewujudan
 
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.Dterapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
terapi realiti / WILLIAM GLASSER M.D
 
Sejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjayaSejarah kaunseling kerjaya
Sejarah kaunseling kerjaya
 
Teori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya SuperTeori Perkembangan Kerjaya Super
Teori Perkembangan Kerjaya Super
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
 

Destacado

Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasseradeendra
 
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)Herney Aqilah Kay
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunselingHerney Aqilah Kay
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)Herney Aqilah Kay
 
Teori kepribadian Carl R. Rogers
Teori kepribadian Carl R. RogersTeori kepribadian Carl R. Rogers
Teori kepribadian Carl R. RogersAi Nurhasanah
 
Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompok
Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompokPeringkat permulaan dalam kaunseling kelompok
Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompokCik Gee
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitikartventure ipkt
 
122256451 fatin-azimah-jusoh-perbandingan-teori-teori-kaunseling
122256451 fatin-azimah-jusoh-perbandingan-teori-teori-kaunseling122256451 fatin-azimah-jusoh-perbandingan-teori-teori-kaunseling
122256451 fatin-azimah-jusoh-perbandingan-teori-teori-kaunselingninasweet
 
Motivasi ujian negara dengan nlp
Motivasi ujian negara  dengan nlpMotivasi ujian negara  dengan nlp
Motivasi ujian negara dengan nlpNorman Syah
 

Destacado (20)

Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
5 perbandingan teori
5 perbandingan teori5 perbandingan teori
5 perbandingan teori
 
1 kemahiran asas kaunseling
1 kemahiran asas kaunseling1 kemahiran asas kaunseling
1 kemahiran asas kaunseling
 
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
 
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
TERAPI REALITI
TERAPI REALITITERAPI REALITI
TERAPI REALITI
 
Teori kepribadian Carl R. Rogers
Teori kepribadian Carl R. RogersTeori kepribadian Carl R. Rogers
Teori kepribadian Carl R. Rogers
 
Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompok
Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompokPeringkat permulaan dalam kaunseling kelompok
Peringkat permulaan dalam kaunseling kelompok
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
 
Lam pt03-04a
Lam pt03-04aLam pt03-04a
Lam pt03-04a
 
122256451 fatin-azimah-jusoh-perbandingan-teori-teori-kaunseling
122256451 fatin-azimah-jusoh-perbandingan-teori-teori-kaunseling122256451 fatin-azimah-jusoh-perbandingan-teori-teori-kaunseling
122256451 fatin-azimah-jusoh-perbandingan-teori-teori-kaunseling
 
Sejarah cbt
Sejarah cbtSejarah cbt
Sejarah cbt
 
Erti hidup vol 2
Erti hidup vol  2Erti hidup vol  2
Erti hidup vol 2
 
SMSB Profile
SMSB ProfileSMSB Profile
SMSB Profile
 
Kemahiran asas menolong
Kemahiran asas menolongKemahiran asas menolong
Kemahiran asas menolong
 
Kejayaan
KejayaanKejayaan
Kejayaan
 
Motivasi ujian negara dengan nlp
Motivasi ujian negara  dengan nlpMotivasi ujian negara  dengan nlp
Motivasi ujian negara dengan nlp
 

Similar a 2 teori pemusatan insan

Teori Humanistik
Teori HumanistikTeori Humanistik
Teori HumanistikFath Anissa
 
PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIPENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIxue er tui
 
Pak okta carl rogers (konversi)
Pak okta   carl rogers (konversi)Pak okta   carl rogers (konversi)
Pak okta carl rogers (konversi)Oetari Oetari
 
Pak okta carl rogers (konversi)
Pak okta   carl rogers (konversi)Pak okta   carl rogers (konversi)
Pak okta carl rogers (konversi)Oetari Oetari
 
teori tumpuan insan
teori tumpuan insanteori tumpuan insan
teori tumpuan insanzakwan azhar
 
Pendekatak konseling realita
Pendekatak konseling realitaPendekatak konseling realita
Pendekatak konseling realitavarizalamir
 
Eksistensial humanistik
Eksistensial humanistikEksistensial humanistik
Eksistensial humanistikDevi novianti
 
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistikMakalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistikDevi novianti
 
Teori Psikologi: Humanistik
Teori Psikologi: HumanistikTeori Psikologi: Humanistik
Teori Psikologi: HumanistikIndah Fatmawati
 
Carl rogers
Carl rogersCarl rogers
Carl rogersejak19
 
3.5. komunikasi. johari windows 4
3.5. komunikasi. johari windows 43.5. komunikasi. johari windows 4
3.5. komunikasi. johari windows 4kedawung
 
Teori humanistik (carl rogers)
Teori humanistik (carl rogers)Teori humanistik (carl rogers)
Teori humanistik (carl rogers)1115500020BBK
 
Teory humanistik (bayu prasetya,isnadziya,sayyidah karismatika)
Teory humanistik  (bayu prasetya,isnadziya,sayyidah karismatika)Teory humanistik  (bayu prasetya,isnadziya,sayyidah karismatika)
Teory humanistik (bayu prasetya,isnadziya,sayyidah karismatika)nadziya
 
Bab i bimbingan konseling kel 1
Bab i bimbingan konseling kel 1Bab i bimbingan konseling kel 1
Bab i bimbingan konseling kel 1Desii Belawati
 
Ppt bu reni
Ppt bu reniPpt bu reni
Ppt bu renimayang96
 

Similar a 2 teori pemusatan insan (20)

Teori Humanistik
Teori HumanistikTeori Humanistik
Teori Humanistik
 
PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRIPENGERTIAN KONSEP KENDIRI
PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
 
Pak okta carl rogers (konversi)
Pak okta   carl rogers (konversi)Pak okta   carl rogers (konversi)
Pak okta carl rogers (konversi)
 
Pak okta carl rogers (konversi)
Pak okta   carl rogers (konversi)Pak okta   carl rogers (konversi)
Pak okta carl rogers (konversi)
 
TEORI HUMANISTIK
TEORI HUMANISTIKTEORI HUMANISTIK
TEORI HUMANISTIK
 
teori tumpuan insan
teori tumpuan insanteori tumpuan insan
teori tumpuan insan
 
Pendekatak konseling realita
Pendekatak konseling realitaPendekatak konseling realita
Pendekatak konseling realita
 
Ppt carl rogers
Ppt carl rogersPpt carl rogers
Ppt carl rogers
 
Eksistensial humanistik
Eksistensial humanistikEksistensial humanistik
Eksistensial humanistik
 
EKSISTENSIAL HUMANISTIK
EKSISTENSIAL HUMANISTIKEKSISTENSIAL HUMANISTIK
EKSISTENSIAL HUMANISTIK
 
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistikMakalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
Makalah model model konseling 1 eksistensial humanistik
 
pendekatan Humanistik ppt
pendekatan Humanistik pptpendekatan Humanistik ppt
pendekatan Humanistik ppt
 
Teori Psikologi: Humanistik
Teori Psikologi: HumanistikTeori Psikologi: Humanistik
Teori Psikologi: Humanistik
 
Carl rogers
Carl rogersCarl rogers
Carl rogers
 
3.5. komunikasi. johari windows 4
3.5. komunikasi. johari windows 43.5. komunikasi. johari windows 4
3.5. komunikasi. johari windows 4
 
Teori humanistik (carl rogers)
Teori humanistik (carl rogers)Teori humanistik (carl rogers)
Teori humanistik (carl rogers)
 
Teory humanistik (bayu prasetya,isnadziya,sayyidah karismatika)
Teory humanistik  (bayu prasetya,isnadziya,sayyidah karismatika)Teory humanistik  (bayu prasetya,isnadziya,sayyidah karismatika)
Teory humanistik (bayu prasetya,isnadziya,sayyidah karismatika)
 
Bab i bimbingan konseling kel 1
Bab i bimbingan konseling kel 1Bab i bimbingan konseling kel 1
Bab i bimbingan konseling kel 1
 
Tugas pak junet, caca
Tugas pak junet, cacaTugas pak junet, caca
Tugas pak junet, caca
 
Ppt bu reni
Ppt bu reniPpt bu reni
Ppt bu reni
 

Más de Herney Aqilah Kay

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruHerney Aqilah Kay
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Herney Aqilah Kay
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwanHerney Aqilah Kay
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianHerney Aqilah Kay
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerHerney Aqilah Kay
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Herney Aqilah Kay
 

Más de Herney Aqilah Kay (20)

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guru
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
 
bab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayanganbab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayangan
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Pendawaian domestik
Pendawaian domestikPendawaian domestik
Pendawaian domestik
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaian
 
Komponen elektronik
Komponen elektronikKomponen elektronik
Komponen elektronik
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian Komputer
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
 

2 teori pemusatan insan

  • 1. Teori Pemusatan Insan 1.0 Pengenalan Teori Pemusatan Insan disebut juga sebagai teori konsep kendiri atau teori fenomenologi yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an yang menamakannya kaunseling bukan-arahan atau kaunseling pusatan-klien. Ia mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua bidang. Ia mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor. Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa manusia itu memang baik, memang boleh dipercayai, dan memang mempunyai keupayaan yang banyak untuk memahami diri mereka sendiri serta menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara langsung oleh kaunselor. Ia berpendirian bahawa manusia itu boleh menuju ke arah penentuan kendiri, jika mereka dibawa terlibat di dalam perhubungan kaunseling atau terapi. Baginya sifat- sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. Kerana itulah tatacara dan teknik tidak penting baginya. Melalui penglibatannya yang meluas di dalam kaunseling dan psikoterapi individu, Rogers telah mengemukakan teori dan pendekatannya yang dinamakan terapi 1
  • 2. Teori Pemusatan Insan pusatan-klien di dalam tahun 1951. Teori ini terus diperbaikinya dan hasilnya diterbitkan di dalam tahun 1962. Teori dan pendekatan yang dikemukakan oleh Rogers ini mencetuskan minat yang mendalam di kalangan para pendidik yang menekankan pengajaran pemusatan pelajar. Di samping itu, Rogers juga telah mencuba teorinya untuk digunakan dengan kelompok- kelompok, dan juga dalam kaunseling keluarga pada tahun 1970 dan 1972. Sejak kebelakangan ini seolah-olah sudah muncul minat untuk menerapkan teorinya di dalam bidang perhubungan antarabangsa dan politik. 2.0 Latar Belakang Tokoh Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago. Rogers merupakan anak ke-empat dari enam orang adik beradik. Ayahnya merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibubapanya sangat kuat berpegang kepada agama. Rogers mempunyai adik beradik seramai enam orang dan lima daripada mereka adalah lelaki. Hubungan mereka adik beradik sangatlah rapat. Rogers amat rapat dengan ibunya berbanding ayahnya. Semasa kecil Rogers adalah seorang murid yang cerdik dan pintar. Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang ramai, Rogers merupakan seorang pelajar yang suka mengasingkan diri dan pendiam di sekolah. Beliau sangat sensitif orangnya. Rogers telah memasuki Universiti Wisconsin dan memperolehi pencapaian di dalam bidang akademik yang sangat baik. Di universiti itu beliau mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk rombongan ke negeri China sebagai perwakilan dalam 2
  • 3. Teori Pemusatan Insan World Student Christian Federation Conference. Beliau mendapat Ijazah pertamanya dalam bidang Sejarah pada tahun 1924. Beliau menerima Ijazah kedoktorannya pada tahun 1931. Pada tahun 1928, sebelum menerima ijazah kedoktorannya, beliau mula bekerja di Rochester New York, terutamanya dengan kanak-kanak dan remaja yang bermasalah yang dirujuk oleh mahkamah dan agensi-agensi kepada Child Study Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children. Kemudian beliau dilantik menjadi pengarah kepada Rochester Guidance Center. Pada tahun 1940 dia menjadi professor di Ohio State University. Di antara tahun 1945 sehingga 1957 beliau terlibat secara langsung dengan Counseling Center di University Of Chicago. Rogers kemudian berpindah ke University Of Wisconsin. Pada tahun 1964 beliau menyertai Western Behavioral Science Institute sebagai ‘resident fellow’. Dari tahun 1968 sehingga beliau meninggal dunia, Rogers menjadi resident fellow di Center for studies di La Jolla, California. Rogers telah menulis beberapa buah buku antara lain buku-buku yang ditulisnya ialah Counseling and Psychotherapy (1942), Client-centered Therapy (1951), On Becoming a Person (1961), Carls Rogers On Encounter Groups (1970). Rogers banyak menerima penghormatan di sepanjang hidupnya. Beliau merupakan orang pertama menjadi pengerusi kepada American Association for Applied Psychology . Beliau bertugas sebagai pengerusi American Psychocogical Association (APA) dari tahun 1946 – 1947 . Rogers meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987 ketika berusia 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang punggung yang patah akibat satu kemalangan. 3
  • 4. Teori Pemusatan Insan 3.0 Pandangan Terapi Terhadap Kejadian Manusia Menurut Amir Awang (1987), Carls Rogers mempunyai pandangan yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Rogers menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya. Ia menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri, andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai. Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers dalam teori Pemusatan Insan membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri yang membawa keoada kebebasan dan berdikari. Sifat- sifat yang ada pada manusia adalah seperti membina, bekerjasama, boleh dipercayai, bersifat realistik dan sanggup bersosial. Perasaan-perasaan negatif yang terdapat pada manusia seperti marah dan benci memang wujud akibat penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Andaian-andaian teori ini terhadap manusia adalah seperti : 1. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri individu berdasarkan interaksi kita dengan orang-orang lain. 4
  • 5. Teori Pemusatan Insan 2. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep kendirinya. 3. Masalah-masalah yang berlaku kerana timbul atau wujudnya antara konsep kendiri dengan pengalaman-pengalaman yang lalu. 4. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan bersedia untuk berkongsi masalahnya. Menurut Suradi Salim (1996), manusia dianggap mempunyai sifat-sifat positif dan mempunyai keinginan untuk berfungsi penuh, iaitu hidup dengan seberapa berkesan yang boleh. Jika seseorang itu dibenarkan untuk berkembang dengan bebas, beliau akan berkembang dengan sempurna dan akan menjadi individu yang positif dan berjaya. Pandangan seseorang tentang dirinya dalam konteks persekitarannya menentukan tingkah lakunya dan kepuasan peribadinya. Jika diberikan atau disediakan dengan persekitaran yang menggalakkan, manusia akan berkembang dengan yakin ke arah nirwana kendiri – menjadi apa sahaja yang dia inginkan. Jika manusia tidak menerima kasih sayang dan sokongan orang yang penting baginya, kemungkinan besar manusia menganggap dirinya tidak berharga dan menganggap orang lain tidak boleh dipercayai, serta mereka akan bersikap mempertahankan diri dan perkembangan ke arah nirwana diri akan terhalang. Persepsi seseorang tentang diri dan persekitaranya merupakan realiti baginya. Bagi Rogers, untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan, iaitu; 1. Kejujuran, keikhlasan da kebenaran 2. Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat 5
  • 6. Teori Pemusatan Insan 3. Kefahaman yang mendalam Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. 4.0 Matlamat Terapi Matlamat yang ingin dicapai di dalam kaunseling / Terapi Pemusatan Insan ini bukanlah sekadar menyelesaikan masalah yang dihadapi atau dialami pada masa itu, tetapi apa yang lebih diutamakan ialah untuk mencapai perasaan bebas dan besepadu bagi diri seseorang individu itu. Tujuan kaunseling adalah untuk membantu klien di dalam proses perkembangannya, agar ia dapat menghadapi dan mengatasi masalah masa kini dan masalah-masalah di masa hadapan. Dengan berasaskan kepada matlamat yang ingin dicapai, maka klien haruslah bersedia untuk memisahkan dirinya daripada apa yang selama ini telah sebati dengan dirinya bagi membolehkan dirinya berhadapan dengan realiti. Menurut Amir Awang (1987), terdapat beberapa perkara yang dapat diperhatikan dan dirasai oleh klien itu sendiri untuk mencapai maksud yang ingin dituju di dalam kaunseling : i) Klien bersedia menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar, tanpa mengherot-berotkannya untuk disesuaikan dengan struktur kendiri seseorang itu. Klien tidak lagi bimbang atau takut untuk berhadapan dengan realiti. Ia sedia 6
  • 7. Teori Pemusatan Insan menerima dirinya sendiri – baik atau buruk, ia dapat mengalami hidup dengan cara yang baru dan dapat terus berkembang. ii) Klien akan merasa yakin pada diri sendiri. Biasanya klien tidak yakin yang ia boleh mengemudikan hidupnya, kerana itu ia sering meminta dirinya dibimbing dan diarah. Tetapi apabila ia sudah sedia menerima dirinya dan berhadapan dengan kenyataan, ia pun akan mula mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri untuk mengawal dan mengarah hidupnya. iii) Klien akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikirannya sendiri. Walaupun penting bagi seseorang untuk memberi perhatian kepada nilai-nilai dan norma- norma masyarakat, individu perlu juga mempunyai nilai-nilai sendiri untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directed dan tidak dikongkong oleh outer directedness. Melalui inner directedness ini ia akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri. iv) Klien dalam keadaan untuk terus berkembang. Apabila wujud di dalam diri klien kesediaan untuk terus hidup, untuk terus mengalami peristiwa-peristiwa baru, untuk terus menghadapi cabaran-cabaran dan masalah-masalah baru, maka individu telah mencapai suatu tahap positif di dalam proses hidupnya. Dari sini ia akan bersedia membuat ketetapan-ketetapan baru untuk dirinya, untuk mencari matlamat-matlamat baru untuk hidupnya. Ia tidak lagi perlu bergantung kepada orang lain untuk mengarah atau mengawal hidupnya. Ia sudah berupaya menuju ke arah matlamat baru. 7
  • 8. Teori Pemusatan Insan 5.0 Teknik Pemusatan Insan Menurut Hansen, Stevic & Warner (1986), Kaunseling Pemusatan Insan mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai atau menuju ke arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah merupakan satu- satunya pendekatan teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk menuju ke arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri, memerlukan kemesraan, dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Menurut Gelso & Carter (1985), hubungan kaunselor dengan klien dilihat sebagai ramuan yang penting di dalam psikoterapi. Dalam perhubungan kaunseling, komunikasi difokuskan kepada individu yang mengalami masalah. Rogers (1986) menyarankan tiga suasana yang fasilatatif iaitu : i. Ketulenan sebenar atau kongruen ii. Penerimaan, mengambil berat dan bersangka baik iii. Mempunyai kefahaman empati Kajian yang telah dibuat menunjukkan kaunseling pemusatan insan yang dicadangkan oleh Rogers adalah sesuai untuk menggalakkan peningkatan penyesuaian psikologikal pada diri klien. Melalui kaunseling pemusatan insan, klien telah meningkatkan penghargaan kendiri. Menurut Carkhuff dan Berenson (1967), kajian-kajian telah mengesahkan kepentingan sumbangan empati, penghormatan dan ketulenan dalam proses kaunseling. Brammer dan Shostrom (1982), satu ciri utama yang membezakan kaunseling 8
  • 9. Teori Pemusatan Insan pemusatan insan dengan pendekatan lain ialah meningkatnya tahap tanggungjawab pada diri klien berbanding dengan yang dijangkakan oleh kaunselor. Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa sifat yang terdapat di dalam teori ini. Antaranya ialah teori ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia menerima perubahan dari semasa ke semasa. Ia memberi fokus kepada keupayaan klien serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Pendekatan teori ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi klien sendiri. Ini bermaksud setiap klien melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan teropongnya sendiri. Manakala kaunselor harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif ini dan harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien melalui proses empati. Kaunselor juga harus mengelak dari mencemuh, menyangkal, mengkritik atau sebagainya. Pendekatan teori ini boleh digunakan dengan semua jenis klien iaitu normal, neurotik dan psikotik. Melalui hubungan yang dibina oleh kaunselor bersama klien yang kongruen, menerima kliennya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan untuk berempati, klien dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses kaunseling. Dengan menggunakan teori ini kaunselor hendaklah ikhlas, jujur, mesra dan bersedia menerima kliennya, serta mempunyai kebolehan untuk berempati secara tepat. Dengan sifat dan kebolehan ini, klien bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu. Sebagai suatu teori yang menekankan usaha bersama di antara kaunselor dan klien untuk membolehkan klien berkembang, kaunselor dan klien terlibat secara langsung 9
  • 10. Teori Pemusatan Insan di dalam proses berkembang untuk menuju ke arah matlamat, manakala kuasa dan kawalan tidak dipegang oleh kaunselor. Malah klienlah yang memilikinya, dan klien juga yang menentukan bagaimana ia hendak menggunakan kuasa dan kawalan ini bagi mengembangkan dirinya.(Rogers, 1977). Antara teknik-teknik teori Pemusatan Insan ialah : 5.1 Penerimaan Tanpa Syarat Teknik ini menekankan supaya kaunselor mempunyai sikap menerima klien tanpa syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan klien sama ada baik atau jahat. Dalam ertikata lain, kaunselor haruslah bersedia menerima kliennya tanpa mengenakan apa-apa syarat ke atasnya. Ia harus bersedia menerima kliennya tanpa prasangka atau sebarang penilaian. Kaunselor juga haruslah juga sering berwaspada agar ia tidak memberi gambaran kepada kliennya yang ia sedia menerima kliennya, agar kliennya rasa senang terhadapnya lantas memuji, menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien. Sikap ikatan dua hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, klien akan dapat merasa ketulenan kaunselor tadi untuk menolongnya dan dengan wujudnya persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman. 10
  • 11. Teori Pemusatan Insan 5.2 Empati Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba masuk ke dalam ruang rujuk klien. Di dalam teknik ini memerlukan kaunselor mempunyai kefahaman empati yang tepat. Klien yang datang bersamanya membawa dunia subjektifnya, yang tentu berbeza daripada dunia subjektif kaunselor itu sendiri. Dari huraian klien, baik melalui bahasa mahupun melalui gerak-geri tubuh badannya, kaunselor haruslah berusaha menyelami dunia subjektif kliennya, sehingga ia dapat merasai, mempersepsi dan mengalami segala apa yang dirasai, dipersepsi dari alam objektifnya dari realiti yang sebenar. 5.3 Ketulenan Sifat jujur, ikhlas dan tulen harus ada pada kaunselor yang menggunakan teknik ini. Ketulenan adalah kebolehan untuk menjadi sejati dan benar dengan orang lain. Kaunselor tidak sepatutnya menyelewengkan komunikasi, menyembunyikan motif atau bertindak dengan agenda yang tersembunyi, berpura-pura dan mengelak. Kaunselor haruslah bersikap terbuka dengan klienya. Ia tidak tersekat-sekat atau teragak-agak untuk menyampaikan apa jua yang dirasainya, baik yang positif mahupun negatif. Dengan yang demikian ia dapat menjadi sebagai contoh atau model kepada 11
  • 12. Teori Pemusatan Insan kliennya untuk juga bersifat terbuka, jujur dan ikhlas di dalam menyatakan perasaan dan pengalamannya. 5.4 Aktif Mendengar dan berfikir Mendengar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam sesi kaunseling. Tumpuan yang penuh ataupun konsentrasi hendaklah diberikan kepada apa yang klien cakap samada secara lisan atau bukan lisan. Tumpuan atau perhatian merupakan prasyarat terhadap membantu. Pendengar yang aktif akan memberi maklum balas tentang apa yang dicakapkan menggunakan perkataannya sendiri untuk tiga sebab iaitu ; a. ia akan memastikan ia betul-betul faham apa yang dicakapkan oleh kliennya b. ia akan memastikan ia betul-betul telah mendengar c. ia akan membantu klien membuat pendedahan kendiri Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor sedang mendengar dan menggalakkan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh membantu untuk merangka suatu ketetapan yang lebih memuaskan. Menurut Mc Kay, Davis dan Fanning (1983) menyatakan bahawa mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjasama di dalam proses berkomunikasi. Ini termasuklah parafrasa, menjelaskan dan maklum balas. 5.4.1 Parafrasa Parafrasa bermaksud mengatakan dengan perkataan sendiri apa yang telah dikatakan oleh klien seperti; 12
  • 13. Teori Pemusatan Insan  “apa yang saya faham”  “dengan kata lain…” Kaunselor harus memparafrasakan apabila klien menyebut sesuatu yang penting kepadanya. 5.4.2 Penjelasan Penjelasan bermaksud bertanyakan soalan untuk mendapatkan penjelasan agar kaunselor boleh memahami kenyataan-kenyataan yang kabur. Tujuannya ialah memahami dari konteks bagaimana cara berfikir klien dan perasaannya terhadap sesuatu masalah. 5.4.3 Maklum Balas Sewaktu temubual kaunseling maklum balas menyediakan peluang untuk kaunselor berkongsi apa yang difikirkan, dirasakan dan untuk menyemak persepsi. Untuk menyemak persepsi kaunselor merangka apa yang dia dengar dan dipersepsikan ke dalam tentatif. 5.5 Kongruen Kongruen memerlukan kaunselor bersifat telus terhadap klien, iaitu jika kaunselor merasa marah terhadap cara klien berkomunikasi tetapi dia menyembunyikannya. Ini menyebabkan berlakunya tidak kongruen. Adalah 13
  • 14. Teori Pemusatan Insan menjadi satu dilema untuk menjadi kongruen kerana ia kadangkala bercanggah dengan sikap tidak menghukum. 5.6 Mendengar untuk merasa Interaksi yang berkesan melibatkan pemahaman yang mendalam terhadap dunia seseorang dan menyatakan kefahaman itu kepada klien. Melalui pendengaran dan tindakan yang tepat, halangan yang merintangi persefahaman dua hala boleh dihindari. Dinkmeyer & Losoney, 1980, mengenalpasti dan menyatakan perasaan dalam sesuatu mesej boleh dirangka dalam bentuk;  “perasaan kamu sekarang”  jika apa yang saya dengar ini betul” 5.7 Mendengar dengan empati Mendengar dengan empati bermaksud kaunselor menyedari bahawa walaupun sesuatu perkara amat berat tetapi kaunselor perlu juga membantunya. Kaunselor perlu bertanya diri sendiri bagaimana kepercayaan dan keputusan walau pun ia mungkin gagal tetapi boleh mengurangkan kerisauan klien. 14
  • 15. Teori Pemusatan Insan 5.8 Menghormati Menghormati adalah kemahiran interpersonal yang menunjukkan penghargaan tentang keunikan orang lain, toleransi terhadap perbezaan atau kelainan, kemahuan dan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain secara sama rata. 5.9 Penerimaan yang mesra Teknik ini merupakan keupayaan untuk bersifat terbuka, peramah dan menerima menggunakan komunikasi bukan lisan yang boleh menyampaikan isyarat-isyarat kongruen, keterbukaan dan kesudian untuk mendengar. 5.10 Konfrontasi Konfrontasi merupakan keupayaan untuk memberitahu seseorang individu itu tentang perselisihan tingkah laku dan kesannya terhadap dirinya sendiri, dengan cara yang tidak agresif, tidak menghakimi, tidak kritikal atau tidak defensif (mempertahankan diri). Ia bertujuan untuk menyedarkan individu tersebut sama ada tingkah lakunya menggalakkan atau menghalang perhubungan interpersonalnya. 15
  • 16. Teori Pemusatan Insan 5.0 Peranan Kaunselor Dengan adanya sikap dan kebolehan berempati, kaunselor haruslah berperanan seperti yang dijelaskan oleh Corey (1996); a. Kaunselor berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan seseorang klien. Kaunselor haruslah mewujudkan suasana teraputik iaitu mewujudkan suasana yang tenang, selesa dan sesuai agar dapat menggalakkan klien mengalami suatu rasa bebas untuk meneroka dan mengalami cabang-cabang hidup yang disangkalnya. Oleh itu klien dapat dibantu supaya tidak bersifat defensif. Kaunselor harus menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali masalahnya. b. Kaunselor perlu mewujudkan suasana iaitu kaunselor harus berada dalam keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor bersedia menerima tanpa syarat, prasangka dan tidak beranggapan buruk terhadap klien. Kaunselor harus berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien. c. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai sama taraf dengan dirinya dan secara bersama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah klien dan mengatasinya. d. Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi sebagai cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas. 16
  • 17. Teori Pemusatan Insan Untuk mempastikan tercapainya perkara-perkara yang disebutkan di atas, haruslah wujud: a. pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, di antara kaunselor dengan klien b. kaunselor haruslah di dalam kongruen, dan klien pula berada di dalam keadaan tidak kongruen c. Kaunselor bersedia menerima kliennya tanpa syarat, tanpa sebarang prasangka dan anggapan d. Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh klien e. Kaunselor haruslah bersifat jujur, ikhlas dan terbuka f. Klien pula haruslah dapat melihat dan merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan di atas yang ada pada kaunselor 6.0 Peranan Klien Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah seperti: a. Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang lain b. Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan fikiran 17
  • 18. Teori Pemusatan Insan c. Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien d. Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri e. Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri f. Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya bertindak membantu klien dalam membuat pilihan g. Klien berupaya dan bersedia untuk berubah h. Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru 7.0 Aplikasi teori dalam bidang kaunseling Teori ini sangat sesuai digunakan di dalam seting sekolah kerana ia menekankan kaedah pengajaran pemusatan pelajar. Ini bersesuaian kerana teknik- teknik dan tatacara-tatacara yang digunakan adalah berbentuk nasihat, saranan, pujukan dan pengajaran adalah sesuai untuk pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Teori ini juga sangat berkesan dalam mengubah tingkah laku pelajar. 8.0 Kekuatan Terapi Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah : 18
  • 19. Teori Pemusatan Insan a. menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien b. Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan c. Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri 9.0 Limitasi Teori Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah ; a. Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi. b. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien c. Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak. 19
  • 20. Teori Pemusatan Insan 10.0 Kesimpulan Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh Rogers melalui teorinya ialah keyakinannya yang kuat tentang keupayaan dan kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri. Pendirian yang positif seperti ini telah memberikan maruah dan darjat kepada manusia, yang akan berusaha mencerminkan kepercayaan sedemikian. Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap positif di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa pentingnya kita menerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain dari kaca mata dan dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya kejujuran, keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana melalui penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau model yang berguna bagi orang lain. Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebih bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa juga yang dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan sebagai mengancam dirinya. Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep yang dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur dengan mudah, kerana ianya bersifat konsep yang abstrak. Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak berupaya 20
  • 21. Teori Pemusatan Insan untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur. Ini sudah tentu boleh menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat. Tanpa sedikit sebanyak panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akan memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang mesra di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakan orang yang boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguh-sungguh akan berusaha menolongnya. 21
  • 22. Teori Pemusatan Insan Bibliografi : 1. Sapora Sipon & Wan Anor Wan Sulaiman (2002), Pengantar Kaunseling. Kuala Lumpur. Prentice Hall 2. Amir Awang (1987), Teori Dan Amalan Psikoterapi, Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia. 3. Jess Feist & Grehory J.Feist (1998), Theories Of Personality Fourth Edition, United States Of America . McGraw-Hill Companies. 22