SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
Descargar para leer sin conexión
Topik                             Kanak‐kanak 
          2                         dan Seni 

     HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1. Mengenalpasti fitrah kanak-kanak dalam proses perkembangan diri
      mereka;
   2. Menjelaskan keperluan asas kanak-kanak;
   3. Membincangkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak;
   4. Menjelaskan konsep kanak-kanak sebagai insan sosial; dan
   5. Menerangkan perkembangan diri kanak-kanak melalui seni.




     PENGENALAN
Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak-
kanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui
dunia di sekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari
sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta
yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea berhubungkait di
antara satu dengan yang lain. Mereka boleh mencipta satu pemahaman tentang
bagaimana untuk menghubungkait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti
manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni
visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan
kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan
potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI           29



 2.1       KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS
           KANAK-KANAK
Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, ia dapat
merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-
isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka
menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi
dan pemahaman terhadap persekitaran.

Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan
pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas
kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang
berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa
sebarang perbezaan.

Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak.
Jika diteliti berdasarkan teori pembelajaran Maslow (sila rujuk Rajah 2.1),
pendidikan boleh diumpamakan berada di dalam tahap fisiologi, iaitu tahap
yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Keperluan asas untuk
pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam
hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat
mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu, untuk mencapai
objektif guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:

(a)   Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi
      iaitu makanan, minuman dan pakaian.

(b)   Pastikan suasana bilik darjah kondusif untuk pembelajaran.

(c)   Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.

(d)   Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi
      motivasi dan peneguhan yang sesuai.

(e)   Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar.

(f)   Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami
      diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.
30         TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI




                       Rajah 2.1: Teori pembelajaran Maslow

Selain daripada itu, kanak-kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut:

(a)   Jasmani dan fizikal yang sihat
      Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif
      dalam pemikirannya. Untuk itu, penyediaan pemakanannya adalah
      penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.

(b)   Emosi yang stabil
      Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika
      berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika
      berkomunikasi sesama mereka.

(c)   Kerohanian yang membanggakan
      Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi.

(d)   Kefahaman intelek yang tinggi
      Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir
      dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI           31



(e)   Perhubungan sosial yang menggalakkan
      Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah di dalam keadaan yang
      harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada
      perbalahan.

(f)   Kefahaman tentang nilai-nilai estetik
      Kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai
      estetik yang terdapat di dalam pendidikan seni visual.


2.1.1     Jasmani
Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi.
Perubahan berlaku dari segi rupa (wajah) dan fizikal. Contohnya, bayi yang baru
lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur satu tahun,
kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan
berlaku kepada bentuk fizikal atau jasmani kanak-kanak. Semakin kanak-kanak
meningkat usianya, pergerakan koordinasi otot kasar dan halus dan
perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut usianya.

Kanak-kanak pada peringkat 6 - 12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif.
Kanak-kanak pada tahap ini perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk
gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan pergerakan
sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak kerja yang
menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan,
misalnya pendidikan seni visual.

Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah ini mempunyai otot-otot yang belum
matang. Untuk itu, latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat
mematangkan pergerakan ototnya. Contohnya, memegang pensel dengan baik
supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang
kerap.

Kebanyakan perkembangan motor di bahagian tangan lebih penting dan ketara
daripada perkembangan di bahagian kaki. Penggunaan tangan hanya
menggunakan sebelah tangan sahaja.


2.1.2     Emosi
Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap
sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan
perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang
dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang
32         TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI



yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan
menghasilkan perubahan dalam badan, maka terhasillah pengalaman emosi dan
pernyataan emosi setiap individu.

Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata
berbanding dengan keadaan semasa di peringkat prasekolah. Jika dahulu daya
pengawalan emosinya lemah, kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah kerana
semakin usia meningkat, semakin matang pengawalan emosinya.

Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang
lain. Melalui seni juga, dia akan dapat memahami dan meluahkan perasaan. Jika
emosinya stabil ketika melukis dalam seni visual, lukisan yang dihasilkan akan
cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Begitu juga dalam permainan
muzik: cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat
muzik, mungkin terdapat gangguan emosi. Tetapi jika pukulan stabil, besar
kemungkinan emosinya baik.

Pada peringkat ini, guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk
emosi yang diingini dan tidak diingini.


         AKTIVITI 2.1

        Bagaimanakah emosi dapat mempengaruhi hasilan seni visual kanak-
        kanak?



2.1.3      Rohani
Melalui seni dalam pendidikan, aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan
banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan
moral seperti memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan-
amalan kerohanian dan moral. Antaranya ialah:
     Penggunaan senikata lagu;
     Pengucapan seperti „terima kasih‰, „budak baik‰, „tahniah‰ hendaklah
     disampaikan seberapa kerap yang boleh;
     Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji; dan
     Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak. Sebaliknya, perbanyakkan kata-
     kata memuji dan menghormati kanak-kanak.
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI             33



2.1.4      Intelek
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan
tentang paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehkan
mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai
cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri
pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana mereka
mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar.

Pada peringkat ini juga, mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca.
Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal.
Pembelajaran melalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu, situasi yang
dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling
mempelajari antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari
jawapan sendiri.

Pada peringkat 11 ke 12 tahun, berlaku perubahan daripada pengolahan secara
konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini, kanak-kanak masih
terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. Maka wujudnya suasana yang boleh
menimbulkan pertanyaan murid serta memberi peluang kepada mereka
menerangkan pemikiran mereka.


2.1.5      Sosial
Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk
identiti sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kita dapat menilai setakat mana
pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan menilai
kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan dan ibu bapa. Oleh itu, peranan guru
adalah sangat penting membantu kanak-kanak menguasai berbagai-bagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri
dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan seharian. Berdasarkan teori
pembelajaran sosial oleh Albert Bandura, beliau menegaskan bahawa elemen
sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan
kepada:
•   Melihat;
•   Meniru; dan
•   memerhatikan tingkahlaku orang lain.

Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai teori
pemerhatian atau teori peniruan. Mengikutnya, aspek yang penting dalam
teorinya ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau
34           TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI



juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku
jika dia memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu:

(a)   Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung
      (i)    Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model
             semasa mengajar.
      (ii)   Proses ini berlaku secara tidak langsung semasa:
                melihat gambar
                melihat filem
                melihat video

(b)   Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan
      (i)    Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaan yang tertentu, tetapi
             tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain.
      (ii)   Pada masa ini, individu akan menyekat tingkahlaku yang tidak sesuai
             ditiru dalam situasi tertentu.
      (iii) Dalam proses taksekatlakuan, seseorang individu akan terus
            mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.

(c)   Peniruan Melalui Elistasi
      (i)    Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia
             sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut.
      (ii)   Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas
             yang dilakukan oleh orang lain.


2.1.6        Estetik
Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik di mana mereka
sudah boleh menilai konsep keindahan dan kecantikan.

Untuk itu, latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat
mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau
dilakukan. Kanak-kanak akan dididik untuk memperolehi konsep „hak kita
adalah hak semua‰. Bermakna, konsep perkongsian hendaklah ditekankan.
Apabila konsep ini dapat diterapkan ke dalam minda kanak-kanak, maka konsep
estetik dapat ditanam seterusnya.
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI            35



2.2       PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN
          KANAK-KANAK
Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia
merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur
secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan
sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu.

Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada
peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini
bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu
ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan.

Manakala pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu
tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kualiti yang dapat
dibuat ke atas organisma dengan nyata. Perubahan kuantiti adalah seperti
ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga boleh
didefinisikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang
individu dalam proses kematangan.


       AKTIVITI 2.2
     Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain „Sembunyi-Sembunyi‰,
     cuba perhatikan perkara-perkara berikut:
        Bagaimana mereka menguruskan permainan ini?
        Bagaimana mereka menyembunyikan diri mereka?
        Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari.
        Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.


       SEMAK KENDIRI 2.1

     1. Apakah yang        dimaksudkan     dengan    perkembangan      dan
        pertumbuhan?

     2. Bagaimanakan perkembangan dan pertumbuhan dapat membantu
        konsep kendiri seorang kanak-kanak?
36         TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI




2.2.1      Peringkat Perkembangan
Mengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak
adalah mengikut peringkat. Pada setiap peringkat ini, kanak-kanak mempunyai
keperluan dan keinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek
dan estetik.

Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak

(a)   Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan
      dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada
      peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan
      berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari
      tengah ke tepi (proximodistal).

(b)   Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu
      jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.

(c)   Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan
      tertentu.

(d)   Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat
      daripada perubahan sifat.

(e)   Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir
      hayat, iaitu peringkat matang.

(f)   Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan
      pembelajaran.

(g)   Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.


2.2.2      Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi
Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk
bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka
secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.

Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri
ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri.
Kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok,
mendengar, mengesan bunyi, menghidu, dan meniru aksi untuk mengenal
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI             37



sesuatu. Kanak-kanak suka bermain. Seperti telah sedia maklum, bermain
merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila kanak-kanak
bermain, secara tidak langsung dia telah memperkembangkan jasmani, emosi,
rohani, intelek dan aspek sosialnya. Untuk itu, aktiviti seni juga mudah
dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari
dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya.


2.2.3      Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni
Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut
peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,
kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat
perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak,
perkembangan kreatif dan mental, dan seterusnya perkembangan menyeluruh
kanak-kanak.

Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui
cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah
menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada
kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif
diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semulajadi.

Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental,
sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam
perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan
tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.

Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui Seni
Seni visual, muzik dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-
kanak. Aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat
pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi
mereka secara menyeluruh.
38         TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI




           Rajah 2.2: Menunjukkan perkembangan diri kanak-kanak melalui
                   pengertian kesedaran, pemahaman dan kreativiti


2.2.4      Kreativiti
Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan
kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka
dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam
kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu
yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan
menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang
unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.

Proses kreativiti boleh melibatkan:
(a)   Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti.
(b)   Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.
(c)   Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI           39



mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan
irama.

Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk „lebah‰. Semasa
kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti
lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini
membantu pembelajaran terhadap tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama,
mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat
umum.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk
mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman
dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.

Pemahaman
Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam
dirinya? Untuk itu, kekerapan mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah dan di
rumah akan dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk memperkukuhkan pemahaman seperti:

(a)   Aktiviti Pergerakan ketika aktiviti pergerakan dilakukan, kanak-kanak akan
      mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan
      ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran.

(b)   Aktiviti Bermain semasa bermain, kanak-kanak akan memperkembangkan
      konsep pembentukan kendiri seperti meningkatkan kefahaman dari segi
      emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.

(c)   Lagu di dalam lagu, kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri
      seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat, menjadi
      lebih kreatif dan menjadi seorang yang bertanggungjawab.

(d)   Aktiviti Lakonan semasa berlakon, kanak-kanak akan dapat memahami
      sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi. Ketika berlakon, ia akan cuba
      memahami sesuatu watak. Secara tidak langsung, ini akan dapat
      menjadikannya seorang yang kreatif, inovatif, bertanggungjawab, dapat
      membina sosialisasi dengan lebih baik, dapat mengawal emosi dengan
      sempurna dan berkeyakinan tinggi.

Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, pemahaman tentang sesuatu
konsep atau perkara dapat dipertingkatkan.
40         TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI




2.2.5      Kesedaran Kendiri
Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah
penyesuaian sendiri iaitu penerimaan atau penolakan dan penghargaan kendiri.

Seseorang dapat mempertingkatkan kesedaran kendiri dengan menggunakan
cara berkongsi kasih sayang dengan keluarga, kawan atau gurunya. Perasaan
yang dirasai ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang
berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan
menghargai diri.

Sebaliknya, jika seseorang individu merasai kurang mendapat penerimaan
daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami
perasaan penolakan kendiri. Manakala, penghargaan kendiri timbul daripada
penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri.

Dengan itu, kesedaran kendiri seseorang itu dapat dipupuk melalui pengaruh
konsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang individu. Sekiranya seseorang
pelajar ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah mempersepsikan dirinya
sebagai seorang pelajar yang berkebolehan dan mempunyai penghargaan
kendiri yang tinggi.

Di samping itu, guru memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan
konsep kesedaran kendiri yang positif. Antaranya ialah:

(a)   Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran.

(b)   Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar
      dalam proses pembelajaran.

(c)   Mengajar pelajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka sentiasa
      menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan
      penghargaan kendiri dan keyakinan.

(d)   Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya.

(e)   Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.

(f)   Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.

(g)   Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.
TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI           41



          SEMAK KENDIRI 2.2
       1.    Apakah itu kreativiti?
       2.    Bagaimanakah guru dapat mempertingkatkan kreativiti kanak-
             kanak?




•   Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak yang perlu dipenuhi adalah dari
    segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan estetik.

•   Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berlaku secara berperingkat-
    peringkat dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Aktiviti seni direka bersesuaian
    dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

•   Kreativiti kanak-kanak boleh melibatkan proses dalaman mereka yang
    menggunakan imaginasi dan pengalaman mereka melalui interaksi.

•   Kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya melalui
    aktiviti pergerakan, bermain, menyanyi dan berlakon.




Fisiologi                                Perkembangan
Kendiri                                  Pertumbuhan




Dauer, V. P.,& Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary
   school children. New York: Macmillan Publishing Company.
Lowenfeld, & Brittain. (1986). Creative and mental growth. New York: Macmilan.
Pica, R. (2000). Experiences in movement with music, activities & theory. New
    York: Thomson Delmar Learning.
Mayesky, M. (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson
  Delmar Learning.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasiHerney Aqilah Kay
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasKonsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasAmran Aris
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAhmad NazRi
 
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASDERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASAmran Aris
 
Pengantar pendidikan
Pengantar  pendidikanPengantar  pendidikan
Pengantar pendidikanfiro HAR
 
pengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanpengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanNur Dalila
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Pembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualPembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualamirah aisyah
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANNadirah Husna
 
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...lunagirlz85
 

La actualidad más candente (16)

Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasKonsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASDERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
 
Pengantar pendidikan
Pengantar  pendidikanPengantar  pendidikan
Pengantar pendidikan
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
pengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanpengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikan
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Pembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualPembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visual
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
 
Assg seni wan
Assg seni wanAssg seni wan
Assg seni wan
 

Destacado

Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1lianchiechen
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6marshiza
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertemaHerney Aqilah Kay
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Ujian psv-tingkatan-1
Ujian psv-tingkatan-1Ujian psv-tingkatan-1
Ujian psv-tingkatan-1siti fatimah
 

Destacado (15)

Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Psv thn 1
Psv thn 1Psv thn 1
Psv thn 1
 
Soalan psv objektif
Soalan psv objektifSoalan psv objektif
Soalan psv objektif
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
 
Psv thn 6
Psv thn 6Psv thn 6
Psv thn 6
 
Ujian psv-tingkatan-1
Ujian psv-tingkatan-1Ujian psv-tingkatan-1
Ujian psv-tingkatan-1
 

Similar a Kanak-Kanak dan Perkembangan Melalui Seni

Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3Budi Sanjaya Saragih
 
Makalah psikologi perkembangan rifka anisa pai pagi2
Makalah psikologi perkembangan rifka anisa pai pagi2Makalah psikologi perkembangan rifka anisa pai pagi2
Makalah psikologi perkembangan rifka anisa pai pagi2RifkaAnisa6
 
Sesi 3-Perkembangan Pendidikan Sekolah Dasar (1).pptx
Sesi 3-Perkembangan Pendidikan Sekolah Dasar (1).pptxSesi 3-Perkembangan Pendidikan Sekolah Dasar (1).pptx
Sesi 3-Perkembangan Pendidikan Sekolah Dasar (1).pptxNurChasanah59
 
Perkembangan Masa Anak-anak Awal
Perkembangan Masa Anak-anak AwalPerkembangan Masa Anak-anak Awal
Perkembangan Masa Anak-anak AwalAndhika Pratama
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Tugas b.indonesia pak arifin
Tugas b.indonesia pak arifinTugas b.indonesia pak arifin
Tugas b.indonesia pak arifinLogis Fanromik
 
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia diniPendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia diniAgussani Algani
 
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniMakalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniAisyahTamara
 
makalah psikologi perkembangan
makalah psikologi perkembanganmakalah psikologi perkembangan
makalah psikologi perkembanganIrwan Fauzi
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemmasriyah91
 
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdfTT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdfErfanDwiKurniawan
 
Strategi Pembelajaran PAUD
Strategi Pembelajaran PAUDStrategi Pembelajaran PAUD
Strategi Pembelajaran PAUDMichelle Rumawir
 
Psikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agePsikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agedena sundari alief
 

Similar a Kanak-Kanak dan Perkembangan Melalui Seni (20)

Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
Bimbingan dan perawatan keluarga kel 3
 
Makalah psikologi perkembangan rifka anisa pai pagi2
Makalah psikologi perkembangan rifka anisa pai pagi2Makalah psikologi perkembangan rifka anisa pai pagi2
Makalah psikologi perkembangan rifka anisa pai pagi2
 
Sesi 3-Perkembangan Pendidikan Sekolah Dasar (1).pptx
Sesi 3-Perkembangan Pendidikan Sekolah Dasar (1).pptxSesi 3-Perkembangan Pendidikan Sekolah Dasar (1).pptx
Sesi 3-Perkembangan Pendidikan Sekolah Dasar (1).pptx
 
Perkembangan Masa Anak-anak Awal
Perkembangan Masa Anak-anak AwalPerkembangan Masa Anak-anak Awal
Perkembangan Masa Anak-anak Awal
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Tugas b.indonesia pak arifin
Tugas b.indonesia pak arifinTugas b.indonesia pak arifin
Tugas b.indonesia pak arifin
 
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia diniPendidikan seni rupa untuk anak usia dini
Pendidikan seni rupa untuk anak usia dini
 
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniMakalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
 
Balita
BalitaBalita
Balita
 
Psikologi perkembangan
Psikologi perkembanganPsikologi perkembangan
Psikologi perkembangan
 
Psikologi perkembangan
Psikologi perkembanganPsikologi perkembangan
Psikologi perkembangan
 
makalah psikologi perkembangan
makalah psikologi perkembanganmakalah psikologi perkembangan
makalah psikologi perkembangan
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
 
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdfTT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
TT 2 _PDGK4104_Perspektif Pendidikan SD_ERFAN DWI KURNIAWAN_858716312.pdf
 
Tugas Psikologi
Tugas PsikologiTugas Psikologi
Tugas Psikologi
 
Strategi Pembelajaran PAUD
Strategi Pembelajaran PAUDStrategi Pembelajaran PAUD
Strategi Pembelajaran PAUD
 
Psikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agePsikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school age
 
LANDASAN PSIKOLOGIS BK
LANDASAN PSIKOLOGIS BKLANDASAN PSIKOLOGIS BK
LANDASAN PSIKOLOGIS BK
 
Nurul
NurulNurul
Nurul
 
Pp dikcan
Pp dikcanPp dikcan
Pp dikcan
 

Más de Herney Aqilah Kay

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruHerney Aqilah Kay
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Herney Aqilah Kay
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwanHerney Aqilah Kay
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianHerney Aqilah Kay
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerHerney Aqilah Kay
 

Más de Herney Aqilah Kay (20)

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guru
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
 
bab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayanganbab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayangan
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Pendawaian domestik
Pendawaian domestikPendawaian domestik
Pendawaian domestik
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaian
 
Komponen elektronik
Komponen elektronikKomponen elektronik
Komponen elektronik
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian Komputer
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 

Kanak-Kanak dan Perkembangan Melalui Seni

  • 1. Topik  Kanak‐kanak  2  dan Seni  HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenalpasti fitrah kanak-kanak dalam proses perkembangan diri mereka; 2. Menjelaskan keperluan asas kanak-kanak; 3. Membincangkan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak; 4. Menjelaskan konsep kanak-kanak sebagai insan sosial; dan 5. Menerangkan perkembangan diri kanak-kanak melalui seni. PENGENALAN Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak- kanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia di sekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea berhubungkait di antara satu dengan yang lain. Mereka boleh mencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubungkait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.
  • 2. TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 29 2.1 KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, ia dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu- isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa dan meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan. Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak. Jika diteliti berdasarkan teori pembelajaran Maslow (sila rujuk Rajah 2.1), pendidikan boleh diumpamakan berada di dalam tahap fisiologi, iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Keperluan asas untuk pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu, untuk mencapai objektif guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut: (a) Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian. (b) Pastikan suasana bilik darjah kondusif untuk pembelajaran. (c) Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang. (d) Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai. (e) Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar. (f) Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan melibatkan diri secara aktif.
  • 3. 30 TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI Rajah 2.1: Teori pembelajaran Maslow Selain daripada itu, kanak-kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut: (a) Jasmani dan fizikal yang sihat Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu, penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat. (b) Emosi yang stabil Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka. (c) Kerohanian yang membanggakan Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi. (d) Kefahaman intelek yang tinggi Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.
  • 4. TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 31 (e) Perhubungan sosial yang menggalakkan Perhubungan sesama kanak-kanak hendaklah di dalam keadaan yang harmoni dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan. (f) Kefahaman tentang nilai-nilai estetik Kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat di dalam pendidikan seni visual. 2.1.1 Jasmani Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi. Perubahan berlaku dari segi rupa (wajah) dan fizikal. Contohnya, bayi yang baru lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur satu tahun, kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentuk fizikal atau jasmani kanak-kanak. Semakin kanak-kanak meningkat usianya, pergerakan koordinasi otot kasar dan halus dan perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut usianya. Kanak-kanak pada peringkat 6 - 12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif. Kanak-kanak pada tahap ini perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan pergerakan sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak kerja yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan, misalnya pendidikan seni visual. Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah ini mempunyai otot-otot yang belum matang. Untuk itu, latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan ototnya. Contohnya, memegang pensel dengan baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap. Kebanyakan perkembangan motor di bahagian tangan lebih penting dan ketara daripada perkembangan di bahagian kaki. Penggunaan tangan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. 2.1.2 Emosi Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang
  • 5. 32 TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan, maka terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu. Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan semasa di peringkat prasekolah. Jika dahulu daya pengawalan emosinya lemah, kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah kerana semakin usia meningkat, semakin matang pengawalan emosinya. Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni juga, dia akan dapat memahami dan meluahkan perasaan. Jika emosinya stabil ketika melukis dalam seni visual, lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Begitu juga dalam permainan muzik: cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat muzik, mungkin terdapat gangguan emosi. Tetapi jika pukulan stabil, besar kemungkinan emosinya baik. Pada peringkat ini, guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini dan tidak diingini. AKTIVITI 2.1 Bagaimanakah emosi dapat mempengaruhi hasilan seni visual kanak- kanak? 2.1.3 Rohani Melalui seni dalam pendidikan, aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral seperti memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan- amalan kerohanian dan moral. Antaranya ialah: Penggunaan senikata lagu; Pengucapan seperti „terima kasih‰, „budak baik‰, „tahniah‰ hendaklah disampaikan seberapa kerap yang boleh; Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji; dan Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak. Sebaliknya, perbanyakkan kata- kata memuji dan menghormati kanak-kanak.
  • 6. TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 33 2.1.4 Intelek Pada peringkat ini, kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana mereka mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar. Pada peringkat ini juga, mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca. Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran melalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu, situasi yang dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajari antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri. Pada peringkat 11 ke 12 tahun, berlaku perubahan daripada pengolahan secara konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini, kanak-kanak masih terikat dengan pengalaman yang sebenarnya. Maka wujudnya suasana yang boleh menimbulkan pertanyaan murid serta memberi peluang kepada mereka menerangkan pemikiran mereka. 2.1.5 Sosial Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk identiti sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kita dapat menilai setakat mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan menilai kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan dan ibu bapa. Oleh itu, peranan guru adalah sangat penting membantu kanak-kanak menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan seharian. Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura, beliau menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada: • Melihat; • Meniru; dan • memerhatikan tingkahlaku orang lain. Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai teori pemerhatian atau teori peniruan. Mengikutnya, aspek yang penting dalam teorinya ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau
  • 7. 34 TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi. Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu: (a) Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung (i) Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model semasa mengajar. (ii) Proses ini berlaku secara tidak langsung semasa: melihat gambar melihat filem melihat video (b) Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan (i) Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaan yang tertentu, tetapi tidak sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain. (ii) Pada masa ini, individu akan menyekat tingkahlaku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi tertentu. (iii) Dalam proses taksekatlakuan, seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi. (c) Peniruan Melalui Elistasi (i) Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut. (ii) Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain. 2.1.6 Estetik Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik di mana mereka sudah boleh menilai konsep keindahan dan kecantikan. Untuk itu, latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan. Kanak-kanak akan dididik untuk memperolehi konsep „hak kita adalah hak semua‰. Bermakna, konsep perkongsian hendaklah ditekankan. Apabila konsep ini dapat diterapkan ke dalam minda kanak-kanak, maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.
  • 8. TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 35 2.2 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan. Manakala pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kualiti yang dapat dibuat ke atas organisma dengan nyata. Perubahan kuantiti adalah seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan. AKTIVITI 2.2 Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain „Sembunyi-Sembunyi‰, cuba perhatikan perkara-perkara berikut: Bagaimana mereka menguruskan permainan ini? Bagaimana mereka menyembunyikan diri mereka? Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari. Ekspresi mereka apabila mereka ditemui. SEMAK KENDIRI 2.1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan dan pertumbuhan? 2. Bagaimanakan perkembangan dan pertumbuhan dapat membantu konsep kendiri seorang kanak-kanak?
  • 9. 36 TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 2.2.1 Peringkat Perkembangan Mengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak adalah mengikut peringkat. Pada setiap peringkat ini, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik. Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak (a) Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal). (b) Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat. (c) Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu. (d) Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat. (e) Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang. (f) Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran. (g) Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. 2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Aktiviti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, mengguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, dan meniru aksi untuk mengenal
  • 10. TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 37 sesuatu. Kanak-kanak suka bermain. Seperti telah sedia maklum, bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain, secara tidak langsung dia telah memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan aspek sosialnya. Untuk itu, aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya. 2.2.3 Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental, dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semulajadi. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar. Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui Seni Seni visual, muzik dan pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak- kanak. Aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh.
  • 11. 38 TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI Rajah 2.2: Menunjukkan perkembangan diri kanak-kanak melalui pengertian kesedaran, pemahaman dan kreativiti 2.2.4 Kreativiti Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak. Proses kreativiti boleh melibatkan: (a) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti. (b) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil. (c) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah. Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta
  • 12. TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 39 mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk „lebah‰. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan. Pemahaman Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya? Untuk itu, kekerapan mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah dan di rumah akan dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk memperkukuhkan pemahaman seperti: (a) Aktiviti Pergerakan ketika aktiviti pergerakan dilakukan, kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran. (b) Aktiviti Bermain semasa bermain, kanak-kanak akan memperkembangkan konsep pembentukan kendiri seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. (c) Lagu di dalam lagu, kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat, menjadi lebih kreatif dan menjadi seorang yang bertanggungjawab. (d) Aktiviti Lakonan semasa berlakon, kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi. Ketika berlakon, ia akan cuba memahami sesuatu watak. Secara tidak langsung, ini akan dapat menjadikannya seorang yang kreatif, inovatif, bertanggungjawab, dapat membina sosialisasi dengan lebih baik, dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi. Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, pemahaman tentang sesuatu konsep atau perkara dapat dipertingkatkan.
  • 13. 40 TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 2.2.5 Kesedaran Kendiri Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah penyesuaian sendiri iaitu penerimaan atau penolakan dan penghargaan kendiri. Seseorang dapat mempertingkatkan kesedaran kendiri dengan menggunakan cara berkongsi kasih sayang dengan keluarga, kawan atau gurunya. Perasaan yang dirasai ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima dan menghargai diri. Sebaliknya, jika seseorang individu merasai kurang mendapat penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalami perasaan penolakan kendiri. Manakala, penghargaan kendiri timbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri. Dengan itu, kesedaran kendiri seseorang itu dapat dipupuk melalui pengaruh konsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang individu. Sekiranya seseorang pelajar ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehan dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi. Di samping itu, guru memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan konsep kesedaran kendiri yang positif. Antaranya ialah: (a) Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran. (b) Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran. (c) Mengajar pelajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan. (d) Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya. (e) Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya. (f) Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting. (g) Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.
  • 14. TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 41 SEMAK KENDIRI 2.2 1. Apakah itu kreativiti? 2. Bagaimanakah guru dapat mempertingkatkan kreativiti kanak- kanak? • Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak yang perlu dipenuhi adalah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan estetik. • Perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berlaku secara berperingkat- peringkat dan mempunyai ciri-ciri tertentu. Aktiviti seni direka bersesuaian dengan tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. • Kreativiti kanak-kanak boleh melibatkan proses dalaman mereka yang menggunakan imaginasi dan pengalaman mereka melalui interaksi. • Kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya melalui aktiviti pergerakan, bermain, menyanyi dan berlakon. Fisiologi Perkembangan Kendiri Pertumbuhan Dauer, V. P.,& Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company. Lowenfeld, & Brittain. (1986). Creative and mental growth. New York: Macmilan. Pica, R. (2000). Experiences in movement with music, activities & theory. New York: Thomson Delmar Learning. Mayesky, M. (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson Delmar Learning.