SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 25
Descargar para leer sin conexión
Top i k                          Pengetahuan 
       4                         Asas dalam 
                                 Seni Visual
     HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
  1. Membincangkan makna Pendidikan Seni Visual dari konteks KBSR;
  2. Menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual
     sekolah rendah;
  3. Menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan
  4. Mengesyorkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan
     pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.




       PENGENALAN
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai
subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran
guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik
melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni dan reka
bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual
menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni
dan berbudaya.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL            61



 4.1         PENGENALAN SENI VISUAL
Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan
tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni
fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan
dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman
daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan
membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah
rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan
mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid dilatih
untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari
aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan
dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni
warisan bangsa.


4.1.2        Bidang-bidang dalam Seni Visual
Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang:
•     Melukis dan membuat gambar
•     Membuat rekaan corak
•     Membentuk dan membuat binaan
•     Kraf tradisional

(a)    Melukis dan Membuat Gambar
       Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis
       serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan
       menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan
       gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian
       bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik
       tersebut.

       Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan
       subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar
       untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti
       menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan
       untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
62           TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



      membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan
      penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.




            Rajah 4.1: Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah

(b)   Membuat Rekaan dan Corak
      Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai
      cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu
      rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
      mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
      sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

      Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat
      secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:
      (i)      Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan
      (ii)     Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting
      (iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat
      (iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL            63



Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:
•   Penuh
•   Turun satu suku
•   Turun tiga suku
•   Turun separa
•   Sisik ikan
•   Selang seli
•   Tampak dam dan tampak catur
•   Siku keluang
•   Pucuk rebung
•   Orgee
•   Batu bata
•   Tunggal
•   Berpusat
•   Sendeng
•   Berombak
•   Jidar
•   Berjalur
•   Cerminan

Teknik Corak
Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian
motif dan tujuan corak ini dihasilkan (sila rujuk Rajah 4.2 dan 4.3).
64   TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL




                      Rajah 4.2: Corak tidak terancang




                        Rajah 4.3: Corak terancang
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL    65



(c)   Membentuk dan Membuat Binaan
      Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni
      dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
      aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka
      membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan
      membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
      penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
      peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan
      semasa menjalankan proses penghasilan seni.

      Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah
      merangkumi:
      •      Arca timbul
      •      Arca asemblaj
      •      Arca bergerak
      •      Arca stabil
      •      Model
      •      Diorama
      •      Boneka
      •      Topeng
      •      Origami

      Tema dan Subjek
      (i)     Alam semulajadi
      (ii)    Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
      (iii) Aliran dan tema sejagat
      (iv) Keperluan dan pengalaman harian

(d)   Kraf Tradisional
      Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja
      berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta
      memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun-
      temurun mengikut kaum masing-masing.
66           TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



      Jenis-jenis Kraf
      (i)     Alat domestik
      (ii)    Alat permainan
      (iii) Alat mempertahankan diri
      (iv) Batik
      (v)     Seni tekat
      (vi) Tembikar
      (vii) Anyaman
      (viii) Kelarai
      (ix) Ukiran


4.1.3         Estetika dalam Pendidikan Seni Visual
Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang
dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dan
kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol
yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu daripadanya. Mereka akan
membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa,
warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu
permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang
lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang
terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan
secara personal untuk disampaikan dalam karyanya.

Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya
pelukis juga memikirkan nilai estetika yang ingin ditampilkan. Bagaimana
estetika itu boleh ditampilkan dalam karya?

(a)   Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej
      Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk
      mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara
      langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini
      mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika
      semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan
      peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran ia dibolehkan.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL            67



(b)   Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi
      Pelukis-pelukis agung seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gogh dan
      Goya sering mengekspresikan lukisan mereka mengikut perasaan dan
      emosi. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan,
      keporak-perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat,
      kerajaan dan negara ditampilkan pada kanvas dan arca-arca mereka.
      Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan
      nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan.

(c)   Menggunakan Kaedah Formalistik
      Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip
      rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur
      seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa. Dari
      kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan
      seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, penegasan, imbangan
      dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas,
      menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang,
      pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk
      menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang
      kelihatan gah, berprestij dan agung.

(d)   Keaslian
      Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami
      oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau memplagiat adalah sesuatu
      yang ditegah dan boleh mengakibatkan seseorang itu dituduh sebagai
      pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya
      terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.


 4.2         ASAS SENI REKA
Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam asas seni reka.


4.2.1        Unsur Seni
Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang.

(a)   Garisan
      (i)    Garisan merupakan cantuman satu siri titik.
      (ii)   Garisan boleh dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus,
             bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.
68           TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



      (iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan
            menggambar.
      (iv) Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan
           gambar, membuat rupa dan membentuk.

      Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti:
      •      Teknik koyakan
      •      Teknik tampalan
      •      Teknik kolaj
      •      Teknik gosokan
      •      Teknik cetakan
      •      Teknik capan

(b)   Warna
      Warna terdiri daripada:
      (i)     Warna asas
      (ii)    Warna sekunder
      (iii) Warna tertier

Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning (sila rujuk Rajah 4.4). Warna
ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh
menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain.
Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau.
Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila
kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau
jingga. Satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalam
roda warna, apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara
mudahnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna
akan membantu pelajar dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yang
dihasilkan.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL   69




                     Rajah 4.4: Roda Warna


AKTIVITI 4.1

Apakah warna penggenap? Bagaimanakah ia terbentuk?
70           TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



(c)   Jalinan
      Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada
      kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau
      dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai
      fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa.

      Jalinan terbahagi kepada dua jenis:
      (i)     Jalinan tampak
      (ii)    Jalinan sentuh

      Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua
      dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol
      dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat
      merasa jalinan secara sentuhan.

      Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya
      tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen,
      buah durian dan lain-lain lagi.

      Jalinan boleh dihasilkan melalui:
      •      Teknik cetakan
      •      Teknik pualaman
      •      Teknik kolaj
      •      Teknik campuran
      •      Teknik binaan
      •      Teknik cantuman

(d)   Rupa
      Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan
      dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat
      leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri.
      Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu
      dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai
      rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk
      yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, silinder, empat segi
      bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara lumrahnya, rupa
      geometri dihasilkan dengan bantuan alat geometri.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL         71



      Jenis-jenis rupa:
      (i)    Rupa positif dan negatif
      (ii)   Rupa dan corak
      (iii) Rupa dan lambang
      (iv) Rupa dan muka taip

(e)   Bentuk
      Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika
      dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau
      digambarkan kerana ton dan jalinan ruang diaplikasi sekaligus.

      Bentuk terdiri daripada dua jenis:
      (i)    Bentuk ilusi (maya)
      (ii)   Bentuk konkrit

      Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, ilustrasi,
      lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat pada satah gambar.
      Apabila disentuh, ia hanyalah permukaan mendatar kerana dalam bentuk
      dua dimensi.

      Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan
      mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: bakul, bola, durian,
      bangunan, manusia dan lain-lain lagi (sila rujuk Rajah 4.5).




                          Rajah 4.5: Bentuk ilusi ke bentuk konkrit
72       TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



(f)   Ruang
      Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia
      menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang
      berada di luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar,
      ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna.
      Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan
      bentuk.


4.2.2      Prinsip-prinsip Rekaan
Prinsip rekaan terdiri daripada yang berikut:

(a)   Harmoni
      Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, terapeutik, nyaman, aman
      dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan,
      imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan,
      bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap-melengkapi
      dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.

(b)   Penegasan
      Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan
      sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh
      dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek
      yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan,
      rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan
      penegasan.

(c)   Imbangan
      Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang
      kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada
      keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali
      dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan
      boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri
      bermaksud pembahagian ruang yang seimbang (kiri dan kanan, atas dan
      bawah). Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri.

(d)   Kontra
      Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang
      ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini
      disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Kontra boleh
      berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL       73



(e)   Pergerakan
      Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam
      gambar juga boleh dijadikan kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu
      kenderaan bermotor misalnya nampak lebih hebat dan menarik apabila ada
      unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak.
      Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.

(f)   Kesatuan
      Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak,
      bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau
      keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan
      bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini
      berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama, ia akan mewujudkan
      kesatuan.

(g)   Kepelbagaian
      Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan
      persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur
      seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan
      membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu
      diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan
      menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.


           AKTIVITI 4.2
      1.    Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di
            persekitaran anda, lukiskan lima contoh objek yang mempunyai
            imbangan simetri.
      2.    Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan
            bagaimana pelukis tersebut mengaplikasikan prinsip-prinsip
            rekaannya.


4.2.3       Struktur Rekaan
Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana
penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu
hasilan yang baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk
mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau
rupa organik digunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan
kepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur.
74      TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas di mana petak-petak
terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi (sila lihat Rajah 4.6
hingga 4.8). Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikut sifat
objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya
terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat
nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya. Berpandukan
garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan.




          Rajah 4.6: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang




          Rajah 4.7: Grid digunakan untuk menggambarkan struktur rekaan
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL         75




            Rajah 4.8: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak


4.2.4      Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah
Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong
utama pembelajaran di kalangan pelajar. Dr. Abd. Rahman Saleh (1976)
berpendapat bahawa sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan
menggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat,
memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sistematik
dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Persoalannya: bagaimanakah Seni Visual
ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Dr. Abd. Rahman Saleh, ia boleh
dilaksanakan dengan beberapa cara:

(a)   Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus.
      Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap
      unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru
      kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman
      permainan, simbol-simbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah
      seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut.

(b)   Memilih metod atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah
      pengajaran dan pembelajaran. Guru besar sekolah seharusnya mendokong
      watak hero untuk memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat
      menceriakan sekolahnya. Guru-guru yang layak dan relevan sahaja yang
      dibenarkan untuk mengajar Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan
      belajar dalam konteks mendidik pelajar dengan seni seharusnya lengkap,
      canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah.

(c)   Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya.
      Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan
      mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan
      sistematik.
76       TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



(d)   Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di
      sekolah. Maksudnya, berikan hadiah atau ganjaran kepada orang atau
      kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini
      boleh dilakukan secara pertandingan, spotcheck , kempen atau agenda
      tahunan sekolah.

Seterusnya, perlaksanaan pendekatan didaktik di sekolah          akan    dapat
dilaksanakan ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut:

(a)   Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan dan mempunyai
      hubungan dengan kehidupan sehari-hari.

(b)   Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas supaya murid dapat
      mempelajari cara menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.
      Sehubungan dengan itu, struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik.

(c)   Guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu
      membantu dan mendorong kegiatan pembelajaran pelajar serta dapat
      membangkitkan persaingan dengan kerjasama murid.

(d)   Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk
      mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari.

(e)   Penyajian bahan harus diatur secara berurutan sehingga tujuannya dapat
      ditetapkan dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara
      bertingkat atau mengikut sekuen.

(f)   Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai,
      guru harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa
      evaluasi adalah merupakan sebahagian daripada mengajar.

Sekiranya masalah masih berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. Wan
Zahid (1993 ) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasinya:

(a)   Pembetulan (correction)      Membetulkan    fakta   dan   konsep   yang
      menyeleweng.

(b)   Orientasi (orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang
      tepat mengenai mata pelajaran ini.

(c)   Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras disiplin-disiplin ilmu yang
      mengganggu dan menggagalkan.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL           77



(d)   Kesepaduan (integration)    Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu
      acuan atau paradigma yang berteraskan tauhid.

Namun begitu, kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika:

(a)   Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah.

(b)   Perkongsian wawasan dan tujuan.

(c)   Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat.

(d)   Jangkaan kejayaan yang tinggi.

(e)   Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan
      pembelajaran.

(f)   Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar.

(g)   Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang dipelihara dan dihormati.

(h)   Hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu
      pertalian yang tidak putus-putus.

(i)   Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menaakul
      dan membina pengalaman.
Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat
dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total.


 4.3       AKTIVITI SENI VISUAL

Subtopik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seni visual.


4.3.1      Menggambar
Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta
penilaian.

Jadual 4.1 menyenaraikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.
78       TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



          Jadual 4.1: Senarai Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat

Bil.   Jenis Teknik                  Bahan                                  Alat
1.       Lukisan      Kertas, kanvas, kain, papan lapis           Pensel, pensel warna, pen
                                                               teknikal, warna pastel, krayon,
                                                                         arang, berus
2.        Catan       Kertas, kanvas, kain, papan lapis,        Berus, pisau palet, kekuda,
                        minyak linsid, air, turpentin                 kadbod, papan
3.        Kolaj       Kertas warna, gam, kapas, bahan-           Gunting, pisau, mangkuk
                              bahan tampalan
4.       Montaj         Kertas, gambar, majalah, surat           Gunting, pisau, pembaris
                                 khabar, gam
5.      Cetakan         Dakwat cetak, gam, turpentin,                Penggelek, papan,
                        minyak tanah, minyak linsid,            Spatula, cermin, kertas surat
                                   papan                                   khabar
6.        Resis        Kertas, lilin, minyak, air, warna air          Berus, pengikis
7.      Gosokan         Warna, kertas, pensel warna,                    Kain, papan
                           pensel, warna pastel
8.      Stensilan      Profilem, kertas, dakwat cetak,         Squeezy, penggelek dan kain
                                  pencelup
9.      Percikan               Warna, air, kertas,                Berus, straw, berus gigi
10.      Gurisan          Kayu, kertas, lilin, dakwat             Alat geometri, pembaris
11.      Capan         Warna, dakwat, kertas, bahan-               Papan, gunting, pisau
                          bahan terbuang, gam
12.      Mozek         Gam, kertas tebal, kertas warna                Gunting, pisau
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL                 79



 Contoh-contoh dalam bidang menggambar ditunjukkan dalam Rajah 4.9 dan 4.10.




                       (a)                                         (b)
                      Rajah 4.9: Menggambar menggunakan teknik kolaj




                  Rajah 4.10: Menggambar dengan menggunakan teknik catan


 4.3.2        Membuat Rekaan dan Corak
 Jadual 4.2 dan 4.3 menerangkan secara ringkas bagaimana membuat rekaan dan
 corak terancang serta tidak terancang.

 (a)    Corak Terancang

       Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang digunakan dalam Membuat Rekaan dan
                                      Corak Terancang

Bil.       Jenis Teknik                  Bahan                            Alat
1.           Lukisan           Kertas, kanvas, kain, papan      Pensel, pensel warna, pen
                                          lapis              teknikal, warna pastel, krayon,
                                                                       arang, berus
2.            Catan            Kertas, kanvas, kain, papan    Berus, pisau palet, kekuda,
                                lapis, minyak linsid, air,          kadbod, papan
                                        turpentin
80            TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL




3.              Kolaj           Kertas warna, gam, kapas,             Gunting, pisau, mangkuk
                                 bahan-bahan tampalan
4.             Montaj              Kertas, gambar, majalah,           Gunting, pisau, pembaris
                                      surat khabar, gam
5.             Cetakan                Dakwat cetak, gam,              Penggelek, papan, spatula,
                                   turpentin, minyak tanah,           cermin, kertas surat khabar
                                     minyak linsid, papan
6.              Resis              Kertas, lilin, minyak, air,             Berus, pengikis
                                           warna air
7.              Capan              Warna, dakwat, kertas,               Papan, gunting, pisau
                                   bahan-bahan terbuang,
                                           gam
8.             Kaligrafi            Kertas, warna, dakwat             Pen kaligrafi, buluh, resam

(b)        Corak Tidak Terancang

      Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang Digunakan dalam Membuat Rekaan dan
                                  Corak Tidak Terancang

      Bil.       Jenis Teknik                     Bahan                           Alat
      1.          Pualaman              Kertas, air, cat kilat, cat           Besen, berus
                                                minyak
      2.            Tiupan             Kertas, kanvas, warna air,             Straw, berus
                                              warna batik
      3.            Titisan                Warna air, lilin, api            Pembaris keluli
      4.      Ikatan dan celupan        Kertas, tisu, warna batik,        Besen warna, berus
                                           getah gelang, kain
      5.         Renjisan dan          Warna air, kertas, kanvas          Berus, bekas warna
                   percikan
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL                       81



4.3.3      Membentuk dan Membuat Binaan
Jadual 4.4 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk membentuk
dan membuat binaan.

       Jadual 4.4: Teknik, Bahan dan Alat untuk Membentuk dan Membuat Binaan

Bil.   Jenis Teknik                 Bahan                                 Alat
 1.     Arca timbul     Kepingan kayu, kapur Paris,         Pahat, penukul, alat pengukir,
                         batu, kayu, plastik, kertas        pengikis, kikir pari, kertas pasir
                      lumat, papier-mache, tanah liat
 2.      Asemblaj       Kayu, logam, batu, simen,           Alat pateri, skru, paku, gergaji,
                       bongkah kayu, barang ganti           ragum, gerudi, sepana hidup,
                      kenderaan, bahan kutipan, besi        pemutar skru
 3.      Bergerak     Besi, dawai, kertas, tali temali,     Gunting besi, alat pateri,
                      plastik, kepingan logam, zink,        sepana, gerudi, pemutar skru
                                  kadbod
 4.       Stabil      Simen, kepingan logam, plastik,       Alat pateri, skru, paku, gergaji,
                       barang ganti kenderaan, besi,        ragum, gerudi, sepana hidup,
                              logam, papan                  pemutar skru
 5.       Model        Kertas tebal, loyang, gangsa,        Gunting besi, alat pateri,
                       papan lapis, zink, akar kayu,        sepana, gerudi, pemutar skru
                                  papan
 6.      Diorama         Papan lapis, papan, zink,          Gunting besi, alat pateri,
                         cermin lutsinar, patung,           sepana, gerudi, pemutar skru
                             karangan laut
 7.       Boneka       Tekstil, span, plastik, tali, cat,   Gunting,     pisau,       playar,
                            spray warna, gam                pemutar skru
                                dunlop/UHU
 8.       Topeng       Papier-mache, plastik, kertas        Gunting, pisau, besen
                        surat khabar, habuk papan,
                         gam, piring plastik, warna
 9.      Origami           Kertas, tekstil, benang          Gunting, pisau
82         TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL




4.3.4        Kraf Tradisional
Jadual 4.5 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk kraf
tradisional.

                Jadual 4.5: Teknik, Bahan dan Alat untuk Kraf Tradisional.

Bil.       Jenis Teknik               Bahan                             Alat
 1.       Alat domestik          Kepingan kayu,                Pahat, penukul, alat
                              tempurung, besi, kayu,       pengukir, pengikis, kikir pari,
                                     manik                   kertas pasir, gergaji kecil
 2.      Alat permainan     Buluh, kertas, benang, gam,    Gunting, pisau, gam, gergaji
                                kertas warna, kayu          kecil, pemutar skru, skru
 3.      Alat pertahanan         Kayu, timah, besi,          Gunting besi, alat pateri,
               diri              plumbum, loyang           sepana, gerudi, pemutar skru
 4.       Alat perhiasan    Benang, tekstil, prada, gam,   Gunting, pisau,gergaji kecil,
                diri              butang, kayu               pemutar skru, ragum
 5.           Batik         Kain putih, campuran lilin,      Canting, pemidang kayu,
                             pewarna, pemati warna,           berus, dapur atau plat
                              debu soda, pelembut          pemanas, periuk, besen besar
                                   kain/fabrik
 6.           Tekat         Benang emas, benang putih,       Pemidang kayu berkaki,
                              kain dasar, baldu, kertas             cuban
                               tebal, gam, rotan saga
 7.         Tembikar             Tanah liat, kaolin           Pisau, span, penggelek,
                                                             papan golek, gergaji kecil,
                                                           pengayak, dawai, pemotong,
                                                              kayu ukur, angkup luar,
                                                           pinggan, kayu, pengguris dan
                                                                       berus
 8.         Anyaman         Pandan, mengkuang, daun        Parang, alat jangka, pelurut,
                            nipah, buluh, paku-pakis,       tempayan, besen, periuk,
                              daun serdang, rotan,            penyisip, pisau kecil
                                rumput-rampai
 9.        Ukiran kayu                 Kayu                 Gergaji tangan, cetar, pahat,
                                                            pisau, kikir, ketam, pengikis,
                                                           daun mempelas, berus, syelek


         AKTIVITI 4.3
       Teliti batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan
       persamaan yang ketara dari segi penghasilannya.
TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL               83




•   Dalam topik ini, pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan
    perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh
    diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.

•   Terdapat 4 bidang dalam pendidikan seni visual iaitu melukis, membuat
    gambar, membuat binaan serta kraf tradisional. Kesemuanya mempunyai
    teknik-teknik tertentu.

•   Asas seni reka      seperti   unsur-unsur    dan   prinsip-prinsipnya   turut
    dibincangkan.

•   Unsur seni visual boleh diserapkan di sekolah rendah melalui pemilihan
    kaedah yang tepat, penggunaan peralatan yang baik dan penilaian yang
    bersesuaian.

•   Di antara aktiviti seni visual ialah menggambarkan, membuat rekaan dan
    corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.




Asemblaj                                 Arca bergerak
Diorama                                  Montaj
Kaolin                                   Resis




Hurwitz, A. & et al. (2001). Children and their art. USA: Harcourt College
   Publishers.
Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni. Bangi: Penerbitan Pelangi.
Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within. USA: Simon & Schuster, Inc.
Rahmat Salihon. (2003). Pendidikan seni visual Tingkatan 1. Selangor Darul
   Ehsan: Fajar Bakti.
Raja Baharudin. (1999). Kursus amali pendidikan seni PMR. Selangor Darul
   Ehsan: Pan Asia Publications Bhd.
84       TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL



Gardner, H. (1989). Toward more effective arts education: Arts, mind and
   education. USA: University of Illinois Press.
Lark-Harovitz, Lewis, H. P., & Luca, M. (1967). Understanding childrenÊs art for
   better teaching.USA: Columbus.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Perbincangan tokoh "seni dalam pendidikan"
Perbincangan tokoh "seni dalam pendidikan"Perbincangan tokoh "seni dalam pendidikan"
Perbincangan tokoh "seni dalam pendidikan"Asmawati Mohd Rapa
 
pengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanpengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanNur Dalila
 
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasKonsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasAmran Aris
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikanNorazira Arifin
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tan Sim
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanWany Hardy
 
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visualNur Zaib
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
ESTETIKA DAN KANAK-KANAK - uthm- uthm
ESTETIKA DAN KANAK-KANAK - uthm- uthmESTETIKA DAN KANAK-KANAK - uthm- uthm
ESTETIKA DAN KANAK-KANAK - uthm- uthmSakeena Nordin
 

La actualidad más candente (17)

MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Perbincangan tokoh "seni dalam pendidikan"
Perbincangan tokoh "seni dalam pendidikan"Perbincangan tokoh "seni dalam pendidikan"
Perbincangan tokoh "seni dalam pendidikan"
 
pengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanpengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikan
 
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasKonsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitan
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
50752525 konsep-asas-pendidikan-seni-visual
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
Msl 3123 kreativiti dan ekspresi seni (1)
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
Psv3105
Psv3105Psv3105
Psv3105
 
ESTETIKA DAN KANAK-KANAK - uthm- uthm
ESTETIKA DAN KANAK-KANAK - uthm- uthmESTETIKA DAN KANAK-KANAK - uthm- uthm
ESTETIKA DAN KANAK-KANAK - uthm- uthm
 

Destacado

118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasiHerney Aqilah Kay
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6marshiza
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertemaHerney Aqilah Kay
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1lianchiechen
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Ujian psv-tingkatan-1
Ujian psv-tingkatan-1Ujian psv-tingkatan-1
Ujian psv-tingkatan-1siti fatimah
 

Destacado (15)

118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
 
Psv thn 1
Psv thn 1Psv thn 1
Psv thn 1
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
 
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
Soalan-soalan Peperiksaan Teori Pendidikan Seni Visual Tahun 1
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
 
Psv thn 6
Psv thn 6Psv thn 6
Psv thn 6
 
Ujian psv-tingkatan-1
Ujian psv-tingkatan-1Ujian psv-tingkatan-1
Ujian psv-tingkatan-1
 
Soalan psv objektif
Soalan psv objektifSoalan psv objektif
Soalan psv objektif
 

Similar a Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01

Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Anita Muhammad
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Anita Muhammad
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAMODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAPPGhybrid3
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrshafizasabudin
 
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanShin Lee
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknikMdham Mat
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)kamarulbaharin
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5niza_yusof
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5nurmawaddah1519
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5tunteja2008
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Umaiya Ambal
 

Similar a Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01 (20)

Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPAMODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
MODUL VI SENI BUDAYA KB1: KEASI SENI RUPA
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssr
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatanPSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
PSV3105 Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
 
Psv3104 poknik
Psv3104 poknikPsv3104 poknik
Psv3104 poknik
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Pppm psv ld tahun 3 edited
Pppm psv ld tahun 3 editedPppm psv ld tahun 3 edited
Pppm psv ld tahun 3 edited
 
Hbae1403 menggambar
Hbae1403 menggambarHbae1403 menggambar
Hbae1403 menggambar
 

Más de Herney Aqilah Kay

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruHerney Aqilah Kay
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Herney Aqilah Kay
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwanHerney Aqilah Kay
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianHerney Aqilah Kay
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerHerney Aqilah Kay
 

Más de Herney Aqilah Kay (20)

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guru
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
 
bab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayanganbab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayangan
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Pendawaian domestik
Pendawaian domestikPendawaian domestik
Pendawaian domestik
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaian
 
Komponen elektronik
Komponen elektronikKomponen elektronik
Komponen elektronik
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian Komputer
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 

Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01

  • 1. Top i k Pengetahuan  4 Asas dalam  Seni Visual HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan makna Pendidikan Seni Visual dari konteks KBSR; 2. Menjelaskan bidang-bidang yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah; 3. Menyatakan asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya; dan 4. Mengesyorkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. PENGENALAN Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.
  • 2. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 61 4.1 PENGENALAN SENI VISUAL Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa. 4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni Visual Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang: • Melukis dan membuat gambar • Membuat rekaan corak • Membentuk dan membuat binaan • Kraf tradisional (a) Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik tersebut. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
  • 3. 62 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar. Rajah 4.1: Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan dalam bilik darjah (b) Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: (i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan (ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting (iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat (iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris
  • 4. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 63 Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada: • Penuh • Turun satu suku • Turun tiga suku • Turun separa • Sisik ikan • Selang seli • Tampak dam dan tampak catur • Siku keluang • Pucuk rebung • Orgee • Batu bata • Tunggal • Berpusat • Sendeng • Berombak • Jidar • Berjalur • Cerminan Teknik Corak Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak ini dihasilkan (sila rujuk Rajah 4.2 dan 4.3).
  • 5. 64 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Rajah 4.2: Corak tidak terancang Rajah 4.3: Corak terancang
  • 6. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 65 (c) Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi: • Arca timbul • Arca asemblaj • Arca bergerak • Arca stabil • Model • Diorama • Boneka • Topeng • Origami Tema dan Subjek (i) Alam semulajadi (ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis (iii) Aliran dan tema sejagat (iv) Keperluan dan pengalaman harian (d) Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun- temurun mengikut kaum masing-masing.
  • 7. 66 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Jenis-jenis Kraf (i) Alat domestik (ii) Alat permainan (iii) Alat mempertahankan diri (iv) Batik (v) Seni tekat (vi) Tembikar (vii) Anyaman (viii) Kelarai (ix) Ukiran 4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dan kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu daripadanya. Mereka akan membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya pelukis juga memikirkan nilai estetika yang ingin ditampilkan. Bagaimana estetika itu boleh ditampilkan dalam karya? (a) Peniruan sebagai Representasi Gambar dan Imej Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran ia dibolehkan.
  • 8. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 67 (b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi Pelukis-pelukis agung seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gogh dan Goya sering mengekspresikan lukisan mereka mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak-perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan pada kanvas dan arca-arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan. (c) Menggunakan Kaedah Formalistik Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, penegasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan agung. (d) Keaslian Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau memplagiat adalah sesuatu yang ditegah dan boleh mengakibatkan seseorang itu dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan. 4.2 ASAS SENI REKA Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam asas seni reka. 4.2.1 Unsur Seni Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. (a) Garisan (i) Garisan merupakan cantuman satu siri titik. (ii) Garisan boleh dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi.
  • 9. 68 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL (iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. (iv) Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti: • Teknik koyakan • Teknik tampalan • Teknik kolaj • Teknik gosokan • Teknik cetakan • Teknik capan (b) Warna Warna terdiri daripada: (i) Warna asas (ii) Warna sekunder (iii) Warna tertier Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning (sila rujuk Rajah 4.4). Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau jingga. Satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalam roda warna, apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna akan membantu pelajar dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yang dihasilkan.
  • 10. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 69 Rajah 4.4: Roda Warna AKTIVITI 4.1 Apakah warna penggenap? Bagaimanakah ia terbentuk?
  • 11. 70 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL (c) Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi kepada dua jenis: (i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalinan secara sentuhan. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi. Jalinan boleh dihasilkan melalui: • Teknik cetakan • Teknik pualaman • Teknik kolaj • Teknik campuran • Teknik binaan • Teknik cantuman (d) Rupa Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, silinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan dengan bantuan alat geometri.
  • 12. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 71 Jenis-jenis rupa: (i) Rupa positif dan negatif (ii) Rupa dan corak (iii) Rupa dan lambang (iv) Rupa dan muka taip (e) Bentuk Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton dan jalinan ruang diaplikasi sekaligus. Bentuk terdiri daripada dua jenis: (i) Bentuk ilusi (maya) (ii) Bentuk konkrit Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, ilustrasi, lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat pada satah gambar. Apabila disentuh, ia hanyalah permukaan mendatar kerana dalam bentuk dua dimensi. Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi (sila rujuk Rajah 4.5). Rajah 4.5: Bentuk ilusi ke bentuk konkrit
  • 13. 72 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL (f) Ruang Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan bentuk. 4.2.2 Prinsip-prinsip Rekaan Prinsip rekaan terdiri daripada yang berikut: (a) Harmoni Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, terapeutik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap-melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya. (b) Penegasan Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan. (c) Imbangan Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang (kiri dan kanan, atas dan bawah). Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri. (d) Kontra Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.
  • 14. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 73 (e) Pergerakan Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh dijadikan kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna. (f) Kesatuan Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama, ia akan mewujudkan kesatuan. (g) Kepelbagaian Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian. AKTIVITI 4.2 1. Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di persekitaran anda, lukiskan lima contoh objek yang mempunyai imbangan simetri. 2. Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan bagaimana pelukis tersebut mengaplikasikan prinsip-prinsip rekaannya. 4.2.3 Struktur Rekaan Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yang baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik digunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur.
  • 15. 74 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas di mana petak-petak terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi (sila lihat Rajah 4.6 hingga 4.8). Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikut sifat objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya. Berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan. Rajah 4.6: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang Rajah 4.7: Grid digunakan untuk menggambarkan struktur rekaan
  • 16. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 75 Rajah 4.8: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak 4.2.4 Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utama pembelajaran di kalangan pelajar. Dr. Abd. Rahman Saleh (1976) berpendapat bahawa sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sistematik dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Persoalannya: bagaimanakah Seni Visual ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Dr. Abd. Rahman Saleh, ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara: (a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut. (b) Memilih metod atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru-guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenarkan untuk mengajar Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mendidik pelajar dengan seni seharusnya lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah. (c) Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik.
  • 17. 76 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL (d) Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di sekolah. Maksudnya, berikan hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara pertandingan, spotcheck , kempen atau agenda tahunan sekolah. Seterusnya, perlaksanaan pendekatan didaktik di sekolah akan dapat dilaksanakan ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut: (a) Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan dan mempunyai hubungan dengan kehidupan sehari-hari. (b) Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas supaya murid dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik. (c) Guru dan murid harus mempunyai hubungan yang baik. Guru selalu membantu dan mendorong kegiatan pembelajaran pelajar serta dapat membangkitkan persaingan dengan kerjasama murid. (d) Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada murid-murid untuk mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari. (e) Penyajian bahan harus diatur secara berurutan sehingga tujuannya dapat ditetapkan dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara bertingkat atau mengikut sekuen. (f) Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai, guru harus mengadakan evaluasi pelajaran. Haruslah diingat bahawa evaluasi adalah merupakan sebahagian daripada mengajar. Sekiranya masalah masih berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. Wan Zahid (1993 ) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasinya: (a) Pembetulan (correction) Membetulkan fakta dan konsep yang menyeleweng. (b) Orientasi (orientation) Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepat mengenai mata pelajaran ini. (c) Penyelarasan (reconciliation) Menyelaras disiplin-disiplin ilmu yang mengganggu dan menggagalkan.
  • 18. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 77 (d) Kesepaduan (integration) Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau paradigma yang berteraskan tauhid. Namun begitu, kejayaan ini menurut Peter Mortimore (1995) boleh berlaku jika: (a) Peranan Guru Besar sebagai pemimpin utama sekolah. (b) Perkongsian wawasan dan tujuan. (c) Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat. (d) Jangkaan kejayaan yang tinggi. (e) Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan pembelajaran. (f) Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar. (g) Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar yang dipelihara dan dihormati. (h) Hubungkait antara rumah dan sekolah penting untuk membuat sesuatu pertalian yang tidak putus-putus. (i) Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menaakul dan membina pengalaman. Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total. 4.3 AKTIVITI SENI VISUAL Subtopik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seni visual. 4.3.1 Menggambar Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta penilaian. Jadual 4.1 menyenaraikan jenis teknik dan bahan serta alat yang terlibat.
  • 19. 78 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Jadual 4.1: Senarai Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan lapis Pensel, pensel warna, pen teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus 2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan lapis, Berus, pisau palet, kekuda, minyak linsid, air, turpentin kadbod, papan 3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, bahan- Gunting, pisau, mangkuk bahan tampalan 4. Montaj Kertas, gambar, majalah, surat Gunting, pisau, pembaris khabar, gam 5. Cetakan Dakwat cetak, gam, turpentin, Penggelek, papan, minyak tanah, minyak linsid, Spatula, cermin, kertas surat papan khabar 6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, warna air Berus, pengikis 7. Gosokan Warna, kertas, pensel warna, Kain, papan pensel, warna pastel 8. Stensilan Profilem, kertas, dakwat cetak, Squeezy, penggelek dan kain pencelup 9. Percikan Warna, air, kertas, Berus, straw, berus gigi 10. Gurisan Kayu, kertas, lilin, dakwat Alat geometri, pembaris 11. Capan Warna, dakwat, kertas, bahan- Papan, gunting, pisau bahan terbuang, gam 12. Mozek Gam, kertas tebal, kertas warna Gunting, pisau
  • 20. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 79 Contoh-contoh dalam bidang menggambar ditunjukkan dalam Rajah 4.9 dan 4.10. (a) (b) Rajah 4.9: Menggambar menggunakan teknik kolaj Rajah 4.10: Menggambar dengan menggunakan teknik catan 4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak Jadual 4.2 dan 4.3 menerangkan secara ringkas bagaimana membuat rekaan dan corak terancang serta tidak terancang. (a) Corak Terancang Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang digunakan dalam Membuat Rekaan dan Corak Terancang Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Lukisan Kertas, kanvas, kain, papan Pensel, pensel warna, pen lapis teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus 2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan Berus, pisau palet, kekuda, lapis, minyak linsid, air, kadbod, papan turpentin
  • 21. 80 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 3. Kolaj Kertas warna, gam, kapas, Gunting, pisau, mangkuk bahan-bahan tampalan 4. Montaj Kertas, gambar, majalah, Gunting, pisau, pembaris surat khabar, gam 5. Cetakan Dakwat cetak, gam, Penggelek, papan, spatula, turpentin, minyak tanah, cermin, kertas surat khabar minyak linsid, papan 6. Resis Kertas, lilin, minyak, air, Berus, pengikis warna air 7. Capan Warna, dakwat, kertas, Papan, gunting, pisau bahan-bahan terbuang, gam 8. Kaligrafi Kertas, warna, dakwat Pen kaligrafi, buluh, resam (b) Corak Tidak Terancang Jadual 4.2: Teknik, Bahan dan Alat yang Digunakan dalam Membuat Rekaan dan Corak Tidak Terancang Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat Besen, berus minyak 2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air, Straw, berus warna batik 3. Titisan Warna air, lilin, api Pembaris keluli 4. Ikatan dan celupan Kertas, tisu, warna batik, Besen warna, berus getah gelang, kain 5. Renjisan dan Warna air, kertas, kanvas Berus, bekas warna percikan
  • 22. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 81 4.3.3 Membentuk dan Membuat Binaan Jadual 4.4 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk membentuk dan membuat binaan. Jadual 4.4: Teknik, Bahan dan Alat untuk Membentuk dan Membuat Binaan Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Arca timbul Kepingan kayu, kapur Paris, Pahat, penukul, alat pengukir, batu, kayu, plastik, kertas pengikis, kikir pari, kertas pasir lumat, papier-mache, tanah liat 2. Asemblaj Kayu, logam, batu, simen, Alat pateri, skru, paku, gergaji, bongkah kayu, barang ganti ragum, gerudi, sepana hidup, kenderaan, bahan kutipan, besi pemutar skru 3. Bergerak Besi, dawai, kertas, tali temali, Gunting besi, alat pateri, plastik, kepingan logam, zink, sepana, gerudi, pemutar skru kadbod 4. Stabil Simen, kepingan logam, plastik, Alat pateri, skru, paku, gergaji, barang ganti kenderaan, besi, ragum, gerudi, sepana hidup, logam, papan pemutar skru 5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa, Gunting besi, alat pateri, papan lapis, zink, akar kayu, sepana, gerudi, pemutar skru papan 6. Diorama Papan lapis, papan, zink, Gunting besi, alat pateri, cermin lutsinar, patung, sepana, gerudi, pemutar skru karangan laut 7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, Gunting, pisau, playar, spray warna, gam pemutar skru dunlop/UHU 8. Topeng Papier-mache, plastik, kertas Gunting, pisau, besen surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik, warna 9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau
  • 23. 82 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 4.3.4 Kraf Tradisional Jadual 4.5 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk kraf tradisional. Jadual 4.5: Teknik, Bahan dan Alat untuk Kraf Tradisional. Bil. Jenis Teknik Bahan Alat 1. Alat domestik Kepingan kayu, Pahat, penukul, alat tempurung, besi, kayu, pengukir, pengikis, kikir pari, manik kertas pasir, gergaji kecil 2. Alat permainan Buluh, kertas, benang, gam, Gunting, pisau, gam, gergaji kertas warna, kayu kecil, pemutar skru, skru 3. Alat pertahanan Kayu, timah, besi, Gunting besi, alat pateri, diri plumbum, loyang sepana, gerudi, pemutar skru 4. Alat perhiasan Benang, tekstil, prada, gam, Gunting, pisau,gergaji kecil, diri butang, kayu pemutar skru, ragum 5. Batik Kain putih, campuran lilin, Canting, pemidang kayu, pewarna, pemati warna, berus, dapur atau plat debu soda, pelembut pemanas, periuk, besen besar kain/fabrik 6. Tekat Benang emas, benang putih, Pemidang kayu berkaki, kain dasar, baldu, kertas cuban tebal, gam, rotan saga 7. Tembikar Tanah liat, kaolin Pisau, span, penggelek, papan golek, gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu ukur, angkup luar, pinggan, kayu, pengguris dan berus 8. Anyaman Pandan, mengkuang, daun Parang, alat jangka, pelurut, nipah, buluh, paku-pakis, tempayan, besen, periuk, daun serdang, rotan, penyisip, pisau kecil rumput-rampai 9. Ukiran kayu Kayu Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, syelek AKTIVITI 4.3 Teliti batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan persamaan yang ketara dari segi penghasilannya.
  • 24. TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 83 • Dalam topik ini, pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja. • Terdapat 4 bidang dalam pendidikan seni visual iaitu melukis, membuat gambar, membuat binaan serta kraf tradisional. Kesemuanya mempunyai teknik-teknik tertentu. • Asas seni reka seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsipnya turut dibincangkan. • Unsur seni visual boleh diserapkan di sekolah rendah melalui pemilihan kaedah yang tepat, penggunaan peralatan yang baik dan penilaian yang bersesuaian. • Di antara aktiviti seni visual ialah menggambarkan, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Asemblaj Arca bergerak Diorama Montaj Kaolin Resis Hurwitz, A. & et al. (2001). Children and their art. USA: Harcourt College Publishers. Kathleen Chee. (1999). Pendidikan seni. Bangi: Penerbitan Pelangi. Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within. USA: Simon & Schuster, Inc. Rahmat Salihon. (2003). Pendidikan seni visual Tingkatan 1. Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti. Raja Baharudin. (1999). Kursus amali pendidikan seni PMR. Selangor Darul Ehsan: Pan Asia Publications Bhd.
  • 25. 84 TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Gardner, H. (1989). Toward more effective arts education: Arts, mind and education. USA: University of Illinois Press. Lark-Harovitz, Lewis, H. P., & Luca, M. (1967). Understanding childrenÊs art for better teaching.USA: Columbus.