SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
BIG Fasa 5,2012           Muhammad Ridhuan Bin Hanafi


REFLEKSI

       Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal
diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh
ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini
diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan
kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

       Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program
Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah yang merupakan
tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program
Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.

       Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan
program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk
melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada
pegawai BIG iaitu Encik Baharudin Bin Hasan dan Mentor kami iaitu Puan
Aminawati Zahara Binti Mohamad dan Puan Suguna A/P Sankaran.

       Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program
lawatan penanda aras di Sekolah Klauster Kecemerlangan Ragbi dan Sains,
Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka. Program BIG Fasa 5 ini telah
disertai seramai 47 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP
Matematik dan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010. Lawatan ini juga telah
diiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad,
Puan Suguna A/P Sankaran dan Dr. Azita Bin Amrin.
BIG Fasa 5,2012              Muhammad Ridhuan Bin Hanafi


       Program ini bermula pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Selepas
mengenakan sarapan pagi di Hotel Seri Malaysia, kami telah memulakan program
BIG ini dengan mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkel
ini telah dijalankn secara “Round Robin” yang mana kami telah dibahagikan
kepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari dan
mengkaji    tajuk   yang    telah    ditetapkan.   Selepas   itu,   kami   dikehendaki
membentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikan
kepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996),
mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor-
sektor serta fungsi dan peranan PPD.

       Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Pekeliling
Ikhtisas. Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasa
sangat seronok untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas dan
bersemangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang saya
faham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada
warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi
peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi
tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan
satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan                    suatu tugasan dan
perkhidmatan.

       Seterusnya    saya    telah    mendengar     perkongsian tentang      Pekeliling
Perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis
panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling
Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh
penjawat awam.

       Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru dan
perundangan. Saya amat tertarik untuk mendengar perkongsian tajuk ini kerana
pembentang topik ini sangat kelakar sehingga membuatkan saya memberi
perhatian yang lebih.
BIG Fasa 5,2012           Muhammad Ridhuan Bin Hanafi


       Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik.
Banyak input baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Kaedah yang
digunakan iaitu secara Round Robin sangat berkesan kerana dapat melibatkan
semua guru pelatih.

       Seterusnya kami bertolak ke SK Paya Rumput untuk mengadakan lawatan
penanda aras. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sebuah sekolah
kluster kecemerlangan Sains dan Ragbi. Untuk makluman, sekolah ini telah
mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2008. Pogram Bina
Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk
meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di
negeri Melaka. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami
kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan
budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti
sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan.

       Apabila sampai di SK Paya Rumput, kami telah disambut dengan penuh
mesra oleh warga SK Paya Rumput. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan
yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, En.Yahya Bin
Hj. Kamarudin. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan
yang ada di SK Paya Rumput, dan pencapaian SK Paya Rumput dalam bidang
akademik mahupun sukan. SK Paya Rumput mendapat pelbagai anugerah di
peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa
guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah.

       Di SKPR, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada dua
bahagian. Sebanyak RM 125,000 dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM
125, 000 lagi dilaburkan kepada pembangunan sukan ragbi.

       Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah
membaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih,
mewujudkan kolam ikan, dan menyediakan tempat pemeliaharaan puyuh.
Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk
menjadi usahawan.
BIG Fasa 5,2012           Muhammad Ridhuan Bin Hanafi


        Dalam pembangunan sukan ragbi, sekolah telah melatih dan memberi
pendedahan sukan ragbi kepada murid-murid yang berminat. Maka,wujudlah
sebuah pasukan ragbi yang diberi nama D’Rhyno. Pasukan ini telah banyak
menempa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara
pasukan antarabangsa yang pernah bertemu dengan D’Rhyno ialah pasukan dari
Australia, Singapura dan Indonesia.

       Dalam usaha pembangunan sukan ragbi ini, sekolah juga telah membaik
pulih padang sekolah yang telah menelan belanja RM 10, 000. Dengan adanya
padang sekolah yang baik, latihan dapat dijalankan dengan selamat. Saya berasa
amat kagum dan terkejut dengan usaha pihak sekolah kerana pada tahun ini,
pihak sekolah telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan ragbi
perempuan. Saya berharap usaha ini akan mendatangkan hasil kepada sekolah
khussunya dan negara amnya. Semoga usaha ini akan membuka mata pihak
sekolah lain untuk turut menjadikan SKPR ini sebagai contoh yang terbaik dalam
pembangunan sukan ragbi.

       Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian,
pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini.
Antara aktiviti yang dijalankan di SK Paya Rumput ialah tinjauan di sekitar
kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains,
bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang
menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Paya Rumput .

       Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapat
sedikit kelemahan SKPR yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu bangunan
blok sekolah ini dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang menjadi
laluan utama kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan. Masalah ini
boleh mendatangkan bahaya kepada murid kerana perlu melintas jalan tersebut
untuk pergi ke makmal, bilik sains, padang dan sebagainya. Saya dimaklumkan
bahawa hanya pengawal keselamatan sekolah yang akan mengawal keadaan
trafik di jalan tersebut bagi memastikan keselamatan murid. Walau bagaimanapun
pihak sekolah ada membuat permohonan untuk membuat sebuah jejantas untuk
menghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi permohonan tersebut masih
belum diluluskan.
BIG Fasa 5,2012           Muhammad Ridhuan Bin Hanafi


       Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan
oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada
kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak
mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan
dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

       Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya
tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada
dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru
besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa
sekolah ini supaya terus cemerlang.

       Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini
telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan
pada masa akan datang.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2一世 一生
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan42.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4Sumitra Kan
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)ikhwankmk92
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

La actualidad más candente (20)

PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Model+addie
Model+addieModel+addie
Model+addie
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan42.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
2.1 trialogical learning-konsep-bm2018jan4
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 

Destacado

Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusNaniey Mahmud
 
Laporan program bina insan guru
Laporan program bina insan guruLaporan program bina insan guru
Laporan program bina insan guruHabibah Abdullah
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1iyiriz
 
Refleksi matematik
Refleksi matematikRefleksi matematik
Refleksi matematikMissLeefang
 
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahirPenerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahirMuhammad Syahir
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psvAisyah Mainol
 
Rph minggu 8 ( final )
Rph minggu 8 ( final )Rph minggu 8 ( final )
Rph minggu 8 ( final )cikgu ella
 
Isi kandungan portfolio praktikum
Isi kandungan portfolio praktikumIsi kandungan portfolio praktikum
Isi kandungan portfolio praktikumsetmee9890
 
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.Izz Khalil
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Cekgu Kay
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranKoh Ing
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCoordy Nation
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuNur Khairi
 

Destacado (20)

Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
 
Refleksi big
Refleksi big Refleksi big
Refleksi big
 
Laporan program bina insan guru
Laporan program bina insan guruLaporan program bina insan guru
Laporan program bina insan guru
 
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1Refleksi bina insan guru fasa 5 1
Refleksi bina insan guru fasa 5 1
 
Refleksi matematik
Refleksi matematikRefleksi matematik
Refleksi matematik
 
Contoh refleksi
Contoh refleksiContoh refleksi
Contoh refleksi
 
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahirPenerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp  muhammad syahir
Penerapan kepimpinan islam dalam kalangan gp muhammad syahir
 
Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psvPeranan guru  dalam menjayakan mata pelajaran psv
Peranan guru dalam menjayakan mata pelajaran psv
 
Rph minggu 8 ( final )
Rph minggu 8 ( final )Rph minggu 8 ( final )
Rph minggu 8 ( final )
 
Isi kandungan portfolio praktikum
Isi kandungan portfolio praktikumIsi kandungan portfolio praktikum
Isi kandungan portfolio praktikum
 
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
T ajuk 6 kepimpinan dan perwatakan.
 
Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan
Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapanMatlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan
Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan
 
profesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruanprofesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruan
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabila
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
 

Similar a Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking

Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingHabibah Abdullah
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Cikgu Syahidon
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6Siti Saripah Mashud
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keamir alhaj
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014norhaliza76
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Pei Wen Tan
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahCik Ecah
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Kertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanKertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanN_naim
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Amad Kedah
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Amad Fuad
 
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Mgkk Kluang Johor
 

Similar a Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking (20)

Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
 
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-666622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
66622327 refleksi-program-bina-insan-guru-sem-6
 
Laporan lawatan 2014
Laporan lawatan 2014Laporan lawatan 2014
Laporan lawatan 2014
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
 
Kertas kerja program cemerlang upsr 2
Kertas kerja program cemerlang upsr 2Kertas kerja program cemerlang upsr 2
Kertas kerja program cemerlang upsr 2
 
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)
 
Pelan strategik hem
Pelan strategik hemPelan strategik hem
Pelan strategik hem
 
Assingment pbs
Assingment pbsAssingment pbs
Assingment pbs
 
Big fasa 6
Big fasa 6Big fasa 6
Big fasa 6
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolah
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Pasca upsr 2016
Pasca upsr 2016Pasca upsr 2016
Pasca upsr 2016
 
Kertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasanKertas cadangan nurulain binti hasan
Kertas cadangan nurulain binti hasan
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014
 
Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019
 
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
 

Último

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 

Último (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 

Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking

  • 1. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi REFLEKSI Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau “Benchmarking” ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Encik Baharudin Bin Hasan dan Mentor kami iaitu Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad dan Puan Suguna A/P Sankaran. Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Klauster Kecemerlangan Ragbi dan Sains, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput, Melaka. Program BIG Fasa 5 ini telah disertai seramai 47 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Matematik dan PISMP Kajian Sosial Ambilan Januari 2010. Lawatan ini juga telah diiringi oleh tiga orang pensyarah iaitu Puan Aminawati Zahara Binti Mohamad, Puan Suguna A/P Sankaran dan Dr. Azita Bin Amrin.
  • 2. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi Program ini bermula pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Selepas mengenakan sarapan pagi di Hotel Seri Malaysia, kami telah memulakan program BIG ini dengan mengadakan bengkel tentang tajuk yang telah diberikan. Bengkel ini telah dijalankn secara “Round Robin” yang mana kami telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan diminta untuk mencari dan mengkaji tajuk yang telah ditetapkan. Selepas itu, kami dikehendaki membentangkan hasil carian dan maklumat tentang tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan lain. Antara tajuk yang dibincangkan adalah Akta 550 (1996), mandat, guru dan perundangan, pekeliling perkhidmatan, fungsi JPN dan sektor- sektor serta fungsi dan peranan PPD. Kumpulan saya ditugaskan untuk mencari maklumat mengenai Pekeliling Ikhtisas. Apa yang menariknya saya tidak mendengar istilah ini. Jadi, saya rasa sangat seronok untuk mencari maklumat tentang Pekeliling Ikhtisas dan bersemangat untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Apa yang saya faham Pekeliling Ikhtisas merupakan satu warta kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa kepada warga pendidik. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi peringatan dan langkah keselamatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan penjimatan dan salah guna. Selain itu, Surat Pekeliling Ikhtisas merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Seterusnya saya telah mendengar perkongsian tentang Pekeliling Perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Pekeliling Perkhidmatan juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. Selain itu, saya telah mendengar perkongsian mengenai guru dan perundangan. Saya amat tertarik untuk mendengar perkongsian tajuk ini kerana pembentang topik ini sangat kelakar sehingga membuatkan saya memberi perhatian yang lebih.
  • 3. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi Secara keseluruhannya, bengkel yang diadakan ini sangat menarik. Banyak input baru yang telah saya peroleh melalui bengkel ini. Kaedah yang digunakan iaitu secara Round Robin sangat berkesan kerana dapat melibatkan semua guru pelatih. Seterusnya kami bertolak ke SK Paya Rumput untuk mengadakan lawatan penanda aras. Sekolah Kebangsaan Paya Rumput merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan Sains dan Ragbi. Untuk makluman, sekolah ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sekolah kluser pada tahun 2008. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di negeri Melaka. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apabila sampai di SK Paya Rumput, kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Paya Rumput. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan yang begitu selesa untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, En.Yahya Bin Hj. Kamarudin. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK Paya Rumput, dan pencapaian SK Paya Rumput dalam bidang akademik mahupun sukan. SK Paya Rumput mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Di SKPR, peruntukan yang diperoleh daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM 250, 000 setahun telah dibahagikan kepada dua bahagian. Sebanyak RM 125,000 dilaburkan untuk pembangunan sains dan RM 125, 000 lagi dilaburkan kepada pembangunan sukan ragbi. Antara usaha yang telah dilakukan untuk pembangunan sains ialah membaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggih, mewujudkan kolam ikan, dan menyediakan tempat pemeliaharaan puyuh. Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat untuk menjadi usahawan.
  • 4. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi Dalam pembangunan sukan ragbi, sekolah telah melatih dan memberi pendedahan sukan ragbi kepada murid-murid yang berminat. Maka,wujudlah sebuah pasukan ragbi yang diberi nama D’Rhyno. Pasukan ini telah banyak menempa kejayaan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara pasukan antarabangsa yang pernah bertemu dengan D’Rhyno ialah pasukan dari Australia, Singapura dan Indonesia. Dalam usaha pembangunan sukan ragbi ini, sekolah juga telah membaik pulih padang sekolah yang telah menelan belanja RM 10, 000. Dengan adanya padang sekolah yang baik, latihan dapat dijalankan dengan selamat. Saya berasa amat kagum dan terkejut dengan usaha pihak sekolah kerana pada tahun ini, pihak sekolah telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan ragbi perempuan. Saya berharap usaha ini akan mendatangkan hasil kepada sekolah khussunya dan negara amnya. Semoga usaha ini akan membuka mata pihak sekolah lain untuk turut menjadikan SKPR ini sebagai contoh yang terbaik dalam pembangunan sukan ragbi. Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan di SK Paya Rumput ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Paya Rumput . Hasil pemerhatian saya dan maklumat yang telah saya peroleh, terdapat sedikit kelemahan SKPR yang perlu dibaiki pada masa hadapan iaitu bangunan blok sekolah ini dipisahkan kepada dua bahagian oleh jalan raya yang menjadi laluan utama kenderaan keluar dan masuk ke taman perumahan. Masalah ini boleh mendatangkan bahaya kepada murid kerana perlu melintas jalan tersebut untuk pergi ke makmal, bilik sains, padang dan sebagainya. Saya dimaklumkan bahawa hanya pengawal keselamatan sekolah yang akan mengawal keadaan trafik di jalan tersebut bagi memastikan keselamatan murid. Walau bagaimanapun pihak sekolah ada membuat permohonan untuk membuat sebuah jejantas untuk menghubungkan kedua-dua blok tersebut tetapi permohonan tersebut masih belum diluluskan.
  • 5. BIG Fasa 5,2012 Muhammad Ridhuan Bin Hanafi Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.