PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
Trend issues tugasan 1 (kumpulan)
1. NO
.
NAMA NOMBOR MATRIK
1 IRMA NAZIELA BINTI ROSLI D20111048007
2 NUR ILHAM BINTI HARON D20111048008
3 SYAZWANA BINTI ARIFFIN D20111048016
ISU PENTAKSIRAN MATEMATIK
YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
4. Satu proses pengumpulan maklumat oleh guru
tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri
tentang kemajuan mereka.
(DUNN, 1991)
Satu proses pengumpulan maklumat tentang
kanak-kanak dalam aspek pengetahuan,
kemahiran dan perkembangan mereka yang
dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan
tugasan yang dilakukan kanak-kanak.
(DODGE ET. AL, 1994)
Suatu proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menterjemahkan maklumat
tentang pembelajaran seseorang murid bagi
sesuatu tujuan tertentu.
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)
Dirancang dan dikendalikan oleh guru dan
menjadi sebahagian daripada proses
pengajaran yang diharapkan dapat
memperbaiki proses pembelajaran pelajar.
(Noraini Idris, 2005)
PENTAKSIRAN
6. PENGUJIAN
• Satu cara yang sistematik untuk mengukur sebahagian perubahan
tingkahlaku seseorang individu berhubung dengan aspek pendidikan dan
psikologi.
Abd. Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2001)
• Ujian merupakan alat pengukuran untuk mentaksir dan merekod
pembelajaran pelajar.
Hart (1994)
• Ujian merupakan cara yang bersistematik untuk mengukur tingkahlaku
seseorang individu kerana pembelajaran telah dikaitkan dengan
perubahan tingkahlaku.
Gagne (1970)
7. PENGUKURAN
NCTM (1995)
• Penghuraian kuantitatif tentang tingkah laku, pengetahuan dan kebolehan kognitif pelajar.
Siti Rahayah (2003)
• Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numeric atau melalui angka tentang sebanyak
mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.
Hilezan et. Al (2014)
• Proses menghasilkan nilai kuantitatif kepada pelajar berdasarkan peranan tertentu (seperti
gred dan peratus) untuk mengukur peringkat pencapaian bagi menentukan kedudukan prestasi
pelajar.
8. PENILAIAN
Stufflebeam (1971)
• The process of delineating, obtaining, and providing useful information for
judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974)
• Suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Gronlund (1993)
• Satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran
telah dicapai oleh pelajar.
10. • Memantau kemajuan pelajar untuk menggalakkan tumbesaran.
• Membuat keputusan pengajaran bertujuan menambahbaik pengajaran.
• Menilai pencapaian pelajar untuk memberi pengiktirafan kejayaan.
• Menilai program bertujuan mengubahsuai program.
• Menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku.
• Menilai kesediaan pelajar mempelajari topik baharu.
• Memberi maklumbalas kepada pelajar tentang kemajuan mereka.
• Membantu guru membuat tindakan susulan.
• Memberi gred berdasarkan pencapaian pelajar.
• Menentukan penempatan pelajar ikut kebolehan.
• Memberi guru maklumbalas tentang keberkesanan pengajarannya.
• Menentukan tindakan susulan yang boleh diambil oleh guru dan pelajar dalam
proses PdP.
14. Bias adalah kewujudan kriteria-
kriteria tertentu dalam memberi
kesan yang berbeza terhadap
pencapaian individu dengan
kebolehan yang sama dari kumpulan,
etnik, jantina, budaya dan agama
yang berbeza.
Jika sesuatu item itu berfungsi
berbeza kepada sesuatu kumpulan
dengan yang lain, ia secara terangan
adalah bias.
Hambleton, Ronald, Rodgers dan
Janne (1995)
Dorans dan Holland (1993)
15. Bias sebagai kecenderungan atau
kecondongan yang menghalang
penilaian yang adil.
Bias menjadi sistematik dalam erti
kata ia menyebabkan ketidakadilan
dalam keputusan peperiksaan bagi
ahli dalam kumpulan tertentu.
The American Heritage
Dictionary
Camili dan Shepard (1994)
17. ITEM SOALAN UJIAN
Pengujian yang menggunakan soalan yang berkaitan
dengan permainan mekanikal lebih cenderung kepada
pelajar lelaki manakala set yang menggunakan contoh dan
situasi daripada anak patung atau kerja-kerja dapur lebih
cenderung kepada pelajar perempuan.
(Black, 1998)
18. KAJIAN TIMSS-R (1998)
Item-item matematik yang berbentuk ayat panjang dan memerlukan calon
membaca dan memahami maksud lebih memihak kepada pelajar perempuan.
Item-item yang memerlukan keupayaan ‘visualization’ lebih kepada pelajar
lelaki.
Pelajar perempuan secara umumnya tidak begitu pandai dalam soalan
objektif berbanding soalan esei kerana mereka tidak suka meneka
apabila tidak boleh menjawab seperti yang dilakukan oleh pelajar lelaki.
(Black, 1998)
19. BIAS DALAM PENILAIAN MELALUI
PEMERHATIAN
Menilai secara mata kasar.
Sukar untuk melihat tahap kefahaman pelajar.
Cara penilaian guru.
20. BIAS DALAM PENILAIAN MELALUI LISAN
DAN PENULISAN
ABD. RASHID JOHAR & SITI RAHAYAH ARIFFIN (2001)
Ujian piawai dikatakan berat sebelah kepada sebahagian pelajar. Ia dikatakan
berat sebelah kepada golongan seperti berikut :
a) Golongan etnik / bangsa yang minoriti
b) Mengikut jantina
c) Golongan pelajar yang mempunyai kemahiran membaca yang kurang
d) Golongan pelajar yang menguasai bahasa lain dan tidak dapat menguasai
Bahasa Inggeris
23. Pentaksiran
Tradisional
Berbentuk
pensil dan
kertas (ujian
bertulis)
Calon perlu menguasai
kemahiran membaca
arahan, kefahaman
soalan dan kemahiran
menulis dengan
menggunakan alat
tulis
Biasanya
diamalkan dalam
bilik darjah
secara blok masa
(tempoh)
Sesuai
ditadbir
secara ramai
Menguji
bidang
secara luas
24. Kelemahan
pentaksiran
tradisional
(Law & Eckes, 1995)
menunjukkan
kebanyakan ujian yang
seragam mentaksir
hanya kemahiran
berfikir pelajar yang
rendah
Sistem pentaksiran pada
masa kini berpandukan
kurikulum yang hanya
mencakupi kebolehan
pelajar mengingat dan
kemahiran menghafal
semata-mata (Begum &
Farooqui, 2008)
Pentaksiran tradisional
gagal kerana tidak
mengambil kira tentang
pencapaian secara
holistik dan bagaimana
pelajar berupaya bekerja
secara berkumpulan
(Moore, 2003)
Peperiksaan merupakan
kaedah utama yang
digunakan untuk mengukur
pencapaian pelajar dalam
sistem pendidikan di
Malaysia untuk tempoh lebih
daripada 50 tahun (Rohaya
Talib, 2009)
26. Kelemahan
pentaksiran
berasaskan
peperiksaan
Menurut Peter Groontenboer (2004)
(dalam Zaleha Ismail dan Arinah
Zaidan (2010)), soalan berbentuk
peperiksaan dilatih sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Menurut Zaleha Ismail & Arinah
Zaidan (2010), pembelajaran
terlalu menumpukan kepada
pengiraan dan penggunaan
rumus
Menurut Wang
(2004), pelajar seolah-
olah dibentuk melalui
mesin
Penekanan pembelajaran yang
lebih tertumpu kepada buku
sebagai bahan rujukan kedua
selepas guru (Dayang
Khairunnisa Awang Batu &
Masliah Manching, 2012)
Dikatakan membunuh
keseronokan dan kemeriahan
alam persekolahan sehingga
sekolah disamaertikan dengan
belajar untuk menghadapi
peperiksaan (Adi Badiozaman,
2007)
Keputusan
peperiksaan
terlampau
dititikberatkan
27. UPSR&PMR
Kemerosotanpencapaiandalam
TIMSSdanPISA
PemansuhanUPSR&PMR
Pemansuhan
peperiksaan itu akan
mengubah sistem
pendidikan negara
yang kini terlalu
berorientasikan
peperiksaan
menyebabkan
matlamat melahirkan
modal insan serba
boleh yang
mempunyai
keterampilan tinggi
gagal dicapai (Tan Sri
Muhyiddin Yassin,
2014)
PT3
PT3 merupakan
pentaksiran sumatif
yang setara di
tingkatan 3 bagi
menilai pencapaian
akademik murid. Ini
bermakna PT3
mentaksir aspek
pengetahuan,
kemahiran dan nilai
secara menyeluruh di
peringkat menengah
rendah (KPM, 2014)
Melalui dapatan
analisis dapat dilihat
kedudukan purata skor
Malaysia mulai
menurun daripada
skor purata negara
peserta TIMSS yang
lain bagi tahun 2007
dan makin menurun
pada tahun 2011.
Kedudukan Malaysia
dalam PISA 2009 pula
adalah pada tempat ke
57 daripada 74 buah
negara yang
menyertainya.
Jika terlalu menjurus
kepada peperiksaan, ia
akan menyebabkan
matlamat ke sekolah
untuk menuntut ilmu,
lebih kreatif dan
menambah
pengetahuan secara
lebih holistik tidak
akan dicapai
sepenuhnya (Tan Sri
Muhyiddin Yassin,
2014)
30. Konsep PBS
• Pengurangan peperiksaan
• Tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan kreativiti
• Pentaksiran bersifat :
i. Holistik – menilai aspek kognitif (intelek)
ii. Afektif – emosi dan rohani
iii. Psikomotor – jasmani
31. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah
Akademik Bukan Akademik
Pentaksiran
Pusat (PP)
Pentaksiran
Sekolah (PS)
Pentaksiran
Aktiviti Jasmani,
Sukan & Kokurikulum
(PAJSK)
Pentaksiran
Psikometrik
(PPsi)
32. Pelaksanaan PBS
• 1 Januari 2011 - dilaksanakan secara rasmi di sekolah Tahun 1.
• UPSR (2016) adalah 60 : 40
- 60% pentaksiran berasaskan pusat (PBP)
- 40% pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
• Bermula 2012 – PBS di Tingkatan 1.
• 2014 – PT3 adalah seratus peratus berdasarkan PBS.
• Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) adalah satu daripada komponen di bawah PBS yang
diperkenalkan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai salah satu
usaha kerajaan memansuhkan sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.
33. Kaedah pelaksanaan
PBS
• Standard Prestasi – pencapaian atau penguasaan individu
dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh
pembelajaran berdasarkan satu ‘benchmark’ yang dikenal
pasti.
34. • Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), PBS bukanlah sesuatu yang
baru.
• Pentaksiran ini telah dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek,
kuiz, soal-jawab dan lain-lain).
• PBS yang dicadangkan merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia
dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi
Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian
murid secara berterusan.
36. • Ketidakyakinan guru dalam pentaksiran
• Ketidaksungguhan guru dalam pentaksiran
• Amalan Birokrasi Dalam Pentaksiran
• Permasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan PBS
Terdapat 4 isu dalam pelaksanaan PBS iaitu:
37. Ketidakyakinan guru dalam pentaksiran
• Menurut Noorzeliana Binti Idris, Norazilawati Binti Abdullah dan
Saniah Binti sembak (2014), walaupun guru-guru telah mengikuti kursus
tetapi mereka tetap merasa kurang yakin dalam menaksir murid kerana
kekurangan pengetahuan, kemahiran dan sumber material.
• Sikap campur tangan ibu bapa.
• Guru kurang memahami cara melaksanakan pentaksiran.
• Kesukaran guru membina instrumen pentaksiran yang pelbagai bentuk.
38. Ketidaksungguhan guru dalam pentaksiran
• Kurang pemantauan dari pihak atasan.
• Kajian Tan Ai Mei (2010) - guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan
pentaksiran.
• Kajian Chan (2009) mendapati 25% guru mengatakan tiada pemantauan dari
pihak pentadbir dan tiada kerjasama dengan guru senior serta pihak
pentadbir juga tidak menghiraukan pelaksanaan PBS.
• Berlaku disebabkan pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
menyebabkan guru menaksir sambil lewa.
39. Amalan Birokrasi Dalam Pentaksiran
• Tan Ai Mei (2010) mengatakan bahawa guru diminta secara am memberi gred yang baik kepada
pelajar.
• Dalam kajian Tan Ai Mei yang mendapati bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ada membuat pemantauan tetapi hanya secara
bertulis iaitu memeriksa laporan-laporan yang telah pun difailkan.
• Pemantauan pelaksanaan PBS oleh pihak LP dan JPN yang sekadar berfokuskan kepada laporan
penulisan.
• Mewujudkan isu mengenai akauntabiliti penilaian berkenaan.
40. Permasalahan Guru Sepanjang Melaksanakan
PBS
• Kajian secara ‘online’ yang dijalankan oleh KPM untuk melihat persetujuan
guru dalam pelaksanaan PBS mendapati hampir 75% guru setuju ia dihapuskan.
Ini juga terbukti lagi apabila wujud laman di‘facebook’ yang ingin
memansuhkan PBS. Ia disokong oleh lebih 70 ribu orang guru
(https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan).
• Tambahan pula pihak KPM telah memberhentikan pelaksanaannya buat
seketika pada bulan Februari 2013 bagi mengkaji semula semua rungutan guru
tentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru.
41.
42. Permasalahan yang dihadapi oleh guru sepanjang melaksanakan PBS:
Bebanan guru yang bertambah
• Baru-baru ini Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) membuatkan guru yang mengajar
tingkatan tiga lebih terkesan dengan bebanan kerja.
• Ini adalah kerana mereka perlu mengajar, menaksir dan memberi skor kepada pelajar.
• Guru memegang jawatan-jawatan penting di sekolah yang memaksa guru keluar
sekolah untuk berkursus atau terpaksa memberi tumpuan lebih untuk menjalankan
tugasan-tugasan penting.
• Acara atau aktiviti di sekolah juga sedikit sebanyak mengganggu sesi PdP guru dalam
melaksanakan PBS.
43. CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN PBS
DALAM KALANGAN GURU
• Perbanyakkan latihan dan bengkel dalam pentaksiran
• Pemantauan yang konsisten dan bermatlamat
• Kurangkan gangguan dalam pentaksiran.
44. ISU PENDIDIKAN DAN KONTROVERSI 2014
• 11 Februari 2014 PBS diberhentikan seketika bagi penilaian semula.
• 1 April 2014 diumumkan 3 penambahbaik pada PBS :
1) DSP ditukar kepada PPPM
2) SPPBS secara offline
3) PMR digantikan dengan PT3
• Jun/ julai 2014 format PT3 dikeluarkan –ogos 2014 ujian lisan & oktober 2014 PT3.
• Soalan UPSR bocor – subjek sains dan Bahasa Inggeris
45.
46. Antara Penambahbaikan PBS Baru 2014
• Dokumen Standard Prestasi (DSP) digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid (PPPM) menyelesaikan masalah guru yang terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor
dan pernyataan evidens yang banyak. PPPM hanya berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran
mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.
• Guru tidak lagi perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara online. Sebaliknya, guru boleh merekodkan
perkembangan pembelajaran secara offline.
• Guru tidak lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit
yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas mengajar. Di mana perekodan perkembangan
pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru selepas ini.
48. • Kenapa PT3 wujud?
- bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan proaktif.
• PMR banyak menumpukan peperiksaan apabila para pelajar hanya
memilih jawapan betul atau tidak betul dengan pilihan yang diberikan.
• Sementara PT3, kita mahu menggalakkan pelajar-pelajar untuk
berbincang dan berfikir.
• PMR, mereka hanya tanda jawapan yang betul. Dalam PT3, mereka akan
berbincang dan menilai sesuatu tajuk.
• Perkara ini dapat menilai tahap kebolehan pemikiran para pelajar
49. PT3
• Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan
• Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa
Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen
pentaksiran ujian bertulis sahaja
• Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai
instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau
kajian kes.
50.
51.
52. • Penerimaan ibu bapa terhadap PT3
https://www.youtube.com/watch?v=EJ7UB_WQY-8