5. Mengadakan pra ujian untuk memperkukuh andaian bahawa teknik hafalan merupakan kaedah yang membantu pelajar mengingat fakta dan dapat menjawab soalan dengan baik.
14. Selepas 2 minggu, pelajar mengambil ujian lisan dan bertulis untuk menguji fakta yang telah dihafal
15. Pelajar diminta menggunakan `peer teaching’ di mana pelajar yang pandai membantu pelajar yang lemah. Masalah yang dihadapi adalah pelajar tidak hadir ke sekolah menyebabkan pemantauan sukar dilakukan.
16. Pelajar diminta menghafal fakta dan huraiannya tetapi bahagian ini agak sukar dilakukan kerana pelajar tidak membuat ulangkaji di rumah.
17. Guru juga mendapati 50% pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberi malahan menyalin jawapan daripada rakan yang lain.
26. Ujian dijalankan dengan menggunakan kertas ujian yang sama bertujuan untuk menilai perubahan pencapaian pelajar. Melalui ujian itu, guru mendapati;
28. 6 orang masih lagi berada pada tahap ingatan yang tidak konsisten.Ini membuktikan bahawa kaedah hafalan dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei.
RUMUSAN
Guru dapat merumuskan bahawa kaedah hafalan adalah sangat berkesan untuk membantu pelajar mengingat dan menghuraikan kata kunci serta fakta semasa menjawab soalan esei Ekonomi Asas. Justeru, pelajar dan guru perlu bekerjasama untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam subjek Ekonomi Asas.
ULASAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN DARI LUAR NEGARA
APAKAH KESAN PENGGUNAAN MUZIK KLASIK TERHADAP PRESTASI, MOTIVASI DAN FOKUS PELAJAR DALAM SUBJEK MATEMATIK?
Jurnal kajian tindakan luar negara yang telah dipilih untuk diulas berjudul “ Apakah Kesan Penggunaan Muzik Klasik terhadap prestasi, motivasi dan fokus pelajar dalam subjek Matematik?” yang telah dilaksanakan oleh Cynthia Cope iaitu merupakan seorang guru matematik dari sekolah Rutledge H.Pearson Elementary School yang terletak di Florida,Amerika Syarikat. Kajian tindakan yang dijalankan oleh beliau melibatkan tiga kelas subjek Matematik gred 5 yang mana beliau memainkan muzik klasik dalam dua kelas manakala satu kelas lagi sebagai kumpulan kawalan. Kajian ini dijalankan secara bergilir-gilir mengikut sukatan pelajaran subjek Matematik. Penyelidikan beliau bermula pada Disember 2004 dan berakhir pada Mac 2005. Kami menganalisis kajian tindakan yang dilakukan oleh beliau dengan menggunakan Model Stringer (2004).Model Stringer menggariskan 5 prosedur dalam menjalankan penyelidikan kajian tindakan iaitu merekabentuk kajian, mengumpul data, menganalisis data, menyampai hasil dan mengambil tindakan. Berikut adalah analisis yang telah dibuat daripada jurnal berdasarkan Model Stringer (2004):
1) Merekabentuk Kajian
Kajian yang dilakukan oleh Cynthia Cope mempunyai fokus untuk mengkaji keberkesanan penggunaan muzik klasik terhadap prestasi, motivasi dan fokus pelajar dalam subjek Matematik. Penyelidikan ini adalah amat penting bagi beliau memandangkan kemerosotan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik di sekolahnya dalam ujian FCAT (Florida’s Comprehensive Assessment Test). Beliau berpendapat bahawa salah satu faktor dalam penurunan pencapaian pelajar dalam matematik disebabkan oleh pelajar kurang keyakinan diri, tidak fokus dan pasif ketika dalam pembelajaran. Maka, beliau ingin mengetahui samada strategi penggunaan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan keyakinan dan fokus pelajar dan membantu mereka berjaya dalam ujian FCAT.
2)Menggumpul Data
Dari segi penggumpulan data, beliau membandingkan pencapaian pelajar dalam ujian penilaian setiap sukatan pelajaran. Melalui data ini, beliau dapat menentukan perbezaan ketara skor pelajar antara kelas yang diperdengar muzik dan kelas tanpa menggunakan muzik. Untuk mengukur motivasi pelajar, terdapat dua kaedah digunakan oleh Cynthia iaitu merekod peratus pelajar yang menyiapkan kerja rumah dan menggunakan kaedah skala Likert pada permulaan kajian dan selepas pembelajaran setiap sukatan pelajaran. Skala likert digunakan untuk untuk mengetahui samada motivasi pelajar berubah di antara kelas yang mendengar muzik dan kelas tanpa muzik. Dalam menilai fokus pelajar pula, beliau mencatat bilangan guru yang diperlukan untuk mengekalkan fokus pelajar di dalam bilik darjah dan dilakukan pada setiap hari dengan menggunakan carta tally.Setelah itu, tahap tumpuan pelajar dalam setiap kelas dibandingkan dengan kelas yang mendengar muzik dan kelas tidak mendengar muzik.
3)Data Analisis
Cynthia Cope menggunakan kaedah statistik iaitu T-test untuk membuat analisis mengenai keberkesanan penggunaan muzik klasik terhadap prestasi, motivasi dan fokus pelajar dalam subjek Matematik. T-test digunakan untuk membandingkan data yang diperolehi antara dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Ujian ini bertujuan untuk menentukan kemungkinan terdapat perbezaan di antara kelas yang mendengar muzik dengan kelas biasa.Secara umum, jika skor T kurang daripada 0.05 barulah perbezaan itu diambilkira dan perbezaan tersebut bukanlah suatu kebetulan.
4)Menyampai Hasil
Carta bar digunakan untuk menunjukkan hasil kajian yang telah dibuat mengikut fokus iaitu dalam bidang prestasi, motivasi dan fokus pelajar. Untuk keputusan kajian prestasi , perbandingan skor t dibuat antara minggu menggunakan muzik dengan minggu tanpa menggunakan muzik. Bagi pengukuran tahap motivasi pula, ujian skor t dibuat berdasarkan peratus pelajar menyiapkan tugasan antara minggu dengan muzik dan minggu tanpa muzik. Selain itu juga, motivasi juga diukur dengan penilaian skor t berasaskan skala Likert antara minggu dengan muzik dan tanpa muzik yang melibatkan perbandingan antara pra-ujian dan ujian dengan muzik,perbandingan pendapat pelajar mengenai matematik secara umum, perbandingan pendapat pelajar mengenai kehadiran ke kelas matematik, perbandingan pendapat pelajar mengenai tugasan matematik, perbandingan pendapat pelajar mengenai ujian matematik serta perbandingan tahap keyakinan untuk lulus dengan baik dalam peperiksaan akhir bagi subjek Matematik. Bagi menguji tahap fokus pelajar pula, ujian skor t digunakan untuk membandingkan bilangan fokus yang diperolehi di antara minggu menggunakan muzik dan minggu tanpa muzik.
5)Mengambil tindakan
Kesimpulan yang diperolehi berdasarkan kajian yang telah dilakukan adalah penggunaan muzik klasik tidak memberi kesan terhadap prestasi, motivasi dan fokus pelajar dalam subjek Matematik. Pengkaji bercadang untuk menjalankan kajian tindakan dengan lebih lanjut mengenai hubungan muzik dan matematik dengan mempelbagaikan genre muzik dan menggunakan populasi pelajar dan usia yang berbeza.