Kajian ini bertujuan merekabentuk kerangka piawaian program kejurulatihan guru/pensyarah TVET di Malaysia berdasarkan 6 domain keterampilan. Kajian kuantitatif dilakukan terhadap 246 pensyarah politeknik dan universiti untuk menilai kepentingan domain dan kriteria. Dapatan menunjukkan semua domain dan kriteria diperlukan untuk membentuk kerangka piawaian. Ini akan memastikan program kejurulatihan TVET selaras dengan
1. REKABENTUK KERANGKA PIAWAIAN NASIONAL PROGRAM
KEJURULATIHAN GURU/PENSYARAH TVET: PERSPEKTIF INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA
1 2
Mimi Suhana Bt Abd Aziz , Muhaini Bt Muhammad
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Port Dickson
1
mimi@polipd.edu.my
2
muhaini@polipd.edu.my
Abstrak
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk merekabentuk kerangka piawaian program kejurulatihan
guru/pensyarah latihan dan pendidikan teknik dan vokasional (TVET) dari perspektif institusi pengajian
tinggi di Malaysia berdasarkan keperluan domain keterampilan yang dicadangkan. Domain tersebut adalah
Pengetahuan, Kemahiran, Etika dan Profesionalisme, Proses Sosial, Keusahawanan dan Akauntabiliti
Sosial. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan rekabentuk tinjauan dan proses pengumpulan data
dilakukan dengan kaedah analisis dokumen, pengedaran soal selidik dan temubual. Seramai 246 orang
pensyarah dipilih secara rawak daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi
Malaysia, Universiti Putra malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Politeknik Johor Bharu, Politeknik Port
Dickson dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah terlibat dalam menjawab soal selidik
kajian. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 for Windows
(Statistical Packages for the Social Sciences) untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian mendapati
kesemua domain tersebut adalah diperlukan membentuk kerangka piawaian keterampilan pensyarah
politeknik dalam program kejurulatihan guru/pensyarah TVET. Kriteria yang dicadangkan bagi setiap domain
juga memperoleh persetujuan yang tinggi (purata skor min = 3.81 hingga 4.54) yang mana ia menunjukkan
bahawa kriteria tersebut adalah diperlukan. Seterusnya, satu kerangka piawai dalam penyediaan program
latihan bagi pensyarah politeknik dirangka hasil sintesis dapatan kajian. Akhir sekali, pengkaji berharap
supaya kajian ini dapat dimanfaatkan bagi merangka komposisi latihan yang bersesuaian bagi
meningkatkan keterampilan pensyarah di politeknik Malaysia.
Kata Kunci – keterampilan pensyarah TVET, kemahiran, pengetahuan, etika dan profesionalisme, proses
sosial, keusahawanan, akauntabiliti sosial.
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai reformasi sejak zaman selepas
merdeka sehingga kini. Perubahan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki sistem
pendidikan sedia ada supaya sesuai dan selari dengan keperluan semasa di samping
meningkatkan kualiti dan produktiviti di Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan menyediakan pendidikan di negara ini bertaraf
dunia (Rushami Zien Yusoff, et. al 1999). Pendidikan merupakan industri berjuta ringgit dan ianya
amat penting bagi memajukan sesebuah negara. Ianya menentukan masa hadapan negara
terutamanya pendidikan kejuruteraan apabila negara tersebut ingin menjadi negara maju
2. berlandaskan perindustrian seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Menurut Nor
Hazimah Ismail (2000), institusi pendidikan memainkan peranan penting ke arah pencapaian
matlamat pendidikan negara iaitu mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Satu etika kerja
yang mantap dan berkualiti tinggi perlu diamalkan untuk memastikan semua warga pendidik
mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Justeru itu tidak dapat tidak, dalam
menempuh era persaingan yang mementingkan kualiti, satu tahap piawaian kualiti dalam
penjaminan kualiti bagi menghasilkan pendidik-pendidik yang bermutu juga tidak ketinggalan.
Piawaian adalah satu asas dalam membuat penilaian karektor yang diperlukan bagi
program untuk melahirkan graduan yang berkelayakan. Dalam menghasilkan warga pendidik
yang bermutu, justeru, satu kerangka piawaian diperlukan bagi program-program yang melatih
para guru. Kerangka piawaian adalah diperlukan bagi memperoleh pengiktirafan atau
pengakreditasian bagi sesebuah program. Akreditasi adalah satu pengiktirafan rasmi kepada
program bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah
selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan (Muhammad Muammar Ghadaffi Omar, 2004).
Sistem akreditasi telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan tinggi yang termashyur di dunia
seperti di negara Jerman, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Negara
Jerman telah melaksanakan sistem akreditasi yang merupakan prasyarat kepada kelulusan
setiap negeri atau Lander (Muhd Dzafir Mustafa, 2005). Akreditasi ini dijalankan oleh badan-
badan bebas antaranya persatuan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pengamal profesion yang
telah diakredit oleh Majlis Akreditasi. Sistem jaminan kualiti di Perancis pula adalah berdasarkan
institusi dan menilai bukan sahaja pada aspek akademik dan penyelidikan tetapi juga aspek
kebajikan pelajar dan lain-lain aspek yang menyumbangkan kepada pembentukan persekitaran
pendidikan tinggi yang sihat. Jaminan kualiti di Perancis dilaksanakan oleh Committee National
Evaluation (CNE) yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis dan bertanggungjawab
terus kepada Perdana Menteri (Muhd Dzafir Mustafa, 2005). Dalam sistem pendidikan tinggi di
United Kingdom, terdapat perbezaan pendekatan penjaminan kualiti ke atas institusi yang boleh
menganugerahkan kelayakan pengajian tinggi dan institusi yang menganugerahkan pendidikan
lanjutan. Bagi pendidikan tinggi, jaminan kualiti adalah berasaskan institusi atau subjek.
Manakala bagi institusi pendidikan lanjutan wujud elemen jaminan kualiti berasaskan program
pengajian dengan kebanyakkannnya mempunyai piawaian yang lebih preskriptif. Pendekatan ini
dirumuskan sebagai usaha mengekalkan elemen autonomi dan fleksibiliti dalam pendidikan dan
penyelidikan yang pelbagai di universiti.
Di Malaysia, kewujudan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti merupakan hasrat
kerajaan dalam usaha merealisasikan polisi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan tinggi serantau (Mohamed Suleiman, 2004). Antara badan yang menjalankan sistem
akreditasi adalah Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Bahagian Jaminan Kualiti (BJK),
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). LAN
yang kini dikenali sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) adalah badan yang
bertanggungjawab memberi Perakuan Akreditasi kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Manakala Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pula telah menyediakan Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupation Skills Standards (NOSS) sebagai garis
panduan dalam memastikan program latihan yang disediakan di Malaysia adalah selari dengan
keperluan sebenar di tempat kerja. JPK juga merupakan salah satu komponen yang terdapat
dalam sistem latihan dan pendidikan teknik dan vokasional (TVET) di Malaysia.
Sistem TVET adalah dilihat sebagai system yang mempunyai perkembangan yang baik
di Malaysia. Ini adalah kerana permintaan yang tinggi dalam sektor perindustrian samada
daripada keperluan pekerja professional dan separuh professional. Ini disokong dengan
keperluan yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) yang member
penekanan kepada industry pembuatan di Malaysia. Dalam system TVET di Malaysia, keperluan
terhadap latihan di tempat kerja dilihat sebagai berkepentingan dalam meningkatkan produktiviti
tenaga kerja terutama dalam sector perindustrian. Ini adalah selaras dengan misi nasional yang
3. dibentangkan dalam RMK-9, yang menyentuh tentang pembangunan modal insan. Modal insan
negara yang berkualiti menjadi teras pembangunan dalam tempoh RMK-9. Antara kaedah holistik
yang direncanakan kerajaan adalah dengan melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran
sepanjang hayat.
1.1 Latar Belakang Masalah
Persaingan antarabangsa dalam konteks ekonomi negara bukan sesuatu yang asing.
Pelbagai strategi dan rancangan yang dibuat dan diimplementasi bagi memenuhi kehendak
persaingan ini. Ekonomi negara dapat dijana secara total dan efektif dengan produktiviti yang
tinggi daripada tenaga buruh sesuatu negara. Sebagai negara yang pesat membangun, ciri-ciri
ekonomi negara adalah berdasarkan “investment-economic growth” (Laporan Bank
Pembangunan Asia, 2004). Ia lebih tertumpu kepada sektor pembuatan yang mana melibatkan
teknologi yang dibawa masuk daripada negara luar. Atas keadaan ini, cabaran utama bagi
Malaysia adalah menarik dan membawa pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan
membuat rangkaian ekonomi global dalam sektor pembuatan. Melihat kepada cabaran ini, satu
sistem pendidikan teknik dan vokasional yang memberi penekanan terhadap penyediaan pekerja
pada tahap juruteknik harus dimantapkan. Keperluan juga dilihat kepada latihan dan pendidikan
yang berterusan ditempat kerja bagi memantapkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu ada
pada pekerja-pekerja industri.
Menurut Mustapha (2001), Malaysia masih lagi kekurangan pekerja mahir bagi memenuhi
keperluan ekonomi Negara. Laporan Bank Pembangunan Dunia, 1999 melaporkan nisbah
seorang jurutera adalah kepada tiga orang juruteknik kepada dua puluh orang operator (1:3:20).
Namun, angka ini dilihat akan berubah atas faktor perubahan dan pembangunan ekonomi
Malaysia yang mana nisbah seorang jurutera adalah lima orang juruteknik kepada dua belas
orang operator (1:5:12). Perubahan skala nisbah ini seterusnya akan menjana pekerja
berpengetahuan dan mengubah struktur keperluan tenaga kerja di Malaysia. Perubahan ini
disokong Wan Seman (2005) yang menyatakan bilangan pekerja separamahir (semiskilled),
mahir (skilled) dan sangat mahir (highly skilled atau multiskilled) harus diperbanyakkan dalam
fasa pembangunan ekonomi perindustrian di Malaysia.
Guru, pensyarah, jurulatih adalah pengajar di institusi pendidikan yang mana merupakan
profesional dalam sistem latihan dan pendidikan teknik dan vokasional. Kumpulan pekerjaan ini
adalah dimanfaatkan dan dinamakan di atas sifat pekerjaan mereka oleh majikan atau institusi di
mana mereka bekerja, namun ianya merujuk kepada peranan sebagai tenaga pengajar di
sesebuah tempat. Komponen kritikal di dalam manmana program pendidikan dan latihan adalah
jurulatih atau tenaga pengajar. Menurut Leslie Rae (1994) sesuatu program latihan bergantung
kepada tenaga pengajar yang menjayakan program tersebut. Seperti yang dinyatakan dalam
manual Ohio Workplace Education Resource Guide (2001), kurikulum yang baik hanya akan
Berjaya dengan wujudnya tenaga pengajar yang bagus dalam penyampaian isi pengajaran
dengan berkesan. Di Amerika Syarikat, antara badan yang mengakreditasi program latihan
jurulatih adalah Institute for Sustainable Power, Inc.. Antara faedah yang dikenalpasti dalam
pemberian akreditasi ini adalah kepada program itu sendiri dan juga kepada pelanggan program
tersebut. Akreditasi membolehkan sesuatu organisasi atau program dinilai dari beberapa aspek.
Akreditasi juga membolehkan sesuatu organisasi atau program tersebut dikenali dan diketahui
oleh orang ramai. Di Australia, keperluan untuk menyediakan akreditasi bagi program latihan
jurulatih di industri telah dikenalpasti kepentingannya.
4. 1.2 Penyataan Masalah
Daripada pembentangan bajet 2006, antara dua sektor utama yang mendapat perhatian
kerajaan adalah sektor perindustrian dan pendidikan. Sektor pendidikan yang mantap mampu
menghasilkan tenaga kerja bagi sektor perindustrian yang memenuhi keperluan dan kehendak
daripada sektor tersebut. Keperluan tenaga kerja yang berbeza-beza dalam bidang teknik dan
vokasional yang dipengerahui oleh faktor ekonomi negara mewujudkan kepelbagaian jenis dan
corak pembangunan program kejurulatihan guru/jurulatih TVET. Sehubungan itu, UNESCO
International Meeting on Innovation and Excellent in TVET Teacher/Trainer Education di
Hangzhou, China (2004) telah menekankan bahawa terdapatnya keperluan bagi mewujudkan
satu kerangka piawaian transnasional bagi pembangunan program kejurulatihan guru/jurulatih
TVET. Kerangka ini akan melibatkan kerjasama antarabangsa daripada profesional TVET yang
mana dilihat mampu meningkatkan tahap profesionalisme guru/jurulatih TVET. Seterusnya, turut
digariskan adalah keperluan untuk mengkaji parameter yang diperlukan sebagai garis panduan
dalam pembangunan program kejurulatihan guru/jurulatih TVET.
Namun begitu, usaha ini tidak mungkin dapat dilakukan diperingkat nacional dengan
penyertaan negara Malaysia kerana di Malaysia belum wujud piawaian program kejurulatihan
TVET yang menyeluruh dan diterima pakai oleh kesemua pengamal TVET. Berikutan daripada
itu juga, satu mesyuarat EU-Asialink Project bersama stakeholder pendidikan TVET di Malaysia
yang diadakan di Johor Bharu, Malaysia pada 22 Ogos 2006 melaporkan bahawa satu piawaian
pada peringkat nasional perlu diwujudkan bagi menyelaras program latihan kejurulatihan
guru/jurulatih TVET di Malaysia. Berdasarkan kepada keperluan ini, kehendak daripada
stakeholder ini digabung dan kriteria keterampilan dikupas dalam menghasilkan pensyarah yang
kompeten. Lanjutan daripada itu, EU-Asialink Project 2nd International Meeting di Malang,
Indonesia (2006) telah menggariskan enam domain yang dijadikan asas dalam membentuk
kriteria keterampilan guru/jurulatih TVET. Enam domain tersebut adalah:
i. Pengetahuan (Mastery of Body Knowledge)
ii. Kemahiran (General Skills)
iii. Etika & Profesionalisme (Ethics & Profesionalisme)
iv. Proses Sosial (Social Processes)
v. Keusahawanan (Entrepreneurship)
vi. Akauntabiliti Sosial (Social Accountability)
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi :
i. Mengenalpasti domain keterampilan yang diperlukan dalam menghasilkan seorang
pensyarah TVET daripada perspektif institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
ii. Mengenalpasti kriteria bagi domain keterampilan yang diperlukan dalam
menghasilkan seorang pensyarah TVET daripada perspektif institusi pengajian tinggi
awam di Malaysia.
iii. Merangka satu piawaian nasional yang sesuai bagi program kejurulatihan pensyarah
TVET daripada perspektif institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
1.4 Persoalan Kajian
Bagaimanakah domain dan kriteria keterampilan yang diperlukan bagi menghasilkan seorang
pensyarah TVET daripada perspektif institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
5. 1.5 Kepentingan Kajian
Penyelidik berharap daripada kajian yang dilakukan akan dapat memberi input dan
membantu pihak pengurusan latihan di Politeknik Port Dickson dan Jabatan Pengurusan
Politeknik dalam merancang program kejurulatihan bagi memastikan penghasilan pensyarah
politeknik yang lebih kompeten samada melalui program latihan atau pendidikan berterusan.
.
1.6 Skop Dan Batasan Kajian
Dalam memenuhi objektif kajian ini, pengumpulan data dimulakan dengan enam domain
(cadangan EU-AsiaLink Project) iaitu pengetahuan, kemahiran, etika dan profesionalisme, proses
sosial, keusahawanan dan akauntabiliti sosial. Enam domain ini adalah domain umum dalam
melihat kriteria keterampilan pensyarah TVET. Walaubagaimanapun, skop kajian tidak tertakluk
kepada enam domain tersebut sahaja. Responden diberi peluang untuk mencadangkan domain
lain jika dirasakan sebagai keperluan.
Kajian ini dijalankan dengan melibatkan responden daripada pensyarah dan pengajar
dalam aliran teknikal dan vokasional di beberapa institusi pengajian tinggi terpilih sahaja.
Penyelidik juga membuat andaian bahawa responden telah memberi respon dengan baik
mengenai keperluan domain yang dicadangkan.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Di Malaysia, sejarah latihan perguruan TVET disediakan oleh beberapa pihak
terutamanya dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia (KPTM). Selain daripada itu, Kementerian Sumber Manusia juga menawarkan kursus
perguruan bagi menyediakan tenaga pengajar bagi latihan teknikal. Antara institusi yang
menawarkan latihan dan program kejurulatihan ialah Institut Perguruan Teknik, Institut Aminuddin
Baki, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran
Lanjutan (CIAST). Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM meneraju sistem perguruan guru
dengan misi dan visi untuk membangunkan profession perguruan. BPG telah menyediakan
beberapa kursus atau latihan pra perguruan bagi menampung keperluan tenaga pengajar
sekolah-sekolah di Malaysia. Antara kursus praperguruan yang ditawarkan adalah:
i. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)
ii. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)
iii. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
Diploma Perguruan Malaysia diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai
tahun 1996 menggantikan kursus Sijil Perguruan Asas (KPA) bagi menyediakan latihan kepada
guru-guru praperkhidmatan untuk sekolah rendah. Kursus ini dijalankan di institusi perguruan
seluruh Malaysia untuk tempoh tiga tahun iaitu 6 semester dan bertaraf diploma. Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah ialah kursus yang ditawarkan oleh pihak BPG, KPM untuk member
peluang kepada graduan-graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang
untuk menceburi profesion perguruan bagi menampung kekurangan para guru di sekolah-
sekolah seluruh Malaysia. Program Khas Pensiswazahan Guru adalah khas bagi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat disekolah rendah, sekolah
menengah, politeknik, kolej komuniti, institute perguruan atau pegawai pendidikan yang sedang
berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian-bahagian di
KPM atau di agensi lain yang memohon mengikuti PKPG.
6. Latihan Pendidikan untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti pada peringkat awal
telah dilaksanakan di Maktab Perguruan dengan usahasama Bahagian Pendidikan Guru. Ketika
itu sehingga Disember 2007, politeknik dan kolej komuniti menggunakan Skim Perkhidmatan
Pendidikan sebagaimana yang digunapakai bagi guru-guru di sekolah. Skim tersebut
bersandarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1996 dan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Bil. 1 tahun 1987 . Pekeliling ini menjelaskan bahawa guru
yang diambil bertugas dan dilantik ke Skim Perkhidmatan Pendidikan perlu mempunyai
kelayakan ikhtisas perguruan bagi maksud lantikan tetap dalam perkhidmatan. Pada tahun 2007
dan 2008, pensyarah baharu politeknik dan kolej komuniti telah mengikuti kursus Program
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di tiga buah universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris
Shah (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Berdasarkan kepada perubahan Skim Perkhidmatan, Program Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (DPLI) tidak lagi diambil sebagai prasyarat lantikan tetap dan program ini sekali lagi
mengalami perubahan sehingga membawa kepada keputusan penamatan pelaksanaannya.
Progam ini seterusnya digantikan dengan Kursus Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan
Andragogi (KIPA) Program latihan pengajaran dan pembelajaran ini dirangka untuk
meningkatkan kompetensi pensyarah kerana ianya melibatkan aktiviti yang menyumbangkan
kepada pertambahan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan
profesionalisme pegawai dalam bidang pendidikan.
KPTM mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pengajian tinggi menjelang tahun 2020. Misi yang didukung oleh KPTM adalah untuk
membangunkan dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah
penghasilan pusat ilmu yang unggul dan insan kompeten, berinovasi serta berakhlah mulia untuk
memenuhi keperluan negara dan antarabangsa. Dalam mencapai dan memenuhi visi dan misi
KPTM, antara objektif yang dirangka bagi memantapkan institusi pengajian tinggi awam di
Malaysia adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi
awam mempunyai kelayakan Ph.D atau setaraf dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan
kolej komuniti mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana, Ph.D atau setaraf dengannya. Selain
daripada itu, KPTM juga mensasarkan untuk menghasilkan gradúan-graduan yang kompeten
untuk memenuhi keperluan guna tenaga kerja negara dan antarabangsa dengan sasaran 75%
graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat
pengajian. Kesemua objektif yang dirangka KPTM adalah berteraskan lima teras utama iaitu:
i. Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik
ii. Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara
iii. Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian
tinggi
iv. Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding peringkat
antarabangsa
v. Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.
Daripada teras ketiga dan keempat yang saling berkait rapat antara satu sama lain bagi
memenuhi keperluan penyediaan tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi,
satu program kejurulatihan yang mantap dan berkualiti tinggi perlu disediakan untuk memastikan
semua pendidik mempunyai sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi
dalam menjalankan tugas. Dengan penekanan kepada penyediaan pensyarah politeknik dan
universiti, secara tidak langsung penyediaan pensyarah teknikal dan vokasional dilihat
mempunyai keperluan yang tinggi dalam memenuhi objektif KPTM.
Daripada Campos B.P. (2002), dalam memenuhi pencapaian pengajaran, antara kriteria
yang terlibat adalah merujuk kepada:
i. Objektif dan hasil pembelajaran program;
7. ii. Proses yang dijalankan bagi mencapai objektif program;
iii. Aktor yang bertanggungjawab bagi proses yang terlibat;
iv. Sumber yang diperlukan.
Ini bermakna, aktor dan pekerja yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar yang akan
menyampaikan isi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran program tersebut.
Dalam memenuhi objektif yang digariskan oleh KPTM dalam menghasilkan tenaga pengajar yang
berkualiti, ciri-ciri keterampilan tenaga pengajar harus diambil kira. Dalam “Kod amalan Jaminan
Kualiti Bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia” edisi kedua 2005, telah menggariskan
jaminan kualiti ialah keseluruhan sistem, sumber dan maklumat yang diperuntukkan bagi
mengekalkan dan memperbaiki kualiti dan standard pengajaran, kesarjanaan dan penyelidikan,
serta pengalaman pembelajaran pelajar. Garis panduan kriteria dan piawai IPTA di Malaysia
yang ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh wakil komuniti akademik, profesional dan
kerajaan pada Mac 2002 mengkategorikan sembilan bahagian bagi taksiran, iaitu:
i. Visi, misi, matlamat dan hasil pembelajaran;
ii. Rekabentuk program pendidikan dan kaedah pengajaran an
pembelajaran;
iii. Penilaian pelajar;
iv. Pemilihan pelajar dan sistem sokongan;
v. Staf akademik;
vi. Sumber pendidikan;
vii. Penilaian program;
viii. Kepimpinan dan governans;
ix. Penambahbaikan kualiti berterusan.
Begitu juga dengan sorotan kajian dan laporan terdahulu, kualiti staf akademik dilihat
sebagai komponen atau bahagian yang paling kritikal dalam sistem pendidikan dan pengajian
tinggi samada di luar negara atau di Malaysia. Oleh yang demikian, domain keterampilan bagi
guru/pensyarah TVET perlu ditentukan. Professional Development Framework 2005/2006 for
Vocational Education and Training in Western Australia (2005) manggariskan kriteria
keterampilan yang perlu ada bagi pengamal TVET ialah pengetahuan, kepakaran teknikal,
kepimpinan, kemahiran pengurusan, keusahawanan dan keterampilan dalam penyampaian.
Daripada kerangka sistem dual, jurulatih TVET diperlukan memiliki tiga komponan keterampilan
iaitu komponen keterampilan teknikal, keterampilan dalam sosial dan keterampilan dalam
pedagogi. Daripada kajian Izlin Zuriani (2002), domain yang mempengaruhi kualiti pensyarah
politeknik adalah sikap, penguasaan ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
profesionalisme. Manakala menurut Yasmin (2000) dalam Izlin Zuriani (2002) lima indikator atau
domain yang menilai guru yang efektif adalah kepimpinan, pengurusan bilik darjah, penglibatan
an sokongan serta bahan pengajaran. Interstate New Teacher Assesment and Support
Consortium (INSTAC) menyenaraikan sepuluh standard keterampilan iaitu pengetahuan
pembelajaran, pengetahuan perkembangan manusia, menilai keperluan individu, strategi
pengajaran yang pelbagai, kemahiran pengurusan, kemahiran komunikasi, kemahiran
merancang pengajaran, penilaian pelajar, komitmen dan tanggungjawab profesional dan
perkongsian atau partnerships. Selain daripada itu juga, Zakaria Kasa (2005) turut
mengetengahkan keperluan latihan keusahawanan dalam perspektif pendidikan teknik dan
vokasional di Malaysia. Laporan minit mesyuarat stakeholder pendidikan TVET di Malaysia
(Ogos, 2006) menyatakan keperluan kepada budaya keusahawanan dilihat sebagai penting
sebagai salah satu medium bagi menggerakkan produktiviti tenaga kerja yang dihasilkan oleh
sistem TVET. Ini mencontohi budaya perniagaan negara timur khasnya negara Jepun yang
sangat bijak mengkomersialkan produk inovasi mereka. Antara lain, keterampilan yang perlu ada
bagi pekerja yang diperlukan oleh majikan di Malaysia menurut Ab. Rahim et. al (2005) adalah
komunikasi efektif, kemahiran interpersonal, kualiti kepimpinan yang baik, literasi komputer,
kebolehan membentuk dan bekarja di dalam kumpulan, bermotivasi tinggi, kemahiran analitikal
yang baik, mampu bekerja secara sendiri, berpengetahuan, mampu menyesuaikan keadaan,
8. jujur, integriti, kauntabiliti, berdisiplin, mahir berpengucapan awam, proaktif, bertanggungjawab,
berinisiatif dan agresif.
Daripada kriteria-kriteria yang disorot, boleh disimpulkan antara domain yang
mengkelaskan kriteria tersebut adalah pengetahuan, kemahiran, etika dan profesionalisme,
proses sosial, keuasahawanan dan akauntabiliti sosial. Domian-domain ini dilihat sebagai saling
bergantung di antara satu sama lain dari segi kriteria bagi setiapnya.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk kajian kuantitatif ini dilakukan dengan rekabentuk tinjauan dan analisis
dokumen. Menurut Mohd Majid (2004), kajian tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat
mengenai pemboleh-pembolehubah serta mengukur pemboleh-pembolehubah yang berkait
dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Bagi analisis
dokumen pula, kajian literatur atau sumber-sumber literatur dijadikan sumber maklumat kajian
untuk dilakukan sintesis kajian. Menurut Chua (2006), antara sumber rujukan bagi kajian literatur
termasuklah dokumen sah, minit mesyuarat, surat dan dokumen penulisan lain yang tidak diberi
indeks dalam perpustakaan. Fasa pertama dalam kajian ini adalah dengan melakukan analisis
dokumen bagi penghasilan penanda aras pembolehubah yang menjadi domain cadangan dalam
kajian ini. Lanjutan daripada itu, instrumen dibina dengan penghasilan borang soal selidik. Kajian
ini mengenalpasti kriteria seorang jurulatih berketerampilan dengan cara memberi borang soal-
selidik kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam Malaysia yang terpilih.
3.1 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian adalah terdiri daripada pemberi pengajian tinggi teknikal di Malaysia.
Daripada populasi ini, Populasi kajian ini terdiri daripada dua kelompok utama institusi pengajian
tinggi di Malaysia iaitu universiti tempatan dan politeknik KPTM. Universiti yang terpilih adalah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Secara signifikan, pemilihan
dibuat kerana universiti ini merupakan pelopor utama sistem TVET di IPTA Malaysia. Selain
daripada itu, politeknik KPTM juga turut dijadikan sampel kajian dengan penglibatan daripada
Politeknik Johor Bharu (PJB), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah (PoliMAS). Politeknik merupakan antara pusat pengajian awam utama yang
menawarkan sistem latihan teknik dan vokasional di Malaysia. Ketiga-tiga politeknik tersebut
dipilih bagi mewakili populasi kerana sifat pensyarah politeknik KPTM yang homegen. Seramai
246 orang responden terpilih daripada populasi pensyarah TVET di Malaysia dengan
menggunakan prosedur persampelan rawak. 2 prosedur persampelan yang berbeza dilakukan
kerana melibatkan dua sub populasi yang berbeza. Bagi subpopulasi universiti, persampelan
rawak mudah digunakan manakala persampelan berkelompok dilakukan bagi subpopulasi
politeknik.
3.2 Instrumen Kajian
Data yang diperolehi terdiri daripada dua iaitu data primer dan data sekunder. Data
primer merupakan data mentah yang dikumpul penyelidik sendiri (Lau dan Zainuddin, 2001).
Semua data ini dikumpul melalui kaedah soal selidik. Data sekunder pula adalah data yang
diperolehi daripada fakta yang telah sedia ada dalam buku rujukan, jurnal dan juga bahan-bahan
bercetak yang lain. Penyelidik menggunakan sumber rujukan yang sahih dan tidak diragui
kebenarannya.
9. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pengedaran soal selidik.
Borang soalselidik yang dibina dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu:
i. Bahagian I: Profil Responden
ii. Bahagian II: Domain Keterampilan
iii. Bahagian III:Kriteria bagi Domain Keterampilan.
3.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen
Untuk memastikan instrumen pengukuran yang dibentuk dapat mengukur perkara yang
hendak dikaji, borang soal selidik telah melalui proses kesahan kandungan dan kesahan
konstruk. Seterusnya kajian rintis telah dilakukan untuk melihat kebolehpercayaan item yang
dibina. Kajian rintis dilakukan terhadap 10 orang pensyarah TVET yang mewakili populasi. Kajian
rintis menggunakan pengujian Alpha Cronbach yang mempunyai julat nilai 0.0 hingga 0.1
(Zaidatun dan Mohd Salleh, 2003). Nilai alpha (α) yang lebih besar dari 0.6 dan menghampiri 1.0,
menunjukkan tahap kebolehpercayaan instrumen yang tinggi. Hasil dari kajian rintis yang
dijalankan, nilai Alpha Cronbach (α) yang diperolehi bagi keseluruhan item soal selidik adalah
0.96.
4.0 DAPATAN DAN ANALISA DAPATAN KAJIAN
4.1 Profil Responden
Seramai 199 orang responden telah dipilih dari subpopulasi pensyarah di politeknik
KPTM dan dikaji. Secara keseluruhan, pensyarah politeknik yang dikaji adalah terdiri daripada
pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal. Selain daripada itu, seramai 47 orang pensyarah pengajian pendidikan teknikal telah
dipilih dan dikaji daripada universiti awam yang menawarkan kursus berorientasikan pendidikan
teknikal.
Jadual 4.1 : Agihan Responden Mengikut Subpopulasi
Subpopulasi Bilangan Peratus (%)
Politeknik KPTM 199 78
Universiti Awam 47 22
Jumlah 246 100
Daripada 246 orang responden yang memberi maklum balas terhadap soal selidik yang
diedarkan, peratus keseimbangan antara lelaki dan perempuan adalah lebih besar peratusan
responden perempuan iaitu sebanyak 55.7% dan hanya 44.3% responden lelaki. Tahap
pendidikan tertinggi responden dilihat daripada tiga tahap utama iaitu Diploma, Ijazah Sarjana
Muda dan Ijazah Sarjana. Daripada analisa, peratus tertinggi adalah responden yang mempunyai
tahap pendidikan Ijazah Sarjana dengan peratusan sebanyak 41.1%. Daripada jumlah responden
yang terlibat, peratus tertinggi yang dicatatkan oleh kumpulan yang berkhidmat atau terlibat
secara langsung dalam sistem TVET selama 1 hingga 5 tahun iaitu sebanyak 51.3%. Kumpulan
kedua tertinggi pula adalah kumpulan 6 hingga 10 tahun iaitu sebanyak 28% dan kumpulan
ketiga iaitu yang terlibat dalam sistem TVET lebih daripada 10 tahun adalah 20.8%.
10. 4.2 Domain Keterampilan Guru/Pensyarah TVET di Malaysia.
Jadual 4.2 menunjukkan skor min dan tahap keperluan domain yang ditafsirkan mengikut
kepentingan. Daripada analisis deskriptif, skor min yang diperolehi bagi domain pengetahuan
adalah 4.45, manakala skor min bagi domain kemahiran adalah 4.46. untuk melihat tahap
keperluan sesuatu domain, perbandingan skor min di antara domain tersebut dibandingkan.
Daripada dapatan, pensyarah di institusi pengajian tinggi awam Malaysia telah menyatakan
bahawa domain kemahiran adalah sangat diperlukan bagi seorang guru/pensyarah TVET yang
berketerampilan. Ini diikuti oleh domain pengetahuan, domain etika dan profesionalisme, domain
akauntabiliti sosial, domain proses sosial dan akhir sekali adalah domain keusahawanan.
Lanjutan daripada itu, keenam-enam domain awalan yang dicadangkan adalah dipersetujui untuk
digunakan sebagai domain dalam merangka sebuah program kejurulatihan guru/pensyarah
TVET di Malaysia.
Jadual 4.2 : Skor Min dan Tahap Keperluan Domain mengikut Kepentingan
Domain Skor Min Aras Tafsiran Min Kedudukan
Persetujuan
Pengetahuan 4.45 Setuju Perlu 2
Kemahiran 4.46 Setuju Perlu 1
Proses Sosial 4.28 Setuju Perlu 5
Etika & 4.41 Setuju Perlu 3
Profesionalisme
Keusahawanan 3.63 Sederhana Sederhana 6
Setuju Perlu
4.3 Kriteria Keterampilan Guru/Pensyarah TVET
Kriteria yang diperlukan bagi seorang guru/pensyarah yang berketerampilan dikenalpasti
berdasarkan domain yang dipersetujui.
4.3.1 Kriteria bagi Domain Kemahiran
Daripada soal selidik rumusan kriteria bagi domain kemahiran yang dibentuk adalah
kemahiran industri, kemahiran instruksi dan kemahiran facilitating. Daripada skor min yang
diperoleh, kemahiran facilitating merupakan kemahiran yang sangat diperlukan (skor min tertinggi
= 4.38) dan diikuti dengan kemahiran instruksi dan kemahiran industri.
Jadual 4.3 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Kemahiran.
Kriteria Domain Skor Min Tafsiran Min Kedudukan
Kemahiran
Kemahiran Industri 4.26 Perlu 3
Kemahiran Instruksi 4.34 Perlu 2
Kamahiran 4.38 Perlu 1
“Facilitating”
Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.
Daripada kajian, kemahiran facilitating yang dirasakan perlu ada pada pensyarah TVET
adalah kemahiran dalam melaksanakan strategi pengajaran dan menekankan aspek pemikiran
kritis. Kemahiran intruksi yang dapat memindahkan kemahiran hands-on pensyarah kepada
11. pelajar merupakan aspek kedua yang terpenting. Kerana kekangan peluang untuk sangkutan di
industri, kemahiran industri merupakan kemahiran yang paling akhir dianggap perlu untuk domain
kemahiran.
4.3.2 Kriteria bagi Domain Pengetahuan
Bagi domain pengetahuan, kriteria yang diperlukan adalah dari aspek kandungan
pengetahuan, kedalaman pengetahuan, pemindahan pengetahuan dan peningkatan
pengetahuan pensyarah tersebut. Daripada Jadual 4.4, didapati bahawa aspek atau kriteria yang
paling diperlukan adalah dari segi kandungan pengetahuan seorang pensyarah tersebut. Ia
merangkumi kandungan pengetahuan dari pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang
pensyarah tersebut.
Jadual 4.4 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Pengetahuan.
Kriteria Domain Skor Min Tafsiran Min Kedudukan
Pengetahuan
Kandungan 4.5325 Perlu 1
Pengetahuan
Kedalaman 4.4268 Perlu 3
Pengetahuan
Pemindahan 4.2378 Perlu 4
Pengetahuan
Peningkatan 4.4533 Perlu 2
Pengetahuan
Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.
Kriteria kandungan pengetahuan dalam aspek teknikal dilihat sebagai aspek yang paling
dominan, signifikan dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran teknikal yang dimilikinya,
guru/pensyarah TVET dapat membentuk identiti TVET yang dibawanya. Responden kajian
berpendapat bahawa minat mempelajari teknologi baru adalah diperlukan bagi meningkatkan
pengetahuan yang dimiliki mereka. Rasionalnya adalah kerana teknologi dalam bidang teknik
dan vokasional mengalami perkembangan dalam jangka waktu antara 3 tahun hingga 5 tahun.
Selain daripada itu, kedalaman tentang pengetahuan sedia ada ditempatkan sebagai ketiga
penting kerana kedalaman pengetahuan yang efektif dapat membimbing pelajar mentafsir idea
secara teknikal dalam pengembangan isi pengajaran. Sesama rakan sekerja dan kumpulan
pakar, guru/pensyarah TVET dilihat perlu kepada proses pemindahan pengetahuan sebagai satu
budaya transformasi.
4.3.3 Kriteria bagi Domain Etika dan Profesionalisme
Kriteria yang terhasil bagi domain ini adalah meliputi aspek pengurusan pelajar, amalan
baik dan pembangunan profesionalisme (rujuk Jadual 4.5). Keperluan yang paling dominan
adalah daripada kriteria pembangunan profesionalisme guru/pensyarah TVET. Ini adalah dengan
melihat skor min persetujuan pada julat perlu iaitu 4.51. Ini disusuli dengan amalan baik dan
pengurusan pelajar yang sistematik yang dipraktikkan oleh guru/pensyarah TVET.
Jadual 4.5 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Etika dan Profesionalisme.
Kriteria Domain Etika Skor Min Tafsiran Min Kedudukan
dan Profesionalisme
Pengurusan Pelajar 4.3028 Perlu 3
12. Amalan Baik 4.3659 Perlu 2
Pembangunan 4.5081 Perlu 1
Profesionalisme
Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.
4.3.4 Kriteria bagi Domain Akauntabiliti Sosial
Domain akantabiliti sosial adalah domain pendidikan yang melibatkan antaranya aspek
penjaminan tahap kualiti keluaran program pendidikan tersebut (Baharom Mohammad, 2007).
Jadual 4.6 menunjukkan skor min dan kedudukan kriteria yang terhasil bagi domain akauntabiliti
sosial. Kriteria adil menunjukkan kriteria yang paling diperlukan bagi domain ini dengan skor min
tertinggi iaitu 4.36. perbezaan skor min menunjukkan perbezaan yang kecil dan seterusnya
menunjukkan kriteria bertanggungjawab sebagai kedua perlu dan diikuti dengan kriteria amanah.
Jadual 4.6 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Akauntabiliti Sosial.
Kriteria Domain Skor Min Tafsiran Min Kedudukan
Akauntabiliti Sosial
Amanah 4.3557 Perlu 3
Adil 4.3659 Perlu 1
Bertanggungjawab 4.3598 Perlu 2
Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.
Secara kesimpulan, dalam program kejurulatihan guru/pensyarah TVET, aspek
akauntabiliti sosial akan merujuk kepada tanggungjawab guru untuk bertugas sebagai seorang
yang amanah, adil dan bertanggungjawab. Oleh itu, program haruslah dirangka selaras dengan
keperluan ini, supaya guru/pensyarah TVET yang dikeluarkan akan mengamalkan keperluan ini
dalam menjamin akauntabiliti sosial yang diperlukan.
4.3.5 Kriteria bagi Domain Proses Sosial
Kriteria yang dibentuk bagi domain ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.7.
Bagi domain proses sosial, terdapat empat kriteria yang mewakili item di dalam soal-selidik.
Kriteria tersebut adalah komunikasi berkesan, kemahiran interpersonal, kerja berkumpulan dan
perubahan budaya. Daripada skor min yang diperoleh, kemahiran interpersonal merupakan
kriteria yang sangat diperlukan (skor min tertinggi = 4.55) dan diikuti dengan kerja kumpulan,
boleh menerima dan mengadaptasi perubahan budaya dan mempraktikkan komunikasi
berkesan.
Jadual 4.7 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Proses Sosial.
Kriteria Domain Skor Min Tafsiran Min Kedudukan
Proses Sosial
Komunikasi Berkesan 4.2988 Perlu 4
Kemahiran 4.5488 Perlu 1
Interpersonal
Kerja Kumpulan 4.4167 Perlu 2
(Teamworking &
Networking)
Perubahan Budaya 4.3354 Perlu 3
Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.
13. 4.3.6 Kriteria bagi Domain Keusahawanan
Walaupun daripada keperluan domain, domain keusahawanan ditafsirkan sederhana
perlu, namun begitu, domain ini harus dilihat sebagai satu alternatif penting sebagai jalan
penyelesaian lain dalam membantu masalah pengangguran negara (Jens Mueller et. al, 2005).
Bagi domain keusahawanan, kriteria yang dibentuk adalah kemahiran keusahawanan, kemahiran
kesediaan dan fungsi perniagaan. Daripada Jadual 4.8, kriteria yang paling diperlukan adalah
kemahiran kesediaan dengan skor min sebanyak 4.03. Ini diikuti dengan kemahiran
keusahawanan (skor min = 3.9146) dan seterusnya fungsi perniagaan (skor min = 3.8191).
Jadual 4.8 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Keusahawanan.
Kriteria Domain Skor Min Tafsiran Min Kedudukan
Keusahawanan
Kemahiran 3.9146 Perlu 2
Keusahawanan
Kemahiran Kesediaan 4.0305 Perlu 1
(Ready Skill)
Fungsi Perniagaan 3.8191 Perlu 3
Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.
Oleh kerana elemen keusahawanan masih baru untuk diterapkan dalam sistem TVET di
Malaysia, responden bagi kajian ini merasakan bahawa keperluan utama dalam domain ini
adalah kemahiran kesediaan. Kriteria ini mewakili keupayaan pensyarah TVET untuk menjana
rasa kesediaan pelajar untuk memulakan perniagaan dan kebolehan menyediakan aktiviti yang
membolehkan pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk. Kriteria
kemahiran keusahawanan pula adalah melibatkan proses keusahawanan yang lengkap yang
harus dipupuk secara berperingkat. Seterusnya, kriteria terakhir yang diperlukan dalam domain
ini adalah pengetahuan tentang fungsi perniagaan. Kriteria ini mewakili pengetahuan asas dalam
pengurusan perniagaan dan pemasaran serta pengetahuan tentang kewangan dan perancangan
strategik dalam perniagaan.
4.3.7 Rumusan Domain Keterampilan Guru/Pensyarah TVET
Secara perincian, domain dan kriteria keterampilan yang dicadangkan dan dianalisa oleh
penyelidik telah dirumuskan dalam Jadual 4.9. Domain dan kriteria telah dirumuskan mengikut
tahap keperluan yang telah dipersetujui oleh responden.
Jadual 4.9 : Rumusan Domain Keterampilan Guru/Pensyarah TVET
Domain Kemahiran Pengetahuan Etika & Akauntabiliti Proses Sosial Keusahawanan
Profesionalisme
Kemahiran Kandungan Pembangunan Adil Kemahiran Kemahiran
"Facilitating" Pengetahuan Profesionalisme Interpersonal Kesediaan
(Ready Skill)
Kemahiran Kedalaman Amalan Baik Bertanggung- Kerja Kumpulan Kemahiran
Instruksi Pengetahuan jawab Keusahawanan
Kriteria
Kemahiran Peningkatan Pengurusan Amanah Perubahan Fungsi
Industri Pengetahuan Pelajar Budaya Perniagaan
Pemindahan Komunikasi
Pengetahuan Berkesan
14. 5.0 KESIMPULAN
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap keperluan setiap domain yang
dicadangkan dalam kajian dalam usaha merekabentuk sebuah kerangka piawaian nasional bagi
program kejurulatihan guru/pensyarah TVET di Malaysia. Daripada domain yang dicadangkan
iaitu pengetahuan, kemahiran, etika dan profesionalisme, proses sosial, keusahawanan dan
akauntabiliti sosial, tahap keperluan bagi kesemua domain adalah tinggi. Begitu juga dengan
kriteria yang mewakili setiap domain, tahap keperluan yang dikenalpasti juga adalah tinggi. Ini
bermakna setiap domain dan kriteria yang dicadangkan adalah diperlukan dalam membentuk
keterampilan seorang guru/pensyarah TVET. Lanjutan daripada itu, kriteria dan domain ini
seterusnya disepadukan bagi membentuk sebuah kerangka piawaian nasional program
kejurulatihan guru/pensyarah TVET.
Secara keseluruhan, antara domain yang sangat diperlukan adalah daripada aspek
kemahiran. Oleh itu, program latihan dan pendidikan berterusan yang berkaitan haruslah
memberi penekanan kepada aspek kemahiran dan diseimbangkan dengan aspek pengetahuan
yang harus dimiliki oleh guru/pensyarah TVET tersebut. Selain daripada itu, keperluan kepada
pembentukan nilai etika dan profesionalisme terhadap bakal guru/pensyarah TVET yang
dihasilkan harus diterapkan dalam program kejurulatihan latihan berkaitan. Begitu juga tidak
ketinggalan keperluan kepada aspek akauntabiliti sosial dan proses sosial yang harus dimiliki
oleh guru/pensyarah TVET. Walaupun aspek keusahawanan masih baru untuk disepadukan
dalam program kejurulatihan TVET, namun keperluan bagi aspek ini telah dikenalpasti. Oleh itu,
program latihan harus juga mengambilkira aspek ini dalam membentuk keterampilan
guru/pensyarah berkenaan.
Rumusan domain dan kriteria yang telah dihasilkan merupakan kerangka yang telah
mengambilkira tahap persetujuan responden mengenai domain dan kriteria keterampilan yang
diperlukan. Oleh itu, kerangka domain ini sesuai dan boleh diguna pakai oleh semua institusi
pengajian tinggi TVET di Malaysia. Ianya adalah lebih fleksibel dan mudah untuk disesuaikan
dengan keperluan institusi kerana ianya mengambilkira faktor yang dicadangkan. Akhir sekali,
penambahbaikan secara berkesinambungan terhadap kerangka domain dan kriteria ini dapat
dijalankan agar penggunaannya adalah merangkumi setiap aspek yang dominan bagi keperluan
semasa. Seterusnya, diharap kajian ini dapat meningkatkan piawaian keterampilan
guru/pensyarah TVET di Malaysia yang mana mampu membantu memangkin transformasi
sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia.
6.0 CADANGAN
Hasil sintesis kajian ini amat penting sebagai input dalam penambahbaik sistem
pengurusan latihan dan pendidikan Jabatan Pengurusan Politeknik yang mewakili sistem
pendidikan dan latihan teknik dan vokasional. Daripada hasil kajian , Jabatan Pengurusan
Politeknik dan Unit Latihan Politeknik Port Dickson khasnya, dapat merangka latihan dan
program pendidikan berkaitan yang akan memenuhi keperluan keterampilan pensyarah di
politeknik. Antara cadangan yang dikenalpasti adalah:
i. Pihak Jabatan Pengurusan Politeknik boleh menggunakan domain
keterampilan ini sebagai panduan bagi merangka strategi penerapan
kriteria tersebut dalam menyediakan manual latihan bagi guru/pensyarah
TVET.
ii. Pihak Jabatan Pengurusan Politeknik diharap dapat melihat keperluan
peluang kerjasama bersama industri bagi memenuhi keperluan
15. pensyarah TVET dalam industri sebagai proses peningkatan
profesionalisme.
iii. Pihak Jabatan Pengurusan Politeknik diharap dapat melihat keperluan
latihan dalam bidang keusahawanan terutama bagi pensyarah teknikal
supaya pendedahan dalam bidang keusahawanan dapat memberi input
kepada pensyarah TVET seterusnya dapat memperluas prospek kerjaya
pelajar lepasan politeknik.
iv. Pihak Jabatan Pengurusan Politeknik dan politeknik di Malaysia diharap
dapat merangka strategi perkongsian dan pemindahan ilmu bagi
memenuhi domain kemahiran dan pengetahuan terutama dalam aspek
teknikal bagi melahirkan pensyarah yang kompeten.
v. Pihak pengurusan dan pentadbiran politeknik boleh menggunakan
domain ini sebagai input penambahbaikan proses pemantauan
pensyarah di jabatan.
vi. Pihak pensyarah TVET sendiri boleh menggunakan kerangka domain ini
sebagai penandaaras bagi membantu guru/pensyarah TVET di Malaysia
membuat penilaian kendiri.
7.0 RUJUKAN
_.(1992).Model Standards For Beginning Teacher Licensing, Assesment And Development: A
Resource For State Dialogue. Developed by Interstate New Teacher Assesment and
Support Consortium, Washington.
_.(2004).International Framework Curriculum For A Master Degree for TVET Teachers and
Lecturers. UNESCO International Meeting On Innovation And Excellent In TVET Teacher
Education.
_.(2005).Professional Development Framework 2005/2006 for Vocational Education and Training
in Western Australia. Department of Education and Training, Western Australia.
Abdullah Ahmad Badawi (2005). Ucapan Bajet Tahun 2006.
Ab Rahim, Shamsiah M., & H. Ivan (2005). “What do they look for when hiring nwe staff? The
perspective of Malaysian employers?”. The Twelfth International Conference on Learning
Faculty of Education at University of Granada.
Ana Maria Rosende (2004). “Views from the field”, UNESCO International Meeting On Innovation
And Excellent In TVET Teacher Education. Hangzhou, China.
Asian Development Bank (2004). “Improving Technical Education and Vocational Training
Strtegies for Asia.” Asian Development Bank.
Baharom Mohamad (2007). “Kepimpinan dan Pengurusan dalam PTV, MBE 2263.” Modul
Pengajarn, Fakulti Pendidikan Teknikal:Pejabat Penerbit UTHM.
Catherine Ashmore (2006). “National Standards for Entrepreneurship Education Enhance
Student Performance.” Webcast transcript:March 31, 2006. Transcription by Professional
Reporters, Insc., 800-229-0675.
Chae Ryang II (2004). “Views from the field”. UNESCO International Meeting On Innovation And
Excellent In TVET Teacher Education. Hangzhou, China.
Che Kum Clement (2006). “Design and Development of Technical and Vocational
Teacher/Trainer education Qualification Framework and Professional Standards in the
OIC member Countries.” Paper at Islamic University of Technology (IUT), Bangladesh.
Clive Chappell (1999). “Issue of teacher identity in restructing VET system.” UTS Research
Centre for Vocational Education and Training Working paper 99-42.
Clive Chappell (2000). “The new VET professional:Culture roles & Competance” UTS Research
Centre for Vocational Education and Training Working paper 00-41.
Giselo Dybowski (2005). “Methodology for developing and implementing vocational education
and training standards national case study:Germany.” Federal Institute for Vocational
Training (BIBB):Germany.
Gonczi A., Curtain R., Hager P., Hallard A. And Harrison J. (1995). “Key Competencies in On the
Job Training” Report Sydney:Scholl of Adult Education, University Technology, Sydney
16. and NSW Department of Industrial Relations, Employment, Training and Further
Education.
Gregory C. McLaughlin (1997). “Total Quality in Research and Development”. Series Editor Frank
Voehl, Synergy Book International:Kuala Lumpur.
Hager, Paul McIntyre, John, Moy, Janelle, Comyn, Paul, Stone, Jacqui, Schwenke, Cristina,
Gonczi, Andrew (1996). “Workplace Keys.Piloting the Key Competencies in Workplace
Training: Technology University Sidney, Broadway (Australia).” Research Centra for
Vocational Education and Training.
Institute Sustainable Power (2003). “Accreditation and Certification Applicant Information”.
Booklet 2003: Institute Sustainable Power.
Izlin Zuriani (2002).”Kualiti Pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO.” Tesis
Sarjana KUiTTHO.
Jailani Md Yunos (2004).”Views from the Field”. UNESCO International Meeting On Innovation
And Excellent In TVET Teacher Education. Hangzhou, China.
Jens Mueller, Bentham Ohia, John Thornton, Joe Dewberry, Tan Wee Liang & Hu Hanjun (2005).
“Creating Empowered, Entrepreneurial Opportunities in Indigenous Communities: A
Comparative evaluation of Action-learning in Singapore, China, Korea, New Zealand and
Australia.” International Indigigenous Journal of Entrepreneurship, Advancement,
Strategy and Education Vol I, Issue 1, Special Edition “WiPCE World Indigenous People
Congress on Education, Hamilton, New Zealand.
Kaplan, LS and Owings, W. A. (2001a). “Teacher Qualityand Student Achievement:
Recommendation for Principles.” NASSP Bulletin n Vol. 85 No. 625.
Kaplan, LS and Owings, W. A. (2001b). “How Principals Can Help Teachers with High-Stakes
Testing: One Surveys Findings with National Implications.” NASSP Bulletin n Vol. 85 No.
625 pg 15-23.
Kod Amalan Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)(2005). Edisi Kedua.
Bahagian Jaminan kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Laporan Minit EU-Asia Project 2nd International Meeting (2006). 29-31 August 2006, Malang,
Indonesia.
Laporan Minit Mesyuarat EU-Asialink bersama stakeholder Pendidikan TVET di Malaysia (2006).
22 August 2006, Johor Bharu, Johor, Malaysia.
Laporan Minit UNESCO International Meeting on Innovation and Excellence in TVET
Teacher/Trainer Education. (2004). 8-10 November 2004, Hangzhou, China.
Leslie Rae (1994).”How to design and introduce trainer development programmes.” Kogan Page
Limited, London.
Lynch, Lisa M. (1993). “Strategies for Workplace Training, Lessons from Abroad”. Economy
Policy Inst., Washington DC.
Maimunah Aminuddin (2001). “Effective Training in Malaysian Organisations”. Mc Graw Hill.
Masriam Bukit (2004). “Views from the field”. UNESCO International Meeting On Innovation And
Excellent In TVET Teacher Education. Hangzhou, China.
Masriam Bukit (2006). “Professionalisation of the TVET Trainers Towards Continuous Human
Resources Development (An Issue for International Cooperation)”. International
Conference on Technical and Vocational Education and Training 2006, Quality in
TVET:Issues and Challenges Towards Human Capital Development 20~21 August 2006,
Johor Bharu, Johor, Malaysia.
Mike Chu-Hsun Kuo (1994). “The Entreprise Training System and Training Content Analysis of
Large Companies in Taiwan”. 62-63.
Mohamed Suleiman (2004).”Perutusan Tahun Baru Pengerusi/Ketua Eksekutif Akreditasi
Benchmark Kursus Berkualiti”. Buletin LAN Vol. 3 No 1/2004.
Ohio Workplace Education Resource Guide (2001). Manual:Northwest ABLE Resource Centre,
Toledo, Ohio.
Peter Gerds (2004). “Standards for Occupation-directed Education, Training and Development
Practitioners (ETDPs) Input Paper for Group Session A”. UNESCO International Meeting
On Innovation And Excellent In TVET Teacher Education.
Rushami Zien Yusoff, Kamarulzaman Md Ali, Mohd Suan Madon, Azran Mohamad (1999).
“Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 Dalam Pendidikan. Konsep & Aplikasi di
Sekolah”. Kedah. Penerbit Utara Malaysia.
17. Wan Seman Wan Ahmad (2005). “The New Sectors of Economic Growth: The Contributing Role
of Technical and Vocational Education”. National Technical & Vocational Education
Conference, Crown Princess Hotel, K.L.
Zakaria Kasa, Ab Rahim Bakar (2006). “Vocational and Technical education and Career
Development: Malaysian Perspectives”. 2nd Asean Technical Conference & Career Expo
2006 (Technical Education and Vocational Training). Kuching, Sarawak.
Zhou (2004). “Opening session”. UNESCO International Meeting On Innovation And Excellent In
TVET Teacher Education.