SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 22
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK
DARUL RIDZUAN
TAJUK:
PENGGUNAAN ICT DALAM P&P MATEMATIK DAN SAINS
KUMPULAN 11 (B)
NAMA NO. MATRIK
AUNI BT AMIN D20091034745
PATRICIA KONNY ANAK HO KOK
SUNTING
D20091034803
MALYANAH SHAMIMI BT MOHD
NASIR
D20091034763
NUR HANANI BT MAT GHANI D20091034750
MUHAMMAD IZWAN BIN ISMAIL D20091034799
NAMA PENSYARAH: PROF. MARZITA PUTEH
ISI KANDUNGAN
Senarai Kandungan Halaman
1.0 Pengenalan 1
2.0 Isu penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains
2.1 Kerajaan 1
2.1.1 Projek ICT oleh kerajaan 5
2.2 Sekolah 9
2.3 Guru
2.3.1 Kemahiran 12
2.3.2 Minat 13
2.3.3 Persepsi 13
2.3.4 Kekangan masa 15
3.0 Langkah mengatasi
3.1 Juruteknik di setiap sekolah 16
3.2 Tambahan makmal komputer 17
3.3 Penyediaan kemudahan 17
4.0 Kesimpulan 19
1.0 PENGENALAN ICT
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan
komunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based
Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer.
Criswell (1989) pula mendefinikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran
dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan
Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran
kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang
lain sebelum zaman komputer.
2.0 ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK DAN SAINS
2.1 Kerajaan
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dalam pembelajaran matematik dan sains adalah
serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih
dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem
pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan,
seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21
atau dengan kata lain cabaran era teknologi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dunia kini
berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakang
kepada kejayaan sesebuah bangsa.
Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan ini ialah teknologi
maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT. Menurut Hansen V.P dan Zweng
M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan
sains sesuatu yang lebih efektif, dua konsep penting perlu ditekankan. Antaranya ialah
menitikberatkan konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep
P&P yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi yang relevan
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mempertingkatkan kefahaman
pelajar dari segi pencapaian akademik, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kajian
Burton L. dan Jaworski B. (1995). Contohnya, teknologi komputer dapat mempengaruhi
kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana dapat memperkembangkan minda
pelajar supaya menjadi lebih kritis, kreatif, serta inovatif.
Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang
baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah
sejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menikmati arus
pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya
mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi juga berpotensi sebagai
alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua
mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang
mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia
(Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha
ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu iaitu berdasarkan
memori kepada yang lebih berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui
kementerian pendidikan berhasrat untuk mewujudkan sekolah bestari yang sekali gus
bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan koridor raya multimedia
( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan sekolah bestari akan membuka ruang
seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti
dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan
perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan
memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
Terdapat pelbagai teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh para pendidik.
Antaranya termasuklah ICT, penggunaan LCD, kalkulator grafik, The Geometers’s
Sketchpad, MS-EXCEL, dan juga The World Wide Web atau WWW. Terdapat banyak kajian
tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajian yang telah dijalankan
menyatakan bahawa berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam matematik. Malah kini,
penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan penggunaan
spreadsheet. Multimedia juga adalah teknologi maklumat yang membenarkan integrasi dan
manipulasi video sama ada secara audio, teks, dan animasi. Multimedia berasaskan komputer
boleh menjadikan proses pendidikan sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan di
samping dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah.
Kaedah ini juga membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, di mana
ianya merupakan persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya
mengikut apa yang dikaji. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam
pendidikan matematik. Antaranya ialah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri
berdasarkan kemampuan masing-masing, juga dapat memudahkan dan mempercepatkan
kefahaman dan pengetahuan matematik yang menarik dan menyeronokkan, membekalkan
lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar, serta membantu pelajar mengulangi
sesuatu isi pelajaran berulang kali.
Antara kaedah lain yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik ini adalah WWW dalam pendidikan. WWW (World Wide Web) adalah jaringan
yang boleh digunakan untuk menghubungkan badan-badan korporat, institusi-institusi
kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan para individu. WWW juga adalah
sebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Banyak maklumat yang
boleh diperolehi daripada WWW yang meliputi pelbagai bidang dan topik. WWW ini dapat
membantu guru untuk mencari maklumat, menggunakan aktiviti interaktif yang terdapat
dalam WWW dan juga mampu menerbitkan bahan pengajaran.
Di samping itu, terdapat dua kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik dengan
menggunakan WWW iaitu pembelajaran interaktif dan strategi penyelesaian masalah. Dalam
pembelajaran interaktif, pelajar diberi peluang berinteraksi dengan aktiviti dalam
pembelajaran matematik. Pelajar boleh belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehan
sendiri. Guru juga boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuan
merancang tindakan seterusnya. Antara ciri-ciri menarik dalam pembelajaran ini ialah mereka
diberi peluang menjawab soalan secara ‘online’, dapat menyemak terus jawapan yang
diberikan, serta pelajar diberi skor pencapaiannya beserta komen dan saranan.
Kebaikan cara pembelajaran ini ialah pelajar diberi peluang belajar secara individu,
dapat mengikuti kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri, boleh melihat dan merekod
kemajuan pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya serta sumber yang terdapat
dalam laman web ini boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar. Kaedah
yang kedua adalah strategi penyelesaian masalah. Ia merupakan tujuan utama dalam P&P
matematik. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seseorang pelajar perlu memahami
konsep, menguasai kemahiran matematik dan berfikir secara kritis dan kreatif. Pemupukan
minat dan pembinaan penguasaan kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah cabaran
besar bagi guru matematik. Seseorang guru matematik memerlukan banyak idea untuk
mengatasi cabaran ini.
Selain itu, pihak kerajaan juga sering melakukan pelbagai program dan projek bagi
meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar. Program-program
yang dijalankan ini berpusatkan kepada guru dan pelajar yang melibatkan subjek matematik.
Antara yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah melalui program latihan dalam
perkhidmatan (LDP), di mana guru-guru telah diberi taklimat khas dan hands-on tentang
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang
terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft
Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini
memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru
mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.
Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia
dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar
bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini
menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus
digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini
tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut untuk menggunakan gajet-gajet
ICT.
Kerajaan juga telah mengambil langkah dengan menambah makmal-makmal
komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak
usia muda, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan
memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen
yang tinggi. Dalam pada itu, beberapa tahun yang lepas kerajaan telah memulakan suatu
projek yang baru iaitu memberikan ‘notebook’ yang percuma kepada pelajar-pelajar sekolah
rendah dan menengah. Contohnya, pada tahun 2010, kerajaan telah menyediakan sebanyak
1.2 juta komputer riba secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar dengan syarat mereka
haruslah melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim
berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jalur lebar negara (NBI) yang
bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. Dengan pengagihan
‘notebook’ secara percuma ini secara tidak langsung dapat membantu usaha pelajar dan guru
dalam meningkatkan lagi penggunaan teknologi, terutamanya ICT dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar boleh mengakses sendiri laman web yang sesuai untuk
meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Mereka juga boleh menyelesaikan
latihan-latihan yang telah tersedia di laman-laman web yang sesuai.
Namun, terdapat juga beberapa implikasi buruk sekiranya pelajar diberikan
‘notebook’ ini terlalu awal. Antaranya adalah penyalahgunaan ‘notebook’ ini sendiri.
Kerajaan perlu lebih peka dengan golongan sasaran yang akan diberikan sumbangan ini
kerana terdapat sebilangan pelajar yang menyalahgunakannya dengan bermain ‘game’ dan
aktif dalam laman sosial yang tidak berfaedah. Perkara-perkara ini boleh menjejaskan prestasi
mereka dalam pembelajaran matematik dan subjek yang lain kerana banyak masa mereka
diabaikan untuk perkara yang sedemikian. Oleh itu, pihak guru perlu lebih memantau
kegiatan pelajar-pelajar mereka yang menggunakan ‘notebook’ percuma ini. Kerajaan juga
perlu lebih telus dalam pembahagian komputer riba secara percuma ini.
2.1.1 Projek ICT oleh Kerajaan
Penggunaan ICT dalam pendidikan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) bagi mencapai status Negara maju seperti Negara-negara maju yang lain. Mutimedia
Super Corridor (MSC) telah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan aspirasi menjadi hab global
bagi ICT dan inovasi multimedia, operasi dan perkhidmatan untuk mengubah Malaysia
menjadi sebuah Negara maju bagi mencapai status selaras dengan wawasan 2020. Bagi
mencapai status tersebut, Perdana Menteri Malayysia telah mengumumkan aplikasi perdana
MSC yang berfokus kepada bidang pendidikan iaitu sekolah bestari. Dalam Multimedia
Development Corporation (2006) menyatakan bahawa secara umumnya, MSC mempunyai
tujuh aplikasi perdana yang terdiri daripada sekolah bestari, kerajaan elektronik, kad
pelbagaiguna, telekesihatan, kelompok R&D, E-Dagang dan pembagunan usahawan
teknologi. Kesemua aplikasi ini diwjdkan bagi memberi kemudahan dan mempermudahkan
lagi urusan melalui penggunaan internet sejajar dengan perkembangan era teknologi pada
masa kini.
Salah satu aplikasi perdana yang bekaitan dengan pendidikan iaalah sekolah bestari.
Sekolah bestari direka untuk menggalakkan individu yang celik ICT dan menggalakkan
kreativiti dan pembalajaran kendiri. Wlau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran utama
dalam pelaksanaan projek sekolah bestari ini seperti kurikulum berorientasikan peperiksaan,
kekurangan sokongan teknikal dan perubahan pengurusan guru. Dalam MSC (2008) telah
menyatakan antara objektif pelaksanaan projek sekolah bestari ini adalah untuk menghasilkan
pemikran dan tenaga kerja yang celik dalam teknologi serta mendemokrasikan pendidikan
menggunakan ICT. Ini bermakna, dalam melaksanakan sekolah bestari ini, pihak
Kementerian mengjarapkan semua tenaga kerja dalam pendidikan dapat memanfaatkan
penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka
jalani dan seterusnya menjadikan penggunaan ICT sebagai teras dalam menyampaikan
pelajaran. Selain itu, objektif pelaksanaan projek ini adalah meningkatkan penyertaan pihak
berkepentingan dan dapat menyediakan pusingan pembangunan individu. Malah, ia juga
dilaksanakan supaya dapat menyediakan peluang untuk meningkatkan kekuatan dan
kebolehan individu.
Dalam pelaksanaan projek ini, MSC (2008) juga menerangkan bahawa sekolah bestari
mempunyai beberapa komponen terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran,
infrastruktur teknologi, sistem taksiran sekolah bestari, guru professional yang terlatih, sistem
integrasi, khidmat sokongan serta sistem pengurusan sekolah bestari. Kesemua komponen ini
seharusnya dimiliki oleh kesemua sekolah yang ingin bergelar sekolah bestari bagi mencapai
matlamat ICT secara menyeluruh dalm pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik dan
berjalan lancar. Kesemua komponen ini diambil kira kerana sekolah bestari merupakan
sekolah contoh kepada sekolah-sekolah lain yang menjadikan ICT teras dalam pelaksanaan
baik dari segi pengajaran dan pembelajaran atau pentadbiran sekolah tersebut.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) telah menerangkan bahawa pelaksanaan
sekolah bestari ini adalah berdasarkan empat fasa yang telah dimulakan sejak tahun 1999 lagi
sehingga tahun 2020 bagi mencapai target yang telah dirancang. Fasa yang pertama ialah
pada tahun 1999 sehingga tahun 2002 yang mana projek rintis Sekolah Bestari telah
dijalankan dengan target mendapatkan 88 Sekolah Bestari. 88 buah sekolah ini akan
dijadikan contoh kepada sekolah lain yang mana kesemua 88 buah sekolah ini menepati
keempat-empat komponen yang digariskan untuk menjadi sekolah bestari. Pada fasa kedua
pula, pemantapan 88 Sekolah Bestari sebagai asas penanda dan tempoh waktu pelaksanaan
ialah selama 3 tahun iaitu dari tahun 2003 sehingga 2005. Fasa 3 pula berlaku pada tahun
2006-2010 yang mana pembestarian sekolah giat dilakukan. Fasa terakhir iaitu fasa keempat
dilaksanakan pada tahun 2011 sehinggalah ke tahun 2020 bagi melaksanakan konsolidasi dan
kelestarian terhadap semua sekolah di seluruh negara. Ini bermaksud kesemua sekolah di
dalam negara disasarkan akan menjadi sekolah bestari menjelang tahun 2020. Bagi mencapai
taraf sekolah bestari, setiap sekolah haruslah berusaha untuk memenuhi komponen-
komponen yang telah digariskan dalam meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam
pendidikan.
Sebelum ini, semua sekolah bestari telah dikenalpasti sebagai pusat konsep sekolah
bestari, bahan, kemahiran dan teknologi yang dibangunkan oleh KPM. Dalam Multimedia
Development Corporation (2008), kajian impak pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa
infrastruktur yang disediakan oleh KPM perlu diselenggara dan digunakan seoptima yang
mungkin. Key Performance Indicators (KPI) telah dibina untuk memantau penggunaan
teknologi dalam sistem pendidikan. Penggunaan ICT di Sekolah Bestari juga dinilai oleh
pemantau yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri bagi
menggalakkan penglibatan secara aktif dalam pendidikan. Penilaian ini akan diukur dengan
menggunakan sistem ranking bintang. Dalam Smart School Qualification Standards (2007)
telah menerangkan berkaitan ranking bintang yang mana sekolah yang mendapat satu bintang
adalah pada tahap asas manakala dua bintang pula adalah pada tahap yang mana sekolah
tersebut berada pada asas tambahan. Tiga bintang pula menunjukkan bahawa sekolah tersebut
berada pada taraf sederhana dan sekolah yang berada pada tahap ketiga dikelaskan sebagai
sekolah yang telah mencapai tahap maju. Taraf yang terakhir adalah maju tambahan jika
sesebuah sekolah itu mendapat lima bintang. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, sekolah
tersebut seharusnya mendapat 5 bintang dan jika tidak, sekolah tersebut akan sentiasa dibuat
pemantauan bagi menambahbaik kekurangan yang dihadapi sehingga dapat mencapai taraf
sekolah bestari dan taraf tersebut akan dikekalkan.
Bagi mencapai taraf sekolah bestari, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) sebagai instrument dan
indikator untuk mengukur tahap bestari sesebuah sekolah. SSQS ini pada dasarnya telah
dibina oleh Multimedia Development Corporation(MDeC) dengan kerjasama KPM. SSQS ini
dibina bagi membangunkan satu sistem yang digunakan sebagai untuk mengukur penggunaan
ICT dalam pendidikan. SSQS juga menjadi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan
program serta dapat meningkatkan standard dalam pendidikan. Selain itu, SSQS juga telah
digunakan sebagai pemangkin untuk memberi perubahan dalam pendidikan disamping dapat
memperkasakan guru dan murid di semua sekolah bagi mencapai taraf sekolah bestari yang
dikehendaki.
Dalam KPM (2010) menerangkan bahawa penilaian SSQS diambil kira dari beberapa
aspek iaitu dari segi infrastruktur, aplikasi, modal insan dan penggunaan ICT dalam sekolah.
Jika dari segi infrastruktur misalnya, penilaian SSQS adalah dari segi nisbah komputer
dengan murid dan juga nisbah komputer dengan guru, rangkaian LAN dan WAN di sekolah
dan bilangan lokasi capaian internet serta bilangan peralatan ICT yang berfungsi.
Infrastruktur yang baik dalam ICT adalah penting agar penggunakan ICT dalam pendidikan
dapat dijalankan dengan menyeluruh selaras dengan objektif yang ingin dicapai. Contoh yang
dapat dilihat dalam aplikasi pula adalah seperti SSQS menilai bilangan sistem pengurusan
sekolah dan pengurusan pembelajaran yang digunakan di sekolah manakala dalam modal
insan pula contohnya, diukur dari segi kekerapan penyebaran maklumat melalui ICT oleh
pentadbir dan guru penyelaras ICT dan bilangan kursus dalaman yang dilaksanakan serta
bilangan program inovasi yang dijalankan di sekolah. Aspek yang terakhir iaitu penggunaan
dinilai misalnya dinilai berdasarkan jadual waktu pengintegrasian ICT oleh pentadbir dalam
pengurusan dan guru serta murid dalam P&P bagi mengintegrasikan pendidikan di sekolah.
Pembestarian sesebuah sekolah itu adalah melalui pemantuan yang akan dilakukan
oleh pemantau yang telah dilantik oleh KPM. Dalam MSC (2008) telah menerangkan
berkaitan dengan proses pemantauan yang mana setiap pemantau yang telah dipilih akan
memantau sekolah dan melakukan penilaian terhadap sekolah tersebut dengan menggunakan
SSQS sebagai instrumen pengukur untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah
bestari. Semasa menjalankan pemantauan, setiap komponen dalam SSQS akan diambil kira
dan diisikan dengan segala maklumat yang diperlukan dan kemudian akan dikumpul.
Berdasarkan kepada maklumat yang telah perolehi, pemantau akan menentukan tahap
pencapaian sekolah tersebut dengan menggunakan ranking bintang dalam penilaian SSQS.
Jika sekolah tersebut mendapat lima bintang, sekolah tersebut akan menjadi sekolah bestari.
Dan kemudian, pemantau akan sentiasa memastikan tahap lima bintang sekolah tersebut akan
dikekalkan untuk menjadi sekolah bestari pada masa hadapan. Jika sekolah itu tidak
mencapai lima bintang, sekolah tersebut bukanlah sebuah sekolah bestari dan kemudian,
pemantau akan sentiasa melakukan pemantauan bagi mengenalpasti jurang kelemahan dalam
komponen SSQS berkenaan. Pemantau juga akan membantu, membangun dan membimbing
sekolah tersebut dalam aktiviti ataupun program. Ini adalah penting bagi menaikkan ranking
bintang yang bakal diperolehi sekolah tersebut pada pemantauan yang seterusnya supaya
dapat mencapai ranking bintang yang disasarkan iaitu mencapai taraf lima bintang bagi
mendapat gelaran sekolah bestari. Berikut merupakan carta alir pemantauan.
Sumber: MSC Malaysia
Penggunaan ICT dalam pendidikan pada masa kini adalah amat dititikberatkan kerana
ianya selaras dengan penggunaan teknologi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat
sekarang. Segala usaha yang telah dijalankan oleh MSC bersama dengan KPM seperti
sekolah bestari ini adalah berdasarkan kepada matlamat untuk menjadikan ICT sebagai teras
dan digunakan secara menyeluruh dalam pendidikan masa kini. Guru-guru dan pihak
pentadbiran disekolah seharusnya memberikan kerjasama yang jitu dalam membantu
menjayakan usaha ini dan memberi cadangan penambahbaikan bagi mencapai taraf sekolah
bestari. Guru yang boleh menggunakan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran
adalah amat diperlukan serta digalakkan agar segala maklumat dan pengajaran yang
disampaikan menggunakan ICT dengan lebih menyeluruh dalam kelas. Pihak pentadbir
sekolah pula harus memastikan kesemua keperluan ICT adalah mencukupi dan boleh
berfungsi dengan baik bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah agar dapat
menggunakan ICT dengan lebih berkesan. Usaha yang berterusan telah dilakukan oleh KPM
agar semua sekolah dalam negara akan mencapai taraf sekolah bestari menjelang tahun 2020.
2.2 Sekolah
Sepertimana yang kita ketahui, pada era globalisasi yang semakin mencabar ini, sudah
menjadi trend dimana peajar pada masa kini mengalami proses pengajaran dan pembelajaran
mereka dengan berbantukan komputer atau ICT. Sekolah merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan isu penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi
pendidikan matematik dan sains pada masa kini. Hal ini demikian kerana sekolah melibatkan
banyak pihak. Antara pihak yang terlibat adalah seperti kemudahan komputer yang
disediakan, pihak pentadbir sekolah dan juga pelajar.
Punca utama yang menyebabkan sekolah mejadi isu yang hangat dan sering
diperkatakan pada masa kini ialah kemudahan komputer yang dibekalkan oleh pihak kerajaan
kepada sekolah untuk diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga
menyebabkan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar
bandar. Hal yang demikian sepatutnya tidak seharusnya berlaku kerana semua sekolah
seharusnya mendapat kemudahan yang sama.
Selain itu, perisisan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. Hal ini jelas jika
kita membuat perbandingan antara sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar. Sudah
menjadi kebiasaan bahawa, sekolah di luar bandar sukar mendapat perisian komputer untuk
proses pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan sekolah di bandar yang serba
lengkap dengan kemudahan. Hal ini sepatutnya sudah lama dibaik pulih oleh pihak kerajaan
supaya semua sekolah mendapat kemudahan yang sama dan sepatutnya.
Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah juga akan
mengakibatkan terdapatnya komputer yang rosak. Sekiranya jumlah komputer tidak
mencukupi dengan jumlah pelajar, ianya juga menjadi masalah untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada guru untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer kerana ianya
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.
Tidak hanya kemudahan komputer, bahkan pihak pentadbir sekolah juga menjadi
salah satu punca timbulnya isu di sekolah. Hal ini mungkin pengendalian sistem komputer di
sekolah yang kurang berkesan. Pihak pentadbir juga kurang peka terhadap bilangan guru
terlatih di dalam ICT yang belum mencukupi. Hal ini terjadi kerana pihak pentadbir itu
sendiri tidak mengambil kira sama ada guru yang mengajar itu mengikut opsyennya ataupun
tidak. Hal yang sebeginilah mendatangkan isu yang tidak sepatutnya berlaku.
Seterusnya, di sekolah juga mestilah melibatkan pelajar. Seandainya tiada pelajar,
maka tiadalah sekolah. Isu pelajar nakal semakin berleluasa pada masa kini. Oleh disebabkan
nakal, mereka tidak dibenarkan menggunakan ICT kerana dibimbangkan akan merosakkan
komputer yang digunakan. Hal ini seharusnya tidak berlaku. Semua pelajar boleh
menggunakan komputer dan guru haruslah berlaku adil kepada semua pelajar. Jika terjadinya
perkara yang sedemikian, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan
dengan berkesan.
Sesetengah pelajar tidak tahu cara menggunakan komputer dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, maka tidak hairanlah sekiranya pelajar banyak bertanya kepada guru
sekiranya tidak faham akan tetapi, pertanyaan pelajar itu sendiri tidak diendahkan oleh guru.
Hal ini terjadi mungkin guru tersebut berpura-pura tidak mendengar pertanyaan pelajar
kerana guru itu sendiri pun tidak tahu cara penggunaan ICT yang betul. Di situlah timbulnya,
guru yang mengajar tidak mengikut opsyen.
Antara faktor lain yang menyebabkan timbulnya isu ini ialah kekurangan latihan
memfokus kepada integrasi teknologi dalam P&P di bilik darjah berbanding penggunaan
kaedah pengajaran yang biasa diamalkan. (VanFossen, 1999) dan perisian dan perkakasan
yang sudah ketinggalan zaman. (Preston at. al, 2000). Selain itu, kekurangan kakitangan
teknikal yang membantu dalam aplikasi teknologi bagi tujuan P&P.(Preston et. al, 2000 ; Cox
et. al, 1999) serta kekurangan kemudahan untuk akses pada prasarana ICT yang merujuk
kepada penempatan alat seperti komputer di biik darjah.(Cuban et. al, 2001).
Kebanyakan punca penggunaan ICT masih kurang di sekolah ialah kesukaran untuk
mendapatkan hardware dan software. Kesukaran inilah yang mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran. Penyediaan bahan pengajaran juga memakan masa yang lama kerana guru
tiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi.
Antara kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
meningkatkan minat pelajar dan pelajar akan lebih gembira. Selain itu, ianya dapat
meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar
sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran akan menjadi lebih
menarik.bahan juga boleh disimpan dan digunakan semula.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kekurangan bagi penggunaan ICT. Antaranya
seperti masalah teknikal dimana pendidik itu sendiri tidak pakar dalam mengendalikan
masalah teknikal, sumber yang kurang, peralatan yang mahal dan guru juga memerlukan
lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.3 Guru
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa
penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik
seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula
dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur
ianya bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan
elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah
(Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim, 2010). Namun, adalah menjadi satu
persoalan jika guru-guru yang mengajar subjek ini lebih gemar menggunakan kaedah
tradisional daripada menggunakan teknologi baru yang diperkenalkan.
Kajian Badrul (2003), tentang kesediaan guru dalam pembelajaran Matematik
berbantukan komputer di sekolah menengah menunjukkan guru jarang menggunakan
komputer dalam pengajaran mereka. Hasil kajiannya mendapati bahawa terdapat 66.7% tidak
pernah menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia,
pengetahuan dan penggunaan komputer dalam kalangan rakyat semakin berkembang. Jadi,
untuk memastikan corak pengajaran mengikut peredaran zaman, guru haruslah memainkan
peranan dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.
Sesuatu perkara akan bermasalah apabila guru lebih gemar menggunakan kapur dan papan
putih dalam proses P&P. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang mengekang mereka
daripada menggunakan teknologi terutamanya ICT dalam P&P. Hal ini adalah disebabkan
oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya ialah guru kurang berkemahiran,
persepsi negatif guru terhadap ICT dan juga kekangan masa. Kemudahan ICT yang tidak
sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia menyuitkan lagi perkara ini.
2.3.1 Kemahiran
Umumnya, masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang boleh
membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga, ianya diajar sebagai
sebahagian sebahagian daripada matapelajaran. Selain itu, kemudahan ICT ini dilihat banyak
membantu proses pengurusan dan dapat meningkatkan produktiviti serta keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan. Perkembangan yang menggalakkan keberkesanan ini telah
mendorong ke arah peningkatan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru dan
pelajar sekolah. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan terdapat sebahagian
guru masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan ini berpunca daripada ketidakmahiran
guru (Norizan, 2003) dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakin
meningkat keupayaannya.
Untuk menggunakan teknologi yang lain, guru perlu menguasai kemahiran asas iaitu
ibu kepada ilmu teknologi lain iaitu komputer. Menurut Chao (2003) et. al, seseorang yang
menggunakan komputer harus mempunyai kemahiran asas mengenai komputer. Antaranya,
kemahiran berkomunikasi menggunakan komputerm kemahiran menggunakan perisian
pemproses kata, perisian bibliografi, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik,
perisian berkaitan statistik, grafk, menggunakan teknologi internet, laman web serta
pengetahuan mengenai bagaimana komputer berfungsi. Kemahiran ICT merupakan satu
bentuk kemahiran yang memerlukan penggunaan yang senantiasa berubah mengikut
peredaran semasa.
Latihan dan amalan yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan kemahiran ICT
ini dapat terus diguna. Dalam program kursus Diploma Perguruan Malaysia di Malaysia,
sebanyak 60 jam telah diperuntukkan bagi pelajar-pelajar mempelajari ICT. Sukatan ini
merupakan satu asas penting kepada guru-guru pelatih apabila ditempatkan mengajar di
sekolah kelak. Hal ini seterusnya akan menjadi asas kepada inisiatif untuk mempelajari lain-
lain kemahiran yang berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Dalam kajian yang lain, Wan Mohamad Wan Ibrahim et. al. (2002) telah mendapati bahwa
lebih 80% guru-guru sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT
dalam profesion mereka. Majoriti daripada mereka berminat untuk belajar ICT dan
merasakan bahawa ICT dapat membantu mereka mendapatkan meklumat dan pengetahuan
yang lebih luas. Namun begitu, tiga perempat daripada responden mengakui bahawa mereka
masih belum cekap atau tidak tahu dalam menggunakan ICT di dalam bilik darjah. Reinen &
Plomp (1993) mengakui bahawa terdapat perhubungan antara latihan yang diikuti dengan
kemahiran yang dimiliki. Oleh itu, sama ada kursus dalam perkhidmatan ataupun kursus
semasa dalam program pendidikan, kedua-duanya amatlah berguna untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.3.2 Minat
Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan
satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam
pengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadah
teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internet
adalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks
hubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi. Sebaliknya pula, mungkin
terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik
tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan informasi perlu seimbang
dengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan juga tidak mustahil
bahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasi dalam kalangan
pelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidak pelik
sekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologi
komunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru.
2.3.3 Persepsi
Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point, LCD,
CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsi negatif
kepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam
pengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga
(Fullam, 1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar boleh
menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan
pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakan
ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak
gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang
boleh menarik minat pelajar. Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P
kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebih
bersemangat untuk belajar. Namun, guru memberi alasan tentang kelemahan CD yang
disediakan oleh pihak kementerian. Hal ini disebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar,
guru hanya ingin mencapai dua objektif pengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CD
berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai
dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. Terdapat sesetengah guru menganggap
penggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi,
Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dan sebagainya. ICT boleh meningkatkan
keberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diaplikasikan ICT
dalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlu menggunakan kapur dan papan
putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaian masalah dan bukannya untuk
memantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar.
Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahu
mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untuk
mengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini
seperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru
biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan
apa yang selama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan
inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran da
pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka.
Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999),
fobia bagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengan
komputer atau takut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak
mampu menyaingi perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu
tentang penggunaan komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut Mohd
Sobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak
akan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadap
sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan
sepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi
perbezaan antara individu dalam aplikasi pendidikan, pembelajaran dan pencapaian.
2.3.4 Kekangan Masa
Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD akan
mengambil masa. Hal ini demikian kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik
persediaan ke dalam kelas disebabkan peralatan-peralatan sebegini tidak disediakan di setiap
kelas. Hal ini menyebabkan guru terpaksa memasang sendiri peralatan yang disediakan dan
guru akan mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan
semasa P&P yang menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk mengajar dihabiskan untuk
memasang peralatan sebegini. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer
pula, pergerakan pelajar dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima
hingga sepuluh minit. Hal ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurangan.
Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Masalah ini
menjdi lebih sukar kerana ketiadaan juruteknik ataupun staf yang mahir yang ditempatkan di
sekolah untuk memantau dan menyelenggara kemudahan-kemudahan ICT ini. Bilangan bilik
komputer yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan
menyebabkan guru jarang menggunakan kemudahan ICT ini kerana terlalu banyak peraturan.
3.0 LANGKAH MENGATASI
3.1 Juruteknik di Setiap Sekolah
Kadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurang
mempunyai kemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan
pada komputer perlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja
yang besar dan proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas
guru dan menjimatkan perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan
perlulah menempatkan juruteknik di setiap sekolah.
Di antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugas
pengurusan aset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besar
ataupun juga Guru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan
& perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD
serta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan
ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
Tugas lain juruteknik pula adalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan
WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi
School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahan
pula, mereka juga bertugas untuk menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugas
sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau
kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
Mereka juga bertugas dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan
sekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan
dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah
ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta mampu melaksanakan tugas-tugas lain
berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun,
bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh
Malaysia. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak
peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai.
Diharapkan kerajaan dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di
setiap sekolah di negara kita supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan
diselenggarakan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita
di seluruh negara dan ini dapat merealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya
celik IT.
3.2 Tambahan Makmal Komputer
Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi
program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan
(LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran
dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini
diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan
sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang
tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk
membiasakan diri dengan penggunaan ICT.
Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia
dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar
bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini
menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus
digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini
tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan
telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negara
untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang
pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal
komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.
3.3 Penyediaan Kemudahan
Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah
mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan
kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk
memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada
paraguru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah
dilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000).
Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang
mengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan
memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di
beberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahandan
Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka
yang berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka
yang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antara
komuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre
tersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses
Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya
menggunakan inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar
(Chandran,2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber
kewangan bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang
bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor
swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana
sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan
kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadar
bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun,
malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk
menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web
yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk
membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan
pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada
pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna.
Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau
fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar
melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk
menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat
daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan
mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu
memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya
mengajar kelak.
Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai
maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai
fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru
bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran
formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan
adanya teknologi maklumat dan komunikasi.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan
penggunaan ICT di sekolah dalam pendidikan matematik ini. Penggunaan ICT ini dapat
meningkatkan minat murid untuk belajar kerana dengan meggunakan ICT dalam P&P,
suasana kelas atau P&P itu sendiri akan menjadi lebih menarik. Selain itu, pelajar akan
belajar dengan lebih gembira.
Tahap pembelajaran pelajar pula akan meningkat. Dengan penggunaan ICT dalam
P&P, pelajar akan lebih faham. Seterusnya, belajar berbantukan ICT juga dapat melatih peajr
supaya belajar sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran juga
akan menjadi lebih menarik. Guru juga boleh menyimpan dan menggunakan semula bahan
pengajaran yang telah digunakan.
Tetapi, apa yang kerajaan ingin lakukan tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana sikap
guru itu sendiri dan kekangan-kekangan yang lain. Oleh itu, guru-guru perlu mengambil
inisiatif sendiri agar proses P&P di bilik darjah dapat dijalankan dengan menggunakan ICT
dan dapat mencapai matlamat kerajaan.
5.0 RUJUKAN
Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Binti Kassim@Aziz (2008). Penggunaan ICT
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih
UTM. Tesis Sarjana, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College
Press.
Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam
Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia.
Ting K, S. (2005). Sikap Guru Guru, Peranan ICT Dan Kekangan/Cabaran Penggunaan ICT.
Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik
Dan Vokasional.Universiti Tekonologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaranPemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
guest2d1e29
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
khamdiyah
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Jerry Makawimbang
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
daniadarweesy
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Hidayah Azhar
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Sivaneswari Muniandy
 
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictPengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
yommi25
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02
fidera94
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Tee Teh
 

La actualidad más candente (20)

Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaranPemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
Pemanfaatan teknologi informasi dan komunikasi sebagai media pembelajaran
 
Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2Peranan ict dalam bilik darjah 2
Peranan ict dalam bilik darjah 2
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
 
ICT for education
ICT for educationICT for education
ICT for education
 
Makalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
Makalah Dampak Infomatika di Bidang PendidikanMakalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
Makalah Dampak Infomatika di Bidang Pendidikan
 
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah PendengaranPenggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
Penggunaan Teknologi Untuk Golongan Bermasalah Pendengaran
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
 
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictPengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
 
Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat Individu
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 

Destacado (20)

DN Resume
DN ResumeDN Resume
DN Resume
 
Australia final
Australia finalAustralia final
Australia final
 
nba jugadors mes bons de cada equip
nba jugadors mes bons de cada equipnba jugadors mes bons de cada equip
nba jugadors mes bons de cada equip
 
выбираем будущую профессию
выбираем будущую профессиювыбираем будущую профессию
выбираем будущую профессию
 
Malaga
MalagaMalaga
Malaga
 
это нашей истории строки
это нашей истории строкиэто нашей истории строки
это нашей истории строки
 
Noor dance co.proposal
Noor dance co.proposalNoor dance co.proposal
Noor dance co.proposal
 
Galeria affirmation
Galeria affirmationGaleria affirmation
Galeria affirmation
 
Presentation2
Presentation2Presentation2
Presentation2
 
Organitation antonio peñalver
Organitation antonio peñalverOrganitation antonio peñalver
Organitation antonio peñalver
 
Pertemuan 4
Pertemuan 4Pertemuan 4
Pertemuan 4
 
Untitled presentation
Untitled presentationUntitled presentation
Untitled presentation
 
The earth
The earthThe earth
The earth
 
Письмо букв Пп. Урок 3
Письмо букв Пп. Урок 3Письмо букв Пп. Урок 3
Письмо букв Пп. Урок 3
 
Personal
PersonalPersonal
Personal
 
Sense títol 1angels
Sense títol 1angelsSense títol 1angels
Sense títol 1angels
 
Indian Product Companies M&A Scenario
Indian Product Companies M&A ScenarioIndian Product Companies M&A Scenario
Indian Product Companies M&A Scenario
 
Письмо букв Вв
Письмо букв ВвПисьмо букв Вв
Письмо букв Вв
 
Dialogue Magazine Jaargang1
Dialogue Magazine Jaargang1Dialogue Magazine Jaargang1
Dialogue Magazine Jaargang1
 
обучение грамоте. тест 18 буква г
обучение грамоте. тест 18 буква гобучение грамоте. тест 18 буква г
обучение грамоте. тест 18 буква г
 

Similar a Doc to be uploaded

Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Siti Zulaikha
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
cekgu Azam
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Ety Sue
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
Nurul Iqah
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
Ety Sue
 
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
CELINEDANARIS
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latif
ilah2012
 

Similar a Doc to be uploaded (20)

Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
tugasan1
tugasan1tugasan1
tugasan1
 
Digitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan IndonesiaDigitalisasi Pendidikan Indonesia
Digitalisasi Pendidikan Indonesia
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
Tugas 14, celine danaris gracia, yananto mihadi putra, se, m.si, pengenalan e...
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Jurnal latif
Jurnal latifJurnal latif
Jurnal latif
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 
PERANAN ICT
PERANAN ICTPERANAN ICT
PERANAN ICT
 

Doc to be uploaded

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TAJUK: PENGGUNAAN ICT DALAM P&P MATEMATIK DAN SAINS KUMPULAN 11 (B) NAMA NO. MATRIK AUNI BT AMIN D20091034745 PATRICIA KONNY ANAK HO KOK SUNTING D20091034803 MALYANAH SHAMIMI BT MOHD NASIR D20091034763 NUR HANANI BT MAT GHANI D20091034750 MUHAMMAD IZWAN BIN ISMAIL D20091034799 NAMA PENSYARAH: PROF. MARZITA PUTEH
  • 2. ISI KANDUNGAN Senarai Kandungan Halaman 1.0 Pengenalan 1 2.0 Isu penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains 2.1 Kerajaan 1 2.1.1 Projek ICT oleh kerajaan 5 2.2 Sekolah 9 2.3 Guru 2.3.1 Kemahiran 12 2.3.2 Minat 13 2.3.3 Persepsi 13 2.3.4 Kekangan masa 15 3.0 Langkah mengatasi 3.1 Juruteknik di setiap sekolah 16 3.2 Tambahan makmal komputer 17 3.3 Penyediaan kemudahan 17 4.0 Kesimpulan 19 1.0 PENGENALAN ICT
  • 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Faharol Razi (1998) menyatakan istilah komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinikan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. 2.0 ISU PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS 2.1 Kerajaan Penggunaan teknologi dalam pengajaran dalam pembelajaran matematik dan sains adalah serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah memperbanyakkan sumber pengetahuan ini ialah teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT. Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains sesuatu yang lebih efektif, dua konsep penting perlu ditekankan. Antaranya ialah menitikberatkan konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep P&P yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi yang relevan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik, sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kajian Burton L. dan Jaworski B. (1995). Contohnya, teknologi komputer dapat mempengaruhi
  • 4. kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana dapat memperkembangkan minda pelajar supaya menjadi lebih kritis, kreatif, serta inovatif. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi juga berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu iaitu berdasarkan memori kepada yang lebih berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui kementerian pendidikan berhasrat untuk mewujudkan sekolah bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan koridor raya multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan sekolah bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi yang telah dan sedang digunakan oleh para pendidik. Antaranya termasuklah ICT, penggunaan LCD, kalkulator grafik, The Geometers’s Sketchpad, MS-EXCEL, dan juga The World Wide Web atau WWW. Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajian yang telah dijalankan menyatakan bahawa berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam matematik. Malah kini, penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada laman web yang memaparkan penggunaan spreadsheet. Multimedia juga adalah teknologi maklumat yang membenarkan integrasi dan manipulasi video sama ada secara audio, teks, dan animasi. Multimedia berasaskan komputer
  • 5. boleh menjadikan proses pendidikan sebagai suatu pengalaman yang menyeronokkan di samping dapat membantu pelajar untuk memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini juga membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, di mana ianya merupakan persembahan grafik dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikaji. Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing, juga dapat memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan matematik yang menarik dan menyeronokkan, membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar, serta membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali. Antara kaedah lain yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik ini adalah WWW dalam pendidikan. WWW (World Wide Web) adalah jaringan yang boleh digunakan untuk menghubungkan badan-badan korporat, institusi-institusi kerajaan, institusi-institusi pendidikan tinggi dan para individu. WWW juga adalah sebahagian daripada internet yang lebih dikenali sebagai laman web. Banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada WWW yang meliputi pelbagai bidang dan topik. WWW ini dapat membantu guru untuk mencari maklumat, menggunakan aktiviti interaktif yang terdapat dalam WWW dan juga mampu menerbitkan bahan pengajaran. Di samping itu, terdapat dua kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik dengan menggunakan WWW iaitu pembelajaran interaktif dan strategi penyelesaian masalah. Dalam pembelajaran interaktif, pelajar diberi peluang berinteraksi dengan aktiviti dalam pembelajaran matematik. Pelajar boleh belajar mengikut kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri. Guru juga boleh melihat dan merekod kemajuan individu pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya. Antara ciri-ciri menarik dalam pembelajaran ini ialah mereka diberi peluang menjawab soalan secara ‘online’, dapat menyemak terus jawapan yang diberikan, serta pelajar diberi skor pencapaiannya beserta komen dan saranan. Kebaikan cara pembelajaran ini ialah pelajar diberi peluang belajar secara individu, dapat mengikuti kadar pembelajaran dan kebolehan sendiri, boleh melihat dan merekod kemajuan pelajar bagi tujuan merancang tindakan seterusnya serta sumber yang terdapat dalam laman web ini boleh digunakan untuk pertandingan atau kuiz antara pelajar. Kaedah yang kedua adalah strategi penyelesaian masalah. Ia merupakan tujuan utama dalam P&P
  • 6. matematik. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, seseorang pelajar perlu memahami konsep, menguasai kemahiran matematik dan berfikir secara kritis dan kreatif. Pemupukan minat dan pembinaan penguasaan kemahiran dalam penyelesaian masalah adalah cabaran besar bagi guru matematik. Seseorang guru matematik memerlukan banyak idea untuk mengatasi cabaran ini. Selain itu, pihak kerajaan juga sering melakukan pelbagai program dan projek bagi meningkatkan lagi penggunaan teknologi dalam kalangan guru dan pelajar. Program-program yang dijalankan ini berpusatkan kepada guru dan pelajar yang melibatkan subjek matematik. Antara yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah melalui program latihan dalam perkhidmatan (LDP), di mana guru-guru telah diberi taklimat khas dan hands-on tentang penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut untuk menggunakan gajet-gajet ICT. Kerajaan juga telah mengambil langkah dengan menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia muda, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. Dalam pada itu, beberapa tahun yang lepas kerajaan telah memulakan suatu projek yang baru iaitu memberikan ‘notebook’ yang percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Contohnya, pada tahun 2010, kerajaan telah menyediakan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma untuk diagihkan kepada pelajar dengan syarat mereka haruslah melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
  • 7. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif jalur lebar negara (NBI) yang bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum. Dengan pengagihan ‘notebook’ secara percuma ini secara tidak langsung dapat membantu usaha pelajar dan guru dalam meningkatkan lagi penggunaan teknologi, terutamanya ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh mengakses sendiri laman web yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu topik. Mereka juga boleh menyelesaikan latihan-latihan yang telah tersedia di laman-laman web yang sesuai. Namun, terdapat juga beberapa implikasi buruk sekiranya pelajar diberikan ‘notebook’ ini terlalu awal. Antaranya adalah penyalahgunaan ‘notebook’ ini sendiri. Kerajaan perlu lebih peka dengan golongan sasaran yang akan diberikan sumbangan ini kerana terdapat sebilangan pelajar yang menyalahgunakannya dengan bermain ‘game’ dan aktif dalam laman sosial yang tidak berfaedah. Perkara-perkara ini boleh menjejaskan prestasi mereka dalam pembelajaran matematik dan subjek yang lain kerana banyak masa mereka diabaikan untuk perkara yang sedemikian. Oleh itu, pihak guru perlu lebih memantau kegiatan pelajar-pelajar mereka yang menggunakan ‘notebook’ percuma ini. Kerajaan juga perlu lebih telus dalam pembahagian komputer riba secara percuma ini. 2.1.1 Projek ICT oleh Kerajaan Penggunaan ICT dalam pendidikan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mencapai status Negara maju seperti Negara-negara maju yang lain. Mutimedia Super Corridor (MSC) telah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan aspirasi menjadi hab global bagi ICT dan inovasi multimedia, operasi dan perkhidmatan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah Negara maju bagi mencapai status selaras dengan wawasan 2020. Bagi mencapai status tersebut, Perdana Menteri Malayysia telah mengumumkan aplikasi perdana MSC yang berfokus kepada bidang pendidikan iaitu sekolah bestari. Dalam Multimedia Development Corporation (2006) menyatakan bahawa secara umumnya, MSC mempunyai tujuh aplikasi perdana yang terdiri daripada sekolah bestari, kerajaan elektronik, kad pelbagaiguna, telekesihatan, kelompok R&D, E-Dagang dan pembagunan usahawan teknologi. Kesemua aplikasi ini diwjdkan bagi memberi kemudahan dan mempermudahkan lagi urusan melalui penggunaan internet sejajar dengan perkembangan era teknologi pada masa kini.
  • 8. Salah satu aplikasi perdana yang bekaitan dengan pendidikan iaalah sekolah bestari. Sekolah bestari direka untuk menggalakkan individu yang celik ICT dan menggalakkan kreativiti dan pembalajaran kendiri. Wlau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran utama dalam pelaksanaan projek sekolah bestari ini seperti kurikulum berorientasikan peperiksaan, kekurangan sokongan teknikal dan perubahan pengurusan guru. Dalam MSC (2008) telah menyatakan antara objektif pelaksanaan projek sekolah bestari ini adalah untuk menghasilkan pemikran dan tenaga kerja yang celik dalam teknologi serta mendemokrasikan pendidikan menggunakan ICT. Ini bermakna, dalam melaksanakan sekolah bestari ini, pihak Kementerian mengjarapkan semua tenaga kerja dalam pendidikan dapat memanfaatkan penggunaan komputer dan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang mereka jalani dan seterusnya menjadikan penggunaan ICT sebagai teras dalam menyampaikan pelajaran. Selain itu, objektif pelaksanaan projek ini adalah meningkatkan penyertaan pihak berkepentingan dan dapat menyediakan pusingan pembangunan individu. Malah, ia juga dilaksanakan supaya dapat menyediakan peluang untuk meningkatkan kekuatan dan kebolehan individu. Dalam pelaksanaan projek ini, MSC (2008) juga menerangkan bahawa sekolah bestari mempunyai beberapa komponen terdiri daripada bahan pengajaran dan pembelajaran, infrastruktur teknologi, sistem taksiran sekolah bestari, guru professional yang terlatih, sistem integrasi, khidmat sokongan serta sistem pengurusan sekolah bestari. Kesemua komponen ini seharusnya dimiliki oleh kesemua sekolah yang ingin bergelar sekolah bestari bagi mencapai matlamat ICT secara menyeluruh dalm pendidikan dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar. Kesemua komponen ini diambil kira kerana sekolah bestari merupakan sekolah contoh kepada sekolah-sekolah lain yang menjadikan ICT teras dalam pelaksanaan baik dari segi pengajaran dan pembelajaran atau pentadbiran sekolah tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010) telah menerangkan bahawa pelaksanaan sekolah bestari ini adalah berdasarkan empat fasa yang telah dimulakan sejak tahun 1999 lagi sehingga tahun 2020 bagi mencapai target yang telah dirancang. Fasa yang pertama ialah pada tahun 1999 sehingga tahun 2002 yang mana projek rintis Sekolah Bestari telah dijalankan dengan target mendapatkan 88 Sekolah Bestari. 88 buah sekolah ini akan dijadikan contoh kepada sekolah lain yang mana kesemua 88 buah sekolah ini menepati keempat-empat komponen yang digariskan untuk menjadi sekolah bestari. Pada fasa kedua pula, pemantapan 88 Sekolah Bestari sebagai asas penanda dan tempoh waktu pelaksanaan ialah selama 3 tahun iaitu dari tahun 2003 sehingga 2005. Fasa 3 pula berlaku pada tahun
  • 9. 2006-2010 yang mana pembestarian sekolah giat dilakukan. Fasa terakhir iaitu fasa keempat dilaksanakan pada tahun 2011 sehinggalah ke tahun 2020 bagi melaksanakan konsolidasi dan kelestarian terhadap semua sekolah di seluruh negara. Ini bermaksud kesemua sekolah di dalam negara disasarkan akan menjadi sekolah bestari menjelang tahun 2020. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, setiap sekolah haruslah berusaha untuk memenuhi komponen- komponen yang telah digariskan dalam meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan. Sebelum ini, semua sekolah bestari telah dikenalpasti sebagai pusat konsep sekolah bestari, bahan, kemahiran dan teknologi yang dibangunkan oleh KPM. Dalam Multimedia Development Corporation (2008), kajian impak pada tahun 2005 telah menunjukkan bahawa infrastruktur yang disediakan oleh KPM perlu diselenggara dan digunakan seoptima yang mungkin. Key Performance Indicators (KPI) telah dibina untuk memantau penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan. Penggunaan ICT di Sekolah Bestari juga dinilai oleh pemantau yang telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri bagi menggalakkan penglibatan secara aktif dalam pendidikan. Penilaian ini akan diukur dengan menggunakan sistem ranking bintang. Dalam Smart School Qualification Standards (2007) telah menerangkan berkaitan ranking bintang yang mana sekolah yang mendapat satu bintang adalah pada tahap asas manakala dua bintang pula adalah pada tahap yang mana sekolah tersebut berada pada asas tambahan. Tiga bintang pula menunjukkan bahawa sekolah tersebut berada pada taraf sederhana dan sekolah yang berada pada tahap ketiga dikelaskan sebagai sekolah yang telah mencapai tahap maju. Taraf yang terakhir adalah maju tambahan jika sesebuah sekolah itu mendapat lima bintang. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, sekolah tersebut seharusnya mendapat 5 bintang dan jika tidak, sekolah tersebut akan sentiasa dibuat pemantauan bagi menambahbaik kekurangan yang dihadapi sehingga dapat mencapai taraf sekolah bestari dan taraf tersebut akan dikekalkan. Bagi mencapai taraf sekolah bestari, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) sebagai instrument dan indikator untuk mengukur tahap bestari sesebuah sekolah. SSQS ini pada dasarnya telah dibina oleh Multimedia Development Corporation(MDeC) dengan kerjasama KPM. SSQS ini dibina bagi membangunkan satu sistem yang digunakan sebagai untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan. SSQS juga menjadi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program serta dapat meningkatkan standard dalam pendidikan. Selain itu, SSQS juga telah digunakan sebagai pemangkin untuk memberi perubahan dalam pendidikan disamping dapat
  • 10. memperkasakan guru dan murid di semua sekolah bagi mencapai taraf sekolah bestari yang dikehendaki. Dalam KPM (2010) menerangkan bahawa penilaian SSQS diambil kira dari beberapa aspek iaitu dari segi infrastruktur, aplikasi, modal insan dan penggunaan ICT dalam sekolah. Jika dari segi infrastruktur misalnya, penilaian SSQS adalah dari segi nisbah komputer dengan murid dan juga nisbah komputer dengan guru, rangkaian LAN dan WAN di sekolah dan bilangan lokasi capaian internet serta bilangan peralatan ICT yang berfungsi. Infrastruktur yang baik dalam ICT adalah penting agar penggunakan ICT dalam pendidikan dapat dijalankan dengan menyeluruh selaras dengan objektif yang ingin dicapai. Contoh yang dapat dilihat dalam aplikasi pula adalah seperti SSQS menilai bilangan sistem pengurusan sekolah dan pengurusan pembelajaran yang digunakan di sekolah manakala dalam modal insan pula contohnya, diukur dari segi kekerapan penyebaran maklumat melalui ICT oleh pentadbir dan guru penyelaras ICT dan bilangan kursus dalaman yang dilaksanakan serta bilangan program inovasi yang dijalankan di sekolah. Aspek yang terakhir iaitu penggunaan dinilai misalnya dinilai berdasarkan jadual waktu pengintegrasian ICT oleh pentadbir dalam pengurusan dan guru serta murid dalam P&P bagi mengintegrasikan pendidikan di sekolah. Pembestarian sesebuah sekolah itu adalah melalui pemantuan yang akan dilakukan oleh pemantau yang telah dilantik oleh KPM. Dalam MSC (2008) telah menerangkan berkaitan dengan proses pemantauan yang mana setiap pemantau yang telah dipilih akan memantau sekolah dan melakukan penilaian terhadap sekolah tersebut dengan menggunakan SSQS sebagai instrumen pengukur untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai sekolah bestari. Semasa menjalankan pemantauan, setiap komponen dalam SSQS akan diambil kira dan diisikan dengan segala maklumat yang diperlukan dan kemudian akan dikumpul. Berdasarkan kepada maklumat yang telah perolehi, pemantau akan menentukan tahap pencapaian sekolah tersebut dengan menggunakan ranking bintang dalam penilaian SSQS. Jika sekolah tersebut mendapat lima bintang, sekolah tersebut akan menjadi sekolah bestari. Dan kemudian, pemantau akan sentiasa memastikan tahap lima bintang sekolah tersebut akan dikekalkan untuk menjadi sekolah bestari pada masa hadapan. Jika sekolah itu tidak mencapai lima bintang, sekolah tersebut bukanlah sebuah sekolah bestari dan kemudian, pemantau akan sentiasa melakukan pemantauan bagi mengenalpasti jurang kelemahan dalam komponen SSQS berkenaan. Pemantau juga akan membantu, membangun dan membimbing sekolah tersebut dalam aktiviti ataupun program. Ini adalah penting bagi menaikkan ranking bintang yang bakal diperolehi sekolah tersebut pada pemantauan yang seterusnya supaya
  • 11. dapat mencapai ranking bintang yang disasarkan iaitu mencapai taraf lima bintang bagi mendapat gelaran sekolah bestari. Berikut merupakan carta alir pemantauan. Sumber: MSC Malaysia Penggunaan ICT dalam pendidikan pada masa kini adalah amat dititikberatkan kerana ianya selaras dengan penggunaan teknologi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat sekarang. Segala usaha yang telah dijalankan oleh MSC bersama dengan KPM seperti sekolah bestari ini adalah berdasarkan kepada matlamat untuk menjadikan ICT sebagai teras dan digunakan secara menyeluruh dalam pendidikan masa kini. Guru-guru dan pihak pentadbiran disekolah seharusnya memberikan kerjasama yang jitu dalam membantu menjayakan usaha ini dan memberi cadangan penambahbaikan bagi mencapai taraf sekolah bestari. Guru yang boleh menggunakan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat diperlukan serta digalakkan agar segala maklumat dan pengajaran yang disampaikan menggunakan ICT dengan lebih menyeluruh dalam kelas. Pihak pentadbir sekolah pula harus memastikan kesemua keperluan ICT adalah mencukupi dan boleh berfungsi dengan baik bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah agar dapat menggunakan ICT dengan lebih berkesan. Usaha yang berterusan telah dilakukan oleh KPM agar semua sekolah dalam negara akan mencapai taraf sekolah bestari menjelang tahun 2020. 2.2 Sekolah Sepertimana yang kita ketahui, pada era globalisasi yang semakin mencabar ini, sudah menjadi trend dimana peajar pada masa kini mengalami proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan berbantukan komputer atau ICT. Sekolah merupakan salah satu faktor yang
  • 12. menyebabkan isu penggunaan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi pendidikan matematik dan sains pada masa kini. Hal ini demikian kerana sekolah melibatkan banyak pihak. Antara pihak yang terlibat adalah seperti kemudahan komputer yang disediakan, pihak pentadbir sekolah dan juga pelajar. Punca utama yang menyebabkan sekolah mejadi isu yang hangat dan sering diperkatakan pada masa kini ialah kemudahan komputer yang dibekalkan oleh pihak kerajaan kepada sekolah untuk diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga menyebabkan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. Hal yang demikian sepatutnya tidak seharusnya berlaku kerana semua sekolah seharusnya mendapat kemudahan yang sama. Selain itu, perisisan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. Hal ini jelas jika kita membuat perbandingan antara sekolah di bandar dan sekolah di luar bandar. Sudah menjadi kebiasaan bahawa, sekolah di luar bandar sukar mendapat perisian komputer untuk proses pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan sekolah di bandar yang serba lengkap dengan kemudahan. Hal ini sepatutnya sudah lama dibaik pulih oleh pihak kerajaan supaya semua sekolah mendapat kemudahan yang sama dan sepatutnya. Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah juga akan mengakibatkan terdapatnya komputer yang rosak. Sekiranya jumlah komputer tidak mencukupi dengan jumlah pelajar, ianya juga menjadi masalah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan komputer kerana ianya menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Tidak hanya kemudahan komputer, bahkan pihak pentadbir sekolah juga menjadi salah satu punca timbulnya isu di sekolah. Hal ini mungkin pengendalian sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan. Pihak pentadbir juga kurang peka terhadap bilangan guru terlatih di dalam ICT yang belum mencukupi. Hal ini terjadi kerana pihak pentadbir itu sendiri tidak mengambil kira sama ada guru yang mengajar itu mengikut opsyennya ataupun tidak. Hal yang sebeginilah mendatangkan isu yang tidak sepatutnya berlaku. Seterusnya, di sekolah juga mestilah melibatkan pelajar. Seandainya tiada pelajar, maka tiadalah sekolah. Isu pelajar nakal semakin berleluasa pada masa kini. Oleh disebabkan nakal, mereka tidak dibenarkan menggunakan ICT kerana dibimbangkan akan merosakkan
  • 13. komputer yang digunakan. Hal ini seharusnya tidak berlaku. Semua pelajar boleh menggunakan komputer dan guru haruslah berlaku adil kepada semua pelajar. Jika terjadinya perkara yang sedemikian, maka proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Sesetengah pelajar tidak tahu cara menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka tidak hairanlah sekiranya pelajar banyak bertanya kepada guru sekiranya tidak faham akan tetapi, pertanyaan pelajar itu sendiri tidak diendahkan oleh guru. Hal ini terjadi mungkin guru tersebut berpura-pura tidak mendengar pertanyaan pelajar kerana guru itu sendiri pun tidak tahu cara penggunaan ICT yang betul. Di situlah timbulnya, guru yang mengajar tidak mengikut opsyen. Antara faktor lain yang menyebabkan timbulnya isu ini ialah kekurangan latihan memfokus kepada integrasi teknologi dalam P&P di bilik darjah berbanding penggunaan kaedah pengajaran yang biasa diamalkan. (VanFossen, 1999) dan perisian dan perkakasan yang sudah ketinggalan zaman. (Preston at. al, 2000). Selain itu, kekurangan kakitangan teknikal yang membantu dalam aplikasi teknologi bagi tujuan P&P.(Preston et. al, 2000 ; Cox et. al, 1999) serta kekurangan kemudahan untuk akses pada prasarana ICT yang merujuk kepada penempatan alat seperti komputer di biik darjah.(Cuban et. al, 2001). Kebanyakan punca penggunaan ICT masih kurang di sekolah ialah kesukaran untuk mendapatkan hardware dan software. Kesukaran inilah yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan bahan pengajaran juga memakan masa yang lama kerana guru tiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi. Antara kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah meningkatkan minat pelajar dan pelajar akan lebih gembira. Selain itu, ianya dapat meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran akan menjadi lebih menarik.bahan juga boleh disimpan dan digunakan semula. Walaubagaimanapun, terdapat juga kekurangan bagi penggunaan ICT. Antaranya seperti masalah teknikal dimana pendidik itu sendiri tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal, sumber yang kurang, peralatan yang mahal dan guru juga memerlukan lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 14. 2.3 Guru Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidang Sains dan Matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang menggunakan papan hitam dan kapur ianya bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera video digital dan lain-lain dalam bilik darjah (Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim, 2010). Namun, adalah menjadi satu persoalan jika guru-guru yang mengajar subjek ini lebih gemar menggunakan kaedah tradisional daripada menggunakan teknologi baru yang diperkenalkan. Kajian Badrul (2003), tentang kesediaan guru dalam pembelajaran Matematik berbantukan komputer di sekolah menengah menunjukkan guru jarang menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Hasil kajiannya mendapati bahawa terdapat 66.7% tidak pernah menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia, pengetahuan dan penggunaan komputer dalam kalangan rakyat semakin berkembang. Jadi, untuk memastikan corak pengajaran mengikut peredaran zaman, guru haruslah memainkan peranan dalam penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Sesuatu perkara akan bermasalah apabila guru lebih gemar menggunakan kapur dan papan putih dalam proses P&P. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang mengekang mereka daripada menggunakan teknologi terutamanya ICT dalam P&P. Hal ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Antaranya ialah guru kurang berkemahiran, persepsi negatif guru terhadap ICT dan juga kekangan masa. Kemudahan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia menyuitkan lagi perkara ini. 2.3.1 Kemahiran Umumnya, masyarakat melihat potensi ICT dalam pendidikan sebagai alat yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga, ianya diajar sebagai sebahagian sebahagian daripada matapelajaran. Selain itu, kemudahan ICT ini dilihat banyak membantu proses pengurusan dan dapat meningkatkan produktiviti serta keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Perkembangan yang menggalakkan keberkesanan ini telah mendorong ke arah peningkatan penggunaan ICT yang meluas dalam kalangan guru dan pelajar sekolah. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan terdapat sebahagian guru masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  • 15. mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa kegagalan ini berpunca daripada ketidakmahiran guru (Norizan, 2003) dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Untuk menggunakan teknologi yang lain, guru perlu menguasai kemahiran asas iaitu ibu kepada ilmu teknologi lain iaitu komputer. Menurut Chao (2003) et. al, seseorang yang menggunakan komputer harus mempunyai kemahiran asas mengenai komputer. Antaranya, kemahiran berkomunikasi menggunakan komputerm kemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian bibliografi, perisian pangkalan data, perisian hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, grafk, menggunakan teknologi internet, laman web serta pengetahuan mengenai bagaimana komputer berfungsi. Kemahiran ICT merupakan satu bentuk kemahiran yang memerlukan penggunaan yang senantiasa berubah mengikut peredaran semasa. Latihan dan amalan yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan kemahiran ICT ini dapat terus diguna. Dalam program kursus Diploma Perguruan Malaysia di Malaysia, sebanyak 60 jam telah diperuntukkan bagi pelajar-pelajar mempelajari ICT. Sukatan ini merupakan satu asas penting kepada guru-guru pelatih apabila ditempatkan mengajar di sekolah kelak. Hal ini seterusnya akan menjadi asas kepada inisiatif untuk mempelajari lain- lain kemahiran yang berasaskan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Dalam kajian yang lain, Wan Mohamad Wan Ibrahim et. al. (2002) telah mendapati bahwa lebih 80% guru-guru sekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT dalam profesion mereka. Majoriti daripada mereka berminat untuk belajar ICT dan merasakan bahawa ICT dapat membantu mereka mendapatkan meklumat dan pengetahuan yang lebih luas. Namun begitu, tiga perempat daripada responden mengakui bahawa mereka masih belum cekap atau tidak tahu dalam menggunakan ICT di dalam bilik darjah. Reinen & Plomp (1993) mengakui bahawa terdapat perhubungan antara latihan yang diikuti dengan kemahiran yang dimiliki. Oleh itu, sama ada kursus dalam perkhidmatan ataupun kursus semasa dalam program pendidikan, kedua-duanya amatlah berguna untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.3.2 Minat Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam
  • 16. pengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadah teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internet adalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi. Sebaliknya pula, mungkin terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan informasi perlu seimbang dengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan juga tidak mustahil bahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasi dalam kalangan pelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidak pelik sekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologi komunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru. 2.3.3 Persepsi Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point, LCD, CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsi negatif kepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam pengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga (Fullam, 1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar. Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Namun, guru memberi alasan tentang kelemahan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Hal ini disebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar, guru hanya ingin mencapai dua objektif pengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CD berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari. Terdapat sesetengah guru menganggap penggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi, Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dan sebagainya. ICT boleh meningkatkan keberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diaplikasikan ICT dalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlu menggunakan kapur dan papan
  • 17. putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaian masalah dan bukannya untuk memantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar. Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahu mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran da pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka. Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999), fobia bagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengan komputer atau takut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menyaingi perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu tentang penggunaan komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut Mohd Sobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi perbezaan antara individu dalam aplikasi pendidikan, pembelajaran dan pencapaian. 2.3.4 Kekangan Masa Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD akan mengambil masa. Hal ini demikian kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas disebabkan peralatan-peralatan sebegini tidak disediakan di setiap kelas. Hal ini menyebabkan guru terpaksa memasang sendiri peralatan yang disediakan dan guru akan mengambil masa untuk memasang peralatan-peralatan yang ingin digunakan semasa P&P yang menyebabkan masa yang diperuntukkan untuk mengajar dihabiskan untuk memasang peralatan sebegini. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer pula, pergerakan pelajar dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Hal ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurangan. Kemudahan-kemudahan ICT yang digunakan selalu mengalami kerosakan. Masalah ini menjdi lebih sukar kerana ketiadaan juruteknik ataupun staf yang mahir yang ditempatkan di
  • 18. sekolah untuk memantau dan menyelenggara kemudahan-kemudahan ICT ini. Bilangan bilik komputer yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan menyebabkan guru jarang menggunakan kemudahan ICT ini kerana terlalu banyak peraturan. 3.0 LANGKAH MENGATASI 3.1 Juruteknik di Setiap Sekolah Kadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas guru dan menjimatkan perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan perlulah menempatkan juruteknik di setiap sekolah. Di antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besar ataupun juga Guru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. Tugas lain juruteknik pula adalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga bertugas untuk menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugas sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. Mereka juga bertugas dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta mampu melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa. Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun, bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak
  • 19. peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai. Diharapkan kerajaan dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di setiap sekolah di negara kita supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan diselenggarakan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita di seluruh negara dan ini dapat merealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya celik IT. 3.2 Tambahan Makmal Komputer Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT. Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. 3.3 Penyediaan Kemudahan Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada
  • 20. paraguru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000). Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang mengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di beberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahandan Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka yang berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka yang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antara komuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre tersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya menggunakan inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar (Chandran,2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna. Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat
  • 21. daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak. Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah dalam pendidikan matematik ini. Penggunaan ICT ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar kerana dengan meggunakan ICT dalam P&P, suasana kelas atau P&P itu sendiri akan menjadi lebih menarik. Selain itu, pelajar akan belajar dengan lebih gembira. Tahap pembelajaran pelajar pula akan meningkat. Dengan penggunaan ICT dalam P&P, pelajar akan lebih faham. Seterusnya, belajar berbantukan ICT juga dapat melatih peajr supaya belajar sendiri. Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran juga akan menjadi lebih menarik. Guru juga boleh menyimpan dan menggunakan semula bahan pengajaran yang telah digunakan. Tetapi, apa yang kerajaan ingin lakukan tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana sikap guru itu sendiri dan kekangan-kekangan yang lain. Oleh itu, guru-guru perlu mengambil inisiatif sendiri agar proses P&P di bilik darjah dapat dijalankan dengan menggunakan ICT dan dapat mencapai matlamat kerajaan.
  • 22. 5.0 RUJUKAN Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah Binti Kassim@Aziz (2008). Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Pelatih UTM. Tesis Sarjana, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College Press. Mustafa, H. (2006). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Pulau Pinang. Kajian Malaysia. Ting K, S. (2005). Sikap Guru Guru, Peranan ICT Dan Kekangan/Cabaran Penggunaan ICT. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional.Universiti Tekonologi Malaysia: Fakulti Pendidikan.