SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SIRI NOTA KULIAH BMM 3112
1.0 PENGENALAN
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi
kata“Melayu”.Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli
sejarah.Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan
dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan
Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-
645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di
daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai
bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang
bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang
dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa
Kuno pula, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara.Ini dapat
dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak
dari Yunan ke Tanah Melayu.
Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan
pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk
kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu
dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni
pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini.
Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk
kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah
Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.Bahasa
yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu.Bahasa ini
menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula
sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga.
1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU
Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-
bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H.
Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W.
Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut
memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari
Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain.
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan
Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H.
Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa
Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak
tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa
dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara.Beliau menyimpulkan bahawa
kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama
dengan bahasanya sekali.
Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga
mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan
persamaan beberapa perkataan.Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang
terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa
pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan
yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.
Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa
Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa
serumpun.Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal
dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara.Dalam
kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang
menjangkau lebih 5,000 tahun.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu
didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun
utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1).
Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris
1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia
Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan,
iaitu austro dannesos.Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud
selatan; manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang
bermaksud pulau. Oleh itu, istilah austronesia membawa pengertian “pulau-pulau
selatan”(Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala
istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang
telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa Melayu dengan
bahasa-bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa
yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun
bahasa Austroasia dan Tibet–China.Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan
sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 – 5,000 tahun.
Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa
di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di
Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia
(bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di
kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah 1.2).
Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia
1.1.2 Rumpun Bahasa Melayu
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa
Austronesia.Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris.Filum Austris
terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan
rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-
China.Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia
(Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2).Dalam keluarga
bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu,
bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan
Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini,
Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon,
dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan
bahasa Sumatera.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal
daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari
daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia
Tenggara.Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500
sebelum Masihi.Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah.Mereka tinggal di
kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari
makan.Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun
1,500 sebelum Masihi.Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab-
sebabnya.Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui
Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke
daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang
terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah,
lembah sungai dan di tepi laut.
Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal
dari Tanah Besar Asia Tenggara.Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji
Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal
dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian
lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera
dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India.Henry Yule pula
berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam
antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di
kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah
daripada keturunan yang sama.
Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk
kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia
Tenggara.Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari
Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada
juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang
lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees.Beliau membuat
kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan
dan data yang lebih perinci.Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu
tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai
Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu.Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah
Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan
Medan.Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu
Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang
Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh,
bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias,
Mentawai, Minangkabau dan Lampung.
Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu
Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang
daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga Bahasa
Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor
mempunyai induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian
Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal
daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa
Austronesia.
Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16
subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-
Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-
Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya.
Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu,
Nias, Lampung, dan orang Laut.
Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu
tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan
bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa
Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut
dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan
penting pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut
Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai
pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga
bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk
bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu,
iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan
bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.Malah kerajaan yang
memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya
Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.
Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa
Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam
kepulauan Melayu.Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan
menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan
semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam
sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan
perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu:
i) Bahasa Melayu Kuno
ii) Bahasa Melayu Klasik
iii) Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan
dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu
Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis
pada masa itu.
Terjemahan
Kaedah Menterjemah
Definisi Penterjemahan
Proses pemindahan maklumat dari bahasa sumber/asal ke bahasa sasaran/penerima dengan
mengekalkan makna, struktur dan gaya. Hasil proses ini ialah terjemahan.
Jenis Terjemahan
1) Kata Demi Kata
Penterjemahan dibuat dengan mengikut susunan perkataan bahasa sumber tanpa menghiraukan
perbezaan struktur bahasa, khususnya struktur ayat, bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Kaedah
penterjemahan ini tidak baik kerana ia cenderung untuk melanggar tatabahasa bahasa sasaran dan
mungkin lari daripada makna sebenar.
Contoh terjemahan kata demi kata adalah seperti yang berikut:
Teks asal (Terjemahan kata demi kata)
1. Ladies and gentlemen (Puan-puan dan tuan-tuan)
2. She is a USM lecturer (Dia ialah seorang pensyarah USM)
3. It takes a village to educate a child (Ia mengambil/memerlukan sebuah kampung untuk mendidik
seorang anak)
4. There is a crocodile in the river (Di sana ialah seekor buaya di dalam sungai itu)
Analisis kesalahan/kelemahan:
Terjemahan (1) tidak mengambil kira budaya orang Melayu yang lebih mengutamakan orang lelaki.
Terjemahan yang sepatutnya ialah ”Tuan-tuan dan puan-puan” kerana orang Melayu/Malaysia lebih
mengutamakan orang lelaki. Terjemahan (2), (3) dan (4) meniru bulat-bulat struktur ayat bahasa
Inggeris.Struktur seperti ini tidak terdapat dalam BM.
2) Harfiah
Penterjemahan dibuat berdasarkan maksud sesuatu perkataan semata-mata tanpa menghiraukan
makna perkataan itu dalam konteks budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik
penutur bahasa sumber. Kaedah penterjemahan ini juga tidak baik kerana ia mungkin menghasilkan
terjemahan yang maknanya berbeza daripada makna sebenar. Ia juga mungkin menyinggung
perasaan pembaca/khalayak bahasa sasaran.
Contoh terjemahan harfiah adalah seperti yang berikut:
Teks asal (Terjemahan harfiah)
1. Thank you (Syukur kamu)
2. Ladies and gentlemen (Laki-laki dan wanita-wanita yang budiman)
3. Unsung heroes (Wira-wira yang tidak didendangkan)
4. He is a rat (Dia tikus)
5. Light blue (Biru terang)
6. Israel’s government (kerajaan Israel)
7. Hamas terrorists (pengganas-pengganas Hamas)
8. I love you, mum (Saya sayang awak, ibu)
9. *"dialog kartun Jepun"+ (”Wah, daging babi ini sungguh lazat!”)
Analisis kesalahan/kelemahan:
Terjemahan (1), iaitu “syukur kamu”, tidak pernah digunakan oleh masyarakat Melayu ketika
menzahirkan penghargaan terhadap orang yang berbuat baik kepada mereka. Terjemahan (2) dan
(3) tidak menurut cara pengucapan orang Melayu. Terjemahan (4) menyalahi makna kerana “tikus”
dalam bahasa Melayu melambangkan sikap penakut, sedangkan “tikus” (rat) dalam bahasa Inggeris
melambangkan kehinaan dari segi kedudukan.Terjemahan (5) salah.Yang sepatutnya ialah “biru
muda”.Terjemahan (6) dan (7) tidak mengendahkan fahaman politik / pegangan agama masyarakat
Melayu/Malaysia yang tidak mengiktiraf kewujudan negara/kerajaan Israel dan menganggap orang-
orang Yahudi menduduki secara haram wilayah Palestin. Oleh itu, pada pandangan masyarakat
Melayu/Malaysia “kerajaan Israel” tidak wujud, dan orang-orang yang menentang pihak yang
menduduki secara haram wilayah mereka (Palestin/Hamas) tidak boleh dianggap “pengganas”.
Terjemahan (8) dan (9) tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Melayu yang menganggap
penggunaan kata ganti diri “awak” terhadap ibu mereka (8) adalah biadap, sementara “daging babi”
(9) pula adalah haram dan dianggap jijik oleh masyarakat Melayu.Oleh itu, kata ganti diri “awak”
tidak seharusnya digunakan terhadap “ibu”. Masyarakat Melayu tentu tidak dapat menerima
penyataan bahawa “daging babi” yang haram dan jijik itu “lazat”.
3) Bebas
Penterjemahan dilakukan tanpa terikat dengan budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan
fahaman politik pengarang asal.Ia juga tidak terikat dengan struktur frasa dan ayat bahasa sumber.
Contoh terjemahan bebas (dan betul) adalah seperti yang berikut:
Teks asal (Terjemahan bebas)
1. Thank you (Terima kasih)
2. Ladies and gentlemen (Tuan-tuan dan puan-puan)
3. Unsung heroes (Wira-wira yang dilupakan)
4. He is a rat (Dia kucing/anjing kurap)
5. Light blue (Biru muda)
6. Israel’s government (Rejim Israel)
7. Hamas terrorists (Pejuang-pejuang Hamas)
8. I love you, mum (Saya sayang ibu)
9. *"dialog kartun Jepun"+ (”Wah, masakan ini sungguh lazat!”)
10. She is a USM lecturer (Dia pensyarah USM)
11. It takes a village to educate a child (Kerjasama seluruh ahli masyarakat diperlukan untuk
mendidik seorang anak)
12. There is a crocodile in the river (Ada seekor buaya di dalam sungai itu)
Selain perkara-perkara yang telah dijelaskan, ada aspek lain yang perlu dipertimbangkan dalam
penterjemahan. Aspek tersebut ialah pengetahuan pembaca/khalayak sasaran mengenai sesuatu
perkara.Misalnya, terjemahan “sebuah pekan kecil di utara Lille” tentulah tidak memberikan apa-apa
pengertian kepada pembaca di Malaysia kerana mereka tidak mengetahui kedudukan “Lille”.
Sekiranya maklumat ini tidak perlu diketahui oleh pembaca, ia boleh dibuang sahaja.
Sebaliknya, jika maklumat kedudukan “pekan kecil itu” dan “Lille” perlu diketahui, penterjemah
perlu memberikan maklumat tambahan / mengubah suai maklumat. Misalnya, maklumat “sebuah
pekan kecil di utara Perancis” lebih dimengerti oleh pembaca di Malaysia.
Sebaliknya, maklumat “Alor Setar yang terletak di utara semenanjung” tentulah tidak perlu bagi
khalayak/pembaca Malaysia kerana mereka memang mengetahui kedudukan bandar raya itu.Oleh
itu, maklumat kedudukan bandar raya berkenaan tidak perlu ada dalam terjemahan.
Istilah lain yang ada kaitan dengan penterjemahan
Transliterasi
Dibuat dengan meminda perkataan, khususnya istilah, dengan cara mengubah sedikit ejaan
/sebutan tetapi tetap mengekalkan perkataan/istilah berkenaan mengikut bahasa sumbernya.
Contoh:
Idealogy – Idealogi
University – Universiti
Melamine - melamin
Adaptasi
Dibuat dengan meniru karya asal dengan cara mengambil cerita dasarnya (plot) sahaja. Nama-nama
watak, latar tempat, latar masa dan latar budaya menggunakan unsur tempatan.Contohnya,
“Bawang Puteh Bawang Merah” diadaptasi daripada “Cinderella”.
Kesimpulan
Dalam penterjemahan, tidak semestinya maklumat dari bahasa asal dipindahkan 100 peratus ke
bahasa sasaran.Maklumat boleh dipinda, ditambah atau dikurangkan. Dengan kata lain, seseorang
penterjemah tidak melakukan kerja penterjemahan semata-mata. Beliau seharusnya melakukan juga
tugas pengeditan. Dalam hal ini, seseorang penterjemah perlu mengambil kira perkara-perkara yang
berikut:
1) Perbezaan struktur bahasa (frasa & ayat) bahasa asal dengan bahasa sasaran.
2) Perbezaan budaya, pegangan agama, sudut pandangan, fahaman politik
pengarang asal dengan pembaca/khalayak bahasa sasaran.
3) Pengetahuan pembaca/khalayak sasaran.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Izzah Zahh
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
AnibintiMisran
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Fadhilah Atikah
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Sharmilah Mimi
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantara
firo HAR
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
Zakira Hafizah
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
IPG
 

La actualidad más candente (20)

Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Asal usul Bahasa Melayu
Asal usul Bahasa MelayuAsal usul Bahasa Melayu
Asal usul Bahasa Melayu
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Nik safiah karim
Nik safiah karimNik safiah karim
Nik safiah karim
 
Kata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantaraKata serapan bahasa nusantara
Kata serapan bahasa nusantara
 
Tulisan kawi dan jawi
Tulisan kawi dan jawiTulisan kawi dan jawi
Tulisan kawi dan jawi
 
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa MelayuPowerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
Powerpoint BML3012 Sejarah Bahasa Melayu
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
asal usul bangsa melayu
asal usul bangsa melayuasal usul bangsa melayu
asal usul bangsa melayu
 
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASINGBAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
BAB 2 - BAHASA MELAYU MODEN & UNSUR ASING
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 

Similar a Sejarah perkembangan bahasa melayu

Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
nealosen
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
libangulu
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
Wan Yusof
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
Muhd Rais
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
Hendon Ramlan
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
Syahmi Fauzee
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Zakira Hafizah
 

Similar a Sejarah perkembangan bahasa melayu (20)

Sejarah perkembanganbm
 Sejarah perkembanganbm Sejarah perkembanganbm
Sejarah perkembanganbm
 
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptxBAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
BAB 1 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu.pptx
 
A. topik 1
A. topik 1A. topik 1
A. topik 1
 
Asal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayuAsal usu-bahasa-melayu
Asal usu-bahasa-melayu
 
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
Bahasa melayu terbaru sejarah perkembangan bahasa mac 2017
 
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptxWEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
WEEK_1_-_PENGENALAN.pptx
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
 
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
20778959 sejarah-bahasa-melayu-penterjemahan-jawi-istilah
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Bmm 3112
Bmm 3112Bmm 3112
Bmm 3112
 
(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12(Sadn1013 h) kump 12
(Sadn1013 h) kump 12
 
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm20150128122227 topik 1   sejarah perkembangan bm
20150128122227 topik 1 sejarah perkembangan bm
 
Bm1
Bm1Bm1
Bm1
 
Asal melayu
Asal melayuAsal melayu
Asal melayu
 
Presentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bmPresentation bm1 asal bm
Presentation bm1 asal bm
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
A. topik 1 (1)
A. topik 1 (1)A. topik 1 (1)
A. topik 1 (1)
 
Nota bab 1
Nota bab 1Nota bab 1
Nota bab 1
 
Nota Bab
Nota BabNota Bab
Nota Bab
 

Sejarah perkembangan bahasa melayu

  • 1. SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SIRI NOTA KULIAH BMM 3112 1.0 PENGENALAN Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata“Melayu”.Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah.Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644- 645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara.Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu. Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu.Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga. 1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa- bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem Von Humboldt, Van Der Tuuk, Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain. Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien dan lain-lain. Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara.Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan.Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan, beberapa
  • 2. pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia. Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun.Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara.Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama: Bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1). Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris 1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dannesos.Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan; manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud pulau. Oleh itu, istilah austronesia membawa pengertian “pulau-pulau selatan”(Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara Bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet–China.Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 – 5,000 tahun. Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasa-bahasa di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah 1.2). Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia 1.1.2 Rumpun Bahasa Melayu
  • 3. Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun Bahasa Austronesia.Asal-usul Bahasa Melayu adalah dari filum Austris.Filum Austris terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet- China.Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2).Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur Bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke wilayah Asia Tenggara.Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang sejak tahun 2,500 sebelum Masihi.Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah.Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja mencari makan.Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira dalam tahun 1,500 sebelum Masihi.Perpindahan mereka juga tidak dapat dipastikan sebab- sebabnya.Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut. Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara.Pendapat ini didukung oleh pengkaji-pengkaji Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku Naga di India.Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama. Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia Tenggara.Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees.Beliau membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan sedikit perubahan dan data yang lebih perinci.Menurut Mees lagi, bahasa dan dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu Bahasa Melayu.Malah, daerah Bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang, Kampar, Jambi dan Medan.Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa tua daripada salah satu
  • 4. Bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula, terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan, dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung. Rajah 1.3: Keluarga Bahasa Melayu Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga Bahasa Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan Bahasa Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada Bahasa Melayu Johor kemudian Bahasa Melayu Tengah sebelum ke Bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada Bahasa Melayu Proto yang juga merupakan kumpulan Bahasa Austronesia. Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), Bahasa Melayu terpecah kepada 16 subkeluarga atau bahasa, iaitu Bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali- Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna- Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya. Dalam subkeluarga Sumatera termasuk Bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut. Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan Bahasa Indonesia begitu tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan penting pada induk Bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga
  • 5. bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya Bahasa Melayu, iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.Malah kerajaan yang memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor. Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu.Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa, maka jadilah Bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu: i) Bahasa Melayu Kuno ii) Bahasa Melayu Klasik iii) Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan dengan bahasa lain seperti Bahasa Jawa atau Bahasa Tagalog. Bahasa Melayu Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang bertulis pada masa itu. Terjemahan Kaedah Menterjemah Definisi Penterjemahan Proses pemindahan maklumat dari bahasa sumber/asal ke bahasa sasaran/penerima dengan mengekalkan makna, struktur dan gaya. Hasil proses ini ialah terjemahan. Jenis Terjemahan 1) Kata Demi Kata Penterjemahan dibuat dengan mengikut susunan perkataan bahasa sumber tanpa menghiraukan perbezaan struktur bahasa, khususnya struktur ayat, bahasa sumber dengan bahasa sasaran. Kaedah penterjemahan ini tidak baik kerana ia cenderung untuk melanggar tatabahasa bahasa sasaran dan mungkin lari daripada makna sebenar.
  • 6. Contoh terjemahan kata demi kata adalah seperti yang berikut: Teks asal (Terjemahan kata demi kata) 1. Ladies and gentlemen (Puan-puan dan tuan-tuan) 2. She is a USM lecturer (Dia ialah seorang pensyarah USM) 3. It takes a village to educate a child (Ia mengambil/memerlukan sebuah kampung untuk mendidik seorang anak) 4. There is a crocodile in the river (Di sana ialah seekor buaya di dalam sungai itu) Analisis kesalahan/kelemahan: Terjemahan (1) tidak mengambil kira budaya orang Melayu yang lebih mengutamakan orang lelaki. Terjemahan yang sepatutnya ialah ”Tuan-tuan dan puan-puan” kerana orang Melayu/Malaysia lebih mengutamakan orang lelaki. Terjemahan (2), (3) dan (4) meniru bulat-bulat struktur ayat bahasa Inggeris.Struktur seperti ini tidak terdapat dalam BM. 2) Harfiah Penterjemahan dibuat berdasarkan maksud sesuatu perkataan semata-mata tanpa menghiraukan makna perkataan itu dalam konteks budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik penutur bahasa sumber. Kaedah penterjemahan ini juga tidak baik kerana ia mungkin menghasilkan terjemahan yang maknanya berbeza daripada makna sebenar. Ia juga mungkin menyinggung perasaan pembaca/khalayak bahasa sasaran. Contoh terjemahan harfiah adalah seperti yang berikut:
  • 7. Teks asal (Terjemahan harfiah) 1. Thank you (Syukur kamu) 2. Ladies and gentlemen (Laki-laki dan wanita-wanita yang budiman) 3. Unsung heroes (Wira-wira yang tidak didendangkan) 4. He is a rat (Dia tikus) 5. Light blue (Biru terang) 6. Israel’s government (kerajaan Israel) 7. Hamas terrorists (pengganas-pengganas Hamas) 8. I love you, mum (Saya sayang awak, ibu) 9. *"dialog kartun Jepun"+ (”Wah, daging babi ini sungguh lazat!”) Analisis kesalahan/kelemahan: Terjemahan (1), iaitu “syukur kamu”, tidak pernah digunakan oleh masyarakat Melayu ketika menzahirkan penghargaan terhadap orang yang berbuat baik kepada mereka. Terjemahan (2) dan (3) tidak menurut cara pengucapan orang Melayu. Terjemahan (4) menyalahi makna kerana “tikus” dalam bahasa Melayu melambangkan sikap penakut, sedangkan “tikus” (rat) dalam bahasa Inggeris melambangkan kehinaan dari segi kedudukan.Terjemahan (5) salah.Yang sepatutnya ialah “biru muda”.Terjemahan (6) dan (7) tidak mengendahkan fahaman politik / pegangan agama masyarakat Melayu/Malaysia yang tidak mengiktiraf kewujudan negara/kerajaan Israel dan menganggap orang- orang Yahudi menduduki secara haram wilayah Palestin. Oleh itu, pada pandangan masyarakat
  • 8. Melayu/Malaysia “kerajaan Israel” tidak wujud, dan orang-orang yang menentang pihak yang menduduki secara haram wilayah mereka (Palestin/Hamas) tidak boleh dianggap “pengganas”. Terjemahan (8) dan (9) tidak mengendahkan sensitiviti masyarakat Melayu yang menganggap penggunaan kata ganti diri “awak” terhadap ibu mereka (8) adalah biadap, sementara “daging babi” (9) pula adalah haram dan dianggap jijik oleh masyarakat Melayu.Oleh itu, kata ganti diri “awak” tidak seharusnya digunakan terhadap “ibu”. Masyarakat Melayu tentu tidak dapat menerima penyataan bahawa “daging babi” yang haram dan jijik itu “lazat”. 3) Bebas Penterjemahan dilakukan tanpa terikat dengan budaya, pegangan agama, sudut pandangan dan fahaman politik pengarang asal.Ia juga tidak terikat dengan struktur frasa dan ayat bahasa sumber. Contoh terjemahan bebas (dan betul) adalah seperti yang berikut: Teks asal (Terjemahan bebas) 1. Thank you (Terima kasih) 2. Ladies and gentlemen (Tuan-tuan dan puan-puan) 3. Unsung heroes (Wira-wira yang dilupakan) 4. He is a rat (Dia kucing/anjing kurap) 5. Light blue (Biru muda) 6. Israel’s government (Rejim Israel)
  • 9. 7. Hamas terrorists (Pejuang-pejuang Hamas) 8. I love you, mum (Saya sayang ibu) 9. *"dialog kartun Jepun"+ (”Wah, masakan ini sungguh lazat!”) 10. She is a USM lecturer (Dia pensyarah USM) 11. It takes a village to educate a child (Kerjasama seluruh ahli masyarakat diperlukan untuk mendidik seorang anak) 12. There is a crocodile in the river (Ada seekor buaya di dalam sungai itu) Selain perkara-perkara yang telah dijelaskan, ada aspek lain yang perlu dipertimbangkan dalam penterjemahan. Aspek tersebut ialah pengetahuan pembaca/khalayak sasaran mengenai sesuatu perkara.Misalnya, terjemahan “sebuah pekan kecil di utara Lille” tentulah tidak memberikan apa-apa pengertian kepada pembaca di Malaysia kerana mereka tidak mengetahui kedudukan “Lille”. Sekiranya maklumat ini tidak perlu diketahui oleh pembaca, ia boleh dibuang sahaja. Sebaliknya, jika maklumat kedudukan “pekan kecil itu” dan “Lille” perlu diketahui, penterjemah perlu memberikan maklumat tambahan / mengubah suai maklumat. Misalnya, maklumat “sebuah pekan kecil di utara Perancis” lebih dimengerti oleh pembaca di Malaysia. Sebaliknya, maklumat “Alor Setar yang terletak di utara semenanjung” tentulah tidak perlu bagi khalayak/pembaca Malaysia kerana mereka memang mengetahui kedudukan bandar raya itu.Oleh itu, maklumat kedudukan bandar raya berkenaan tidak perlu ada dalam terjemahan. Istilah lain yang ada kaitan dengan penterjemahan
  • 10. Transliterasi Dibuat dengan meminda perkataan, khususnya istilah, dengan cara mengubah sedikit ejaan /sebutan tetapi tetap mengekalkan perkataan/istilah berkenaan mengikut bahasa sumbernya. Contoh: Idealogy – Idealogi University – Universiti Melamine - melamin Adaptasi Dibuat dengan meniru karya asal dengan cara mengambil cerita dasarnya (plot) sahaja. Nama-nama watak, latar tempat, latar masa dan latar budaya menggunakan unsur tempatan.Contohnya, “Bawang Puteh Bawang Merah” diadaptasi daripada “Cinderella”. Kesimpulan Dalam penterjemahan, tidak semestinya maklumat dari bahasa asal dipindahkan 100 peratus ke bahasa sasaran.Maklumat boleh dipinda, ditambah atau dikurangkan. Dengan kata lain, seseorang penterjemah tidak melakukan kerja penterjemahan semata-mata. Beliau seharusnya melakukan juga tugas pengeditan. Dalam hal ini, seseorang penterjemah perlu mengambil kira perkara-perkara yang berikut: 1) Perbezaan struktur bahasa (frasa & ayat) bahasa asal dengan bahasa sasaran. 2) Perbezaan budaya, pegangan agama, sudut pandangan, fahaman politik pengarang asal dengan pembaca/khalayak bahasa sasaran. 3) Pengetahuan pembaca/khalayak sasaran.