SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 30
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


1.0 Pengenalan


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan

terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya

bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi

ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku

sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut

menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga

boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris

contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari

sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat

Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras

umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan

yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan

pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi

dan hubungan antara kaum di Malaysia.




2.0 Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969


Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini

iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan

yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan

tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya

terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang Melayu dan


201019                                                                                  Page 1
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan’ (Siew Chang Yee,

2007). Antara punca konflik adalah:




       2.1 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun


Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.

Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding

dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China

sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam

ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang

Melayu dan Cina.




       2.2 Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris


Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan

oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang

mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah

menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi

kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga

di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang

tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar

bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar

kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan


201019                                                                              Page 2
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat

bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi

antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi

mereka tidak seimbang.




Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang

dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan

nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun

dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di

estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik

yang    berdasarkan   kegiatan ekonomi   yang    tinggal   dalam   kelompok   masing-masing.

Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan

perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei

1969.




Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi

terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan

kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah

berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang

tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap

pertumbuhan    ekonomi    tanpa   menghiraukan    ketidakseimbangan    sosio-ekonomi    dalam

masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah


201019                                                                                 Page 3
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan

perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah

lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk

memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai

punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.




       2.3 Latar belakang pendidikan yang berbeza


Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa

kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di

Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah

Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang

tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar

keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-

masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar

juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan

keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh

orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.




Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan

yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus

pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini

telah menyebabkan timbulnya      pelbagai   masalah   yang   memberi    impak   buruk    dalam

201019                                                                                Page 4
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


pembentukan     kaum   di   Malaysia.   Walaupun    selepas   kemerdekaan    kerajaan   cuba

memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan

ini sukar dilakukan.




Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam

oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu

mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS)

pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan

yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun

berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi

dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh

UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya

gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18

Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang

menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan

untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak

MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka

maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu

kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan

Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi

bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran

201019                                                                              Page 5
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.

Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga

keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.




       2.4 Pertelingkahan Parti Politik


Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta

dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai

pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya

itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan

orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan

keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah

menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula

membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera

orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang

Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam

pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai

oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan

cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak

istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .




Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan

kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan

201019                                                                            Page 6
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept.

1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara

berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan

ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan

pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan

rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh

parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah

mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan

bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti

Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri

seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana

kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah

menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang

mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa

sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang

Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan

Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan

waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu

kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat

lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang

terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat

seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu

punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat



201019                                                                               Page 7
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala

Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya

supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk

mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang

majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai

polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah

diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu

telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang

Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah

pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga

sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini

telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu

tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan

komunis.




       2.5 Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu


PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak

istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah

diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo

dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu

sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak

istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu


201019                                                                               Page 8
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-

orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai

alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan

ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina

dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari

Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba

membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah

ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama

Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti

pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan

soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan

rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini

bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak

mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.




       2.6 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara


Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.

Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan

telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu

dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka

kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk

mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf


201019                                                                             Page 9
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan

pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang

dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa

Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.




       2.7 Perbezaan agama dan budaya


Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza,

Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang

beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah

perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil

terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja

telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan

peristiwa 13 Mei 1969.




       2.8 Masalah ekonomi


Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan

menimbulkan    rasa      tidak   puas   hati   dan   persaingan ekonomi   secara   tidak   sihat.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain.

Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina




201019                                                                                Page 10
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan

dalam sektor pentadbiran.




       2.9 Persatuan-persatuan etnik


Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik,

sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan

kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei

1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir

memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia

kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala.

Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri

mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi

kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.




3.0 Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi


Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenal pasti

sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang

senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan

pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat

dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak

kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi


201019                                                                                Page 11
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah

melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan

Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian

kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan

untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.




Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan

dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui

langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang

dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih

terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun

1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus

penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990. Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera

23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah

untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah

menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang

ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan

perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari

tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah

seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5%

30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya

usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB

sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang

201019                                                                             Page 12
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan

menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan

terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan

penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi

penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan

seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya

mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil,

sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran

antarabangsa. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum

bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi

Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan

untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa

di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik

daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1

peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983)




Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada 88.1 peratus

pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi

ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada

tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya

peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan

racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.



201019                                                                              Page 13
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


       3.1 Strategi dan Usaha Membasmi Kemiskinan


Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah mengkategorikannya kepada dua bahagian

iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970

terdapar kira-kira 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima

pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar

dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar , program pembangunan lebih

tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan pembangunan tanah . Golongan sasarannya

ialah petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru

dan buruh kasar pertanian.




Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan menambah kemudahan asas seperti bekalan

air, elektrik, pengairan, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pelajaran atau latihan, kemudahan

kredit serta pemasaran dan subsidi pertanian seperti benih dan baja. Kerajaan juga

melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru. Langkah

seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang pertanian, perikanan dan

penternakan. Selain itu kaedah penanaman dua kali setahun, tanaman luar musim dan tanaman

kontang turut diperluaskan. Badan-badan berkanun yang bertanggungjawab dalam melaksanakan

rancangan ini seperti FELDA, RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Kemiskinan di bandar

pula biasanya dikaitkan dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar. Oleh sebab itu di

bandar juga turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah,

kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendeknya langkah

menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk mengurangkan


201019                                                                               Page 14
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan didapati berjaya dalam usaha

mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970

telah berjaya dikurangkan kepada 66100 pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang

jatuh daripada 49.3 peratus kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun

1970 telah bewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekali pun ia masih di bawah garis

kemiskinan namun ia telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat berdasarkan

angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980.


Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua cuba menggariskan beberapa

tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan

pergantungan kepada getah dan bijih timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan

perusahaan pembuatan dengan tujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan

masalah pengangguran di samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri.

Keadaan ini lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir

Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan

terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu pertiga sahaja

daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala tujuan dan rancangan ini

kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta ringgit melalui Rancangan Malaysia

Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan

cuba memberi penekanan terhadap pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang

Melayu secara lebih terbuka.




201019                                                                            Page 15
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun masalah kemiskinan masih

berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar dan golongan termiskin . Untuk itu ia

telah menjadi teras bagi pencapaian matlamat pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional

(DPN) sebagaimana yang terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2).

Tahun 1990 adalah tahun berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak

menampakkan satu kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai.

Maka bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah

memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir Mohamad

pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan perpaduan negara malah

ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta dapat mengekalkan

pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN juga merupakan satu langkah untuk membolehkan

Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang

telah dicapai di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa

perlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah seperti berikut :


i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan

menghapus kemiskinan di kalangan keluarga termiskin hardcore poor di samping mengurangkan

kemiskinan relatif. (Golongan termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang

daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah

sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi

rumah 5.4 di Sabah dan RM452bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000isi rumah

ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin;




201019                                                                             Page 16
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan

seterusnya mengekalkan penyertaqan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;


iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses

penyusunan semula masyarakat; dan


iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan

etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.




Apabila diperbincangkan tentang perubahan dan kesan dasar ekonomi negara ditafsirkan sebagai

‘cara pengurusan’ dan ‘cara pengawalan’ sesebuah ekonomi dan sesebuah system ekonomi.

Menurut Abdul Shukor Ariffin dan Hassan Ali (1982) menyatakan sesuatu dasar ekonomi

Negara hanya dapat dilihat secara dedaktif iaitu tidak secara langsung. Bermulanya sejarah

pengenalan kaum-kaum terbesar di Malaysia menerusi fungsi-fungsi ekonomi. Gejala inilah

yang menjadi bibit-bibit pertelingkahan antara kaum. Pergolakan dasar ekonomi Negara dalam

jangka masa (1957-1969) sebahagian besar dapat dicerminkan melalui Rancangan Malaya I,

Rancangan Malaya II, dan Rancangan Malaysia I. Berbeza dengan Negara-negara dunia ketiga

yang mencapai kemerdekaan mereka secara revolusi sedangkan Negara kita mencapai

kemerdekaan melalui perundingan dan tolak ansur dengan kerajaan British. Oleh itu perubahan

politik di Negara ini adalah secara berperingkat-peringkat yakni bercorak evolusi. Implikasinya

perubahan dasar ekonomi Negara juga berlaku secara evolusi di mana perubahan-perubahan

besar serta radikal tidak berlaku ketika mencapai kemerdekaan. Wujudnya kadar political will

yang begitu tinggi dalam rancangan Malaysia II dan Rancangan Malaysia III adalah disebabkan


201019                                                                               Page 17
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


pergolakan yang berlaku pada tahun 1969 iaitu 13 Mei yang mengkehendaki penghapusan

masalah asas masyarakat Malaysia iaitu kekurangan perpaduan antara kaum. Dasar ekonomi

baru selalunya dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei. Tetapi sebenarnya, DEB itu memang telah

pun difikirkan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei dan perancangan Malaysia II. Za’ba ada

menghuraikan tentang kemunduran serta kemiskinan orang Melayu dalam konteks Ekonomi

Tanah Melayu di dalam akhbar tempatan. Za’ba juga menganalisa dan memberi syor secara

implikasi bagaimana hendak mengatasi masalah-masalah tersebut dan mengikut Ungku Aziz

(1982) tentang keperluan untuk menyusun semula masyarakat dan untuk menghapuskan

kemiskinan dalam kalangan orang Melayu. Selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969,

Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri pada masa itu telah mengambil keputusan untuk

menubuhkan Mageran pada 14 Mei. Kemudian pada 16 Mei mesyuarat cabinet telah diadakan di

mana Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik secara rasmi menjadi pengarah Majlis Gerakan

Negara (MAGERAN).




4.0 Strategi Penyusunan Semula Masyarakat


Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum

Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi

ini bertujuan untuk menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor

ekonomi. Jika diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar

penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung ,

kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula di bandar-

bandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi


201019                                                                             Page 18
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


dan politik juga turut berbeza. Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usaha-

usaha untuk mencapai integrasi nasional .Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan

modal kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula

pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina . Dengan itu

strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing dapat

dikurangkan. Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam industri dan

perniagaan seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan modal. Untuk itu DEB

telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapat menambah

saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukan Bumiputera

dan 30% bagi pihak asing. Matlamat ini masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia

keenam tetapi tiada jangka masa tertentu ditetapkan untuk pencapaiannya. Berikut adalah jadual

yang menunjukkan pemilikan modal saham dalam sektor syarikatdalam jangka masa 1971 -

1990.


Persoalan yang timbul adalah adakah corak yang ditunjukkan itu memungkinkan tercapainya

sasaran? Beberapa ciri berikut boleh diteliti:


i Dalam tempoh 1971 - 1990, peratusan hak milik penduduk Malaysia telah meningkat daripada

38.3% pada tahun 1971 kepada 57.1% pada tahun 1980 dan 74.9 pada tahun 1990.


ii. Dalam tempoh yang peratus hak milik Bumiputera perseorangan dan agensi amanah telah

meningkat daripada 4.3% pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 20.3% pada tahun

1990 .


iii. Dalam tempoh yang sama juga hak milik rakyat Malaysia lain telah meningkat daripada

34.0%pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 54.6%pada tahun 1990.


201019                                                                              Page 19
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


iv. Dalam tempoh yang sama juga hak milik penduduk asing telah menurundaripada 61.7%pada

tahun 1971 kepada 42.9% pada tahun 1980dan 25.1 pada tahun 1990.


v. Membandingkan nisbah 30:40:30 yang ingin dicapai , didapati hanya hak milik penduduk

Malaysia bukan Bumiputera yang perlu diagih semula untuk meningkatkan peratusan hak milik

Bumiputera.




Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besar hak milik Bumiputera datang dari

sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di samping Skim Amanah Saham Nasional (ASN)

dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dilaksanakan oleh Permodalan nasional Berhad

(PNB). Dalam pada itu Skim ASN telah berjaya memindahkan kekayaan Bumiputera yang

disimpan secara amanah oleh kerajaan menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar

masyarakat Bumiputera. Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur

Bumiputera iaitu kira-kira 43% daripada jumlah yang layak melabur. Dalam pada itu hak milik

dan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kecil menunjukkan

kemajuan yang boleh dibanggakan . Contohnya dalam sektor perdagangan runcit bilangan

pertubuhan milik Bumiputera telah meningkat dari 13% dalam tahun 1971 kepada 34.2% pada

tahun 1981. Pertambahannya kira-kira sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971 - `81.28

Bagaimanapun jumlah pemilikan modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut masih lagi

kecil. Daripada jumlah pelabur itu, 85% melabur sebanyak 500 unit atau kurang. Jadi matlamat

DEB masih tidak tercapai dan ia memerlukan masa dan usaha yang lebih giat ke arah itu.Dalam

usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera amatlah perlu demi

mengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk menggalakkan penyertaan kaum


201019                                                                            Page 20
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


Melayu atau Bumiputera dalam sektor perkilangan dijangka akan meningkatkan bilangan

pemodal Melayu dan seterusnya membantu mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang

dihasilkan oleh mereka. Dalam proses ini dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan

menikmati menafaat daripda pertumbuhan berteraskan pengayaan golongan pemodal Melayu

atau Bumiputera. Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan . Ini kerana dalam pasaran bebas

terutama dalam kontek masyarakat Melayu sehingga kini, hanya segelintir sahaja golongan

pemodal Melayu yang muncul. Maka selagi bilangan pemodal tidak bertambah, selagi itulah

negara menghadapi masalah untuk mewujudkan kesan lelehan. Tambahan pula satu syarat

penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi mestilah tinggi. Dengan demikian masalah agihan

pendapatan di kalangan Bumiputera masih di tahap mendukacitakan . Malah ada pendapat yang

mengatakan walaupun faedah yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak

pelancaran DEB meningkat , namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada kumpulan yang

mengecap nikmat lebih daripada yang lain. Andainya corak ini berterusan, maka jurang

perbezaan di kalangan kaum Melayu akan bertambah . Jadi arus perubahan ini akan meluaskan

lagi masalah ketaksamaan di kalangan kaum Melayu. KesimpulanPeristiwa pahit 13 Mei 1969

bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan -

sempadan yang harus diteliti dan dipelihara




5.0 Kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia dalam peristiwa 13 Mei

1969


Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana

pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa


201019                                                                              Page 21
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di

mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa

kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam

pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat

manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan

perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi

tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan

balas sebagai bantahan terhadapa penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi

maka tercetuslah peristiwa 13 mei 1969 itu




6.0 Peristiwa 13 Mei 1969 Jadi Pengajaran


Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam dalam

sejarah Negara itu, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di negara ini. Kesan dari

tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah.

Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia

merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah

menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas

masyarakat Malaysia.Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh

kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di

Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN’ telah

ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana

Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN.         Dengan Pembubaran


201019                                                                              Page 22
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS

PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari

semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara

semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di

negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha-

usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan,

kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai

menifestasi ideologi kebangsaan. Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini

dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling

hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan.




Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah

perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan

mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam

dalam sejarah negara Malaysia. Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah

memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya"

yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia

pada 1965.




Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan

parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa

Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak


201019                                                                               Page 23
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak

wasangka.




Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah

gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan

persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar

buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun

daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat

Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP)

menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.




Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang

dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong-

penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan

perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila

mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas. Kini aktivis

chuvanis cina menafikan trajedi 13 Mei 1969 sebagai rusuhan kaum. Mereka menebarkan

dakyah bahawa ianya adalah perancangan licik Tun Razak dan Dato' Harun.




Kalangan orang melayu pula mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang

dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca


201019                                                                                Page 24
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang

Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini

sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. Angka rasmi menunjukkan 196

mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah

menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley

menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. Statistik tidak rasmi

jumlah kematian:


Melayu : 86 orang


Cina : 342 orang


Lain-lain : 3 orang


Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi,

mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan

Travers waktu itu.




Rakyat negara ini perlu didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 supaya ia dapat

dijadikan iktibar dalam memulihara perpaduan kaum. Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi

Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, ia bukannya bertujuan untuk

menaikkan semangat perkauman tetapi bagi mengelak peristiwa yang sama berulang. Beliau

menegaskan, bagi Perkasa, mana-mana kaum termasuk Melayu, Cina atau India yang

mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah golongan antinasional.

“Mengapa sekarang timbul isu ketuanan Melayu? Masing-masing sudah pandai bercakap,


201019                                                                              Page 25
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


walaupun pembangkang, mereka tetap rakyat Malaysia. “Ini perbuatan yang kurang ajar dan

tidak menghormati Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sejak negara merdeka pada

1957,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini.




Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang disokong oleh Pengerusi

DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perihal ketuanan Melayu kerana

disifatkan tidak adil untuk kaum lain. Dalam pada itu, Ameir berkata, sebagai balasan kepada

orang Melayu dan pribumi yang memberikan kerakyatan begitu mudah kepada orang Cina dan

India, Artikel 153 memperuntukkan hak pusaka yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana

pihak.




“Sikap mempertikaikan peruntukan perlembagaan adalah satu tindakan yang biadab dan tidak

memahami undang-undang,” katanya. Beliau juga terus mempersoal pihak yang mempersoal

ketuanan Melayu.




“Apa yang kurang kepada orang-orang Cina dan India selama ini? Kalau masih rasa kekurangan,

jangan salahkan orang Melayu.




“Lagi banyak soal ini disentuh, lagi banyak ia menusuk keresahan di kalangan orang-orang

Melayu,” katanya.



201019                                                                             Page 26
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


Sementara itu, Ameir yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis berkata, adalah

amat susah untuk mentadbir tiga kaum sekiranya masing-masing hendak menunjukkan

kehebatan sendiri.


“Oleh itu, hanya satu kaum sahaja yang seharusnya menjadi induk kepada ikatan tiga kaum

dalam masyarakat majmuk iaitu pribumi Melayu.


“Sekiranya kaum lain turut mahu menunjukkan kehebatan, maka gagasan 1Malaysia tidak akan

tercapai,” katanya.




Kesimpulan


Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang

menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah

ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang

politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-

petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia

sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Peristiwa 13 Mei

memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia

menjadi sebuah negara yang pesat membangun bersama iklim politik yang sehat. Dalam

kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan

kebebasan politik. Tragedi berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya

merupakan insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati antara kaum,

merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara. ramai di kalangan kita

seolah-olah enggan menerima kenyataan bahawa Peristiwa 13 Mei telah tercatat dalam sejarah

201019                                                                            Page 27
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


hitam negara. Sejarah tercetusnya pergaduhan kaum yang berdarah. Dan para pemimpin

terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu

apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.




Tetapi kita lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita.

Bagaimana kita boleh melupakannya kalau kita tahu bahawa Rukun Negara dibentuk hasil

Peristiwa 13 Mei?




Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh

menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma

riak itu belum menjadi gelombang. Ini kerana mereka lupa sejarah. Sejarah hitam 13 Mei 1969.

Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang

membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan

perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman

dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu

dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita

terlampau lalai atau cuai. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan

semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah

mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok

bandingnya.




201019                                                                                Page 28
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan

cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati

agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan.




201019                                                                          Page 29
SADN 1033 Kenegaraan Malaysia


RUJUKAN


Abdul    Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali (1982). Malaysia sejarah dan proses
        pembangunannya : Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas
        1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia.
Lee Ban Chen (2004). Sejarah sebagai hakim muktamad. Kuala Lumpur : Strategic
     Information Research Development (SIRD)
Jawatankuasa Kolokium, Jabatan Sejarah (1991). Masyarakat melayu abad ke-19. Kementerian
       Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur.
Nik Anuar Nik Mahmud (2007). 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur :
     UtusanPublications & Distributions.
Siew Chang Yee (2007). Rusuhan kaum 13, Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindakan
      selepasnya. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramlah Adam (2004). Bibliografi politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan
      Bahasa dan Pustaka.


http://ms.shvoong.com/humanities/history/1652218-peristiwa-13-mei/


http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm




201019                                                                          Page 30

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
Rosley Steven
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
Nur Fareha
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
shafikah zakaria
 
Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5
Munirah Omar
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Mahyuddin Khalid
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
Mie Pa
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
Mohammad Yaqin
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
Yuvarani Subramaniam
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Aswa Nina
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Damia Noraini
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
ross
 

La actualidad más candente (20)

Sejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysiaSejarah pembentukan malaysia
Sejarah pembentukan malaysia
 
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISIKEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
KEPENTINGAN SISTEM MASYARAKAT MELAYU TRADISI
 
Imperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialismeImperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialisme
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Negeri negeri melayu
Negeri negeri melayuNegeri negeri melayu
Negeri negeri melayu
 
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
 
Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5Sistem perundangan malaysia bab 5
Sistem perundangan malaysia bab 5
 
Penentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan UnionPenentangan Terhadap Malayan Union
Penentangan Terhadap Malayan Union
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 
Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Konsep perlembagaan
Konsep perlembagaanKonsep perlembagaan
Konsep perlembagaan
 
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITAPENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
 

Similar a Peristiwa 13 mei

Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
su ana
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Umizah Khamis
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
Mak Jemah AF
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
Syah Nizam
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
magdalenne Marie Magdalyn
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
jasfida
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
ctwa1
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
WanBK Leo
 

Similar a Peristiwa 13 mei (20)

13 MEI 1969
13 MEI 196913 MEI 1969
13 MEI 1969
 
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 meiTutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
Sejarah k3
Sejarah k3Sejarah k3
Sejarah k3
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
Hubungan etnik UMS
Hubungan etnik UMSHubungan etnik UMS
Hubungan etnik UMS
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Asimen he
Asimen heAsimen he
Asimen he
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 

Peristiwa 13 mei

  • 1. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 1.0 Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. 2.0 Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang Melayu dan 201019 Page 1
  • 2. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan’ (Siew Chang Yee, 2007). Antara punca konflik adalah: 2.1 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. 2.2 Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris Hasil daripada kajian, kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan 201019 Page 2
  • 3. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat melayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung, masyarakat cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat india bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah 201019 Page 3
  • 4. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. 2.3 Latar belakang pendidikan yang berbeza Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak buruk dalam 201019 Page 4
  • 5. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran 201019 Page 5
  • 6. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. 2.4 Pertelingkahan Parti Politik Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan . Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan 201019 Page 6
  • 7. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat 201019 Page 7
  • 8. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis. 2.5 Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu 201019 Page 8
  • 9. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu. 2.6 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf 201019 Page 9
  • 10. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. 2.7 Perbezaan agama dan budaya Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. 2.8 Masalah ekonomi Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina 201019 Page 10
  • 11. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. 2.9 Persatuan-persatuan etnik Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini. 3.0 Kesan peristiwa 13 Mei 1969 dalam aspek ekonomi Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi 201019 Page 11
  • 12. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia membendung dan mengatasi masalah itu. Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi. Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990. Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang 201019 Page 12
  • 13. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia tidak mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus (1983) Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970 adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan peratusnya meningkat semula. 201019 Page 13
  • 14. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia 3.1 Strategi dan Usaha Membasmi Kemiskinan Dalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitu kemiskinan di bandar dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah paras kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasan bandar. Bagi kemiskinan luar bandar , program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan asas dan pembangunan tanah . Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar pertanian. Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan menambah kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, pengairan, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pelajaran atau latihan, kemudahan kredit serta pemasaran dan subsidi pertanian seperti benih dan baja. Kerajaan juga melipatgandakan pembangunan dan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru. Langkah seterusnya, kerajaan berusaha menyalurkan teknologi moden di bidang pertanian, perikanan dan penternakan. Selain itu kaedah penanaman dua kali setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut diperluaskan. Badan-badan berkanun yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA, RISDA, FELCRA, MADA dan KADA. Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar. Oleh sebab itu di bandar juga turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kos rendah, kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pendeknya langkah menyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk mengurangkan 201019 Page 14
  • 15. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia kemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan didapati berjaya dalam usaha mengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970 telah berjaya dikurangkan kepada 66100 pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuh daripada 49.3 peratus kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telah bewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekali pun ia masih di bawah garis kemiskinan namun ia telah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat berdasarkan angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980. Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua cuba menggariskan beberapa tujuan baru, antaranya berusaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan pergantungan kepada getah dan bijih timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatan dengan tujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran di samping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini lebih jelas lagi apabila Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampu mengeluarkan satu pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segala tujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta ringgit melalui Rancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama Rancangan Malaysia Kedua ini ialah kerajaan cuba memberi penekanan terhadap pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang Melayu secara lebih terbuka. 201019 Page 15
  • 16. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun masalah kemiskinan masih berterusan terutama di kalangan penduduk luar bandar dan golongan termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi pencapaian matlamat pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yang terdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Tahun 1990 adalah tahun berakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu kejayaan yang menyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka bagi memenuhi segala hasrat yang dirangka dalam DEBlah kerajaan telah memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato` Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkan perpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta dapat mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN juga merupakan satu langkah untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuan yang telah dicapai di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah seperti berikut : i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapus kemiskinan di kalangan keluarga termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM452bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000isi rumah ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin; 201019 Page 16
  • 17. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaqan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Apabila diperbincangkan tentang perubahan dan kesan dasar ekonomi negara ditafsirkan sebagai ‘cara pengurusan’ dan ‘cara pengawalan’ sesebuah ekonomi dan sesebuah system ekonomi. Menurut Abdul Shukor Ariffin dan Hassan Ali (1982) menyatakan sesuatu dasar ekonomi Negara hanya dapat dilihat secara dedaktif iaitu tidak secara langsung. Bermulanya sejarah pengenalan kaum-kaum terbesar di Malaysia menerusi fungsi-fungsi ekonomi. Gejala inilah yang menjadi bibit-bibit pertelingkahan antara kaum. Pergolakan dasar ekonomi Negara dalam jangka masa (1957-1969) sebahagian besar dapat dicerminkan melalui Rancangan Malaya I, Rancangan Malaya II, dan Rancangan Malaysia I. Berbeza dengan Negara-negara dunia ketiga yang mencapai kemerdekaan mereka secara revolusi sedangkan Negara kita mencapai kemerdekaan melalui perundingan dan tolak ansur dengan kerajaan British. Oleh itu perubahan politik di Negara ini adalah secara berperingkat-peringkat yakni bercorak evolusi. Implikasinya perubahan dasar ekonomi Negara juga berlaku secara evolusi di mana perubahan-perubahan besar serta radikal tidak berlaku ketika mencapai kemerdekaan. Wujudnya kadar political will yang begitu tinggi dalam rancangan Malaysia II dan Rancangan Malaysia III adalah disebabkan 201019 Page 17
  • 18. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia pergolakan yang berlaku pada tahun 1969 iaitu 13 Mei yang mengkehendaki penghapusan masalah asas masyarakat Malaysia iaitu kekurangan perpaduan antara kaum. Dasar ekonomi baru selalunya dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei. Tetapi sebenarnya, DEB itu memang telah pun difikirkan sebelum berlakunya peristiwa 13 Mei dan perancangan Malaysia II. Za’ba ada menghuraikan tentang kemunduran serta kemiskinan orang Melayu dalam konteks Ekonomi Tanah Melayu di dalam akhbar tempatan. Za’ba juga menganalisa dan memberi syor secara implikasi bagaimana hendak mengatasi masalah-masalah tersebut dan mengikut Ungku Aziz (1982) tentang keperluan untuk menyusun semula masyarakat dan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu. Selepas berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri pada masa itu telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Mageran pada 14 Mei. Kemudian pada 16 Mei mesyuarat cabinet telah diadakan di mana Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik secara rasmi menjadi pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). 4.0 Strategi Penyusunan Semula Masyarakat Strategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi ini bertujuan untuk menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jika diperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar penjajah dulu masih lagi berterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung , kaum India tinggal di kawasan pedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula di bandar- bandar sebagai peniaga. Hakikatnya bukan sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi 201019 Page 18
  • 19. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia dan politik juga turut berbeza. Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usaha- usaha untuk mencapai integrasi nasional .Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan modal kebanyakannya adalah dikuasai oleh orang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalam tangan kaum Cina . Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusun supaya pemilikan asing dapat dikurangkan. Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cina dalam industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan modal. Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapat menambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukan Bumiputera dan 30% bagi pihak asing. Matlamat ini masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysia keenam tetapi tiada jangka masa tertentu ditetapkan untuk pencapaiannya. Berikut adalah jadual yang menunjukkan pemilikan modal saham dalam sektor syarikatdalam jangka masa 1971 - 1990. Persoalan yang timbul adalah adakah corak yang ditunjukkan itu memungkinkan tercapainya sasaran? Beberapa ciri berikut boleh diteliti: i Dalam tempoh 1971 - 1990, peratusan hak milik penduduk Malaysia telah meningkat daripada 38.3% pada tahun 1971 kepada 57.1% pada tahun 1980 dan 74.9 pada tahun 1990. ii. Dalam tempoh yang peratus hak milik Bumiputera perseorangan dan agensi amanah telah meningkat daripada 4.3% pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 20.3% pada tahun 1990 . iii. Dalam tempoh yang sama juga hak milik rakyat Malaysia lain telah meningkat daripada 34.0%pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 54.6%pada tahun 1990. 201019 Page 19
  • 20. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia iv. Dalam tempoh yang sama juga hak milik penduduk asing telah menurundaripada 61.7%pada tahun 1971 kepada 42.9% pada tahun 1980dan 25.1 pada tahun 1990. v. Membandingkan nisbah 30:40:30 yang ingin dicapai , didapati hanya hak milik penduduk Malaysia bukan Bumiputera yang perlu diagih semula untuk meningkatkan peratusan hak milik Bumiputera. Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besar hak milik Bumiputera datang dari sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di samping Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dilaksanakan oleh Permodalan nasional Berhad (PNB). Dalam pada itu Skim ASN telah berjaya memindahkan kekayaan Bumiputera yang disimpan secara amanah oleh kerajaan menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera. Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur Bumiputera iaitu kira-kira 43% daripada jumlah yang layak melabur. Dalam pada itu hak milik dan penyertaan Bumiputera dalam sektor perniagaan dan perkhidmatan kecil menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan . Contohnya dalam sektor perdagangan runcit bilangan pertubuhan milik Bumiputera telah meningkat dari 13% dalam tahun 1971 kepada 34.2% pada tahun 1981. Pertambahannya kira-kira sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971 - `81.28 Bagaimanapun jumlah pemilikan modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut masih lagi kecil. Daripada jumlah pelabur itu, 85% melabur sebanyak 500 unit atau kurang. Jadi matlamat DEB masih tidak tercapai dan ia memerlukan masa dan usaha yang lebih giat ke arah itu.Dalam usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera amatlah perlu demi mengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk menggalakkan penyertaan kaum 201019 Page 20
  • 21. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Melayu atau Bumiputera dalam sektor perkilangan dijangka akan meningkatkan bilangan pemodal Melayu dan seterusnya membantu mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang dihasilkan oleh mereka. Dalam proses ini dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan menikmati menafaat daripda pertumbuhan berteraskan pengayaan golongan pemodal Melayu atau Bumiputera. Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan . Ini kerana dalam pasaran bebas terutama dalam kontek masyarakat Melayu sehingga kini, hanya segelintir sahaja golongan pemodal Melayu yang muncul. Maka selagi bilangan pemodal tidak bertambah, selagi itulah negara menghadapi masalah untuk mewujudkan kesan lelehan. Tambahan pula satu syarat penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi mestilah tinggi. Dengan demikian masalah agihan pendapatan di kalangan Bumiputera masih di tahap mendukacitakan . Malah ada pendapat yang mengatakan walaupun faedah yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak pelancaran DEB meningkat , namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada kumpulan yang mengecap nikmat lebih daripada yang lain. Andainya corak ini berterusan, maka jurang perbezaan di kalangan kaum Melayu akan bertambah . Jadi arus perubahan ini akan meluaskan lagi masalah ketaksamaan di kalangan kaum Melayu. KesimpulanPeristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara 5.0 Kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia dalam peristiwa 13 Mei 1969 Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa 201019 Page 21
  • 22. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di dalam pilihanraya itu banyak isu sensitif telah dibangkitkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu, parti perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP yang berjaya mendapat 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambil menghina bangsa melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadapa penghinaan itu. Dalam suasana tegang dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 mei 1969 itu 6.0 Peristiwa 13 Mei 1969 Jadi Pengajaran Pada tanggal 13.5.1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan catatan hitam dalam sejarah Negara itu, telah menggugat kemamanan dan kestabilan politik di negara ini. Kesan dari tragedi itu ramai nyawa yang tak berdosa terkorban telah dan harta benda juga turut musnah. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia.Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas `MAGERAN’ telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah Pada 16 Mei 1969 Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN. Dengan Pembubaran 201019 Page 22
  • 23. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Parlimen oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, MAGERAN telah menubuhkan MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA pada bulan Januari 1970 yang mengandungi 66 orang ahli dari semua golongan masyarakat. Majlis Perundingan Negara itu mengadakan satu dialog di antara semua wakil golongan masyarakat bagi mencari jalan untuk menguatkan tahap perpaduan di negara ini. Perbincangan itu juga bagi mendapatkan satu panduan yang positif dalam usaha- usaha mencapai kerjasama antara kaum dan identiti masyarakat yang tulen. Hasil dari pertemuan, kesemua wakil dari semua golongan, maka lahirlah konsep RUKUN NEGARA sebagai menifestasi ideologi kebangsaan. Sesungguhnya Peristiwa 13 Mei, yang berlaku pada hari ini dalam tahun 1969, adalah satu pengajaran bagi seluruh rakyat di negara ini supaya saling hormat-menghormati dan sentiasa bertolak ansur demi menjamin keamanan dan kesejahteraan. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Pra-pilihanraya 1969, parti-parti politik Gerakan dan DAP telah memainkan isu perkauman dengan lantang. Ia adalah lantaran dari slogan "Malayan Malaya" yang diperkenal oleh Lee Kuan Yew sebelum Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak 201019 Page 23
  • 24. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Pada pilihanraya umum 1969Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Terjadinya Perisitwa 13 Mei 1969 adalah rententan dari provokasi pihak pembangkang yang dimulakan sejak malam 10 Mei 1969 untuk meraikan kemenangan mereka. Penyokong- penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969, bila mana sekumpulan orang melayu yang sudah hilang sabar mengambil tindakan balas. Kini aktivis chuvanis cina menafikan trajedi 13 Mei 1969 sebagai rusuhan kaum. Mereka menebarkan dakyah bahawa ianya adalah perancangan licik Tun Razak dan Dato' Harun. Kalangan orang melayu pula mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca 201019 Page 24
  • 25. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia kemerdekaan. Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. Statistik tidak rasmi jumlah kematian: Melayu : 86 orang Cina : 342 orang Lain-lain : 3 orang Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu. Rakyat negara ini perlu didedahkan dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 supaya ia dapat dijadikan iktibar dalam memulihara perpaduan kaum. Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Perlis, Ameir Hassan berkata, ia bukannya bertujuan untuk menaikkan semangat perkauman tetapi bagi mengelak peristiwa yang sama berulang. Beliau menegaskan, bagi Perkasa, mana-mana kaum termasuk Melayu, Cina atau India yang mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah golongan antinasional. “Mengapa sekarang timbul isu ketuanan Melayu? Masing-masing sudah pandai bercakap, 201019 Page 25
  • 26. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia walaupun pembangkang, mereka tetap rakyat Malaysia. “Ini perbuatan yang kurang ajar dan tidak menghormati Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sejak negara merdeka pada 1957,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP, M. Kulasegaran yang disokong oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan perihal ketuanan Melayu kerana disifatkan tidak adil untuk kaum lain. Dalam pada itu, Ameir berkata, sebagai balasan kepada orang Melayu dan pribumi yang memberikan kerakyatan begitu mudah kepada orang Cina dan India, Artikel 153 memperuntukkan hak pusaka yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. “Sikap mempertikaikan peruntukan perlembagaan adalah satu tindakan yang biadab dan tidak memahami undang-undang,” katanya. Beliau juga terus mempersoal pihak yang mempersoal ketuanan Melayu. “Apa yang kurang kepada orang-orang Cina dan India selama ini? Kalau masih rasa kekurangan, jangan salahkan orang Melayu. “Lagi banyak soal ini disentuh, lagi banyak ia menusuk keresahan di kalangan orang-orang Melayu,” katanya. 201019 Page 26
  • 27. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Sementara itu, Ameir yang juga bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis berkata, adalah amat susah untuk mentadbir tiga kaum sekiranya masing-masing hendak menunjukkan kehebatan sendiri. “Oleh itu, hanya satu kaum sahaja yang seharusnya menjadi induk kepada ikatan tiga kaum dalam masyarakat majmuk iaitu pribumi Melayu. “Sekiranya kaum lain turut mahu menunjukkan kehebatan, maka gagasan 1Malaysia tidak akan tercapai,” katanya. Kesimpulan Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda- petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. Peristiwa 13 Mei memberikan kesan positif kepada Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Sekarang Malaysia menjadi sebuah negara yang pesat membangun bersama iklim politik yang sehat. Dalam kelompok ASEAN, Malaysia merupakan contoh terbaik dari segi pembangunan ekonomi dan kebebasan politik. Tragedi berdarah 13 Mei mesti menjadi iktibar pada rakyat Malaysia, ianya merupakan insiden yang melagukan pesan bahawa rasa saling hormat menghormati antara kaum, merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara. ramai di kalangan kita seolah-olah enggan menerima kenyataan bahawa Peristiwa 13 Mei telah tercatat dalam sejarah 201019 Page 27
  • 28. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia hitam negara. Sejarah tercetusnya pergaduhan kaum yang berdarah. Dan para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Tetapi kita lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Bagaimana kita boleh melupakannya kalau kita tahu bahawa Rukun Negara dibentuk hasil Peristiwa 13 Mei? Hari ini, kita seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang. Ini kerana mereka lupa sejarah. Sejarah hitam 13 Mei 1969. Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya. 201019 Page 28
  • 29. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan. 201019 Page 29
  • 30. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia RUJUKAN Abdul Shukor Ariffin & Hassan Hj. Ali (1982). Malaysia sejarah dan proses pembangunannya : Pergolakan dasar ekonomi Negara sebelum dan selepas 1969.Kuala Lumpur : Pesatuan Sejarah Malaysia. Lee Ban Chen (2004). Sejarah sebagai hakim muktamad. Kuala Lumpur : Strategic Information Research Development (SIRD) Jawatankuasa Kolokium, Jabatan Sejarah (1991). Masyarakat melayu abad ke-19. Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur. Nik Anuar Nik Mahmud (2007). 13 Mei Sebelum Dan Selepas. Kuala Lumpur : UtusanPublications & Distributions. Siew Chang Yee (2007). Rusuhan kaum 13, Mei 1969 : Peristiwa sebelum dan tindakan selepasnya. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ramlah Adam (2004). Bibliografi politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://ms.shvoong.com/humanities/history/1652218-peristiwa-13-mei/ http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htm 201019 Page 30