SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 36
Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar 
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan 
negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai 
dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak 
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai -sungai, 
penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan 
hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, 
untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil. 
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah 
melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, 
komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk 
cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang 
isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana 
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap 
pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang 
keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk 
menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang 
isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran 
ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan 
media tersebut berbanding media-media lain. 
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen 
yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam 
dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga 
alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang
memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna 
supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat 
berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, 
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor 
boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat 
mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan 
hijau di bumi ini. 
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah 
melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat 
tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam 
pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi 
dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru 
sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini 
penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar 
melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan 
agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat 
tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan 
hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat 
dipupuk dalam diri pelajar . 
Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk 
mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat 
mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi 
moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan 
minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula 
bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan 
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan 
sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang 
pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar 
gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di 
sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut 
pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang 
betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan 
semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan 
kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara 
alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar 
daripada terus tercemar. 
Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar 
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan 
mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling 
dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang 
membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat 
fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang 
meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk 
masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran ala 
m sekitar.
Antara punca yang telah dapat dikenal p 
asti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu d 
an organisasi yang tidak 
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk 
menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya 
membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin 
mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa 
makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang 
bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan 
sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi 
pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya 
kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik 
tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan 
kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan 
asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran 
udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab 
dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka 
cipta sendiri.
Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara ti 
dak sistematik. Apabila 
pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, 
mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul 
terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan 
keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan 
dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang 
akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan 
menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi 
tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek 
pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika 
tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah 
mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan 
tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang 
seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar. 
Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan 
kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran 
alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan 
akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika 
peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap 
pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan 
bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk 
bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai 
menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan
di jalan raya. 
Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan 
daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas 
atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang 
berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya 
pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga 
menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar. 
Antara punca lain penyebab berlakunya 
pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan p 
embakaran pokok-pokok 
tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu s 
udut, penanaman 
semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakuk 
an oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di sam 
ping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara 
terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin p 
anas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirny 
a membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan 
kesihatan manusia. 
Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah 
satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya 
membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan 
mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebu 
t dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat 
penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripad
a pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyaraka 
t yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menil 
ai aspek-aspek 
inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbang 
kan pada masa kini. 
Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil 
langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran 
alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan 
kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya membah 
ayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang y 
ang lebih baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar. 
Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar 
Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1 
Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di 
antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap 
udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke 
semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk. 
Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk 
terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara 
iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, 
gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar
sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan 
adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi 
sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu. 
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan – haiwan 
akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka 
.Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. 
Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan 
menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan 
nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. 
Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya. 
Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi 
ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam 
alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan 
lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari 
boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran 
matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub 
bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan 
terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen 
oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen 
(NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan 
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula 
bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama 
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan 
juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, 
asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan 
menjadikannya tidak subur. 
Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada 
masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi 
dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh 
seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida 
yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi 
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan 
ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan 
bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian 
alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak
mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak 
memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara. 
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan 
keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan 
keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. 
Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan 
menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. 
Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada 
telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat 
iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tul ang kecil 
pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada 
bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan 
pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan 
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di 
bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan 
supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa. 
YON SOK CHIN 
205784
Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air 
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku kepada sesuatu 
kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna , tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia 
boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan 
pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu 
kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi 
layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti -aktiviti manusia itu 
sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang memyebabkan aliran tanah dari 
darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan 
minyak dan pembuangan sisa nuklear ke dalam laut. 
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan 
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan 
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat 
lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh manusia akan 
menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan 
membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan 
SARS yang mudah berjangkit. 
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang 
sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi 
bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa 
bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Contohnya negara Jepun 
yang sering berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti 
manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit 
yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama
dengan air apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan 
menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah 
bukit dan di kaki bukit akan tergugat. 
Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain 
juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan 
lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan menjadikan kawasan tanah beracun dan 
tidak sesuai untuk didiami oleh manusia dan haiwan. Contoh letupan loj i nuklear di Chernobyl, Russia. 
Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada 
kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan ke tempat lain. 
Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti 
sehingga tidak sesuai untuk diguna dan akan memberi kesan kepada para pengguna apabila 
menggunakan air tersebut. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizikal. 
Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik kolam dan 
sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang mengakibatkan pencemaran 
ini adalah daripada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan atau tahap 
pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air 
tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. 
Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, 
kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan 
kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti 
pembuangan sampah. Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk 
protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta 
tumpahan minyak di laut.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah kepada hidupan-hidupan 
di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang ke dalam sungai akan 
menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang 
telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan 
hidupan air tersebut. Selain itu, manusia akan mendapat penyakit jika terminum air yang penuh bahan-bahan 
cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, 
racun rumpai, bakteria, virus, dan haloform. 
Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga iaitu jutaan manusia 
mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. 
Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit -birit, 
kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak. 
Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. 
Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air 
ke laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai yang menyebabkan sampah sarap 
menyumbatkan aliran air tersebut. Selain daripada itu ai r juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai 
yang dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang kotor menjengkelkan dan tidak indah untuk 
dipandang akibat daripada pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah kilang akan 
memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau 
loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini 
mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. 
Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan 
menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. 
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk mengatasi masalah-masalah 
pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi yang akan datang mempunyai persekitaran yang baik 
dan bebas daripada pelbagai pencemaran.
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar 
Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar 
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada 
kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka 
bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan 
tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber 
makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di 
lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di 
samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti 
pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. 
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan 
nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya 
dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan 
membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. 
Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita 
akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan 
oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca 
yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar 
dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti 
riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita. 
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. 
Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, 
malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan 
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan 
global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber
alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan 
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita. 
Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa 
penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada 
membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. 
Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan 
dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan. 
Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan 
bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan 
serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa 
di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau 
yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita. 
Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat 
penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan 
manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita 
mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan 
tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan 
tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada 
kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, 
masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya 
menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.
Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan 
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber 
makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan 
habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh 
hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi 
protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran 
laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, 
tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar 
yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara. 
Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah 
masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong 
asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, 
dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong 
juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang 
perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan. 
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, 
sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, 
keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah 
bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar 
dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita. 
GAN CHUI YONG 
205876 
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar 
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di 
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam 
kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan 
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit 
sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan
menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk 
mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. 
Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita 
menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. 
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan 
akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen 
secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas 
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan 
kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai 
boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, 
marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan 
kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin. 
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin 
keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu 
menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. 
Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang 
besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat 
disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke 
sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan 
persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di 
empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan 
kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan 
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara 
umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin 
kehidupan yang selesa.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan 
fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan 
dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna 
merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai 
fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan 
menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan 
cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan 
terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan.. 
Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta 
badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau 
berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. 
Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula 
adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat 
mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup. 
Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan 
meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk 
Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan 
mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan 
menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan 
terhadap alam sekitar adalah penting. 
Keindahan alam sekitar juga akan menarik 
pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai
pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti 
pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam 
jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan 
juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara 
kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap 
alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat. 
Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada 
hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus 
dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi 
belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah 
bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. 
Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya 
pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan dating 
Jenis-jenis Pencemaran 
Pencemaran Bunyi 
Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia 
kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila 
paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara 
industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber 
bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan 
pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. 
Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami
masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan 
buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan 
mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat 
penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai. 
Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan 
telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel ] dan pencemaran ini mengikut situasi dan 
keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan 
selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli. 
Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila 
seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.. 
Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan 
rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan 
selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila 
seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan. 
Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya 
tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran 
gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 
80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih 
menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap 
getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi 
bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang 
menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku 
apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar 
tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan. 
Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri 
dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,dan 
kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai 
dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi 
yang dikeluarkan.
Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses pembinaan yang 
menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. 
Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di 
kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran 
bunyi . Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara 
menunggu anak di sekitar sekolah . 
Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang kuat 
juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi . Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat 
seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara 
walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku . 
Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang negatif ke 
atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan 
badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain 
walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan. 
Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan 
psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada keadaan cemas 
manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara 
manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses 
mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan. 
Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah 
kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka. Contohnya 
pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi 
risiko kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara 
beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum 
yang dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 
65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi 
undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang 
sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .
Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus 
diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam 
Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang 
awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara 
kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam 
kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran . 
Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi megawal 
masalah pencemaran bunyi di negara kita . 
TAN MIN LIANG 
205829 
Pencemaran Udara 
Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada 
alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang 
mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi 
tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat 
dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung 
menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan 
Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini. 
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran 
sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan 
karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai
di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan 
asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran 
sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas –gas yang 
tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan 
menghasilkanasid sulfurik. 
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari 
industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . 
selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti 
kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu 
mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar 
tempat kejadian berlaku. 
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan 
manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah 
diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida 
akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan 
kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut 
kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun 
disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang 
disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis 
(keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran 
udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar. 
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing elektrostatik. Alat 
ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong 
asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. 
Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas 
dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah 
penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di 
atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan 
kapal terbang mampu menampal ozon. 
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia 
boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup 
akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi 
untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak 
patut kita memusnahkannya. 
CHIN YOKE LIAN 
205951
Pencemaran Air 
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di negara-negara 
membangun atau negara sedang membangun , masalah pencemaran air masih berlaku. Masalah ini 
amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi 
kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia 
apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan 
pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan 
sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair. 
Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak bermoral. Kebanyakan kilang dibina 
di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai 
berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan 
mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa 
cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang 
terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat 
apabila sampai di laut. 
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar 
laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan 
tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau 
sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti 
tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. 
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada 
pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal -makmal yang mengandungi 
sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga 
menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air 
boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan 
Hemisfera Utara.
Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di 
dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan 
mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun 
dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber 
protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis 
yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah 
kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri. 
Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan 
untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan 
terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, 
maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula 
ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air 
bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan 
keadaan air itu sendiri. 
Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah 
yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah 
yang boleh diambil adalah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi 
masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan 
maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan 
bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem 
perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan 
supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum 
disalirkan ke dalam sistem perparitan. 
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan perumahan dan 
tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh 
itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya 
sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan penduduk mempunyai tempat 
pembuangan sampah-sarap yang cukup. 
Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan televisyen. Iklan-iklan 
yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan memberi konsep dan gambaran yang 
lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah memahami peranan mereka dan mula menanam sikap
bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen 
kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. 
Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. 
Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara 
menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran air ke tahap yang 
paling minimum . 
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama 
semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat 
hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan 
sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak 
individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama dan 
seterunya mencapai Wawasan 2020. 
TAN PING SIEN 
206063 
Pencemaran Tanah 
Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup 
terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang 
hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang 
berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu antara lain 
sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-ubatan. Selain itu, 
tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup
secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat 
dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. 
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya 
pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada 
berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau 
fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti 
tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan 
tanah. Jika tidak segera dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat 
menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia. 
Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang 
seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun 
serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Di samping 
itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan 
indah juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah 
hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan l iar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada 
hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak 
dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan 
memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan 
iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir. 
Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu adalah merosakkan 
tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan 
tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau 
sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke 
dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah 
terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan 
kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah 
digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang. 
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. 
Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa 
penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman 
penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia 
mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. 
Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah 
dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh 
manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. 
Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan 
radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat,
penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan 
kesihatan. 
Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya 
penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di 
kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan 
pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. 
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang 
sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi 
bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa 
bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu 
juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti -aktiviti manusia 
yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan 
tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan 
lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas 
hanya satu jenis tanaman. 
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup 
terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang 
hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang 
berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga 
kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Dapat dikatakan bahawa 
hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik. 
Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar 
Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar 
Penghutanan semula 
1. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang 
telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. 
Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit 
Tinggi, Pahang. 
2. Jabatan Perhutanan Malaysia bertanggungjawab untuk menjalankan
penghutanan semula. Kaedah ini dijalankan secara terancang dan 
sistematik. 
3. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan 
bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan berterusan. 
4. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti 
di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. 
Mewartakan hutan simpan dan taman Negara 
1. Hutan simpan dan taman negara dapat member perlindungan 
kepada floradan fauna yang hampir pupus. 
2. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan, dan pemburuan binatang 
tidak dibenarkan dilakukan di kawasan tersebut. 
3. Contoh hutan simpan dan taman negara yand telah diwartakan 
adalah seperti: 
Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor 
Hutan Simpan Sepilok, Sabah 
Hutan Simpan Bukit Lama, Sarawak 
Taman Negara Kinabalu, Sabah 
Taman Negara, Pahang 
Penanaman berteres 
1. Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit 
untuk menanam pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, 
dan the. 
2. Tujuan utama langkah ini adalah untuk mencegah kejadian hakisan 
tanih dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit. 
Tanaman tutup bumi 
1. Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam 
di lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. 
2. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kejadian hakisan 
tanih dan mengekalkan kesuburan tanih.
Penggunaan baja organik 
1. Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja 
asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan 
penggunaan baja kimia. 
2. Selain menambahkan kesuburan tanah, baja organik adalah lebih 
murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. 
3. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, 
iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. 
Kaedah biologi 
1. Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi 
untuk mengawal makhluk perosak. 
2. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga 
dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar. 
3. Contohnya, di lading kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung 
helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang 
merosakkan buah kelapa sawit. 
Pertanian tetap 
1. Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan 
pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada 
pertanian tetap. 
2. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan 
hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih. 
Melandaikan cerun dan membuat tarahan 
1. Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun curam kini 
dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap 
alam sekitar. 
2. Kawasan cerun bukit yang curam akan dilandaikan untuk
mengurangkan hakisan tanih dan kejadian tanah runtuh. 
3. Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan ditarah untuk 
mengurangkan kecerunan jalan raya yang dibina melalui kawasan tanah 
tinggi. 
Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit 
1. Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah 
untuk mengurangkan hakisan tanih. 
2. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui 
pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan 
seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut. 
REVIU PANTAS 
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM 
SEKITAR 
Mewartakan hutan simpan dan tanam negara 
Pembinaan longkang konkrit 
Melandaikan cerun dan membuat tarahan 
Menjalankan pertanian tetap 
Pembinaan tembok konkrit 
Penggunaan baja organic 
Kaedah biologi 
Tanaman tutup bumi 
Penanaman berteres 
Penghutanan semula
Langkah-langkah memelihara dan memulihara alam sekitar 
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 
Penghutanan semula 
Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok 
yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya 
masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar 
seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, 
Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini 
dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan 
Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. 
Penggunaan baja organik 
Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli 
daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan 
penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan 
petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada 
alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik 
dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan 
tidak mencemarkan alam sekitar. 
Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan 
kelawar sebagai baja. 
Kaedah biologi 
Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. 
Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap 
sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun 
serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, 
di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, 
burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.
Pertanian tetap 
Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya 
mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman 
masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang 
mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani 
sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada 
pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap. 
Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan 
mengurangkan hakisan tanih. 
Kaedah perundangan 
Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan 
untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya: 
Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh 
membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan 
agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa 
peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar 
seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara. 
Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang 
menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan 
antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan 
pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan 
alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan. 
Langkah-langkah Pemeliharaan Untuk Mengekalkan Sumber Hutan 
Memandangkan kemusnahan hutan yang serius, hutan yang ada kini perlulah dipelihara atau dipulihara 
jika telah ditebang. Antara langkah pemeliharaan hutan yang boleh dijalankan ialah 
1. Mewartakan hutan simpan 
~Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan, pemburuan
dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan Simpan Lembah 
Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak. 
2.Mewujudkan taman negara 
~Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi. 
Contoh : Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara Endau Rompin 
(sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker dan Taman Negara 
Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah (Sarawak). 
3. Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-undang. 
~Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara. 
Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara. 
~Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan kegiatan pembalakan haram tetapi juga dapat 
mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan 
juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter. 
4. Pendidikan Alam Sekitar 
~Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat 
dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian 
Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini, contohnya 
Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 
5. Kempen Alam Sekitar 
~ Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam 
menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen yang 
dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun. 
Anda mungkin juga meminati: 
 Langkah-langkah Pemuliharaan Hutan 
 Hutan Hujan Tropika 
 Aktiviti manusia yang boleh mengganggu 
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar 
Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
- Langkah pemuliharaan dan pemeliharaan 
· Pemeliharaan: 
Usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber semula jadi supaya kekal berterusan. 
· Pemuliharaan: 
Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal. 
- Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar adalah seperti berikut. 
Penghutan Semula 
 Spesies pokok cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai,sesenduk ditanam di Bukit 
Tinggi, Pahang. 
 Ladang Hutan Jati di Kedah dan Perlis 
Mewartakan hutan simpan dan tanam negara 
 Melindungi flora dan fauna 
 Aktiviti pembalakan dan pemburu tidak dibenarkan di kawasan ini 
 Contohnya Hutan Simpan Endau - Rompin, Taman Neagara Niah 
Penanaman Berteres 
 Dijalankan di kawasan cerun bukit 
 Bertujuan mengurangkan hakisan tanih 
Tanam tutup bumi 
 Kekacangan dan rumput ditanam di lereng - lereng bukit yang diteres 
 Membantu mengekalkan kebusuran tanih 
Penggunaan baja organik 
 Menggantikan baja kimia 
 Mengurangkan pencemaran air dan alam sekiar 
 menggunakan guano (tahi burung dan tahi kelawar ) sebagai baja
Kaedah biologi 
 Mengawal makluk perosak menggunakan ular dan burung hantu 
 Di ladang kelapa sawit ,ular dugunakan untuk menangkap tikus yang sering merosakkan buah 
kelapa sawit 
Penyadiaan sistem saliran 
 Pembinaan longkang konkrit di cerun bukit 
Kaedah pengurusan cerun 
 Kawasan cerun curam dilandaikan 
 Menanam rumput di cerun 
 Membina dinding penahan hakisan

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanMOHD SHAHRIN SN
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraZafarul_Irshard
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarBatrisyiaa Syiaa
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Pemanasan global
Pemanasan global Pemanasan global
Pemanasan global khaihay
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalsafeqa
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaarharynna
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianNurul Hanum
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaKamarularnizam
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Thivyaapriya Sambamoorthy
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijauKesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijauZafarul_Irshard
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Farhana Aisyah Norzelan
 

La actualidad más candente (20)

SEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANANSEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANAN
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
SEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANANSEKTOR PERHUTANAN
SEKTOR PERHUTANAN
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
 
SEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIANSEKTOR PERINDUSTRIAN
SEKTOR PERINDUSTRIAN
 
Pemanasan global
Pemanasan global Pemanasan global
Pemanasan global
 
pengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejalpengurusan sisa pepejal
pengurusan sisa pepejal
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
 
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 PengorganisasianPengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
Pengajian Perniagaan Semester 2 - Topik 1.4 Pengorganisasian
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 
SEKTOR PELANCONGAN
SEKTOR PELANCONGANSEKTOR PELANCONGAN
SEKTOR PELANCONGAN
 
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
Contoh Presentation kerja Kursus Pengajian Am
 
CUACA DAN IKLIM
CUACA DAN IKLIMCUACA DAN IKLIM
CUACA DAN IKLIM
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijauKesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
Kesan aktiviti pertanian dan amalan teknologi hijau
 
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
Bab 1 ekologi dan ekosistem (geografi stpm sem3)
 

Similar a Langkah langkah

Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitargadz29
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganRohman Efendi
 
Pencemaran lingkungan
Pencemaran lingkunganPencemaran lingkungan
Pencemaran lingkunganRamipratama
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
Pendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alamPendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alamJeshurun96
 
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industriMakalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industriAgus Adipura
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganFebry Ramdani
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganDiki Alnastain
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)kumpulan7
 
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...Pangestu S
 
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...SMAN5PATAMPANUA
 
POLUSI UDARA DAN LINGKUNGAN--AGUS YOGIK SETIAWAN - Prodi EP UGK
POLUSI UDARA DAN LINGKUNGAN--AGUS YOGIK SETIAWAN - Prodi EP UGKPOLUSI UDARA DAN LINGKUNGAN--AGUS YOGIK SETIAWAN - Prodi EP UGK
POLUSI UDARA DAN LINGKUNGAN--AGUS YOGIK SETIAWAN - Prodi EP UGKUGK
 
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67fptv
 
Makalah sumber-daya-alam
Makalah sumber-daya-alamMakalah sumber-daya-alam
Makalah sumber-daya-alam99zulkarnain
 

Similar a Langkah langkah (20)

Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
Hargai alam sekitar
Hargai alam sekitarHargai alam sekitar
Hargai alam sekitar
 
Makalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkunganMakalah pencemaran lingkungan
Makalah pencemaran lingkungan
 
Tugas 2-1 ET
Tugas 2-1 ETTugas 2-1 ET
Tugas 2-1 ET
 
Pencemaran lingkungan
Pencemaran lingkunganPencemaran lingkungan
Pencemaran lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Pendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alamPendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alam
 
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industriMakalah pencemaran lingkungan akibat industri
Makalah pencemaran lingkungan akibat industri
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Psb
PsbPsb
Psb
 
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
E folio Pembangunan Alam Sekitar (kumpulan 7)
 
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
Geografi Tidak membuang zat pencemar dan beracun ke saluran air by pangestu c...
 
Pencemaran ~ kerusakan lingkungan
Pencemaran ~ kerusakan lingkunganPencemaran ~ kerusakan lingkungan
Pencemaran ~ kerusakan lingkungan
 
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
IPA_ BIOLOGI SMA_MA KLS.10_KM-Media Mengajar-Media Mengajar IPA Biologi SMA K...
 
143740305 kesehatan-lingkungan
143740305 kesehatan-lingkungan143740305 kesehatan-lingkungan
143740305 kesehatan-lingkungan
 
POLUSI UDARA DAN LINGKUNGAN--AGUS YOGIK SETIAWAN - Prodi EP UGK
POLUSI UDARA DAN LINGKUNGAN--AGUS YOGIK SETIAWAN - Prodi EP UGKPOLUSI UDARA DAN LINGKUNGAN--AGUS YOGIK SETIAWAN - Prodi EP UGK
POLUSI UDARA DAN LINGKUNGAN--AGUS YOGIK SETIAWAN - Prodi EP UGK
 
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
 
Makalah sumber-daya-alam
Makalah sumber-daya-alamMakalah sumber-daya-alam
Makalah sumber-daya-alam
 

Último

Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.MeidarLamskingBoangm
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 

Último (13)

Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
KUASA DARAH YESUS.PPT menyelamatkan manusia dari kuasa dosa.
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 

Langkah langkah

  • 1. Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai -sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain. Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang
  • 2. memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini. Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar . Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
  • 3. Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar. Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran ala m sekitar.
  • 4. Antara punca yang telah dapat dikenal p asti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu d an organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.
  • 5. Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara ti dak sistematik. Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar. Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan bilangan kenderaan
  • 6. di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar. Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan p embakaran pokok-pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat dari satu s udut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dilakuk an oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di sam ping turut memusnahkan kehidupan flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin p anas. Inilah sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirny a membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan kehidupan dan kesihatan manusia. Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini. Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan tersebu t dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripad
  • 7. a pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyaraka t yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan dalam menil ai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada ditahap yang semakin membimbang kan pada masa kini. Kesimpulannya, punca-punca pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil langkah serius oleh semua pihak dan organisasi untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar baik daripada pencemaran air, udara, tanah dan bunyi. Ia penting demi memastikan kehidupan dibumi ini terjamin dan terhindar dari masalah pencemaran yang semestinya membah ayakan dan mengancam kesihatan serta kehidupan flora dan fauna untuk generasi akan datang y ang lebih baik dan sihat serta bebas dari pencemaran alam sekitar. Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar Kesan Pencemaran Alam Sekitar 1 Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk. Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar
  • 8. sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu. Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya. Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
  • 9. Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur. Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak
  • 10. mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara. Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem. Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tul ang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa. YON SOK CHIN 205784
  • 11. Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air Pencemaran tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna , tidak subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini adalah terdiri daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran adalah serius apabila sesuatu kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti -aktiviti manusia itu sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang memyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan pembuangan sisa nuklear ke dalam laut. Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit. Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi akibatnya ramai manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama
  • 12. dengan air apabila hujan lebat. Selain itu, pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan tergugat. Kesan daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup buruk terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan menjadikan kawasan tanah beracun dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia dan haiwan. Contoh letupan loj i nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar tersebut telah dipindahkan ke tempat lain. Pencemaran air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak sesuai untuk diguna dan akan memberi kesan kepada para pengguna apabila menggunakan air tersebut. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizikal. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik kolam dan sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Punca utama yang mengakibatkan pencemaran ini adalah daripada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah. Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta tumpahan minyak di laut.
  • 13. Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah kepada hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan hidupan air tersebut. Selain itu, manusia akan mendapat penyakit jika terminum air yang penuh bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi, bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus, dan haloform. Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga iaitu jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit -birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak. Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut. Disebabkan oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai yang menyebabkan sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut. Selain daripada itu ai r juga menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap dan air yang kotor menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang akibat daripada pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk mengatasi masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah generasi yang akan datang mempunyai persekitaran yang baik dan bebas daripada pelbagai pencemaran.
  • 14. Kepentingan Menjaga Alam Sekitar Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita. Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida. Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber
  • 15. alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita. Alam setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan. Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita. Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.
  • 16. Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara. Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang bersih dan mengandungi nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan meningkatkan nilai tukaran wang asing, dan ini akan dapat memajukan perkembangan ekonomi negara kita. Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhimatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang perkerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan. Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan, Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita. GAN CHUI YONG 205876 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, aktiviti-aktiviti pembangunan sedikit sebanyak menjejaskan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan
  • 17. menjaga kebersihan merupakan tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Kepentingan alam sekitar kepada sistem pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih dan segar sememangnya amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan akan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalankan kehidupan dalam keadaan yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin. Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
  • 18. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan.. Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon dioksida dalam proses fotosintesis.. Penghutanan semula dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penghutanan semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup. Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting. Keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita. Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai
  • 19. pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu. peluang perkerjaan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat. Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan dating Jenis-jenis Pencemaran Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami
  • 20. masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran. Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang sesuai. Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel ] dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan selang-seli. Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.. Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang tidak dimatikan. Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun dengan cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan. Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera,dan kenderaan.Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas pencemaran bunyi yang dikeluarkan.
  • 21. Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses pembinaan yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan bangunan-bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi . Contohnya pemandu kereta yang suka `hon` sesuka hati dan tidak mematikan enjin sementara menunggu anak di sekitar sekolah . Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi . Pada sesetengah masa aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan pencemaran bunyi yang sering berlaku . Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon) dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan. Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan psikologi . kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan. Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .
  • 22. Dalam pandangan saya , masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang tanpa pencemaran . Akhirnya , undang- undang yang lebih lengkap , jelas, dan tegas haruslah diwujudkan bagi megawal masalah pencemaran bunyi di negara kita . TAN MIN LIANG 205829 Pencemaran Udara Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini. Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai
  • 23. di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas –gas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik. Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku. Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon. Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya. CHIN YOKE LIAN 205951
  • 24. Pencemaran Air Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di negara-negara membangun atau negara sedang membangun , masalah pencemaran air masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair. Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak bermoral. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut. Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal -makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.
  • 25. Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri. Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri. Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup. Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah memahami peranan mereka dan mula menanam sikap
  • 26. bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap pencemaran air ke tahap yang paling minimum . Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020. TAN PING SIEN 206063 Pencemaran Tanah Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup
  • 27. secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia. Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Di samping itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan l iar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir. Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang. Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat,
  • 28. penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah. Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti -aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman. Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik. Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar Penghutanan semula 1. Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. 2. Jabatan Perhutanan Malaysia bertanggungjawab untuk menjalankan
  • 29. penghutanan semula. Kaedah ini dijalankan secara terancang dan sistematik. 3. Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan berterusan. 4. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. Mewartakan hutan simpan dan taman Negara 1. Hutan simpan dan taman negara dapat member perlindungan kepada floradan fauna yang hampir pupus. 2. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan, dan pemburuan binatang tidak dibenarkan dilakukan di kawasan tersebut. 3. Contoh hutan simpan dan taman negara yand telah diwartakan adalah seperti: Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor Hutan Simpan Sepilok, Sabah Hutan Simpan Bukit Lama, Sarawak Taman Negara Kinabalu, Sabah Taman Negara, Pahang Penanaman berteres 1. Kaedah penanaman berteres telah dijalankan di kawasan cerun bukit untuk menanam pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, dan the. 2. Tujuan utama langkah ini adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanih dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit. Tanaman tutup bumi 1. Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. 2. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kejadian hakisan tanih dan mengekalkan kesuburan tanih.
  • 30. Penggunaan baja organik 1. Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. 2. Selain menambahkan kesuburan tanah, baja organik adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. 3. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Kaedah biologi 1. Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. 2. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar. 3. Contohnya, di lading kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit. Pertanian tetap 1. Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. 2. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih. Melandaikan cerun dan membuat tarahan 1. Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun curam kini dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. 2. Kawasan cerun bukit yang curam akan dilandaikan untuk
  • 31. mengurangkan hakisan tanih dan kejadian tanah runtuh. 3. Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan ditarah untuk mengurangkan kecerunan jalan raya yang dibina melalui kawasan tanah tinggi. Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit 1. Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanih. 2. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut. REVIU PANTAS LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Mewartakan hutan simpan dan tanam negara Pembinaan longkang konkrit Melandaikan cerun dan membuat tarahan Menjalankan pertanian tetap Pembinaan tembok konkrit Penggunaan baja organic Kaedah biologi Tanaman tutup bumi Penanaman berteres Penghutanan semula
  • 32. Langkah-langkah memelihara dan memulihara alam sekitar LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Penghutanan semula Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. Penggunaan baja organik Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Kaedah biologi Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.
  • 33. Pertanian tetap Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih. Kaedah perundangan Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya: Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara. Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan. Langkah-langkah Pemeliharaan Untuk Mengekalkan Sumber Hutan Memandangkan kemusnahan hutan yang serius, hutan yang ada kini perlulah dipelihara atau dipulihara jika telah ditebang. Antara langkah pemeliharaan hutan yang boleh dijalankan ialah 1. Mewartakan hutan simpan ~Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan, pemburuan
  • 34. dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak. 2.Mewujudkan taman negara ~Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi. Contoh : Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara Endau Rompin (sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker dan Taman Negara Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah (Sarawak). 3. Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-undang. ~Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara. Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara. ~Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan kegiatan pembalakan haram tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter. 4. Pendidikan Alam Sekitar ~Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini, contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 5. Kempen Alam Sekitar ~ Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen yang dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun. Anda mungkin juga meminati:  Langkah-langkah Pemuliharaan Hutan  Hutan Hujan Tropika  Aktiviti manusia yang boleh mengganggu Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.
  • 35. - Langkah pemuliharaan dan pemeliharaan · Pemeliharaan: Usaha untuk melindungi, merancang dan mengurus sumber semula jadi supaya kekal berterusan. · Pemuliharaan: Usaha untuk memulihkan sumber yang telah diganggu supaya kembali pada keadaan asal. - Antara usaha yang diambil untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar adalah seperti berikut. Penghutan Semula  Spesies pokok cepat tumbuh dan bermutu seperti akasia, batai,sesenduk ditanam di Bukit Tinggi, Pahang.  Ladang Hutan Jati di Kedah dan Perlis Mewartakan hutan simpan dan tanam negara  Melindungi flora dan fauna  Aktiviti pembalakan dan pemburu tidak dibenarkan di kawasan ini  Contohnya Hutan Simpan Endau - Rompin, Taman Neagara Niah Penanaman Berteres  Dijalankan di kawasan cerun bukit  Bertujuan mengurangkan hakisan tanih Tanam tutup bumi  Kekacangan dan rumput ditanam di lereng - lereng bukit yang diteres  Membantu mengekalkan kebusuran tanih Penggunaan baja organik  Menggantikan baja kimia  Mengurangkan pencemaran air dan alam sekiar  menggunakan guano (tahi burung dan tahi kelawar ) sebagai baja
  • 36. Kaedah biologi  Mengawal makluk perosak menggunakan ular dan burung hantu  Di ladang kelapa sawit ,ular dugunakan untuk menangkap tikus yang sering merosakkan buah kelapa sawit Penyadiaan sistem saliran  Pembinaan longkang konkrit di cerun bukit Kaedah pengurusan cerun  Kawasan cerun curam dilandaikan  Menanam rumput di cerun  Membina dinding penahan hakisan