SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA
        KAMPUS TAWAU
                  SUBJEK:
          PENDIDIKAN MORAL
“BINCANGKAN TENTANG SUMBANGAN LIONS CLUB
  TERHADAP ASPEK MORAL DAN KEMANUSIAAN”


              DISEDIAKAN OLEH:

       ROD RUDOLF S MOJONI (KPLI-SAINS)
       JEPULSON JULIAN (KPLI-PEMULIHAN)
Latar Belakang Lions Club

Lions Club mula ditubuhkan pada tahun 1917 oleh Melvin Jones yang beribu pejabat di Oak
Brook, Illinois, Amerika Syarikat. Pada tarikh 8 Oktober 1917, untuk pertama kalinya sebuah
konvensyen telah diadakan di Dallas, Texas yang mana Lions Club telah lahir berserta dengan
perlembagaan dan peraturan serta telah dipersetujui lambang, tujuan dan etika Lions Club.
Sekarang nama rasmi organisasi yang menaungi semua Lions Club di seluruh dunia adalah “The
International Assosiation of Lions Clubs” atau lebih umumnya lagi dikenal sebagai “Lions Clubs
International”. Dengan itu, tarikh 8 Oktober dijadikan sebagai hari Lions sedunia, yang mana
setiap tahun ia diperingati dengan pelbagai kegiatan melayani.

Semangat Lionism telah dibawa ke Singapura dan Malaysia oleh N.N.Pundole apabila beliau
mula membentuk Lions Club pertama (multi) di Daerah 308. Pada tarikh 18 Februari 1959,
semangat Lionisms berkembang ke Semenanjung Malaysia dan menyaksikan kelahiran Lions
Club Malaysia yang pertama iaitu Lions Club Kuala Lumpur (host). Dibawah pimpinan mendiang
jurutera Minoo, lebih banyak Lions Club ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia dan ianya juga
berkembang sehingga ke Brunei yang menjadi sebahagian Daerah 308.

Dengan peningkatan ahli Lions Club, Daerah 308 telah dipecahkan kepada dua iaitu 308A dan
308B pada tahun 1984. Pada tahun 1998, ianya dipecahkan lagi kepada Daerah 308A1, 308A2,
308B1 dan 308B2. Berikut adalah jumlah keahlian setakat April 2003:


* Daerah 308 A1 - 1,887 (Singapura)
* Daerah 308 A2 - 1,735 (Brunei, Sabah & Sarawak)
* Daerah 308 B1 - 2,210 (Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor &
Kuala Lumpur)
* Daerah 308 B2 - 1,827 (Kedah, Perlis, Penang, Perak, Selangor and Cameron Highlands)
Lambang, Slogan dan Moto

Lambang Lions terdiri dari huruf “L” berwarna emas pada suatu lingkaran berwarna ungu,
mengelilingi lingkaran ada 2 wajah singa yang membelakangi lingkaran tengah lambang ini.
Secara simbolik, wajah singa yang berlawanan arah ini menggambarkan masa lalu yang
membanggakan dan masa depan yang cerah. Setiap Lions harus bangga akan masa lalu dan
mempunyai keyakinan menghadapi masa depan yang lebih baik.


Perkataan Lions terdapat pada bagian atas lingkaran dan kata International terdapat pada
bagian bawahnya. Perkataan Lions merupakan singkatan untuk Liberty, Intelligence & Our
Nation’s Safety, yaitu Kebebasan, Kecerdasan dan Keselamatan Bangsa dan Negara Kita.
Sebagai motto Lions memilih kata We Serve atau Kami Mengabdi. Menjadi kewajiban bagi para
Lions untuk memakai dan memamerkan lambang ini dengan penuh kebanggaan pada setiap
kesempatan.




                                Rajah 1: Logo Lions Club
Warna


Bagi para Lions, warna ungu melambangkan kesetiaan kepada negara, sahabat dan integritas
pikiran dan hati pribadi. Warna ini secara tradisional menggambarkan kekuatan, keberanian dan
keuletan dalam menghadapi setiap masalah. Warna emas menggambarkan ketulusan hati,
kebijaksanaan dalam mengambil keputusan dan kemurahan hati bagi sesama.



Visi Lions Clubs

Untuk meningkatkan kecerdasan bangsa
dan melindungi keselamatan negaranya
(Liberty, Intellegence, our Nation’s Safety - LIONS)




Misi Lions Clubs

Menciptakan dan menumbuhkan semangat
saling pengertian diantara para anggota Lions Clubs Malaysia
untuk secara aktif menaruh perhatian terhadap berbagai masalah
yang menyangkut kepentingan umum
dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat
melalui berbagai kegiatan pengabdian
dan kerjasama International
(Motto: We Serve - Kami Mengabdi)




TUJUAN LIONS


1. Menciptakan dan menumbuhkan semangat saling pengertian diantara bangsa
    bangsa sedunia


2. Memajukan       norma norma yang baik dalam kehidupan bermasyarakat ,
   berbangsa dan bernegara
3. Menaruh perhatian secara aktif terhadap kepentingan umum dan kesejahteraan
  masyarakat dalam bidang seni budaya , sosial dan tata susila


4. Mempersatukan semua anggota Club dalam ikatan persahabatan , kerjasama
  dan saling pengertian


5. Menyediakan forum untuk berdiskusi secara bebas mengenai segala hal yang
   Berkenaan dengan kepentingan umum , asaltan politik , agama dan kesukuan/
   kebangsaan tidak dipermasalahkan


6. Mendorong orang orang yang berjiwa pengabdian untuk berbakti            kepada
   masyarakat tanpa mengharapkan        ganjaran keuntungan bagi dirinya dan
   mendorong ditingkatkannya daya guna dan norma etika yang tinggi didalam
   perdagangan , industri , profesi , pemerintahan dan usaha swasta.



Kod Etika Lions

1. Kami akan MENUNJUKAN keyakinan pada kemuliaan pekerjaan kami dengan bekerja
secara tekun, sehingga kami dapat memperoleh nama baik karena mutu karya kami.

2. Kami akan BERUSAHA mencapai keberhasilan dan mengharap penghasilan atau
keuntungan yang wajar sebagai hak kami, tetapi tidak mau menerima untung atau keberhasilan
dengan mengorbankan harga diri, karena menyalah gunakan kesempatan atau karena tindakan
kami yang kejujurannya diragukan.

3. Kami akan SELALU INGAT, bahwa untuk membina suatu usaha sendiri tidak usah
meruntuhkan usaha orang lain, setia kepada kawan dan jujur kepada diri sendiri.

4. BILA timbul keraguan tentang kebenaran atau kelayakan dari kedudukan atau tindakan kami
terhadap sesamakami akan mengatasi keraguan itu tanpa mementingkan diri sendiri. Kami
berpendirian, bahwa PERSAHABATAN adalah tujuan dan bukan sarana, bahwa persahabatan
sejati tidak terjadi hanya karena saling memberi. Persahabatan sejati tidak meminta apapun,
tetapi menerima suatu budi baik sesuai dengan semangat ketika diberikan.
5. Kami akan SELALU INGAT kewajiban kami sebagai warga negara terhadap bangsa, negara
dan masyarakat kami, dan memberikan kepadanya kesetiaan kami yang tak tergoyahkan dalam
ucapan, tindakan dan perbuatan. Untuk itu kami akan memberikan waktu, tenaga dan sumber
daya kami seluas-luasnya.

6. Kami akan MEMBANTU sesama dengan ikut berprihatin kepada yang menderita, dengan
mengulurkan tangan kepada yang lemah dan yang tidak mampu.

7. Kami akan BERHATI-HATI dalam memberikan kritik, bermurah hati dengan pujian, kami
ingin membangun dan tidak menghancurkan.




Lagu Rasmi Lions Club

                                  I’ve Got That Lions Spirit

                              I’ve got that Lion spirit up in my head,
                                    Up in my head, up in my head
                              I’ve got that Lion spirit up in my head,
                                         Up in my head today,
                            I’ve got That Lion Spirit here in my heart,
                                  Here in my heart, here in my heart
                            I’ve got that Lion spirit here in my heart,
                                        Here in my heart today.

                            I’ve got that Lion spirit down in my feet,
                                  Down in my feet, down in my feet,
                            I’ve got that Lion spirit down in my feet,
                                        Down in my feet today.
                               I’ve got that Lion spirit all over me,
                                       All over me, all over me,
                               I’ve got that Lion spirit all over me,
                                           All over me today.

                             I’ve got that Lion spirit up in my head,
                                   Here in my heart, down in my feet
                                I’ve got that lion spirit all over me,
                                           All over me to stay.
Aktiviti Lions Club

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lions Club sebenarnya dilakukan oleh mereka sendiri yang
mana ia memfokuskan kepada keperluan yang diperlukan oleh komuniti. Dengan itu, Lions Club
bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan pertubuhan perkhidmatan lain bagi
memaksimakan fungsi mereka. Lions Club juga menjemput mana-mana kelab yang ingin
menyertainya dalam usaha memberikan bantuan antarabangsa seperti program-program
memberikan bantuan sukarelawan terhadap bantuan bencana, membantu mereka yang miskin
dan kepada negara-negara yang ditimpa kesusahan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lions
Club juga boleh terbahagi kepada dua iaitu Projek Fund-Raising dan aktiviti perkhidmatan.
Berikut adalah antara beberapa aktiviti yang dilakukan oleh Lions Club:


   •   Programmes for the Elderly
   •   Programmes for Youth and Children
   •   Sight Conservation and Work for the Blind, eg SightFirst.
   •   Hearing & Speech & Work with the Deaf.
   •   Diabetes Awareness
   •   Environment
   •   Cultural & Community Awareness
   •   Promoting Use of Information Technology




Sumbangan Lions club terhadap Aspek Moral


Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Lions Club banyak
memberikan sumbangan terhadap aspek moral. Sebenarnya, aktiviti-aktiviti sukarelawan yang
dijalankan oleh Lion Club mempunyai banyak nilai-nilai moral serta kemanusiaan yang dapat
kita terap ke dalam diri masing-masing jika direnung secara mendalam.


Antaranya, aktiviti sukarelawan yang dilakukan oleh Lions Club memberikan kita peluang untuk
meningkatkan tahap professionalism dalam pekerjaan melalui usaha kerja keras bagi
menghasilkan satu reputasi perkhidmatan yang berkualiti kepada komuniti. Sebagai contoh,
seorang doktor yang menjadi sukarelawan semasa berlakunya bencana alam seperti tsunami
dan gempa bumi dapat mempraktikkan ilmu kedoktorannya bukan atas dasar wang ringgit
tetapi disebabkan oleh tanggunjawab dalam membantu menyelamatkan serta merawat
mangsa-mangsa yang ditimpa bencana tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.


Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti sukarelawan Lions Club ini juga memupuk nilai kesetiaan
dalam memberikan perkhidmatan kepada klien dan yang paling penting juga adalah kepada diri
sendiri. Sebagai contoh, tentera yang dihantar dalam misi menyelamat mangsa-mangsa
bencana dapat memupuk nilai kesetiaan ini adalah dengan menurut perintah yang diberikan
oleh ketuanya semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Nilai kesetiaan ini penting
semasa menjalankan tugas supaya segala kerja-kerja yang dijalankan dapat berjalan dengan
lancar.


Disamping itu, menjadi sukarelawan dalam memberi bantuan kemanusiaan ini juga dapat
menyemai sikap bangga kepada diri (self-respect) terhadap kejayaan yang didapati melalui
kejujuran yang dilakukan dalam melakukan tanggungjawab serta tugas. Ini bermaksud bukan
kerana untuk mendapatkan sesuatu kita hilang harga diri dengan mengambil keuntungan
secara tidak wajar atau melakukan perkara yang melanggar undang-undang sehingga ianya
boleh dipersoalkan kepada diri kita sendiri.


Nilai moral yang dapat disemai melalui kegiatan sukarelawan Lions Club juga adalah kita dapat
mempelajari makna sebenar persahabatan sejati dan bukan menyalahgunakan ia untuk
kepeningan diri sendiri. Ini kerana dalam kegiatan bersukarelawan ini, persahabatan adalah
penting semasa melakukan tugas tersebut disebabkan kerjasama antara rakan sukarelawan
adalah perlu tanpa ada sifat mementingkan diri sendiri dalam kita menghulurkan bantuan
kepada yang perlu.


Sumbangan aspek moral Lions Club juga adalah dari segi ia membina sifat kejujuran pada diri
sendiri serta keikhlasan dalam melakukan kerja secara sukarela. Ini bermaksud, segala kerja
yang dilakukan itu adalah dibuat tanpa ada paksaan tetapi dilaksanakan kerana atas kerelaan
sendiri dalam membantu mereka-mereka yang memerlukan. Sebagai contoh semasa melakukan
kerja sukarelawan, seseorang itu sentiasa melakukan kerja dengan baik dan bersungguh-
sungguh tanpa ada bermasam muka akibat terpaksa bagi mendapatkan ganjaran serta nama.
Sumbangan nilai moral dari segi semangat patriotik juga dapat disemai bagi menjadi
warganegara yang baik. Ini kerana melalui aktiviti yang dijalankan oleh Lions Club, kita dapat
mengharumkan nama baik negara di mata dunia yang mana negara kita dikenali bukan sahaja
memiliki perpaduan yang unik antara kaum tetapi kerana rakyatnya yang prihatin dan
berbudaya penyayang dalam membantu mereka-mereka yang memerlukan tanpa mengira
warna kulit, agama dan bangsa.


Aktiviti-aktiviti Lions Club turut juga memberikan sumbangan membentuk gaya kepimpinan
yang efektif dengan menggunakan pengukuhan positif dan bukannya tindakan negatif.
Maksudnya adalah lebih banyak memberikan galakan yang positif melalui pujian dan galakan
terhadap sesuatu perbuatan dan tidak memberikan kritikan-kritikan menjatuhkan atau komen-
komen yang tidak membina kerana ia memusnahkan motivasi seseorang. Dalam erti kata lain,
kita hendak membina dan bukan untuk memusnahkan.


Kegiatan Lions Club juga dapat membentuk satu komuniti yang lebih baik iaitu dengan
membantu sesama manusia yang hidup miskin melalui bantuan ikhlas yang diberikan kesan
daripada sifat simpati yang lahir dalam jiwa manusiawi kita. Selain itu untuk membentuk satu
komuniti yang lebih baik, aktiviti-aktiviti Lions Club juga menggalakkan orang ramai dan
sahabat-handai untuk memberikan sumbangan kepada komuniti tanpa mengharapkan ganjaran
dalam bentuk wang ringgit.


Sumbangan aspek moral yang terakhir adalah membentuk satu warganegara dunia tanpa
mengira bangsa dan Negara dengan menjaga semangat persefahaman antara warga dunia
melalui kesauan Lions Club pebagai negara dalam ikatan persahabatan, kerjasama dan saling
mengerti antara satu sama lain.
Sumbangan Lions club terhadap Aspek Kemanusiaan


 i.   Program penglihatan


      Semasa trajedi tsunami berlaku pada tahun 2004 terutama di kawasan Sri Langka
      seramai 2.5 juta orang dipindahkan dan kebanyakannya kehilangan cermin mata dan
      kebolehan untuk melihat dengan jelas. Dengan itu, Lions Club telah memulakan langkah
      mengumpul cermin mata terpakai dan hasilnya sebanyak lebih 30,000 cermin mata
      berjaya dikumpul di kawasan Sri Langka dan Massachusetts.


      Disamping itu, Lions Club juga telah menghantar beberapa misi kecemasan ke beberapa
      buah negara untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata, membekalkan
      cermin mata terpakai dan memberi latihan kepada Lions Club tempatan untuk
      menjalankan klinik kekal dan program kitar semula cermin mata.


      Bagi membantu mereka-mereka yang telah kehilangan penglihatan atau tidak pernah
      ada kebolehan untuk melihat, pihak Lions Club telah menyediakan biasiswa belajar bag
      pelajar buta, mendukung program latihan vokasional, membiayai kajian mata,
      melengkapkan     perpustakaan   dengan   buku   Braille   dan    buku   bercakap   serta
      membekalkan peralatan seperti komputer bagi orang buta.


      Program penglihatan ini juga memfokuskan kepada penyebab berlakunya buta seperti:


      •   Cataracts
      •   Glaucoma
      •   Age-related macular degeneration
      •   Diabetic eye disease
      •   Corneal blindness
      •   River Blindness (onchocerciasis) and Trachoma
ii.    Program belia


       Berjuta-juta   kanak-kanak     mengalami       kemiskinan,   tidak   berumah,    kelaparan,
       penyalahgunaan, pengabaian, penyakit dan ketakupayaan. Secara tragiknya, kanak-
       kanak ini sering hidup tanpa ada penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pendidikan
       yang sempurna yang mana ia boleh memberikan mereka harapan masa depan. Dengan
       itu, Lions Club telah menjalan beberapa aktiviti seperti:


       •   Collecting food, clothes or books
       •   Organizing a vision or hearing screening
       •   Providing immunizations through a vaccination drive
       •   Starting a literacy program with a local school, library, community center or Leo club
       •   Supporting a nutritional program for undernourished children
       •   Securing wheelchairs for disabled children
       •   Sending a child with diabetes or physical challenges to a specialized camp


       Selain itu, Lions Club juga terlibat dalam pembinaan hospital, sekolah, rumah anak
       yatim dan pusat kanak-kanak di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan belia.
       Disamping itu, Lions Club juga menyokong program yang dianjurkan oleh UNICEF
       berkenaan dengan School-in-a-Box program sejak tahun 1996 lagi yang mana dalam
       kotak tersebut ia mengandungi kit pembelajaran untuk kanak-kanak jika berlaku
       kecemasan seperti bencana alam.




iii.   Program hubungan antarabangsa


       Bagi membolehkan program ini berjalan lancer, Lions Club telah menjalanakan
       kerjasama dengan beberapa badan induk dunia seperti:


       •   UN in New York, USA, Vienna, Austria and Geneva, Switzerland
       •   UN Children's Fund (UNICEF) in New York, USA, Geneva, Switzerland and Nairobi,
           Kenya
       •   UN Department of Public Information in New York, USA
•   UN Economic and Social Council (ECOSOC) in New York, USA
      •   UN Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) in Paris, France
      •   UN Environment Programme (UNEP) in Nairobi, Kenya
      •   UN Food and Agriculture Organization (FAO) in Rome, Italy
      •   UN NGO Committee on Narcotics and Substance Abuse in New York, USA
      •   UN World Health Organization (WHO) in Rome, Italy
      •   Council of Europe


      Melalui   kerjasama     ini,   ia   akan   memudahkan   lagi   penyaluran   bantuan   serta
      membolehkan bantuan cepat sampai kepada mereka yang memerlukan.




iv.   Program komuniti dan alam sekitar


      Bagi melaksanakan program tersebut, piha Lions Club telah membuat:


      * Program The Lions ALERT iaitu menggalakkan pembangunan rancangan pelan
      tindakan komuniti bagi kejadian bencana semula jadi, buatan manusia atau kecemasan
      yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan.


      * Lions juga melaksanakan khidmat komuniti sebenar Lions Crew At Work Projects,
      termasuk membentuk semula satu pusat komuniti yang bukan berasaskan keuntungan,
      membina tempat perlindungan bagi mereka yang tanpa rumah atau membaiki sebuah
      taman awam atau padang.


      * Diseluruh dunia , Lions Club menunjukkan komitmen untuk persekitaran melalui Lions
      Green Team yang melindungi planet melalui pembersihan persekitaran, menanam
      pokok, kitar semula dan mendidik orang lain.
v.    Program kesihatan


       Selain menyokong dalam usaha membantu mereka yang tidak dapat melihat, Lions club
       juga:


       * Menyokong usaha-usaha Lions Club tempatan untuk mengawal dan menghalang
       diabetis dan diabetis retinopati secara besar-besaran serta membimbing orang yang
       kehilangan penglihatan untuk orang-orang dewasa umur bekerja dalam negara-negara
       perindustrian.


       * Lions Club juga memfokuskan kepada pendengaran, dengan menyusun penayangan,
       kem-kem rekreasi dan program-program kitar semula alat pendengaran untuk kanak-
       kanak dan orang-orang dewasa.


       * Diseluruh dunia, banyak projek-projek perkhidmatan Lions terutama yang untuk
       kanak-kanak memberikan sumbangan terhadap sektor kesihatan. Contohnya, Lions Club
       di United Kingdom membiayai sepenuhnya ambulans yang dilengkapi dengan peralatan
       secukupnya bagi bayi baru lahir di Bosnia and Herzegovina.




Kesimpulan


Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa, Lions Club telah banyak memberikan sumbangan
kepada seluruh warga di dunia ini dan mesej moral serta kemanusiaan yang dibawanya
sememangnya mempunyai impak terhadap seluruh manusia sejagat. Sesungguhnya, usaha-
usaha yang dilakukan oleh Lions Club ini haruslah disokong oleh semua pihak kerana ia adalah
untuk kesejahteraan semua pihak dan juga bagi membentuk perpaduan sesama kita dikalangan
manusia.
Rujukan


http://www.lionsclubs.org/EN/index.php


http://www.lionsclubs.org.sg/


http://www.lionsclubs308a2.org.my/


http://www.lions308b2.org.my/

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui SeniSDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
Nurul Huda
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
Aziyan Bakar
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Naim Manaf
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
mandalina landy
 
Sisihan piawai kbk
Sisihan piawai kbkSisihan piawai kbk
Sisihan piawai kbk
Fiona Ting
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
Awatif Atif
 
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompokPedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Fazidah Abd Ghani
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Sharifah Rasyidah
 
Model kajian tindakan john elliott
Model kajian tindakan john elliottModel kajian tindakan john elliott
Model kajian tindakan john elliott
Rzain Zul
 
Dialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanakDialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanak
miznufa
 

La actualidad más candente (20)

Pengurusan Murid
Pengurusan MuridPengurusan Murid
Pengurusan Murid
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui SeniSDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
SDP: Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Ekspresi Melalui Seni
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
17 个思维智能
17 个思维智能17 个思维智能
17 个思维智能
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
 
Sisihan piawai kbk
Sisihan piawai kbkSisihan piawai kbk
Sisihan piawai kbk
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompokPedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
Pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
Model kajian tindakan john elliott
Model kajian tindakan john elliottModel kajian tindakan john elliott
Model kajian tindakan john elliott
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Dialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanakDialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanak
 

Destacado

Perlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moralPerlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
EFFY HARIDTH
 
Kertas kerja penubuhan prs
Kertas kerja penubuhan prsKertas kerja penubuhan prs
Kertas kerja penubuhan prs
Azi Fik
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Jamaludin Mohamad Nawi
 

Destacado (9)

MERCY Malaysia - A Gamification Study
MERCY Malaysia - A Gamification StudyMERCY Malaysia - A Gamification Study
MERCY Malaysia - A Gamification Study
 
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moralPerlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
 
Mercy malaysia
Mercy malaysiaMercy malaysia
Mercy malaysia
 
Kertas kerja kelab bahasa 2012
Kertas kerja kelab bahasa 2012Kertas kerja kelab bahasa 2012
Kertas kerja kelab bahasa 2012
 
Kertas kerja penubuhan prs
Kertas kerja penubuhan prsKertas kerja penubuhan prs
Kertas kerja penubuhan prs
 
Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2
Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2
Kertas kerja penubuhan kelab memanah 2
 
Portfolio PBSM
Portfolio PBSMPortfolio PBSM
Portfolio PBSM
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 

Similar a Lions Club Moral

Sesi 3 peranan & tanggungjawab seorg pemimpin
Sesi 3   peranan & tanggungjawab seorg pemimpinSesi 3   peranan & tanggungjawab seorg pemimpin
Sesi 3 peranan & tanggungjawab seorg pemimpin
siti rozita
 

Similar a Lions Club Moral (12)

Disebalik sedekah
Disebalik sedekahDisebalik sedekah
Disebalik sedekah
 
Materi lt-pramuka1 2
Materi lt-pramuka1 2 Materi lt-pramuka1 2
Materi lt-pramuka1 2
 
Materi kepramukaan lengkap
Materi kepramukaan lengkapMateri kepramukaan lengkap
Materi kepramukaan lengkap
 
Gerakan relawan
Gerakan relawanGerakan relawan
Gerakan relawan
 
Sesi 3 peranan & tanggungjawab seorg pemimpin
Sesi 3   peranan & tanggungjawab seorg pemimpinSesi 3   peranan & tanggungjawab seorg pemimpin
Sesi 3 peranan & tanggungjawab seorg pemimpin
 
Disiplin dan Kerohanian
Disiplin dan KerohanianDisiplin dan Kerohanian
Disiplin dan Kerohanian
 
Siaga
SiagaSiaga
Siaga
 
Terbukti Berhasil ! Cara step by step (pasti) Mencapai Dream Dengan Habits Ba...
Terbukti Berhasil ! Cara step by step (pasti) Mencapai Dream Dengan Habits Ba...Terbukti Berhasil ! Cara step by step (pasti) Mencapai Dream Dengan Habits Ba...
Terbukti Berhasil ! Cara step by step (pasti) Mencapai Dream Dengan Habits Ba...
 
Organisasi pramuka
Organisasi pramukaOrganisasi pramuka
Organisasi pramuka
 
Proposal kegiatan arisan
Proposal kegiatan arisan Proposal kegiatan arisan
Proposal kegiatan arisan
 
Proposal kegiatan arisan
Proposal kegiatan arisanProposal kegiatan arisan
Proposal kegiatan arisan
 
Kepentingan Tabiyah Dalam Hidup Kita
Kepentingan Tabiyah Dalam Hidup KitaKepentingan Tabiyah Dalam Hidup Kita
Kepentingan Tabiyah Dalam Hidup Kita
 

Último

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

Último (20)

PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 

Lions Club Moral

  • 1. INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS TAWAU SUBJEK: PENDIDIKAN MORAL “BINCANGKAN TENTANG SUMBANGAN LIONS CLUB TERHADAP ASPEK MORAL DAN KEMANUSIAAN” DISEDIAKAN OLEH: ROD RUDOLF S MOJONI (KPLI-SAINS) JEPULSON JULIAN (KPLI-PEMULIHAN)
  • 2. Latar Belakang Lions Club Lions Club mula ditubuhkan pada tahun 1917 oleh Melvin Jones yang beribu pejabat di Oak Brook, Illinois, Amerika Syarikat. Pada tarikh 8 Oktober 1917, untuk pertama kalinya sebuah konvensyen telah diadakan di Dallas, Texas yang mana Lions Club telah lahir berserta dengan perlembagaan dan peraturan serta telah dipersetujui lambang, tujuan dan etika Lions Club. Sekarang nama rasmi organisasi yang menaungi semua Lions Club di seluruh dunia adalah “The International Assosiation of Lions Clubs” atau lebih umumnya lagi dikenal sebagai “Lions Clubs International”. Dengan itu, tarikh 8 Oktober dijadikan sebagai hari Lions sedunia, yang mana setiap tahun ia diperingati dengan pelbagai kegiatan melayani. Semangat Lionism telah dibawa ke Singapura dan Malaysia oleh N.N.Pundole apabila beliau mula membentuk Lions Club pertama (multi) di Daerah 308. Pada tarikh 18 Februari 1959, semangat Lionisms berkembang ke Semenanjung Malaysia dan menyaksikan kelahiran Lions Club Malaysia yang pertama iaitu Lions Club Kuala Lumpur (host). Dibawah pimpinan mendiang jurutera Minoo, lebih banyak Lions Club ditubuhkan di setiap negeri di Malaysia dan ianya juga berkembang sehingga ke Brunei yang menjadi sebahagian Daerah 308. Dengan peningkatan ahli Lions Club, Daerah 308 telah dipecahkan kepada dua iaitu 308A dan 308B pada tahun 1984. Pada tahun 1998, ianya dipecahkan lagi kepada Daerah 308A1, 308A2, 308B1 dan 308B2. Berikut adalah jumlah keahlian setakat April 2003: * Daerah 308 A1 - 1,887 (Singapura) * Daerah 308 A2 - 1,735 (Brunei, Sabah & Sarawak) * Daerah 308 B1 - 2,210 (Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor & Kuala Lumpur) * Daerah 308 B2 - 1,827 (Kedah, Perlis, Penang, Perak, Selangor and Cameron Highlands)
  • 3. Lambang, Slogan dan Moto Lambang Lions terdiri dari huruf “L” berwarna emas pada suatu lingkaran berwarna ungu, mengelilingi lingkaran ada 2 wajah singa yang membelakangi lingkaran tengah lambang ini. Secara simbolik, wajah singa yang berlawanan arah ini menggambarkan masa lalu yang membanggakan dan masa depan yang cerah. Setiap Lions harus bangga akan masa lalu dan mempunyai keyakinan menghadapi masa depan yang lebih baik. Perkataan Lions terdapat pada bagian atas lingkaran dan kata International terdapat pada bagian bawahnya. Perkataan Lions merupakan singkatan untuk Liberty, Intelligence & Our Nation’s Safety, yaitu Kebebasan, Kecerdasan dan Keselamatan Bangsa dan Negara Kita. Sebagai motto Lions memilih kata We Serve atau Kami Mengabdi. Menjadi kewajiban bagi para Lions untuk memakai dan memamerkan lambang ini dengan penuh kebanggaan pada setiap kesempatan. Rajah 1: Logo Lions Club
  • 4. Warna Bagi para Lions, warna ungu melambangkan kesetiaan kepada negara, sahabat dan integritas pikiran dan hati pribadi. Warna ini secara tradisional menggambarkan kekuatan, keberanian dan keuletan dalam menghadapi setiap masalah. Warna emas menggambarkan ketulusan hati, kebijaksanaan dalam mengambil keputusan dan kemurahan hati bagi sesama. Visi Lions Clubs Untuk meningkatkan kecerdasan bangsa dan melindungi keselamatan negaranya (Liberty, Intellegence, our Nation’s Safety - LIONS) Misi Lions Clubs Menciptakan dan menumbuhkan semangat saling pengertian diantara para anggota Lions Clubs Malaysia untuk secara aktif menaruh perhatian terhadap berbagai masalah yang menyangkut kepentingan umum dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui berbagai kegiatan pengabdian dan kerjasama International (Motto: We Serve - Kami Mengabdi) TUJUAN LIONS 1. Menciptakan dan menumbuhkan semangat saling pengertian diantara bangsa bangsa sedunia 2. Memajukan norma norma yang baik dalam kehidupan bermasyarakat , berbangsa dan bernegara
  • 5. 3. Menaruh perhatian secara aktif terhadap kepentingan umum dan kesejahteraan masyarakat dalam bidang seni budaya , sosial dan tata susila 4. Mempersatukan semua anggota Club dalam ikatan persahabatan , kerjasama dan saling pengertian 5. Menyediakan forum untuk berdiskusi secara bebas mengenai segala hal yang Berkenaan dengan kepentingan umum , asaltan politik , agama dan kesukuan/ kebangsaan tidak dipermasalahkan 6. Mendorong orang orang yang berjiwa pengabdian untuk berbakti kepada masyarakat tanpa mengharapkan ganjaran keuntungan bagi dirinya dan mendorong ditingkatkannya daya guna dan norma etika yang tinggi didalam perdagangan , industri , profesi , pemerintahan dan usaha swasta. Kod Etika Lions 1. Kami akan MENUNJUKAN keyakinan pada kemuliaan pekerjaan kami dengan bekerja secara tekun, sehingga kami dapat memperoleh nama baik karena mutu karya kami. 2. Kami akan BERUSAHA mencapai keberhasilan dan mengharap penghasilan atau keuntungan yang wajar sebagai hak kami, tetapi tidak mau menerima untung atau keberhasilan dengan mengorbankan harga diri, karena menyalah gunakan kesempatan atau karena tindakan kami yang kejujurannya diragukan. 3. Kami akan SELALU INGAT, bahwa untuk membina suatu usaha sendiri tidak usah meruntuhkan usaha orang lain, setia kepada kawan dan jujur kepada diri sendiri. 4. BILA timbul keraguan tentang kebenaran atau kelayakan dari kedudukan atau tindakan kami terhadap sesamakami akan mengatasi keraguan itu tanpa mementingkan diri sendiri. Kami berpendirian, bahwa PERSAHABATAN adalah tujuan dan bukan sarana, bahwa persahabatan sejati tidak terjadi hanya karena saling memberi. Persahabatan sejati tidak meminta apapun, tetapi menerima suatu budi baik sesuai dengan semangat ketika diberikan.
  • 6. 5. Kami akan SELALU INGAT kewajiban kami sebagai warga negara terhadap bangsa, negara dan masyarakat kami, dan memberikan kepadanya kesetiaan kami yang tak tergoyahkan dalam ucapan, tindakan dan perbuatan. Untuk itu kami akan memberikan waktu, tenaga dan sumber daya kami seluas-luasnya. 6. Kami akan MEMBANTU sesama dengan ikut berprihatin kepada yang menderita, dengan mengulurkan tangan kepada yang lemah dan yang tidak mampu. 7. Kami akan BERHATI-HATI dalam memberikan kritik, bermurah hati dengan pujian, kami ingin membangun dan tidak menghancurkan. Lagu Rasmi Lions Club I’ve Got That Lions Spirit I’ve got that Lion spirit up in my head, Up in my head, up in my head I’ve got that Lion spirit up in my head, Up in my head today, I’ve got That Lion Spirit here in my heart, Here in my heart, here in my heart I’ve got that Lion spirit here in my heart, Here in my heart today. I’ve got that Lion spirit down in my feet, Down in my feet, down in my feet, I’ve got that Lion spirit down in my feet, Down in my feet today. I’ve got that Lion spirit all over me, All over me, all over me, I’ve got that Lion spirit all over me, All over me today. I’ve got that Lion spirit up in my head, Here in my heart, down in my feet I’ve got that lion spirit all over me, All over me to stay.
  • 7. Aktiviti Lions Club Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lions Club sebenarnya dilakukan oleh mereka sendiri yang mana ia memfokuskan kepada keperluan yang diperlukan oleh komuniti. Dengan itu, Lions Club bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan pertubuhan perkhidmatan lain bagi memaksimakan fungsi mereka. Lions Club juga menjemput mana-mana kelab yang ingin menyertainya dalam usaha memberikan bantuan antarabangsa seperti program-program memberikan bantuan sukarelawan terhadap bantuan bencana, membantu mereka yang miskin dan kepada negara-negara yang ditimpa kesusahan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lions Club juga boleh terbahagi kepada dua iaitu Projek Fund-Raising dan aktiviti perkhidmatan. Berikut adalah antara beberapa aktiviti yang dilakukan oleh Lions Club: • Programmes for the Elderly • Programmes for Youth and Children • Sight Conservation and Work for the Blind, eg SightFirst. • Hearing & Speech & Work with the Deaf. • Diabetes Awareness • Environment • Cultural & Community Awareness • Promoting Use of Information Technology Sumbangan Lions club terhadap Aspek Moral Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Lions Club banyak memberikan sumbangan terhadap aspek moral. Sebenarnya, aktiviti-aktiviti sukarelawan yang dijalankan oleh Lion Club mempunyai banyak nilai-nilai moral serta kemanusiaan yang dapat kita terap ke dalam diri masing-masing jika direnung secara mendalam. Antaranya, aktiviti sukarelawan yang dilakukan oleh Lions Club memberikan kita peluang untuk meningkatkan tahap professionalism dalam pekerjaan melalui usaha kerja keras bagi menghasilkan satu reputasi perkhidmatan yang berkualiti kepada komuniti. Sebagai contoh, seorang doktor yang menjadi sukarelawan semasa berlakunya bencana alam seperti tsunami
  • 8. dan gempa bumi dapat mempraktikkan ilmu kedoktorannya bukan atas dasar wang ringgit tetapi disebabkan oleh tanggunjawab dalam membantu menyelamatkan serta merawat mangsa-mangsa yang ditimpa bencana tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa. Selain daripada itu, aktiviti-aktiviti sukarelawan Lions Club ini juga memupuk nilai kesetiaan dalam memberikan perkhidmatan kepada klien dan yang paling penting juga adalah kepada diri sendiri. Sebagai contoh, tentera yang dihantar dalam misi menyelamat mangsa-mangsa bencana dapat memupuk nilai kesetiaan ini adalah dengan menurut perintah yang diberikan oleh ketuanya semasa menjalankan tugas yang diamanahkan. Nilai kesetiaan ini penting semasa menjalankan tugas supaya segala kerja-kerja yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar. Disamping itu, menjadi sukarelawan dalam memberi bantuan kemanusiaan ini juga dapat menyemai sikap bangga kepada diri (self-respect) terhadap kejayaan yang didapati melalui kejujuran yang dilakukan dalam melakukan tanggungjawab serta tugas. Ini bermaksud bukan kerana untuk mendapatkan sesuatu kita hilang harga diri dengan mengambil keuntungan secara tidak wajar atau melakukan perkara yang melanggar undang-undang sehingga ianya boleh dipersoalkan kepada diri kita sendiri. Nilai moral yang dapat disemai melalui kegiatan sukarelawan Lions Club juga adalah kita dapat mempelajari makna sebenar persahabatan sejati dan bukan menyalahgunakan ia untuk kepeningan diri sendiri. Ini kerana dalam kegiatan bersukarelawan ini, persahabatan adalah penting semasa melakukan tugas tersebut disebabkan kerjasama antara rakan sukarelawan adalah perlu tanpa ada sifat mementingkan diri sendiri dalam kita menghulurkan bantuan kepada yang perlu. Sumbangan aspek moral Lions Club juga adalah dari segi ia membina sifat kejujuran pada diri sendiri serta keikhlasan dalam melakukan kerja secara sukarela. Ini bermaksud, segala kerja yang dilakukan itu adalah dibuat tanpa ada paksaan tetapi dilaksanakan kerana atas kerelaan sendiri dalam membantu mereka-mereka yang memerlukan. Sebagai contoh semasa melakukan kerja sukarelawan, seseorang itu sentiasa melakukan kerja dengan baik dan bersungguh- sungguh tanpa ada bermasam muka akibat terpaksa bagi mendapatkan ganjaran serta nama.
  • 9. Sumbangan nilai moral dari segi semangat patriotik juga dapat disemai bagi menjadi warganegara yang baik. Ini kerana melalui aktiviti yang dijalankan oleh Lions Club, kita dapat mengharumkan nama baik negara di mata dunia yang mana negara kita dikenali bukan sahaja memiliki perpaduan yang unik antara kaum tetapi kerana rakyatnya yang prihatin dan berbudaya penyayang dalam membantu mereka-mereka yang memerlukan tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa. Aktiviti-aktiviti Lions Club turut juga memberikan sumbangan membentuk gaya kepimpinan yang efektif dengan menggunakan pengukuhan positif dan bukannya tindakan negatif. Maksudnya adalah lebih banyak memberikan galakan yang positif melalui pujian dan galakan terhadap sesuatu perbuatan dan tidak memberikan kritikan-kritikan menjatuhkan atau komen- komen yang tidak membina kerana ia memusnahkan motivasi seseorang. Dalam erti kata lain, kita hendak membina dan bukan untuk memusnahkan. Kegiatan Lions Club juga dapat membentuk satu komuniti yang lebih baik iaitu dengan membantu sesama manusia yang hidup miskin melalui bantuan ikhlas yang diberikan kesan daripada sifat simpati yang lahir dalam jiwa manusiawi kita. Selain itu untuk membentuk satu komuniti yang lebih baik, aktiviti-aktiviti Lions Club juga menggalakkan orang ramai dan sahabat-handai untuk memberikan sumbangan kepada komuniti tanpa mengharapkan ganjaran dalam bentuk wang ringgit. Sumbangan aspek moral yang terakhir adalah membentuk satu warganegara dunia tanpa mengira bangsa dan Negara dengan menjaga semangat persefahaman antara warga dunia melalui kesauan Lions Club pebagai negara dalam ikatan persahabatan, kerjasama dan saling mengerti antara satu sama lain.
  • 10. Sumbangan Lions club terhadap Aspek Kemanusiaan i. Program penglihatan Semasa trajedi tsunami berlaku pada tahun 2004 terutama di kawasan Sri Langka seramai 2.5 juta orang dipindahkan dan kebanyakannya kehilangan cermin mata dan kebolehan untuk melihat dengan jelas. Dengan itu, Lions Club telah memulakan langkah mengumpul cermin mata terpakai dan hasilnya sebanyak lebih 30,000 cermin mata berjaya dikumpul di kawasan Sri Langka dan Massachusetts. Disamping itu, Lions Club juga telah menghantar beberapa misi kecemasan ke beberapa buah negara untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata, membekalkan cermin mata terpakai dan memberi latihan kepada Lions Club tempatan untuk menjalankan klinik kekal dan program kitar semula cermin mata. Bagi membantu mereka-mereka yang telah kehilangan penglihatan atau tidak pernah ada kebolehan untuk melihat, pihak Lions Club telah menyediakan biasiswa belajar bag pelajar buta, mendukung program latihan vokasional, membiayai kajian mata, melengkapkan perpustakaan dengan buku Braille dan buku bercakap serta membekalkan peralatan seperti komputer bagi orang buta. Program penglihatan ini juga memfokuskan kepada penyebab berlakunya buta seperti: • Cataracts • Glaucoma • Age-related macular degeneration • Diabetic eye disease • Corneal blindness • River Blindness (onchocerciasis) and Trachoma
  • 11. ii. Program belia Berjuta-juta kanak-kanak mengalami kemiskinan, tidak berumah, kelaparan, penyalahgunaan, pengabaian, penyakit dan ketakupayaan. Secara tragiknya, kanak- kanak ini sering hidup tanpa ada penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pendidikan yang sempurna yang mana ia boleh memberikan mereka harapan masa depan. Dengan itu, Lions Club telah menjalan beberapa aktiviti seperti: • Collecting food, clothes or books • Organizing a vision or hearing screening • Providing immunizations through a vaccination drive • Starting a literacy program with a local school, library, community center or Leo club • Supporting a nutritional program for undernourished children • Securing wheelchairs for disabled children • Sending a child with diabetes or physical challenges to a specialized camp Selain itu, Lions Club juga terlibat dalam pembinaan hospital, sekolah, rumah anak yatim dan pusat kanak-kanak di seluruh dunia bagi memenuhi keperluan belia. Disamping itu, Lions Club juga menyokong program yang dianjurkan oleh UNICEF berkenaan dengan School-in-a-Box program sejak tahun 1996 lagi yang mana dalam kotak tersebut ia mengandungi kit pembelajaran untuk kanak-kanak jika berlaku kecemasan seperti bencana alam. iii. Program hubungan antarabangsa Bagi membolehkan program ini berjalan lancer, Lions Club telah menjalanakan kerjasama dengan beberapa badan induk dunia seperti: • UN in New York, USA, Vienna, Austria and Geneva, Switzerland • UN Children's Fund (UNICEF) in New York, USA, Geneva, Switzerland and Nairobi, Kenya • UN Department of Public Information in New York, USA
  • 12. UN Economic and Social Council (ECOSOC) in New York, USA • UN Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) in Paris, France • UN Environment Programme (UNEP) in Nairobi, Kenya • UN Food and Agriculture Organization (FAO) in Rome, Italy • UN NGO Committee on Narcotics and Substance Abuse in New York, USA • UN World Health Organization (WHO) in Rome, Italy • Council of Europe Melalui kerjasama ini, ia akan memudahkan lagi penyaluran bantuan serta membolehkan bantuan cepat sampai kepada mereka yang memerlukan. iv. Program komuniti dan alam sekitar Bagi melaksanakan program tersebut, piha Lions Club telah membuat: * Program The Lions ALERT iaitu menggalakkan pembangunan rancangan pelan tindakan komuniti bagi kejadian bencana semula jadi, buatan manusia atau kecemasan yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. * Lions juga melaksanakan khidmat komuniti sebenar Lions Crew At Work Projects, termasuk membentuk semula satu pusat komuniti yang bukan berasaskan keuntungan, membina tempat perlindungan bagi mereka yang tanpa rumah atau membaiki sebuah taman awam atau padang. * Diseluruh dunia , Lions Club menunjukkan komitmen untuk persekitaran melalui Lions Green Team yang melindungi planet melalui pembersihan persekitaran, menanam pokok, kitar semula dan mendidik orang lain.
  • 13. v. Program kesihatan Selain menyokong dalam usaha membantu mereka yang tidak dapat melihat, Lions club juga: * Menyokong usaha-usaha Lions Club tempatan untuk mengawal dan menghalang diabetis dan diabetis retinopati secara besar-besaran serta membimbing orang yang kehilangan penglihatan untuk orang-orang dewasa umur bekerja dalam negara-negara perindustrian. * Lions Club juga memfokuskan kepada pendengaran, dengan menyusun penayangan, kem-kem rekreasi dan program-program kitar semula alat pendengaran untuk kanak- kanak dan orang-orang dewasa. * Diseluruh dunia, banyak projek-projek perkhidmatan Lions terutama yang untuk kanak-kanak memberikan sumbangan terhadap sektor kesihatan. Contohnya, Lions Club di United Kingdom membiayai sepenuhnya ambulans yang dilengkapi dengan peralatan secukupnya bagi bayi baru lahir di Bosnia and Herzegovina. Kesimpulan Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa, Lions Club telah banyak memberikan sumbangan kepada seluruh warga di dunia ini dan mesej moral serta kemanusiaan yang dibawanya sememangnya mempunyai impak terhadap seluruh manusia sejagat. Sesungguhnya, usaha- usaha yang dilakukan oleh Lions Club ini haruslah disokong oleh semua pihak kerana ia adalah untuk kesejahteraan semua pihak dan juga bagi membentuk perpaduan sesama kita dikalangan manusia.