Sajak Melayu sebelum Perang Dunia Kedua menyentuh topik cinta, nasionalisme, agama dan ekonomi. Gaya penulisannya masih dipengaruhi bentuk tradisional seperti pantun dengan pola rima dan gambaran alam, tetapi mulai mengangkat isu kontemporer.
1. SASTERA MODEN.
SEJARAH PERKEMBANGAN SAJAK MELAYU SEBELUM PERANG.
1. Bila bermulanya sejarah-sejarah diterbitkan dalam akhbar dan majalah?
Pada tahun 1934.
2. Siapa penulisnya?
Sajak-sajak Punggok ciptaan Muhammad Yassin Makmur, iaitu :
i. Keluh Kesah.
ii. Selalu Merayu.
iii. Tak Sangka.
iv. Pujukan Hati.
v. Ibuku.
3. Apakah tema atau persoalan sajak-sajak sebelum perang?
Masalah Peribadi. Nasionalisme. Agama & Akhlak.
Menyentuh persoalan cinta
muda-mudi untuk
menyuarakan rasa hati dan
perasaan.
Contohnya :
1. Sajak Punggok seperti
Pujukan Hati, Selalu
Merayu, Keluh Kesah
dan Waktu Senjakala.
Menyentuh juga persoalan
cita-cita tetapi sedikit
bilangannya.
Contohnya sajak Rindu,
ciptaan Kasmani Haji
Ariff.
Mengenai soal ekonomi,
kepentingan ilmu dan
pelajaran untuk
meningkatkan taraf hidup.
Contohnya :
1. Sajak Pertanyaan
Sukma, karya Kasmani
Haji Ariff.
2. Sajak Rayuan Tanahair
oleh Ngumba.
3. Sajak Darah Muda oleh
Cintati.
4. Sajak Sayunya Hatiku
ciptaan Ahba
Darultakzim.
Dan sebagainya.
Mengandungi unsur
nasihat dan seruan untuk
mengutamakan agama.
Contohnya :
1. Sajak Islam, karya
Kasmani Haji Ariff.
2. Sajak Tuan Hendak
Ke Mana, oleh
Anggerik.
3. Sajak Oh Perawan
ciptaan Yusuf Arsyad.
4. Apakah teknik penulisan sajak-sajak sebelum perang?
※ Masih terikat dengan puisi tradisional iaitu pantun dan syair dari sudut :
a. Pola rima dan pola rima akhir.
Sajak sebelum perang masih mengamalkan pola rima akhir seperti pantun dan syair iaitu
a/b/a/b.
2. Selain sajak-sajak Punggok, penyair-penyair lain seperti Atma Jiwa, Anggerik, Najir
Abdul Hamid, Bayu dan Anum juga gemar menggunakan pola tersebut pada baris setiap
rangkap.
b. Gambaran unsur lukisan.
Unsur-unsur ini berhubung dengan emosi romantis yang indah atau sayu. Lukisan alam
diambil dari simbol-simbol alam sekeliling kita banyak digunakan serta membawa
pengertian yang umum.
Contohnya :
i. Bunga melambangkan kekasih atau gadis.
ii. Gelombang melambangkan keresahan rasa.
iii. Matahari melambangkan semangat keberanian.
c. Pembahagian baris.
Setiap satu rangkap yang mengandungi empat baris. Setiap baris terbahagi lagi kepada dua
bentuk pengucapan.
d. Penggunaan perkataan arkaik.
Perkataan arkait gemar sekali digunakan oleh penyair iaitu penggunaan imbuhan.
e. Puisi kata-kata.
Penggunaan bahasa dengan teknik persajakan dapat diperolehi melalui pola rima, bahasa
dan diksi. Penggunaan sesuatu ayat atau pengubahan struktur bahasa atau ayat bertujuan
untuk menjaga kepantingan rima.
Contohnya : sajak Oh Dunia ciptaan Wok Jamilah.