SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 47
ISLAM DALAM
TAMADUN MELAYU
SERTA PERANANNYA
DALAM PEMBINAAN
TAMADUN MALAYSIA

1
Pendahuluan


Islam mempunyai kaitan yang rapat
terhadap perkembangan tamadun
manusia termasuklah di Malaysia.
Perkataan Islam itu sendiri berasal
daripada perkataan Arab salima bererti
selamat sentosa atau kedamaian.



Dari perkataan salima ini lahir perkataan
aslama yang bermaksud terpelihara
dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga
bererti menyerah diri, tunduk patuh dan
taat.
2


Islam secara umumnya adalah sejahtera di
mana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang
dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t.
mengikut dengan patuh terhadap sistem
Allah s.w.t. seperti firmanNya di dalam surah
al-'Imraan ayat 83 yang bermaksud:
"Patutkah sesudah (mengakui dan menerima
perjanjian) itu mereka mencari lain daripada
agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk
(taat) sekalian makhluk yang ada di langit
dan di bumi, sama ada dengan sukarela
ataupun dengan paksa, dan kepadaNyalah
mereka dikembalikan"

3
PANDANGAN SEMESTA DAN
TAMADUN ISLAM


Menurut Lucien Goldmann, unsur utama
yang membezakan antara sesebuah
tamadun dengan tamadun yang lain ialah
pandangan semesta (worldview /
weltanschauung) yang mendasarinya.



Ibn Khaldun mengatakan bahawa
suasana persekitaran merupakan unsur
terpenting dalam membentuk pandangan
semesta sesebuah masyarakat.

4
Pandangan semesta …


Secara umumnya, pandangan semesta merupakan
satu konsep mengenai alam semesta secara
keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut
pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai
tertentu.



Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam
merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek
dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat.
Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam
ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang
terjelma dari mata hati manusia mengenai
kewujudan seluruh alam.
5
Sifat-sifat Tamadun Islam
1.
2.
3.
4.

5.
6.

Kesejagatan
Keterbukaan
Sepanjang zaman
Toleransi Terhadap Agama Dan
Budaya Lain
Kesatuan Dalam Kepelbagaian
Keseimbangan Antara Rohani Dan
Jasmani
6
CIRI-CIRI KHUSUS
TAMADUN ISLAM
1.
2.
3.
4.

Rabbani
Sempurna dan menyeluruh
Umum
Idealistik dan realistik

7
MATLAMAT TAMADUN ISLAM


Matlamat umum : mewujudkan
perhubungan yang sejahtera sesama
manusia dan alam



Matlamat khusus : mewujudkan
hubungan dengan Pencipta iaitu Allah
s.w.t. iaitu beribadat mengikut
prosedur yang ditetapkan oleh Allah
s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad
s.a.w.
8
Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.


Hubungan antara manusia dengan
Allah s.w.t. bersifat hubungan antara
hamba dengan Penciptanya.



Hubungan tersebut merupakan
hubungan paling tinggi dan paling
mulia dalam kehidupan manusia,
mengatasi hubungan yang wujud
antara manusia tersebut dengan
mana-mana manusia atau makhluk
lain.
9
Hubungan manusia
dengan manusia


Masyarakat muslim adalah masyarakat yang
terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah.
Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah
masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak
bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan
serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan
geografi dan politik.



Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran
yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha
Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di
samping berbuat baik kepada sesama manusia.
10
Hubungan manusia dengan alam


Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini
untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya
Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka
bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk
memelihara alam ini.



Allah s.w.t. telah memberikan panduanNya
kepada manusia berhubung dengan hubungan
yang sepatutnya antara manusia dengan alam.
11


"Dan tiada satu pun di antara haiwan
melata di bumi atau pun burung
terbang dengan dua sayapnya
melainkan mereka juga umat-umat
seperti kamu; tiada satu pun yang
Kami lupakan di dalam Kitab,
kemudian kepada Tuhannya mereka
dikumpulkan”.
(al-An’aam, 6 : 38)

12


Memberikan makanan dan minuman
kepada haiwan, khususnya yang
dipelihara, apabila diperlukan. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa yang tidak mengasihani
tidak akan dikasihani"



Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullah
s.a.w.
apabila
baginda
melihat
beberapa orang menjadikan burung
sebagai sasaran panah mereka:
"Allah melaknat orang yang
menjadikan
sesuatu
yang
mempunyai roh sebagai sasaran"
13


Tidak menyiksa binatang dengan apa
cara sekalipun. Sabda Rasulullah
s.a.w.:
"Seorang perempuan dimasukkan
ke dalam neraka disebabkan
seekor kucing yang dikurungnya
hingga mati, perempuan itu akan
masuk neraka kerana kucing itu tidak
diberi makan, tidak diberi
minum
dan tidak dibiarkan
memakan
binatang-binatang
tanah".
(Bukhari)
14
SUMBER TAMADUN ISLAM


Sumber utama tamadun Islam ialah alQuran dan al-Sunnah.



Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip
asas, kemudian dijelas dan diperincikan
oleh al-Sunnah.



Kedua-duanya ini merupakan sumber
inspirasi umat Islam untuk membentuk,
membangun
dan
mengembangkan
tamadun mereka.
15
TUJUAN TAMADUN ISLAM
Tujuan utama tamadun Islam
ialah
memelihara
keperluan
manusia yang lima iaitu:
1.

2.
3.
4.
5.

menjaga
menjaga
menjaga
menjaga
menjaga

agama
jiwa
keturunan
akal
harta
16
al-Dharuriyyat


al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud
bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikankebaikan) terhadap al-din (agama) dan dunia.



Ketiadaannya akan menyebabkan maslahah
dunia tidak berada dalam keadaan stabil bahkan
mendatangkan kerosakan dan huru hara serta
musnahnya kehidupan atau dengan kata lain,
luputnya keselamatan dan kenikmatan sehingga
membawa kerugian yang amat besar.
17


al-Hajiyyat bermaksud keperluan kepada
perkara yang membawa kelegaan dan mampu
menghilangkan kesusahan dan masyaqqah
(kesulitan).



Apabila luputnya perkara al-hajiyyat akan
membawa individu atau masyarakat kepada
kesukaran walaupun tidaklah sampai kepada
kesukaran yang amat sangat seperti tahap aldaruriyyat yang boleh membinasakan.



Hal ini juga melibatkan soal ibadat (khusus),
adat kebiasaan, muamalat dan juga jenayah.
18
al-Tahsiniyyat


al-Tahsiniyyat pula bermaksud
mengambil perkara-perkara yang
selayaknya menerusi kebaikankebaikan dan menjauhi perkaraperkara dipandang keji oleh akal
yang rasional.



Hal ini terangkum dalam maksud
kemuliaan akhlak.
19
ISLAM
DALAM TAMADUN MELAYU


Islam merupakan suatu elemen yang
sangat penting dan signifikan dalam
membincangkan tamadun Melayu.



Ini kerana, Islam banyak
mempengaruhi perkembangan
tamadun Melayu. Kesan dan nilai
Islam dapat ditemui pada hampir
segenap aspek dalam kehidupan
masyarakat dan tamadun Melayu.
20
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE
ALAM MELAYU


Beberapa teori telah dikemukakan :



Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa
kedatangan Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke
lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawa
kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke
sembilan Masehi.



Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang
secara langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan
dari India dan ada yang mengatakan dari China.

21
KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM
TAMADUN MELAYU


Kedatangan Islam telah banyak
mencorakkan suasana masyarakat di Alam
Melayu.



Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun
Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek,
antaranya:
–
–
–
–
–
–
–
–
–

Akidah
Politik
Sosial
undang-undang
Ekonomi
Kebudayaan
Bahasa dan sastera
Kesenian
Pendidikan dan Ilmu Syariah

22
Islam dan Pembentukan
Tamadun Melayu


Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang
dibentuk oleh sekelompok manusia yang
dogolongkan secara luas sebagai kumpulan
orang Melayu dan bertempat di suatu
wilayah di Asia Tenggara yang dikenali
dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu,
Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan
Melayu dan sebagainya.



Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu
bahasa Melayu sebagai lingua franca dan
agama Islam sebagai anutan majoriti
penduduknya.
23


Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah
memantapkan keseluruhan pandangan semesta
Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya.



Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan
manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran
bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (godcentered) membuatkan manusia Melayu menyedari
serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa,
Maha Mengasihani.



Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta
Melayu juga dibentuk berasaskan hubungan manusia
dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan
dengan sesama manusia (hablum minannas).
24
Kedudukan Islam dalam Perlembagaan


Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati
dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya di
Negeri-negeri
Melayu
hanya
berubah
selepas
kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan
Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan
Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri
Borneo (Sabah dan Sarawak).



Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negerinegeri Melayu melalui piagam Keadilan I (1807),
Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam Keadilan III
(1855).



Residen-residen
Inggeris
juga
dilantik
untuk
menasihati para Sultan di dalam perkara-perkara
pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara mengenai
agama dan adat istiadat Melayu.

25


Dalam konteks perlembagaan
Malaysia pada masakini, dalam
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia jelas memberitahu
bahawa :
“Islam adalah agama rasmi
persekutuan, tetapi agama lain
boleh diamalkan dengan bebas di
dalam aman dan harmoni di dalam
mana-mana bahagian jua di dalam
persekutuan ini.”
26


Menurut Perkara 3(1), Islam telah
dinyatakan sebagai agama rasmi
persekutuan Malaysia. Dalam masa
yang sama, agama-agama lain juga
bebas dipraktikkan dan diamalkan.



Kesan daripada peruntukan
Perlembagaan Persekutuan ke atas
agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu
agama Islam sebagai agama
Persekutuan ialah :

27


Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang
yang beragama Islam, lazimnya bercakap di
dalam Bahasa Melayu dan mengikut istiadat
Melayu.



Melayu dan Islam adalah unsur yang
bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk
tujuan undang-undang dan Perlembagaan.



Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja
di negeri Melayu dan di dalam setiap
perlembagaan
negeri
termasuk
Perlembagaan
Negeri
Johor.
Mestilah
berbangsa Melayu, beragama Islam dan
berketurunan raja.
28


Di dalam sumpah memegang jawatan
Yang
DiPertuan
Agong
baginda
mengangkat sumpah dengan didahului
dengan lafaz Wallahi, Wabillahi dan
Watallahi
yang
merupakan
lafaz
sumpah yang dikehendaki dalam
agama Islam.



Yang DiPertuan Agong adalah ketua
agama Islam di negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan iaitu negeri yang tidak
mempunyai Raja.
29


Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah
ketua agama Islam bagi negeri masingmasing.



Dalam menjalankan tugas sebagai ketua
agama mereka mempunyai budi bicara dan
tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat
Negeri.



Sultan dari segi praktikalnya
semasa
bertugas dibantu dan dinasihati oleh Majlis
Agama Islam Negeri.

30


Walaubagaimanapun, sebagai satu
perlindungan tambahan terhadap
status agama Islam sebagai agama
rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada
menegaskan bahawa Undang-undang
Negeri dan Undang-undang
Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan
dan Labuan, boleh menjalankan dan
menguatkuasakan pengawalan dan
penghalangan terhadap apa-apa
seruan, dakwah mahupun sebaran
agama-agama lain keatas penganutpenganut Islam.
31


Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa
Sultan di dalam Majlis Raja-Raja adalah ketuaketua agama Islam dan bertanggungjawab ke
atas adat istiadat Islam.



Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang diPertuan Agong menjadi ketua agama bagi
negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan.
Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia
seperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas
adalah amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara
11(4) yang menghalang sebarang penyebaran
agama lain kepada orang-orang Islam.
32


Walaubagaimanapun, maksud Islam
sebagai agama rasmi negara disini
haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana,
agama rasmi di sini bukanlah bererti Islam
dan segala prinsip-prinsipnya yang
terkandung di dalam al-Quran, as-Sunnah
dan sumber-sumber lain diaplikasikan
secara menyeluruh di dalam segenap
pelusuk hal ehwal kenegaraan
sebagaimana definisi Islam mengikut
syarak.
33


Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama
rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk
yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapa
aspek kehidupan seperti, aqidah iaitu
kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang,
puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus
kehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan,
penceraian, waqaf, harta pusaka serta beberapa
kesalahan lain seperti berzina, minum arak dan
lain-lain.

34
Keterbatasan …


Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam
Perkara 3(1) hanya terbatas kepada beberapa
perkara tertentu sahaja dapat dibuktikan
seterusnya melalui Perkara 160 yang jelas tidak
memasukkan Undang-Undang Syarak di dalam
definisi dan undang-undangnya.



Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1)
perlembagaan hanya terhad kepada perlaksanaan
Islam di dalam beberapa aspek kemasyarakatan
umat Islam sahaja seperti hal kekeluargaan, hal
ketuhanan dan keimanan dan beberapa aspek
lain sahaja.
35


Jadual kesembilan di dalam senarai
keduanya yang mendefinisikan bidang
kuasa Badan Penggubal Undangundang Negeri (State Legislature)
juga telah menyenaraikan aspekaspek lain yang mana badan
penggubal undang-undang negeri
boleh mengubal Undang-undang atau
Enakmen-enakmen hukum syarak di
negeri-negeri masing-masing.

36


Makna agama Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan juga jelas terbatas daripada
perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysia
yang jelas sebagai ambilan daripada sistem
Perundangan Negara-negara lain seperti England
dan Australia.



Banyak di antara undang-undang negara ini yang
mengambil contoh undang-undang di England
seperti pengamalan Undang-Undang Common
Law (undang-undang Lazim) dan Equity.

37


Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum
syarak tidak wujud dalam undang-undang
dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
bahkan ambilannya adalah dari sistem
Perundangan negara-negara Sekular.



Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan
yang bertentangan dengan hukum syarak
seperti Trustees Act, Age of Majority Act, dan
sebagainya yang masih lagi terpakai kepada
orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.



Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masih
lagi terhad kepada kes di mana kedua-dua
pihak adalah Islam dan tidak berkuasa ke
atas orang bukan Islam.
38
PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA


Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa
berbentuk persekutuan yang terdiri daripada
komponen 14 buah negeri.



Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada
kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih
awal.



Kerajaan-kerajaan
Melayu
tersebut
juga
merupakan kesinambungan daripada beberapa
buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang
pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya,
Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan
Johor Riau-Lingga dan sebagainya.

39
Sistem Perundangan Tradisional


Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka.



Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh
Negeri Johor 1895.



Pahang : Undang-undang Pahang.



Kedah : Undang-undang Kedah.



Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang
Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.



Terengganu
1911.



Negeri Sembilan : di Sungai
dan Jelebu.

:

Perlembagaan

Negeri

Terengganu,

Ujong, Rembau, Johol
40
Agama Islam dan Adat-adat
Istiadat Melayu


Islam merupakan elemen penting dalam tamadun
Melayu.



Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu
struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun
Malaysia.



Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling
melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah
kemelayuan. Islam terus menjadi teras bagi identiti
Melayu.



Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan
41
sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan
Agama Islam dan Adat-adat
Istiadat Melayu


Agama Islam dijadikan salah satu
daripada asas bagi mengiktiraf
seseorang sebagai berbangsa Melayu.
Begitu juga dengan perlantikan sultan
bagi setiap negeri, sultan dimestikan
beragama Islam.



Sultan juga diberikan peranan yang
besar dalam mengetuai agama Islam
di setiap negeri di Tanah Melayu.
42
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
dan Bumiputera


Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu
asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu
penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.



Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam
perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara
153.



Di samping peruntukan perlembagaan memberikan
keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia
juga memberikan perakuan dan pengiktirafan
terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di
kalangan orang Melayu.



Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat
mengatasi atau melangkah kuasa Perlembagaan
Persekutuan Malaysia.

43
Semangat Kebangsaan
dan Jati Diri Kebangsaan


Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan
pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah
banyak memberikan sumbangan kepada semangat
juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu
dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga
kebebasan
Tanah
Melayu
daripada
belenggu
penjajahan.



Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan
untuk berjuang mempertahan dan membebaskan
tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan
diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik
pandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam
bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar
Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur
Tengah yang lain.



Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai
wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam
beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam,
Neracha dan al-Ikhwan.
44
Penerapan Nilai-nilai Islam dan
kesan-kesannya


Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar
umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang
dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi
kepada kita peranan agama Islam dalam
pembentukan negara Malaysia.



Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat
diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal
dalam negara ini.



Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan
mencakupi semua aspek hidup manusia telah
menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi
kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas
mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi
identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun
Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.

45
Pendekatan Sistem Perbankan
Islam dalam Era Globalisasi


Dalam menghadapi era globalisasi masakini
pendekatan ekonomi negara dimantapkan lagi
dengan sistem Perbankan Islam yang dimulakan
pada 1983.



Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di
Malaysia, namun Sistem Perbankan Islam kini
semakin popular termasuk juga kepada golongan
bukan Islam.
46
PENUTUP


Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk
wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu
yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang
rapuh dan tidak kekal.



Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan
dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di
dunia’.



Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama
Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu
lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu
terutama di Malaysia.

47

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

(Sadn1013 h) kump 2
(Sadn1013 h) kump 2(Sadn1013 h) kump 2
(Sadn1013 h) kump 2
sadn1013
 
Takrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islamTakrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islam
Ifrahim jamil
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Farid Hasan
 
Muamalah menurut islam
Muamalah menurut islamMuamalah menurut islam
Muamalah menurut islam
Fatin Liyana
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)
redwanyasin86
 
Agama & hubungan etnik
Agama & hubungan etnikAgama & hubungan etnik
Agama & hubungan etnik
Nur Azwa Azman
 

La actualidad más candente (12)

(Sadn1013 h) kump 2
(Sadn1013 h) kump 2(Sadn1013 h) kump 2
(Sadn1013 h) kump 2
 
Takrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islamTakrifan tamadun islam
Takrifan tamadun islam
 
Sejarah STPM Faktor faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Sejarah STPM Faktor  faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...Sejarah STPM Faktor  faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
Sejarah STPM Faktor faktor dan ciri- ciri piagam madinah serta kesannya terh...
 
Bab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnikBab 8 agama dan hubungan etnik
Bab 8 agama dan hubungan etnik
 
Dakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslimDakwah asas hubungan non muslim
Dakwah asas hubungan non muslim
 
Muamalah menurut islam
Muamalah menurut islamMuamalah menurut islam
Muamalah menurut islam
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)
 
Tamanadun islam dan Asia Tenggara
Tamanadun islam dan Asia TenggaraTamanadun islam dan Asia Tenggara
Tamanadun islam dan Asia Tenggara
 
Agama & hubungan etnik
Agama & hubungan etnikAgama & hubungan etnik
Agama & hubungan etnik
 
Perlembagaan madinah tot siap
Perlembagaan madinah tot   siapPerlembagaan madinah tot   siap
Perlembagaan madinah tot siap
 

Similar a Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia

Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tang Hiang
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
Fadhlina Ishak
 
Hubungan etnik bab 3 pluraliti
Hubungan etnik bab 3 pluralitiHubungan etnik bab 3 pluraliti
Hubungan etnik bab 3 pluraliti
Asraf Rahmat
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
mdnasiry
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Dhani Ahmad
 

Similar a Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia (20)

teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
Kerja kursus titas
Kerja kursus titasKerja kursus titas
Kerja kursus titas
 
pipiey (1).docx
pipiey (1).docxpipiey (1).docx
pipiey (1).docx
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
Bab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadunBab 1 pengenalan tamadun
Bab 1 pengenalan tamadun
 
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdfBAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
BAB 6 - AGAMA DAN KEPERCAYAAN- PANGAJIAN MALAYSIA.pdf
 
Hubungan etnik bab 3 pluraliti
Hubungan etnik bab 3 pluralitiHubungan etnik bab 3 pluraliti
Hubungan etnik bab 3 pluraliti
 
Tasawwur islam
Tasawwur islamTasawwur islam
Tasawwur islam
 
Syimah Punyer
Syimah PunyerSyimah Punyer
Syimah Punyer
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
1
11
1
 
Bmm kkp
Bmm  kkpBmm  kkp
Bmm kkp
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Kepimpinan islam di malaysia
Kepimpinan  islam di malaysiaKepimpinan  islam di malaysia
Kepimpinan islam di malaysia
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
 
Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)Present 22 ogos 2013 (redwan)
Present 22 ogos 2013 (redwan)
 
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for AgentsTBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
TBE Part A dan C: Takaful Exam Notes for Agents
 

Último

Último (6)

Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 

Islam dlm tamadun mlyu serta peranannya dlm tmadun malaysia

  • 1. ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU SERTA PERANANNYA DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA 1
  • 2. Pendahuluan  Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arab salima bererti selamat sentosa atau kedamaian.  Dari perkataan salima ini lahir perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat. 2
  • 3.  Islam secara umumnya adalah sejahtera di mana sistem Allah s.w.t. adalah seimbang dan sejahtera. Seluruh makhluk Allah s.w.t. mengikut dengan patuh terhadap sistem Allah s.w.t. seperti firmanNya di dalam surah al-'Imraan ayat 83 yang bermaksud: "Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk (taat) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun dengan paksa, dan kepadaNyalah mereka dikembalikan" 3
  • 4. PANDANGAN SEMESTA DAN TAMADUN ISLAM  Menurut Lucien Goldmann, unsur utama yang membezakan antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (worldview / weltanschauung) yang mendasarinya.  Ibn Khaldun mengatakan bahawa suasana persekitaran merupakan unsur terpenting dalam membentuk pandangan semesta sesebuah masyarakat. 4
  • 5. Pandangan semesta …  Secara umumnya, pandangan semesta merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.  Syed Naquib al-Attas : pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. 5
  • 6. Sifat-sifat Tamadun Islam 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kesejagatan Keterbukaan Sepanjang zaman Toleransi Terhadap Agama Dan Budaya Lain Kesatuan Dalam Kepelbagaian Keseimbangan Antara Rohani Dan Jasmani 6
  • 7. CIRI-CIRI KHUSUS TAMADUN ISLAM 1. 2. 3. 4. Rabbani Sempurna dan menyeluruh Umum Idealistik dan realistik 7
  • 8. MATLAMAT TAMADUN ISLAM  Matlamat umum : mewujudkan perhubungan yang sejahtera sesama manusia dan alam  Matlamat khusus : mewujudkan hubungan dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t. iaitu beribadat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. 8
  • 9. Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.  Hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. bersifat hubungan antara hamba dengan Penciptanya.  Hubungan tersebut merupakan hubungan paling tinggi dan paling mulia dalam kehidupan manusia, mengatasi hubungan yang wujud antara manusia tersebut dengan mana-mana manusia atau makhluk lain. 9
  • 10. Hubungan manusia dengan manusia  Masyarakat muslim adalah masyarakat yang terbentuk berdasarkan konsep kesatuan ummah. Ini menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang berbentuk sejagat, tidak bersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan serta tidak terbatas dalam lingkungan sempadan geografi dan politik.  Bagi masyarakat muslim, hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah Yang Maha Mencipta iaitu ketakwaan kepadaNya, di samping berbuat baik kepada sesama manusia. 10
  • 11. Hubungan manusia dengan alam  Allah s.w.t. telah mencipta alam semesta ini untuk dinikmati oleh makhluk ciptaanNya Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini telah dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam ini.  Allah s.w.t. telah memberikan panduanNya kepada manusia berhubung dengan hubungan yang sepatutnya antara manusia dengan alam. 11
  • 12.  "Dan tiada satu pun di antara haiwan melata di bumi atau pun burung terbang dengan dua sayapnya melainkan mereka juga umat-umat seperti kamu; tiada satu pun yang Kami lupakan di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhannya mereka dikumpulkan”. (al-An’aam, 6 : 38) 12
  • 13.  Memberikan makanan dan minuman kepada haiwan, khususnya yang dipelihara, apabila diperlukan. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang tidak mengasihani tidak akan dikasihani"  Mengasihani haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w. apabila baginda melihat beberapa orang menjadikan burung sebagai sasaran panah mereka: "Allah melaknat orang yang menjadikan sesuatu yang mempunyai roh sebagai sasaran" 13
  • 14.  Tidak menyiksa binatang dengan apa cara sekalipun. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seorang perempuan dimasukkan ke dalam neraka disebabkan seekor kucing yang dikurungnya hingga mati, perempuan itu akan masuk neraka kerana kucing itu tidak diberi makan, tidak diberi minum dan tidak dibiarkan memakan binatang-binatang tanah". (Bukhari) 14
  • 15. SUMBER TAMADUN ISLAM  Sumber utama tamadun Islam ialah alQuran dan al-Sunnah.  Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas, kemudian dijelas dan diperincikan oleh al-Sunnah.  Kedua-duanya ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka. 15
  • 16. TUJUAN TAMADUN ISLAM Tujuan utama tamadun Islam ialah memelihara keperluan manusia yang lima iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. menjaga menjaga menjaga menjaga menjaga agama jiwa keturunan akal harta 16
  • 17. al-Dharuriyyat  al-Dharuriyyat ialah perkara yang mesti wujud bagi mendirikan maslahah-maslahah (kebaikankebaikan) terhadap al-din (agama) dan dunia.  Ketiadaannya akan menyebabkan maslahah dunia tidak berada dalam keadaan stabil bahkan mendatangkan kerosakan dan huru hara serta musnahnya kehidupan atau dengan kata lain, luputnya keselamatan dan kenikmatan sehingga membawa kerugian yang amat besar. 17
  • 18.  al-Hajiyyat bermaksud keperluan kepada perkara yang membawa kelegaan dan mampu menghilangkan kesusahan dan masyaqqah (kesulitan).  Apabila luputnya perkara al-hajiyyat akan membawa individu atau masyarakat kepada kesukaran walaupun tidaklah sampai kepada kesukaran yang amat sangat seperti tahap aldaruriyyat yang boleh membinasakan.  Hal ini juga melibatkan soal ibadat (khusus), adat kebiasaan, muamalat dan juga jenayah. 18
  • 19. al-Tahsiniyyat  al-Tahsiniyyat pula bermaksud mengambil perkara-perkara yang selayaknya menerusi kebaikankebaikan dan menjauhi perkaraperkara dipandang keji oleh akal yang rasional.  Hal ini terangkum dalam maksud kemuliaan akhlak. 19
  • 20. ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU  Islam merupakan suatu elemen yang sangat penting dan signifikan dalam membincangkan tamadun Melayu.  Ini kerana, Islam banyak mempengaruhi perkembangan tamadun Melayu. Kesan dan nilai Islam dapat ditemui pada hampir segenap aspek dalam kehidupan masyarakat dan tamadun Melayu. 20
  • 21. TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU  Beberapa teori telah dikemukakan :  Dari segi masa, ada yang menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu bermula pada abad ke lapan Masehi dan ada yang berpandangan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah pada abad ke sembilan Masehi.  Dari segi sumbernya, ada mengatakan Islam datang secara langsung dari negeri Arab, ada yang mengatakan dari India dan ada yang mengatakan dari China. 21
  • 22. KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU  Kedatangan Islam telah banyak mencorakkan suasana masyarakat di Alam Melayu.  Kesan dan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu dapat dilihat dalam beberapa aspek, antaranya: – – – – – – – – – Akidah Politik Sosial undang-undang Ekonomi Kebudayaan Bahasa dan sastera Kesenian Pendidikan dan Ilmu Syariah 22
  • 23. Islam dan Pembentukan Tamadun Melayu  Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang dogolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Alam Melayu, Nusantara, Tanah Jawi, Gugusan Kepulauan Melayu dan sebagainya.  Wilayah ini ditandai dengan dua elemen iaitu bahasa Melayu sebagai lingua franca dan agama Islam sebagai anutan majoriti penduduknya. 23
  • 24.  Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan semesta Melayu dan berlaku pentakrifan semula tentangnya.  Pandangan semesta Melayu yang berpusatkan manusia Melayu (man-centered) dan kesedaran bahawa seluruh hidup terfokus ke arah tuhan (godcentered) membuatkan manusia Melayu menyedari serta meyakini bahawa Allah Yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani.  Ini seterusnya menjadikan pandangan semesta Melayu juga dibentuk berasaskan hubungan manusia dengan Allah (hablum minalLah) dan hubungan dengan sesama manusia (hablum minannas). 24
  • 25. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan  Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Negeri-negeri Melayu hanya berubah selepas kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak).  Undang-undang Inggeris dilaksanakan di negerinegeri Melayu melalui piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam Keadilan III (1855).  Residen-residen Inggeris juga dilantik untuk menasihati para Sultan di dalam perkara-perkara pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat Melayu. 25
  • 26.  Dalam konteks perlembagaan Malaysia pada masakini, dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memberitahu bahawa : “Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas di dalam aman dan harmoni di dalam mana-mana bahagian jua di dalam persekutuan ini.” 26
  • 27.  Menurut Perkara 3(1), Islam telah dinyatakan sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia. Dalam masa yang sama, agama-agama lain juga bebas dipraktikkan dan diamalkan.  Kesan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan ke atas agama Islam dalam perkara 3(1) iaitu agama Islam sebagai agama Persekutuan ialah : 27
  • 28.  Bahawa seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama Islam, lazimnya bercakap di dalam Bahasa Melayu dan mengikut istiadat Melayu.  Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.  Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja di negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri termasuk Perlembagaan Negeri Johor. Mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja. 28
  • 29.  Di dalam sumpah memegang jawatan Yang DiPertuan Agong baginda mengangkat sumpah dengan didahului dengan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam.  Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama Islam di negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan iaitu negeri yang tidak mempunyai Raja. 29
  • 30.  Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masingmasing.  Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri.  Sultan dari segi praktikalnya semasa bertugas dibantu dan dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri. 30
  • 31.  Walaubagaimanapun, sebagai satu perlindungan tambahan terhadap status agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada menegaskan bahawa Undang-undang Negeri dan Undang-undang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan, boleh menjalankan dan menguatkuasakan pengawalan dan penghalangan terhadap apa-apa seruan, dakwah mahupun sebaran agama-agama lain keatas penganutpenganut Islam. 31
  • 32.  Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa Sultan di dalam Majlis Raja-Raja adalah ketuaketua agama Islam dan bertanggungjawab ke atas adat istiadat Islam.  Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang diPertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan. Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia seperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas adalah amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara 11(4) yang menghalang sebarang penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam. 32
  • 33.  Walaubagaimanapun, maksud Islam sebagai agama rasmi negara disini haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana, agama rasmi di sini bukanlah bererti Islam dan segala prinsip-prinsipnya yang terkandung di dalam al-Quran, as-Sunnah dan sumber-sumber lain diaplikasikan secara menyeluruh di dalam segenap pelusuk hal ehwal kenegaraan sebagaimana definisi Islam mengikut syarak. 33
  • 34.  Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapa aspek kehidupan seperti, aqidah iaitu kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus kehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan, penceraian, waqaf, harta pusaka serta beberapa kesalahan lain seperti berzina, minum arak dan lain-lain. 34
  • 35. Keterbatasan …  Hakikat bahawa maksud agama rasmi di dalam Perkara 3(1) hanya terbatas kepada beberapa perkara tertentu sahaja dapat dibuktikan seterusnya melalui Perkara 160 yang jelas tidak memasukkan Undang-Undang Syarak di dalam definisi dan undang-undangnya.  Kedudukan Islam menurut Perkara 3(1) perlembagaan hanya terhad kepada perlaksanaan Islam di dalam beberapa aspek kemasyarakatan umat Islam sahaja seperti hal kekeluargaan, hal ketuhanan dan keimanan dan beberapa aspek lain sahaja. 35
  • 36.  Jadual kesembilan di dalam senarai keduanya yang mendefinisikan bidang kuasa Badan Penggubal Undangundang Negeri (State Legislature) juga telah menyenaraikan aspekaspek lain yang mana badan penggubal undang-undang negeri boleh mengubal Undang-undang atau Enakmen-enakmen hukum syarak di negeri-negeri masing-masing. 36
  • 37.  Makna agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan juga jelas terbatas daripada perlaksanaan Sistem Perundangan Malaysia yang jelas sebagai ambilan daripada sistem Perundangan Negara-negara lain seperti England dan Australia.  Banyak di antara undang-undang negara ini yang mengambil contoh undang-undang di England seperti pengamalan Undang-Undang Common Law (undang-undang Lazim) dan Equity. 37
  • 38.  Ini bermakna kejelasan penggunaan hukum syarak tidak wujud dalam undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia bahkan ambilannya adalah dari sistem Perundangan negara-negara Sekular.  Selain itu, terdapat Akta-Akta Persekutuan yang bertentangan dengan hukum syarak seperti Trustees Act, Age of Majority Act, dan sebagainya yang masih lagi terpakai kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.  Bidang kuasa Mahkamah Syariah pula masih lagi terhad kepada kes di mana kedua-dua pihak adalah Islam dan tidak berkuasa ke atas orang bukan Islam. 38
  • 39. PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA  Malaysia kini adalah sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri.  Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal.  Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor Riau-Lingga dan sebagainya. 39
  • 40. Sistem Perundangan Tradisional  Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka.  Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895.  Pahang : Undang-undang Pahang.  Kedah : Undang-undang Kedah.  Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.  Terengganu 1911.  Negeri Sembilan : di Sungai dan Jelebu. : Perlembagaan Negeri Terengganu, Ujong, Rembau, Johol 40
  • 41. Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu  Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu.  Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.  Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam terus menjadi teras bagi identiti Melayu.  Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan 41 sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan
  • 42. Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu  Agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu. Begitu juga dengan perlantikan sultan bagi setiap negeri, sultan dimestikan beragama Islam.  Sultan juga diberikan peranan yang besar dalam mengetuai agama Islam di setiap negeri di Tanah Melayu. 42
  • 43. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera  Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu penerajuan dan pemilikan negara Malaysia.  Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara 153.  Di samping peruntukan perlembagaan memberikan keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia juga memberikan perakuan dan pengiktirafan terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di kalangan orang Melayu.  Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat mengatasi atau melangkah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 43
  • 44. Semangat Kebangsaan dan Jati Diri Kebangsaan  Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang di kalangan cendikiawan-cendikiawan Melayu dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan.  Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang mempertahan dan membebaskan tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.  Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah dan akhbar seperti al-Imam, Neracha dan al-Ikhwan. 44
  • 45. Penerapan Nilai-nilai Islam dan kesan-kesannya  Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi kepada kita peranan agama Islam dalam pembentukan negara Malaysia.  Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal dalam negara ini.  Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek hidup manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia. 45
  • 46. Pendekatan Sistem Perbankan Islam dalam Era Globalisasi  Dalam menghadapi era globalisasi masakini pendekatan ekonomi negara dimantapkan lagi dengan sistem Perbankan Islam yang dimulakan pada 1983.  Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di Malaysia, namun Sistem Perbankan Islam kini semakin popular termasuk juga kepada golongan bukan Islam. 46
  • 47. PENUTUP  Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal.  Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah ’tidak Melayu hilang di dunia’.  Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia. 47