SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Pengenalan

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan
Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama
penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika
hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis,
Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun
1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato‟ Paduka oleh Sultan PerakDarul
Ridzuan yang membawa gelaran Dato‟.
Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama
menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.



Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12
Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman
Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya
seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui
alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu
belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu
sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam
bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala
Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang
anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6
bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang
pernah menjadi „budak pejabat‟ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau
memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan,
pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun
1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.
Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca
pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu
bekerja di Mingguan Melayusebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang
pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan
Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan
Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang
jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan
Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian
beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan
pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau
menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.
Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian
di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau
menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam
beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina.
Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan.
Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan
antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga
tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga
2001.

Sumbangan

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan
menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan
perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja
di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di
kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak.
Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib
Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.

Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni
pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya,
beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa
melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada
Usman Awang.

Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut
dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang
malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.

Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan
Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai,
Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang
yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya
negara.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga
telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976.
Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi
setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah
air.

Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos
1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti
Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983.
Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun
1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan
kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah
air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal
beliau adalah :-

Novel : Tulang2 Berserakan

Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-
lain.

Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit
Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.

Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi
dan lain-lain.

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang
amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja
hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang
berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an
beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM),
Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga
adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka
Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua
Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga
adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.

Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak
diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan
peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara.
Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus
kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah
seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman
dan situasi.
Hasil Karya




Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara
judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah

   Bunga Popi
   Gadis Kecil
   Ke Makam Bonda
   Kekasih
   Kurang Ajar
   Pak Utih
   Suara Dari Pusara
Dramanya yang terkenal ialah:

   Matinya Seorang Pahlawan
   Tamu Bukit Kenny
   Serunai Malam
   Malam Kemerdekaan
Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu
"Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya
dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)
Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa,
Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.

Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award
1982 dan Ijazah Kehormat Doktor PersuratanUniversiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera
1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan
Perak yang membawa gelaran Dato'.
Berikut adalah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya :

    1. Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009.
    2. Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007.
    3. Key concepts in Usman Awang's short stories : developing a critical tradition /
       Mohamad Mokhtar Hassan. : DBP, 2006.
    4. Kami yang terlibat : DBP, 2006.
    5. Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji
       Salleh: DBP, 2006
    6. Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006.
    7. Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006.
    8. Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP,
       2004
    9. Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors,
       2002.
    10.Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP,
       1995.
    11.Selected plays by Usman Awang : DBP, 1995.
    12.Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP, 1994.
    13.Matinya seorang pahlawan : Jebat = : Death of a warrior : Jebat / Usman Awang ;
       terjemahan oleh Rahmah Bujang : DBP, 1992.
    14.Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti,
       1992
    15.Gelombang : (sajak-sajak pilihan 1949-60) : DBP, 1988.
    16.Drama-drama pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : DBP, 1987.
    17.Berkenalan dengan pengarang Usman Awang / Mana Sikana.: Pustaka Siswa
       Moden, 1986.
    18.Usman Awang : penyair ulung.: Berita Publishing, 1986.
    19.Panduan menulis cerpen / diselenggarakan oleh A. Bakar Hamid & Usman
       Awang. : DBP, 1984.
    20.Tamu di Bukit Kenny : DBP, 1984.
    21.Sikap dan pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung
       Umar RS.: Fajar Bakti, 1983.
    22.Salam benua = Greetings to the continent : DBP, 1982.
    23.Degup jantung.: Pustaka Melayu Baru, 1981.
    24.Titian zaman : antologi puisi pilihan / disusun dan dibicarakan oleh Usman Awang
       & Ismail Ahmad.: DBP, 1980.
    25.Muzika Uda dan Dara : DBP, 1976.
    26.Three South East Asian plays/ Usman Awang dll
[sunting]Sifat
Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal
besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah
berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis.

Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa
Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada
kemampuan bahasa kebangsaan.”

Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada
bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun
Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara,Keris Mas dan kini
Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar
Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam
dan Profesor Muhammad Haji Salleh.

[sunting]Terjemahan          ke dalam bahasa Rusia




Kulit buku Tulang-Tulang Berserakan dalam bahasa Rusia (1981)


   Usman Awang. Kami Yang Terlibat. Penterjemah B. Parnickel. - in: Vostochny
    Almanakh(Almanak Timur), Vip. 5. Moscow: Goslitizdat, 1962, hlm. 259-267
   Usman Awang. Bidak-Bidak; Sebuah Coretan; Kenangan Jauh. - in: U Obochini Shosse.
    Rasskazi Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerpen Penulis Melayu
    Moden). Penusun dan penterjemah B. B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura,
    1963.
   Usman Awang. Budi. Penterjemah B. B. Parnickel - in: Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei
    Malayzii i Singapura (Budi. Cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Penyusun
    dan prakata B. B. Parnickel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.
   Usman Awang. Bidak-Bidak; Tugas; Matinya Seorang Perempuan. Penterjemah B.
    Panickel, T. Dorofeeva, V. Sigaev. - in: Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerpen
Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnickel. Prakata B. Parnikel. Moscow:
    Progress, 1977.
   Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: "Pamir", 1977, № 1, hlm. 76-
    77.
   Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: Izbrannie Proizvedeniya
    Poyetov Azii(Karya Pilihan Penyair Asia). Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981.
   Usman Awang. Tam Gde ih Nastigla Pulya. Povest' i Rasskazi (Tulang-Tulang
    Berserakan. Novel dan Cerpen-Cerpen). Penyusun dan prakata B. Parnickel. Moscow:
    Vostochnaya Literatura, 1981 [kandungan:Tulang-Tulang Berserakan (novel).
    Penterjemah A. Rozhanskaya; Mogok. Kempen Pilihanraya. Tontonan. Sambil Lalu
    (cerpen). Penterjemah T. Dorofeeva]
   Usman Awang. Pak Utih; Kambing Hitam; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua di
    Pinggir Jalan. Penterjemah Marina Eliseeva. - in: Ruchei. Traditsionnaya i
    Sovremennaya Malayskaya Poezia (Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan
    Moden). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Moscow: Krasnaya Gora, 1996. ISBN 5-
    87647-006-6
   Usman Awang. Bunga Popi; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua; Suara dari
    Pusara - in: Pokoryat' Vishinu. Stikhi Poetov Malayzii i Indonezii v Perevodah Victora
    Pogadaeva (Bertakhta di Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam
    Terjemahan Victor Pogadaev). Moscow: Klyuch-S, 2009. ISBN 978-5-93136-089-8

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Bentang jenis penulisan karangan
Bentang   jenis penulisan karanganBentang   jenis penulisan karangan
Bentang jenis penulisan karanganNurul Nadiah
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Saifatul Nurul Zaima
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengarBalqisAbdul
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Mohammad Yaqin
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafisAlif Akram
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungfiro HAR
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
Sinopsis hikayat abdullah munsyi
Sinopsis hikayat abdullah munsyiSinopsis hikayat abdullah munsyi
Sinopsis hikayat abdullah munsyiDvya Selvakumar
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayukamalslaw
 

La actualidad más candente (20)

Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Bentang jenis penulisan karangan
Bentang   jenis penulisan karanganBentang   jenis penulisan karangan
Bentang jenis penulisan karangan
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
Genre drama
Genre dramaGenre drama
Genre drama
 
Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafis
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan Melayu
 
07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agungBab-3- Keunikan-karya-agung
Bab-3- Keunikan-karya-agung
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
Sinopsis hikayat abdullah munsyi
Sinopsis hikayat abdullah munsyiSinopsis hikayat abdullah munsyi
Sinopsis hikayat abdullah munsyi
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 
Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)Kesantunan berbahasa (1)
Kesantunan berbahasa (1)
 

Destacado

Tokoh Terkenal-Usman Awang
Tokoh Terkenal-Usman AwangTokoh Terkenal-Usman Awang
Tokoh Terkenal-Usman AwangBong Tong
 
Kehilangan Nama
Kehilangan NamaKehilangan Nama
Kehilangan Namazarulnaem
 
Sajak mereka tidak lagi menangis
Sajak mereka tidak lagi menangisSajak mereka tidak lagi menangis
Sajak mereka tidak lagi menangiszarulnaem
 
Tokoh sasterawan
Tokoh sasterawanTokoh sasterawan
Tokoh sasterawannazacdo
 
Sajak kemanusiaan
Sajak kemanusiaanSajak kemanusiaan
Sajak kemanusiaanzarulnaem
 
Manual pelaksanaan kerja kursus pa p2 2017
Manual pelaksanaan kerja kursus pa p2  2017Manual pelaksanaan kerja kursus pa p2  2017
Manual pelaksanaan kerja kursus pa p2 2017RAMLAH BINTI A. RANI
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bmAryanna Soleha
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 
Sumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon AhmadSumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon AhmadFasihah Aziz
 

Destacado (11)

Tokoh Terkenal-Usman Awang
Tokoh Terkenal-Usman AwangTokoh Terkenal-Usman Awang
Tokoh Terkenal-Usman Awang
 
Bbm3103
Bbm3103 Bbm3103
Bbm3103
 
Bmm3104 a
Bmm3104 aBmm3104 a
Bmm3104 a
 
Kehilangan Nama
Kehilangan NamaKehilangan Nama
Kehilangan Nama
 
Sajak mereka tidak lagi menangis
Sajak mereka tidak lagi menangisSajak mereka tidak lagi menangis
Sajak mereka tidak lagi menangis
 
Tokoh sasterawan
Tokoh sasterawanTokoh sasterawan
Tokoh sasterawan
 
Sajak kemanusiaan
Sajak kemanusiaanSajak kemanusiaan
Sajak kemanusiaan
 
Manual pelaksanaan kerja kursus pa p2 2017
Manual pelaksanaan kerja kursus pa p2  2017Manual pelaksanaan kerja kursus pa p2  2017
Manual pelaksanaan kerja kursus pa p2 2017
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
 
Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Sumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon AhmadSumbangan Shahnon Ahmad
Sumbangan Shahnon Ahmad
 

Similar a Asgmnt..kesusasteraan melayu

Pendeta zaaba
Pendeta zaabaPendeta zaaba
Pendeta zaabacikainn
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
KARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALKARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALMaryam Ahmad
 
Sejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaiSejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaimaliniazizan
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUnur fara
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2MOHDFAIZALBINOTHMANM
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenHafizzudin Zainudin
 
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...NURWASILAH7
 

Similar a Asgmnt..kesusasteraan melayu (14)

Dokumen assigment hbml4203 sastera
Dokumen assigment hbml4203 sasteraDokumen assigment hbml4203 sastera
Dokumen assigment hbml4203 sastera
 
Pendeta zaaba
Pendeta zaabaPendeta zaaba
Pendeta zaaba
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
KARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENALKARYA SENIMAN TERKENAL
KARYA SENIMAN TERKENAL
 
Sejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaiSejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajai
 
Biodata a.samad said
Biodata a.samad saidBiodata a.samad said
Biodata a.samad said
 
Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
 
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
 
Amka
AmkaAmka
Amka
 
Hamka (1)
Hamka (1)Hamka (1)
Hamka (1)
 

Asgmnt..kesusasteraan melayu

  • 1. Pengenalan Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato‟ Paduka oleh Sultan PerakDarul Ridzuan yang membawa gelaran Dato‟. Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun. Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja. Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6. Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi „budak pejabat‟ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayusebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika. Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau
  • 2. menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985. Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001. Sumbangan Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”. Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang. Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat. Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air. Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun
  • 3. 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara karya-karya terkenal beliau adalah :- Novel : Tulang2 Berserakan Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain- lain. Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain. Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain. Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain. Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.
  • 4. Hasil Karya Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul sajak yang sinonim dengan Usman Awang ialah  Bunga Popi  Gadis Kecil  Ke Makam Bonda  Kekasih  Kurang Ajar  Pak Utih  Suara Dari Pusara Dramanya yang terkenal ialah:  Matinya Seorang Pahlawan  Tamu Bukit Kenny  Serunai Malam  Malam Kemerdekaan Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu "Tulang-tulang Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984) Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini. Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award 1982 dan Ijazah Kehormat Doktor PersuratanUniversiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985. Pada tahun 1991 dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.
  • 5. Berikut adalah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya : 1. Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009. 2. Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007. 3. Key concepts in Usman Awang's short stories : developing a critical tradition / Mohamad Mokhtar Hassan. : DBP, 2006. 4. Kami yang terlibat : DBP, 2006. 5. Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji Salleh: DBP, 2006 6. Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006. 7. Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006. 8. Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP, 2004 9. Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors, 2002. 10.Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP, 1995. 11.Selected plays by Usman Awang : DBP, 1995. 12.Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP, 1994. 13.Matinya seorang pahlawan : Jebat = : Death of a warrior : Jebat / Usman Awang ; terjemahan oleh Rahmah Bujang : DBP, 1992. 14.Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti, 1992 15.Gelombang : (sajak-sajak pilihan 1949-60) : DBP, 1988. 16.Drama-drama pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : DBP, 1987. 17.Berkenalan dengan pengarang Usman Awang / Mana Sikana.: Pustaka Siswa Moden, 1986. 18.Usman Awang : penyair ulung.: Berita Publishing, 1986. 19.Panduan menulis cerpen / diselenggarakan oleh A. Bakar Hamid & Usman Awang. : DBP, 1984. 20.Tamu di Bukit Kenny : DBP, 1984. 21.Sikap dan pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung Umar RS.: Fajar Bakti, 1983. 22.Salam benua = Greetings to the continent : DBP, 1982. 23.Degup jantung.: Pustaka Melayu Baru, 1981. 24.Titian zaman : antologi puisi pilihan / disusun dan dibicarakan oleh Usman Awang & Ismail Ahmad.: DBP, 1980. 25.Muzika Uda dan Dara : DBP, 1976. 26.Three South East Asian plays/ Usman Awang dll [sunting]Sifat
  • 6. Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap. Kalau tak berani tak payah jadi penulis. Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. Saya hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.” Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada bulan Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara,Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A. Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh. [sunting]Terjemahan ke dalam bahasa Rusia Kulit buku Tulang-Tulang Berserakan dalam bahasa Rusia (1981)  Usman Awang. Kami Yang Terlibat. Penterjemah B. Parnickel. - in: Vostochny Almanakh(Almanak Timur), Vip. 5. Moscow: Goslitizdat, 1962, hlm. 259-267  Usman Awang. Bidak-Bidak; Sebuah Coretan; Kenangan Jauh. - in: U Obochini Shosse. Rasskazi Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerpen Penulis Melayu Moden). Penusun dan penterjemah B. B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1963.  Usman Awang. Budi. Penterjemah B. B. Parnickel - in: Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i Singapura (Budi. Cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.  Usman Awang. Bidak-Bidak; Tugas; Matinya Seorang Perempuan. Penterjemah B. Panickel, T. Dorofeeva, V. Sigaev. - in: Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerpen
  • 7. Malaysia Moden). Penyusun V. Sigaev, B. Parnickel. Prakata B. Parnikel. Moscow: Progress, 1977.  Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: "Pamir", 1977, № 1, hlm. 76- 77.  Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: Izbrannie Proizvedeniya Poyetov Azii(Karya Pilihan Penyair Asia). Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981.  Usman Awang. Tam Gde ih Nastigla Pulya. Povest' i Rasskazi (Tulang-Tulang Berserakan. Novel dan Cerpen-Cerpen). Penyusun dan prakata B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981 [kandungan:Tulang-Tulang Berserakan (novel). Penterjemah A. Rozhanskaya; Mogok. Kempen Pilihanraya. Tontonan. Sambil Lalu (cerpen). Penterjemah T. Dorofeeva]  Usman Awang. Pak Utih; Kambing Hitam; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua di Pinggir Jalan. Penterjemah Marina Eliseeva. - in: Ruchei. Traditsionnaya i Sovremennaya Malayskaya Poezia (Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan Moden). Penyusun dan prakata B. B. Parnickel. Moscow: Krasnaya Gora, 1996. ISBN 5- 87647-006-6  Usman Awang. Bunga Popi; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua; Suara dari Pusara - in: Pokoryat' Vishinu. Stikhi Poetov Malayzii i Indonezii v Perevodah Victora Pogadaeva (Bertakhta di Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam Terjemahan Victor Pogadaev). Moscow: Klyuch-S, 2009. ISBN 978-5-93136-089-8