Dokumen ini memberikan panduan langkah-langkah untuk menghias akuarium sekolah rendah termasuk bahan-bahan yang diperlukan seperti pasir, batu, tumbuhan akuatik, dan tunggul kayu. Langkah-langkah terdiri daripada membubuh substrat, menanam tumbuhan, meletakkan hiasan batu dan kayu, menyediakan tunggul kayu dengan tumbuhan terikat, dan akhirnya meletakkan ikan selepas sistem stabil.
5. Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium (substrat) dengan ketebalan lebih kurang 1 hingga 1 ½ inci. Pasir yang berwarna gelap adalah lebih sesuai kerana ikan akan selesa dengan persekitaran yang gelap. Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang ( Vallisneria sp) dengan membenamkan bahagian akarnya ke dalam substrat pada bahagian belakang akuarium.
6. Hiaskan dengan beberapa ketul batu yang dikutip dari sungai atau dibeli dari kedai akuarium pada bahagian tengah akuarium atau bahagian lain supaya menghasilkan sususan yang menarik. Letakkan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli terus dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam selama 2 hingga 3 minggu sebelum digunakan.
7. Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan hiasan tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu hiasan yang menarik
9. Tunggul kayu adalah satu media penanaman tumbuhan akuatik yang baik untuk tumbuhan akuatik. Sediakan tumggul kayu dan beberapa tumbuhan akuatik. Jenis tumbuhan yang sesuai ialah seperti paku pakis yang dikenali sebagai Java fern .
10. Lekatkan tumbuhan itu pada tunggul kayu dan ikat menggunakan benang kapas yang berwarna hijau.
11. Tunggul yang telah siap dilekatkan tumbuhan akuatik boleh terus diletakkan di dalam akuarium. Tumbuhan ini akan berakar dan melekat terus pada tunggul kayu selepas sebulan.
12. Selepas seminggu dan semua sistem dalam akuarium setabil barulah ikan-ikan yang telah dikenal pasti sesuai di masukkan di dalam akuarium Danio makan di bahagian permukaan air White cloud mountain - makan di bahagian tengah akuarium Golden barb makan di bahagian tengah dan bawah akuarium Corydoras makan di bahagian bawah akuarium
13. Akuarium yang telah lengkap dipasang sangat cantik dan sesuai diletakkan di pelbagai sudut sebagai hiasan dalaman di rumah kita.
14. GAMBAR-GAMBAR HIASAN TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM DIAMBIL SEMASA PERTANDINGAN MENGHIAS AKUARIUM OLEH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ANJURAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN JABATAN PERIKANAN.