SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
Descargar para leer sin conexión
APLIKASI TAQWA DALAM ORGANISASI

                                                    Oleh:

                                   Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh1

     {‫َ َ ْ ِ َ ٍ َا ُ ا ا َ ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬
      َ                     ‫إ‬          ‫و‬                    ٌ ْ َ ْ ُ ْ َْ‫}َ أ َ ا ِ َ َُ ا ا ُ ا ا َ و‬
                                                                          َ                        َ
    Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan
     memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah
     kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

                                                                                     (Surah al-Hasyr: 18)

Ayat ini (dan ayat-ayat yang semaksud dengannya) setiap minggu kita akan bacakan atau dengarkan
dalam khutbah juma’ah. Sebagaimana hebatnya makna dan fungsi zakat dalam agama sehingga Allah
pasti menghubungkan ayat solat dan zakat, sehingga Saiduna Abu Bakr membuat ‘bid’ah’ memerangi
golongan yang tidak memerangi zakat, begitu jugalah hebatnya arahan Allah SWT supaya bertaqwa,
Allah gabungkan sekali dengan tugasan yang perlu dilakukan. Dan pastinya ia mempunyai satu maksud
yang hebat sehingga al-Imam as-Syafi’e menjadikannya rukun untuk dibaca setiap khutbah.

Namun, kegagalan umat Islam di era kini untuk memahami, mengkaji dan mengaplikasikan arahan atau
kisah-kisah yang ada di dalam al-quran dalam konteks seharian membuatkan kita terpaksa mengimport
ilmu pengurusan organisasi daripada eropah yang masyhur dengan pemisahan agama daripada kehidupan
seharian mereka. Kemudianya kita menyalahkan eropah (barat) kerana kesekularan mereka.



1
    Penolong Pensyarah, Kolej Islam Darul ‘Ulum (KIDU)
Perihal pakej kepimpinan organisasi sudahpun dirakamkan di dalam Surah an-Naml ayat 15 dan 16,
penyelesaian terhadap perbezaan pandangan ada di dalam Surah al-Anbia’ ayat 78 dan 79,
mewujudkan sistem birokrasi2 dalam pentadbiran ada dalam surah an-Naml ayat 17, mengenai pakej
pekerja organisasi ada di dalam Surah an-Naml ayat 20, ketegasan pemimpin, sikap pengerusi
mesyuarat, mengambil kedatangan sebelum memulakan mesyuarat dan sebagainya sudah terakam di
dalam al-quran. Perkara sebeginilah yang perlu diterokai oleh umat Islam dan seterusnya
memperkenalkannya kepada dunia dengan bahasa yang semasa untuk diaplikasi manusia bagi bagi
membawa Islam kembali menaungi alam

PERIHAL AYAT TAQWA

Tidak kurang dari empat puluh enam (46) kali Allah SWT menyebut perihal taqwa samada dalam bentuk
amar (kata suruh), mahupun pernyataan. Dan setakat pengetahuan penulis, tidak ada khilaf dari kalangan
ulama’ bahawasanya kalam Allah SWT adalah mukjizat lafaz dan maknanya. Namun, kegagalan umat
Islam mengeluarkan kehebatan susunan, hikmah arahan al-Quran membuatkan al-Quran hanya sekadar
menjadi sumber pahala dan bahan pengajaran di dalam kelas.

ANALOGI

Sebagai seorang ibu dan ayah, apa yang bakal kita lakukan sekiranya kita ingin menyampaikan suatu
amanat yang AMAT PENTING kepada anak. Manakah antara berikut akan menjadi pilihan utama
tindakan kita?

    1. Panggil acik dan berpesan kepada beliau agar sampaikan maklumat ini kepada along.
    2. Memberikan maklumat kepada acik dengan nada yang kuat (menjerit) agar disampaikan kepada
        along.
    3. Memberikan maklumat kepada along dengan nada yang kuat (menjerit).
    4. Memanggil along untuk berjumpa, saling menghadap lalu disampaikan maklumat tersebut.

Yang mana satukah pilihan kita?

Saya mengirakan kita semua sependapat untuk memilih yang keempat kerana sesuatu yang diterima
secara dharurat (common sense ) sekiranya kita ada maklumat yang sangat penting, maka maklumat
tersebut harus disampaikan terus kepada orang yang hendak dituju secara terus.

Begitu jugalah dengan ayat di atas.

2
 Dengan maksud literal iaitu mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir. Kamus DBP
edisi ke empat.
Sekiranya diperhatikan konteks ayat ini (   ‫قا‬   ) tidak ada sebarang panggilan (‫دى‬    ) bermula dari ayat
1 hinggalah ayat 17, kenapa tiba-tiba sahaja Allah memberikan arahan selepas ‘bercerita’. Tidak lain tidak
bukan, pastinya kerana apa yang Allah nak sampaikan pada ayat ini tersangatlah penting.

MENGEKALKAN MA’THURAT TAFSIR

Benar sekali pernyataan di atas.

Kebanyakan pentafsiran (sepengetahuan penulis) akan menghuraikan sekitar taqwa dan setiap amalan
akan dibawa ke hari akhirat untuk dihisab. Para mufassirin menghuraikan dengan menggunakan kaedah
yang ma’thur atau kaedah yang ma’qul (menggunakan logic akal) mengikut kesesuaian zaman mereka.

Untuk penulisan ini, penulis tidak bercadang untuk mengulang semula apa yang sudah tercatat dalam
kutub tafasir (buku-buku tafsir), tetapi cuba untuk membawa para pembaca untuk melihat ayat taqwa ini
dari sudut pengurusan organisasi.

Dari itu, penulis luncurkan kertas kerja ini untuk diperbahas, dikritik dan dimurnikan dan seterusnya
dijadikan sebagai panduan dalam setiap gerakerja yang dilakukan di Muassasah Darul Ulum ini.

MEMAHAMII DALIL SELARI DENGAN KEPERLUAN SEMASA

Tidak ada khilaf bahawasanya metodologi pentafsiran haruslah al-quran dengan al-quran atau dengan
hadis atau dengan pentafsiran para sahabat (metod pentafsiran ma’thur). Namun, di samping itu ia juga
boleh dilihat dari sudut yang berbeza dengan SYARAT tidak lari dari disiplin pentafsiran. Maka, untuk
penulisan ini penulis akan menggunakan kaedah bahasa arab untuk melihat panduan al-Quran dalam
menguruskan organisasi.

Kertas kerja ini bukanlah untuk mentafsirkan al-quran dengan menggunakan ilmu alat moden seperti
sains, teori pengurusan dan sebagainya tetapi hanya untuk melihat ayat ini dari sudut yang berbeza.cara
melihat seperti ini juga boleh dilihat dalam hadis yang masyhur:

                                                                      3
                                                                          .. َ ‫..و َ ا آ َ رأ ْ ُ ُ ِ أ‬
                                                                               ُ         ََ َ       َ

Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang imam, maka ia memberi maksud pergerakan
imam mestilah mendahului makmum.




3
    Sahih: Sahih Bukhari nombor 595
Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang makmum, maka ia memberi maksud pergerakan
makmum mestilah seusai pergerakan imam.

Sekiranya kita melihat dari sudut seorang sikap makmum, apakah dia dilarang secara mutlak (haram)
untuk melihat selain dari tempat sujudnya(namun digalakkan untuk melihat tempat sujud)? Tidak, ini
kerana Nabi SAW berpesan agar melihat pergerakannya terlebih dahulu, maka ini bermakna para sahabat
perlu melihat ke hadapan, melihat imam, bukan hanya tempat sujud. Sekiranya haram mutlak, nescaya
Nabi sAW pasti akan melarang.

Sekiranya kita melihat dari sudut seorang keutamaan solat berdua atau ramai, maka hadis ini
menunjukan keutamaan solat secara beramai-ramai. Ini kerana pesanan Nabi SAW ini disebut secara
jama’ (plural)dan bukan mufrad (singular)atau muthanna (bermaksud dua).

Sekiranya kita melihat dari sudut sikap yang perlu ada bagi umat Islam ialah sentiasa berda’wah
samada dengan perilaku ataupun percakapan. Maka, berdsarkan hadis ini, berda’wah dengan menunjukan
perilaku akan lebih memberikan impak kepada sasaran da’wah.

Sekiranya kita melihat dari sudut kenegaraan, seorang Perdana Menteri perlulah daripada orang yang
boleh memimpin rakyatnya menunaikan solat, mendidik rakyatnya agar sentiasa mendahulukan Allah.
Dan keutamaan (sekiranya semua orang mempunyai kelayakan yang sama) untuk menjadi imam ialah
pemimpin organisasi.

Dan banyak lagi. Semuanya diambil dari hadis yang sama, Cuma cara memandang yang berbeza.
Semuanya sesuai digunakan mengikut sasaran dan subjek diskusi.

Samalah seperti melihat al-quran dari teropong sains. Ia bukan bermasud mentafsirkan al-quran, Cuma
melihat ayat al-quran dari sudut yang berbeza. Sebaagi contoh


   ِ ِ َ ِ َ ْ ‫َ َ ْ أرْ َ ْ َ ر َُ َ ِ ْ َ َ ت وأ ْ َ ْ َ َ َ ُ ُ ا ْ ِ َ ب وَا ْ ِ َان ِ َ ُ م ا س ِ ْ ِ ْ ِ وأ ْ َ ْ َ ا‬
                         ََ           ُ   َ       َ           َ                         ََ ِ              ُ         َ
                   ٌ ِ َ ‫َ ْ ٌ َ ِ ٌ و َ َ ِ ُ ِ س وِ َ َْ َ ا ُ َ ْ َ ْ ُ ُ ُ ور َُ ُ ِ ْ َ ْ ِ ِن ا َ َ ِي‬
                                   ‫إ‬                َُ                           َ ِ           َ       ‫س‬

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat
yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang
menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi
dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam
kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan
kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-
rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi
Maha Kuasa.                                                                               (al-Hadid: 25)

Sekiranya diamati, segelintir kitab tafsir (yang penulis dapati) menceritakan kelebihan besi dan
penggunaannya untuk sembelihan dan peperangan. Namun, para saintis moden mendapati keajaiban surah
ini. Kedudukan surah ini (nombor surah dan nombor ayat) menceritakan komposisi besi dan
penggunaannya untuk ilmu perubatan.4 Malangnya, semua penemuan ini dilakukan oleh saintis barat yang
akhirnya ditemui kasil kajian mereka oleh orang Islam dan melihat keselariannya dengan al-quran.
Persoalannya ialah kenapa umat Islam sendiri tidak mengeluarkan mukjizat-mukjizat yang ada di
dalam al-quran untuk dikaji dan dikembangkan.

MEMAHAMI ARAHAN TAQWA DALAM KONTEKS MODEN

Sekiranya diperhatikan pada ayat arahan taqwa, kita akan mendapati Allah menekankan aspek
pemahaman atau teori (inside in) dengan praktikal (inside out) (selepas ini akan banyak menggunakan
istilah inggeris ini). Sebagai contoh:




Hal yang sama juga para pembaca boleh dapati dalam ayat-ayat yang lain. Sebagaimana ayat di atas, ayat
ini juga mempunyai konsep teori (inside in) dan praktikalnya (inside out).




Penulis mengirakan konsep taqwa dengan ertikata mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala
larangan sudah diketahui umum dan tidak perlulah penulis menghuraikan dengan panjang lebar di sini.

4
    http://www.harunyahya.com/articles/70miracle_of_iron.php
Fokus penulisan ini ialah bagaimanakah pengaplikasikan konsep taqwa dalam pengurusan
organisasi berdasarkan ayat ini.

KAIZEN

KAIZEN ialah penambahbaikan secara berterusan. Benar, ayat di atas adalah berkenaan KAIZEN.
Secara ringkas maklumat berkenaan dengan KAIZEN yang diasaskan oleh Masaaki Imai (berasal dari
Jepun)5 ini adalah seperti berikut:




                                                                                           6




Bahkan pengamalan 5S yang banyak diamalkan di kebanyakan sektor kerajaan mahupun swasta di
Malaysia adalah dari buah fikiran orang Jepun. Shinkansen atau keretapi peluru (bullet train) adalah
contoh hasil pengamalan KAIZEN dalam kehidupan mereka.7

Mereka tidak pernah berhenti dari sentiasa membuat penambahbaikan.

BAGAIMANA ISTIDLAL KAIZEN DI DALAM AYAT


    {‫َ َ ْ ِ َ ٍ َا ُ ا ا َ ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬
     َ                     ‫إ‬          ‫و‬                   ٌ ْ َ ْ ُ ْ َ ْ ‫}َ أ َ ا ِ َ َُ ا ا ُ ا ا َ و‬
                                                                          َ                        َ
5
  http://www.kaizen.com/about-us/masaaki-imai-kaizen-founder-biography.html
6
  http://www.valuebasedmanagement.net/methods_kaizen.html
7
  Pembaca yang berminat boleh melayari alamat laman sesawang di bawah:
http://en.wikipedia.org/wiki/Shinkansen#Early_proposals
http://www.railway-technology.com/features/feature1216/
http://www.time.com/time/nation/article/0,8599,1892463,00.html
Penulis dalam perbahasan ini akan memberikan fokus memahami ayat di atas dalam konteks pengurusan
organisasi.

Dari itu, pembaca akan dapati intipati penulisan ini tidak menggunakan kaedah ma’thur kerana penulis
mengirakan semua orang sudah memahami tafsir sebenar bagi ayat ini.

Penulis juga hanya akan menghuraikan perkataan-perkataan yang berkait rapat dengan maksud di atas
sahaja.


‫ :و‬merupakan huruf ‘athaf kepada arahan sebelumnya. ‘athaf sebagaimana yang diketahui tidak
semestinya membawa maksud turutan atau kebersamaan (              ‫ .)ا‬Dalam konteks ayat ini, ia bermaksud
menyambung (         ‫)ا‬maksud ayat arahan berkenaan dengan taqwa dan juga membawa maksud spesifikasi
arahan Allah (specific order) selepas arahan umum untuk bertaqwa.


‫ ل‬pada perkataan ْ   ُ ْ َ ْ : adalah     ‫ م ا‬iaitu huruf ‫ ل‬yang membawa maksud suruhan. Memandangkan

huruf ‫ ل‬ini merupakan sambungan arahan kepada suruhan taqwa, maka sebagaimana ka’edah yang
diketahui umum, kata suruh membawa maksud wajib selagi tidak ada dalil yang lain mengubah
maksudnya kepda maksud yang lain.


 ْ ُ ْ َ : merupakan (‫رع‬      ‫ا‬    ) yang membawa maksud kata suruh kerana bersambung dengan            ‫. ما‬

Buktinya juga juga boleh dilihat pada penghujung perkataan ini yang hurufnya berbaris sukun (ْ ). Dari
                                                                                             ‫ر‬
itu, amat wajar untuk amati kerana ia berbentuk cakapan terus (direct conversation atau          ‫. )ا‬
Sebagaimana analogi yang telah diberikan di atas, apabila Allah SWT memulai arahannya dengan
panggilan dan diikuti dengan cakapan terus (           ‫ )ا‬ia memberi satu gambaran bahawasanya arahan
yang bakal Allah berikan ini adalah sesuatu yang amat serius.

Di dalam ayat ini, Allah SWT menggunakan kalimah             berbanding      kerana faedahnya sangat besar
khususnya dalam konteks organisasi. Maksud perkataan            dalam konteks organisasi ialah hendaklah
kita membuat satu bedah siasat (post mortem) terhadap organisasi secara makro. Allah tidak
menggunakan dalam ayat ini              yang membawa maksud melihat atau melakukan bedah siasat sesuatu
itu sedalam-dalamnya (atomic post mortem) kerana bedah siasat hingga ke peringkat atom atau terlalu
micro akan mengambil masa yang sangat panjang dan menyusahkan bahkan kurang impaknya.
ْ َ َ     ٌ َْ   : Di dalam entiti sesebuah organisasi, sumber tenaga pakar amat diperlukan. Allah

mengaitkan bedah siasat ini dengan kepakaran setiap sumber tenaga (ٌ    ْ َ ). Ini memberi makna
bahawasanya organisasi tersebut hendaklah melihat dan melakukan bedah siasat secara makro terhadap
segenap elemen dalam pentadbiran tersebut samada sistemnya, atau guna tenaganya atau silibusnya atau
prosedur operasi standardnya (standard operating procedure) dan lain-lain.


Hal ini boleh dilihat pada penggunaan perkataan     di dalam ayat di atas. Sebagaimana di ketahui umum,

  memberi maksud umum. Kejayaan sesebuah organisasi ialah kemampuan mereka memandu organisasi

tersebut dengan memahami keseluruhan perjalanan organisasi tersebut seperti sistemnya dan keselarasan
guna tenaganya. Namun, organisasi adalah berkenaan dengan kemanusiaan dan manusia tidak akan
terlepas daripada salah pandang (miss look) atau lemah tadbir. Dari itu, ikutilah saranan Allah Taala yang
Maha Pengetahui segala, untuk duduk sebentar dan memandang ke belakang melihat kepada hasil sistem,
silibus dan guna tenaga yang diguna dan dihasilkan setakat ini. Para pembaca pasti pernah mendengar
istilah penilaian separa penggal, separuh penggal, sepenggal, berehat sebentar (retreat), dan jawatankuasa
penambaikan sistem. Semua ini membawa maksud yang sama iaitu melihat semula hasil perjalanan
organisasi tersebut untuk dibuat penambahbaikan.


ٍ َ ِ : huruf ‫ ل‬di sini bukanlah memberi makna yang sama dengan huruf ‫ ل‬sebelumnya. Ini kerana huruf
              ِ                                                       ِ
‫ ل‬sebelumnya membawa maksud arahan, namun huruf ‫ ل‬ini membawa maksud tujuan (                ‫ . )ا‬Itulah

maksud bagi teori pengurusan pendidikan iaitu pengurusan berdasarkan tujuan (management by
objective),pengajaran dan pembelajaran berdasarkan jangkaan hasil (output based learning) dan analisa
SWOT (SWOT analysis). Semua teori-teori ini merupakan dapatan dan hasil eropah (barat) yang kita
ambil kerana melihat kepada keberkesanannya. Alangkah indahnya sekiranya sekiranya teori ini hasil
dapatan daripada umat Islam yang diambil daripada mu’jizat al-Quran.

Maka, sebelum ini penulis menekankan keperluan kepada organisasi untuk membuat bedah siasat
terhadap semua elemen yang ada di dalam organisasi. Persoalannya ialah untuk apa? Apa tujuannya?
Tidak lain tidak bukan ialah untuk penambahbaikan masa depan atau memperbaiki kelemahan. Sebagai
contoh (sekadar memberikan satu contoh sahaja) penulis tunjukan di bawah, bagaimana analisa SWOT
(S: Strength, W: Weakness, O: Opportunity, T: Threat) adalah bagi penambahbaikan masa depan dan
memberikan nilai tambah kepada masalah yang ada. Contohnya
Dengan sikap semua masalah harus dilihat secara positif dan kolektif, ia boleh membawa kepada satu
inovasi yang baharu.

Kita sudah selesai membahaskan kepada keperluan membuat inovasi dan penambahbaikan, namun
bagaimana pula kita hendak mencari hikmah di dalam al-Quran berkenaan penambahbaikan berterusan
sedangkan di dalam ayat di atas tidak disebut.

Penulis tidak berhajat untuk membahaskan dari sudut usul fiqhnya ‫ار أم ؟‬      ‫ا‬          ‫ه ا‬kerana pembaca
lebih alim terhadap perkara sedemikian. Apa yang penulis ingin sentuh ialah pemahaman dalam teks itu
sendiri menyentuh berkenaan penambahbaikan berterusan.


‫ٌ : ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬
َ                     ‫إ‬       ِ َ ialah lafaz           yang membawa maksud bersangatanlah

mempunyai pengalaman dan keilmuan. Dan kalimah ini Allah SWT kaitkan dengan perkataan                yang
sudah kita bahaskan tadi dan kalimat ‫ َ ْ َُ ن‬yang disebut dengan lafaz
                                     َ                                    ‫ر‬       (present and future tense).
Ini memberi satu indikasi bahawa Allah SWT akan sentiasa memerhatikan setiap penambahbaikan yang
dibuat oleh organisasi tersebut samada sedang atau yang akan dibuat dan Dia Maha Pengetahui hasil
(output) yang akan terhasil daripada setiap perancangan kita.

Allah SWT tidak menggunakan perkataan          ‫ ا‬atau      ‫ ا‬kerana perkataan ٌ ِ َ   lebih menepati
maksud dan lebih diperlukan dalam ruang pengurusan organisasi. Pengalaman merupakan ilmu yang
paling berharga dalam sektor ini. Perhatikan sahaja khususnya dalam sector swasta, sekiranya
pengalaman menggunung, pastinnya gaji yang ditawarkan akan menggunung. Ini adalah harga bagi
kepakarannya dan pengalamannya.

Seorang yang pakar dan mempunyai pengalaman yang sangat banyak, sudah mengetahui sekiranya
berbuat begini dan begini pastinya hasil akan jadi begini. Tetapi sekiranya berbuat dengan cara lain pula,
akan jadi begini.

Sekiranya menggunakan baja itu, ini dan ini pastinya hasil akan jadi begitu dan begini.

Bagi renjer hutan yang sangat berpengalaman, dia pasti sudah tahu sekiranya pokok itu menunduk
sebegini, atau menegak sebegitu, pastinya perkara ini akan terjadi.

Allah sudah mengetahui apa yang sedang dan akan kita rancangkan. Dan Dia memerhatikan dengan
penuh maha berpengalaman.

Perumpamaannya manusia, sekiranya bos senantiasa akan datang memerhatikan kerja dan
penambahbaikan yang kita buat, apakah kita akan biarkan gerakerja kita statik tanpa ada perubahan?
Beranikah malas nak buat inovasi?

Bahkan.

MU’ASSASAH DARUL ULUM
Kewujudan Mua’ssasah ini adalah hasil daripada orang yang berberkat, dengan tujuan yang berberkat
dengan guna tenaga yang berberkat.

Dari itu, saya menyeru semua pihak agar sama-sama kita berganding bahu untuk terus memacu
Mu’assasah ini untuk terus maju ke hadapan untuk mengepalai semua institusi pendidikan Islam yang
lain.

Dengan ruh islami,marilah sama-sama kita menghadham dan melaksanakan arahan Allah di dalam surah
ini untuk kita berubah agar terus maju bagi menghasilkan generasi rabbani sebagai pentadbir di bumi
bertuah ini.

Ayuh!

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

pengenalan tarekat
pengenalan tarekatpengenalan tarekat
pengenalan tarekat
Lela Warni
 
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'ATHUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
Mutiara permatasari
 
Akhlak tasawuf (staipana)
Akhlak tasawuf (staipana)Akhlak tasawuf (staipana)
Akhlak tasawuf (staipana)
wahyu islami
 
1 motivasi murabbi & tarbiyah bil ahdaf
1 motivasi murabbi & tarbiyah bil ahdaf1 motivasi murabbi & tarbiyah bil ahdaf
1 motivasi murabbi & tarbiyah bil ahdaf
Ferry Agung
 
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
BahRum Subagia
 
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofeaKonsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
ct sofiey
 

La actualidad más candente (20)

pengenalan tarekat
pengenalan tarekatpengenalan tarekat
pengenalan tarekat
 
PENYIMPANGAN DALAM TEOLOGI ISLAM
PENYIMPANGAN DALAM TEOLOGI ISLAM PENYIMPANGAN DALAM TEOLOGI ISLAM
PENYIMPANGAN DALAM TEOLOGI ISLAM
 
Tasawuf
TasawufTasawuf
Tasawuf
 
Tasawuf amali dan falsafi
Tasawuf amali dan falsafiTasawuf amali dan falsafi
Tasawuf amali dan falsafi
 
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'ATHUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
HUBUNGAN TASAUF DENGAN TAREKAT DAN HUBUNGAN TASAWUF DENGAN SYARI'AT
 
Akhlak tasawuf (staipana)
Akhlak tasawuf (staipana)Akhlak tasawuf (staipana)
Akhlak tasawuf (staipana)
 
Ppt tasawuf
Ppt tasawufPpt tasawuf
Ppt tasawuf
 
Iltizam (Komitmen) dalam dakwah
Iltizam (Komitmen) dalam dakwahIltizam (Komitmen) dalam dakwah
Iltizam (Komitmen) dalam dakwah
 
Iksan dalam al qur'an
Iksan  dalam al qur'anIksan  dalam al qur'an
Iksan dalam al qur'an
 
Maqamat wa Ahwal
Maqamat wa AhwalMaqamat wa Ahwal
Maqamat wa Ahwal
 
Tugas tik(makalah)
Tugas tik(makalah)Tugas tik(makalah)
Tugas tik(makalah)
 
1 motivasi murabbi & tarbiyah bil ahdaf
1 motivasi murabbi & tarbiyah bil ahdaf1 motivasi murabbi & tarbiyah bil ahdaf
1 motivasi murabbi & tarbiyah bil ahdaf
 
islam dan tasawuf
islam dan tasawufislam dan tasawuf
islam dan tasawuf
 
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
 
Konsep Tarbiyah dalam Al-qur`an
Konsep Tarbiyah dalam Al-qur`anKonsep Tarbiyah dalam Al-qur`an
Konsep Tarbiyah dalam Al-qur`an
 
Makalah al qur'an
Makalah al qur'anMakalah al qur'an
Makalah al qur'an
 
Berpikir Kritis, Objektif dan Seimbang secara Islam
Berpikir Kritis, Objektif dan Seimbang secara IslamBerpikir Kritis, Objektif dan Seimbang secara Islam
Berpikir Kritis, Objektif dan Seimbang secara Islam
 
Perbandingan konsep antar aliran aliran teologi islam
Perbandingan konsep antar aliran aliran teologi islamPerbandingan konsep antar aliran aliran teologi islam
Perbandingan konsep antar aliran aliran teologi islam
 
Hadis 40_Imam Nawawi
Hadis 40_Imam NawawiHadis 40_Imam Nawawi
Hadis 40_Imam Nawawi
 
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofeaKonsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
Konsep pendidikan-islam-suzita-siti-farrah-sofea
 

Similar a Aplikasi dalam organisasi

Makalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsanMakalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsan
Muli Bluelovers
 
Bab 5 hukum islam
Bab 5 hukum islamBab 5 hukum islam
Bab 5 hukum islam
Ismail Zain
 
Shalatlah Sebagaimana Melihatku Shalat
Shalatlah Sebagaimana Melihatku ShalatShalatlah Sebagaimana Melihatku Shalat
Shalatlah Sebagaimana Melihatku Shalat
Yulian Purnama
 
Halaqah muntijah penghasil kader muntijah
Halaqah muntijah penghasil kader muntijahHalaqah muntijah penghasil kader muntijah
Halaqah muntijah penghasil kader muntijah
Rizal Fuadi Muhammad
 
Hadits-5-Amal-amal-Perbuatan-yang-Tidak-Termasuk-Perintah-Allah.pptx
Hadits-5-Amal-amal-Perbuatan-yang-Tidak-Termasuk-Perintah-Allah.pptxHadits-5-Amal-amal-Perbuatan-yang-Tidak-Termasuk-Perintah-Allah.pptx
Hadits-5-Amal-amal-Perbuatan-yang-Tidak-Termasuk-Perintah-Allah.pptx
RidwanBayu3
 

Similar a Aplikasi dalam organisasi (20)

UTS DINDA AURA PASARIBU. HADIS TEMATIKA MANAJEMEN. SM V MD-D FDK UINSU 2019
UTS DINDA AURA PASARIBU. HADIS TEMATIKA MANAJEMEN. SM V MD-D FDK UINSU 2019UTS DINDA AURA PASARIBU. HADIS TEMATIKA MANAJEMEN. SM V MD-D FDK UINSU 2019
UTS DINDA AURA PASARIBU. HADIS TEMATIKA MANAJEMEN. SM V MD-D FDK UINSU 2019
 
PHIWM.ppt
PHIWM.pptPHIWM.ppt
PHIWM.ppt
 
Ucap utama shura diskusi kesarjanaan 2
Ucap utama shura diskusi kesarjanaan 2Ucap utama shura diskusi kesarjanaan 2
Ucap utama shura diskusi kesarjanaan 2
 
Pembiasaan Pembacaan Hadits dan Penerapannya untuk Mewujudkan Akhlak Rasulul...
Pembiasaan Pembacaan Hadits  dan Penerapannya untuk Mewujudkan Akhlak Rasulul...Pembiasaan Pembacaan Hadits  dan Penerapannya untuk Mewujudkan Akhlak Rasulul...
Pembiasaan Pembacaan Hadits dan Penerapannya untuk Mewujudkan Akhlak Rasulul...
 
hadis 2.pptx
hadis 2.pptxhadis 2.pptx
hadis 2.pptx
 
Makalah ijtihad stais
Makalah ijtihad staisMakalah ijtihad stais
Makalah ijtihad stais
 
Makalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsanMakalah ushul fiqh istihsan
Makalah ushul fiqh istihsan
 
Makalah Pendidikan Agama Islam Sholat.docx
Makalah Pendidikan Agama Islam Sholat.docxMakalah Pendidikan Agama Islam Sholat.docx
Makalah Pendidikan Agama Islam Sholat.docx
 
Bab5hukumislam
Bab5hukumislamBab5hukumislam
Bab5hukumislam
 
Bab 5 hukum islam
Bab 5 hukum islamBab 5 hukum islam
Bab 5 hukum islam
 
Adab Terhadap Orang Tua & Guru
Adab Terhadap Orang Tua & GuruAdab Terhadap Orang Tua & Guru
Adab Terhadap Orang Tua & Guru
 
Shalatlah Sebagaimana Melihatku Shalat
Shalatlah Sebagaimana Melihatku ShalatShalatlah Sebagaimana Melihatku Shalat
Shalatlah Sebagaimana Melihatku Shalat
 
UTS RAHMAT SALEH. HADIS TEMATIK SM V MD-D FDK UINSU 2019
UTS RAHMAT SALEH. HADIS TEMATIK SM V MD-D FDK UINSU 2019UTS RAHMAT SALEH. HADIS TEMATIK SM V MD-D FDK UINSU 2019
UTS RAHMAT SALEH. HADIS TEMATIK SM V MD-D FDK UINSU 2019
 
Halaqah muntijah penghasil kader muntijah
Halaqah muntijah penghasil kader muntijahHalaqah muntijah penghasil kader muntijah
Halaqah muntijah penghasil kader muntijah
 
Bid
BidBid
Bid
 
Fungsi Hadits dan Hubungannya Dengan Al-Qur'an
Fungsi Hadits dan Hubungannya Dengan Al-Qur'anFungsi Hadits dan Hubungannya Dengan Al-Qur'an
Fungsi Hadits dan Hubungannya Dengan Al-Qur'an
 
Buku Studi Akhlak.pdf
Buku Studi Akhlak.pdfBuku Studi Akhlak.pdf
Buku Studi Akhlak.pdf
 
Hadits-5-Amal-amal-Perbuatan-yang-Tidak-Termasuk-Perintah-Allah.pptx
Hadits-5-Amal-amal-Perbuatan-yang-Tidak-Termasuk-Perintah-Allah.pptxHadits-5-Amal-amal-Perbuatan-yang-Tidak-Termasuk-Perintah-Allah.pptx
Hadits-5-Amal-amal-Perbuatan-yang-Tidak-Termasuk-Perintah-Allah.pptx
 
membiasakan perilaku terpuji
membiasakan perilaku terpujimembiasakan perilaku terpuji
membiasakan perilaku terpuji
 
Edaran Muhammadiyah soal Salat Id di Masa COVID-19
Edaran Muhammadiyah soal Salat Id di Masa COVID-19Edaran Muhammadiyah soal Salat Id di Masa COVID-19
Edaran Muhammadiyah soal Salat Id di Masa COVID-19
 

Más de Kaizan Nazlan

Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaanKepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kaizan Nazlan
 
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kaizan Nazlan
 

Más de Kaizan Nazlan (12)

TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG
TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANGTRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG
TRAVELOG USAHAWAN MUDA: RAMADHAN AKU DATANG
 
Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan GembiraEnergizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
Energizing usrah - Tips & Trick Mengurus Bulatan Gembira
 
3 senario pelaburan hensem
3 senario pelaburan hensem3 senario pelaburan hensem
3 senario pelaburan hensem
 
Financial Statement
Financial StatementFinancial Statement
Financial Statement
 
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
The Art of Presentation " Tips & Trick For Powerful Presentation "
 
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
6 Tabung Pengurusan Wang Bijak
 
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaanKepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
Kepelbagaian kepimpinan mencari titik persamaan
 
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
Kertas kerja aktivis dakwah dalam membendung gejala sosial di kalangan ummat ...
 
Mahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
Mahasiswa Islam: Erti Seorang MuslimMahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
Mahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim
 
Art of presentation e book
Art of presentation e bookArt of presentation e book
Art of presentation e book
 
Hukuman hudud
Hukuman hududHukuman hudud
Hukuman hudud
 
PAS dan tahalluf siasi dengan DAP
PAS dan tahalluf siasi dengan DAPPAS dan tahalluf siasi dengan DAP
PAS dan tahalluf siasi dengan DAP
 

Último

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
MaskuratulMunawaroh
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Último (20)

668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 

Aplikasi dalam organisasi

  • 1. APLIKASI TAQWA DALAM ORGANISASI Oleh: Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh1 {‫َ َ ْ ِ َ ٍ َا ُ ا ا َ ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬ َ ‫إ‬ ‫و‬ ٌ ْ َ ْ ُ ْ َْ‫}َ أ َ ا ِ َ َُ ا ا ُ ا ا َ و‬ َ َ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Hasyr: 18) Ayat ini (dan ayat-ayat yang semaksud dengannya) setiap minggu kita akan bacakan atau dengarkan dalam khutbah juma’ah. Sebagaimana hebatnya makna dan fungsi zakat dalam agama sehingga Allah pasti menghubungkan ayat solat dan zakat, sehingga Saiduna Abu Bakr membuat ‘bid’ah’ memerangi golongan yang tidak memerangi zakat, begitu jugalah hebatnya arahan Allah SWT supaya bertaqwa, Allah gabungkan sekali dengan tugasan yang perlu dilakukan. Dan pastinya ia mempunyai satu maksud yang hebat sehingga al-Imam as-Syafi’e menjadikannya rukun untuk dibaca setiap khutbah. Namun, kegagalan umat Islam di era kini untuk memahami, mengkaji dan mengaplikasikan arahan atau kisah-kisah yang ada di dalam al-quran dalam konteks seharian membuatkan kita terpaksa mengimport ilmu pengurusan organisasi daripada eropah yang masyhur dengan pemisahan agama daripada kehidupan seharian mereka. Kemudianya kita menyalahkan eropah (barat) kerana kesekularan mereka. 1 Penolong Pensyarah, Kolej Islam Darul ‘Ulum (KIDU)
  • 2. Perihal pakej kepimpinan organisasi sudahpun dirakamkan di dalam Surah an-Naml ayat 15 dan 16, penyelesaian terhadap perbezaan pandangan ada di dalam Surah al-Anbia’ ayat 78 dan 79, mewujudkan sistem birokrasi2 dalam pentadbiran ada dalam surah an-Naml ayat 17, mengenai pakej pekerja organisasi ada di dalam Surah an-Naml ayat 20, ketegasan pemimpin, sikap pengerusi mesyuarat, mengambil kedatangan sebelum memulakan mesyuarat dan sebagainya sudah terakam di dalam al-quran. Perkara sebeginilah yang perlu diterokai oleh umat Islam dan seterusnya memperkenalkannya kepada dunia dengan bahasa yang semasa untuk diaplikasi manusia bagi bagi membawa Islam kembali menaungi alam PERIHAL AYAT TAQWA Tidak kurang dari empat puluh enam (46) kali Allah SWT menyebut perihal taqwa samada dalam bentuk amar (kata suruh), mahupun pernyataan. Dan setakat pengetahuan penulis, tidak ada khilaf dari kalangan ulama’ bahawasanya kalam Allah SWT adalah mukjizat lafaz dan maknanya. Namun, kegagalan umat Islam mengeluarkan kehebatan susunan, hikmah arahan al-Quran membuatkan al-Quran hanya sekadar menjadi sumber pahala dan bahan pengajaran di dalam kelas. ANALOGI Sebagai seorang ibu dan ayah, apa yang bakal kita lakukan sekiranya kita ingin menyampaikan suatu amanat yang AMAT PENTING kepada anak. Manakah antara berikut akan menjadi pilihan utama tindakan kita? 1. Panggil acik dan berpesan kepada beliau agar sampaikan maklumat ini kepada along. 2. Memberikan maklumat kepada acik dengan nada yang kuat (menjerit) agar disampaikan kepada along. 3. Memberikan maklumat kepada along dengan nada yang kuat (menjerit). 4. Memanggil along untuk berjumpa, saling menghadap lalu disampaikan maklumat tersebut. Yang mana satukah pilihan kita? Saya mengirakan kita semua sependapat untuk memilih yang keempat kerana sesuatu yang diterima secara dharurat (common sense ) sekiranya kita ada maklumat yang sangat penting, maka maklumat tersebut harus disampaikan terus kepada orang yang hendak dituju secara terus. Begitu jugalah dengan ayat di atas. 2 Dengan maksud literal iaitu mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir. Kamus DBP edisi ke empat.
  • 3. Sekiranya diperhatikan konteks ayat ini ( ‫قا‬ ) tidak ada sebarang panggilan (‫دى‬ ) bermula dari ayat 1 hinggalah ayat 17, kenapa tiba-tiba sahaja Allah memberikan arahan selepas ‘bercerita’. Tidak lain tidak bukan, pastinya kerana apa yang Allah nak sampaikan pada ayat ini tersangatlah penting. MENGEKALKAN MA’THURAT TAFSIR Benar sekali pernyataan di atas. Kebanyakan pentafsiran (sepengetahuan penulis) akan menghuraikan sekitar taqwa dan setiap amalan akan dibawa ke hari akhirat untuk dihisab. Para mufassirin menghuraikan dengan menggunakan kaedah yang ma’thur atau kaedah yang ma’qul (menggunakan logic akal) mengikut kesesuaian zaman mereka. Untuk penulisan ini, penulis tidak bercadang untuk mengulang semula apa yang sudah tercatat dalam kutub tafasir (buku-buku tafsir), tetapi cuba untuk membawa para pembaca untuk melihat ayat taqwa ini dari sudut pengurusan organisasi. Dari itu, penulis luncurkan kertas kerja ini untuk diperbahas, dikritik dan dimurnikan dan seterusnya dijadikan sebagai panduan dalam setiap gerakerja yang dilakukan di Muassasah Darul Ulum ini. MEMAHAMII DALIL SELARI DENGAN KEPERLUAN SEMASA Tidak ada khilaf bahawasanya metodologi pentafsiran haruslah al-quran dengan al-quran atau dengan hadis atau dengan pentafsiran para sahabat (metod pentafsiran ma’thur). Namun, di samping itu ia juga boleh dilihat dari sudut yang berbeza dengan SYARAT tidak lari dari disiplin pentafsiran. Maka, untuk penulisan ini penulis akan menggunakan kaedah bahasa arab untuk melihat panduan al-Quran dalam menguruskan organisasi. Kertas kerja ini bukanlah untuk mentafsirkan al-quran dengan menggunakan ilmu alat moden seperti sains, teori pengurusan dan sebagainya tetapi hanya untuk melihat ayat ini dari sudut yang berbeza.cara melihat seperti ini juga boleh dilihat dalam hadis yang masyhur: 3 .. َ ‫..و َ ا آ َ رأ ْ ُ ُ ِ أ‬ ُ ََ َ َ Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang imam, maka ia memberi maksud pergerakan imam mestilah mendahului makmum. 3 Sahih: Sahih Bukhari nombor 595
  • 4. Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang makmum, maka ia memberi maksud pergerakan makmum mestilah seusai pergerakan imam. Sekiranya kita melihat dari sudut seorang sikap makmum, apakah dia dilarang secara mutlak (haram) untuk melihat selain dari tempat sujudnya(namun digalakkan untuk melihat tempat sujud)? Tidak, ini kerana Nabi SAW berpesan agar melihat pergerakannya terlebih dahulu, maka ini bermakna para sahabat perlu melihat ke hadapan, melihat imam, bukan hanya tempat sujud. Sekiranya haram mutlak, nescaya Nabi sAW pasti akan melarang. Sekiranya kita melihat dari sudut seorang keutamaan solat berdua atau ramai, maka hadis ini menunjukan keutamaan solat secara beramai-ramai. Ini kerana pesanan Nabi SAW ini disebut secara jama’ (plural)dan bukan mufrad (singular)atau muthanna (bermaksud dua). Sekiranya kita melihat dari sudut sikap yang perlu ada bagi umat Islam ialah sentiasa berda’wah samada dengan perilaku ataupun percakapan. Maka, berdsarkan hadis ini, berda’wah dengan menunjukan perilaku akan lebih memberikan impak kepada sasaran da’wah. Sekiranya kita melihat dari sudut kenegaraan, seorang Perdana Menteri perlulah daripada orang yang boleh memimpin rakyatnya menunaikan solat, mendidik rakyatnya agar sentiasa mendahulukan Allah. Dan keutamaan (sekiranya semua orang mempunyai kelayakan yang sama) untuk menjadi imam ialah pemimpin organisasi. Dan banyak lagi. Semuanya diambil dari hadis yang sama, Cuma cara memandang yang berbeza. Semuanya sesuai digunakan mengikut sasaran dan subjek diskusi. Samalah seperti melihat al-quran dari teropong sains. Ia bukan bermasud mentafsirkan al-quran, Cuma melihat ayat al-quran dari sudut yang berbeza. Sebaagi contoh ِ ِ َ ِ َ ْ ‫َ َ ْ أرْ َ ْ َ ر َُ َ ِ ْ َ َ ت وأ ْ َ ْ َ َ َ ُ ُ ا ْ ِ َ ب وَا ْ ِ َان ِ َ ُ م ا س ِ ْ ِ ْ ِ وأ ْ َ ْ َ ا‬ ََ ُ َ َ َ ََ ِ ُ َ ٌ ِ َ ‫َ ْ ٌ َ ِ ٌ و َ َ ِ ُ ِ س وِ َ َْ َ ا ُ َ ْ َ ْ ُ ُ ُ ور َُ ُ ِ ْ َ ْ ِ ِن ا َ َ ِي‬ ‫إ‬ َُ َ ِ َ ‫س‬ Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan
  • 5. kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul- rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-Hadid: 25) Sekiranya diamati, segelintir kitab tafsir (yang penulis dapati) menceritakan kelebihan besi dan penggunaannya untuk sembelihan dan peperangan. Namun, para saintis moden mendapati keajaiban surah ini. Kedudukan surah ini (nombor surah dan nombor ayat) menceritakan komposisi besi dan penggunaannya untuk ilmu perubatan.4 Malangnya, semua penemuan ini dilakukan oleh saintis barat yang akhirnya ditemui kasil kajian mereka oleh orang Islam dan melihat keselariannya dengan al-quran. Persoalannya ialah kenapa umat Islam sendiri tidak mengeluarkan mukjizat-mukjizat yang ada di dalam al-quran untuk dikaji dan dikembangkan. MEMAHAMI ARAHAN TAQWA DALAM KONTEKS MODEN Sekiranya diperhatikan pada ayat arahan taqwa, kita akan mendapati Allah menekankan aspek pemahaman atau teori (inside in) dengan praktikal (inside out) (selepas ini akan banyak menggunakan istilah inggeris ini). Sebagai contoh: Hal yang sama juga para pembaca boleh dapati dalam ayat-ayat yang lain. Sebagaimana ayat di atas, ayat ini juga mempunyai konsep teori (inside in) dan praktikalnya (inside out). Penulis mengirakan konsep taqwa dengan ertikata mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan sudah diketahui umum dan tidak perlulah penulis menghuraikan dengan panjang lebar di sini. 4 http://www.harunyahya.com/articles/70miracle_of_iron.php
  • 6. Fokus penulisan ini ialah bagaimanakah pengaplikasikan konsep taqwa dalam pengurusan organisasi berdasarkan ayat ini. KAIZEN KAIZEN ialah penambahbaikan secara berterusan. Benar, ayat di atas adalah berkenaan KAIZEN. Secara ringkas maklumat berkenaan dengan KAIZEN yang diasaskan oleh Masaaki Imai (berasal dari Jepun)5 ini adalah seperti berikut: 6 Bahkan pengamalan 5S yang banyak diamalkan di kebanyakan sektor kerajaan mahupun swasta di Malaysia adalah dari buah fikiran orang Jepun. Shinkansen atau keretapi peluru (bullet train) adalah contoh hasil pengamalan KAIZEN dalam kehidupan mereka.7 Mereka tidak pernah berhenti dari sentiasa membuat penambahbaikan. BAGAIMANA ISTIDLAL KAIZEN DI DALAM AYAT {‫َ َ ْ ِ َ ٍ َا ُ ا ا َ ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬ َ ‫إ‬ ‫و‬ ٌ ْ َ ْ ُ ْ َ ْ ‫}َ أ َ ا ِ َ َُ ا ا ُ ا ا َ و‬ َ َ 5 http://www.kaizen.com/about-us/masaaki-imai-kaizen-founder-biography.html 6 http://www.valuebasedmanagement.net/methods_kaizen.html 7 Pembaca yang berminat boleh melayari alamat laman sesawang di bawah: http://en.wikipedia.org/wiki/Shinkansen#Early_proposals http://www.railway-technology.com/features/feature1216/ http://www.time.com/time/nation/article/0,8599,1892463,00.html
  • 7. Penulis dalam perbahasan ini akan memberikan fokus memahami ayat di atas dalam konteks pengurusan organisasi. Dari itu, pembaca akan dapati intipati penulisan ini tidak menggunakan kaedah ma’thur kerana penulis mengirakan semua orang sudah memahami tafsir sebenar bagi ayat ini. Penulis juga hanya akan menghuraikan perkataan-perkataan yang berkait rapat dengan maksud di atas sahaja. ‫ :و‬merupakan huruf ‘athaf kepada arahan sebelumnya. ‘athaf sebagaimana yang diketahui tidak semestinya membawa maksud turutan atau kebersamaan ( ‫ .)ا‬Dalam konteks ayat ini, ia bermaksud menyambung ( ‫)ا‬maksud ayat arahan berkenaan dengan taqwa dan juga membawa maksud spesifikasi arahan Allah (specific order) selepas arahan umum untuk bertaqwa. ‫ ل‬pada perkataan ْ ُ ْ َ ْ : adalah ‫ م ا‬iaitu huruf ‫ ل‬yang membawa maksud suruhan. Memandangkan huruf ‫ ل‬ini merupakan sambungan arahan kepada suruhan taqwa, maka sebagaimana ka’edah yang diketahui umum, kata suruh membawa maksud wajib selagi tidak ada dalil yang lain mengubah maksudnya kepda maksud yang lain. ْ ُ ْ َ : merupakan (‫رع‬ ‫ا‬ ) yang membawa maksud kata suruh kerana bersambung dengan ‫. ما‬ Buktinya juga juga boleh dilihat pada penghujung perkataan ini yang hurufnya berbaris sukun (ْ ). Dari ‫ر‬ itu, amat wajar untuk amati kerana ia berbentuk cakapan terus (direct conversation atau ‫. )ا‬ Sebagaimana analogi yang telah diberikan di atas, apabila Allah SWT memulai arahannya dengan panggilan dan diikuti dengan cakapan terus ( ‫ )ا‬ia memberi satu gambaran bahawasanya arahan yang bakal Allah berikan ini adalah sesuatu yang amat serius. Di dalam ayat ini, Allah SWT menggunakan kalimah berbanding kerana faedahnya sangat besar khususnya dalam konteks organisasi. Maksud perkataan dalam konteks organisasi ialah hendaklah kita membuat satu bedah siasat (post mortem) terhadap organisasi secara makro. Allah tidak menggunakan dalam ayat ini yang membawa maksud melihat atau melakukan bedah siasat sesuatu itu sedalam-dalamnya (atomic post mortem) kerana bedah siasat hingga ke peringkat atom atau terlalu micro akan mengambil masa yang sangat panjang dan menyusahkan bahkan kurang impaknya.
  • 8. ْ َ َ ٌ َْ : Di dalam entiti sesebuah organisasi, sumber tenaga pakar amat diperlukan. Allah mengaitkan bedah siasat ini dengan kepakaran setiap sumber tenaga (ٌ ْ َ ). Ini memberi makna bahawasanya organisasi tersebut hendaklah melihat dan melakukan bedah siasat secara makro terhadap segenap elemen dalam pentadbiran tersebut samada sistemnya, atau guna tenaganya atau silibusnya atau prosedur operasi standardnya (standard operating procedure) dan lain-lain. Hal ini boleh dilihat pada penggunaan perkataan di dalam ayat di atas. Sebagaimana di ketahui umum, memberi maksud umum. Kejayaan sesebuah organisasi ialah kemampuan mereka memandu organisasi tersebut dengan memahami keseluruhan perjalanan organisasi tersebut seperti sistemnya dan keselarasan guna tenaganya. Namun, organisasi adalah berkenaan dengan kemanusiaan dan manusia tidak akan terlepas daripada salah pandang (miss look) atau lemah tadbir. Dari itu, ikutilah saranan Allah Taala yang Maha Pengetahui segala, untuk duduk sebentar dan memandang ke belakang melihat kepada hasil sistem, silibus dan guna tenaga yang diguna dan dihasilkan setakat ini. Para pembaca pasti pernah mendengar istilah penilaian separa penggal, separuh penggal, sepenggal, berehat sebentar (retreat), dan jawatankuasa penambaikan sistem. Semua ini membawa maksud yang sama iaitu melihat semula hasil perjalanan organisasi tersebut untuk dibuat penambahbaikan. ٍ َ ِ : huruf ‫ ل‬di sini bukanlah memberi makna yang sama dengan huruf ‫ ل‬sebelumnya. Ini kerana huruf ِ ِ ‫ ل‬sebelumnya membawa maksud arahan, namun huruf ‫ ل‬ini membawa maksud tujuan ( ‫ . )ا‬Itulah maksud bagi teori pengurusan pendidikan iaitu pengurusan berdasarkan tujuan (management by objective),pengajaran dan pembelajaran berdasarkan jangkaan hasil (output based learning) dan analisa SWOT (SWOT analysis). Semua teori-teori ini merupakan dapatan dan hasil eropah (barat) yang kita ambil kerana melihat kepada keberkesanannya. Alangkah indahnya sekiranya sekiranya teori ini hasil dapatan daripada umat Islam yang diambil daripada mu’jizat al-Quran. Maka, sebelum ini penulis menekankan keperluan kepada organisasi untuk membuat bedah siasat terhadap semua elemen yang ada di dalam organisasi. Persoalannya ialah untuk apa? Apa tujuannya? Tidak lain tidak bukan ialah untuk penambahbaikan masa depan atau memperbaiki kelemahan. Sebagai contoh (sekadar memberikan satu contoh sahaja) penulis tunjukan di bawah, bagaimana analisa SWOT (S: Strength, W: Weakness, O: Opportunity, T: Threat) adalah bagi penambahbaikan masa depan dan memberikan nilai tambah kepada masalah yang ada. Contohnya
  • 9. Dengan sikap semua masalah harus dilihat secara positif dan kolektif, ia boleh membawa kepada satu inovasi yang baharu. Kita sudah selesai membahaskan kepada keperluan membuat inovasi dan penambahbaikan, namun bagaimana pula kita hendak mencari hikmah di dalam al-Quran berkenaan penambahbaikan berterusan sedangkan di dalam ayat di atas tidak disebut. Penulis tidak berhajat untuk membahaskan dari sudut usul fiqhnya ‫ار أم ؟‬ ‫ا‬ ‫ه ا‬kerana pembaca lebih alim terhadap perkara sedemikian. Apa yang penulis ingin sentuh ialah pemahaman dalam teks itu sendiri menyentuh berkenaan penambahbaikan berterusan. ‫ٌ : ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬ َ ‫إ‬ ِ َ ialah lafaz yang membawa maksud bersangatanlah mempunyai pengalaman dan keilmuan. Dan kalimah ini Allah SWT kaitkan dengan perkataan yang sudah kita bahaskan tadi dan kalimat ‫ َ ْ َُ ن‬yang disebut dengan lafaz َ ‫ر‬ (present and future tense). Ini memberi satu indikasi bahawa Allah SWT akan sentiasa memerhatikan setiap penambahbaikan yang
  • 10. dibuat oleh organisasi tersebut samada sedang atau yang akan dibuat dan Dia Maha Pengetahui hasil (output) yang akan terhasil daripada setiap perancangan kita. Allah SWT tidak menggunakan perkataan ‫ ا‬atau ‫ ا‬kerana perkataan ٌ ِ َ lebih menepati maksud dan lebih diperlukan dalam ruang pengurusan organisasi. Pengalaman merupakan ilmu yang paling berharga dalam sektor ini. Perhatikan sahaja khususnya dalam sector swasta, sekiranya pengalaman menggunung, pastinnya gaji yang ditawarkan akan menggunung. Ini adalah harga bagi kepakarannya dan pengalamannya. Seorang yang pakar dan mempunyai pengalaman yang sangat banyak, sudah mengetahui sekiranya berbuat begini dan begini pastinya hasil akan jadi begini. Tetapi sekiranya berbuat dengan cara lain pula, akan jadi begini. Sekiranya menggunakan baja itu, ini dan ini pastinya hasil akan jadi begitu dan begini. Bagi renjer hutan yang sangat berpengalaman, dia pasti sudah tahu sekiranya pokok itu menunduk sebegini, atau menegak sebegitu, pastinya perkara ini akan terjadi. Allah sudah mengetahui apa yang sedang dan akan kita rancangkan. Dan Dia memerhatikan dengan penuh maha berpengalaman. Perumpamaannya manusia, sekiranya bos senantiasa akan datang memerhatikan kerja dan penambahbaikan yang kita buat, apakah kita akan biarkan gerakerja kita statik tanpa ada perubahan? Beranikah malas nak buat inovasi? Bahkan. MU’ASSASAH DARUL ULUM
  • 11. Kewujudan Mua’ssasah ini adalah hasil daripada orang yang berberkat, dengan tujuan yang berberkat dengan guna tenaga yang berberkat. Dari itu, saya menyeru semua pihak agar sama-sama kita berganding bahu untuk terus memacu Mu’assasah ini untuk terus maju ke hadapan untuk mengepalai semua institusi pendidikan Islam yang lain. Dengan ruh islami,marilah sama-sama kita menghadham dan melaksanakan arahan Allah di dalam surah ini untuk kita berubah agar terus maju bagi menghasilkan generasi rabbani sebagai pentadbir di bumi bertuah ini. Ayuh!