SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
1. Lengkapkan jadual dibawah ini dengan jenis kaedah latihan dan jenis komponen
kecergasan fizikal dengan betul.
Jenis kaedah latihan dan jenis komponen kecergasan fizikal
Sistem Tenaga Aerobik Anaerobik
Kaedah Latihan
i) Latihan jarak jauh
perlahan (LSD)
ii) Latihan Fartlek
iii) Latihan Jeda Jarak Jauh
i) Latihan Litar
ii) Latihan Pecutan
Berulang
iii) Latihan Jeda Jarak
Derkat
Komponen Kecergasan
Fizikal
i) Daya tahan Kardiovaskular
ii) Daya tahan otot
iii) Kekuatan
i) Daya tahan otot
ii) Ketangkasan
iii) Kelajuan
2. Mendapatkan maklumat dan mengumpul maklumat tambahan dari bahan
bacaan dan bahan multimedia berkaitan kaedah-kaedah latihan. Rancangkan
atau dapatkan satu contoh latihan bagi setiap kaedah latihan yang dipelajari. Buat
huraian tentang kepentingan dan kesesuaian kaedah latihan berkenaan ke arah
pencapaian objektif latihan kecergasan fizikal berpandukan konsep dan teori
kaedah latihan.
Latihan Litar
Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji
kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson
pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England.
Latihan litar merupakan latihan yang melibatkan stesyen-stesyen tertentu dan dilakukan
dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah
melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa
aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8
hingga 12 yang mana melibatkan otot-otot yang berlainan.
Objektif latihan
i. Meningkatkan daya tahan otot
ii. Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik.
iii. Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan
iv. Membina daya tahan kardiovascular
Rasional
i. Latihan berasaskan prinsip lebihan beban
ii. Tidak memerlukan alatan dan ruang yang banyak
iii. Jangka latihan singkat
iv. Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian
v. Memberi kebebasan kepada individu berlatih mengikut kemampuannya
vi. Keputusan cepat diperolehi.
Prinsip Latihan
i. Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan objektif
ii. Kaedah perlakuan mestilah betul dan diselaraskan
iii. Aktiviti disusun supaya tidak bebankan kumpulan otot yang sama
iv. Peserta melakukan aktiviti secara berterusan
Aktiviti latihan litar (contoh)
i. Tekan tubi
ii. Bangun tubi
iii. Lari ulang alik
iv. Burpee
v. Skipping
vi. Lompat selang seli (alternate split jump)
vii. Jack knife
viii. Angkat kaki
Langkah-langkah keselamatan
Sebelum menjalankan sebarang latihan kecergasan, perlulah diambil perhatian supaya
atlit kita sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh menjalani aktiviti secara berterusan.
1. Aktiviti tidak menyakitkan.
2. Pergerakan sendi hingga ke tahap maksima.
3. Alatan atau tempat latihan hendaklah selamat digunakan.
4. Pakaian sesuai.
5. Ulangan adalah munasabah dan dalam kemampuan peserta.
6. Intensiti yang terlalu berat akan mendatangkan masalah kepada pernafasan.
Contoh borang rekod
Nama K.Jantung Rehat Latihan
Jantina Umur
Stesen Jenis Senaman B.Ulangan K.Nadi
1 Tekan tubi
2 Lari ulang alik
3 Bangun tubi
4 Burpee
5 Angkat kaki
6 Lompat selang seli
7 Jack knife
8 Skipping
LSD (Long Slow Distance)
Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan sistem tenaga aerobik kerana ia dapat
merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin yang
membawa oksigen ke otot-otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam
metabolisme asid lemak. (Asrand & Rodahl, 1977). Perubahan fisiologi ini memberi kesan
ke atas sistem kardio respiratori dan seterusnya dapat meningkatkan sistem tenaga
aerobik. LSD ini juga sangat sesuai dijalankan untuk atlit supaya ia tidak mendatangkan
kebosanan kepada mereka. Jarak ideal disyorkan ialah 10km hingga 15km. (Fox,
Methews, 1981) Atlit tidak dikehendaki berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan
semasa larian ini, tetapi mereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang telah
ditetapkan.
Objektif
i. Membina sistem aerobik ataupun keberkesanan sistem kardio respiratori
ii. Membina dayatahan kardiovaskular dan dayatahan otot kaki
iii. Dapat menamatkan larian dalam jarak yang ditentukan tanpa mengira faktor
kemenangan
iv. Dapat menikmati keindahan alam semula jadi
Prinsip latihan
i. Menentukan intensiti jeda kerja
ii. Memberi masa rehat dan masa pemulihan yang lebih pendek,
termasuk jenis aktiviti ketika dalam pemulihan
iii. Meningkatkan kekerapan (bilangan) latihan dalam seminggu.
Latihan Jeda
Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang
berulang-ulang dan diselangi dengan masa rehat yang mencukupi. Ia merupakan satu
sistem latihan yang diperkenalkan oleh Astrand dan diamalkan oleh Paavo Nurmi pada
tahun 1920. Latihan Jeda ini berbeza dari latihan-latihan fizikal yang lain kerana
terdapatnya masa rehat antara jeda kerja, sedangkan kaedah latihan lain berterusan
tanpa rehat di antara ulangan kerja. Latihan ini dapat meningkatkan kapasiti anaerobik atlit
dan amat berfaedah untuk membina dan meningkatkan sistem tenaga aerobik dan sistem
anaerobik.
Objektif latihan
i. Meningkatkan keupayaan anaerobik
ii. Meningkatkan dayatahan kardiovaskular jantung dan otot.
iii. Meningkatkan ketangkasan, kelajuan, kelembutan dan koordinasi
Rasional latihan
i. Dalam kebanyakan permainan, ia memerlukan keupayaan anaerobik
dan kaedah latihan ini amat sesuai dipraktikkan.
ii. Jangka masa kerja yang panjang dan ulangan yang banyak serta
masa pemulihan yang pendek akan memberikan kesan tekanan
(stress) kepada sistem pengangkutan oksigen, ini akan meningkatkan
sistem tenaga aerobik.
iii. Penetapan jangkamasa dan jenis aktiviti masa rehat yang sesuai
akan dapat mempertingkatkan proses glikolisis anaerobik dan menjadi
lebih efisyen.
iv. Atlit berkeupayaan untuk melakukan kerja pada isipadu yang tinggi
jika ianya diselang selikan dengan masa rehat berbanding dengan
perlakuan yang berterusan.
Prinsip latihan
Kaedah latihan Jeda ini berdasarkan prinsip-prinsip di antara masa dan masa rehat.
Penggunaan lebihan beban digunakan dalam menentukan intensiti kerja yang diberi
berdasarkan kepada angkubah-angkubah tertentu. Prinsip latihan hendaklah diberi
penekanan kepada perkara-perkara berikut:
i. kadar jarak dan jangkamasa kerja, ini ditentukan berdasarkan kadar
nadi latihan dan jarak set.
ii. masa rehat atau pemulihan
iii. jenis aktiviti masa rehat
iv. bilagan ulangan dan set setiap sesi latihan
v. kekerapan latihan
vi. tempuh latihan dijalankan
Latihan Fartlek
Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula
diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti
latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini
terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut
bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan
daripada keupayaan maksima.
Objektif latihan
i. meningkatkan dayatahan kardiovaskular
ii. membina dan meningkatkan kepantasan
Rasional
Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit di
samping membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu ‘pre-requisite’
dalam pembinaan kuasa ekplosif.
Prinsip latihan
Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan
masa tidak dipentingkan. Atlit adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar kederasan
sendiri. Bagaimanapun kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari
satu masa ke semasa. Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif
seperti berjalan, jogging dan berlari langkah panjang (striding). Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini
akan bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan
Latihan Bebanan
Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan yang paling
baik untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot. Intensiti, bebanan serta ulangan
latihan bebanan, berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan. Mengikut Jesse
bahawa :
‘Strength and muscular endurance are two important components of physical fitness and
are needed in varying in all types of work and play.’ Oleh itu kemahiran-kemahiran tertentu
adalah memerlukan otot-otot yang spesifik. Untuk mendapatkan tahap kemahiran yang
tinggi, otot-otot ini perlu dilatih dengan kekuatan dan dayatahan. Kesempurnaan kedua-
dua komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang diceburi nanti.
Objektif
i. meningkatkan kekuatan otot
ii. meningkatkan dayatahan otot
iii. meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan
iv. meningkatkan kuasa eksplosif
Prinsip Latihan
i. Prinsip tambahan beban
Berat bebanan pada permulaan hendaklah bersesuaian dengan kemampuan pelaku.
Ulangan dan berat beban harus ditambahkan secara beransur-ansur supaya latihan ini
berkesan.
ii. Prinsip urutan latihan
Otot besar dalam badan haruslah dilatih dahulu. Ini adalah kerana otot kecil akan mudah
lesu jika dibandingkan dengan otot besar. Dua jenis latihan yang melibatkan otot yang
sama tidak digalakkan dan patut dielakkan.
iii. Prinsip Spesifikasi
Latihan yang diberi mestilah khusus kepada anggota tubuh badan yang terlibat dalam
sesuatu permainan.
iv. Prinsip kekerapan
Latihan harus dijalankan berselang hari untuk memberi masa yang cukup untuk
pemulihan. Jika tidak, akan terdapat masalah kelesuan dan ini akan mengganggu
pencapaian yang optima.
Prinsip latihan bebanan untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot.
ANGKUBAH MEMBINA KEKUATAN MEMBINA DAYATAHAN
Bebanan 80% x berat (maksimum) 50% x berat (sederhana)
Set 3 3
Ulangan 4 hingga 8 10 hingga 12
Masa Latihan 3 x seminggu (6 minggu) 3 x seminggu (6 minggu)
Penyesuaian Tambahan beban
Tambahan ulangan
Set ditetapkan
Tambahan beban
Tambahan ulangan
Set ditetapkan
Contoh aktiviti bebanan
BIL AKTIVITI OTOT TERLIBAT KEMAHIRAN
1 Bench press Anterior deltoid
Pectrolis major
Triceps
Menghantar
Menggelicik
2 Leg press Quadriceps
Gluteus maximus
Gasrocnemius
Melompat
Pecut
Ketangkasan
Koordinasi
3 Triceps curl Triceps Menghantar
4 Heel raise Gastrocnemius Melompat
5 Bicep curl Biceps
Brachio-radialis
Menggelicik
Menjaring
Merebut bola
Langkah-langkah keselamatan
i. Panaskan badan dengan sempurna sebelum menjalankan latihan
ii. Tidak digalakkan berlatih bersendirian
iii. Pastikan berat bebanan yang hendak diambil selaras dengan keupayaan
diri.
iv. Pastikan semua alatan dalam keadaan yang baik dan selamat untuk
digunakan.
v. Bernafas seperti biasa
vi. Jangan jadikan latihan bebanan sebagai pertandingan untuk menunjukkan
kekuatan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
khairul azlan taib
 
Asas sains pliometrik
Asas sains pliometrikAsas sains pliometrik
Asas sains pliometrik
qilahsuha
 
Jenis latihan
Jenis latihan  Jenis latihan
Jenis latihan
gauphen
 
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Mohd Rowa
 

La actualidad más candente (20)

Latihan litar
Latihan litarLatihan litar
Latihan litar
 
Prinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip LatihanPrinsip-Prinsip Latihan
Prinsip-Prinsip Latihan
 
Sains sukan stpm 2014
Sains sukan stpm 2014Sains sukan stpm 2014
Sains sukan stpm 2014
 
chegu abbas - Latihan fartlek
chegu abbas - Latihan fartlekchegu abbas - Latihan fartlek
chegu abbas - Latihan fartlek
 
Jenis2 latihan
Jenis2 latihanJenis2 latihan
Jenis2 latihan
 
6 prinsip prinsip latihan
6 prinsip prinsip latihan6 prinsip prinsip latihan
6 prinsip prinsip latihan
 
1.7 kaedah latihan
1.7 kaedah latihan 1.7 kaedah latihan
1.7 kaedah latihan
 
Intensiti
IntensitiIntensiti
Intensiti
 
Latihan rintangan
Latihan rintanganLatihan rintangan
Latihan rintangan
 
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan Bab 3   prinsip dalam menilai tahap kecergasan
Bab 3 prinsip dalam menilai tahap kecergasan
 
Kaedah latihan t4
Kaedah latihan t4Kaedah latihan t4
Kaedah latihan t4
 
Latihan litar
Latihan litarLatihan litar
Latihan litar
 
chegu abbas - Latihan fartlek litar
chegu abbas - Latihan fartlek litarchegu abbas - Latihan fartlek litar
chegu abbas - Latihan fartlek litar
 
Asas sains pliometrik
Asas sains pliometrikAsas sains pliometrik
Asas sains pliometrik
 
Jenis latihan
Jenis latihan  Jenis latihan
Jenis latihan
 
chegu abbas - Jenis latihan Fizikal
chegu abbas - Jenis latihan Fizikalchegu abbas - Jenis latihan Fizikal
chegu abbas - Jenis latihan Fizikal
 
2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal
 
kecergasan fizikal
kecergasan fizikalkecergasan fizikal
kecergasan fizikal
 
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
Latihanfartlek 111219031847-phpapp01
 
Teori latihan olahraga
Teori latihan olahragaTeori latihan olahraga
Teori latihan olahraga
 

Similar a Tugasan 3

Prinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahPrinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolah
Nik Zawawi
 
Latihan-Fartlek-Litar.ppt
Latihan-Fartlek-Litar.pptLatihan-Fartlek-Litar.ppt
Latihan-Fartlek-Litar.ppt
AmdiJenis
 
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptxSains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Mano Jayaram
 
Tugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorikTugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorik
porja_b
 
Prinsip latihan
Prinsip latihanPrinsip latihan
Prinsip latihan
Saba Alias
 
Aktivitas kebugaran jasmani 4
Aktivitas kebugaran jasmani 4Aktivitas kebugaran jasmani 4
Aktivitas kebugaran jasmani 4
hari183
 

Similar a Tugasan 3 (20)

Bola tampar sem 3
Bola tampar sem 3Bola tampar sem 3
Bola tampar sem 3
 
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02Jenis2latihan 130330114542-phpapp02
Jenis2latihan 130330114542-phpapp02
 
Prinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolahPrinsip latihan olahraga sekolah
Prinsip latihan olahraga sekolah
 
Latihan jeda
Latihan jedaLatihan jeda
Latihan jeda
 
Latihan-Fartlek-Litar.ppt
Latihan-Fartlek-Litar.pptLatihan-Fartlek-Litar.ppt
Latihan-Fartlek-Litar.ppt
 
General fitness training
General fitness trainingGeneral fitness training
General fitness training
 
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptxSains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
Sains_Sukan_T5_KSSM_4_3_PRINSIP_LATIHAN_FIZIKAL_zila_khalid=.pptx
 
Tugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorikTugas kelompok 5 motorik
Tugas kelompok 5 motorik
 
Hsp pj f3
Hsp pj f3Hsp pj f3
Hsp pj f3
 
Program latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapanProgram latihan olahraga balapan
Program latihan olahraga balapan
 
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (1).pdf
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (1).pdfBab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (1).pdf
Bab 5 - Kecergasan Fizikal & Kesejahteraan (1).pdf
 
Prinsip latihan
Prinsip latihanPrinsip latihan
Prinsip latihan
 
Mtr penjas x
Mtr penjas xMtr penjas x
Mtr penjas x
 
Kelas1 semester1
Kelas1 semester1Kelas1 semester1
Kelas1 semester1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdf
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdfTEORI ILMU KEPELATIHAN.pdf
TEORI ILMU KEPELATIHAN.pdf
 
Aktivitas kebugaran jasmani 4
Aktivitas kebugaran jasmani 4Aktivitas kebugaran jasmani 4
Aktivitas kebugaran jasmani 4
 
SENAM.pptx
SENAM.pptxSENAM.pptx
SENAM.pptx
 
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitasPrinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
Prinsip dasar latihan dan program latihan disabilitas
 
NOTA PECUTAN AKHIR SPM SAINS SUKAN T5.pdf
NOTA PECUTAN AKHIR SPM SAINS SUKAN T5.pdfNOTA PECUTAN AKHIR SPM SAINS SUKAN T5.pdf
NOTA PECUTAN AKHIR SPM SAINS SUKAN T5.pdf
 

Más de Karen Kayny

Keputusan ujian keseluruhan segak
Keputusan ujian keseluruhan segakKeputusan ujian keseluruhan segak
Keputusan ujian keseluruhan segak
Karen Kayny
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
Karen Kayny
 
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Karen Kayny
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
Karen Kayny
 
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Karen Kayny
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepak
Karen Kayny
 
Keretas peresa bib t4
Keretas peresa bib t4Keretas peresa bib t4
Keretas peresa bib t4
Karen Kayny
 
62418958 perbezaan-kbsr-dan-kssr
62418958 perbezaan-kbsr-dan-kssr62418958 perbezaan-kbsr-dan-kssr
62418958 perbezaan-kbsr-dan-kssr
Karen Kayny
 

Más de Karen Kayny (9)

Keputusan ujian keseluruhan segak
Keputusan ujian keseluruhan segakKeputusan ujian keseluruhan segak
Keputusan ujian keseluruhan segak
 
Kerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaanKerja kursus perlembagaan
Kerja kursus perlembagaan
 
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...Kerja kursus   edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
Kerja kursus edu 3106 - pelan bilik darjah & faktor-faktor ketidaksamaan pd...
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
 
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepak
 
Keretas peresa bib t4
Keretas peresa bib t4Keretas peresa bib t4
Keretas peresa bib t4
 
62418958 perbezaan-kbsr-dan-kssr
62418958 perbezaan-kbsr-dan-kssr62418958 perbezaan-kbsr-dan-kssr
62418958 perbezaan-kbsr-dan-kssr
 
Rwservlet
RwservletRwservlet
Rwservlet
 

Tugasan 3

  • 1. 1. Lengkapkan jadual dibawah ini dengan jenis kaedah latihan dan jenis komponen kecergasan fizikal dengan betul. Jenis kaedah latihan dan jenis komponen kecergasan fizikal Sistem Tenaga Aerobik Anaerobik Kaedah Latihan i) Latihan jarak jauh perlahan (LSD) ii) Latihan Fartlek iii) Latihan Jeda Jarak Jauh i) Latihan Litar ii) Latihan Pecutan Berulang iii) Latihan Jeda Jarak Derkat Komponen Kecergasan Fizikal i) Daya tahan Kardiovaskular ii) Daya tahan otot iii) Kekuatan i) Daya tahan otot ii) Ketangkasan iii) Kelajuan
  • 2. 2. Mendapatkan maklumat dan mengumpul maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia berkaitan kaedah-kaedah latihan. Rancangkan atau dapatkan satu contoh latihan bagi setiap kaedah latihan yang dipelajari. Buat huraian tentang kepentingan dan kesesuaian kaedah latihan berkenaan ke arah pencapaian objektif latihan kecergasan fizikal berpandukan konsep dan teori kaedah latihan. Latihan Litar Latihan litar ialah salah satu daripada kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di Universiti of Leeds, England. Latihan litar merupakan latihan yang melibatkan stesyen-stesyen tertentu dan dilakukan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti. Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar. Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8 hingga 12 yang mana melibatkan otot-otot yang berlainan. Objektif latihan i. Meningkatkan daya tahan otot ii. Meningkat dan melatih keupayaan anaerobik dan aerobik. iii. Meningkatkan kederasan, ketangkasan dan kelembutan iv. Membina daya tahan kardiovascular Rasional i. Latihan berasaskan prinsip lebihan beban ii. Tidak memerlukan alatan dan ruang yang banyak iii. Jangka latihan singkat iv. Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian v. Memberi kebebasan kepada individu berlatih mengikut kemampuannya vi. Keputusan cepat diperolehi. Prinsip Latihan i. Aktiviti yang dipilih bersesuaian dengan objektif
  • 3. ii. Kaedah perlakuan mestilah betul dan diselaraskan iii. Aktiviti disusun supaya tidak bebankan kumpulan otot yang sama iv. Peserta melakukan aktiviti secara berterusan Aktiviti latihan litar (contoh) i. Tekan tubi ii. Bangun tubi iii. Lari ulang alik iv. Burpee v. Skipping vi. Lompat selang seli (alternate split jump) vii. Jack knife viii. Angkat kaki Langkah-langkah keselamatan Sebelum menjalankan sebarang latihan kecergasan, perlulah diambil perhatian supaya atlit kita sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh menjalani aktiviti secara berterusan. 1. Aktiviti tidak menyakitkan. 2. Pergerakan sendi hingga ke tahap maksima. 3. Alatan atau tempat latihan hendaklah selamat digunakan. 4. Pakaian sesuai. 5. Ulangan adalah munasabah dan dalam kemampuan peserta. 6. Intensiti yang terlalu berat akan mendatangkan masalah kepada pernafasan.
  • 4. Contoh borang rekod Nama K.Jantung Rehat Latihan Jantina Umur Stesen Jenis Senaman B.Ulangan K.Nadi 1 Tekan tubi 2 Lari ulang alik 3 Bangun tubi 4 Burpee 5 Angkat kaki 6 Lompat selang seli 7 Jack knife 8 Skipping LSD (Long Slow Distance) Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan sistem tenaga aerobik kerana ia dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin yang membawa oksigen ke otot-otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang terlibat dalam metabolisme asid lemak. (Asrand & Rodahl, 1977). Perubahan fisiologi ini memberi kesan
  • 5. ke atas sistem kardio respiratori dan seterusnya dapat meningkatkan sistem tenaga aerobik. LSD ini juga sangat sesuai dijalankan untuk atlit supaya ia tidak mendatangkan kebosanan kepada mereka. Jarak ideal disyorkan ialah 10km hingga 15km. (Fox, Methews, 1981) Atlit tidak dikehendaki berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan semasa larian ini, tetapi mereka dikehendaki menamatkan larian dalam jarak yang telah ditetapkan. Objektif i. Membina sistem aerobik ataupun keberkesanan sistem kardio respiratori ii. Membina dayatahan kardiovaskular dan dayatahan otot kaki iii. Dapat menamatkan larian dalam jarak yang ditentukan tanpa mengira faktor kemenangan iv. Dapat menikmati keindahan alam semula jadi Prinsip latihan i. Menentukan intensiti jeda kerja ii. Memberi masa rehat dan masa pemulihan yang lebih pendek, termasuk jenis aktiviti ketika dalam pemulihan iii. Meningkatkan kekerapan (bilangan) latihan dalam seminggu. Latihan Jeda Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselangi dengan masa rehat yang mencukupi. Ia merupakan satu sistem latihan yang diperkenalkan oleh Astrand dan diamalkan oleh Paavo Nurmi pada tahun 1920. Latihan Jeda ini berbeza dari latihan-latihan fizikal yang lain kerana terdapatnya masa rehat antara jeda kerja, sedangkan kaedah latihan lain berterusan
  • 6. tanpa rehat di antara ulangan kerja. Latihan ini dapat meningkatkan kapasiti anaerobik atlit dan amat berfaedah untuk membina dan meningkatkan sistem tenaga aerobik dan sistem anaerobik. Objektif latihan i. Meningkatkan keupayaan anaerobik ii. Meningkatkan dayatahan kardiovaskular jantung dan otot. iii. Meningkatkan ketangkasan, kelajuan, kelembutan dan koordinasi Rasional latihan i. Dalam kebanyakan permainan, ia memerlukan keupayaan anaerobik dan kaedah latihan ini amat sesuai dipraktikkan. ii. Jangka masa kerja yang panjang dan ulangan yang banyak serta masa pemulihan yang pendek akan memberikan kesan tekanan (stress) kepada sistem pengangkutan oksigen, ini akan meningkatkan sistem tenaga aerobik. iii. Penetapan jangkamasa dan jenis aktiviti masa rehat yang sesuai akan dapat mempertingkatkan proses glikolisis anaerobik dan menjadi lebih efisyen. iv. Atlit berkeupayaan untuk melakukan kerja pada isipadu yang tinggi jika ianya diselang selikan dengan masa rehat berbanding dengan perlakuan yang berterusan. Prinsip latihan Kaedah latihan Jeda ini berdasarkan prinsip-prinsip di antara masa dan masa rehat. Penggunaan lebihan beban digunakan dalam menentukan intensiti kerja yang diberi berdasarkan kepada angkubah-angkubah tertentu. Prinsip latihan hendaklah diberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:
  • 7. i. kadar jarak dan jangkamasa kerja, ini ditentukan berdasarkan kadar nadi latihan dan jarak set. ii. masa rehat atau pemulihan iii. jenis aktiviti masa rehat iv. bilagan ulangan dan set setiap sesi latihan v. kekerapan latihan vi. tempuh latihan dijalankan Latihan Fartlek Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’ adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan larian pecut bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima. Objektif latihan i. meningkatkan dayatahan kardiovaskular ii. membina dan meningkatkan kepantasan Rasional Latihan ini sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi keupayaan aerobik para atlit di samping membina kadar kederasan yang diperlukan sebagai salah satu ‘pre-requisite’ dalam pembinaan kuasa ekplosif. Prinsip latihan Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa tidak dipentingkan. Atlit adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar kederasan sendiri. Bagaimanapun kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu masa ke semasa. Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif
  • 8. seperti berjalan, jogging dan berlari langkah panjang (striding). Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan Latihan Bebanan Latihan bebanan telah diterima secara universal sebagai satu kaedah latihan yang paling baik untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot. Intensiti, bebanan serta ulangan latihan bebanan, berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan. Mengikut Jesse bahawa : ‘Strength and muscular endurance are two important components of physical fitness and are needed in varying in all types of work and play.’ Oleh itu kemahiran-kemahiran tertentu adalah memerlukan otot-otot yang spesifik. Untuk mendapatkan tahap kemahiran yang tinggi, otot-otot ini perlu dilatih dengan kekuatan dan dayatahan. Kesempurnaan kedua- dua komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang diceburi nanti. Objektif i. meningkatkan kekuatan otot ii. meningkatkan dayatahan otot iii. meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan iv. meningkatkan kuasa eksplosif Prinsip Latihan i. Prinsip tambahan beban Berat bebanan pada permulaan hendaklah bersesuaian dengan kemampuan pelaku. Ulangan dan berat beban harus ditambahkan secara beransur-ansur supaya latihan ini berkesan.
  • 9. ii. Prinsip urutan latihan Otot besar dalam badan haruslah dilatih dahulu. Ini adalah kerana otot kecil akan mudah lesu jika dibandingkan dengan otot besar. Dua jenis latihan yang melibatkan otot yang sama tidak digalakkan dan patut dielakkan. iii. Prinsip Spesifikasi Latihan yang diberi mestilah khusus kepada anggota tubuh badan yang terlibat dalam sesuatu permainan. iv. Prinsip kekerapan Latihan harus dijalankan berselang hari untuk memberi masa yang cukup untuk pemulihan. Jika tidak, akan terdapat masalah kelesuan dan ini akan mengganggu pencapaian yang optima. Prinsip latihan bebanan untuk meningkatkan kekuatan dan dayatahan otot. ANGKUBAH MEMBINA KEKUATAN MEMBINA DAYATAHAN Bebanan 80% x berat (maksimum) 50% x berat (sederhana) Set 3 3 Ulangan 4 hingga 8 10 hingga 12
  • 10. Masa Latihan 3 x seminggu (6 minggu) 3 x seminggu (6 minggu) Penyesuaian Tambahan beban Tambahan ulangan Set ditetapkan Tambahan beban Tambahan ulangan Set ditetapkan Contoh aktiviti bebanan BIL AKTIVITI OTOT TERLIBAT KEMAHIRAN 1 Bench press Anterior deltoid Pectrolis major Triceps Menghantar Menggelicik 2 Leg press Quadriceps Gluteus maximus Gasrocnemius Melompat Pecut Ketangkasan Koordinasi 3 Triceps curl Triceps Menghantar 4 Heel raise Gastrocnemius Melompat 5 Bicep curl Biceps Brachio-radialis Menggelicik Menjaring Merebut bola Langkah-langkah keselamatan
  • 11. i. Panaskan badan dengan sempurna sebelum menjalankan latihan ii. Tidak digalakkan berlatih bersendirian iii. Pastikan berat bebanan yang hendak diambil selaras dengan keupayaan diri. iv. Pastikan semua alatan dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. v. Bernafas seperti biasa vi. Jangan jadikan latihan bebanan sebagai pertandingan untuk menunjukkan kekuatan.