6. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
ISI KANDUNGAN
Kata Alu-aluan Ketua Setiausaha KPM 2
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3
Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan 4
Pengenalan 5
Wawasan 2020 & Misi Nasional 7
Pelan Transformasi & Modal Baru Ekonomi Malaysia 9
BTP : Misi, Visi & Fungsi 13
Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 15
Bidang Utama Bahagian Teknologi Pendidikan 16
Strategi 18
Matriks Perancangan Strategik, Pembestarian BTP 2011-2015 20
Rumusan 28
Task Force Pelan Strategik Pembestarian Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan 29
B ahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
7. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
KATA ALU-ALUAN
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahir rahmanir rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia kerana berjaya menerbitkan Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi
Pendidikan 2011 – 2015.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan kepada teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) yang dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting bagi membantu pencapaian
matlamat pendidikan. Kepesatan kemajuan ICT menjadi cabaran kepada negara untuk menyediakan
modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21. Bagi menerajui usaha ini, KPM
perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai
alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan. Penggunaan ICT
yang optimum berpotensi membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke
arah memartabatkan pendidikan negara bertaraf dunia.
Tiga dasar utama ICT dalam pendidikan telah digariskan oleh KPM iaitu literasi ICT untuk semua murid,
mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendididikan sebagai kurikulum dan alat P&P, dan menekankan penggunaan ICT
untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan organisasi pendidikan.
Dalam konteks ini, usaha penerbitan buku ini, bagi memastikan hala tuju Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai peneraju teknologi
pendidikan dan ICT Kementerian Pelajaran Malaysia dipacu berlandaskan satu perancangan yang kemas dan terancang, merupakan
suatu usaha yang harus dipuji.
Saya berharap agar buku ini dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam melaksanakan keperluan pendidikan yang dapat
membangkitkan potensi individu secara menyeluruh dan menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lestari, seterusnya merealisasikan
hasrat negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
TAN SRI DR. ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG
2| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
8. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenanNya, Perancangan
Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan 2011 – 2015 dapat dihasilkan sebagai panduan
dalam pencapaian matlamat pembangunan pendidikan. Ini adalah selaras dengan dasar negara
untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial yang membanggakan, antaranya termasuk
pengembangan sektor ekonomi baru seperti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
ICT ialah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi
maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan ICT yang menyokong
proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan
sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dilaksanakan tanpa kekangan
tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti
pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berdasarkan kadar kebolehan murid.
Walau bagaimanapun, matlamat pembangunan pendidikan berteraskan ICT tidak dapat lari daripada
beberapa isu yang kadang kala memberikan cabaran hebat dalam pelaksanaannya, antaranya, pembangunan infrastruktur ICT,
akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, pengintegrasian ICT dalam P&P, peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT, penggunaan
ICT dalam pengurusan pendidikan, pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT serta penyelidikan dan pembangunan dalam ICT.
Saya menghargai inisiatif Bahagian Teknologi Pendidikan menerbitkan buku ini yang diharapkan dapat memberikan garis panduan
kepada semua agensi pelaksana dalam menangani isu dan cabaran pelaksanaan ICT dalam pendidikan. Adalah menjadi harapan
saya, dokumen ini dijadikan rujukan dan ditafsirkan dalam bentuk program dan aktiviti yang memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan menjurus ke arah pembangunan pendidikan bertaraf dunia.
TAN SRI DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM
3| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
9. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian
Teknologi Pendidikan 2011 - 2015 dapat diterbitkan. Buku ini merupakan dokumen rujukan utama
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai bidang
fokus utama BTP bagi mencapai matlamat Pembestarian Pendidikan.
Penerbitan buku ini bertujuan memberi panduan kepada semua warga BTP pusat dan cawangan
seluruh negara. Ini adalah kerana setiap fungsi dan tanggungjawab semua ahli berkait rapat antara
satu sama lain dalam satu rangka kerja yang sistematik. Strategi yang telah dirangka pula adalah
asas kepada keseluruhan proses kerja yang dilaksanakan oleh BTP dalam pelaksanaan Pembestarian
Pendidikan. Oleh itu, saya yakin sekiranya setiap warga BTP memahami dan menghayati isi kandungan
buku ini, Insya-Allah BTP akan menjadi hub ICT dan Multimedia untuk Pembestarian Pendidikan yang
diiktiraf bukan sahaja di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia malah di peringkat antarabangsa.
Adalah menjadi harapan saya, seluruh warga BTP akan terus berusaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan bagi
memastikan pencapaian matlamat Pembestarian Pendidikan seterusnya menyokong hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Akhir kata saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Timbalan – Timbalan Pengarah, Ketua - Ketua Sektor,
Pasukan Kerja Perancangan Strategik Pembestarian Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan dokumen ini.
Sekian, terima kasih.
DATIN DR SITI ZALEHA BINTI ABDULLAH SANI
4| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
10. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
PENGENALAN
Di negara ini, penggunaan teknologi pendi dikan sebagai alat bantu
pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi memperjelas dan
mengukuhkan konsep pembelajaran serta memperkayakan suasana
pembelajaran melalui penggunaan bahan audio dan visual (AV) telah
ber mula sebelum merdeka lagi.
“The challenge of
establishing a scientific Seawal tahun 1949 lagi, sebuah Jawatankuasa Ad-Hoc Alat Pandang
and progressive society, Dengar (APD) Persekutuan telah dibentuk bagi menyelaraskan
a society that is innovative penerbitan topik-topik tempatan dan penggunaan alat bantu mengajar
and forward-looking, one dalam P&P. Ini seterusnya diikuti dengan Jawatankuasa Alat Pandang
that is not only a consumer Dengar Negeri dan penubuhan Pusat Alat Pandang Dengar Negeri pada
of technology but also a tahun 1950-an.
contributor to the scientific
and technological Dengan rombakan Kementerian Pelajaran pada tahun 1963, pengurusan
civilisation of the future.” APD dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Sekolah dan ini
membawa kepada menubuhkan sebuah Pusat APD Kebangsaan dan
Vision 2020 sebanyak 302 buah Pusat APD Daerah di seluruh negara.
Usaha memperluaskan penyampaian pendidikan ke kawasan luar
bandar di Semenanjung Malaysia diteruskan dengan melancarkan
Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah-Sekolah pada tanggal 2 Mei 1966.
Ini merupakan kerjasama di antara Kementerian Penerangan dan
Penyiaran dan Kementerian Pelajaran dengan penumpuan diberikan
kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil. Seterusnya, pada tahun 1967, perkhidmatan ini
diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah dan pada tanggal 18 Mei
5| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
11. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
1970, Perkhidmatan Siaran Radio Ke Sekolah- Sekolah telah diletakkan di
bawah Kementerian Pelajaran dengan bantuan serta sokongan
Kementerian Penerangan.
Melalui hasil kajian En. Alan Hancock dari The Centre for Educational
Television Overseas (London), kerajaan, pada tahun 1971, bersetuju
untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Projek TV Pendidikan pula
dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Pada 19 Jun 1972,
perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung
Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul
Razak bin Dato’ Hussein.
Fungsi utama PSP pada ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran
radio, perkhidmatan alat pandang-dengar dan perkhidmatan siaran TV
ke sekolah-sekolah. Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi
dan bertambahnya kepentingan penggunaan teknologi pendidikan
dalam P&P, PSP pada tahun 1988 telah ditukar nama kepada Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP) apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi
perkhidmatan pusat sumber sekolah dan penggunaan teknologi baru
dalam P&P. Hari ini, BTP terdiri daripada 11 sektor dengan rangkaian 15
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), 13 Pusat Teknologi
Pendidikan Bahagian (PTPB) dan 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG)
di seluruh negara. Dalam usaha memartabatkan pendidikan dan peng-
gunaan teknologi pendidikan secara berkesan, pada 21 April 2006, BTP
6| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
12. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000 Quality Management
S ystems-Requirements bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang
dihasilkan oleh BTP mencapai piawaian kualiti yang diterima dunia.
WAWASAN 2020 DAN MISI NASIONAL
Wawasan 2020 yang diperkenalkan pada tahun 1991, oleh YAB Tun Dr.
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, mensasarkan
Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri iaitu
mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, keroha-
nian dan kebudayaan.
Satu rangka dasar dan pelaksanaan pembangunan yang terdiri
daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat Wawasan 2020
digariskan melalui Misi Nasional (2006 – 2020). Misi Nasional memberi
penekanan kepada pembangunan modal insan sebagai pendekatan
utama bagi melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Peranan
pendidikan adalah amat penting dalam me njayakan kelima-lima teras
Misi Nasional terutamanya Teras 2 dan 3 iaitu ‘Meningkatkan Keupayaan
Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama’
dan ‘Menangani Masalah Ketidaksamaan Sosioekonomi Secara
Membina dan Produktif’.
7| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
13. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
Bagi memenuhi hasrat ini, misi utama Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) adalah untuk membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf
dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara Malaysia. Semenjak tahun 1990-an, pendidikan
di Malaysia telah meningkat maju dengan begitu jelas dari segi pertambahan
bilangan sekolah dengan kemudahan diberikan untuk pendidikan sains,
teknologi dan ICT. Selaras dengan perkembangan teknologi, KPM telah
memperkenalkan ICT dalam pendidikan se perti Projek Rintis Sekolah
Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Pengkomputeran, TV
Pendidikan, pembekalan kemudahan ICT untuk PPSMI, pengenalan mata
Pelajaran ICT, Latihan ICT untuk guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan
dalam pendidikan.
Justeru, bagi merealisasikan misi KPM, memacu pelaksanaan Misi
Nasional dan memastikan pencapaian Wawasan 2020, Perancangan
Strategik Pembestarian dibina agar satu ran gka kerja yang terancang,
k emas dan bersepadu dapat menjadi garis panduan kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan pembestarian
pendidikan.
8| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
14. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN & MODEL BARU
EKONOMI MALAYSIA
Dalam usaha memastikan Wawasan 2020 menjadi suatu kenyataan,
Kerajaan Malaysia telah menyediakan perancangan hala tuju baru
ekonomi negara dengan mengenal pasti Bidang Petunjuk Utama
“The Government will Ekonomi Nasional (NKEA) yang merupakan peneraju kepada aktiviti
ekonomi dalam memajukan serta meningkatkan kadar pertumbuhan
continue to work hard to
ekonomi negara.
transform the Malaysia
economy into an Sektor yang bakal dikenal pasti sebagai NKEA merupakan sektor yang
innovation-based mempunyai kelebihan dari segi daya saing dan berpotensi tinggi seperti
knowledge-economy with sektor:
• Elektrikal dan elektronik
higher value add and • Industri berasaskan minyak kelapa saw it, minyak dan gas
having knowledge, • Pelancongan
technology and innovation • Perkhidmatan per niagaan
as a key drivers of growth.” • Industri asas tani ber nilai tinggi dan
• Teknologi maklumat dan perhubungan (ICT).
YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak
Prime Minister of Malaysia
9| Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
15. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
ICT-I Membina industri ICT
dengan FDI sebagai
pemangkin DDI
ICT sebagai
ICT-E
ICT
pengupaya kepada
kerajaan dan sektor
ekonomi bagi
meningkatkan ICT untuk memaju,
kecekapan dan menghubung dan
produktiviti negara memantap kualiti,
sosio ekonomi, taraf
• FDI: Foreign Direct Investment (Pelaburan Langsung Asing)
ICT-S kehidupan rakyat
serta menambah
• DDI: Domestic Direct Investment (Pelaburan Langsung Domestik)
• ICT-I: ICT Industry
baik kualiti modal
• ICT-E: ICT Economy insan
• ICT-S: ICT Social
10 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
16. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
S eiring dengan Pelan Transfor masi Kerajaan, Perdana Menteri Malaysia,
Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Razak juga telah melancarkan Model Baru
Ekonomi (MBE) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk
menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan
pendapatan rakyat secara keseluruhan.
Pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MBE yang antara lain
melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000
(RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10
tahun. Dijangkakan Malaysia menjelang 20 20 berdasarkan MBE akan
mempunyai ciri-ciri berikut:
• Berpandukan Pasaran
• Tadbir Urus yang Rapi
• Berintegrasi Serantau
• Keusahawanan
• Inovatif
Kualiti hidup rakyat juga dijangkakan lebih baik dengan pendapatan
tinggi yang dinikmati secara terangkum oleh semua serta memenuhi
k eperluan hari ini dan masa akan datang.
11 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
17. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
Model Baru Ekonomi
Semua rakyat perlu berusaha bersama-sama menyokong dan
memastikan hasrat serta harapan kerajaan beroleh kejayaan yang
gemilang. Ini akan dapat dicapai jika rakyat mempunyai ilmu dan
kemahiran yang diperlukan dan generasi aka n datang diberi pendidikan
berkualiti.
12 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
18. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BTP : MISI, VISI DAN FUNGSI
Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai peneraju teknologi dan ICT bagi
tujuan pendidikan berperanan menggalakkan pengintegrasian pelbagai
media dan teknologi pendidikan secara terancang bagi mengukuhkan
proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Setiap
murid diberi peluang menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang
lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara
menyeluruh dan bersepadu.
VISI
Meneraju transfor masi generasi bestari melalui
teknologi pendidikan
MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan
instruksional menerusi pembud ayaan inovasi
teknologi pendidikan
MOTO
` Teknologi Untuk Pendidikan Bestari '
13 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
19. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
Fungsi BTP adalah seperti berikut:
1. Merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar
teknologi pendidikan;
2. Merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan
menyediakan sokongan perkhidmatan ICT;
3. Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan dan
keberkesanan pembestarian sekolah;
4. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran
dan pembelajaran dalam pelbagai media;
5. Merancang, menyelaras, menilai da n memantau pengurusan
dan pembangunan pusat sumber sekolah dan
pembudayaan literasi maklumat;
6. Menyebarkan bahan pengurusan pendidikan serta pengajaran
dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai medium
elektronik dan media cetak;
7. Memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam
pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah; dan
8. Menyediakan khidmat kepakaran dan nasihat bagi
mempertingkatkan inovasi dan kreativi ti teknologi pendidikan di
sekolah.
14 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
20. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
PELAN STRATEGIK PEMBESTARIAN BTP 2011 – 2015
Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 disediakan untuk
memastikan kesinambungan dan kelestarian pembestarian pendidikan.
Pelan Strategik Pembestarian BTP 2011-2015 merupakan perancangan
jangka panjang yang menjadi asas kepada Program Pembestarian
S ekolah 2011-2015 seperti di bawah.
15 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
21. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BIDANG UTAMA BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Sebagai peneraju teknologi pendidikan unt uk pendidikan bestari, BTP
memberi tumpuan kepada lima (5) bidang utama:
1. Pembangunan Infrastruktur ICT Pendidikan
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Abad ke-21 melihat ICT
sebagai satu pengupaya yang mampu meningkatkan kemahiran
guru menyampai dan murid menerokai ilmu.
2. Sokongan Pedagogi dan Teknikal
BTP berperanan memberi sokongan pedagogi dan teknikal yang
relevan bagi membantu guru dalam P&P dan pengurusan.
16 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
22. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
3. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi Teknologi dalam P&P
BTP sebagai peneraju dalam menyedia dan memberi khidmat
kepakaran dalam teknologi pendidikan yang sesuai untuk generasi
akan datang.
4. Modal Insan dan Pembangunan Kapasi ti
BTP perlu menyediakan tenaga kepakaran dan kemahiran yang
secukupnya bagi mengoptimumkan penggunaan infrastruktur ICT
yang dibekalkan. Semua pegawai BTP dan rangkaian ter masuk
agen teknologi di sekolah seperti Guru Perpustakaan dan Media
(GPM) dan Guru Penyelaras Bestari (GP B) perlu disediakan dengan
ilmu dan kemahiran yang sesuai bagi menyokong P&P Abad
ke- 21.
5. Komunikasi Korporat
BTP perlu menyediakan jaringan komunikasi yang berkesan bagi
meningkatkan penyampaian maklum at berkaitan produk dan
perkhidmatan.
Melalui lima (5) bidang utama ini, BTP berperanan sebagai pemacu
transfor masi dan kelestarian pembestarian pendidikan bagi mencapai
k-masyarakat ke arah ekonomi berpendapatan tinggi yang merupakan
agenda utama negara.
17 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
23. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
STRATEGI
Bagi memastikan lima bidang utama BTP dapat dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan, tumpuan diberi kepada tujuh strategi utama:
1. Peningkatan infrastruktur ICT semua sekolah seluruh negara
BTP dengan kerjasama Bahagian KPM berkaitan akan
melaksanakan peningkatan dan penambahbaikan infrastruktur ICT
dalam pelaksanaan P&P secara terancang, sistematik dan
berkesan. Sepanjang RMK-10, semua sekolah akan dilengkapi
dengan infrastruktur teknologi dan ICT yang sesuai bagi
menampung keperluan pendidikan bestari.
2. Persekitaran Pembelajaran Ubiquitous
Persekitaran pembelajaran ini membolehkan murid belajar di
mana-mana pada bila-bila masa melalui penggunaan media
komunikasi yang pelbagai. Melalui kaedah ini, pembelajaran
dapat dilaksanakan secara maya (virtual lear ning) dan tidak
hanya terbatas di dalam bilik darjah sahaja.
3. PKG sebagai Pusat Bimbingan Profesional Teknologi Pendidikan
PKG menjadi pusat bimbingan profesional yang mampu
menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan kemahiran kepada
semua war ga pendidik setempat. Kaedah pengajaran terbaik
berbantukan teknologi mampu mengoptimumkan pembelajaran.
18 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
24. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
4. Kerjasama dan Kolaborasi Pintar
Menyediakan satu platform bagi semua pihak berkepentingan
dalam pendidikan berkomunikasi, berkongsi dan berkolaborasi
bagi tujuan kemajuan pendidikan. Ruang ini juga digunakan untuk
melihat peluang baru bagi pelaksanaan teknologi dalam pendidikan
secara perkongsian pintar bersama industri, akademia dan Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO).
5. Pembinaan bahan P&P melalui pendekatan participatory
Pendekatan participatory membolehkan para pendidik membina
dan mengubahsuai bahan sumber P&P mengikut keperluan
setempat dan memenuhi gaya pembelajaran murid untuk
pelbagai persekitaran pembelajaran. Satu platfor m kolaboratif
perlu disediakan untuk para pendidik berkongsi bahan
pengajaran.
6. R&D Teknologi Pendidikan berterusan
BTP sentiasa melaksanakan R&D dalam teknologi pendidikan. Ini
adalah bagi memastikan teknologi dan pedagogi yang terkini dan
berkesan disampaikan kepada pengguna.
7. BTP sebagai hub ICT dan multimedia pendidikan terunggul
Sebagai hub kecemerlangan ICT dan multimedia, khidmat
kepakaran dan kemahiran yang disediakan oleh BTP boleh
dijadikan rujukan ke arah meningkatka n kualiti P&P.
19 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
25. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
MATRIKS PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN BTP 2011-2015
Berikut adalah matriks bagi pengisian Perancangan Strategik
Pembestarian BTP 2011-2015.
BIDANG UTAMA
1 2 3 4 5
STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat
Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan
Pendidikan Teknikal Kapasiti
Menyediakan Menyediakan Menyediakan dan Menyediakan skema Menyediakan
1
infrastruktur ICT yang perkhidmatan mengurus Portal latihan yang kaedah pelaksanaan
sesuai bagi tujuan sokongan teknologi Pendidikan yang terancang dan pengurusan,
P&P untuk : pendidikan bagi : merangkumi : komprehensif bagi : penggunaan dan
pengintegrasian
• semua 10,000 • teknologi ICT • Sistem • semua pegawai teknologi dalam P&P
sekolah yang • teknologi rangkaian Pengurusan BTP
Peningkatan merangkumi • teknologi untuk P&P Sekolah • semua pegawai
secara berkesan
bagi:
infrastruktur ICT peralatan seperti: dan pedagogi • Sistem Pengurusan BTPN
semua sekolah o komputer meja Pembelajaran • semua pegawai • semua pentadbir
o komputer riba • Platform PTPB dan PKG
seluruh negara o sistem operasi perkongian dan • semua GPB/ GPM
sekolah
• semua pegawai
dan aplikasi kolaborasi P&P PKG
yang sesuai • Pangkalan Ilmu • semua GPM/GPB
o projektor LCD Pendidikan
o pencetak (Education
o pengimbas, Knowledge Base)
o kamera digital
o interactive Menjalankan R&D
white board (IWB)
20 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
26. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BIDANG UTAMA
1 2 3 4 5
STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat
Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan
Pendidikan Teknikal Kapasiti
(IWB). Teknologi dan
visualiser pedagogi ICT terbaik
Rangkaian setempat dalam persekitaran
Lain-lain peralatan pembelajaran yang
ICT yang diperlukan pelbagai.
IPTV
Pusat Data VOIP
Pendidikan di BTP RSS
dan lokasi lain yang Podcasting
sesuai bagi Lain-lain teknologi
keperluan P&P yang sesuai untuk
dengan peralatan P&P
seperti:
pelayan storan
core switch
NMS
SSO
DRC
Lain-lain keperluan
pusat data
Rangkaian luas
(WAN) serta
21 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
27. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BIDANG UTAMA
1 2 3 4 5
STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat
Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan
Pendidikan Teknikal Kapasiti
lebar jalur yang
secukupnya dan
sesuai dengan keper-
luan P&P
Infrastruktur asas
lain seperti:
Tenaga elektrik
Ruang/bilik/
makmal untuk P&P
Menyediakan Menyediakan perkhid- Menyediakan dan Menyediakan skema Menyediakan kaedah
2
Infrastruktur ICT yang matan sokongan mengurus Portal latihan yang terancang pelaksanaan penguru-
sesuai untuk tujuan P&P teknologi pendidikan Pendidikan bagi dan komprehensif bagi san, penggunaan dan
di mana-mana dan dalam talian atau pembelajaran pembelajaran berben- pengintegrasian
pada bila-bila masa pusat panggilan bagi: ubiquitous yang tuk ubiquitous bagi: teknologi ubiquitous
(ubiquitous) seperti: merangkumi: dalam P&P secara
Persekitaran • Bantuan teknologi Sistem Pengurusan semua pegawai berkesan bagi:
Pembelajaran Repositori P&P ICT Pembelajaran BTP
yang boleh dicapai Bantuan teknologi EduwebTV semua pegawai semua pentadbir
Ubiquitous sepanjang masa rangkaian Pangkalan Ilmu BTPN sekolah
yang mengandungi Bantuan teknologi Pendidikan semua pegawai semua pegawai PKG
Kelas atas talian P&P dan pedagogi (Education Knowl PKG semua GPM/GPB
Tutorial dan latihan edge Base) semua GPB/ GPM
22 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
28. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BIDANG UTAMA
1 2 3 4 5
STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat
Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan
Pendidikan Teknikal Kapasiti
Sistem pengurusan
pembelajaran
3
Menyediakan Menyediakan Menyediakan PKG Menyediakan PKG Menyediakan PKG
Infrastruktur ICT yang perkhidmatan dengan persekitaran dengan ilmu dan dengan ilmu dan
sesuai untuk menjadi- sokongan setempat simulasi bagi menguji kepakaran yang sesuai kepakaran yang sesuai
kan PKG sebagai bagi kepakaran dan melapor dan seperti: sebagai:
pusat kepakaran, pedagogi dan menyelesaikan
pusat rujukan dan teknologi pendidikan keperluan teknologi Kemahiran mengu- Pusat promosi
PKG sebagai
pusat latihan setempat secara terus dan pedagogi. rus dan membantu teknologi P&P
Pusat setempat bagi P&P dan dalam talian mengurus P&P Pusat galak-guna
Bimbingan berbantu teknologi bagi: Menyediakan pegawai berbantu teknologi teknologi P&P
Profesional seperti: PKG dengan Kemahiran kurikulum Pusat latihan
Teknologi ICT kepakaran khusus bagi dan pengurusan penggunaan
Teknologi Kemudahan latihan Teknologi rangkaian menyokong keperluan kurikulum teknologi P&P
Pendidikan Kemudahan simulasi Teknologi P&P dan P&P setempat. Kemahiran teknikal Pusat teknologi
ICT dan P&P pedagogi asas baru P&P berbantu
Kemudahan Kemahiran reka- teknologi
bantuan dalam Berfungsi sebagai Pusat bentuk pengajaran
talian Sokongan Setempat Kemahiran P&P
Teknologi Aras 2 abad ke-21
23 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
29. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BIDANG UTAMA
1 2 3 4 5
STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat
Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan
Pendidikan Teknikal Kapasiti
Menjadi rujukan ICT Menjalin perkongsian Menjalin kerjasama Menjalin kerjasama Menjalin saluran
dalam P&P kepada pintar dengan dan perkongsian bagi tujuan perhubungan yang
4
kolaborasi dan pelbagai agensi pintar dengan perkongsian ilmu berkesan bagi
kerjasama dengan awam, pihak NGO pelbagai pihak R&D berkaitan kerjasama dan
industri teknologi dan swasta dalam dan pembangun serta perkembangan kolaborasi dengan
dalam menjadikan bidang sokongan pengeluar teknologi teknologi terkini pelbagai pihak R&D
institusi pendidikan perkhidmatan ICT dan tinggi dalam dalam penggunaan dan pembangun
Kerjasama dan negara sebagai teknologi semasa dan perkakasan, rangkaian teknologi dalam serta pengeluar
sekolah angkat akan datang dan pembangunan pendidikan serta teknologi tinggi
Kolaborasi
bahan dan aplikasi ICT trend masa hadapan dalam perkakasan,
Pintar yang melibatkan rangkaian dan
Menjalin kerjasama industry players, pembangunan
dan perkongsian pintar IPTA/IPTS, NGO, GLC bahan dan aplikasi
dengan pelbagai pihak dan semua pihak ICT
yang mengurus dan yang berkepentingan
melaksana piawaian dalam bidang
ICT dan ICT dalam P&P pendidikan serta
seperti: IPGM/BPG, Kolej
ISTE Matrikulasi danjuga
IEEE Education pegawai BTP/BTPN/
ADL PKG
SCORM
dan lain-lain
24 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
30. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BIDANG UTAMA
1 2 3 4 5
STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat
Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan
Pendidikan Teknikal Kapasiti
pihak yang melaksana-
kan fungsi yang sama
Menyediakan Menjadikan Menyediakan satu Menyediakan satu Menyediakan satu
infrastruktur yang BTP/BTPN/PKG/ GPB Platform P&P yang mekanisma untuk mekanisma untuk
sesuai bagi dan GPM sebagai bersesuaian dengan melatih dan menyedarkan dan
membolehkan satu pemangkin kepada persekitaran, teknologi membudayakan mempengaruhi
bentuk perkongsian kelompok masyarakat semasa, aras masyarakat masyarakat pendidik
5
bagi tujuan pendidikan pembangun melalui pembelajaran dan pendidikan dengan akan budaya P&P
diwujudkan untuk yang berupaya cara belajar. kemahiran yang sesuai abad ke-21 yang
masyarakat pendidik. berkongsi dan untuk menyokong berbentuk perkongsian
berkolaborasi untuk Menyediakan pembangunan bahan dan kolaboratif dalam
Menggunakan menghasilkan bahan pendekatan pedagogi secara perkongsian talian.
Platform sumber P&P berkualiti serta berbantu ICT yang dan kolaboratif bagi
Pembinaan terbuka atau berbayar sentiasa kemaskini dan sesuai dan berkesan persekitaran P&P
bahan P&P seperti: diurus oleh komuniti untuk meningkatkan berbantu teknologi
melalui Moodle pendidik. P&P dalam talian.
Sakai
pendekatan- Microsoft Share Point Menjadikan Guru Menjalin perkongsian
participatory Lain-lain Platform Cemerlang dan guru pintar dengan
kolaborasi untuk lain yang pelbagai agensi awam,
pendidikan yang pihak NGO dan
sesuai. persekitaran swasta
25 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
31. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BIDANG UTAMA
1 2 3 4 5
STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat
Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan
Pendidikan Teknikal Kapasiti
berminat sebagai dalam bidang sokon-
penyumbang dan gan perkhidmatan ICT
pengurus Platform dan teknologi semasa
perkongsian dan dan akan datang.
kolaborasi bahan P&P
dalam talian untuk
tujuan pendidikan.
6
Menyediakan Menyediakan dapatan Melaksanakan kerja- Menyediakan pasukan Mewujudkan satu
kemudahan dan laporan serta kerja R&D dalam khas atau SIG (Special jaringan perhubungan
infrastruktur ICT dan cadangan bagi bidang teknologi Interest Group) yang dan kolaborasi yang
persekitaran teknologi kebolehgunaan pendidikan baru dan terdiri daripada rapat dengan pemain
baru bagi tujuan ujian teknologi baru dalam sedang dipelopori pegawai DG dan F industri dalam bidang
dan simulasi teknologi pendidikan hari ini dan secara berkesan di yang mempunyai teknologi dan
R&D Teknologi P&P masa kini dan masa hadapan negara lain minat dan kecenderun- pendidikan bagi
Pendidikan akan datang. gan dalam bidang memastikan
berterusan kemajuan teknologi kesesuaian dan
dalam pendidikan keserasian wujud
masa hadapan dalam integrasi dan
penggunaan dan
pelaksanaan ICT
dalam pendidikan
Negara.
26 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysia
32. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
BIDANG UTAMA
1 2 3 4 5
STRATEGI Pembangunan Sokongan R&D bagi Teknologi Modal Insan dan Komunikasi Korporat
Infrastruktur ICT Pedagogi dan dalam P&P Pembangunan
Pendidikan Teknikal Kapasiti
7 Dengan semua yang telah dirancang, diurus, dilaksana, dinilai dan dilapor semula kepada semua pihak berkepentingan BTP
dan rangkaiannya seharusnya secara sendirinya menjadi pakar dan rujukan penggunaan amalan terbaik teknologi bagi
tujuan P&P Negara dan juga di peringkat serantau.
BTP sebagai
hub ICT dan
multimedia
pendidikan
terunggul
27 | B ahagi an Tek nol ogi Pendidi k an Kementer ia n Pelajaran M alays ia
33. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
RUMUSAN
Perancangan Strategik Pembestarian menggaris dan membentangkan rangka kerja
serta strategi Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Wawasan 2020, Misi Nasional dan
misi KPM melalui pelaksanaan Pembestarian Pendidikan secara terancang dan
bersepadu. Perancangan ini dibina bagi memenuhi tuntutan dasar-dasar utama
negara, perubahan pesat ICT dan keperluan pendidikan semasa.
BTP sebagai pemacu transformasi dan kelestarian pembestarian pendidikan, perlu
mengambil langkah proaktif dan dinamik bagi memastikan usaha membangunkan
modal insan berpengetahuan dan berkemahiran abad ke-21, bertanggungjawab,
berdaya tahan, mampu bersaing di pasaran kerja global di samping dapat
berfungsi secara berkesan dalam masyarakat maju berasaskan maklumat
dan pengetahuan, menjadi satu realiti.
Adalah diharapkan penerbitan ini dapat dijadikan rujukan agensi pelaksana dalam
memastikan tindakan yang dibuat berlandaskan perincian strategi yang digariskan
dalam dokumen ini.
28 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
34. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
TASK FORCE PELAN STRATEGIK PEMBESTARIAN PENDIDIKAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Penaung : Y.Bhg. Datin Dr. Siti Zaleha Binti Abdullah Sani
Pengarah
BahagianTeknologi Pendidikan
Penasihat : Puan Hawa Binti Hj. Said
Timbalan Pengarah
Pembangunan Teknologi Pendidikan
: Puan Rosnani Binti Mohamed Ali
Timbalan Pengarah
Pembangunan Pendidikan Bestari
Pengerusi : Y.Bhg. Datin Dr. Hjh Fowzia Binti Osman
Ketua Sektor
Sektor Pembestarian Sekolah
Setiausaha 1 : Puan Vanida Binti Krishna
Sektor Dasar
Setiausaha 2 : Puan Maimunah Binti Mohd.Tahir
Sektor Pembestarian Sekolah
Ahli : Tn. Hj. Haliza Bin Adnan - Ketua Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan
En. Shamsuddin Bin Hassan - Ketua Sektor Penyiaran Pendidikan
En. Mohd. Azemi Bin Mohd - Sektor Penyiaran Pendidikan
En. Zulkefli Bin Mohammad - Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan
Pn. Dorothy Dewitt - Sektor Pembestarian Sekolah
29 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a
35. PERANCANGAN STRATEGIK PEMBESTARIAN 2011-2015
Pn. Hafidzah Binti Omar - Sektor Pembestarian Sekolah
Encik Mohd. Azmi Bin Zakaria - Sektor Pembestarian Sekolah
Cik Aishah Binti Othman - Sektor Resos Pembelajaran
Pn. Qhamariah Binti Samu - Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Pn. Fadzliaton Binti Zainudin - Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Hjh. Zarina Binti Paijo - Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Pendidikan
Encik Ahmad Tarmizi Bin
Abdul Kadir - Sektor Repositori dan Rangkaian
Cik Ruzana Binti Tukimin - Sektor Pembangunan Kapasiti Profesionalisme
Pn. Sri Banun @ RD Sri Ayu
Binti Khirotdin - Sektor Kejuruteraan
Rekabentuk Grafik dan
Susun Atur :
En.Mohd. Yassim Bin Ngah - Sektor Penyiaran Pendidikan
En. Abdul Muaasis Bin Lokman - Sektor Penyiaran Pendidikan
En. Abdul Halim Bin Sikit - Sektor Penyiaran Pendidikan
Pn. Mary Anne Joseph - Sektor Penyiaran Pendidikan
Pembaca Pruf : En. Mahmud Pa’aid Bin Yusof - Sektor Pembestarian Sekolah
30 | Bahagian Tek nologi Pendidik an Kementer ian Pelajaran M alaysi a