1. Gambar menunjukkan suasana perbarisan Hari Kebangsaan. Tulis lima ayat
yang lengkap tentang gambar tersebut
memberi tabik hormat / berbaris
mengambil gambar foto
mendukung anak
membalas tabik hormat
menyaksikan perbarisan
2. Anggota pasukan keselamatan berbaris sambil memberi tabik hormat kepada tetamu
kehormat yang berada di atas pentas.
Seorang pelancong mengambil gambar foto perbarisan sempana Hari Kebangsaan itu.
Seorang lelaki mendukung anak kecilnya sambil menyaksikan perbarisan Hari
Kebangsaan.
Tetamu kehormat yang berdiri di atas pentas membalas tabik hormat yang diberikan
oleh pasukan keselamatan.
Orang ramai berpusu-pusu menyaksikan perbarisan sempena Hari Kebangsaan.