Ada dua jenis kemahiran menulis yang diajar di sekolah - kemahiran menulis mekanis dan mentalis. Kemahiran menulis mekanis melibatkan aspek tulisan yang baik seperti huruf dan bentuk, manakala kemahiran menulis mentalis melibatkan proses kognitif untuk menyatakan idea dan maklumat. Kemahiran menulis mekanis diajar terlebih dahulu sebelum kemahiran menulis mentalis diperkenalkan.
1. Assalam,
Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya
kemahiran menulis mentalis. Berikut adalah perbezaan antara kedua-dua kemahiran mekanis dan
kemahiran mentalis.
Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan
mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual
dalam menulis perkataan-perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat
awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1
hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan
penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar
menulis huruf –huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf yang salah.
Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi
maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk
melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan
mantap. Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya
setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara
mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakan
kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis
berita, dan menulis puisi.
Terima kasih.