SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 63
Penyakit Tidak 
Berjangkit (NCD) Yang 
Bahaya
Penyakit Tidak Berjangkit??? 
 Penyakit yang tidak memerlukan perantaraan atau vektor 
 Berpunca daripada keturunan dan gaya hidup 
 Contoh : 
◦ Kencing Manis; 
◦ Lemah Jantung; 
◦ Tekanan Darah Tinggi; 
◦ Barah/Kanser (semua jenis); 
◦ Paru-Paru Berair; 
◦ Radang Paru-Paru; 
◦ Cirrhosis Hati; 
◦ Penyakit berkaitan Buah Pinggang; 
◦ Alzheimer; 
◦ Batu Karang; 
◦ Asthma (semput), Resdung 
◦ Penyakit-penyakit genetik 
◦ Penyakit autoimune 
◦ Penyakit kekurangan zat seperti: Beri beri, Riket, Skurvi, Kudis, 
Anemia (kekurangan zat besi) 
◦ Penyakit gangguan mental atau neurologik
 Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, 
darah tinggi dan diabetes kini menjadi ancaman 
kesihatan baru di negara ini dengan jumlah 
pesakitnya meningkat setiap tahun. 
 Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakan 
antara 10 penyebab utama yang menyumbangkan 
kepada beban penyakit negara 
 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan 
bahawa 60% (iaitu kira-kira 35 juta) dari jumlah 
kematian di dunia disumbang oleh NCD, dan juga 
menyumbang kepada beban penyakit (disability life 
years) dunia. 
 Punca : 
◦ akibat amalan kehidupan tidak sihat 
◦ pengambilan diet tidak seimbang 
◦ pengambilan tembakau 
◦ pengambilan alkohol berlebihan. 
 Perubahan rutin harian moden seperti kurang aktif 
juga menjadi punca utama peningkatan kes penyakit
Obesiti
 Obesiti adalah satu keadaan yang 
kompleks di mana seseorang individu 
itu mempunyai lemak berlebihan. 
 Lelaki dikatakan obese sekiranya 
mempunyai kadar lemak berlebihan 
sebanyak 25% (5). Manakala wanita 
pula di katakan obese apabila lebihan 
lemak sebanyak 35%. 
 Obesiti boleh di ukur menggunakan 
penggiraan Body Mass Index – atau 
BMI (Indeks Jisim Badan). 
 BMI adalah indeks pengukuran berat 
badan berbanding dengan ketinggian.
 Seseorang yang pra-obes dan obes 
lebih cenderung kepada penyakit 
seperti kencing manis, darah tinggi, 
penyakit jantung, dan penyakit 
"osteoarthritis". 
 Kegemukan juga memberi gangguan 
kepada pergerakan, kegiatan fizikal 
dan fungsi sistem tubuh badan.
 Adakah saya gemuk? 
Anda gemuk (obes) sekiranya 
◦ BMI anda ≥ 27.5. 
 Bagaimanakah saya boleh mengukur 
BMI? 
Fomula: Berat badan(kg) / [tinggi (m)]²
IJB (kg/m²) Anda adalah 
< 18.5 Kurang berat 
badan 
18.5-22.9 Berat badan unggul 
>23.0 Lebih berat badan 
(gemuk) 
23-27.4 Pra obes 
27.5 dan ke atas obes
Bagaimana saya boleh 
mencapai berat badan yang 
unggul? 
 Rujuk doktor, pegawai 
pemakanan dan pakar 
pemakanan. 
 Capai matlamat untuk 
mengurangkan berat badan 
secara ansuran. Jangan 
kurangkan berat badan dengan 
menyekat pengambilan 
makanan secara mendadak. 
 Kurangkan pengambilan kalori 
dan ubahsuai pemakanan anda. 
 Bersenam dengan kerap 
sekurang-kurangnya 3 kali
Hipertensi / Tekanan 
Darah Tinggi
 Hipertensi atau tekanan darah tinggi 
adalah penyakit yang secara senyap 
mengakibatkan banyak komplikasi 
dan juga kematian jika tidak dirawat. 
 Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan 
Morbiditi Kebangsaan II menunjukan 
peratus kejadian penyakit ini adalah 
24%.
Tekanan Darah 
 Jantung anda bekerja seperti sebuah 
pam yang mengecut dan rehat. 
 Tekanan darah diukur dalam dua 
bacaan contohnya, 140/75mmHg 
 Tekanan sistolik - nombor yang diatas 
(140) 
 Tekanan diastolik - nombor yang bawah 
(75)
Kategori Sistolik Diastolik 
Normal Bawah 120 Dan Bawah 80 
Pre-hypertensi 
120-139 Atau 80-89 
Hypertensi 140 dan ke atas Atau 90 dan ke atas 
Hypertensi 
sistolik 
140 dan ke atas Dan Bawah 90
Faktor Risiko (Punca) 
 Biasanya tidak diketahui walaupun 
selepas pemeriksaan doktor. 
 Walau bagaimanapun hipertensi boleh 
disebabkan oleh: 
◦ Penyakit buah pinggang 
◦ Ubatan seperti steroid, ubat antiradang 
bukan steroid 
◦ Faktor keturunan 
◦ Alkohol dan merokok boleh meningkatkan 
risiko komplikasi hypertensi (termasuk 
penyakit jantung dan strok)
Tanda dan gejala 
 Selalunya, hypertensi tidak 
menunjukan sebarang tanda dan 
gejala. 
 Pesakit mungkin akan mengalami 
tanda-tanda yang tidak spesifik 
seperti pening atau sakit kepala 
atau lenguh tengkuk. 
 Pemeriksaan tekanan darah anda 
secara berkala di Klinik Kesihatan 
berdekatan.
Komplikasi 
 Peningkatan mendadak tekanan darah 
◦ Boleh menyebabkan kepenatan nafas, 
kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka 
hendaklah dirawat segera 
 Tekanan darah tinggi berterusan. 
Tekanan berterusan keatas organ-organ 
tubuh akan menyebabkan :- 
◦ Jantung - kegagalan jantung (heart failure), 
serangan jantung(heart attack) dan kematian 
◦ Saluran darah - menjadi keras (atherosclerosis) 
◦ Buah pinggang - mengakibatkan kegagalan 
ginjal (renal/kidney failure) 
◦ Mata - pendarahan dan kerosakan pada 
kawasan sensitif cahaya dalam mata 
(retinopathy) 
◦ Otak - strok/angin ahmar
Diabetes Mellitus/ 
Kencing Manis
Apakah itu diabetes? 
 Diabetes adalah salah satu penyakit kronik 
dimana ianya merupakan masalah yang 
besar di kebanyakan negara-negara di 
dunia. 
 Di Malaysia satu kajian (Third National 
Health and Morbidity Survey 2006) 
menyatakan 20.8-26.2% orang dewasa 
berumur 50 hingga 64 menghidapi diabetes 
 Diabetes adalah satu keadaan dimana 
paras gula dalam darah adalah tinggi dari 
normal. 
 Ia adalah satu daripada faktor utama untuk 
mendapat sakit jantung atau strok.
 Diabetes berlaku apabila pankreas 
dalam badan tidak lagi menghasilkan 
insulin atau badan tidak boleh 
menggunakan insulin sendiri dengan 
berkesan.
 Makanan akan bertukar kepada gula 
dalam badan kita. Insulin akan digunakan 
untuk menghantar gula dalam saluran 
darah ke dalam sel-sel, dimana ia akan 
digunakan untuk bahan bakar/tenaga. 
 Apabila kekurangan insulin, gula tidak 
boleh dibawa ke dalam sel-sel badan, 
maka paras gula dalam badan akan 
meningkat. 
 Ini akan merosakkan sel yang 
memerlukan glukosa untuk bahan bakar 
dan juga ini akan merosakkan tisu-tisu 
organ yang didedahkan kepada tahap 
glukosa yang tinggi.
Apakah tanda & gejala 
diabetes? Gejala yang biasa dialami ialah: 
 Kerap merasa dahaga 
 Mudah rasa letih 
 Berat badan menurun walaupun berselera makan 
 Kerap membuang air kecil 
 Mudah terkena jangkitan kulit (kulat) 
 Luka yang lambat sembuh 
 Penglihatan kabur 
 Otot lemah 
 Gatal-gatal di bahagian kemaluan 
 Kebas tangan/kaki 
 Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa sebarang gejala. 
Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda 
adalah penghidap diabetes. 
Jalankan ujian di klinik kesihatan 
berdekatan.
Golongan risiko tinggi untuk 
mendapat diabetes 
 Berumur 35 tahun atau lebih tua. 
Usia semakin meningkat, semakin tinggi risiko anda untuk 
menghidapi diabetes 
 Berat badan berlebihan atau obesiti. 
 Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi 
risiko anda menghidapi diabetes. 
 Impaired glucose tolerance (IGT). 
 Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes 
 Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir. 
 Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran 
adalah 4.0 kg atau lebih ) . 
 Tekanan darah tinggi 
 Tidak aktif - gaya hidup sedentari 
 Faktor pemakanan 
Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang 
pengambilan makanan berserat 
 Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
Komplikasi Diabetes 
 Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu 
banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam 
darah. 
 Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh 
mendatangkan pelbagai komplikasi seperti penyakit 
kardiovaskular (jantung), kegagalan buah pinggang, 
kebutaan dan kerosakan sistem saraf. 
Keadaan kecemasan: 
 Serangan hipoglisemia 
Apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda 
akan mengalami sakit kepala, rasa pening, ketar tangan 
dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan 
jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah. 
 Diabetes Ketoacidosis 
Keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. Ia juga 
boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, 
kecederaan, penggunaan ubatan, atau kemasukan wad 
bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan 
mengalami pengsan dan tidak sedar diri(koma).
Komplikasi kronik 
(paras gula tinggi berpanjangan) 
 Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang: 
◦ Mata 
 Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta 
◦ Saraf 
 Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana 
pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh 
menyebabkan luka pada kaki dan gangrene 
◦ Otak 
 Angin ahmar (hubung dengan strok) 
◦ Buah pinggang 
 kegagalan buah pinggang 
◦ Jantung 
 Sakit jantung 
 Berita baik adalah jika anda dapat mengawal 
diabetes dengan baik, ini akan membantu 
mengelakkan atau melambatkan komplikasi
Strok/ Angin Ahmar
 Strok adalah satu keadaan di mana 
berlakunya kesempitan saluran 
darah ke bahagian otak atau 
saluran darah pecah. 
 Sebahagian dari tisu otak akan 
rosak disebabkan kekurangan 
bekalan oksigen. 
 Apabila bahagian tisu otak tersebut 
rosak, ia akan mati lalu fungsi otak 
akan hilang. 
 Di antara tanda/gejala yang ketara 
adalah pengsan, tidak sedarkan diri 
dan/atau lemah sebahagian anggota.
 Strok/Angin Ahmar adalah penyakit 
yang merbahaya yang boleh 
mengakibatkan kecacatan kekal 
diperingkat dewasa. 
 Di Hospital Kuala Lumpur data 
statistik mencatatkan 30-35 peratus 
kematian daripada 1000 kes 
penghidap Strok/Angin Ahmar yang 
dirawat.
Faktor risiko 
 Umur terutama apabila meningkat 
umur hingga 65 tahun ke atas 
 Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi 
dari wanita. 
 Sejarah keluarga - Risiko anda lebih 
tinggi jika terdapat ahli keluarga yang 
menghidap Strok/Angin Ahmar
Faktor risiko 
 Tekanan Darah Tinggi 
 Kencing manis 
 Paras kolesterol tinggi 
 Merokok 
 Berat badan yang berlebihan 
 Cara hidup tidak aktif (sedentari) 
 Tekanan/stress 
 Pemakanan - kurang serat dan tinggi 
lemak 
 Minuman keras - minum minuman keras 
yang berlebihan
 Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar? 
 Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba 
termasuk yang berikut: 
 Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba 
pada sebahagian badan 
 Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian 
muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba 
 Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami 
pertuturan orang awam secara tiba-tiba 
 Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu 
 Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah 
mata atau kedua-dua mata 
 Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan 
atau koordinasi secara tiba-tiba 
 Sukar menelan
Chronic Obstructive 
Pulmonary Disease (COPD)
Chronic Obstructive 
Pulmonary Disease (COPD) 
 Satu keadaan di mana saluran 
pernafasan menjadi sempit dan ini 
adalah sejenis penyakit yang kronik. 
 Ia terdiri daripada bronkitis kronik dan 
emphysema. Ia berpunca daripada 
radang saluran pernafasan dan 
kerosakan tisu paru-paru. 
 Ia biasanya disebabkan oleh tabiat 
merokok. 
 Kadar kejadian penyakit ini di kalangan 
lelaki di Malaysia adalah sebanyak 4.7%.
Tanda dan simptom 
 Sesak nafas 
 Batuk yang berpanjangan 
 Kahak yang berlebihan 
 Nafas berbunyi (wheezing) 
 Dada berasa ketat 
 Mudah penat semasa bersenam 
 Keletihan 
 Gangguan tidur 
 Pengurangan berat badan
Komplikasi 
Fizikal 
 Jangkitan paru-paru yang kerap 
 Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure) 
 Lemah jantung 
 Pengurangan berat badan 
Psikologi 
 Kemurungan dan keresahan 
 Tekanan kepada penjaga 
Sosial 
 Pengasingan sosial – disebabkan oleh sesak nafas dan 
mudah penat semasa bersenam 
 Masalah kewangan – disebabkan oleh kerap masuk 
hospital dan rawatan yang mahal
Pencegahan 
 Berhenti Merokok - Terapi gantian 
nikotin/pengurangan keinginan merokok 
mungkin boleh membantu. 
 Vaksin Influenza dan Pneumococcal boleh 
mencegah jangkitan paru-paru. 
Rehabilitasi 
 Rehabilitasi paru-paru menglibatkan 
kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, 
jururawat, fisioterapist anggota dan pegawai 
dietetik. 
 Ia melibatkan senaman, pengendalian 
penyakit, nasihat pemakanan untuk membantu 
pesakit menjalankan aktiviti seharian.
Osteoarthritis
 Arthritis adalah radang yang berlaku di 
sendi-sendi yang menyebabkan sendi 
sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh 
di sebabkan oleh mekanisma 
“autoimmune”, atau perubahan 
"degenerative" 
 Jenis-jenis arthritis adalah: 
◦ Osteoarthritis (OA) 
◦ Rheumatoid Arthritis 
◦ Infectious arthritis
Tanda-tanda dan gejala 
 Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, 
pergelangan kaki, lutut, pinggul dan 
bahagian bawah tulang belakang terutama 
semasa dan selepas aktiviti. 
 Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA 
terdapat bengkak yang tegang di persekitaran 
sendi. 
 Kekerasan sendi. 
 Sakit di sekitar sendi. 
 Deformiti. 
 Krepitus semasa pergerakan (dalam OA). 
 Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi 
lutut). 
 Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta 
kurang upaya. 
◦ sukar melakukan tugasan tertentu.
Faktor-faktor risiko 
osteoarthritis 
 Peningkatan umur 
 Kegemukan : 
◦ di kedua-dua sendi lutut yang mendapat OA 
 Keturunan: 
◦ terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi. 
 Pergerakan yang keterlaluan. 
 Kecederaan sendi yang teruk: 
◦ Kepatahan tulang. 
◦ Koyak pada bahagian meniscus. 
◦ kerosakan pada ligamen 
 Pekerjaan: 
◦ OA sendi lutut di kalangan pekerja. 
◦ OA sendi paha di kalangan petani.
Pencegahan 
 Bersenam dan Bersukan 
◦ Lakukan sebanyak tiga kali seminggu (selang 
hari). 
◦ Dilakukan 20 – 30 minit pada setiap sesi. 
◦ Amalan ini dapat meningkatkan tahap 
kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung. 
 Makan Makanan Seimbang 
◦ Pelbagaikan pilihan makanan kita. 
◦ Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrien 
yang diperlukan oleh tubuh. 
 Memeriksa Kesihatan Secara Berkala dan 
Tetap 
◦ Jumpa doktor setiap enam bulan atau setahun 
sekali untuk pemeriksaan kesihatan. 
 Tidak merokok
Saringan untuk Darah Tinggi 
(Hipertensi) 
 Bagaimana saya boleh mengetahui 
saya mengalami darah tinggi? 
Periksa tekanan darah anda dengan 
menggunakan alat "BP set" atau 
sfigmomanometer.
 Mengapa perlu mengukur tekanan 
darah secara berkala? 
◦ Ia adalah mustahak untuk menentukan sama 
ada anda mengalami darah tinggi atau tidak. 
90% daripada orang yang mengalami darah 
tinggi tidak mempunyai gejala; hanya 10% 
sahaja yang menunjukkan gejala. 
 Bilakah saya perlu memeriksa 
tekanan darah? 
◦ Anda digalakkan untuk memeriksa tekanan 
darah sekurang-kurangnya sekali dalam 
setahun atau setiap kali anda pergi ke klinik 
kesihatan/ swasta
 Apakah harus saya buat sekiranya 
tekanan darah saya tinggi? 
◦ Sila rujuk doktor anda atau pergi ke klinik 
kesihatan berhampiran. Doktor akan 
memeriksa tekanan darah anda beberapa 
kali sebelum mengesahkan anda mengalami 
penyakit darah tinggi atau hipertensi.
Ujian saringan Diabetes 
 Bagaimana caranya membuat ujian 
saringan Diabetes? 
◦ Anda boleh membuat ujian Pemeriksaan 
Glukosa Darah Rawak dengan cara 
mengambil sedikit darah di hujung jari. Ia 
boleh dilakukan bila-bila masa sahaja 
mengikut keselesaan anda.
 Adakah saya menghidap Diabetes? 
◦ Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah 
Rawak > 5.6 mmol/l, ujian darah 
selanjutnya diperlukan. 
 Dimana saya boleh membuat ujian 
untuk Diabetes? 
◦ Hospital dan klinik kerajaan 
◦ Hospital dan klinik swasta 
◦ Makmal perubatan/patologi swasta
 Apakah yang harus saya buat jika 
paras glukosa darah saya tinggi? 
Anda perlu : 
◦ Merujuk kepada doktor anda, atau 
◦ Pergi ke klinik kerajaan atau swasta yang 
berhampiran 
◦ Ujian pengesahan seterusnya akan 
dijalankan.
Sekian, 
terima kasih

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

La actualidad más candente (20)

KONSEP PENYAKIT
KONSEP PENYAKITKONSEP PENYAKIT
KONSEP PENYAKIT
 
Sistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran DarahSistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran Darah
 
KONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATANKONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATAN
 
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKANLAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
 
Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan KebangsaanSistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
 
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERKONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
 
8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan8 dimensi kesihatan
8 dimensi kesihatan
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Bantu mula
Bantu mulaBantu mula
Bantu mula
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
Homeostasis
HomeostasisHomeostasis
Homeostasis
 
KETERAMPILAN DIRI PENJAWAT AWAM.ppt
KETERAMPILAN DIRI PENJAWAT AWAM.pptKETERAMPILAN DIRI PENJAWAT AWAM.ppt
KETERAMPILAN DIRI PENJAWAT AWAM.ppt
 
Proses sistem percernaan berlaku
Proses sistem percernaan berlakuProses sistem percernaan berlaku
Proses sistem percernaan berlaku
 
Modul minda sihat
Modul minda sihatModul minda sihat
Modul minda sihat
 
Ceramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihatCeramah kesihatan gaya hidup sihat
Ceramah kesihatan gaya hidup sihat
 
Bahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statikBahasa hukuman kawad statik
Bahasa hukuman kawad statik
 
Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4  proses penilaian kecederaan sukanBab 4  proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan
 
Penyakit Demam Denggi. Pengenalan dan Kawalan.
Penyakit Demam Denggi. Pengenalan dan Kawalan.Penyakit Demam Denggi. Pengenalan dan Kawalan.
Penyakit Demam Denggi. Pengenalan dan Kawalan.
 
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
62208146 modul-gajet-krs-dan-tkrs
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Similar a Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

Hipertensi dan faktor faktor resikonya
Hipertensi dan faktor faktor resikonyaHipertensi dan faktor faktor resikonya
Hipertensi dan faktor faktor resikonyaMaul_N
 
Mengenal_penyakit_degeneratif2_1.ppt
Mengenal_penyakit_degeneratif2_1.pptMengenal_penyakit_degeneratif2_1.ppt
Mengenal_penyakit_degeneratif2_1.pptRisye1
 
Askep penyakit jantung koroner AKPER PEMKAB MUNA
Askep penyakit jantung koroner  AKPER PEMKAB MUNA Askep penyakit jantung koroner  AKPER PEMKAB MUNA
Askep penyakit jantung koroner AKPER PEMKAB MUNA Operator Warnet Vast Raha
 
Penyakit kudis kudis kudis
Penyakit kudis kudis kudisPenyakit kudis kudis kudis
Penyakit kudis kudis kudisabdrahimmdnor
 
GAYA HIDUP SIHAT.pdf
GAYA HIDUP SIHAT.pdfGAYA HIDUP SIHAT.pdf
GAYA HIDUP SIHAT.pdfcmarosdi
 
Deteksi Dini & Pencegahan Penyakit Ginjal serta Resiko pada Wanita
Deteksi Dini & Pencegahan Penyakit Ginjal serta Resiko pada WanitaDeteksi Dini & Pencegahan Penyakit Ginjal serta Resiko pada Wanita
Deteksi Dini & Pencegahan Penyakit Ginjal serta Resiko pada WanitaMochamad Rizqi Nizamil Putra
 
Database penyakit diabetes di seluruh dunia
Database penyakit diabetes di seluruh duniaDatabase penyakit diabetes di seluruh dunia
Database penyakit diabetes di seluruh duniaSopian Nurrohman
 
Database penyakit diabetes di seluruh dunia
Database penyakit diabetes di seluruh duniaDatabase penyakit diabetes di seluruh dunia
Database penyakit diabetes di seluruh duniaDheaLuthfi
 
Jangan Ada Stroke Diantara KIta PZ 2019.pdf
Jangan Ada Stroke Diantara KIta PZ 2019.pdfJangan Ada Stroke Diantara KIta PZ 2019.pdf
Jangan Ada Stroke Diantara KIta PZ 2019.pdfPreDeer
 
PPT BITEKNOLOGI 12.pptx
PPT BITEKNOLOGI 12.pptxPPT BITEKNOLOGI 12.pptx
PPT BITEKNOLOGI 12.pptxTIRASBALYO
 
PPT HIPERTENSI BAGI DEWASA, LANSIA, .ppt
PPT HIPERTENSI BAGI DEWASA, LANSIA, .pptPPT HIPERTENSI BAGI DEWASA, LANSIA, .ppt
PPT HIPERTENSI BAGI DEWASA, LANSIA, .pptyudha509586
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungWarnet Raha
 

Similar a Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) (20)

INFO SEHAT
INFO SEHATINFO SEHAT
INFO SEHAT
 
Hipertensi dan faktor faktor resikonya
Hipertensi dan faktor faktor resikonyaHipertensi dan faktor faktor resikonya
Hipertensi dan faktor faktor resikonya
 
Mengenal_penyakit_degeneratif2_1.ppt
Mengenal_penyakit_degeneratif2_1.pptMengenal_penyakit_degeneratif2_1.ppt
Mengenal_penyakit_degeneratif2_1.ppt
 
Askep penyakit jantung koroner AKPER PEMKAB MUNA
Askep penyakit jantung koroner  AKPER PEMKAB MUNA Askep penyakit jantung koroner  AKPER PEMKAB MUNA
Askep penyakit jantung koroner AKPER PEMKAB MUNA
 
Askep penyakit jantung koroner
Askep penyakit jantung koronerAskep penyakit jantung koroner
Askep penyakit jantung koroner
 
Askep penyakit jantung koroner
Askep penyakit jantung koronerAskep penyakit jantung koroner
Askep penyakit jantung koroner
 
Penyakit kudis kudis kudis
Penyakit kudis kudis kudisPenyakit kudis kudis kudis
Penyakit kudis kudis kudis
 
GAYA HIDUP SIHAT.pdf
GAYA HIDUP SIHAT.pdfGAYA HIDUP SIHAT.pdf
GAYA HIDUP SIHAT.pdf
 
Deteksi Dini & Pencegahan Penyakit Ginjal serta Resiko pada Wanita
Deteksi Dini & Pencegahan Penyakit Ginjal serta Resiko pada WanitaDeteksi Dini & Pencegahan Penyakit Ginjal serta Resiko pada Wanita
Deteksi Dini & Pencegahan Penyakit Ginjal serta Resiko pada Wanita
 
Database penyakit diabetes di seluruh dunia
Database penyakit diabetes di seluruh duniaDatabase penyakit diabetes di seluruh dunia
Database penyakit diabetes di seluruh dunia
 
Database penyakit diabetes di seluruh dunia
Database penyakit diabetes di seluruh duniaDatabase penyakit diabetes di seluruh dunia
Database penyakit diabetes di seluruh dunia
 
Ppt kelebihan karbo
Ppt kelebihan karboPpt kelebihan karbo
Ppt kelebihan karbo
 
penyuluhan ptm.pptx
penyuluhan ptm.pptxpenyuluhan ptm.pptx
penyuluhan ptm.pptx
 
Slide Degenerative Disease.pptx
Slide Degenerative Disease.pptxSlide Degenerative Disease.pptx
Slide Degenerative Disease.pptx
 
Jangan Ada Stroke Diantara KIta PZ 2019.pdf
Jangan Ada Stroke Diantara KIta PZ 2019.pdfJangan Ada Stroke Diantara KIta PZ 2019.pdf
Jangan Ada Stroke Diantara KIta PZ 2019.pdf
 
PPT BITEKNOLOGI 12.pptx
PPT BITEKNOLOGI 12.pptxPPT BITEKNOLOGI 12.pptx
PPT BITEKNOLOGI 12.pptx
 
PPT HIPERTENSI BAGI DEWASA, LANSIA, .ppt
PPT HIPERTENSI BAGI DEWASA, LANSIA, .pptPPT HIPERTENSI BAGI DEWASA, LANSIA, .ppt
PPT HIPERTENSI BAGI DEWASA, LANSIA, .ppt
 
Education DM For Patient
Education DM For PatientEducation DM For Patient
Education DM For Patient
 
Hipertensi 2
Hipertensi 2Hipertensi 2
Hipertensi 2
 
Makalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantungMakalah penyakit jantung
Makalah penyakit jantung
 

Más de Kochi Chia

Urinary system – common pathological correlation
Urinary system – common pathological correlationUrinary system – common pathological correlation
Urinary system – common pathological correlationKochi Chia
 
Psoriasis and Management in Primary Care
Psoriasis and Management in Primary CarePsoriasis and Management in Primary Care
Psoriasis and Management in Primary CareKochi Chia
 
Hypertension in chinese
Hypertension in chineseHypertension in chinese
Hypertension in chineseKochi Chia
 
Acute vs chronic scrotal swelling
Acute vs chronic scrotal swellingAcute vs chronic scrotal swelling
Acute vs chronic scrotal swellingKochi Chia
 
Basic pulmonary tuberculosis intro
Basic pulmonary tuberculosis introBasic pulmonary tuberculosis intro
Basic pulmonary tuberculosis introKochi Chia
 
Gout presentation
Gout presentationGout presentation
Gout presentationKochi Chia
 
Shoulder dystocia ckk edit
Shoulder dystocia ckk editShoulder dystocia ckk edit
Shoulder dystocia ckk editKochi Chia
 
Fluid and electrolytes kochi full
Fluid and electrolytes kochi fullFluid and electrolytes kochi full
Fluid and electrolytes kochi fullKochi Chia
 
Basic interpretation of cxr
Basic interpretation of cxrBasic interpretation of cxr
Basic interpretation of cxrKochi Chia
 

Más de Kochi Chia (9)

Urinary system – common pathological correlation
Urinary system – common pathological correlationUrinary system – common pathological correlation
Urinary system – common pathological correlation
 
Psoriasis and Management in Primary Care
Psoriasis and Management in Primary CarePsoriasis and Management in Primary Care
Psoriasis and Management in Primary Care
 
Hypertension in chinese
Hypertension in chineseHypertension in chinese
Hypertension in chinese
 
Acute vs chronic scrotal swelling
Acute vs chronic scrotal swellingAcute vs chronic scrotal swelling
Acute vs chronic scrotal swelling
 
Basic pulmonary tuberculosis intro
Basic pulmonary tuberculosis introBasic pulmonary tuberculosis intro
Basic pulmonary tuberculosis intro
 
Gout presentation
Gout presentationGout presentation
Gout presentation
 
Shoulder dystocia ckk edit
Shoulder dystocia ckk editShoulder dystocia ckk edit
Shoulder dystocia ckk edit
 
Fluid and electrolytes kochi full
Fluid and electrolytes kochi fullFluid and electrolytes kochi full
Fluid and electrolytes kochi full
 
Basic interpretation of cxr
Basic interpretation of cxrBasic interpretation of cxr
Basic interpretation of cxr
 

Último

dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smear
dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smeardokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smear
dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smearprofesibidan2
 
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxMODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxsiampurnomo90
 
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxmarodotodo
 
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxKONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxmade406432
 
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptINFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptab368
 
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024Zakiah dr
 
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...Arif Fahmi
 
jenis-jenis Data dalam bidang epidemiologi
jenis-jenis Data dalam bidang epidemiologijenis-jenis Data dalam bidang epidemiologi
jenis-jenis Data dalam bidang epidemiologissuser7c01e3
 
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Codajongshopp
 
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritiskonsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritisfidel377036
 
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptxPB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptxHikmaLavigne
 
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADA
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADAASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADA
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADARismaZulfiani
 
Materi Elektroterapi Fisioterapi Interrupted Galvanic (Exponential) Current
Materi Elektroterapi Fisioterapi Interrupted Galvanic (Exponential) CurrentMateri Elektroterapi Fisioterapi Interrupted Galvanic (Exponential) Current
Materi Elektroterapi Fisioterapi Interrupted Galvanic (Exponential) Currentaditya romadhon
 

Último (13)

dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smear
dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smeardokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smear
dokumen.tips_pap-smear-ppt-final.pptx_iva pap smear
 
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docxMODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
MODUL P5BK TEMA KEBEKERJAAN KENALI DUNIA KERJA.docx
 
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptxALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
ALERGI MAKANAN - ALERMUN dokter doktor subi.pptx
 
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptxKONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
KONSEP KELUARGA SEJAHTERA tugas keperawatan keluarga.pptx
 
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).pptINFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
INFORMED CONSENT (persetujuan tindakan medis oleh pasien).ppt
 
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
MANASIK KESEHATAN HAJI KOTA DEPOK TAHUN 2024
 
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
Rancangan Aksi_ Si IMAAM ( Sistem Informasi Manajemen Aset dan Alat Medis di ...
 
jenis-jenis Data dalam bidang epidemiologi
jenis-jenis Data dalam bidang epidemiologijenis-jenis Data dalam bidang epidemiologi
jenis-jenis Data dalam bidang epidemiologi
 
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
081-388-333-722 Toko Jual Alat Bantu Seks Penis Ikat Pinggang Di SUrabaya Cod
 
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritiskonsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
konsep keperawatan kritis dan asuhan keperawatan kritis
 
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptxPB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
PB I KONSEP DASAR KESEHATAN REPRODUKSI (1).pptx
 
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADA
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADAASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADA
ASUHAN KEPERAWATAN NYERI AKUT 2023 STIKES DIAN HUSADA
 
Materi Elektroterapi Fisioterapi Interrupted Galvanic (Exponential) Current
Materi Elektroterapi Fisioterapi Interrupted Galvanic (Exponential) CurrentMateri Elektroterapi Fisioterapi Interrupted Galvanic (Exponential) Current
Materi Elektroterapi Fisioterapi Interrupted Galvanic (Exponential) Current
 

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

  • 1. Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Yang Bahaya
  • 2. Penyakit Tidak Berjangkit???  Penyakit yang tidak memerlukan perantaraan atau vektor  Berpunca daripada keturunan dan gaya hidup  Contoh : ◦ Kencing Manis; ◦ Lemah Jantung; ◦ Tekanan Darah Tinggi; ◦ Barah/Kanser (semua jenis); ◦ Paru-Paru Berair; ◦ Radang Paru-Paru; ◦ Cirrhosis Hati; ◦ Penyakit berkaitan Buah Pinggang; ◦ Alzheimer; ◦ Batu Karang; ◦ Asthma (semput), Resdung ◦ Penyakit-penyakit genetik ◦ Penyakit autoimune ◦ Penyakit kekurangan zat seperti: Beri beri, Riket, Skurvi, Kudis, Anemia (kekurangan zat besi) ◦ Penyakit gangguan mental atau neurologik
  • 3.  Penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini menjadi ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun.  Di Malaysia, penyakit tidak berjangkit merupakan antara 10 penyebab utama yang menyumbangkan kepada beban penyakit negara  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa 60% (iaitu kira-kira 35 juta) dari jumlah kematian di dunia disumbang oleh NCD, dan juga menyumbang kepada beban penyakit (disability life years) dunia.  Punca : ◦ akibat amalan kehidupan tidak sihat ◦ pengambilan diet tidak seimbang ◦ pengambilan tembakau ◦ pengambilan alkohol berlebihan.  Perubahan rutin harian moden seperti kurang aktif juga menjadi punca utama peningkatan kes penyakit
  • 5.  Obesiti adalah satu keadaan yang kompleks di mana seseorang individu itu mempunyai lemak berlebihan.  Lelaki dikatakan obese sekiranya mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25% (5). Manakala wanita pula di katakan obese apabila lebihan lemak sebanyak 35%.  Obesiti boleh di ukur menggunakan penggiraan Body Mass Index – atau BMI (Indeks Jisim Badan).  BMI adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.
  • 6.  Seseorang yang pra-obes dan obes lebih cenderung kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit "osteoarthritis".  Kegemukan juga memberi gangguan kepada pergerakan, kegiatan fizikal dan fungsi sistem tubuh badan.
  • 7.  Adakah saya gemuk? Anda gemuk (obes) sekiranya ◦ BMI anda ≥ 27.5.  Bagaimanakah saya boleh mengukur BMI? Fomula: Berat badan(kg) / [tinggi (m)]²
  • 8. IJB (kg/m²) Anda adalah < 18.5 Kurang berat badan 18.5-22.9 Berat badan unggul >23.0 Lebih berat badan (gemuk) 23-27.4 Pra obes 27.5 dan ke atas obes
  • 9. Bagaimana saya boleh mencapai berat badan yang unggul?  Rujuk doktor, pegawai pemakanan dan pakar pemakanan.  Capai matlamat untuk mengurangkan berat badan secara ansuran. Jangan kurangkan berat badan dengan menyekat pengambilan makanan secara mendadak.  Kurangkan pengambilan kalori dan ubahsuai pemakanan anda.  Bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 3 kali
  • 10. Hipertensi / Tekanan Darah Tinggi
  • 11.  Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit yang secara senyap mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.  Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • 12. Tekanan Darah  Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat.  Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya, 140/75mmHg  Tekanan sistolik - nombor yang diatas (140)  Tekanan diastolik - nombor yang bawah (75)
  • 13. Kategori Sistolik Diastolik Normal Bawah 120 Dan Bawah 80 Pre-hypertensi 120-139 Atau 80-89 Hypertensi 140 dan ke atas Atau 90 dan ke atas Hypertensi sistolik 140 dan ke atas Dan Bawah 90
  • 14. Faktor Risiko (Punca)  Biasanya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.  Walau bagaimanapun hipertensi boleh disebabkan oleh: ◦ Penyakit buah pinggang ◦ Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid ◦ Faktor keturunan ◦ Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok)
  • 15. Tanda dan gejala  Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.  Pesakit mungkin akan mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala atau lenguh tengkuk.  Pemeriksaan tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan.
  • 16. Komplikasi  Peningkatan mendadak tekanan darah ◦ Boleh menyebabkan kepenatan nafas, kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera  Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :- ◦ Jantung - kegagalan jantung (heart failure), serangan jantung(heart attack) dan kematian ◦ Saluran darah - menjadi keras (atherosclerosis) ◦ Buah pinggang - mengakibatkan kegagalan ginjal (renal/kidney failure) ◦ Mata - pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata (retinopathy) ◦ Otak - strok/angin ahmar
  • 17.
  • 18.
  • 20. Apakah itu diabetes?  Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia.  Di Malaysia satu kajian (Third National Health and Morbidity Survey 2006) menyatakan 20.8-26.2% orang dewasa berumur 50 hingga 64 menghidapi diabetes  Diabetes adalah satu keadaan dimana paras gula dalam darah adalah tinggi dari normal.  Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau strok.
  • 21.  Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan.
  • 22.  Makanan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk menghantar gula dalam saluran darah ke dalam sel-sel, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar/tenaga.  Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel-sel badan, maka paras gula dalam badan akan meningkat.  Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan tisu-tisu organ yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.
  • 23. Apakah tanda & gejala diabetes? Gejala yang biasa dialami ialah:  Kerap merasa dahaga  Mudah rasa letih  Berat badan menurun walaupun berselera makan  Kerap membuang air kecil  Mudah terkena jangkitan kulit (kulat)  Luka yang lambat sembuh  Penglihatan kabur  Otot lemah  Gatal-gatal di bahagian kemaluan  Kebas tangan/kaki  Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa sebarang gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.
  • 24.
  • 25. Golongan risiko tinggi untuk mendapat diabetes  Berumur 35 tahun atau lebih tua. Usia semakin meningkat, semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes  Berat badan berlebihan atau obesiti.  Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidapi diabetes.  Impaired glucose tolerance (IGT).  Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes  Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.  Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .  Tekanan darah tinggi  Tidak aktif - gaya hidup sedentari  Faktor pemakanan Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat  Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
  • 26. Komplikasi Diabetes  Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah.  Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan pelbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular (jantung), kegagalan buah pinggang, kebutaan dan kerosakan sistem saraf. Keadaan kecemasan:  Serangan hipoglisemia Apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah.  Diabetes Ketoacidosis Keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan, atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami pengsan dan tidak sedar diri(koma).
  • 27. Komplikasi kronik (paras gula tinggi berpanjangan)  Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang: ◦ Mata  Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta ◦ Saraf  Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene ◦ Otak  Angin ahmar (hubung dengan strok) ◦ Buah pinggang  kegagalan buah pinggang ◦ Jantung  Sakit jantung  Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi
  • 28.
  • 29.
  • 30.
  • 32.  Strok adalah satu keadaan di mana berlakunya kesempitan saluran darah ke bahagian otak atau saluran darah pecah.  Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen.  Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang.  Di antara tanda/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
  • 33.  Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.  Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
  • 34. Faktor risiko  Umur terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas  Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.  Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap Strok/Angin Ahmar
  • 35. Faktor risiko  Tekanan Darah Tinggi  Kencing manis  Paras kolesterol tinggi  Merokok  Berat badan yang berlebihan  Cara hidup tidak aktif (sedentari)  Tekanan/stress  Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak  Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
  • 36.  Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?  Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:  Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan  Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba  Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba  Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu  Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata  Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba  Sukar menelan
  • 37.
  • 38.
  • 39.
  • 40.
  • 42. Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD)  Satu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit dan ini adalah sejenis penyakit yang kronik.  Ia terdiri daripada bronkitis kronik dan emphysema. Ia berpunca daripada radang saluran pernafasan dan kerosakan tisu paru-paru.  Ia biasanya disebabkan oleh tabiat merokok.  Kadar kejadian penyakit ini di kalangan lelaki di Malaysia adalah sebanyak 4.7%.
  • 43.
  • 44. Tanda dan simptom  Sesak nafas  Batuk yang berpanjangan  Kahak yang berlebihan  Nafas berbunyi (wheezing)  Dada berasa ketat  Mudah penat semasa bersenam  Keletihan  Gangguan tidur  Pengurangan berat badan
  • 45. Komplikasi Fizikal  Jangkitan paru-paru yang kerap  Kegagalan sistem pernafasan (Respiratory failure)  Lemah jantung  Pengurangan berat badan Psikologi  Kemurungan dan keresahan  Tekanan kepada penjaga Sosial  Pengasingan sosial – disebabkan oleh sesak nafas dan mudah penat semasa bersenam  Masalah kewangan – disebabkan oleh kerap masuk hospital dan rawatan yang mahal
  • 46.
  • 47.
  • 48. Pencegahan  Berhenti Merokok - Terapi gantian nikotin/pengurangan keinginan merokok mungkin boleh membantu.  Vaksin Influenza dan Pneumococcal boleh mencegah jangkitan paru-paru. Rehabilitasi  Rehabilitasi paru-paru menglibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, fisioterapist anggota dan pegawai dietetik.  Ia melibatkan senaman, pengendalian penyakit, nasihat pemakanan untuk membantu pesakit menjalankan aktiviti seharian.
  • 50.  Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma “autoimmune”, atau perubahan "degenerative"  Jenis-jenis arthritis adalah: ◦ Osteoarthritis (OA) ◦ Rheumatoid Arthritis ◦ Infectious arthritis
  • 51. Tanda-tanda dan gejala  Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.  Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.  Kekerasan sendi.  Sakit di sekitar sendi.  Deformiti.  Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).  Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).  Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya. ◦ sukar melakukan tugasan tertentu.
  • 52.
  • 53. Faktor-faktor risiko osteoarthritis  Peningkatan umur  Kegemukan : ◦ di kedua-dua sendi lutut yang mendapat OA  Keturunan: ◦ terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.  Pergerakan yang keterlaluan.  Kecederaan sendi yang teruk: ◦ Kepatahan tulang. ◦ Koyak pada bahagian meniscus. ◦ kerosakan pada ligamen  Pekerjaan: ◦ OA sendi lutut di kalangan pekerja. ◦ OA sendi paha di kalangan petani.
  • 54.
  • 55. Pencegahan  Bersenam dan Bersukan ◦ Lakukan sebanyak tiga kali seminggu (selang hari). ◦ Dilakukan 20 – 30 minit pada setiap sesi. ◦ Amalan ini dapat meningkatkan tahap kecergasan tubuh dan menguatkan otot jantung.  Makan Makanan Seimbang ◦ Pelbagaikan pilihan makanan kita. ◦ Amalan ini dapat membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh.  Memeriksa Kesihatan Secara Berkala dan Tetap ◦ Jumpa doktor setiap enam bulan atau setahun sekali untuk pemeriksaan kesihatan.  Tidak merokok
  • 56.
  • 57. Saringan untuk Darah Tinggi (Hipertensi)  Bagaimana saya boleh mengetahui saya mengalami darah tinggi? Periksa tekanan darah anda dengan menggunakan alat "BP set" atau sfigmomanometer.
  • 58.  Mengapa perlu mengukur tekanan darah secara berkala? ◦ Ia adalah mustahak untuk menentukan sama ada anda mengalami darah tinggi atau tidak. 90% daripada orang yang mengalami darah tinggi tidak mempunyai gejala; hanya 10% sahaja yang menunjukkan gejala.  Bilakah saya perlu memeriksa tekanan darah? ◦ Anda digalakkan untuk memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun atau setiap kali anda pergi ke klinik kesihatan/ swasta
  • 59.  Apakah harus saya buat sekiranya tekanan darah saya tinggi? ◦ Sila rujuk doktor anda atau pergi ke klinik kesihatan berhampiran. Doktor akan memeriksa tekanan darah anda beberapa kali sebelum mengesahkan anda mengalami penyakit darah tinggi atau hipertensi.
  • 60. Ujian saringan Diabetes  Bagaimana caranya membuat ujian saringan Diabetes? ◦ Anda boleh membuat ujian Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak dengan cara mengambil sedikit darah di hujung jari. Ia boleh dilakukan bila-bila masa sahaja mengikut keselesaan anda.
  • 61.  Adakah saya menghidap Diabetes? ◦ Sekiranya Pemeriksaan Glukosa Darah Rawak > 5.6 mmol/l, ujian darah selanjutnya diperlukan.  Dimana saya boleh membuat ujian untuk Diabetes? ◦ Hospital dan klinik kerajaan ◦ Hospital dan klinik swasta ◦ Makmal perubatan/patologi swasta
  • 62.  Apakah yang harus saya buat jika paras glukosa darah saya tinggi? Anda perlu : ◦ Merujuk kepada doktor anda, atau ◦ Pergi ke klinik kerajaan atau swasta yang berhampiran ◦ Ujian pengesahan seterusnya akan dijalankan.

Notas del editor

  1. Hypertension bkn berdasarkan satu bacaan, memerlukan dua atau lebih bacaan Tekanan darah akan jadi tinngi bila sakit, tak cukup tidur
  2. In Malaysia, the Third National Health and Morbidity Survey (3rd NHMS) showed that the prevalence of the T2DM for adults aged 30 years old and above now stood at a staggering 14.9% T2DM, upped by almost 79.5% in the space of 10 years from 1996 to 2006.
  3. Hypoglycemia lebih bahaya tapi mudah dirawat