SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Penggunaan Kata Yang Tepat
Nama: _____________
Situasi Melibatkan Tangan
Perkara Kegunaan Ayat contoh
1. menetak memotong atau mengerat sesuatu
dengan benda tajam yang dihayun
kuat-kuat.
Pak Aris terpaksa menggunakan kapak
untuk menetak tulang lembu itu.
2. menakik perbuatan membuat takuk atau torehan
yang kecil (biasanya pokok)
Beberapa orang budak nakal telah
menakik pokok getah itu.
3. memotong perbuatan menjadikan sesuatu lebih
kecil, berkeping-keping, terbahagi
kepada beberapa bahagian, dan
sebagainya.
Kasman memotong kek itu kepada
beberapa bahagian.
4. menebang perbuatan memotong habis pokok kayu
yang besar atau agak besar.
Kami berjaya menebang pokok meranti
yang tinggi itu.
5. mengerat perbuatan menjadikan sesuatu kepada
beberapa bahagian (tidak sesuai untuk
makanan)
Bapa sedang mengerat kayu di
belakang rumah.
6. memangkas memendekkan sesuatu dengan cara
memotong seperti hujung rumput atau
pokok.
Pekerja itu sedang memangkas pokok
tinggi di tepi jalan raya.
7. menebas memotong atau merambah pokok kecil Kami bergotong-royong menebas
belukar di belakang masjid.
8. menghiris perbuatan memotong sesuatu nipis-
nipis seperti timun, bawang, buah-
buahan, dan sebagainya.
Kakak sedang menghiris bawang kecil.
9. mencantas perbuatan memotong dengan sekali
hayun sahaja.
Sambil melalui kawasan itu, mereka
mencantas ranting kayu dan pokok-
pokok kecil di kiri kanan.
10. mengelar perbuatan menghiris atau menggaris
sesuatu yang tidak begitu dalam dan
tidak putus.
Emak mengelar ikan-ikan itu sebelum
digoreng.
1. mengambil perbuatan memegang dan membawa;
menerima dan menyimpan.
Jamilah mengambil bungkusan itu di
pejabat pos.
2. menyambar perbuatan mengambil atau menangkap
dengan pantas dengan menggunakan
tangan; menangkap mangsa dengan
kuku atau paruh lalu membawa terbang
(helang dan sebagainya).
Burung-burung laut pandai menyambar
ikan di laut.
3. merampas mengambil hak orang lain dengan cara
paksa.
Pemuda itu telah merampas sebuah beg
tangan daripada seorang wanita.
4. merenggut menyentak dan menarik sesuatu
dengan pantas.
Dia cuba merenggut jam tangan saya.
5. meragut menarik atau mencabut dengan paksa. Semasa hendak menaiki bas, seorang
pencuri telah meragut rantai leher
Zainab.
6. merentap menarik dengan kuat. Dia merentap baju lelaki itu sehingga
tertanggal butang.
1. menguli perbuatan meramas-ramas sesuatu
adunan (biasanya tepung) agar sebati.
Pak Majid menguli tepung untuk
membuat roti.
2. menggentel perbuatan menjadikan sesuatu bulat-
bulat atau berbutir-butir dengan hujung
jari.
Fatimah menggentel tepung itu bulat-
bulat sebelum dijadikan bebola ikan.
3. mencanai perbuatan menggelek adunan supaya
rata dan nipis.
Penjual roti canai mencanai adunan
tepung terlebih dahulu.
4. mengisar perbuatan menggiling sehingga hancur. Jaafar sedang mengisar padi di
belakang rumah.
5. menggaul perbuatan mencampurkan sesuatu
supaya sebati.
Pak Leman sedang menggaul batu,
pasir, dan simen.
6. mengepal perbuatan menggenggam sesuatu
supaya sebati.
Mak Limah mengepal nasi lalu
menyuap ke mulut anaknya.
7. meramas memegang-megang dan memicit-micit
dengan kuat.
Dia meramas kertas itu lalu
dibuangnya ke dalam tong sampah.
8. membancuh mencampurkan sesuatu seperti kad, air,
warna dan sebagainya.
Setelah membancuh kad-kad
permainan itu, dia pun
membahagikannya.
9. mengadun perbuatan meramas sesuatu campuran. Cik Raha sedang mengadun tepung
untuk membuat kuih.
10. mengacau menggaul sampai sebati; menggaul
supaya tidak hangus seperti dodol dan
sebagainya.
Emak dan kakak sedang mengacau
dodol di belakang rumah.
1. menjala menangkap ikan dengan menggunakan
jala.
Asmin sedang menjala ikan di sungai.
2. mengail menangkap ikan denan menggunakan
pancing atau joran.
Tiap-tiap hujung, kami mengail ikan di
sungai itu.
3. memukat menangkap ikan dengan menggunakan
jaraing yang besar dan panjang
(biasanya di laut).
Mereka sedang memukat di tepi pantai.
4. melukah menangkap ikan dengan menggunakan
bubu (yang membolehkan ikan masuk
tetapi tidak dapat keluar).
Kalau tidak ke laut, Jamil melukah di
dalam sungai.
1. menjemur memanaskan atau mengeringkan
sesuatu di bawah sinaran cahaya
matahari.
Tiap-tiap hujung minggu, dia
menjemur bantal dan tilam di luar
rumah.
2. menyidai menggantung pakaian dan lain-lain
pada sesuatu supaya kering.
Selepas membasuh, ibu menyidai
pakaian di tengah panas.
3. mengampai menggantung atau menyangkut sesuatu
untuk dijemur.
Pekerja-pekerja itu mengampai jut di
atas batang kayu untuk dijemur.
4. menyangkut memaut atau menggantung sesuatu. Rahim menyangkut penyapu itu pada
sebatang paku.
1. menyalakan membuat sesuatu supaya menyala
(biasanya api)
Dia menyalakan api dapur dengan
mancis.
2. mencucuh menyalakan api pada sesuatu. Malik sedang mencucuh lampu minyak
tanah itu.
3. menghidupkan menyebabkan jadi hidup. Emak menghidupkan api dapur yang
telah terpadam itu semula.
4. membakar memanaskan di atas api supaya masak. Wak Nen sibuk membakar sate di
warungnya.
1. menyekat membahagikan sesuatu ruang atau
memisahkannya.
Muniandy menyekat kawasan ayam
dan kambingnya dengan sekeping
papan.
2. mengadang perbuatan atau sesuatu yang
mengganggu perjalanan.
Kereta itu mengadang lalu lintas di
situ.
3. menahan tidak melepaskan sesuatu supaya lalu. Ampang itu dibina untuk menahan
banjir.
4. menghalang menahan supaya tidak dapat bergerak
terus.
Tiupan angin yang kencang telah
menghalang nelayan turun ke laut.
5. menegah tidak mengizinkan daripada melakukan
sesuatu.
Ayah menegah abang mengikuti
aktiviti lasak itu.
1. menyimbah menyiram dengan air sehingga basah. Nenek menyimbah air pada permukaan
lantai.
2. menyiram menuangkan air pada sesuatu. Tiap-tiap pagi Encik Aruna menyiram
pokok bunga di kaki lima bangunan.
3. menjirus menyiram sesuatu dengan air. Petani itu merenjis tanamannya jika
hari tidak hujan.
4. merenjis memercikkan air pada sesuatu. Harun turut merenjis air mawar pada
pasangan pengantin itu.
5. mencurah perbuatan menyiram dengan banyak. Dia sengaja mencurah air di dalam
tempayan itu.
6. menuang memasukkan sesuatu benda cecair ke
dalam bekas.
Pekerja-pekerja itu menuang cairan
timah ke dalam jongkong.
1. merebus memasak di dalam air yang sedang
mendidih.
Kakak merebus ketupat hingga lewat
malam.
2. menanak berkaitan memasak (beras menjadi
nasi)
Kaum ibu sedang sibuk menanak nasi
dan menggulai daging.
3. menjerang berkaitan memasak (air) hingga
mendidih.
Apabila kami tiba di rumahnya, dia
terus menjerang air.
4. mengukus memasak atau memanaskan sesuatu
dengan wap air yang mendidih.
Haji Karim sedang mengukus putu
piring.
5. memasak membuat atau mengolah makanan
supaya masak.
Nenek sedang memasak di dapur.
6. merendang memasak sesuatu di dalam kuali
dengan menggunakan minyak hingga
kering atau tidak.
Ibu merendang daging untuk juadah
hari raya.
1. baling melempar atau melontar sesuatu. Kayu yang kamu baling itu terkena
bumbung rumahnya.
2. buang untuk sesuatu yang sudah tidak mahu
digunakan lagi.
Jangan buang sampah merata-rata.
3. campak membuang atau melempar sesuatu
dengan kuat.
Dia yang campak kulit rambutan itu ke
arah kamu.
4. lempar membaling sesuatu kepada atau
melontar sesuatu jauh-jauh.
Tolong lempar bola itu ke arah sana.
5. lontar membuang, membaling sesuatu
melayang di udara.
Lontar peluru adalah sejenis sukan
yang agak popular.
6. menghempas membaling, menjatuhkan sesuatu ke
bawah.
Dia menghempas ikatan kayu itu ke
tanah.
7. merejam membaling, menghumban sesuatu
kepada sasaran bertubi-tubi.
Orang ramai telah merejam artis itu
dengan telur busuk malam semalam.
8. menghumban membuang dengan cara yang kasar. Pemuda itu menghumban besi-besi
buruk ke dalam perigi buta.
1. memberkas kumpulan beberapa benda yang diikat
sekali.
Orang tua itu memberkas kayu api
yang telah dipotong.
2. membebat membalut dengan kain. Nenek membebat luka di kakinya
3. menambat mengikat sesuatu denan tali pada tiang,
pancang, dan sebagainya.
Ah Seng menambat anjingnya pada
tiang besi itu.
4. membungkus membalut sesuatu sehingga tidak
kelihatan.
Emak membungkus nasi yang hendak
dijual itu.
5. membalut membungkus sesuatu; membarut. Kami telah diajar cara-cara membalut
luka.
6. membarut perbuatan membalut sesuatu (biasanya
anak yang baru lahir, perut, dan
sebagainya).
Perempuan itu membarut perutnya
dengan kain yang panjang.
1. memanggang memasak di atas bara api. Tukang masak itu sibuk memanggang
ayam.
2. membakar memanaskan di atas bara api supaya
masak; memanggang.
Wahid sibuk membakar sate kerana dia
mendapat banyak tempahan.
3. menyalai mengasapi atau mengeringkan di tepi
api.
Mereka menyalai daging rusa yang
baru diburu itu.
4. menyinggang memanggang; menyalai. Mak Temah menyinggang daging
kerbau itu.
1. membuka membuat supaya tidak bertutup;
menyingkap; mendedahkan.
Adila membuka kasut sebelum masuk
ke dalam bilik itu.
2. melepaskan membiarkan lepas; menjadi tidak
terikat lagi.
Johan melepaskan beberapa ekor anak
ikan ke dalam kolam.
3. melucutkan menanggalkan pakaian, perhiasan, dan
sebagainya; melepaskan tali, ikatan
dan sebagainya.
Faizal melucutkan cincinnya sebelum
mengambil air sembahyang.
4. menanggalkan membuatkan supaya terbuka, lucut,
tidak melekat, dan sebagainya.
Oleh sebab cuaca panas, kami pun
menanggalkan baju.
5. membebaskan membiarkan bebas; melepaskan Tok Aki membebaskan beberapa ekor
burung peliharaannya pagi tadi.
1. menatang membawa sesuatu di atas tapak tangan. Ayu menatang dulang yang penuh
berisi dengan kuih.
2. menjunjung membawa sesuatu di atas kepala. Perempuan itu menjunjung sebakul
sirih di atas kepalanya.
3. menjinjing membawa sesuatu dengan tangan
terhulur ke bawah.
Peladang itu menjinjing sebungkus
plastik yang berisi makanan.
4. mengelek membawa sesuatu di bawah ketiak. Sambil menunggu bas pemuda itu
mengelek senaskhah surat khabar.
5. menjulang mengangkat sesuatu ke atas;
mengangkat di atas bahu.
Pasukan bola sepak itu menjulang
pengurus mereka kerana layak masuk
peringkat akhir.
6. mendukung meletakkan di pinggang. Dia bangun lalu mendukung anaknya
keluar.
7. mengepit memegang sesuatu di antara lengan
dan badan atau di antara dua jari.
Ramlah mengepit sebuah buku lalu
pergi dari situ.
8. membimbit membawa sesuatu dengan
menggunakan jari.
Perempuan itu membimbit sebuah beg
tangan berwarna merah.
9. mengendong membawa sesuatu dengan
membungkus di dalam kain, sapu
tangan, dan sebagainya.
Orang tua itu mengendong beberapa
ketul ubi kayu sambil mendukung
anaknya.
1. mencucuk menusuk dengan sesuatu yang tajam
seperti pin, jarum, dan sebagainya.
Kerani itu mencucuk kertas kecil pada
papan kenyataan dengan menggunakan
jarum peniti
2. menjolok merodok sesuatu dengan galah supaya
gugur.
Hamisah menjolok buah jambu di
belakang rumahnya.
3. merodok mencucuk ke hadapan atau ke atas. Askar itu merodok karung guni dengan
menggunakan bayonet.
4. menusuk mencucuk atau menikam dengan benda
yang tajam sehingga tembus.
Perompak itu menusuk mangsanya
dengan besi tajam.
5. menikam mencucuk atau melukai dengan senjata
tajam.
Seorang lelaki yang tidak dikenali telah
menikam pengawal keselamatan itu
dengan sebilah pisau.
1. mencuit menyentuh sesuatu dengan hujung jari. Dia yang mencuit kamu sebentar tadi.
2. menguis menepis atau menyepak sesuatu ke
tepi.
Mahanum menguis batu itu ke tepi
jalan.
3. menepis mengelak sesuatu seperti pukulan,
serangan, dan sebagainya dengan
tangan atau sebagainya.
Wak Karman dapat menepis tendangan
pemuda yang tidak siuman itu.
4. menangkis mengelak pukulan, tikaman, dan
sebagainya dengan tangan atau senjata.
Sungguh pantas dia menangkis
tumbukan guru silatnya.
1. menenun membuat kain daripada kapas, benang,
atau sutera.
Wanita itu menenun sehelai kain
songket.
2. menyulam menjahit sesuatu pada kain atau
pakaian.
Amainah sendiri yang menyulam
sarung bantal anaknya.
3. menganyam menjalin silang-menyilang Orang buta itu pandai menganyam
bakul dan tikar.
4. menekat menyulam sesuatu Perempuan itu menekat benang emas
pada sehelai cadar kecil.
5. mengait menyirat dengan menggunakan besi
kait khas.
Kakak yang mengait baju panas itu.
6. memilin memintal benang, tali, dan sebagainya. Sebelum menjahit, dia memilin benang
terlebih dahulu.
1. mengelap mengesat atau mengeringkan dengan
kain, kertas, dan sebagainya.
Selepas mandi dia pun mengelap
badannya dengan sehelai tuala.
2. mengesat menyapu atau menggosok supaya
kering.
Razali mengambil sehelai kain lalu
mengesat meja itu.
3. menggosok membersihkan sesuatu dengan tangan,
alat tertentu, dan sebagainya.
Selain mengemas, menggosok lantai
juga adalah kerjanya.
4. menggilap menggosok supaya berkilat Pekerja itu sedang menggilap mangkuk
perak di rumah tuannya.
Situasi Melibatkan Mulut
Perkara Kegunaan Ayat contoh
1. menggigit perbuatan mencengkam atau
memotong dengan gigi.
Anjing peliharaan Encik Lim
menggigit kaki pemuda itu sehingga
berdarah.
2. menggerit menggigit sedikit-sedikit dengan
menggunakan gigi hadapan (biasanya
tikus, serangga, dan sebagainya).
Gigi tikus yang kuat dapat menggerit
bekas plastik sehingga berlubang.
3. mengunyah perbuatan untuk menghancurkan atau
melumatkan makanan sebelum ditelan.
Gigi geraham gunanya untuk
mengunyah makanan.
4. memagut perbuatan menggigit oleh haiwan (ular
dan ayam)
Seekor ular senduk telah memagut kaki
salah seorang pekerja di ladang getah.
1. menghembus berkaitan dengan udara/ angin yang
keluar dari mulut dan sebagainya dan
bergerak dengan cepat.
Cik Siti menghempus api pelita itu
supaya padam.
2. meniup perbuatan meniupkan udara melalui
sesuatu seperti belon dan sebagainya.
Adik saya tidak pandai meniup belon.
3. menyembur sesuatu yang dipancutkan dari mulut,
alat, dan sebagainya dan berkaitan
dengan air, cat, pasir, minyak, dan
sebagainya.
Pak Harun menyembur sirih ke badan
Roslan.
1. menjerit suara jerit yang kuat kerana kesakitan
atau ketakutan.
Kanak-kanak itu menjerit apabila
ditunjukkan seekor lipas.
2. melaung memanggil dengan suara yang kuat
dan nyaring.
Ayahnya melaung seberapa kuat tetapi
tidak diendahkannya.
3. memekik suara panggilan yang kuat; teriak yang
keras.
Apabila terlihat sesuatu lembaga di
dalam rumahnya, dia pun memekik
sekuat-kuat hati.
4. meneriak memanggil dengan suara yang keras
dan nyaring.
Sungguhpun dia meneriak dengan kuat,
mereka tidak juga mendengarnya.
5. menyeru melaungkan sesuatu untuk memanggil Apabila mendengar orang menyeru
namanya, Raju terus berlari untuk
membuka pintu.
6. memanggil menyuruh datang atau kembali dengan
meneriakkan atau menyebut nama.
Milah memanggil adiknya yang sedang
bermain di taman permainan supaya
pulang ke rumah.
7. melolong menjerit atau meraung dengan nyaring;
menangis dengan kuat.
Perempuan itu melolong dengan
sekuat-kuat hatinya kerana tidak tahan
sakit.
8. meraung bunyi yang kasar; nyairng lagi panjang Wanita itu meraung apabila mendapat
anak tunggalnya telah meninggal
dunia.
9. meratap tangisan atau keluhan yang disertai
dengan kata-kata yang pilu
Janganlah meratap kerana dia pasti
tidak akan kembali lagi.
10. menyorak berteriak dengan suara yang kuat
kerana gembira dan sebagainya.
Kami menyorak ke arah pasukan yang
menang itu.
11. tempik bunyi teriakan atau sorakan kerana
kegembiraan.
Kami memberi tempik sorak semasa
menyambut kedatangan penyanyi itu.
12. menengking suara yang tinggi dan keras (biasanya
dalam nada marah)
Tidak baik menengking ibu bapa.
1. melulur menelan bulat-bulat. Ular sawa itu melulur seekor anak
kambing di semak itu.
2. menelan memasukkan sesuatu ke dalam mulut
melalui kerongkong.
Azlin menelan ubat itu walaupun pahit.
3. meneguk minum sesuatu yang cair Adik meneguk air di dalam botol itu
kerana terlalu haus.
4. menyedut menarik air, udara, minyak dan
sebagainya melalui sesuatu.
Tiap-tiap pagi, saya ke taman bunga itu
untuk menyedut udara bersih.
5. menghisap memasukkan sesuatu (ke dalam mulut,
hidung, dan sebagainya) dengan
tarikan udara.
Bapa sedang menghisap rokok di
anjung rumah.
6. menghirup menghisap dan menelan benda yang
cair.
Aminah menghirup air kotak berperisa
coklat dengan penyedut minuman.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
shirleyku
 

La actualidad más candente (20)

Berbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdekaBerbalas pantun merdeka
Berbalas pantun merdeka
 
Ulangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektifUlangkaji: kata adjektif
Ulangkaji: kata adjektif
 
Santap istiadat
Santap istiadatSantap istiadat
Santap istiadat
 
Kata seru
Kata seruKata seru
Kata seru
 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2
 
Kata kerja
Kata kerjaKata kerja
Kata kerja
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Faedah menabung
Faedah menabungFaedah menabung
Faedah menabung
 
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan GambarBina Ayat Berdasarkan Gambar
Bina Ayat Berdasarkan Gambar
 
Kata nama Am dan Khas
Kata nama Am dan KhasKata nama Am dan Khas
Kata nama Am dan Khas
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Kata Hubung
Kata HubungKata Hubung
Kata Hubung
 
Peribahasa 260
Peribahasa 260Peribahasa 260
Peribahasa 260
 
Kata Kerja ( Homonim )
Kata Kerja ( Homonim ) Kata Kerja ( Homonim )
Kata Kerja ( Homonim )
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Bina ayat gambar
Bina ayat gambarBina ayat gambar
Bina ayat gambar
 
Kata Bantu
Kata BantuKata Bantu
Kata Bantu
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 

Destacado (6)

Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1
 
Bm bina ayat (1)
Bm  bina ayat (1)Bm  bina ayat (1)
Bm bina ayat (1)
 
Bahagian c membina ulasan
Bahagian  c membina ulasanBahagian  c membina ulasan
Bahagian c membina ulasan
 
Membina 5 ayat
Membina 5 ayatMembina 5 ayat
Membina 5 ayat
 
Eviden B.Melayu Tahun 3
Eviden B.Melayu Tahun 3Eviden B.Melayu Tahun 3
Eviden B.Melayu Tahun 3
 
Soalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharu
Soalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharuSoalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharu
Soalan bahasa malaysia tahun 4 ujian bulanan 1 pengenalan format baharu
 

Penggunaan kata yang tepat

  • 1. Penggunaan Kata Yang Tepat Nama: _____________ Situasi Melibatkan Tangan Perkara Kegunaan Ayat contoh 1. menetak memotong atau mengerat sesuatu dengan benda tajam yang dihayun kuat-kuat. Pak Aris terpaksa menggunakan kapak untuk menetak tulang lembu itu. 2. menakik perbuatan membuat takuk atau torehan yang kecil (biasanya pokok) Beberapa orang budak nakal telah menakik pokok getah itu. 3. memotong perbuatan menjadikan sesuatu lebih kecil, berkeping-keping, terbahagi kepada beberapa bahagian, dan sebagainya. Kasman memotong kek itu kepada beberapa bahagian. 4. menebang perbuatan memotong habis pokok kayu yang besar atau agak besar. Kami berjaya menebang pokok meranti yang tinggi itu. 5. mengerat perbuatan menjadikan sesuatu kepada beberapa bahagian (tidak sesuai untuk makanan) Bapa sedang mengerat kayu di belakang rumah. 6. memangkas memendekkan sesuatu dengan cara memotong seperti hujung rumput atau pokok. Pekerja itu sedang memangkas pokok tinggi di tepi jalan raya. 7. menebas memotong atau merambah pokok kecil Kami bergotong-royong menebas belukar di belakang masjid. 8. menghiris perbuatan memotong sesuatu nipis- nipis seperti timun, bawang, buah- buahan, dan sebagainya. Kakak sedang menghiris bawang kecil. 9. mencantas perbuatan memotong dengan sekali hayun sahaja. Sambil melalui kawasan itu, mereka mencantas ranting kayu dan pokok- pokok kecil di kiri kanan. 10. mengelar perbuatan menghiris atau menggaris sesuatu yang tidak begitu dalam dan tidak putus. Emak mengelar ikan-ikan itu sebelum digoreng. 1. mengambil perbuatan memegang dan membawa; menerima dan menyimpan. Jamilah mengambil bungkusan itu di pejabat pos. 2. menyambar perbuatan mengambil atau menangkap dengan pantas dengan menggunakan tangan; menangkap mangsa dengan kuku atau paruh lalu membawa terbang (helang dan sebagainya). Burung-burung laut pandai menyambar ikan di laut. 3. merampas mengambil hak orang lain dengan cara paksa. Pemuda itu telah merampas sebuah beg tangan daripada seorang wanita. 4. merenggut menyentak dan menarik sesuatu dengan pantas. Dia cuba merenggut jam tangan saya. 5. meragut menarik atau mencabut dengan paksa. Semasa hendak menaiki bas, seorang pencuri telah meragut rantai leher Zainab. 6. merentap menarik dengan kuat. Dia merentap baju lelaki itu sehingga tertanggal butang.
  • 2. 1. menguli perbuatan meramas-ramas sesuatu adunan (biasanya tepung) agar sebati. Pak Majid menguli tepung untuk membuat roti. 2. menggentel perbuatan menjadikan sesuatu bulat- bulat atau berbutir-butir dengan hujung jari. Fatimah menggentel tepung itu bulat- bulat sebelum dijadikan bebola ikan. 3. mencanai perbuatan menggelek adunan supaya rata dan nipis. Penjual roti canai mencanai adunan tepung terlebih dahulu. 4. mengisar perbuatan menggiling sehingga hancur. Jaafar sedang mengisar padi di belakang rumah. 5. menggaul perbuatan mencampurkan sesuatu supaya sebati. Pak Leman sedang menggaul batu, pasir, dan simen. 6. mengepal perbuatan menggenggam sesuatu supaya sebati. Mak Limah mengepal nasi lalu menyuap ke mulut anaknya. 7. meramas memegang-megang dan memicit-micit dengan kuat. Dia meramas kertas itu lalu dibuangnya ke dalam tong sampah. 8. membancuh mencampurkan sesuatu seperti kad, air, warna dan sebagainya. Setelah membancuh kad-kad permainan itu, dia pun membahagikannya. 9. mengadun perbuatan meramas sesuatu campuran. Cik Raha sedang mengadun tepung untuk membuat kuih. 10. mengacau menggaul sampai sebati; menggaul supaya tidak hangus seperti dodol dan sebagainya. Emak dan kakak sedang mengacau dodol di belakang rumah. 1. menjala menangkap ikan dengan menggunakan jala. Asmin sedang menjala ikan di sungai. 2. mengail menangkap ikan denan menggunakan pancing atau joran. Tiap-tiap hujung, kami mengail ikan di sungai itu. 3. memukat menangkap ikan dengan menggunakan jaraing yang besar dan panjang (biasanya di laut). Mereka sedang memukat di tepi pantai. 4. melukah menangkap ikan dengan menggunakan bubu (yang membolehkan ikan masuk tetapi tidak dapat keluar). Kalau tidak ke laut, Jamil melukah di dalam sungai. 1. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu di bawah sinaran cahaya matahari. Tiap-tiap hujung minggu, dia menjemur bantal dan tilam di luar rumah. 2. menyidai menggantung pakaian dan lain-lain pada sesuatu supaya kering. Selepas membasuh, ibu menyidai pakaian di tengah panas. 3. mengampai menggantung atau menyangkut sesuatu untuk dijemur. Pekerja-pekerja itu mengampai jut di atas batang kayu untuk dijemur. 4. menyangkut memaut atau menggantung sesuatu. Rahim menyangkut penyapu itu pada sebatang paku. 1. menyalakan membuat sesuatu supaya menyala (biasanya api) Dia menyalakan api dapur dengan mancis. 2. mencucuh menyalakan api pada sesuatu. Malik sedang mencucuh lampu minyak tanah itu. 3. menghidupkan menyebabkan jadi hidup. Emak menghidupkan api dapur yang telah terpadam itu semula. 4. membakar memanaskan di atas api supaya masak. Wak Nen sibuk membakar sate di warungnya.
  • 3. 1. menyekat membahagikan sesuatu ruang atau memisahkannya. Muniandy menyekat kawasan ayam dan kambingnya dengan sekeping papan. 2. mengadang perbuatan atau sesuatu yang mengganggu perjalanan. Kereta itu mengadang lalu lintas di situ. 3. menahan tidak melepaskan sesuatu supaya lalu. Ampang itu dibina untuk menahan banjir. 4. menghalang menahan supaya tidak dapat bergerak terus. Tiupan angin yang kencang telah menghalang nelayan turun ke laut. 5. menegah tidak mengizinkan daripada melakukan sesuatu. Ayah menegah abang mengikuti aktiviti lasak itu. 1. menyimbah menyiram dengan air sehingga basah. Nenek menyimbah air pada permukaan lantai. 2. menyiram menuangkan air pada sesuatu. Tiap-tiap pagi Encik Aruna menyiram pokok bunga di kaki lima bangunan. 3. menjirus menyiram sesuatu dengan air. Petani itu merenjis tanamannya jika hari tidak hujan. 4. merenjis memercikkan air pada sesuatu. Harun turut merenjis air mawar pada pasangan pengantin itu. 5. mencurah perbuatan menyiram dengan banyak. Dia sengaja mencurah air di dalam tempayan itu. 6. menuang memasukkan sesuatu benda cecair ke dalam bekas. Pekerja-pekerja itu menuang cairan timah ke dalam jongkong. 1. merebus memasak di dalam air yang sedang mendidih. Kakak merebus ketupat hingga lewat malam. 2. menanak berkaitan memasak (beras menjadi nasi) Kaum ibu sedang sibuk menanak nasi dan menggulai daging. 3. menjerang berkaitan memasak (air) hingga mendidih. Apabila kami tiba di rumahnya, dia terus menjerang air. 4. mengukus memasak atau memanaskan sesuatu dengan wap air yang mendidih. Haji Karim sedang mengukus putu piring. 5. memasak membuat atau mengolah makanan supaya masak. Nenek sedang memasak di dapur. 6. merendang memasak sesuatu di dalam kuali dengan menggunakan minyak hingga kering atau tidak. Ibu merendang daging untuk juadah hari raya. 1. baling melempar atau melontar sesuatu. Kayu yang kamu baling itu terkena bumbung rumahnya. 2. buang untuk sesuatu yang sudah tidak mahu digunakan lagi. Jangan buang sampah merata-rata. 3. campak membuang atau melempar sesuatu dengan kuat. Dia yang campak kulit rambutan itu ke arah kamu. 4. lempar membaling sesuatu kepada atau melontar sesuatu jauh-jauh. Tolong lempar bola itu ke arah sana. 5. lontar membuang, membaling sesuatu melayang di udara. Lontar peluru adalah sejenis sukan yang agak popular. 6. menghempas membaling, menjatuhkan sesuatu ke bawah. Dia menghempas ikatan kayu itu ke tanah. 7. merejam membaling, menghumban sesuatu kepada sasaran bertubi-tubi. Orang ramai telah merejam artis itu dengan telur busuk malam semalam. 8. menghumban membuang dengan cara yang kasar. Pemuda itu menghumban besi-besi buruk ke dalam perigi buta.
  • 4. 1. memberkas kumpulan beberapa benda yang diikat sekali. Orang tua itu memberkas kayu api yang telah dipotong. 2. membebat membalut dengan kain. Nenek membebat luka di kakinya 3. menambat mengikat sesuatu denan tali pada tiang, pancang, dan sebagainya. Ah Seng menambat anjingnya pada tiang besi itu. 4. membungkus membalut sesuatu sehingga tidak kelihatan. Emak membungkus nasi yang hendak dijual itu. 5. membalut membungkus sesuatu; membarut. Kami telah diajar cara-cara membalut luka. 6. membarut perbuatan membalut sesuatu (biasanya anak yang baru lahir, perut, dan sebagainya). Perempuan itu membarut perutnya dengan kain yang panjang. 1. memanggang memasak di atas bara api. Tukang masak itu sibuk memanggang ayam. 2. membakar memanaskan di atas bara api supaya masak; memanggang. Wahid sibuk membakar sate kerana dia mendapat banyak tempahan. 3. menyalai mengasapi atau mengeringkan di tepi api. Mereka menyalai daging rusa yang baru diburu itu. 4. menyinggang memanggang; menyalai. Mak Temah menyinggang daging kerbau itu. 1. membuka membuat supaya tidak bertutup; menyingkap; mendedahkan. Adila membuka kasut sebelum masuk ke dalam bilik itu. 2. melepaskan membiarkan lepas; menjadi tidak terikat lagi. Johan melepaskan beberapa ekor anak ikan ke dalam kolam. 3. melucutkan menanggalkan pakaian, perhiasan, dan sebagainya; melepaskan tali, ikatan dan sebagainya. Faizal melucutkan cincinnya sebelum mengambil air sembahyang. 4. menanggalkan membuatkan supaya terbuka, lucut, tidak melekat, dan sebagainya. Oleh sebab cuaca panas, kami pun menanggalkan baju. 5. membebaskan membiarkan bebas; melepaskan Tok Aki membebaskan beberapa ekor burung peliharaannya pagi tadi. 1. menatang membawa sesuatu di atas tapak tangan. Ayu menatang dulang yang penuh berisi dengan kuih. 2. menjunjung membawa sesuatu di atas kepala. Perempuan itu menjunjung sebakul sirih di atas kepalanya. 3. menjinjing membawa sesuatu dengan tangan terhulur ke bawah. Peladang itu menjinjing sebungkus plastik yang berisi makanan. 4. mengelek membawa sesuatu di bawah ketiak. Sambil menunggu bas pemuda itu mengelek senaskhah surat khabar. 5. menjulang mengangkat sesuatu ke atas; mengangkat di atas bahu. Pasukan bola sepak itu menjulang pengurus mereka kerana layak masuk peringkat akhir. 6. mendukung meletakkan di pinggang. Dia bangun lalu mendukung anaknya keluar. 7. mengepit memegang sesuatu di antara lengan dan badan atau di antara dua jari. Ramlah mengepit sebuah buku lalu pergi dari situ. 8. membimbit membawa sesuatu dengan menggunakan jari. Perempuan itu membimbit sebuah beg tangan berwarna merah. 9. mengendong membawa sesuatu dengan membungkus di dalam kain, sapu tangan, dan sebagainya. Orang tua itu mengendong beberapa ketul ubi kayu sambil mendukung anaknya.
  • 5. 1. mencucuk menusuk dengan sesuatu yang tajam seperti pin, jarum, dan sebagainya. Kerani itu mencucuk kertas kecil pada papan kenyataan dengan menggunakan jarum peniti 2. menjolok merodok sesuatu dengan galah supaya gugur. Hamisah menjolok buah jambu di belakang rumahnya. 3. merodok mencucuk ke hadapan atau ke atas. Askar itu merodok karung guni dengan menggunakan bayonet. 4. menusuk mencucuk atau menikam dengan benda yang tajam sehingga tembus. Perompak itu menusuk mangsanya dengan besi tajam. 5. menikam mencucuk atau melukai dengan senjata tajam. Seorang lelaki yang tidak dikenali telah menikam pengawal keselamatan itu dengan sebilah pisau. 1. mencuit menyentuh sesuatu dengan hujung jari. Dia yang mencuit kamu sebentar tadi. 2. menguis menepis atau menyepak sesuatu ke tepi. Mahanum menguis batu itu ke tepi jalan. 3. menepis mengelak sesuatu seperti pukulan, serangan, dan sebagainya dengan tangan atau sebagainya. Wak Karman dapat menepis tendangan pemuda yang tidak siuman itu. 4. menangkis mengelak pukulan, tikaman, dan sebagainya dengan tangan atau senjata. Sungguh pantas dia menangkis tumbukan guru silatnya. 1. menenun membuat kain daripada kapas, benang, atau sutera. Wanita itu menenun sehelai kain songket. 2. menyulam menjahit sesuatu pada kain atau pakaian. Amainah sendiri yang menyulam sarung bantal anaknya. 3. menganyam menjalin silang-menyilang Orang buta itu pandai menganyam bakul dan tikar. 4. menekat menyulam sesuatu Perempuan itu menekat benang emas pada sehelai cadar kecil. 5. mengait menyirat dengan menggunakan besi kait khas. Kakak yang mengait baju panas itu. 6. memilin memintal benang, tali, dan sebagainya. Sebelum menjahit, dia memilin benang terlebih dahulu. 1. mengelap mengesat atau mengeringkan dengan kain, kertas, dan sebagainya. Selepas mandi dia pun mengelap badannya dengan sehelai tuala. 2. mengesat menyapu atau menggosok supaya kering. Razali mengambil sehelai kain lalu mengesat meja itu. 3. menggosok membersihkan sesuatu dengan tangan, alat tertentu, dan sebagainya. Selain mengemas, menggosok lantai juga adalah kerjanya. 4. menggilap menggosok supaya berkilat Pekerja itu sedang menggilap mangkuk perak di rumah tuannya.
  • 6. Situasi Melibatkan Mulut Perkara Kegunaan Ayat contoh 1. menggigit perbuatan mencengkam atau memotong dengan gigi. Anjing peliharaan Encik Lim menggigit kaki pemuda itu sehingga berdarah. 2. menggerit menggigit sedikit-sedikit dengan menggunakan gigi hadapan (biasanya tikus, serangga, dan sebagainya). Gigi tikus yang kuat dapat menggerit bekas plastik sehingga berlubang. 3. mengunyah perbuatan untuk menghancurkan atau melumatkan makanan sebelum ditelan. Gigi geraham gunanya untuk mengunyah makanan. 4. memagut perbuatan menggigit oleh haiwan (ular dan ayam) Seekor ular senduk telah memagut kaki salah seorang pekerja di ladang getah. 1. menghembus berkaitan dengan udara/ angin yang keluar dari mulut dan sebagainya dan bergerak dengan cepat. Cik Siti menghempus api pelita itu supaya padam. 2. meniup perbuatan meniupkan udara melalui sesuatu seperti belon dan sebagainya. Adik saya tidak pandai meniup belon. 3. menyembur sesuatu yang dipancutkan dari mulut, alat, dan sebagainya dan berkaitan dengan air, cat, pasir, minyak, dan sebagainya. Pak Harun menyembur sirih ke badan Roslan. 1. menjerit suara jerit yang kuat kerana kesakitan atau ketakutan. Kanak-kanak itu menjerit apabila ditunjukkan seekor lipas. 2. melaung memanggil dengan suara yang kuat dan nyaring. Ayahnya melaung seberapa kuat tetapi tidak diendahkannya. 3. memekik suara panggilan yang kuat; teriak yang keras. Apabila terlihat sesuatu lembaga di dalam rumahnya, dia pun memekik sekuat-kuat hati. 4. meneriak memanggil dengan suara yang keras dan nyaring. Sungguhpun dia meneriak dengan kuat, mereka tidak juga mendengarnya. 5. menyeru melaungkan sesuatu untuk memanggil Apabila mendengar orang menyeru namanya, Raju terus berlari untuk membuka pintu. 6. memanggil menyuruh datang atau kembali dengan meneriakkan atau menyebut nama. Milah memanggil adiknya yang sedang bermain di taman permainan supaya pulang ke rumah. 7. melolong menjerit atau meraung dengan nyaring; menangis dengan kuat. Perempuan itu melolong dengan sekuat-kuat hatinya kerana tidak tahan sakit. 8. meraung bunyi yang kasar; nyairng lagi panjang Wanita itu meraung apabila mendapat anak tunggalnya telah meninggal dunia. 9. meratap tangisan atau keluhan yang disertai dengan kata-kata yang pilu Janganlah meratap kerana dia pasti tidak akan kembali lagi. 10. menyorak berteriak dengan suara yang kuat kerana gembira dan sebagainya. Kami menyorak ke arah pasukan yang menang itu. 11. tempik bunyi teriakan atau sorakan kerana kegembiraan. Kami memberi tempik sorak semasa menyambut kedatangan penyanyi itu. 12. menengking suara yang tinggi dan keras (biasanya dalam nada marah) Tidak baik menengking ibu bapa.
  • 7. 1. melulur menelan bulat-bulat. Ular sawa itu melulur seekor anak kambing di semak itu. 2. menelan memasukkan sesuatu ke dalam mulut melalui kerongkong. Azlin menelan ubat itu walaupun pahit. 3. meneguk minum sesuatu yang cair Adik meneguk air di dalam botol itu kerana terlalu haus. 4. menyedut menarik air, udara, minyak dan sebagainya melalui sesuatu. Tiap-tiap pagi, saya ke taman bunga itu untuk menyedut udara bersih. 5. menghisap memasukkan sesuatu (ke dalam mulut, hidung, dan sebagainya) dengan tarikan udara. Bapa sedang menghisap rokok di anjung rumah. 6. menghirup menghisap dan menelan benda yang cair. Aminah menghirup air kotak berperisa coklat dengan penyedut minuman.